MASJID UBUDIAH
NAMA:AINA MAISARAH BT ROSNIZAM
KELAS: 1 AKTIF
SEKOLAH: SMK DATO'HARUN
MAKLUMAT
NAMA : MASJID UBUDIAH,PERAK
TARIKH PEMBUKAAN: 26 SEPTEMBER 1913
ALAMAT: Masjid Diraja Ubudiah,
Jalan Istana,
Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan
PENGENALAN
Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid
Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit
Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah
satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan
simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum
Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid
adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid
Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan
Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
SEJARAH MASJID UBUDIAH
Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana
Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh
Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari
penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson,
Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (1887-1916)
telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan
sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah
Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk
mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan
Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam
Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah
tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli
dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor
gajah kepunyaan baginda dan Raja Chulan.
Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor
gajah baginda bernama Kulub Chandan dan
gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang
dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan
bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama
Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat
simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya,
musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu
telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya,
sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama
gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka
barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah
ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi
tidak berhasil
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah
dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu
marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana
cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu
telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan
pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris
Murshidul Adzam Shah I, telah meletakkan batu asas masjid
tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan
rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-
1918.), Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917.
Pelan Pembangunan Masjid
Ubudiah
PELAN TAPAK MASJID UBUDIAH
Pada tahun 1990, sebuah firma Arkitek iaitu Akitek Suria telah dilantik oleh Jabatan
Kerja Raya Perak untuk melakukan lukisan terukur Masjid Ubudiah. Tujuannya adalah
untuk menambah ruang solat kerana lukisan asal masjid tidak dapat diperolehi lagi.
Firma Akitek Suria yang diterajui oleh seorang Arkitek Professional bernama Ar. Haji
Mior Zawari bin Haji Hassan adalah berasal daripada Kampung Karai, Enggor, Perak.
Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk membuat kerja-kerja mengukur
keseluruhan bangunan masjid. Lukisan terukur telah dapat disiapkan dengan
sempurna dalam masa 6 bulan dan diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Perak pada
10 Oktober 1990. Lukisan-lukisan yang dihantar termasuklah pelan tapak, pelan lantai,
pelan bumbung, keratan, pandangan hadapan, pandangan belakang, pandangan sisi,
pelan siling, butiran jelas hiasan dinding, butiran jelas menara kecil dan besar, butiran
jelas pintu serta tingkap dan butiran jelas hiasan dalaman masjid. Seterusnya, kerja-
kerja cadangan merekabentuk telah dilakukan, ditender dan keseluruhan kerja-kerja
tambahan dan ubahsuai telah dapat disiapkan dengan sempurna pada tahun 1994.
Pelan Tapak - asal Pelan Tapak & Landskap -
selepas diubahsuai
-Dilukis tangan oleh
Akitek Suria- -Dilukis tangan oleh Akitek
Suria-
Pelan Tapak & Landskap -
selepas diubahsuai
-Dilukis tangan oleh Akitek
Suria-
Atas : Pandangan hadapan
sebelum diubahsuai (asal)
Bawah : Pandangan hadapan
selepas diubahsuai
-Dilukis tangan oleh Akitek Suria-
Pintu Pagar Utama
-Dilukis tangan oleh
Akitek Suria-
MASJID ASAL PADA TAHUN 1991
Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan iaitu kira-kira 3 kilometer
jaraknya dari Bandar Diraja Kuala Kangsar telah dibina pada tahun 1914.
Masjid ini diakui sebagai salah sebuah masjid yang tercantik di negara ini
dan merupakan kebanggaan umat Islam di negeri Perak amnya dan Kuala
Kangsar khasnya. Adalah diberitahu bahawa masjid ini tidak pernah
diubahsuai kecuali bahagian kubah besar dan sebahagian kubah kecil telah
diganti dengan kubah aluminium kerana kubah konkrit yang terdahulu telah
pecah. Keluasan keseluruhan lot masjid adalah 3.187 ekar atau 138,826 kaki
persegi dan pada asalnya masjid dipagari dengan dinding konkrit yang
berbentuk bulatan. Keluasan bangunan masjid asal yang dipagar adalah
lebih kurang 50,000 kaki persegi dan dikelilingi oleh rumah kediaman imam,
Makam Diraja dan rumah kediaman.
Masjid Ubudiah Masjid Ubudiah pada Masjid Ubudiah
pada tahun
tahun 1920an pada tahun 1930an
1920an
Masjid Ubudiah pada Masjid Ubudiah pada
tahun 1960an tahun 1970an
Masjid Ubudiah pada Masjid Ubudiah
tahun 1980an pada tahun
1990an
Pelan masjid berbentuk segi lapan dan dicantumkan ke ruang wuduk di bahagian
belakang yang juga berbentuk segi lapan yang berukuran lebih kecil. Secara amnya,
pelan masjid direkabentuk secara simetrikal di mana kiri dan kanan adalah sama.
Terdapat satu kubah besar yang menutupi ruang solat utama di samping 5 kubuh
kecil yang lain. Masjid mempunyai 4 menara utama yang tinggi dan 16 menara kecil
yang rendah. Keempat-empat menara utama boleh dinaiki dengan menggunakan
tangga manakala, 16 menara kecil yang lain merupakan elemen hiasan sahaja.
Keluasan ruang masjid termasuk tiang serta dinding dan tidak termasuk ruang wuduk
adalah lebih kurang 7,888 kaki persegi. Ruang solat utama berukuran lebih kurang
3,420 kaki persegi dan boleh menampung kira-kira 427 orang jemaah. Di keliling
ruang solat utama terdapat serambi, setor dan mihrab yang mempunyai keluasan
kira-kira 4,469 kaki persegi. Kawasan serambi boleh menampung kira-kira 391
jemaah setelah ditolak ruang-ruang yang mempunyai tiang dan dinding. Ruang
wuduk di bahagian belakang disediakan kolah besar yang berbentuk segi lapan dan
dihubungkan kebahagian serambi untuk ke ruang solat utama.
CIRI-CIRI
SENI BINA
ISLAM
MEMPUNYAI RUANG CAHAYA UNTUK
KESELESAAN BERIBADAH
Masjid Ubudiah membina
tingkap yang sangat banyak
demi keselesaan para
jemaah.Selain itu, tingkap juga
berfungsi sebagai lubang yang
memberi laluan kepadi angin
untuk masuk kedalam rung
masjid untuk menghilangkan
bau yang tidadk menyanang.
Terdapat ruang memisahkan lelaki dan wanita
Ruang pemisahan antara lelaki
dan wanita wajib ada di setiap
masjid atau surau.olah
demikan,ruang pebahagian
wanita sangatlah panting
kerana ianya merangumi
kaselesaan para jemaah
wanita untuk menjaga aurat
sambil mengikut tuntutan
agama.
Reka bentuk yang sesuai dengan iklim setempat
Reka bentuk masjid ubudiah
sangat unik kerana ianya
mengikut keadaan setempat. Di
Malaysia iklaimnya ialah
lembab.Oleh keran demikian
warna putih menampakan lagi
keceriaan masjid dan warna
kuning dikubah pula manaikkan
lagi seri masjid walaupun dalam
keadaan hujan.
Binaan yang kukuh,selamat dan tahan lama.
Binaan Masjid Ubudiah
sangat kuat kerana batu
yang dipakai sangat
berkualiti.Batu yang dipaka
ialah batu marmar yang
ditempah dari itali.oleh
demikian binaan ini dapat
bertahan lama demi jenerasi
akan datang dapat melihan
seni bian islam didalam
masjid dan mentafsir
Berunsurkan luahan perasaan hening dan aman.
Setiap binaan sangat
memainkan peranan dalam
sesuatau perasaan kerana
apabila kita pegi ke rumah
allah tujuan kita ialah satu
untuk beribadah kepada
allah.Oleh hal
demikian,gabunagan konsep
warna dan seni ukiran yang
manarik dapat memberikan
ketenagan dan kedamaian
yang sangad dalam.