The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anispuff, 2021-10-14 20:48:14

Syair Bidasari

Syair Bidasari

Syair Bidasari

Jamilah Hj Ahmad

Maksud Rangkap

• Rangkap 1 • Rangkap 2 • Rangkap 3

Dengarkan tuan suatu riwayat Ada raja suatu negeri, Hairan orang empunya temasya,
Raja di desa Negeri Kembayat Sultan halifah akas bestari, Baginda itulah raja perkasa,
Dikarang fakir dijadikan hikayat Asalnya baginda raja yang bahari, Sangat tiada merasai susah,
Supaya menjadi tamsil ibarat Melimpah ngadil dagang senteri. Entah pada esok dan lusa.

syair ini mengisahkan riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Sebagai seorang raja yang hebat,
seorang raja di desa Negeri digambarkan sebagai seorang yang baginda tidak pernah merasai
Kembayat yang menjadi contoh hebat dan bijaksana. Baginda juga kesusahan. Namun hal tidak dapat
teladan kepada rakyatnya. berwajah tampan dan bersikap adil dijangka pada masa akan datang.
terhadap orang asing/pedagang.

• Rangkap 4

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Raja kemudiannya beristeri dan tidak
beberapa lama kemudian permaisuri
baginda berbadan dua.

• Rangkap 5

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa lama memerintah negara dalam
keadaan aman damai, akhirnya bala menimpa dan
baginda terpaksa meninggalkan kerajaannya.

• Rangkap 6 • Rangkap 7 • Rangkap 8

Datanglah kepada suatu masa, Datanglah menyambar suaranya Baginda pun sedang dihadap
Melayanglah unggas dari angkasa, bahana, orang,
Unggas gurda sangat perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Mendengar gempar seperti
Menjadi negeri rosak binasa. Seisi negeri gundah-gelana, perang,
Membawa diri ke mana-mana. Bertitah baginda raja yang garang,
Pada suatu hari, negeri baginda "Gempar ini apakah kurang."
diserang oleh burung garuda hingga Keadaan negara menjadi huru-hara
menyebabkan kemusnahan yang dan semua rakyat lari bertempiaran Rakyat jelata datang menghadap
teruk. menyelamatkan diri. raja mengkhabarkan suasana
huru-hara dalam negara. Raja
dengan perasaan marah
menyatakan rasa terkejutnya.

Tema Dan Persoaalan

• TEMA • Persoaalan

Tema yang terdapat dalam Syair Bidasari 1. Keadilan dalam pemerintahan
ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang
raja dalam memerintah negara. Contoh: Raja Negeri Kembayat
Pemerintahan raja di desa Negeri menjalankan pemerintahan secara adil
Kembayat menjadi huru-hara apabila dan saksama.Baginda melayani
pedagang dan ulama yang datang ke
negara baginda ditimpa musibah. negeri baginda dengan baik.

2. Tanggungjawab semasa menjalankan
tugas.

Contoh: Raja Negeri Kembayat
merupakan raja yang
bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang
menimpa negeri baginda.

BENTUK DAN GAYA BAHASA

BENTUK GAYA BAHASA

• Syair ini mempunyai lapan • Bahasa Istana
rangkap. Contoh : baginda, permaisuri

• Semua baris merupakan isi • Bahasa Klasik
atau maksud. Contoh : akas,ngadil,halifah

• Bilangan suku kata bagi setiap • Inversi
baris adalah antara ( hingga 13 Contoh : Melayanglah ungas
suku kata. dari angkasa(sepatutnya
diungkapkan sebagai unggas
• Bilangan perkataan bagi setiap melayanglah dari angkasa.)
baris adalah antara 3 hingga 5
patah perkataan. • Simile
Contoh : Mendengar gempar
• Bentuk syair ini terikat. seperti perang

Kebijaksanaan – Raja Negeri Ketaatan – seluruh rakyat Negeri
Kembayat yang pertama Kembayat taat dan setia
bijaak dan cekap memimpin terhadap Raja Negeri Kembayat.
rakyat.
Tanggungjawab – Raja Negeri
Kasih sayang – Raja Negeri Keadilan – Raja negeri Kembayat bertanggungjawab
Kembayat amat menyayangi Kembayat yang pertama mentadbir negeri dengan
isterinya lebih-lebih lagi setelah memberikan layanan sempurna.
isterinya itu mengandung. yang adil dan saksama
kepada rakyat
termasuklah para
dagang

Nilai

PENGAJARAN

• Kita sebagai pemerintah mestilah memerintah
negara dengan bijaksana.
Contoh : Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang
bijaksana.

• Kita mestilah menyayangi pasangan kita.
Contoh : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi
permaisuri baginda yang sedang beberapa bulan
hamil.

• Kita mestilah taat kepada pemerintah.
Contoh : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa
bersama-sama raja Ketika susah dan senang.

CONTOH SOALAN

I. Berikan dua kesan kehadiran burung gurda
ke Negeri kembayat.

II. Sekiranya anda menjadi pemimpin di Negeri
Kembayat,apakah usaha-usaha yang anda
lakukan untuk menjadikan negeri anda
sebagai tumpuan pedagang?

III. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam syair
tersebut.


Click to View FlipBook Version