The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazlanamini, 2021-09-27 01:30:14

MEDIA DAN ALATAN LUKISAN TEKNIKAL

MEDIA DAN ALATAN LUKISAN TEKNIKAL

STS10013
LUKISAN GEOMETRI SENIBINA

MEDIA & PERALATAN

Fazlan Amini Bin Zulkifly
Pensyarah

Kolej Komuniti Cawangan Jerlun

Media dan Peralatan

• Bagi tujuan melukis secara manual, terdapat pelbagai peralatan
asas yang perlu digunakan.

• Setiap alatan ini mempunyai ciri dan fungsi yang tersendiri.
• Sebelum mula melukis, kita perlu mengenal pasti jenis peralatan,

cara penggunaan dan penjagaan peralatan tersebut.
• Kemahiran serta pengetahuan asas mengendalikan peralatan

melukis ini amat penting bagi memastikan lukisan yang
dihasilkan bermutu dan tepat.

PAPAN LUKIS & MEJA LUKIS (DRAWING BOARD & DRAFTING TABLE)

• Papan lukisan atau meja lukisan berfungsi
sebagai tempat alas untuk melukis dengan
permukaan yang rata.

• Papan lukisan mudah dibawa ke mana-mana.
• Meja lukisan pula adalah meja khusus untuk

melukis kerana dapat memberi keselesaan
kepada pengguna disebabkan ketinggian dan
kecondongan meja ini boleh dilaras mengikut
kesesuaian.
• Papan lukisan atau meja lukisan seharusnya
dijaga rapi agar dapat berfungsi dengan baik.
• Ini termasuklah dalam aspek kebersihan
permukaan dan sisi yang rata dan lurus.

SESIKU T (T SQUARE)

• Sesiku-T diperbuat daripada kayu atau
plastik.

• Sesiku-T mempunyai dua bahagian utama
iaitu kepala dan bilah panjang yang saling
bersudut tepat.

• Sesiku-T digunakan bersama dengan papan
lukisan atau meja lukisan.

• Sesiku-T digunakan untuk membina garisan
ufuk dengan lurus.

• Ciri-ciri sesiku-T yang baik ialah bahagian
pinggir bilah panjang dan lurus,
penyambung antara bilah dan kepala kukuh
serta tidak melengkung.

SESIKU SET (SET SQUARE)

• Sesiku set terdiri daripada satu sesiku yang
mempunyai sudut 30°, 60° dan 90° manakala
satu lagi sesiku mempunyai sudut 45°, 45° dan
90°.

• Fungsi sesiku set adalah untuk menghasilkan
garisan tegak, condong dan selari.

• Sesiku set digunakan bersama dengan sesiku-T.
• Ciri-ciri sesiku set yang baik ialah:

(i) Bahagian tepi sesiku set dalam keadaan
lurus

(ii) Sesiku set tidak melengkung

LENGKUNG PERANCIS & LENGKUNG FLEKSIBLE (FRENCH CURVE & FLEXIBLE CURVE)

• Lengkung Perancis diperbuat daripada
plastik dan terdapat dalam pelbagai bentuk.

• Lengkung Perancis digunakan untuk kerja
melukis garisan lengkung, iaitu dengan
menyesuaikan bentuk alat pada titik-titik
garisan lengkung yang hendak dilukis.

• Lengkung fleksibel juga boleh digunakan
untuk membina garis lengkung.

• Lengkung fleksibel boleh dilenturkan
mengikut kesesuaian bagi mendapatkan
garisan lengkung yang dikehendaki

PENSEL (PENCIL)

• Mata pensel yang digunakan untuk melukis
mempunyai gred kehitaman tertentu, iaitu
gred keras, gred sederhana dan gred lembut.

• Gred kehitaman ini dikenali dengan siri H, F,
HB dan B

PEMADAM (ERASER)

• Terdapat dua jenis pemadam, iaitu pemadam
pensel dan pemadam dakwat.

• Pemadam pensel yang bertekstur lembut
dapat memadam dengan bersih tanpa
merosakkan kertas lukisan.

• Pemadam dakwat pula bertekstur kasar.

PLAT PENCONTOH (TEMPLATE)

• Plat pencontoh digunakan sebagai alat
tambahan untuk membantu pelukis
mendapatkan keseragaman bentuk dalam
melukis.

• Terdapat pelbagai jenis plat pencontoh
mengikut bidang dan kegunaannya sendiri.

SET JANGKA LUKIS

• Set Jangka lukis mempunyai pelbagai
kegunaan seperti membina bulatan,
memindahkan jarak serta melukis lengkok.

• Membuat ukuran semasa melukis

PITA PELEKAT & KERTAS LUKISAN

SAIZ KERTAS LUKISAN

• Terdapat pelbagai saiz kertas lukisan yang
biasa digunakan.

• Saiz kertas lukisan yang dipilih mestilah
sesuai dengan keperluanpenggunaannya.

• Untuk tujuan pembelajaran, saiz kertas
yang lazim digunakan ialah A4 atau A3.

MELARAS KERTAS LUKISAN DI ATAS PAPAN LUKISAN

LATIHAN KEFAHAMAN

https://forms.gle/MbZFqjGsYThYRGAa8


Click to View FlipBook Version