The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irfandanial3142, 2022-03-10 08:00:38

DKB1343 K3

DKB1343 K3

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA COMPUTER NETWORKING SYSTEM
PROGRAM SEMESTER 1/2018
TAHAP DAN SEMESTER
KOD DAN TAJUK DKB 1343 FUNDAMENTALS OF DATABASE
KURSUS
K1 INTRODUCTION TO LATEST DATABASE
NO.DAN TAJUK PROGRAMMING
KOMPETENSI
K2 STRUCTURE DATA MODELLING AND DATABASE
NO. KOD KSKV
DESIGN

K3 CREATE AND MANAGE TABLE USING DATA
DEFINITION LANGUAGE

K4 MANIPULATING DATA USING DML, TRANSACTIONAL
CONTROL COMMANDS AND RETRIEVING DATA USING

SELECT STATEMENT

DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat : 1 Drp : 12

TAJUK/TITLE :
Mencipta dan membangunkan jadual menggunakan Data Definition Language.

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan menerangkan mengenai :

 Menerangkan prosedur pembangunan / pemasangan : Structure Query
Language

 Menerangkan tentang pengurusan pangkalan data seperti : Database
Access , Data Manipulation.

 Membangunkan jadual dalam pangkalan data.
 Menulis penyataan Structured Query Language .
 Menggunakan Data Definition Language, Transactional Control

Commands untuk mengubahsuai jadual.

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of
: 12

PENERANGAN/INFORMATION :

1. PROSEDUR PEMBANGUNAN / PEMASANGAN : STRUCTURE

QUERY LANGUAGE

 Pastikan Perisian Xampp 7.3/7.2 telah dimasukkan ke dalam CD
atau pendrive.

 Menerima setting default yang telah ditetapkan. Satu tetingkap

arahan muncul dan menawarkan pemasangan segera awal.
 Tekan pada button Enter,untuk menerima default setting.

Pengguna boleh menukar tetapan, dengan mengedit fail

konfigurasi.

 Apabila proses pemasangan selesai, keluar dari tetingkap arahan
dengan menekan button Finish.

 Buka panel kawalan XAMPP dan memulakan Apache serta

MySQL.

 Mengesahkan pemasangan MySQL, dengan menekan klik pada

pautan MySQL dalam panel kawalan XAMPP.

 Jika langkah-langkah pengesahan berjaya, XAMPP telah berjaya

dipasang pada komputer pengguna. Buka pelayar dan masukkan

"localhost" pada bar alamat. Pengguna akan diarahkan ke laman

dan berjaya memasang Xampp pada sistem.

2. PEMBANGUNAN PENTADBIRAN PANGKALAN DATA
(Database Administration)
 Pentadbiran pangkalan data (DBA) adalah untuk mengarahkan
atau menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan
mengekalkan persekitaran pangkalan data yang berjaya.
 Database administration adalah mengurus fizikal sistem
pangkalan data, termasuk reka bentuk pangkalan data secara
fizikal dan cara untuk melaksanakan,keselamatan dan
pemantauan prestasi sistem, serta menyusun semula pangkalan
data.
 Antara tugas – tugas yang dilaksanakan oleh Pentadbir pangkalan
data adalah :
i. Memilih dan menilai produk yang berkaitan dengan DBMS.

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of
: 12

ii. Membangunkan strategi pengujian pangkalan data.

iii. Melaksanakan reka bentuk pangkalan data secara fizikal

menggunakan DBMS.

iv. Melatih pengguna yang akan menggunakan pangkalan data.

v. Melaksanakan rancangan untuk mencapai matlamat.

 Pentadbiran pangkalan data boleh terbahagi kepada dua iaitu :

i. Database access
 Database Access adalah pangkalan data hubungan yang

terkandung dalam fail tunggal yang boleh dimuat naik ke

dalam direktori pada pelayan web.
 Kebiasaannya pembangun membangunkan fail pangkalan

data Access menggunakan Microsoft Access atau

FrontPage.

ii. Data manipulation
 Data manipulation melaksanakan arahan terhadap data
dan menyediakan keupayaan pengkomputeran untuk
komputer.
 Data manipulation language (DML) adalah arahan sintaks
yang digunakan untuk memilih, memasukkan, memadam
dan mengemaskini data di dalam pangkalan data.
 Structured Query Language merupakan bahasa yang
digunakan dalam DML untuk memperoleh dan
memanipulasikan data dalam pangkalan data.
 Berikut adalah contoh arahan yang digunakan :
i. SELECT – untuk memperoleh data dalam pangkalan
data

SELECT nama lajur
FROM nama jadual
WHERE tertakluk kepada syarat yang telah ditentukan;

ii. INSERT – untuk memasukkan data dalam jadual

INSERT INTO nama jadual
VALUES (nilai yang ingin dimasukkan);

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 4
iii. Drpd / of
: 12

UPDATE – untuk mengemaskini data dalam jadual

UPDATE nama jadual
SET namalajur1 = nilai data1
WHERE tertakluk kepada syarat yang telah ditentukan;

iv. DELETE – untuk menghapuskan data daripada
jadual.

DELETE FROM nama jadual
WHERE tertakluk kepada syarat yang telah ditentukan;

3. PROSES MEMBINA JADUAL ATAU PANGKALAN DATA
 Terdapat beberapa syarat atau perkara penting yang perlu diambil
berat oleh pembangun pangkalan data. Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan ralat semasa proses membangun pangkalan data.
 Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah :
i. Penamaan ( naming convention)
 Mempunyai naming convention yang konsisten di seluruh
pangkalan data bermakna pembangun pangkalan data
(DBA) tidak perlu untuk menghabiskan masa untuk
menyemak kembali nama-nama jadual dan lajur.
 Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat.
Antaranya :
a. Elakkan daripada menggunakan quotes . Sebagai
contoh :
“NamaPertama” atau “SemuaPekerja”.
b. Pemboleh ubah/pengecam perlu ditulis dalam
lowercase . Hal ini adalah untuk mengelakkan
daripada berlaku kesilapan ketika proses menulis
arahan dalam jadual.
c. Ruang kosong tidak dibenarkan untuk digunakan
dalam pengecam
d. Tidak boleh ada simbol
e. Aksara pertama mestilah huruf atau ‘_’
ii. Field

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of
: 12

 Dalam jadual pangkalan data, field adalah struktur data.
 Fields disusun ke dalam rekod, yang mengandungi

segala maklumat dalam jadual yang relevan kepada entiti

tertentu.

 Sebagai contoh, dalam maklumat hubungan jadual

pelanggan, nombor telefon akan menjadi medan

berturut-turut yang juga akan mengandungi bidang-bidang

lain seperti alamat jalan dan bandar.

iii. Record / row
 Arahan SELECT mengunjurkan lajur kodkursus dan

namakursus daripada jadual kursus

Diambil dari lajur
dalam jadual

SELECT kodkursus,namakursus
FROM kursus

iv. Column
 Column adalah satu set nilai data jenis mudah tertentu,

bagi setiap baris dalam sesebuah jadual.
 Lajur menyediakan struktur data mengikut baris yang

terdapat dalam jadual.
 Dalam istilah relational database, column juga turut

dikenali sebagai atribut.
 Berikut adalah contoh yang menggambarkan kedudukan

baris dan lajur dalam jadual di pangkalan data :

Lajur 1 Lajur 2

Baris 1 Baris 1, lajur 1 Baris 1, Lajur 2

Baris 2 Baris 2, Lajur 1 Baris 2, Lajur 2

Baris 3 Baris 3, Lajur 1 Baris 3, Lajur 2

v. Primary Key
 Primary Key adalah unik bagi mengenal pasti setiap rekod

dalam jadual pangkalan data.

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of
: 12

 Primary Key juga tidak boleh mengandungi nilai NULL.

 Setiap jadual hanya boleh mempunyai satu kunci utama.

 Berikut adalah contoh arahan yang digunakan dalam SQL
bagi menggambarkan penggunaan primary key :

CREATE TABLE PELAJAR (
idpelajar int NOT NULL,
namapelajar varchar(255) NOT NULL,
kursus varchar(255),
umur int,
PRIMARY KEY (idpelajar) );

vi. Auto_increment
 Auto_increment digunakan bagi membolehkan nombor

unik dijana secara automatik apabila rekod baru

dimasukkan ke dalam jadual.
 Kebiasaannya, medan primary key adalah medan yang

digunakan secara automatik setiap kali rekod baru

dimasukkan.

CREATE TABLE PELAJAR (
idpelajar int NOT NULL AUTO_INCREMENT,
namapelajar varchar(255) NOT NULL,
kursus varchar(255),
umur int,
PRIMARY KEY (idpelajar) );

vii. NULL value
 NULL adalah penanda khas yang digunakan dalam
Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) untuk menunjukkan
bahawa nilai data tidak wujud dalam pangkalan data.
 Manakala jika terdapat arahan NOT NULL ianya
bermaksud medan tersebut sentiasa perlu mengandungi
nilai.

viii. Constraints
 Kekangan (constraints) dalam SQL digunakan untuk
menentukan kaedah-kaedah bagi data dalam jadual.

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of
: 12

 Kekangan digunakan untuk menghadkan jenis data yang

boleh digunakan dalam jadual. Ini memastikan ketepatan

dan kebolehgunaan data dalam jadual.
 Berikut adalah contoh kekangan (constraints) yang

sentiasa digunakan dalam SQL :

TERMINOLOGI DEFINISI

NOT NULL Memastikan lajur tidak boleh mempunyai nilai

NULL

UNIQUE Memastikan semua nilai dalam lajur adalah
berbeza

Gabungan NOT NULL dan UNIK bagi mengenal
PRIMARY KEY

pasti setiap baris dalam jadual

FOREIGN Keunikan mengenal pasti baris / rekod dalam

KEY jadual lain

CHECK Memastikan semua nilai dalam lajur memenuhi
syarat tertentu

DEFAULT Menetapkan nilai lalai untuk lajur apabila tiada
nilai ditetapkan

INDEX Gunakan untuk membuat dan mengambil data
dari pangkalan data dengan cepat

ix. Data types jenis nilai yang boleh
 Data types mentakrifkan

digunakan dalam lajur.
 Setiap lajur dalam jadual pangkalan data perlu untuk

mempunyai nama dan jenis data yang tersendiri.
 Jadual berikut menyenaraikan jenis data umum yang

digunakan dalam SQL:

JENIS DATA PENGISYTIHARAN

Aksara (huruf) CHAR , VARCHAR

Bit BIT, BIT VARYING

Integer INT,SMALLINT

Perpuluhan DEC, NUMERIC

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of
: 12

Nombor nyata FLOAT, REAL , DOUBLE PRECISION

Tarikh / waktu DATE, TIME

 Penyataan CREATE DATABASE
 Penyataan CREATE DATABASE digunakan untuk

membina pangkalan data.
 Berikut adalah Sintak sbagi arahan ini :

CREATE DATABASE nama_pangkalan_data;

 Penyataan SHOW DATABASES
 Penyataan SHOW DATABASES digunakan untuk
memaparkan pangkalan data yang telah dibina.
 Sintaks:

SHOW DATABASES;
 Penyataan USE

 Penyataan USE digunakan untuk memilih pangkalan data
yang hendak digunakan.

 Sintaks:
USE nama_pangkalan_data

 Penyataan CREATE TABLE
Penyataan CREATE TABLE digunakan untuk :
 Membina jadual
 Menakrifkan jadual
 Menakrifkan lajur / column
Berikut adalah Sintaks bagi arahan ini :

CREATE TABLE nama_jadual
(takrifan_lajur) ;

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of
: 12

Berikut adalah penyataan SQL untuk membina jadual “pelajar”

berdasarkan spesifikasi di bawah :

Nama lajur (column) Jenis data ( saiz data ) Constraint

id_pelajar int Auto Increment

Primary Key

nama_pelajar varchar(50) Not Null

email_ pelajar varchar(20) Not Null

alamat_ pelajar varchar(100)

Sintaks:
CREATE TABLE pelajar
(id_pelajar int NOT NULL AUTO_INCREMENT,
nama_pelajar varchar(50) NOT NULL,
email_pelajar varchar(20) NOT NULL,
alamat_pelajar varchar(100),
PRIMARY KEY (id_pelajar) );
 Penyataan DESCRIBE

 Penyataan DESCRIBE digunakan untuk memaparkan
medan-medan yang telah didefinisikan dalam jadual.

 Sintaks:
DESCRIBE nama_jadual;

Contoh :

 Penyataan ALTER
Penyataan ALTER digunakan untuk menambah, menghapuskan
atau mengubahsuai lajur (column) dalam jadual yang telah dibina.
a. Penyataan ALTER TABLE – ADD COLUMN
 Penyataan ALTER TABLE ADD COLUMN digunakan
untuk menambah lajur dalam jadual yang sedia ada.

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of
: 12

 Berikut adalah sintaks bagi arahan ini :

ALTER TABLE nama_jadual ADD nama_lajur jenis_data ;

b. Penyataan ALTER TABLE – MODIFY COLUMN
 Penyataan ALTER TABLE - MODIFY COLUMN
digunakan untuk mengubahsuai jenis dan saiz data bagi
lajur(column) dalam jadual yang sedia ada.
 Sintaks :
ALTER TABLE nama_jadual MODIFY nama_lajur
definisi_baharu;

c. Penyataan ALTER TABLE – DROP COLUMN
 Penyataan ALTER TABLE - DROP COLUMN digunakan
untuk menghapuskan lajur dalam jadual.
 Sintaks :
ALTER TABLE nama_jadual DROP nama_lajur;

 Penyataan DROP
 Penyataan DROP digunakan untuk menyingkir atau
menghapuskan jadual dan pangkalan data yang sedia
ada.
 Penyataan DROP TABLE digunakan untuk
menghapuskan jadual yang sedia ada.
 Berikut adalah sintaks bagi arahan ini :

DROP TABLE nama_jadual;

 Penyataan INSERT
 Menyisipkan satu baris baru ke dalam jadual sedia ada
melalui ungkapan.
INSERT INTO nama jadual ( nama lajur1, lajur 2, lajur 3);
VALUES (‘data1’ , ‘data 2’ , ’data 3’);

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 11
Drpd / of
: 12

 Penyataan COMMIT dalam TCL
 Arahan COMMIT digunakan untuk menyimpan perubahan

yang digunakan dalam pangkalan data.
 Berikut adalah contoh penggunaan arahan commit

DELETE FROM nama jadual
WHERE namalajur = syarat;
COMMIT;

 Penyataan ROLLBACK dalam TCL
 Arahan rollback mengembalikan segala urusan transaksi

yang digunakan untuk membatalkan transaksi yang belum

lagi disimpan ke dalam pangkalan data.
 Berikut adalah contoh penggunaan arahan rollback

DELETE FROM nama jadual
WHERE namalajur = syarat;
ROLLBACK;

 Penyataan SAVEPOINT dalam TCL
 SAVEPOINT adalah titik dalam proses transaksi apabila
pembangun boleh mengembalikan transaksi ke titik
tertentu tanpa ROLLBACK secara keseluruhan.
 Berikut adalah contoh penggunaan arahan savepoint.

SAVEPOINT SAVEPOINT_NAME;

NO. KOD / CODE NO. DKB 1343/KP(3/4) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of
: 12

SOALAN/QUESTION :
1. Nyatakan tugas yang dilaksanakan oleh pentadbir pangkalan data.
2. Terangkan mengenai database access.
3. Senaraikan constraints yang perlu digunakan pentadbir pangkalan

data.

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Halina Mohamed Dahlan, 2011, Sistem Pangkalan Data, Penerbitan
UTM Press Sdn. Bhd, (ms 35 - 48)
2. Thomas Connolly, Database Systems 2005, Pearson Education
Limited Sdn. Bhd, (ms 34)
3. https://www.tutorialspoint.com/sql/sql-transactions.htm


Click to View FlipBook Version