2 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Ketua Pengarang Hana Yasmein Ishak [email protected] Ikuti media sosial: Pembaca yang dihormati, Segala puji bagi Allah yang telah memberi kita peluang melalui bulan Rejab, Ramadhan, dan Syawal di Malaysia dalam suasana yang aman dan tenteram, serta mencukupi segala keperluan makanan, minuman, pakaian, dan tempat tinggal. Mari kita memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diberi kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi dugaan yang berat seperti kematian ahli keluarga, kehilangan tempat tinggal, dan kekurangan keperluan asas. Penderitaan di Palestin sungguh memberi kesan yang mendalam kepada orang yang berfikir. Semoga Allah membuka jalan untuk membebaskan Palestin daripada penindasan yang telah berlangsung begitu lama. Hasrat saya dan rakan sidang pengarang adalah untuk mewujudkan buletin yang lebih menarik bagi pembaca agar semua membaca buletin dari kulit ke kulit. Oleh itu, reka bentuk dan kandungan buletin kali ini sedikit berbeza. Murid juga boleh membuat beberapa aktiviti yang disediakan bersama rakan dan keluarga. Ini merupakan percubaan pertama kami, dan kami mengharapkan maklum balas daripada pembaca untuk penambahbaikan seterusnya. Para murid dan guru telah melalui sesi persekolahan 2024/2025 lebih daripada dua bulan. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat bersekolah kepada semua! Jalani setiap hari persekolahan dengan semangat dan tekad yang tinggi. Sebelum sesi baru bermula, pelbagai persediaan telah dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah dan guru-guru, termasuk penjualan buku dan pakaian sekolah, pelaksanaan kursus dan mesyuarat guru, serta kerja-kerja gotong-royong membersih dan menceriakan sekolah. Alhamdulillah, proses pendaftaran murid berjalan lancar dan masih berlangsung. Pada masa ini, jumlah murid adalah seramai 2116 orang, termasuk murid-murid di dua cawangan baru SRI Ummah, iaitu SRI Ummah Salak Perdana di Sepang dan SRI Ummah Aflah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Semoga SRI Ummah terus berkembang dan memberikan sumbangan besar dalam membentuk generasi yang cemerlang dan bertakwa. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Selamat membaca! Editor Mohd Redza Mokhtar [email protected] Editor & Pereka Grafik ‘Aqilah Najwa Mohd Nazri [email protected] Editor Salihaton Rapeah Sharudin [email protected] Editor Sarimah Sabu [email protected] Penulis Dhiya Fariha Kamal Azmi Mior Muhammad Helmi Ab. Razak Mohamad Amin Mohamad Salim Nabiha Thahirah Mohd Yusoff Nik Nur Aini Nik Ab Rahim Norhaslina Zahari Norzieyana Mat Basjin Rosmariza Alias Siti Najihah Yahya Siti Zarifah Rosdi Suriati Che Min
BULETIN SRI UMMAH 3 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran SRI Ummah Salak Perdana merupakan cawangan SRI Ummah yang pertama di luar Bandar Baru Bangi. Cawangan ini terletak di 70-A, Jalan Belian 1, Taman Salak Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Mengimbau ke beberapa bulan ke belakang, kami meninjau kawasan dan premis rumah kedai yang berpotensi sekitar Sepang. Satu demi satu premis dilawati. Analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) dan perbincangan dibuat. Akhirnya premis di Taman Salak Perdana ini dipilih. Kondusif untuk pembelajaran dan tenang persekitarannya. Kerja ubahsuai fasa pertama dilakukan dalam bulan Februari. Iklan diedarkan di media sosial komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, berserta borang pendaftaran dalam talian. Perasaan bercampur baur antara gembira dan resah menanti sambutan daripada penduduk setempat. Seorang demi seorang mendaftar secara dalam talian. Pada Ahad 25 Februari 2023, majlis doa selamat dan hari terbuka diadakan di premis SRI Ummah Salak Perdana. Ia dihadiri kakitangan dan ahli lembaga pengurusan. Penduduk setempat hadir untuk mendapatkan maklumat, mendaftar, membayar yuran, membeli buku dan pakaian sekolah. Bermula Isnin, 11 Mac 2024, cawangan ini mula beroperasi. 2 orang guru ditugaskan di sini. Perkhidmatan transit dan pengangkutan juga disediakan. SRI UMMAH SALAK PERDANA Oleh: Hana Yasmein Ishak
4 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran SRI Ummah Aflah diambil alih pengurusannya daripada pemilik asal bermula 1 Mac 2024. Sebelum ini sekolah KAFA tersebut beroperasi di bawah nama SRI Aflah Aulad sejak tahun 2019. Cawangan ini terletak di No. 4, Jalan 3/6E, Bandar Baru Bangi. Cawangan ini menggunapakai sistem yang berbeza daripada cawangan SRI Ummah yang lain. Pakaian sekolahnya berbeza. Kadar yuran juga lebih tinggi kerana matlamatnya ialah memastikan ibu bapa tenang di tempat kerja masing-masing. Pengurusan anakanak dilakukan oleh pengurus dan guru-guru sepanjang ibu bapa bekerja. Perkhidmatan transit disediakan semasa sesi persekolahan dan juga semasa cuti sekolah. Makanan dimasak sendiri oleh pengurus di premis sekolah. Murid-murid juga dihantar ke sekolah kebangsaan oleh guru-guru. Pada masa ini cawangan ini masih menggunakan kurikulum JAIS sepenuhnya. Kurikulum SRI Ummah akan diterapkan secara berfasa. Seperti cawangan SRI Ummah yang lain, pendaftaran murid di cawangan ini dibuka sepanjang tahun. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR: SRIU Salak Perdana SRIU Aflah Latihan pertandingan azan. Aktiviti luar kelas setiap Rabu pagi. Berkumpul sebelum bersurai tamat sesi pagi.
BULETIN SRI UMMAH 5 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
6 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Dhiya Fariha Kamal Azmi Guru-guru SRI Ummah telah kembali ke Bandar Baru Bangi seminggu awal setelah menghabiskan cuti sekolah di kampung halaman masing-masing. Keadaan fizikal sekolah dan kelas-kelas perlu diceriakan semula setelah ditinggalkan semasa cuti akhir persekolahan sesi 2023/2024. Persiapan dan persediaan untuk sesi persekolahan yang baru adalah satu proses yang memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua guru. Khususnya di SRI Ummah Raudhah, guru kanan menjelaskan tugas-tugas yang perlu dilakukan serta pembahagian tugas antara kami. Gotong royong membawa semua guru kepada satu matlamat yang sama iaitu untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk muridmurid yang akan hadir ke sekolah nanti. Apabila berkongsi tugas dan bertindak secara bersamasama, ia mencerminkan semangat kekeluargaan dan kesetiaan kepada sekolah dan profesion kami. Amat seronok apabila kami berbincang, berkongsi idea dan saling memberi sokongan. Suasana kerja yang positif dan bahagia dapat diwujudkan sesama guru di sekolah. Kami bersama-sama membersihkan kawasan sekolah dengan membuang sawang dan habuk di setiap sudut serta karpet. Kami juga membasuh tandas dan ruang dapur. Tidak lupa juga membersihkan kipas-kipas. Menambah baik alat bantu mengajar (ABM) yang sedia ada dan mengemaskini serta menyusun atur fail rancangan pengajaran harian juga antara perkara yang kami utamakan semasa program gotong-royong tersebut. Di samping itu kami menghias kelas dan meja murid supaya lebih menarik. Memang memenatkan. Namun kami sangat berpuas hati kerana persekitaran sekolah bersih, kemas dan ceria untuk kami mula bertugas dan murid-murid kembali ke sekolah.
BULETIN SRI UMMAH 7 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Norhaslina Zahari Hari jualan buku dan pakaian sekolah serta pembayaran yuran telah diadakan selama 9 hari semasa cuti akhir persekolahan sesi 2023/2024, iaitu pada 26 Februari hingga 9 Mac 2024. Ia diadakan di Pejabat Pengurusan SRI Ummah. Dengan kekuatan seramai 25 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran, beberapa orang ahli keluarga serta guru menjadikan proses hari jualan tersebut dilaksanakan dengan lancar. Beberapa penambahbaikan dilaksanakan pada tahun ini. Sebanyak 4 buah kaunter bayaran disediakan. Kaedah pembayaran juga ditambah. Selain melalui medium sedia ada iaitu kad debit/ kredit dan aplikasi Yuran.my, pembayaran boleh dibuat menggunakan DuitNow QR bagi memudahkan pembelian tanpa tunai. Kami juga menyediakan kemudahan pembelian buku dan pakaian sekolah secara dalam talian bagi memudahkan urusan pelanggan yang bekerja dan tidak berkesempatan untuk membuat pembelian di pejabat. Tempahan buku dan pakaian sekolah secara dalam talian ini mengambil masa selama 48 jam untuk diproses. Pembeli dimaklumkan apabila tempahan sedia untuk diambil. Penambahbaikan turut dilakukan dari aspek kesediaan stok buku dan stok uniform. Stok lebih lengkap sebelum hari jualan berlangsung berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sepanjang sesi jualan berlangsung kami telah berjaya menyantuni seramai 994 orang pelanggan yang berurusan di kaunter. Perancangan yang lebih tersusun pada tahun ini menjadikan proses jualan dan bayaran yuran berlangsung dengan baik dan berjaya. Terima kasih kepada pelanggan atas kerjasama dan tahniah kepada semua yang membantu.
Dilahirkan pada 4 Julai 1976, di Kota Bharu, Kelantan. Saya telah berumahtangga dan dikurniakan 5 orang cahayamata, tiga lelaki dan dua perempuan. Pada 12 Jun 1997, saya mula berkhidmat di SRI Ummah Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah, syukur kehadirat Ilahi, dengan limpah kurnianya, tahun ini genap 27 tahun saya berkhidmat di SRI Ummah. Saya memulakan kerjaya mengajar di Kelas Tahfiz Ummah Damai, dan sekarang dikenali dengan SRIU Al-Umm. Dua tahun kemudian saya dipindahkan ke cawangan Teras Jernang yang pada masa itu, beroperasi di bangunan Raudhah dan dikenali dengan nama Kelas Tahfiz Teras Jernang dan merupakan cawangan yang paling awal ditubuhkan sebelum tertubuhnya cawangan-cawangan yang lain. Sungguh banyak kenangan manis dan kejayaan yang terlakar di bangunan Raudhah yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Walaupun pada masa itu, Raudhah adalah sebuah bangunan kayu dan serba kekurangan, tetapi saya merasakan amat seronok mengajar di sana. Ia ada nilai sentimental kepada saya. Pada pertengahan tahun 2019, kami telah berpindah daripada bangunan Raudhah ke rumah kedai di Taman Jernang Jaya dan ditukar nama ke Tahfiz ArRaudhah. Sekarang kami dikenali dengan nama SRI Ummah Raudhah. Saya juga pernah mengajar di SRIU Al-Madani dan SRIU As-Sobah pada sesi pagi dan di Raudhah pada waktu petang. Pada masa itu saya berulang alik dengan bas sekolah. Alhamdulillah hasil bimbingan Ustazah Rahimah, Ustazah Atifah, penyelia-penyelia dan sahabat seperjuangan, banyak ilmu pengetahuan yang saya telah pelajari dan menambahkan keyakinan saya untuk menjadi seorang pendidik di sini. Satu kegembiraan juga pada diri saya, apabila ramai murid kami yang dapat meneruskan pembelajaran ke pelbagai sekolah menengah agama SAM, SAM BESTARI, MITS, SMKA dan sebagainya serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Terima kasih saya ucapkan kepada ibubapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak selama ini. Semoga sokongan ini akan berterusan. 8 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
Dilahirkan pada 1 Ogos 1976 di Kuala Lipis, Pahang dan dibesarkan di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, Pahang. Memulakan kerjaya di SRI Ummah pada 5 Mei 1997. Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun ke-27 saya berkhidmat di SRI Ummah. Pada awal perkhidmatan, saya ditugaskan untuk mengajar di dua lokasi yang berbeza. Pada sesi pagi saya mengajar di Kelas Tahfiz Ummah An-Nur dan pada sesi petang di Kelas Tahfiz Ummah Damai (sekarang SRI Ummah Al Umm). Pada tahun 2006 saya telah dilantik menjadi guru kanan di KTU Damai. Jika hendak diimbau terlalu banyak kenangan dan pengalaman sepanjang 27 tahun saya bersama guru-guru dan juga murid-murid di bawah didikan saya. Antaranya ialah kejayaan murid-murid tahun 6 KTU Damai yang mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Pada tahun 2010 dan 2012 KTU Damai telah dianugerahkan sebagai SRI Terbaik PSRA Negeri Selangor, dan dianugerahkan SRI Terbaik PSRA Daerah Hulu langat pada tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2015 dan 2019. Selain itu kemenangan sebagai johan keseluruhan dalam pertandingan Ihtifal yang kini dikenali dengan Amal Islami pada tahun 2011, 2018, 2019 dan 2023. Kenangan dan pengalaman ini mengajar saya bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu memerlukan pengorbanan, usaha, doa dan kerjasama. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di SRI Ummah. Banyak ilmu dan pengetahuan yang dipelajari di sini. Seronok rasanya apabila melihat anak-anak didik saya telah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing-masing. Alhamdulillah mereka sentiasa mengingati dan mengunjungi guruguru yang telah mendidik mereka untuk bertanya khabar dan berkongsi kegembiraan bersama-sama. BULETIN SRI UMMAH 9 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
10 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
BULETIN SRI UMMAH 11 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran SRI Ummah menerima kemasukan lapan orang guru baru. Norsyafawati Sini (Ijazah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar) mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai tenaga pengajar di beberapa sekolah islam swasta. Guru baru yang lain adalah Amira Madeeha Kamal Azmi (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran, Universiti Islam Selangor), Nuraqilah Madihah Mat (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pascasiswazah Pendidikan, Universiti Sultan Zainal Abidin), Nur Farhani Aini Muhamad (Ijazah Sarjana Muda Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra), Ikhwan Afifi Yaakub (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah), Izzatul Husna Abdullah (Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar), Nurul Mysarah Abul Kassim (Sijil Tinggi Agama Malaysia, Maahad Ihya Al-Ahmadi dan Khatam Sanad Hadith Bukhari, Madrasah Ad-Dirasatil Al-Islamiyah) dan Nur Hafizatul Hidayah Zaini (Madrasah Darul Uloom Lilbanat). Selamat datang ke dalam keluarga besar SRI Ummah. Semoga kerjasama yang baik akan membawa kejayaan semua pihak. Oleh: Siti Najihah Yahya
12 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
BULETIN SRI UMMAH 13 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Penganjuran pertandingan kebersihan dan keceriaan bertujuan mencipta suasana sekolah dan kelas yang bersih, ceria dan kondusif. Keceriaan dan kebersihan kelas adalah penting bagi mewujudkan suasana yang menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah. Murid dapat belajar dengan lebih baik dalam keadaan yang kondusif, selesa, dan tenang. Pengurusan SRI Ummah menganjurkan pertandingan ini untuk semua cawangan SRI Ummah. Semua sekolah dan kelas dinilai dari aspek kebersihan, keceriaan, kreativiti dan penyediaan maklumat. Penyampaian hadiah pertandingan kebersihan dan keceriaan bagi sesi persekolahan 2023/2024 telah diadakan semasa program guru awal sesi pada 5 Mac 2024. Berbanding tahun lepas yang menyediakan hadiah tempat pertama hingga ketiga, pada tahun ini hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga, dan saguhati untuk tempat keempat hingga keenam. Keputusan pertandingan bagi sesi 2023 adalah seperti berikut: Oleh: Sarimah Sabu
14 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Hana Yasmein Ishak Buletin keluaran Januari 2024 telah membincangkan maksud istilah al-ghafilun. Secara ringkas, ia bermaksud orang-orang yang lalai. Istilah ini juga wujud dalam al-Quran sebagai ghafil, ghaflatin dan ghafilin. Ghaflah dalam bahasa Melayu bermaksud kelalaian, kecuaian, tidak ambil peduli dan kurang beri perhatian. Dalam siri kedua ini (yang terakhir), saya membentangkan punca ghaflah, kesan ghaflah dan cadangan penyelesaian serta perkaitan ghaflah dengan pendidikan. Apakah punca ghaflah? Imam Al-Ghazali mengenalpasti sebabsebabnya ialah penglibatan secara berlebihan dalam hal-hal berkaitan kehendak, nafsu dan ikatan duniawi. Manusia dikatakan berusaha berterusan dan tanpa henti dalam pencarian perkara-perkara dan kehendak materialistik sehingga mengabaikan keperluan rohani. Kesan ghaflah dan cadangan penyelesaian Al-ghafilun merujuk kepada golongan individu yang terputus hubungannya dengan dunia rohaniah dan mental, sering kali diserap oleh urusan dunia hingga mengabaikan keperluan rohani yang lebih mendalam. Dalam dunia yang bergerak dengan cepat, istilah ini menjadi lebih relevan kerana gangguan dan tuntutan kehidupan moden boleh membawa kepada pengabaian rohani, malahan melangkaui aspek rohani. Dalam dunia yang bergerak dengan pantas seperti hari ini, ramai individu sentiasa tergesa-gesa daripada satu tanggungjawab kepada tanggungjawab yang lain, sering kali gagal untuk berhenti dan merenung. Gaya hidup ini boleh memberikan kesan merugikan dalam pelbagai aspek kehidupan:
Apabila seseorang individu bersikap tidak ambil peduli terhadap nilai moral, cuai dalam tanggungjawab dan kewajipan beribadah, akibatnya beberapa siri perkara boleh berlaku. Akibat yang berlaku bukan sahaja menjejaskan keadaan diri individu itu sendiri, malahan orang di sekeliling yang terkait dengan hal yang dilakukan. Ghaflah dan Pendidikan Memfokus kepada aspek pendidikan, saya melihat isu ghaflah ini menjadi penghalang untuk membuat perubahan penambahbaikan. Walau sistem yang terbaik telah dibangunkan, jika pihakpihak yang bertanggungjawab melaksana dan menyokong pelaksanaannya ‘masih berada di alam kelalaian dan tidak peduli’, sememangnya sukar untuk dilaksanakan dengan berkesan. Yang lalai perlu dibangkitkan daripada kelalaian, yang masih sedar juga harus kerap diberi peringatan dari semasa ke semasa. Peringatan boleh diberikan agar jangan selesa dengan ilmu yang telah ada, tetapi perlu sentiasa mencari ilmu dan mencari ilmu dalam pelbagai bidang. Usaha yang berterusan untuk menangani kealpaan dan menanamkan hikmah perlu dilaksanakan. Imam Al-Ghazali berkata “..sesungguhnya makanan hati adalah ilmu dan hikmah.” Dengan adanya kedua-duanya, hati akan hidup. Tidak mendapatkan ilmu menyebabkan hati seseorang dalam keadaan sakit dan pasti akan mati, meskipun ia tidak merasa. Dalam sesebuah organisasi, harus ada usaha untuk saling ingat mengingatkanb agar masing-masing melambatkan langkah, merenung, dan memberi keutamaan kepada apa yang benarbenar penting. Amalan kesedaran diri dan introspeksi boleh membantu mengatasi perbezaan antara laju dunia dan usaha untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan penuh tujuan. Berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula, usaha ini boleh dilaksanakan: 1. Lengkapi guru dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mencipta persekitaran kelas yang membina dan reflektif. Galakkan guru untuk menjadi contoh dengan menggunakan prinsip ini dalam kehidupan mereka sendiri. Contohnya, guru berkongsi sesama sendiri dan juga dengan murid tentang pengurusan masa di luar sesi pengajaran; contohnya meluangkan masa untuk membaca buku, beriadah, mengemas rumah dan lain-lain. 2. Galakkan refleksi diri dalam kalangan murid melalui soalan dan aktiviti yang bersesuaian. Cipta persekitaran kelas yang positif dan inklusif yang memupuk empati, hormat-menghormati, dan kerjasama dalam kalangan murid. Contohnya, jika seorang murid bercerita tentang masanya banyak digunakan menonton siri animasi Jepun, bagaimana rakan-rakan dan guru bertindak memberi cadangan yang lebih baik, seterusnya mewujudkan budaya peningkatan berterusan. Sebagai penutup, jika kita berusaha menjauhkan diri daripada tergolong dalam alghafilun, pasti Allah perkenankan. BULETIN SRI UMMAH 15 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
16 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Norzieyana Mat Basjin Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Tahun 6 sesi 2023/2024 diadakan pada Sabtu, 27 Januari 2024 di Masjid Teras Jernang, Kampung Teras Jernang, melibatkan 316 orang murid tahun 6. Majlis berlangsung pada 7.30 pagi hingga 12 tengah hari. Majlis khatam dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Amin Bin Muhamad Salim, guru SRI Ummah Al-Abrar, dan kemudian para hadirin mengalunkan nasyid Asma Al-Husna yang dipimpin oleh kumpulan nasyid murid SRI Ummah AlMadani. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SRI Ummah, Ustaz Hamizan Abdul Karim. Seterusnya, majlis ini dirasmikan oleh Ir. Tuan Haji Ishak Arshad, Ahli Jawatankuasa Pengurusan SRI Ummah. Tepat jam 9 pagi, murid tahun 6 berarak masuk ke dewan solat utama dengan iringan alunan selawat. Murid-murid membaca al-Quran dengan dipimpin oleh Ustaz Aiman Khair Bin Abdul Rahman, Jurulatih Utama di Fast Response Training and Consultancy. Seterusnya penyampaian anugerah dan sijil dilaksanakan. Anugerah diberikan kepada murid yang mendapat gred Mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun. Sijil Tahun 6, pula diberikan kepada semua murid serta sijil khatam bagi murid yang telah khatam 30 juzuk. Senaskah Al-Quran dengan terjemahan perkata juga dihadiahkan kepada semua murid dalam majlis ini. Majlis berakhir dengan pemberian bunga telur kepada murid dan ibu bapa.
Oleh: Siti Zarifah Rosdi 4 Februari 2024, Ahad – Majlis Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah kali ke-33 sesi 2023/2024 telah berlangsung di Dewan Perdana UniKL MFI, Bandar Baru Bangi untuk meraikan kecemerlangan akademik para murid. Program tersebut dirasmikan oleh Puan Norimah binti Miswani, Penyelia Kanan Pengurusan, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. Program yang dijalankan dalam 2 sesi ini melibatkan 420 orang murid daripada semua cawangan SRIU Bandar Baru Bangi yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan akhir tahun dalam kelas masingmasing. Sesi pertama bermula pada pukul 7:30 pagi bagi penyampaian hadiah murid Tahun 4, 5 dan 6 serta penganugerahan Tokoh Murid, manakala sesi kedua bermula pukul 11:00 pagi bagi penyampaian hadiah murid Tahun 1, 2 dan 3. Kumpulan nasyid yang terdiri daripada murid-murid SRIU Al-Madani turut membuat persembahan. Tokoh Murid sesi 2023/2024 dianugerahkan kepada 2 orang murid Tahun 6 yang dipilih daripada 13 cawangan SRI Ummah Bandar Baru Bangi kerana kecemerlangan dalam akademik, kurikulum dan kokurikulum. Tokoh Murid tersebut adalah Muhammad Aufa Haziq bin Hafez daripada SRIU Al-Abrar dan Nur Raisya Adellia binti Mohd Samsul daripada SRIU Al-Hasanah. Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi kepada adik-adik yang masih belajar di SRI Ummah. Tahniah kepada Tokoh Murid dan syabas murid-murid semua! Puan Hana bersama Puan Norimah Miswani, Penyelia Kanan Pengurusan, Unit Pendidikan Islam, PAID Hulu Langat. Persembahan nasyid dari SRI Ummah AlMadani. Ustaz Amirul bersama salah seorang murid yang menerima hadiah. Anugerah Tokoh Pelajar Perempuan adik Nur Raisya Adellia Mohd Samsul dari SRI Ummah Al-Hasanah. Anugerah Tokoh Pelajar Lelaki adik Muhammad Aufa Haziq Hafez dari SRI Ummah Al-Abrar. Murid-murid sedang menunggu giliran untuk penyampaian hadiah. BULETIN SRI UMMAH 17 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
18 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Ramadhan datang dengan seribu satu keberkatan. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi gelagat murid-murid yang baru mengenal erti puasa. Bagi anak-anak, iftar atau berbuka puasa adalah nikmat tertinggi bagi mereka. Azan maghrib menjadi alunan yang ditunggu-tunggu seusai pulang dari sekolah. Senyuman puas terukir di wajah mereka apabila sebiji kurma masuk ke dalam mulut mereka menandakan mereka berjaya menyelesaikan puasa pada hari itu. Gelagat anakanak ini juga mengingatkan kita kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya”-Riwayat al-Tirmizi (696). Pada Rabu, 27 Mac 2024, SRI Ummah AlMadani meneruskan tradisi meraikan murid-murid dengan menganjurkan majlis berbuka puasa.. Seawal jam 5 petang pada hari berkenaan, mereka bersamasama menghias ruang untuk berbuka puasa. Muridmurid juga membawa juadah iftar untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Kerjasama ibu bapa dalam menjayakan program iftar murid amatlah dihargai. Program iftar tersebut dimulakan berbuka dengan buah kurma dan air serta sedikit kuih-muih. Seterusnya mereka solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh murid tahun 6ِ, Ahmad ‘Aqil Rasyadi bin Zulkifli. Selesai solat mereka kembali menjamu selera dengan hidangan yang telah tersedia. Bukan hanya sekadar makan bersama rakan-rakan, tetapi momen ini menghadirkan rasa apresiasi dalam diri murid-murid apabila dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan, dan guruguru. Semoga program seperti ini dapat dicontohi oleh semua sekolah dan diteruskan setiap tahun. Bersama-samalah kita membentuk anak-anak dengan peribadi mukmin yang unggul dalam mentaati perintah Allah, memperkuat ikatan antara murid, guru dan masyarakat, memupuk nilai-nilai kebaikan, serta meningkatkan empati dalam diri. Oleh: Mior Muhammad Helmie Ab. Razak & Salihaton Rapeah Sharudin Nuzul Al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W, melalui perantaraan malaikat Jibril secara berperingkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Seperti cawangan SRI Ummah yang lain, SRI Ummah Al-Abrar turut mengadakan majlis sambutan Nuzul Al-Quran. Murid-murid sesi pagi dan sesi petang berhimpun dan mendengar tazkirah daripada penulis tentang peristiwa penurunan al-Quran. Kuiz berkaitan peristiwa ini juga diadakan. Murid-murid seronok dan dapat menambah ilmu dan pemahaman mereka. Semoga kita semua menjadikan alQuran sebagai teman setia dan mengamalkan isi kandungannya. Oleh: Mohamad Amin Mohamad Salim & Sarimah Sabu
BULETIN SRI UMMAH 19 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Nik Nur Aini Nik Ab Rahim Pada 30 Mac 2024 (Sabtu) Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaei untuk semua kakitangan SRI Ummah telah diadakan. Majlis ini yang diadakan di SRIU Al-Madani yang bertempat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi berkonsepkan juadah bawaan. Setiap kumpulan usrah kelab ini yang daripada 7 kumpulan menyediakan makanan dan minuman. Ada juga ahli usrah yang menyumbang makanan. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing. Acara khatam al-Quran dibimbing oleh Ustaz Mat Rozi bin Abdullah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Ketua Pegawai Eksekutif Tafhim Sdn. Bhd., Pn Hana Yasmein Ishak. Sedikit kelainan pada tahun ini, pemberian duit raya daripada syarikat diberikan secara terus kepada semua kakitangan dalam majlis ini. Duit raya disampaikan oleh Puan Hana yang diiringi oleh Cik Wardah Mirza selaku Pegawai Akaun. Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Kelab Kebajikan Kakitangan telah melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi bagi menjana pendapatan untuk manfaat ahli-ahlinya. Antara aktiviti jualan yang diadakan adalah gambar graduasi murid tahun 6, minyak masak terpakai, sabun pencuci serbaguna dan minuman kordial. Perkhidmatan mengambil gambar graduasi murid mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan murid untuk dijadikan kenangan selepas tamat alam persekolahan peringkat rendah. Selain itu, kelab mengumpulkan minyak masak terpakai untuk dijual. Sebanyak 143.30 kilogram telah berjaya dikumpulkan. Sabun pencuci serbaguna yang dijual telah dibeli oleh semua cawangan SRI Ummah untuk gotong-royong sekolah sempena pembukaan sesi persekolahan 2024/2025. Jualan minuman kordial keluaran MARDI pada bulan Ramadhan yang lalu juga mendapat sambutan baik serta mempunyai ramai peminatnya tersendiri. InsyaAllah, selepas ini akan ada lagi aktiviti jualan yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi ekonomi KKSK. Oleh: Nabiha Thahirah Mohd Yusoff PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI
20 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Hana Yasmein Ishak Salah ad-Din Yusuf ibn Ayyub atau lebih dikenali dengan nama Saladin dan Salahuddin AlAyyubi dilahirkan di Tikrit, Iraq. Beliau membesar dan mendapat pendidikan di Damaskus. Ayahnya, Ayyub, dan pakciknya, Shirkuh, adalah panglima perang yang bijaksana. Salahuddin mempelajari seni bela diri dan strategi perang daripada ayah dan pakciknya, serta belajar tentang kebaikan dan belas kasihan daripada ibunya. Mereka membentuk asas moral yang kukuh bagi kepahlawanan Salahuddin pada masa hadapan. Pada tahun 1187 Masihi Salahuddin menentang tentera salib dan berjaya menakluk Baitul Maqdis (juga dikenali sebagai kota Jerusalem). Beliau membebaskan tentera salib yang masih hidup dan juga memberi mereka barang keperluan untuk pulang ke rumah masing-masing. Semua orang dipastikan dilayan dengan adil dan penuh hormat, tanpa memandang agama atau kaum. Kisah kepahlawanan Salahuddin Al-Ayyubi tidak hanya tentang peperangan, tetapi juga tentang kebaikan, keberanian dan kepimpinan. Beliau adalah contoh seorang pahlawan hebat yang penuh dengan kasih sayang dan keadilan. Tugu Salahuddin Al-Ayyubi di Damaskus, Syria.
BULETIN SRI UMMAH 21 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
22 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Oleh: Mohd Redza Mokhtar Teringat satu masa dahulu kesejukan air waktu pagi sebelum pergi sekolah. Mak ayah ketika itu berfikirfikir untuk memasang pemanas air supaya anak-anak mandi sebelum ke sekolah. Belum lagi kisah balik kampung dan tidur berselubung selimut disebabkan sejuknya cuaca dinihari. Jangan terfikirlah untuk mandi pagi lebih-lebih lagi air telaga. Sesejuk air sejuk daripada mesin penapis air zaman sekarang. Sekarang lain, cubalah mandi air paip pada waktu tengahari untuk membersihkan badan yang berlengas. Kadang-kadang seperti di bilik sauna pula. Kenapalah tidak dijual di pasaran penyejuk air pancuran. Mungkin ada yang menadah air sejuk dari penapis air untuk mandi. Mungkin juga ada yang memasukkan ais di dalam kolah air. Itulah kesan fenomena El Nino. Bagaimana pula dengan Super El Nino? Ia sama seperti El Nino tetapi suhunya lebih tinggi disebabkan oleh keadaan pemanasan global sekarang ini. Surah Ar-Rum, ayat 41, “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Seingat penulis, pertama kali mendengar perkataan El Nino sekitar 20 tahun lepas walaupun fenomena tersebut dikesan sejak tahun 1800 di Peru. Pasangannya adalah La Nina. Perubahan alam berlaku dalam setiap zaman. Pada zaman Nabi Nuh AS ada banjir besar. Nabi Yusuf AS pula dengan kemarau yang berpanjangan selama 7 tahun (rujuk Surah Yusuf dalam ayat 43-49). Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia-lah yang mengatur segala hal di alam semesta, termasuk cuaca dan iklim. Dalam Surah AlBaqarah ayat 164, Allah SWT menyatakan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi serta perubahan cuaca terdapat tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang yang memikirkan dan merenungkannya.
BULETIN SRI UMMAH 23 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Manusia dicipta untuk bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku. Dahulu pendingin hawa adalah barangan bukan keperluan. Kini boleh dikatakan semua tempat mempunyai pendingin hawa. Teringat sewaktu kecil apabila masuk ke kompleks membeli belah, terasa kagum dengan kenyamanan tempat tersebut, maklumlah di rumah tiada pendingin hawa tapi tetap tidur dengan berselimut kerana sejuknya malam tahun 80an dan 90an. Buka tingkap waktu malam pun terasa dinginnya hembusan bayu. Masa berjalan, dunia berubah. Manusia kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan kepada kebenaran. Manusia telah beradaptasi sejak dulu hingga kini bertindak balas terhadap persekitaran dan keadaan semasa. Kesan daripada keadaan panas ini membuatkan kita kerap terbaca berita ada individu pengsan disebabkan strok haba, murid dengan hidung berdarah, ada yang berpeluh lencun dan sesak nafas. Super El Nino dan fenomena cuaca ekstrem yang lain dianggap sebagai sebahagian daripada ketentuan Allah SWT dan sebagai ujian bagi umat manusia. Manusia diberikan tanggungjawab untuk menjaga keseimbangan alam, berusaha menjaga alam dan beradaptasi dengan perubahan ini sambil tetap mengingat kekuasaan dan kebijaksanaan Allah dalam mengatur alam semesta.
24 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
BULETIN SRI UMMAH 25 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran
26 BULETIN SRI UMMAH Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Masa yang dapat diperuntukkan untuk pelajaran al-Quran dan agama di Sekolah Islam Anuban Wangthong hanya 1 jam seminggu. 4 orang penyelia guru SRI Ummah berkongsi ilmu kaedah pengajaran al-Quran dengan guru-guru al-Quran. Kaedah ini diajarkan untuk dilaksanakan di sekolah mereka supaya murid cepat mahir membaca al-Quran. Semoga kemahiran membaca al-Quran, seterusnya kemahiran menghafal, menulis, memahami dan menghayati* dapat ditingkatkan dalam kalangan murid-murid dan komuniti di situ. *Kaedah 5M dalam mempelajari al-Quran
BULETIN SRI UMMAH 27 Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Jamuan Aidilfitri di SRI Ummah.