The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSLEZAH BINTI HUSSIN Moe, 2022-05-20 02:06:51

BUKU MEMBACA DI RUMAH BAB 2

Bahan bacaan JPNT.

BAB 2 : PELAJARAN 1

bas berwarna merah
sekolah murid
memandu
bas

Bas

Ini bas.
Ini bas sekolah.
Bapa beli bas sekolah ini.
Bas sekolah bapa berwarna merah.
Bapa selalu memandu bas sekolah.
Bapa bawa murid sekolah guna bas ini.

BAB 2 : PELAJARAN 2

teksi letak pasar
lobak timun ikan
pandu rotan bakul

Teksi

Itu teksi.
Itu teksi Budin.
Budin pandu teksi ke pasar.
Di pasar Budin beli lobak , timun dan ikan.
Budin letak lobak, timun dan ikan ke
dalam bakul rotan.

BAB 2 : PELAJARAN 3

sampan Kedah besar
cantik hitam berwarna

Sampan

Itu sampan.
Itu sampan Rahmat.
Sampan Rahmat besar dan cantik.
Sampan itu berwarna hitam dan merah.
Rahmat beli sampan itu di negeri Kedah.

BAB 2 : PELAJARAN 4

kapal layar kecil
putih pergi belayar

Kapal layar

Itu kapal layar.
Itu kapal layar Amin.
Amin suka kapal layar.
Kapal layar Amin kecil.
Kapal layar Amin berwarna hitam dan putih.
Amin membawa kapal layar pergi belayar.

BAB 2 : PELAJARAN 5

betik masak petik
kakak manis oren

Betik

Itu betik.
Itu betik masak.
Kakak petik betik masak.
Betik masak rasa manis.
Isi betik masak warna oren.
Kakak suka makan betik masak.

BAB 2 : PELAJARAN 6

jambu lemak ajak
sebakul bersama adik

Jambu

Itu jambu madu.
Itu jambu madu Ramli.
Ramli beli sebakul jambu madu di pasar tani.
Rasa jambu madu lemak dan manis
Ramli suka makan jambu madu.
Ramli ajak adik dan kakak makan bersama.

BAB 2 : PELAJARAN 7

nanas kupas hiris
nipis memberi manis

Nanas

Itu nanas.
Itu nanas Hamid.
Rasa nanas manis.
Hamid suka makan nanas manis.
Hamid memberi nanas kepada kakak.
Kakak Hamid kupas nanas itu.
Kakak hiris nanas itu nipis-nipis.

BAB 2 : PELAJARAN 8

rambutan sudah ranum
kulit lazat kebun

Rambutan

Ini rambutan.
Rambutan ini sudah masak ranum.
Isi rambutan berwarna putih.
Kulit rambutan masak berwarna merah.
Rasa rambutan ini manis dan lazat.
Adik beli rambutan ini di kebun Pak Harun.

BAB 2 : PELAJARAN 9

jam pekan selepas
simpan berbalut reben

Jam

Ini jam Azam.
Azam baru beli jam ini.
Azam beli jam ini di pekan sari.
Jam Azam berwarna hitam.
Azam selalu guna jam ini.
Selepas guna Azam simpan di dalam kotak kecil.
Kotak kecil ini berbalut reben merah jambu.

BAB 2 : PELAJARAN 10

pen bandar dakwat
menulis tulisan kemas

Pen

Ini pen Sarah.
Sarah beli pen ini di Bandar Jerteh.
Sarah beri pen ini kepada adik.
Dakwat pen ini berwarna hitam.
Adik belajar menulis guna pen ini.
Tulisan adik kemas dan cantik.

BAB 2 : PELAJARAN 11

rumah papan datuk
bukit halaman bersih
tanam mawar berwarna

Rumah

Ini rumah papan.
Ini rumah papan datuk.
Rumah datuk berwarna merah.
Rumah datuk di tepi bukit.
Halaman rumah datuk bersih dan cantik.
Datuk tanam pokok mawar di tepi rumah ini.

BAB 2 : PELAJARAN 12

lampu suluh emak
waktu masjid pergi

Lampu

Ini lampu suluh.
Ini lampu suluh emak.
Emak beli lampu suluh ini di pekan.
Emak guna lampu suluh pada waktu malam.
Emak bawa lampu suluh pergi ke masjid.

BAB 2 : PELAJARAN 13

beg berwarna pensel

Beg

Itu beg.
Itu beg sekolah.
Itu beg sekolah adik.
Beg sekolah adik berwarna merah.
Adik letak buku dan pensel dalam beg itu.
Adik bawa beg itu ke sekolah.

BAB 2 : PELAJARAN 14

gajah badan besar
lihat gagah hutan
takut bersama melawat

Gajah

Adik melawat Zoo Negara bersama ibu.
Adik lihat gajah di zoo itu.
Badan gajah besar dan gagah.
Adik rasa takut lihat gajah.
Selepas itu, adik ajak ibu lihat badak pula.

BAB 2 : PELAJARAN 15

katak melompat kolam
lalat masuk bilik
bertelur menetas
menjadi

Katak

Itu katak.
Katak suka makan lalat.
Katak juga suka melompat.
Katak melompat-lompat di tepi kolam.
Katak itu bertelur di dalam kolam.
Telur katak menetas menjadi berudu.

BAB 2 : PELAJARAN 16

emas bermacam

Ikan Emas

Itu ikan emas.
Kakak suka bela ikan emas.
Kakak bela ikan emas di dalam kolam.
Ikan emas ada bermacam-macam warna.
Kakak beri ikan emas makan pada waktu
pagi dan malam.

BAB 2 : PELAJARAN 17

ular tikus tidur
semak pokok bertelur

Ular Sawa

Itu ular sawa.
Ular sawa itu besar.
Ular sawa suka makan katak dan tikus.
Selepas makan ular sawa tidur.
Ular sawa tidur di atas pokok.
Ular sawa bertelur dalam semak.

BAB 2 : PELAJARAN 18 jantan
berkokok
ayam
tajam

Ayam Jantan

Itu ayam jantan.
Ayam jantan ada taji.
Taji ayam jantan tajam.
Ayam jantan makan padi.
Ayam jantan boleh berkokok .
Ayam jantan berkokok pada waktu pagi.

Baca perkataan dibawah ini dengan lancar:-

bas jam pen
beg ikan ular
ajak adik ayam
itik kakak pasar
bakul merah betik
warna teksi perigi
jambu lampu simpan
cantik bersih dakwat
masjid sekolah belayar
rambutan menulis menetas

n

Markah: / 30

Baca ayat dibawah ini dengan lancar:-
1. Ini bas sekolah.
2. Azam baru beli jam ini.
3. Ular sawa tidur di atas pokok.
4. Kakak bela ikan emas di dalam kolam.
5. Hamid suka makan nanas manis.
6. Telur katak menetas menjadi berudu.
7. Sampan itu berwarna hitam dan merah.
8. Amin bawa kapal layar pergi belayar.
9. Rambutan ini sudah masak ranum.
10. Halaman rumah datuk bersih dan cantik.

Markah: / 20


Click to View FlipBook Version