AGUNG TAHUNAN Mesyuarat KALI KE - 22 SESI 2023/2024 Sabtu • 13 Mei 2022 • 9:00 pagi • Dewan Bitara Dirasmikan oleh : YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [S.I.M.P] Ahli Parlimen Paya Besar PIBG SMK BUKIT RANGIN
02 01 03 04 06 05 07 08 09 11 10 12 13 14 Isi Kandungan Kata Alu-Aluan Penasihat PIBG Kata Alu-Aluan YDP PIBG Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Jawatankuasa Kerja AJK PIBG Sesi 2022/2023 Atur Cara Majlis Laporan Unit Kurikulum Laporan Unit HEM Laporan Unit Kokurikulum Laporan Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2022 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 Usul dan Cadangan Penghargaan Kandungan Senarai 1 1 2 3 4 5 7 8 9 12 18 36 27 41 43
Kata Aluan Penasihat PIBG Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan restu-Nya, maka Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bukit Rangin kali ke-22 pada tahun 2023 dapat kita laksanakan pada hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Sesungguhnya, kehadiran Yang di Pertua PIBG, ahli-ahli jawatankuasa serta ibu bapa dan penjaga membuktikan kebersamaan kita dalam melaksanakan amanah Allah SWT untuk merancang demi melakar kejayaan dan kemenjadian anak-anak didik di sekolah ini. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh itu, misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, memenuhi aspirasi negara Malaysia. Dengan itu, PIBG perlu menunjukkan inisiatif dan komitmen yang tinggi serta memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah. Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak- anak kita. 2 Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat tentang disiplin anak-anak di sekolah. Di majlis ini juga, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi menyeru agar PIBG di sekolah ini dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlu dipupuk dan disemai agar persatuan ini terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya, dapat kita bersamasama lagi bertemu dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 bagi Sesi 2023/2024. Terima kasih di atas kehadiran tuan/puan dan ibubapa sekalian. Sebagai platform perantara, PIBG SMK Bukit Rangin sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah. Justeru kolaborasi dan sokongan dari semua pihak dalam segenap aspek amatlah perlu bagi memastikan perlaksanaan yang sistematik dan pragmatik untuk hasil yang akan memberikan impak positif yang maksima dan seterusnya menjadi ‘role model’ resepi kejayaan kegemilangan sekolah. Jutaan terima kasih dah tahniah saya ucapkan kepada semua Warga SMK Bukit Rangin yang telah banyak memberi sumbangan tenaga dan kewangan secara langsung atau tidak dalam membantu pihak sekolah dan PIBG khususnya menjayakan setiap aktiviti dan program. Justeru, ayuh semua kita kekalkan momentum hubungan dan jaringan ‘ibarat isi dan kuku’ ini dalam permuafakatan komuniti kerana kita saling memerlukan untuk melaksanakan dan mencapai visi, misi dan matlamat dalam memacu aspirasi menuju keunggulan pembangunan dan kecemerlangan seluruh warga SMK Bukit Rangin. Sekian, terima kasih. PIBG SMK Bukit Rangin sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah. En Zamzuriadi bin Shamsuddin YDP PIBG SMK Bukit Rangin Yang Dipertua PIBG Kata Aluan 3
Kali ke-22 Sesi 2023/2024 Notis Mesyuarat Agung 4
AJK Persiapan Pentas & Keceriaan Pn Asiah binti Jusoh Pn Noor Aida binti Abd Latiff Puan Anisah binti Harun Pn Nordalina binti Mohd Isa Pn Farah Ilyani binti Hj Hassan Pn Fauziah binti Abd Halim Pn Junaidah binti Abd Jalil AJK Backdrop En Mohd Hasnor bin Ngah @Abdullah En Mohd Ridzal bin Abd Murad Mohd Nizam bin Nordin AJK Buku Program Pn Juhaida binti Yusop Pn Nurul Rozalin binti Hamzah Pn Syarifah @Noriana binti Chik Pn Suzana binti Awang Pn Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi Pn Norasma binti Muhammad AJK Jemputan Pn Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi Pn Nur Afiqah binti Asri Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari : Pn Hanita binti Kassim : Pn Norashidah binti A. Ghani : Tn Hj Fatthul Mueim bin Bustaman : En Adnan bin Mamat : Pn Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi : Pn Nur Afiqah binti Asri : Pn Norasma binti Muhammad : Pn Faizahanum binti Hamedon [Pengetua] [PK Pentadbiran] [PK HEM] [PK Kokurikulum] MAT Kali ke-22 Sesi 2023/2024 Jawatankuasa Kerja AJK Pengurus Majlis Pn Asnor Samiza binti Mohd Salleh AJK Penyambut Tetamu AJK Ibu Bapa AJK Sijil, Hadiah & Cenderahati Pn Pn Norahayu binti Mat Junoh Pn Rosmini binti Ishak Cik Asnarita binti Tarmizi Pn Norzalina binti Mazlan Pn Rosni binti Che Hak Pn Nor Faizatul Fitri binti Ismail Nurul Faiqah Syamimi binti Aripin AJK Sambutan & Protokol Pn Noor Azmah binti Abd Wahab Pn Nor Rashidah binti Abd Rahim Pn Raja Roslinda binti Raja Ishak Pn Zahuara binti Bakar AJK PIBG Jawatankuasa Pelaksana 5
AJK Jamuan VIP, Guru & Ibu Bapa Pn Wan Norizan binti Wan Mohd Pn Wan Azimah binti Wan Ahmad Pn Zuhaini binti Mustaffa Pn Norashida binti Mat Zin Pn Norfarhanah binti Abd Latif Pn Wan Norifa binti Wan Hassan Pn Ne binti Halim Pn Norazila binti Mamat@Alias Pn Norasiah binti Othman 10 AJK Pendaftaran Pn Nor Hasmah binti Mat Nasir Pn Ezatul Irada binti Abdul Ghani Pn Nabilah binti Kamaruzaman Pn Noor Mala binti Daud AJK Persembahan Multimedia & Teknikal En Mohd Hanafyieh bin Omar Siti Amalina binti Sariman Pn Nurmysita binti Mohamed Mokhtar Pn Nurul Fakhriah binti Abdul Rahman AJK Bacaan Doa Tn Hj Mohd Puzi bin Mohd Zahari AJK Dokumentasi & Penilaian Pn Nurul Ashikin binti Che Mahmood Pn Nabilah binti Kamaruzaman AJK Persiapan Tempat En Edrin Faisal bin Mad Isa Muhammad Zuhari bin Rosli Khairul Annuar bin Kassim Adnan bin Abdullah Shahrizan bin Omar AJK Pengurusan Mesyuarat Agung Pn Siti Mariam binti Abdullah Pn Sapura binti Mat Zali Pn Sunita Bibi binti Abdul Razak Pn Norita binti Mohammad Pn Umi Kalsum binti Mohd Nasir Pn Wan Nor Syahida Wan Mahd Hanafi AJK Pencatat Minit Mesyuarat Pn Rosmaria binti Omar Pn Rosliza binti Saleh Pn Laili Masturah binti Abdullah En Rizuan Shah bin Hapipi AJK Notis Mesyuarat Agung PIBG & Pemilihan Usul Semua guru kelas AJK Kebersihan & Disiplin Pn Zuraida binti Samsudin Pn Kamariah binti Manaf Pn Norashida binti Mat Zin En Hamizi bin Taib AJK Teks Ucapan Pn Nor Azizah binti Ahmad Bakri Pn Suzana binti Hassan AJK Siaraya En Wan Kamarul Ariffin Wan Tajulruddin Shaharuddin bin Daros Yusni bin Mat Yusof AJK Fotografi Pn Sarifah binti Mansor AJK Paradigma AJK Pengacara Majlis Pn Noorjuslili binti Jusoh Pn Noryusnita bt Omar AJK Keselamatan & Lalu Lintas En Mohd Firdaus bin Mamat Kadet JPJ 6
PENASIHAT Pn Hanita binti Kassim YANG DIPERTUA En Zamzuriadi bin Shamsuddin NAIB YANG DIPERTUA En Rokman bin Abu Hassan SETIAUSAHA Pn Siti Nor Azura binti Abdullah Hairi NAIB SETIAUSAHA Pn Nur Afiqah binti Asri BENDAHARI Pn Norasma binti Muhammad PENOLONG BENDAHARI Pn Faizahanum binti Hamedon AJK IBU BAPA Pn Rosnariah binti Abd Malik Pn Ummie Harnisah binti Harun Pn Farafizan binti Baharum En Mohd Amir Halimi bin Hamdzah En Hadizam bin Razelan Pn Haida binti Hj Hasmuddin AJK GURU Pn Asnor Samiza Binti Mohd Salleh Pn Nurul Rozalin Binti Hamzah En Mohd Firdaus Bin Mamat En Edrin Faisal Bin Mad Isa Pn Siti Mariam Binti Abdullah JURUAUDIT DALAMAN Pn Zuhaini binti Mustaffa (Guru) En Nezrul Hisyam bin Abdul Ghani (Ibu Bapa) PIBG Sesi 2022/2023 AJK 7
MAT Kali ke-22 Sesi 2023/2024 Agenda 08.00 pagi Pendaftaran ibu bapa,guru dan AKP 09.00 pagi Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis Nyanyian lagu Negaraku Bacaan Doa oleh Pengerusi BADAR SMK Bukit Rangin Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah Persembahan Penyampaian sijil dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 Jamuan Makan KATA ALU-ALUAN 10.30 pagi Ucapan Yang Dipertua PIBG Laporan Penasihat PIBG SMK Bukit Rangin - Puan Hanita binti Kassim (Pengetua) Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 Perkara Berbangkit Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 oleh Setiausaha Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang bertarikh 31 Disember 2022 oleh Bendahari Penyampaian sijil kepada AJK Squad Sukarelawan BRASS Pembubaran AJK 2022/2023 Pelantikan AJK 2023/2024 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-22 BERMULA Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Penolong setiausaha Bendahari Penolong Bendahari AJK (6 orang ibu bapa dan 5 orang guru) Juruaudit dalaman (1 orang ibu/bapa/penjaga dan 1 orang guru) Perbincangan usul Hal-hal lain Ucapan Penangguhan Cabutan Bertuah Sesi Fotografi Majlis bersurai 8
SPM BIL CALON STRAIGHT A'S LMS GAGAL GPS BIL % BIL % 2019 185 7 183 98.92 2 1.08 3.11 2020 148 1 146 98.65 2 1.35 3.40 2021 183 9 180 98.36 3 1.64 3.40 Unit Kurikulum Laporan Prestasi SPM 2019 - 2021 9 Prestasi SPM Mata Pelajaran 2019 - 2021
BIL PROGRAM TARIKH 1 Bengkel Pecutan Akhir SPM Bahasa Inggeris SPM 2021 18 Februari 2022 2 Majlis Muzakarah Waris 26 Februari 2022 3 Majlis Anugerah Kecemerlangan BRASS 2021 29 Julai 2022 4 Program Sejarah Kertas 1 Betul 30/40 Jun - Ogos 2022 5 Minggu Bahasa 13 Jun 2022 6 Bengkel CIA Kalkulator In Algebra Tingkatan 1 -5 6 - 27 Julai 2022 7 Swing For The Fences T5 Fasa 1 Julai 2022 8 Nite Prep Murid Miskin Tajaan PIBG Julai - November 9 Seminar Jejak Jaya SPM 2022 17 – 21 Oktober 2022 10 Seminar MenjawabKertas 1 Bahasa Inggeris 11 November 2022 11 Kelas Tambahan Masa Cuti 10 -23 Disember 2022 12 Kelas Jadual Anjal SPM Nov 2022 - Feb 2023 13 Modul PERHALUS Okt 2022 - Jan 2023 14 Latih Tubi Modul Soalan Percubaan Negeri (Kertas 1 & Kertas 2) Nov 2022 - Feb 2023 10 Program Kurikulum
BIL PROGRAM TARIKH 15 Swing For The Fences T5 Fasa 2 November 2022 16 Latih Tubi Modul Yapeim (Kertas 1 Dan Kertas 2) Januari - Mac 2023 17 Bengkel Sejarah 4 Februari 2023 18 Bengkel Teknik Menjawab Perniagaan November 2023 19 Kelas Pecutan Akhir SPM 18 Feb – 10 Mac 2023 20 Majlis Apresiasi & Restu lmu SPM 2022 3 Februari 2023 11
HAL EHWAL MURID Laporan Unit TAHUN 2022/2023
BIL KELAS L P JUMLAH 1 1 CENDEKIA (KAA) 12 15 27 2 1 BESTARI 13 14 27 3 1 TERAMPIL 11 16 27 4 1 ARIF 12 18 30 5 1 DEDIKASI 14 13 27 6 1 INOVATIF 12 17 29 7 1 ETKA 13 13 26 JUMLAH 87 106 193 Data Murid Mengikut Tingkatan Sesi 2022/2023 TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 BIL KELAS L P JUMLAH 1 2 CENDEKIA (KAA) 4 12 16 2 2 BESTARI 9 18 27 3 2 TERAMPIL 13 13 26 4 2 ARIF 14 12 26 5 2 DEDIKASI 15 10 25 6 2 INOVATIF 13 9 22 JUMLAH 68 74 142 13
BIL KELAS L P JUMLAH 1 3 CENDEKIA (KAA) 7 20 27 2 3 BESTARI 13 15 28 3 3 TERAMPIL 12 16 28 4 3 ARIF 13 16 29 5 3 DEDIKASI 21 5 26 6 3 INOVATIF 14 8 22 JUMLAH 80 80 160 Data Murid Mengikut Tingkatan Sesi 2022/2023 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 BIL KELAS L P JUMLAH 1 4 BESTARI 11 17 28 2 4 INOVATIF 11 13 24 3 4 ETIKA 9 9 18 4 4 TERAMPIL 7 10 17 5 4 ARIF 15 7 22 6 4 DEDIKASI 13 2 15 JUMLAH 66 58 124 14
BIL KELAS L P JUMLAH 1 5 BESTARI 11 18 28 2 5 CENDEKIA 13 15 28 3 5 INOVATIF 13 17 30 4 5 ETIKA 13 17 30 5 5 TERAMPIL 10 17 27 6 5 ARIF 14 12 26 7 5 DEDIKASI 17 4 21 JUMLAH 91 100 191 Data Murid Mengikut Tingkatan Sesi 2022/2023 TINGKATAN 5 JUMLAH KESELURUHAN MURID TINGKATAN 1-5 L P JUMLAH TINGKATAN 1 87 106 193 TINGKATAN 2 68 74 142 TINGKATAN 3 80 80 160 TINGKATAN 4 66 58 124 TINGKATAN 5 91 100 191 JUMLAH 392 418 810 15
BIL KELAS JUMLAH 1 PELANCARAN PROGRAM ANTIBULI 04.04.2022 2 TAKLIMAT DISIPLIN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN SATU 05.04.2022 3 TAKLIMAT PENGAWAS 05.04.2022 4 TAKLIMAT DISIPLIN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN EMPAT 07.04.2022 5 BACAAN IKRAR ANTIBULI PERHIMPUNAN RASMI (M1) 6 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID FASA 2 21 – 22.07.2022 7 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID FASA 3 9 - 12.08.2022 8 SPOT CHECK BERKALA FASA 1 14.09.2022 9 PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID FASA 4 26 - 28.09.2022 UNIT DISIPLIN Program Yang Dilaksanakan Unit HEM BIL KELAS JUMLAH 10 PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG (SAMBUT KEHADIRAN MURID) SEPANJANG TAHUN 11 PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 04 & 05.04.2022 12 PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 07 & 08.04.2022 13 PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 11.04.2022 14 PROGRAM PENETAPAN TARGET SPM TAHUN 2022 13.06.2022 15 PROGRAM MENTOR MENTEE 07.07.2022 16 PROGRAM BICARA PUTERA PUTERI 12.10.2022 17 PROGRAM TAKLIMAT SMT DAN KV 07.11.2022 18 PROGRAM SARINGAN MINDA SIHAT 08 - 09.11.2022 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 16
BIL KELAS JUMLAH 19 KEM CELIK FEKAH 2022 18.01 - 17.02.2022 20 MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN 04.04.2022 21 CERAMAH NUZUL AL QURAN 1443H 20.04.2022 22 TADARUS AL QURAN 27.04.2022 23 MAJLIS PENUTUPAN IHYA’ RAMADAN DAN KHATAM AL QURAN 1443H 29.04.2022 24 BACAAN AL MA’THURAT DAN ZIKIR PAGI JAN - NOV 25 SOLAT ZOHOR BERJEMAAH MEI - NOV 2022 26 TABUNG INFAK RAMADAN SEPANJANG RAMADAN 27 SOLAT HAJAT TINGKATAN 5 JAN - FEB 2022 28 MUBARAH RAMADAN SEPANJANG RAMADAN 29 TADABBUR 1 HARI 1 SURAH DAN TRIVIA RAMADAN SEPANJANG RAMADAN 30 GEROBOK REZEKI SEPANJANG RAMADAN 31 CERAMAH SEMPENA AIDIL ADHA 08.07.2022 UNIT BINA INSAN Program Yang Dilaksanakan Unit HEM UNIT KANTIN BIL KELAS JUMLAH 32 BUKA PETI SEBUTAN TENDER DAN PEMILIHAN PENENDER BAGI SESI 2022 - 2024 10.10.2022 10.11.2022 17
KOKURIKULUM Laporan Unit TAHUN 2022/2023
KATEGORI DAERAH NEGERI KEBANGSAAN ANTARABANGSA SUKAN PERMAINAN 62 47 11 2 BADAN BERUNIFORM 97 85 45 0 KELAB PERSATUAN 44 42 39 20 JUMLAH 203 174 95 22 KPI 2022 154 133 22 73 KATEGORI DAERAH NEGERI KEBANGSAAN ANTARABANGSA SUKAN PERMAINAN 33 13 7 1 BADAN BERUNIFORM 13 74 2 0 KELAB PERSATUAN 28 36 37 17 JUMLAH 74 123 46 18 KPI 2022 3 27 8 21 Penglibatan Murid Tahun 2022 Pencapaian Murid Tahun 2022 19
TINGKATAN A B C D E JUMLAH 1 6 132 55 0 0 193 2 2 116 24 0 0 142 3 4 122 34 0 0 160 4 11 100 12 0 0 123 5 27 149 16 0 0 192 JUMLAH 50 624 136 0 0 810 GPS KESELURUHAN 2.11 Gred PAJSK Mengikut Tingkatan Tahun 2022 20
Pencapaian Kokurikulum 2022/2023 UNIT UNIFORM BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN 1 CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 - KAWAD TANGAN PEREMPUAN KEBANGSAAN JOHAN 2 CABARAN UNIT BERUNIFORM SECARA ATAS TALIAN KOR KADET POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 - KAWAD TANGAN LELAKI KEBANGSAAN KELIMA 3 CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 - KAWAD TANGAN PEREMPUAN NEGERI NAIB JOHAN 4 CABARAN UNIT BERUNIFORM SECARA ATAS TALIAN KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 - KAWAD TANGAN LELAKI NEGERI JOHAN 5 CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 - VIDEO LOG ORGANISASI PDRM PEREMPUAN NEGERI NAIB JOHAN 6 CABARAN KOKURIKULUM KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 - VIDEO LOG ORGANISASI PDRM LELAKI NEGERI JOHAN 7 CABARAN UNIT BERUNIFORM SECARA ATAS TALIAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2022 - CABARAN LASAK NEGERI KETIGA 8 CABARAN UNIT BERUNIFORM SECARA ATAS TALIAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2022 - KAWAD BERPASUKAN WANITA NEGERI JOHAN 9 CABARAN UNIT BERUNIFORM SECARA ATAS TALIAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2022 - KAWAD BERPASUKAN LELAKI NEGERI KE-4 21
Pencapaian Kokurikulum 2022/2023 UNIT UNIFORM BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN 10 CABARAN KOKURIKULUM KADET PENGANGKUTAN JALAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 - KAWAD KAKI LELAKI NEGERI KE-3 11 CABARAN KOKURIKULUM KADET PENGANGKUTAN JALAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 - KAWAD KAKI PEREMPUAN NEGERI NAIB JOHAN KELAB PERSATUAN BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN 1 BADLISHAH INTERNATIONAL VIRTUAL INNOVATION COMPETITION 2022 - BUBBLEBLAST POP ANTARABANGSA GOLD MEDAL 2 BADLISHAH INTERNATIONAL VIRTUAL INNOVATION COMPETITION 2022 - CHARICA+ ANTARABANGSA GOLD MEDAL 3 NEGERI SEMBILAN INTERNATIONAL EXPOSITION 2022 - BUBBLEBLAST ANTARABANGSA GOLD MEDAL 4 NEGERI SEMBILAN INTERNATIONAL EXPOSITION 2022 - CHARICA+ ANTARABANGSA GOLD MEDAL 5 INTERNATIONAL RESEARCH INVENTION, INNOVATION AND EXHIBITION (I-RIE 2022) -GREENTORS ANTARABANGSA GOLD MEDAL 6 MBMMBI DRAMA: SKETCH COMPETITION (SECONDARY) NATIONAL LEVEL 2022 KEBANGSAAN GOLD MEDAL 7 NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2022 - CHARICA+ BIOLARVICIDE KEBANGSAAN GOLD MEDAL 22
Pencapaian Kokurikulum 2022/2023 KELAB PERSATUAN BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN 8 NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2022 - GREEN TORS KEBANGSAAN GOLD MEDAL 9 NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2022 - FIBRE MAT KEBANGSAAN SILVER MEDAL 10 NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2022 - PLANTYPOST KEBANGSAAN BRONZE MEDAL 11 NATIONAL INNOVATION & INVENTION COMPETITION 2022 - BUBBLE BLAST POP KEBANGSAAN BRONZE MEDAL 12 23RD IFAC-JAPAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 NEGERI KELIMA 13 MBMMBI DRAMA: SKETCH COMPETITION (SECONDARY) PAHANG STATE LEVEL 2022 NEGERI JOHAN 14 CHORAL SPEAKING COMPETITION (SECONDARY) PAHANG STATE LEVEL 2022 NEGERI JOHAN 23
SUKAN PERMAINAN BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN 1 BAWAH 18 TAHUN ALL EVENTS (PEREMPUAN) KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM KEBANGSAAN JOHAN 2 BAWAH 18 TAHUN PERSEORANGAN (PEREMPUAN) KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM KEBANGSAAN NAIB JOHAN 3 BAWAH 18 TAHUN BEREGU (PEREMPUAN) KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM KEBANGSAAN NAIB JOHAN 4 7TH MAYOR'S CUP KARATE CHAMPIONSHIP 2022 (FEMALE TEAM KATA 14-17 YEARS OLD) KEBANGSAAN BRONZE 5 7TH MAYOR'S CUP KARATE CHAMPIONSHIP 2022 (FEMALE CADET TEAM KUMITE 14-15 YEARS OLD) KEBANGSAAN BRONZE 6 KARNIVAL SUKAN REMAJA HOKI 7 SEBELAH KEBANGSAAN KE-3 7 PROGRAM PEMBANGUNAN HOKI NEGARA KEBANGSAAN KE-3 8 KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN TNB-QNETS-SHL 2022 KEBANGSAAN JOHAN 9 YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES ROUND 3 - - 10 YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES ROUND 4 KEBANGSAAN KEEMPAT 11 YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES ROUND 5 KEBANGSAAN KELIMA 12 YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES ROUND 8 KEBANGSAAN KELIMA Pencapaian Kokurikulum 2022/2023 24
BIL PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN 13 YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES ROUND 9 KEBANGSAAN KELIMA 14 KEJOHANAN BADMINTON MSSP NEGERI NAIB JOHAN 15 KEJOHANAN SOFBOL MSSP NEGERI JOHAN 16 SIRKIT 1 SUKAN BOLING TENPIN MSSP 2022 - PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN NEGERI JOHAN 17 SIRKIT 3 SUKAN BOLING TENPIN MSSP 2022 - PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN NEGERI KETIGA 18 SIRKIT 1 SUKAN BOLING TENPIN MSSP 2022 - PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN NEGERI NAIB JOHAN 19 SIRKIT 3 SUKAN BOLING TENPIN MSSP 2022 - PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN NEGERI NAIB JOHAN 20 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSP GRAND FINAL 2022 - PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN NEGERI NAIB JOHAN 21 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP TAHUN 2022 - 4X400M LELAKI BAWAH 18 TAHUN NEGERI KETIGA 22 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP TAHUN 2022 - 100M LELAKI BAWAH 18 TAHUN NEGERI JOHAN 23 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP TAHUN 2022 - 200M LELAKI BAWAH 18 TAHUN NEGERI JOHAN 24 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP TAHUN 2022 - 4X100M LELAKI BAWAH 18 TAHUN NEGERI JOHAN Pencapaian Kokurikulum 2022/2023 25
MESYUARAT AGUNG PIBG Minit KALI KE-21 SESI 2021/2022
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 Sesi 2021/2022 SESI 2021/2022 Tarikh Hari Masa Tempat Medium : 14 Mei 2022 : Sabtu : 9.00 pagi - 11.50 pagi : Kediaman masing-masing : Google Meet ( Link : http://meet.google.com/yuo-vqau-qem ) 1.0 Ucapan Alu-Aluan dan Perasmian Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG), Encik Zamzuriadi Bin Shamsuddin selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa, guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang dapat sama-sama hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 SMK Bukit Rangin (BRASS) secara maya melalui aplikasi ‘google meet’. Pengerusi berharap ahli jawatankuasa yang bakal dipilih untuk sesi 2022/23 akan bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk meneruskan kecemerlangan BRASS. Pengerusi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 dengan lafaz bismillah. Pengerusi menyerahkan mesyuarat untuk dikendalikan oleh salah seorang AJK PIBG iaitu En. Rokman bin Abu Hassan kerana beliau mempunyai urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Tindakan: Makluman 1.1 2.0 Laporan Penasihat PIBG SMK Bukit Rangin Pengetua SMK Bukit Rangin, Puan Hanita binti Kassim selaku penasihat PIBG telah merafakkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk bersama semua ibu bapa dalam majlis penuh bersejarah kepada seluruh warga SMK Bukit Rangin iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bukit Rangin kali ke-21. Bagi pihak sekolah, beliau juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang dapat bersama hadir secara dalam talian, terutamanya kepada AJK PIBG BRASS yang telah memungkinkan majlis pada hari ini. Pengetua menekankan bahawa Mesyuarat Agung PIBG ini diadakan sebagai tanda dorongan kepada murid-murid supaya mereka terus berjaya pada masa hadapan sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, mahu pun sahsiah. Majlis ini amat bermakna bagi pengetua kerana memberi peluang kepada beliau mengenali ibu bapa kepada anak-anak SMK Bukit Rangin secara lebih dekat lagi. Beliau seterusnya berkongsi visi, misi dan slogan sekolah kepada ibu bapa. Visi sekolah ialah ‘SMK Bukit Rangin Menjadi Sekolah Terbilang Pada Tahun 2025’ manakala misi sekolah ialah ‘Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti’. 2.1 2.2 AGENDA : 27
Pengetua memaklumkan bahawa setelah hampir setahun beliau bertugas di SMK Bukit Rangin ini, beliau yakin bahawa sekolah ini mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti kecemerlangan dalam pelbagai aspek jika hubungan ibu bapa dan pihak sekolah terjalin erat. Semua ibu bapa seharusnya berbangga kerana memilih SMK Bukit Rangin sebagai tempat anak-anak menuntut ilmu. Pengetua menjelaskan bahawa SMK Bukit Rangin mempunyai bilangan murid seramai 817 manakala bilangan guru pula seramai 72 orang, Ahli kumpulan pelaksana adalah seramai 11 orang serta 5 orang pekerja kebersihan. Sebagai pengetua, beliau bersama-sama pentadbir dan guru-guru SMK Bukit Rangin akan sentiasa memikirkan kaedah terbaik dalam merangka perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang berdasarkan visi dan misi sekolah, bagi memastikan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar sentiasa pada tahap cemerlang. Beliau memaklumkan, sasaran pencapaian akademik BRASS ialah pencapaian PBD (sekurang-kurangnya TP3 untuk setiap MP), Pencapaian PT3 (mesti menguasai semua MP/ LULUS semua MP) dan Pencapaian SPM (Gred Purata Sekolah - 2.86) Banyak perancangan yang telah dibuat untuk peningkatan akademik sekolah ini demi kecemerlangan murid. Sekolah juga telah merancang beberapa program dan aktiviti untuk pembestarian PT3 dan SPM untuk tahun 2022 ini. Antaranya ialah Program Pembugaran Mata Pelajaran, Bengkel Teknik Menjawab, Kelas-kelas tambahan (bersemuka dan online), Program Gerak Gempur, Program Skor Kecemerlangan PT3 dan SPM dan pelbagai lagi. Sekolah juga akan menjemput ibu bapa hadir ke sekolah untuk bersama-sama memastikan kecemerlangan anakanak kita dalam aspek akademik dan juga sahsiah. Pengetua menjelaskan beliau tidak dapat mengulas keputusan SPM 2021 kerana SPM 2021 Fasa 2 masih berlangsung dan hanya akan tamat pada minggu hadapan. Oleh itu, beliau mengharapkan doa agar semoga bilangan pelajar-pelajar SPM SMK Bukit Rangin 2021 yang mendapat keputusan cemerlang akan bertambah dan mereka dapat menjejakkan kaki ke IPTA, sesuai dengan pencapaian mereka. Pengetua seterusnya memaklumkan bahawa keputusan SPM tahun-tahun sebelum ini juga boleh dibanggakan dan bersyukur kerana setiap tahun, sekolah berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dan telah ramai pelajar dari sekolah ini sudah berada di pusat-pusat pengajian tinggi untuk meneruskan pembelajaran mereka di peringkat tertiary. Pengetua menegaskan bahawa golongan pelajar hari ini adalah khazanah kepada negara kita kerana mereka merupakan “human capital” yang sangat penting. Dalam usaha mendepani pendidikan masa hadapan, sekolah akan memberi tumpuan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang Inovasi, Sains&Teknologi,Matematik(STEM) serta bidangbidang lain yang dapat meningkatkan keupayaan murid.Program-program Pusat Sumber Sekolah (PSS) seperti BRASS Got Talent, DEAR (Drop Everything & Read), Sistem NILAM Sekolah dan banyak lagi, dapat meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid serta melatih dan melahirkan lebih ramai murid yang mampu berucap di khalayak ramai selain dapat membina keyakinan dalam diri murid-murid untuk berucap dan berkomunikasi dengan beretika. Untuk tahun 2022 ini, pihak sekolah dan guru-guru akan menyuntik semula semangat serta cabaran dalam olahraga, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan unit beruniform untuk membina daya juang dan semangat yang tinggi untuk murid lebih berjaya dalam kegiatan kokurikulum. 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 28
Pengetua merakamkan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak BRASS yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Pengetua memaklumkan bahawa penglibatan serta pencapaian murid-murid BRASS dalam sukan permainan, unit beruniform dan persatuan adalah pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. (Sila rujuk muka surat 17 hingga 31.) Dalam usaha melahirkan potensi dan aspirasi individu ini, Unit Hal Ehwal Murid telah menjalankan beberapa program. (Sila rujuk mukasurat 15 & 16.) Antaranya, Kursus Kepimpinan Pengawas dan Ketua Tingkatan, menjalaankan spot check kepada pelajar, mengadakan buku kawalan kelas untuk mengatasi masalah keberadaan murid di dalam kelas sewaktu PdPC, dan pertemuan dengan ibu bapa pelajar sekiranya perlu. Beliau bersyukur kerana usaha bersepadu unit HEM , AJK Disiplin, Badan Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menampakkan hasil yang positif. Sepanjang dua bulan sesi persekolahan tahun 2022, masalah disiplin agak terkawal dan tidak ada kes-kes berat dilaporkan. Beliau percaya, disiplin menjadi asas kepada kejayaan sesebuah sekolah. Antara KPI unit HEM ialah kehadiran 95%, Sifar Kesalahan Berat dan Sifar Buli, serta Peningkatan Bilangan Murid untuk SahsiahTerpuji. Antara aktiviti Unit Bina Insan yang dijalankan setiap hari ialah zikir, selawat dan Asmaul Husna, bacaan Mathurat dan Surah Toha, bacaan Surah Yasin dan Surah Al-Kahfi setiap pagi Jumaat, solat hajat setiap hari Jumaat terakhir setiap bulan dan solat dhuha pada waktu rehat. Pihak sekolah memerlukan sokongan padu daripada PIBG khususnya ibu bapa sekalian agar dapat berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Selain memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan perkara-perkara demi untuk kepentingan anak-anak kita yang belajar di sekolah ini. Sebelum mengakhiri ucapan, pengetua sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dilantik sebentar nanti. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa baik ibu bapa sekalian. Beliau memohon maaf atas sebarang kekurangan dalam majlis ini dan sekiranya ada keterlanjuran kata dalam ucapan beliau tadi. Harapan beliau ialah supaya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bukit Rangin kali ke-21 ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT. 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20. Pembentangan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 oleh Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2021/2022, Puan Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi. Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa boleh merujuk minit mesyuarat pada halaman 33 hingga 44 yang terkandung di dalam Buku Program melalui ‘link’ (http://online.anyflip.com/bozyy/dwae/mobile/index.html) yang telah dimuat naik dalam aplikasi telegram ‘BRASS PIBG CHANNEL’ atau pun melalui paparan yang ditayangkan di aplikasi ‘google meet’. Minit mesyuarat telah disahkan dengan: Cadangan : Puan Farafizan binti Baharom Sokongan : Puan Nordiana Edura binti Mad Nasir Tindakan: Makluman 3.1 3.2 3.3 29
4.0 Perkara Berbangkit (Arena Sukan). Encik Rokman bin Abu Hassan memaklumkan bahawa ibu bapa boleh merujuk buku program di dalam halamam 38 iaitu berkenaan cadangan pembinaan arena sukan. Beliau menyatakan projek pembinaan arena sukan ini masih belum dapat dijalankan dan mencadangkan untuk diteruskan pembinaannya pada masa yang akan datang. Cadangan : Puan Farafizan binti Baharom Sokongan : Puan Rosnariah binti Abdul Malik Tindakan: Makluman 4.1 5.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2021/2022 Pembentangan laporan tahunan PIBG 2021/2022 oleh Setiausaha PIBG, Puan Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi. Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa boleh merujuk laporan tahunan aktiviti PIBG sesi 2021/2022 melalui paparan yang ditayangkan di aplikasi ‘google meet’. Laporan tahunan aktiviti PIBG SESI 2021/2022 telah disahkan dengan: Cadangan : Puan Nordiana Edura binti Mad Nasir Sokongan : Puan Nor Liyana binti Sugit Tindakan: Makluman 5.1 5.2 5.3 6.0 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan PIBG Berakhir Pada 31 Disember 2021. Pembentangan laporan kewangan dibentang oleh Bendahari Kehormat PIBG, Pn Zuhaini binti Mustapa. Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa boleh merujuk minit mesyuarat pada halaman 48 hingga 51 yang terkandung di dalam Buku Program melalui link yang diberikan di dalam group setiap kelas. Sebanyak RM 23,498.606 baki duit PIBG pada Januari 2021 dan sesebanyak RM 40,410.06 baki duit PIBG yang tinggal pada Disember 2021. Hasil mendapat sumbangan PIBG dan setelah digunakan bagi pembayaran kurikulum, pengurusan, keceriaan dan kokurikulum. Pembentangan dan penerimaan laporan kewangan PIBG berakhir pada 31 Disember 2021 telah disahkan dengan : Cadangan : Puan Norhayati binti Junob Sokongan : Puan Rosnariah Binti Abdul Malik Tindakan : Makluman 6.1 6.2 6.3 6.4 7.0 Perbincangan Usul Usul-usul berikut telah dibincangkan dan dibahaskan di dalam mesyuarat iaitu : Penetapan sumbangan PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti pecahan berikut:- Sumbangan PIBG - RM60.00 satu keluarga Pembawa usul : YM Raja Roslinda Binti Raja Ishak Usul diluluskan dengan sokongan Puan Nordiana Edura Penetapan sumbangan Kecemerlangan PT3 sebanyak RM65.00 dan Kecemerlangan SPM sebanyak RM130.00, Dana Pendidikan dan Keceriaan RM20.00 ( untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4 ) Pembawa usul : Puan Juhaida Binti Yusop Usul diluluskan dengan sokongan oleh Puan Zuraidah Binti Hussin dan Puan Roskamisah Binti Jawat. 7.1 7.2 30
Sumbangan duit majalah sebanyak RM15.00 ditumpangkan dalam akaun PIBG supaya memudahkan urusan pengeluaran wang. Pembawa usul : Puan Ezatul Irada Binti Abdul Ghani Usul diluluskan dengan sokongan daripada Encik Zaidi Bin Omar dan Puan Amirza Binti Abd Rahman. Cadangan menangani masalah kesesakan lalu lintas 7.4.1 Encik Ahmad Khalizan Bin Khalid mencadangkan untuk meluaskan kawasan menunggu bagi mengambil anak-anak( jika masih mempunyai kawasan ) 7.4.2 Tuan pengetua, Puan Hanita Binti Kassim menyatakan bahawa tiada kawasan yang ada untuk memperbesarkan jalan tempat menunggu murid di SMK Bukit Rangin. Sekolah juga dalam usaha untuk membuka semula pagar kecil bagi memberi ruang kepada murid dan ibu bapa untuk menunggu dan mengambil murid di sekolah. Pembawa usul : Encik Ahmad Khalizan Bin Khalid Cadangan pemakaian baju PJK sehingga balik 7.5.1 Pemakaian baju sukan adalah mengikut hari yang telah ditetapkan. Pada hari Isnin, murid perlu memakai baju sekolah terlebih dahulu dan kemudian tukar kepada baju sukan sehingga balik kerana pelajar terlibat dengan perhimpunan sekolah. 7.5.2 Pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat murid dibenarkan memakai baju suka sekolah berseluar trek sekolah sehingga balik. 7.5.3 Manakala pada Hari rabu murid memakai baju sukan dari rumah sehingga waktu PJ. Lalu murid wajib menganti pakaian koko sehingga waktu balik. Cadangan mewajibkan murid-murid solat Zuhur berjemaah di sekolah sebelum balik dari hari Isnin hingga Khamis. Jika surau tidak dapat menampung kapasiti yang ramai, buat giliran untuk berjemaah. Wajibkan bagi tingkatan 5 dan bergilir bagi tingkatan 1 sehingga tingkatan 4. 7.6.1 Berkuatkuasa mulai 11.05.2022 semua pelajar diwajibkan menunaikan solat Zuhur berjemaah sebelum pulang ke rumah pada hari Isnin hingga Khamis. Pelajar lelaki ditempatkan di Dewan Bitara manakala pelajar perempuan berada di dalam surau. Pelajar perempuan juga diwajibkan membawa telekung masing-masing dari rumah. Pelajar perempuan yang uzur akan berkumpul di Bilik Ar-Razak sementara menunggu pelajar lain menunaikan solat. Cadangan mengadakan suatu taklimat kepada ibu bapa berkenaan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dan kaedah penilaian terhadap pelajar setelah PT3 dimansuhkan beserta kaedah persediaan yang perlu pelajar lakukan. 7.7.1 Pelajar didedahkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ). PBD ditaksir melalui 3 cara iaitu lisan, pemerhatian dan lisan. PBD ini dilaksanakan setiap kali waktu guru mengajar di dalam kelas. Pihak sekolah juga akan mengadakan program keMercu, Kem Kecemerlangan Akademik, Pemantapan Modul dan Jejak Jaya bagi persediaan sekolah untuk pemantapan akademik pelajar. 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 8.0 Pembubaran AJK PIBG 2021/2022 AJK PIBG, Encik Rokman Bin Abu Hassan mewakili YDP PIBG, Encik Zamzuriadi Bin Shamsuddin membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022 pada jam 11.17 pagi. Encik Rokman Bin Hassan mengharapkan AJK PIBG sesi 2022/2023 yang akan dilantik boleh memberi kerjasama yang baik kepada semua pihak demi kecemerlangan murid dan sekolah. Tindakan : Makluman 8.1 8.2 31
9.0 Pelantikan AJK PIBG 2022/2023 Puan Hanita binti Kassim menyokong Encik Rokman Bin Abu Hassan yang mencadangkan Encik Mustaza bin Mukri sebagai pengerusi sementara untuk meneruskan agenda perlantikan AJK PIBG sesi 2022/2023. 9.2 Pengerusi sementara menerangkan bahawa sebanyak lapan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dalam kalangan ibu bapa akan dilantik dalam mesyuarat agung kali ini manakala jawatankuasa guru akan dilantik oleh pengetua, Puan Hanita binti Kassim. Pelantikan AJK PIBG 2022/2023 : 9.1 9.2 9.3 Pelantikan Yang Dipertua PIBG. Calon : Encik Zamzuriadi Bin Shamsuddin Cadangan : Puan Nor Rahishah binti Abd Rahim Sokongan : Encik Shahrul Nizam bin Johar Cadangan ditutup. Cadangan : Puan Roskamisah binti Jawat Sokongan : Encik Syamsudin bin Husin Keputusan Encik Zamzuriadi Bin Shamsuddin (sebulat suara) Pelantikan Naib Yang Dipertua PIBG. Calon 1 : Encik Hadizam bin Razelan Cadangan : Puan Nor Rahishah binti Abd Rahim Sokongan : Encik Rokman bin Abu Hassan Calon 2 : Encik Rokman bin Abu Hassan Cadangan : Puan Suzana binti Awang Sokongan : Encik Rosli bin Alias Keputusan Encik Rokman bin Abu Hassan (undian) Pelantikan AJK IBU BAPA 1 Keputusan : Encik Hadizam bin Razelan (sebulat suara) Cadangan : Puan Nor Rahishah binti Abd Rahim Sokongan : Encik Rokman bin Abu Hassan Pelantikan AJK IBU BAPA 2 Keputusan : Puan Farafizan binti Baharom (sebulat suara) Cadangan : Puan Sunita Bibi binti Abdul Razak Sokongan : Puan Zurinawati Binti Mat Pelantikan AJK IBU BAPA 3 Keputusan : Encik Mohd. Amir Halimi bin Hamdzah (sebulat suara) Cadangan : Encik Azli bin Mohamed Sokongan : Puan Zuraidah binti Husin 32
Pelantikan AJK IBU BAPA 4 Keputusan : Puan Ummie Harnisalh Bt Harun (sebulat suara) Cadangan : Puan Hjh. Asnor Samiza binti Mohd. Salleh Sokongan : Puan Armiza Binti Abdul Rahman Pelantikan AJK IBU BAPA 5 Keputusan : Puan Haida binti Hj. Hasmuddin (sebulat suara) Cadangan : Puan Sunita Bibi binti Abdul Razak Sokongan : Puan Rosnariah binti Abd Malik Pelantikan AJK IBU BAPA 6 Keputusan : Puan Rosnariah binti Abd Malik (sebulat suara) Cadangan : Puan Haida Haji Hasmuddin Sokongan : Puan Rogayah binti Omar Cadangan ditutup untuk jawatankuasa ibu bapa : Cadangan : Puan Ros Kamisah binti Jawat Sokongan : Encik Azli bin Mohamed Pelantikan Juruaudit Keputusan : Encik Nezrul Hisyam bin Abdul Ghani (sebulat suara) Cadangan : Encik Edrin Faisal bin Mad Isa Sokongan : Puan Ros Kamisah binti Jawat Tindakan : Makluman 10.0 Hal-hal Lain 10.1 Tiada 11.0 Ucapan Penangguhan NYDP PIBG, Encik Rokman Bin Abu Hassan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang ada sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG. Beliau sangat berharap dengan lantikan AJK yang baru sahaja dibuat dapat menjalinkan kerjasama antara pihak pentadbir sekolah dan AJK PIBG dalam menjayakan program sekolah. Beliau juga mengharapkan supaya setiap AJK menjalankan tugas bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kecemerlangan murid dan sekolah. Beliau mengucapkan ucapan selamat hari raya kepada warga SMK Bukit Rangin dan para ibu bapa. 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Disediakan oleh: Siti Nor Azura binti Abdullah Norhairi Setiausaha Kehormat, Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-19 Sesi 2021/2022 Tarikh: 18 Mei 2022 33
Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 Sesi 2021/2022 34
PERSATUAN IBU BAPA & GURU Laporan Kewangan SESI 2022/2023
36
37
38
Disediakan oleh : Norasma Binti Muhammad Bendahari PIBG Disemak oleh : Zuhaini binti Mustaffa Juruaudit Dalaman (Guru) 39
DAN CADANGAN Senarai Usul DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA
41 PEMBAWA USUL NAMA ANAK NORITA BT MOHAMMAD MOHD ARIF DANIEL (4 INOVATIF) USUL Penetapan sumbangan PIBG sesi 2023/2024 RM 60 untuk satu keluarga USUL 1 Usul-Usul PEMBAWA USUL NAMA ANAK NORASHIDAH BINTI A GHANI - USUL Dana Pendidikan : RM 30 (untuk pelajar Tingkatan 1,2,dan 3) Dana Pendidikan : RM 75 (untuk pelajar Tingkatan 4) Dana Kecemerlangan Tingkatan 5 : RM 130 USUL 2 PEMBAWA USUL NAMA ANAK SHAHRIZAN B OMAR SHAHMINA B SHAHRIZAN (3 CENDIKIA) USUL Sumbangan duit majalah sebanyak RM 20 satu keluarga USUL 3 41
PEMBAWA CADANGAN NAMA ANAK ZARINA B. NGAH NUR AISYAH BATRISYIA BT ROSDI ( 5T ) Saya mencadangkan agar ada kelas tambahan yang khusus selain yang diaturkan oleh pihak sekolah untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam subjek teras tertentu contohnya matematik yang berbayar. Buka untuk murid yang berminat. Mungkin tidak ramai sekurangkurangnya murid lebih fokus . CADANGAN 1 Cadangan PEMBAWA CADANGAN NAMA ANAK SANAH BINTI HJ MOHD NOOR SITI NURNABILAH IMAB BT SHAIKH NAZRI ( 3C) Membenarkan murid menyimpan/tinggal buku teks dalam laci meja atas alasan beg berat. CADANGAN 2 PEMBAWA CADANGAN NAMA ANAK NORASMAHISHAM BINTI SAMPOL NUR ADRIANA SYAMIMI BINTI ABDUL RAHIMI ( 1B ) Mohon sekolah lebih banyak buka lampu memandangkan ada murid yg datang seawal jam 6.30 pagi. Mohon pihak sekolah buat penambahan kerusi di ruangan menunggu ibu bapa sewaktu balik sekolah. CADANGAN 3 PEMBAWA CADANGAN NAMA ANAK ROKMAN ABU HASSAN LUQMAN AMIRUL HAKIM ( 5B ) Penggunaan kad debit untuk pembayaran di koop dan kantin sekolah CADANGAN 4 42
Sekalung PENGHARGAAN Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini Semua dermawan yang sudi menyumbang idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2021/2022 Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22 Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini PIBG SMK Bukit Rangin mengucapkan jutaan Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. Terima Kasih