SENI DAN KRAF UNTUK KANAKKANAK (TIUPAN) D I S E D I A K A N O L E H : N U R U L Q U R R A T U A I N I B I N T I M O H A M M A D S A B R I
APAKAH DEFINISI TIUPAN ? Menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang) kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat ranting-ranting kayu atau pokok yang rendang. Selain itu, tiupan juga dapat didefinisikan sebagai aktiviti menitiskan air di atas kertas dan meniup dengan penyedut minuman ( straw ). Langkah tersebut akan diulang dengan menggunakan pelbagai warna untuk menimbulkan pertindihan warna yang menarik.
ALAT DAN BAHAN TIUPAN CAT WARNA AIR BERUS GIGI BERUS CAT PALET KERTAS A4 BERWARNA PUTIH
PROSES MENGHASILKAN TIUPAN
PROSES MENGHASILKAN TIUPAN Pada langkah yang pertama, memilih tema untuk menghasilkan tiupan dan menyediakan alat dan bahan seperti palet untuk membancuh cat warna air, cat warna air untuk menghasilkan tiupan, kertas A4 berwarna putih, berus cat dan straw minuman. Seterusnya, pada langkah kedua, membancuh cat warna air yang pelbagai di dalam palet. Kemudian, pada langkah yang ketiga, menitiskan cat warna air pada kertas A4 berwarna putih dengan menggunakan berus cat dan meniup cat warna air yang telah dititiskan di atas kertas A4 berwarna putih secara menegak dan memenuhi ruang untuk menghasilkan corak tiupan yang menarik. Akhir sekali, untuk langkah keempat, menjemur hasil tiupan tersebut sehingga kering. Setelah selesai semua proses di atas, maka sebuah hasil tiupan yang menarik telah berjaya untuk dihasilkan.
CONTOH GAMBAR SENI TIUPAN
SEKIAN TERIMA KASIH