DKB1343
Fundamentals of Database
By CIK NUR AINI SUZANI BINTI MISLAN
KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN (JASIN), MELAKA
BAB 1:
PENGENALAN PANGKALAN DATA
Objektif akhir pelajaran ini adalah:
1. Memahami konsep pangkalan data.
2. Memahami perbezaan konsep fail dan
pangkalan data.
3. Memahami konsep Sistem Pengurusan
Pangkalan Data (DBMS).
4. Mengetahui kepentingan pangkalan data.
PENGGUNAAN ISTILAH
Data
- Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat,
peristiwa atau konsep. Ia tidak memberikan
sebarang makna apabila digunakan bersendirian.
Maklumat
- Maklumat adalah data yang telah diproses dan
memberikan makna kepada pengguna.
Entiti
- Entiti merupakan sesuatu objek yang wujud dan
ia boleh dibezakan daripada objek-objek yang
lain. Entiti boleh terdiri daripada orang, objek,
konsep, tempat, peristiwa atau kejadian.
- Contoh entiti-entiti adalah seperti berikut:
- Orang : Pekerja, Pelajar
- Objek : Buku, Beg
- Konsep: Kursus, Akaun
- Tempat : Bilik, Bangunan
- Peristiwa : Peminjaman, Pemulangan
Atribut
- Atribut merupakan penerangan atau ciri-ciri sesuatu
entiti. Sebagai contoh atribut bagi seorang pekerja
adalah IDPekerja, Nama, NoKadPengenalan, Alamat
dan lain-lain lagi. Atribut-atribut ini terbahagi kepada dua
iaitu atribut nama dan nilai:
- Atribut nama : IDPekerja, Nama, No_KP
- Atribut nilai : L001, Siti Sara, 123456-90-1234
IDPekerja Nama No_KP Tarikh_Lahir
P001 Siti Nurhaliza
P002 Haliza Helmi 770123-03-5642 23/01/1977
P003 Ahmad Naufal
890622-01-9852 22/06/1989
830102-09-3351 02/01/1983
Warna kuning : Atribut nama
Warna hijau : Atribut nilai (P001, Siti Nurhaliza, 770123-
03-5642, 23/01/1977)
Rekod
- Rekod merupakan gabungan atribut yang berkaitan.
Sesuatu rekod akan menerangkan sesuatu seperti data
seseorang, data sesuatu peristiwa atau sesuatu objek.
- Sebagai contoh rekod seorang adalah terdiri daripada
(L001, SITI SARA, 770112-12-3456).
Jadual
- Jadual adalah gabungan rekod yang serupa dan
terdiri daripada lajur dan baris. Lajur adalah atribut
dan baris adalah terdiri daripada rekod-rekod.
PENDEKATAN SISTEM BERASASKAN FAIL
Sebelum penggunaan pangkalan data, pembangun sistem
menggunakan fail untuk menyimpan data. Fail-fail data
bergantung kepada aplikasi yang hendak digunakan. Ini
bermaksud satu fail akan digunakan oleh satu aplikasi.
Sebagai contoh fail pelajar di perpustakaan hanya
digunakan oleh kakitangan perpustakaan. Manakala fail
pelajar di bahagian akademik digunakan untuk tujuan
akademik.
APLIKASI SISTEM BERORIENTASIKAN FAIL
FAIL PELAJAR SISTEM PERPUSTAKAAN
FAIL BUKU
FAIL PELAJAR SISTEM AKADEMIK
FAIL KURSUS
FAIL PELAJAR SISTEM BENDAHARI
FAIL YURAN
KELEMAHAN SISTEM BERASASKAN
FAIL
Data disimpan di tempat berasingan
- Data- data disimpan pada fail yang berbeza dan nama
atribut yang berbeza. Walau bagaimanapun ia merujuk
kepada data yang sama menyebabkan kesukaran
mencapai dan mengemaskini data.
CONTOH FAIL BERASINGAN
Pelajar
IDPelajar Nama Kursus
001 Ahmad Faris Matematik
002
Nur Nadia Sains
Pelajar
IDPelajar Nama Markah Gred
001 Ahmad Faris 93 A
002 87 A
Nur Nadia
Data tidak diguna sama
- Oleh kerana setiap fail mempunyai aplikasinya sendiri maka
data-data tidak dapat dikongsi. Ini adalah kerana fail-fail
tersebut terletak pada tempat yang berasingan.
Data berulang atau bertindih
- Disebabkan fail-fail dibina untuk aplikasi tertentu, data-data
akan berulang pada bahagian-bahagian tertentu. Dengan itu
wujudnya data yang tidak konsisten dari segi pengemaskinian.
PENDEKATAN PANGKALAN DATA
Pendekatan pangkalan data adalah untuk menggantikan
penggunaan sistem berasaskan fail. Dengan itu menggunakan
pendekatan pangkalan data membolehkan pengguna untuk
berkongsi maklumat, mengatasi masalah pertindihan data dan di
samping itu mengelak masalah pembaziran masa, kos dan ruang
storan. Konsep pangkalan data bertujuan memudahkan
perkongsian data. Kesemua data-data akan disimpan dalam
pangkalan data dan dihubungkan dengan DBMS (Database
Management System) iaitu Sistem Pengurusan Pangkalan Data.
Sehubungan itu, semua bahagian boleh menggunakan atau
berkongsi data yang sama daripada pangkalan data tersebut.
APLIKASI SISTEM BERORIENTASIKAN PANGKALAN DATA
SISTEM PERPUSTAKAAN
PANGKALAN DBMS SISTEM AKADEMIK
DATA SISTEM BENDAHARI
KELEBIHAN PANGKALAN DATA
1. Kebebasan data dan program
a. Sistem Pengurusan Pangkalan Data mengasingkan data dan
program. Oleh itu, lebih memudahkan kepada
penyelenggaraan.
2. Meminimumkan pertindihan data
a. Dengan menggunakan pangkalan data ia dapat
meminimumkan pertindihan data. Ini kerana dalam
pangkalan data menggunakan konsep pernormalan yang
bertujuan untuk meminimumkan pertindihan data.
KELEBIHAN PANGKALAN DATA
3. Memperbaiki perkongsian data
a. Oleh kerana konsep pangkalan data itu sendiri bersifat
perkongsian, maka data-data dalam pangkalan data boleh
dikongsi bersama sama ada daripada pengguna dalaman
atau luaran. Namun pengguna-pengguna tersebut terikat
dengan kebenaran yang diberi terhadap pangkalan data.
KELEBIHAN PANGKALAN DATA
4. Meningkatkan produktiviti bagi pembangunan aplikasi
a. Konsep pangkalan data membolehkan pembinaan aplikasi
baru dibina dengan meminimumkan kos dan masa. Ini
kerana kebanyakan Sistem Pengurusan Pangkalan Data
telah menyediakan banyak kemudahan seperti membina
form, membina query, membina laporan dan sebagainya.
KELEBIHAN PANGKALAN DATA
5. Memperbaiki kebolehcapaian data
a. Oleh kerana wujudnya integrasi data, data akan dapat
dicapai terus oleh semua organisasi.
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
Sistem Pengurusan Pangkalan Data merupakan perisian yang
membolehkan pengguna mengenalpasti, mereka bentuk dan
mengurus pangkalan data.
Antara fungsi-fungsi Sistem Pengurusan Pangkalan Data:
1. Penyimpanan, capaian dan kemaskini
a. SPPD menyediakan perkhidmatan seperti penyimpanan,
capaian dan pengemaskinian data dalam pangkalan data.
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
2. Menyediakan katalog pengguna
a. SPPD menyediakan suatu katalog yang mengandungi
pemerihalan item-item data dan katalog ini seharusnya
boleh dicapai oleh pengguna.
3. Menyokong transaksi
a. Transaksi adalah suatu unit kerja yang mengandungi
beberapa arahan pengemaskinian terhadap data.
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
4. Kawalan keserentakan
a. SPPD memastikan pangkalan data dikemaskini dengan tepat
jika ramai pengguna mengemaskinikan pangkalan data
secara serentak.
5. Pemulihan daripada kegagalan sistem
a. SPPD menyediakan kemudahan untuk memulihkan
pangkalan data apabila berlaku kerosakan.
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
6. Hak kuasa
a. Kemudahan ini untuk memastikan orang yang berhak sahaja
dibenarkan untuk mencapai data.
7. Perkhidmatan integriti
a. Perubahan data mesti mengikut kekangan atau syarat yang
telah ditentukan. Kemudahan ini adalah untuk menjaga
kesahihan data.
SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA
8. Perkhidmatan Utiliti
a. Kemudahan yang disediakan untuk menyelenggara
pangkalan data melalui penyuntingan data, penghapusan
rekod, membina fail-fail baru dan sebagainya.
KOMPONEN PANGKALAN DATA
Sistem pangkalan mengandungi empat komponen utama
iaitu:
1. Data
a. Data adalah fakta asas mengenai manusia, tempat,
peristiwa atau konsep. Ia tidak memberikan
sebarang makna apabila digunakan bersendirian.
2. Perkakasan
a. Melibatkan seluruh perkakasan yang diperlukan untuk
menyokong pangkalan data. Ia terdiri daripada komputer,
internet dan rangkaian.
3. Perisian
a. Perisian melibatkan Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau
DBMS. DBMS merupakan perisian yang membolehkan
pengguna mengenal pasti, mereka bentuk dan mengurus
pangkalan data. Contoh : MySQL, ORACLE, Microsoft Access,
PostgreSQL dan lain-lain lagi.
4. Pengguna
➢ Pengguna terbahagi kepada pengguna akhir, pengaturcara
aplikasi dan Pentadbir Pangkalan data.
a. Pengguna akhir adalah mereka yang menggunakan sistem
yang telah siap.
b. Pengaturcara aplikasi adalah mereka yang
membangunkan sistem untuk kegunaan pengguna akhir.
c. Pentadbir Pangkalan Data adalah bertanggungjawab di
atas perancangan, mereka bentuk dan menyelenggara
sistem pangkalan data.
LATIHAN
1. Apakah rasionalnya kewujudan pangkalan data?
2. Berikan lima contoh di manakah aplikasi pangkalan
data digunakan.
3. Lukiskan gambar rajah konsep pangkalan data.
4. Antara pendekatan sistem berasaskan fail dan
pendekatan sistem pangkalan data, yang manakah
dianggap lebih praktikal bagi mengatasi masalah
sesebuah organisasi secara berkomputer?Mengapa?
SEKIAN, TERIMA KASIH.