KONSEP PERLEMBAGAAN
NAMA PENSYARAH: MOHAMAD BAZLI MD
RADZI
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ALIEF SHAFIE BIN MADRASHA
(05DGU20F1003)
DAVID DAUD (05DGU20F1028)
NURUL ATIFFA BINTI AWANG AJI (05DGU20F1010)
ATIQAH BINTI TAMIMI (05DGU20F1007)
UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 2-3
2.0 PENGHARGAAN 4-9
3.0
4.0 PENGENALAN 10-12
5.0 13-14
6.0 KONSEP KELUHURAN 15-16
PERLEMBAGAAN 17-20
7.0 KONSEP 21-24
8.0 PERLEMBAGAAN
9.0 PINDA 25-26
PERLEMBAGAAN 27
TUJUAN 28
PERLEMBAGAAN 29
PERUNTUKAN
UTAMA
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
KEHILANGAN TARAF
KEWARGANEGARAAN
KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat juga kami
menyiapkan E-folio yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk ‘Konsep
Perlembagaan’.
Selain itu, kami ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada pensyarah kami Encik Mohamad Bazli
Bin Md Radzi atas bimbingan, sokongan,
nasihat dan tunjuk ajar yang amat berguna
dalam membantu kami sepanjang melakukan
E-folio ini .Kami juga turut menghargai kerana
membantu kami ketika susah dan senang. Jasa
beliau yang akan kami kenang sehingga akhir
hayat kami.
Seterusnya, tidak juga lupa kepada rakan-
rakan yang telah banyak membantu kami
menyiapkan dan menyempurnakan E-folio
kami yang bertajuk ‘Konsep Perlembagaan’.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini yang
berkaitan dengan tajuk E-folio kami amat
dihargai. Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa untuk memberikan
maklumat kepada kami tidak akan dilupakan
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak
yang telah membantu kami menyiapkan E-
folio ini secara langsung atau tidak langsung
semasa E-folio kami dijalankan.
3
1.0) PENGENALAN
Sejarah perlembagaan moden Malaysia
bermula pada akhir abad ke-19, ketika
kerajaan British menguasai Tanah Melayu
Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah:
1905- Sebuah badan perundangan pusat
yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat
Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua
undang-undang yang ada dibuat oleh mana-
mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak
bertentangan dengan undang-undang yang
bermula pada akhir abad ke-19, ketika
kerajaan British menguasai Tanah Melayu.
Sungguh pun begitu, MMP tidak mempunyai
kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan
kedudukan Raja-raja Melayu.
1927- Melalui pindaan Perjanjian
Persekutuan bagi anggota-anggota MMP,
MMP diberi kuasa untuk membuat undang-
undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi
mengambil bahagian dalam perbincangan
MMP. Ini dijadikan kuasa kerajaan pusat
menjadi kuat. Sementara itu,kedudukan
Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa
yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha
(Pegawai British) diserahkan kepada Dewan
Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar
kepada Setiausaha Persekutuan.
Dibawah Malayan Union pula, segala kuasa
terletak pada tangan Gabenor termasuk kuasa
memberi ampun kepada orang yang bersalah.
Gabenor boleh membatalkan segala
keputusan yang dibuat oleh Majlis
Perundangan.
Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri
pula hanya boleh membuat undang-undang
tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh
dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan
Union.
5
1948- Malayan Union dimansuhkan dan
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2
Februari 1948. Majlis Perundangan
Persekutuan ditubuhkan di mana ia
mempunyai kuasa membuat undang-undang.
Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kuasa
veto (pembatal) untuk menghalang rang
undang-undang yang diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan. Sementara itu,
Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa
yang terhad seperti yang dibuat dalam Jadual
Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu
mempunyai perlembagaan masing-masing.
Johor dan Terengganu telah pun mempunyai
perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing
pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda
supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian
Persekutuan 1948.
6
Jun 1955- Pilihan raya pertama diadakan bagi
memilih anggota-anggota Majlis Perundangan
Persekutuan iatu: mempunyai 52 anggota
yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12
pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan
persetujuan Raja-raja.
Mac 1956- Jawatankuasa Perlembagaan telah
dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid.
Jawatankuasa ini diberi tugas merangka
Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan
sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa ini mula
menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan
telah menggemukakan laporannya pada
Disember 1956. Laporan ini dikaji,diteliti dan
kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan
Persekutuan.
7
Pembentukan perlembagaan telah diluluskan
pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada
31 Ogos 1957.
Julai 1963- Perjanjian Malaysia ditandatangani
di London oleh kerajaan British, Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan
meluluskan satu undang-undang untuk
memberi kemerdekaan kepada Singapura,
Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan
mempunyai perlembagaan baru. Bagi
Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen
Persekutuan akan meluluskan satu undang-
undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk
meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta
Malaysia ini telah di Perlembagaan Malaysia
lahir serentak dengan kelahiran negara
Malaysia pada tahun 1963 yang lalu.
Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang
kukuh kerana ia terbina di atas Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah
terpakai semenjak Malaya merdeka
sehinggalah Malaysia terbentuk pada 16
September 1963. Pembentukkan Malaysia
pada 16 September 1969, Tanah Melayu
digantikan dengan nama Malaysia.
9
2.0)KONSEP KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia wujud pada tarikh
yang sama dengan kelahiran negara Malaysia
iatu pada tahun 1963. Perlembagaan Malaysia
mempunyai asas yang kukuh kerana ia dibina
di atas Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM) yang telah digunakan sejak
Malaya mecapai kemerdekaan sehingga
terbentuknya Malaysia pada 16 September
1963. Pembentukkan Malaysia pada 16
September 1963, Tanah Melayu ditukarkan
dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan
sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac
1824 sehingga 31 Ogos 1957. Temph 129
tahun telah banyak memberi impak kepada
pembangunan negara termasuklah
perhubungan etnik di negara ini. Pada 31 Ogos
1957, Malaysia telah mencapai kemerdekaan.
Menjelang 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos
2020, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan
selama 63 tahun. Suatu tempoh panjang yang
membolehkan rakyat Malaysia membentuk
kerajaan mengikut acuan sendiri.
Pemahaman latar belakang perlembagaan
Malaysia memerlukan kita menyingkap dan
memahami lebaran sejarah penghasilan
perlembagaan Tanah Melayu. Menjelang
Kemerdekaan Tanah Melayu, setelah semua
pihak sebulat suara, Suruhanjaya Reid telah
ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan
baru bagi menggantikan perlembagaan 1948
yang telah diguna pakai semenjak Malayan
Union dibubarkan. Langkah ini menjadikannya
sebuah perlembagaan yang kukuh dan
mendapat penerimaan semua pihak dan
diisyitiharkan pada Hari Kemerdekaan Tanah
Melayu. Namun Perlembagaan Malaysia juga
tetap sebuah perlembagaan yang berfungsi
sepanjang masa. Ini kerana Malaysia
mengamalkan sikap terbuka dan fleksibel.
Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang
diamalkan, pindaan yang sewajarnya dilakukan
melalui proses tertentu di parlimen apabila
sesuatu perubahan diperlukan untuk
menyesuaikan dengan keadaan dan masa.
12
3.0)KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-
undang dasar yang menentukan cara
pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.
Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang
dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu,
hak-hak yang dipunyai oleh orang yang
diperintah dan perhubungan antara yang
memerintah dengan orang yang diperintah.
Professor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh
Abas, 1997) berpendapat bahawa udang-
undang perlembagaan mengandungi dua
prinsip sahaja, iatu prinsip kedaulatan
parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai
undang-undng utama di sebuah negara,
perlembagaan mengandungi pelbagai
peruntukan, antara lain Badan Perundangan
iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti
Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain.
Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-
peruntukan lain seperti kenegaraan,
kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan
dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997),
perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas
negara. Perlembagaan wujud daripada
kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas
kebolehan kerajaan untuk menjamin semua
yang terkandung di dalam perlembagaan itu.
Jika undang-undang yang dikanunkan
berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat
dijalankan atau hak yang dijanjikan di
dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka
perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu,
perlembagaan mestilah dipegang teguh dan
seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang
nyata ialah perlembagaan bukan sahaja
merupakan sebuah fikiran atau syor, namun
merupakan undang-undang agung negara.
4.0) PINDA PERLEMBAGAAN
Sungguhpun Perlembagaan merupakan
undang-undang tertinggi, namun masih boleh
dipinda. Hal ini bermakna boleh dibuat
pindaan demi kepentingan rakyat dan negara.
Sungguh pun begitu pindaan perlembagaan
Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-
wenangnya.
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda
melalui empat cara seperti mana yang
digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E:
Cara Perlembagaan Persekutuan Dipinda:
a) Mendapat pungutan suara majority
biasa ahli Majlis Parlimen
b) Mendapat suara dua pertiga ahli Majlis
Parlimen
c)Mendapat suara dua pertiga ahli Majlis
Parlimen dan mendapat perkenan Majlis
Raja-raja
d) Perkara yang menyentuh Sabah dan
Sarawak memerlukan pungutan suara dua
pertiga ahli Majlis Parlimen dan
persetujuan Yang di-Pertua Negeri.
e) Pindaan Perlembagaan Malaysia juga
boleh berlaku melalui Perkara 150 iatu
melalui deklarasi darurat.
Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi
beberapa perkara yang tidak boleh
dipersoalkan seperti:
Perkara Yang Tidak Boleh Dipersoalkan
a) Agama Islam sebagai agama
Persekutuan
b) Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu
dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
c)Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan soal kerakyatan
16
5.0) TUJUAN PERLEMBAGAAN
1) Untuk mewujudkan satu bentuk
pemerintahan yang adil.
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya
adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum
dalam beberapa perkara seperti hak istimewa
orang melayu, bahasa melayu, agama islam
dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, walaupun
Perlembagaan memperuntukkan agama Islam
sebagai agama persekutuan/ rasmi negara,
tetapi agama lain juga bebas diamalkan di
Malaysia. Peruntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara juga ada kelonggarannya
apabila bahasa-bahasa lain juga boleh
digunakan, manakala dalam perkara hak
keistimewaan orang melayu, YDPA tidak
sahaja mejaga kepentingan Orang Melayu,
tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat
perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini
adalah untuk melahirkan satu bentuk
pemerintahan yang adil dan tidak
menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.
2) Untuk mengelakkan penyalahgunaan
kuasa oleh pemerintah.
Sebagaimana yang digariskan dalam
Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan
tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/Yang
Dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun
baginda mempunyai bidang kuasa tertentu
tetapi segala tindakan mereka adalah
tertakhluk kepada Perlembagaan. Jadi ini
dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa
oleh pemerintah.
3) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja
meperuntukkan kuasa kepada pemerintah,
tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan
asasi dan hak istimewa orang Melayu.
Keadaan ini secara tidak langsung akan
membentuk pembahagian kuasa dan dapat
mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh
sesuatu pihak. Dalam hal ini, pemerintah ada
had perkara yang boleh dilakukan dan apa
yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada
perkara yang mereka boleh laukan dan apa
yang tidak boleh dilakukan.
4) Sebagai alat untuk menyelesaikan
masalah.
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi
undang-undang tertinggi negara dan menjadi
rujukan utama dalam penggubalan undang-
undang Persekutuan dan negeri. Malahan apa-
apa masalah dalam pembuatan undang-
undang atau rujukan apa-apa hukuman
kepada seseorang warganegara adalah
berdasarkan Perlembagaan.
5) Menjamin riwayat negara bangsa.
Perlembagaan sememangnya berperana
penting dalam menentukan hala tuju
perjalanan pentadbiran negara. Malahan
perlembagaan sendiri adalah asas kepada
pemebntukan demokrai di Malaysia. Justeru
itu, pembentukan perlembagaan akan
mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia
kerana ia telah mencorakkan system
pentadbiran dan perjalanan undang-undang
negara.
6) Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
Perlembagaan yang berfungsi sebagai alat
penyelesai masalah, mengawal kedudukan
rakyat dan pemerintah, alat penyelesai
masalah sesungguhnya telah berjaya
membentuk keamanan dan kestabilan negara.
Ini memandangkan terdapat sekatan dalam
perlembagaan yang mengawal pergerakan
setiap warganegara Malaysia walaupun merek
diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu.
Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada
hadnya apabila adanya perkara-perkara yang
difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan
mereka.
20
6.0) PERUNTUKAN UTAMA
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
• KEWARGANEGARAAN : CARA MENDAPAT
KEWARGANEGARAAN
Ada 4 cara untuk seseorang itu menjadi
warganegara Malaysia:
• Kuatkuasa undang-undang
• Pendaftaran
• Naturalisasi/ kemasukan
• Penggabungan wilayah
Penjelasan Empat Cara Menjadi Warganegara
Malaysia
Kewarganegaraan melalui kuatkuasa
undang-undang
Majoriti rakyat Malaysia mendapat
kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-
undang. Contohnya:
Orang-orang yang lahir pada atau
selepas Hari Malaysia iatu pada 16
September 1963
Seseorang yang dilahirkan di dalam
Malaysia dengan salah seorang ibu atau
bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah
seorang warganegara atau pemastautin
tetap Malaysia
Seseorang yang dilahirkan di luar
Malaysia dan bapanya pada ketika
kelahirannya adalah seorang warganegara
yang lahir di Malaysia
Kewarganegaraan melalui pendaftaran
Seorang wanita yang berkahwin dengan
warganegara Malaysia dan perkahwinannya
telah didaftarkan di Malaysia boleh
didaftarkan sebagai warganegara sekiranya:
Dia masih bersuami dan suaminya
adalah warganegara Malaysia.
22
Kerajaan Persekutuan berpuas hati
bahawa dia telah bermastautin di dalam
Persekutuan selama 2 tahun sebelum
tarikh permohonan dan berniat untuk
bermastautin tetap serta berkelakuan baik.
Seseorang yang dibawah umur 21
tahun boleh didaftarkan sebagai
warganegara sekiranya ibu atau bapanya
adalah seseorang warganegara. Kerajaan
Persekutuan juga boleh mendaftarkan
seseorang dibawah 21 tahun dalam
keadaan khas yang difikirkan sesuai.
Kewarganegaraan melalui naturalisasi/
kemasukan
Kemasukan Persekutuan boleh dalam apa-apa
keadaan khas yang difikirkan sesuai ataupun
atas permohonan seseorang yang berumur 21
tahun atau lebih dan pemohon bukan
warganegara, memberikan perakuan
naturalisasi sekiranya
23
Orang itu telah bermastautin di dalam
Persekutuan bagi tempoh yang
dikehendaki dan berniat berbuat demikian
secara tetap.
Berkelakuan baik dan mempunyai
pengetahuan memadai dalam bahasa
Melayu.
Kewarganegaraan melalui
penggabungan wilayah.
Sekiranya terdapat wilayah baru yang
diterima masuk ke dalam Malaysia selepas
hari Malaysia. Parlimen boleh menetapkan
penduduk di dalam wilayah tersebut
adalah warganegara Malaysia
24
7.0) KEHILANGAN TARAF
KEWARGANEGARAAN
Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan
taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua
keadaan seperti yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan iatu melalui cara penolakan
(Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan
pelucutan (Perkara 24 Perlembagaan
Persekutuan).
• DUA KEADAAN HILANG TARAF
KEWARGANEGARAAN
Penolakan
o Seseorang warganegara yang berumur 21
tahun atau lebih dan sempurna akal serta
telah memperoleh kewarganegaraan
negara lain atau hendak menjadi seorang
warganegara negara lain boleh menolak
warganegara Malaysianya.
Pelucutan
o Seseorang individu itu telah menjadi
warganegara asing.
o Warganegara tersebut membuktikan dia
tidak lagi setia kepada negara sama ada
melalui percakapan atau tindakannya yang
boleh mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara.
26
8.0) KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan merupakan undang-undang
yang mengandungi peraturan serta prinsip
sebagai asas kepada pembentukan
kerajaan.
• Perlembagaan merupakan panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasa dan mentadbir negara.
• Perlembagaan menjadi asas penting untuk
menjamin kesinambungan pentadbiran
dan kestabilan politik
• Perlembagaan menjamin pentadbiran
yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil.
• Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk
hidup sebagai seorang warganegara secara
aman dan harmoni
27
9.0) KESIMPULAN
Kewujudan Perlembagaan sebagai asas
undang-undang sesungguhnya mempunyai
peranan yang sangat besar dalam membentuk
perjalanan pemerintahan negara ini.
Walaupun ia sebuah perlembagaan yang
terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia
telah berjaya melicinkan pentadbiran negara
serta mewujudkan keamanan dan kestabilan
negara. Perlembagaan sebenarnya adalah
tunjang kepada keamanan dan perpaduan
kaum di negara Malaysia. Ini kerana,
pembentukan perlembagaan awal-awal lagi
adalah atas dasar persetujuan semua kaum.
Perlembagaan juga menjadi dasar kepada
pembentukan demokrasi berparlimen di
Malaysia. Melalui perlembagaan setiap
warganegara sama ada pemerintah dan rakyat
mendapat hak masing-masing dan pembelaan
sewajarnya
28
RUJUKAN
https://images.app.goo.gl/1Kp3QAnob5zLCa3
NA
https://images.app.goo.gl/UBhKdwTEfhGdh2j
7A
http://perlembagaanmalaysia96.blogspot.com
/2014/08/rumusan-kewujudan-perlembagaan-
sebagai.html?m=1
http://perlembagaanmalaysia96.blogspot.com
/2014/08/tujuan-perlembagaan.html?m=1
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.co
m/2014/09/bab-7-perlembagaan-
malaysia.html?m=1