The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zahiana37707, 2024-04-25 08:01:37

E-NILAM SAUFIYYAH NAAILAH

E-NILAM NAAILAH

PERTANDINGAN E-NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024 NAMA: SAUFIYYAH NAAILAH BINTI NOR AKMAL SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PROFIL PERIBADI MURID SALINAN MY KID SALINAN KAD OKU 3-5 2. SENARAI PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN AKTIVITI KURIKULUM DAN KOKURIKULUM 6 3. SALINAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 7 4. SALINAN SIJIL-SIJIL PENYERTAAN 8-12 5. GAMBAR PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI /PROGRAM ATAU PERTANDINGAN 13-16 6. SALINAN REKOD KUTIPAN DATA NILAM 17-26 7. ULASAN/SINOPSIS BUKU YANG DIPILIH 27-28


BIL AKTIVITI PERTANDINGAN JAWATAN/ KEDUDUKAN PERINGKAT (SEKOLAH/ DAERAH/ NEGERI/ KEBANGSAAN TAHUN 1. PERTANDINGAN HAFAZAN EMARHABAH PERINGKAT DAERAH JOHAN DAERAH 2022 2. PERTANDINGAN HAFAZAN EMARHABAH PERINGKAT NEGERI JOHAN NEGERI 2022 3. PERTANDINGAN HAFAZAN EMARHABAH PERINGKAT KEBANGSAAN KETIGA KEBANGSAAN 2022 4. PERTANDINGAN SAJAK KATEGORI PH JOHAN DAERAH 2022 5. PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN NAIB JOHAN NEGERI 2022 6. PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN NAIB JOHAN DAERAH 2022


JOHAN HAFAZAN PERINGKAT DAERAH KATEGORI PH


TEMPAT KETIGA HAFAZAN PH TERBUKA PERINGKAT KEBANGSAAN


JOHAN PERTANDINGAN HAFAZAN KATEGORI PH TERBUKA SEKOLAH RENDAH


NAIB JOHAN PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN KATEGORI BP RENDAH PEREMPUAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Saufiyyah Naailah binti Nor Akmal. Saya bersekolah di SK Serkam Darat. Kod sekolah saya MBA1029. Saya berumur 9 tahun,darjah 4UUM. Hobi saya melukis, membaca dan berselawat. Cita-cita saya ingin menjadi seorang polis. Saya telah memilih buku ini yang bertajuk “Kerana Mulut Badan Binasa”. Isi utama buku ini berkisar tentang cicak dan kalkatu. Buku ini diterbit dan diedarkan oleh Aneka Publication &Distributors Sdn.Bhd. Jumlah muka surat buku ini 16 halaman. Tema utama buku ini adalah dendam cicak kepada kalkatu yang belot. Buku ini mengisahkan cicak dan kalkatu yang berkawan baik. Pada suatu hari, cicak memberitahu kalkatu bahawa ia teringin mencari tempat yang selesa tidak kena matahari dan hujan. Cicak berasa amat marah dan terhina apabila kalkatu mencadangkan supaya cicak tinggal sahaja di celah-celah pokok-pokok tidak perlu bersusah-susah untuk berpindah. Cicak yang berasa amat marah terus menjulurkan lidahnya yang panjang dan menangkap kalkatu. Kalkatu tidak menyangka sahabatnya berbuat demikian dan kalkatu berkata lepaskan aku cicak aku berjanji akan menolong engkau. Baik aku akan lepaskan engkau tetapi engkau perlu menolong aku. Cicak pun melepaskan kalkatu.


Namun,kalkatu telah membelot dan memburukkan cicak kepada manusia. Katanya “Mana mungkin cicak yang pengotor itu boleh tinggal bersama manusia.”Cicak yang sudah berada di luar rumah telah mendengar perbualan tersebut begitu marah dan mahu menangkap serta menelan kalkatu hiduphidup. Disebabkan mulut kalkatu,semejak peristiwa itu cicak akan menjulurkan lidahnya yang panjang dan menjadikan kalkatu sebagai mangsa. Pengajaran daripada buku cerita ini berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata, kelak badan binasa dan sentiasa tetapi janji. Pada pendapat saya tentang buku ini dapat membantu kanak-kanak sekolah rendah memahami isi kandungan cerita dengan mudah menerusi ilustrasi menarik yang berwarnawarni. Disamping itu,kisah teladan yang diceritakan boleh dijadikan sebagai pengajaran. Kesimpulan daripada buku cerita ini boleh saya kaitkan dengan kemelut Palestin dan Israel. Asalnya,Israel menabur janji manis untuk berada di tanah Palestin.Tapi,Israel membelot akhirnya untuk merampas tanah Palestin. Kini Palestin ditindas. Sekian, Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version