Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran | BULETIN SRI UMMAH 1MERAIKAN KecemerlanganANALISIS PSRALonjakan PrestasiMengiktiraf Potensi, Menjulang Harapan Generasi Al-QuranKHATAM AL-QURANGraduasi Tahun 6LENSA AKTIVITIPasca Peperiksaan Akhir Tahun
SIDANG PENGARANGEDITORHANA YASMEIN ISHAKMOHD REDZA MOKHTARSALIHATON RAPEAH SHARUDIN‘AQILAH NAJWA MOHD NAZRISARIMAH SABUKETUA PENGARANGHANA YASMEIN ISHAKPEREKA GRAFIK‘AQILAH NAJWA MOHD NAZRIMAKLUM BALASUntuk maklum balas dan peluang pengiklanan, sila e-mel:[email protected] juga boleh diakses secara dalam talian di sriummah.comPENASIHATDR. AB. HALIM MUHAMMADAHLI LEMBAGA PENGURUSANPENGERUSIHJ. MOKHTAR ADNANSETIAUSAHADR. HJ. WAN FUAD WAN HASSANAHLIHJ. ABD. RAHMAN MOHD YASINHANA YASMEIN ISHAKMOHD REDZA MOKHTARDR. ASMA HAKIMAH AB. HALIMWAN IRFAAN SHAHID WAN FUADBENDAHARIIR. HJ. ISHAK ARSHAD2 BULETIN SRI UMMAH | Ke Arah Pembentukan Generasi Al-QuranBicaraKetua PengarangAlhamdulillah, kita melangkah ke sesi 2026 dengan satu rasa yang sama, syukur dan tanggungjawab. Setiap awal tahun persekolahan bukan sekadar “mula semula”, tetapi peluang untuk kita menyusun semula niat, memperkemas sistem dan mengangkat mutu tarbiah anak-anak SRI Ummah agar lebih tersusun dan bermakna.Dalam keluaran ini, kami rakamkan detik-detik penting perjalanan murid sepanjang hujung tahun lalu, iaitu Majlis Khatam al-Quran & Graduasi, Majlis Penyampaian Hadiah serta peperiksaan PSRA dan UPKK yang menjadi medan latihan disiplin, doa dan kesungguhan. Kita juga kongsikan suasana aktiviti murid selepas peperiksaan akhir tahun yang mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan hanya tentang keputusan mata pelajaran, tetapi tentang pengalaman, adab dan pembinaan jiwa.Sesi baharu juga membawa fokus besar kepada persediaan sekolah, daripada Hari Jualan Buku dan Taklimat ibu bapa, hinggalah penambahbaikan pengurusan seperti penggunaan sistem yang lebih efisien. Kita mahu perjalanan harian sekolah ini lebih teratur, lebih jelas, dan lebih mudah untuk semua pihak—murid, guru dan ibu bapa.Pada masa yang sama, SRI Ummah terus bergerak sebagai sebuah institusi yang belajar dan berkembang. Perkongsian strategik melalui MoA Tafhim bersama UIS ICESCO, serta penyertaan di Bangi Edufest, adalah tanda bahawa kita tidak hanya membina sekolah untuk hari ini, tetapi membina ekosistem pendidikan untuk masa depan. Ini termasuklah usaha baik pulih premis di beberapa cawangan, demi keselesaan dan keselamatan anak-anak kita.Akhir sekali, kami mengalu-alukan kehadiran barisan guru dan staf baharu yang akan bersama-sama memikul amanah ini. Terima kasih juga kepada semua warga kerja yang terus istiqamah menyumbang. Semoga buletin ini menjadi catatan kecil yang menguatkan semangat kita: mendidik dengan kasih, memimpin dengan amanah dan membina generasi dengan istiqamah.Hana Yasmein Ishak.
Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran | BULETIN SRI UMMAH 3Hari PertamaPersekolahanSebanyak 3 buah sekolah menerima peruntukan daripada kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan baikpulih. 3 buah sekolah adalah seperti berikut - SRIU Al-Abrar, SRIU Bangi Perdana dan SRIU Raudhah. Peruntukan itu digunakan untuk membaiki dinding pemisah, mengecat dan pendawaian elektrik.
4 BULETIN SRI UMMAH | Ke Arah Pembentukan Generasi Al-QuranProgram Persediaan GuruAwal Sesi Persekolahan 2026Mendidik Dengan Jiwa, Mencorak Peribadi Manusiabersama Puan Hajah Nurciana Nasarudin, seorang tokoh berpengalaman dalam bidang pendidikan dan psikologi pendidikan, khususnya berkaitan pengurusan bilik darjah, tingkah laku murid serta motivasi. Beliau mengingatkan para guru bahawa berada di SRI Ummah bukan sekadar kebetulan; “kita bukan dipilih oleh SRI Ummah, tetapi dipilih oleh Allah”. Guru membawa amanah besar sebagai penanam visi, membentuk cara fikir dan peribadi murid untuk masa depan.Puan Hajah Nurciana turut menekankan keperluan guru untuk sentiasa bertenaga dan memulakan kelas dengan set induksi yang menarik supaya murid terpana, teruja dan ingin belajar. Untuk menjadi guru terbaik, guru mesti mempunyai motivasi dalaman, tenaga dari jiwa, rasa bangga dengan profesion, serta minat dan keikhlasan dalam mendidik.Meneroka Diri bersama En. Mohd. Azlan Adnan, kaunselor berdaftar dan pengasas Xplorasi Potensi Insan, membuka ruang untuk guru mengenali potensi diri serta memahami perbezaan murid. Beliau mengingatkan bahawa Allah mencipta manusia dengan personaliti dan kecenderungan yang berbeza. Kupasan turut menyentuh istilah Al-Ghazali iaitu khuluq, selain peranan otak kiri dan kanan dalam cara berfikir dan membuat keputusan. Konsep khuluq juga diketengahkan sebagai sifat dalaman yang menetap dalam jiwa sehingga sesuatu perbuatan lahir dengan spontan dan konsisten. Justeru, para guru dibimbing agar mendidik dengan lebih berhikmah sambil membina disiplin diri menuju kejayaan.PendigitalanPengurusan SekolahPihak sekolah berjaya membangunkan sistem eKedatangan dan ePentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mula dilaksanakan pada tahun 2026. Pembangunan sistem ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan kehadiran dan pentaksiran murid melalui perekodan data yang lebih pantas, tersusun dan berpusat. Ia turut membantu mengurangkan ralat manual serta memudahkan proses pemantauan dan pelaporan oleh guru dan pentadbir. Sistem ini menjadi satu langkah penting ke arah pengurusan sekolah yang lebih cekap dan sistematik.
Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran | BULETIN SRI UMMAH 5Hari Jualan BukuLebih Teratur, Lebih TenangHari Jualan telah berlangsung selama tujuh hari sebelum sesi persekolahan bermula bagi memudahkan urusan ibu bapa dan penjaga. Pada tahun ini, sistem pembelian dalam talian telah ditambah baik, khususnya dari segi notifikasi status tempahan bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat terkini. Pihak sekolah juga memastikan s t o k b u k u mencukupi untuk keperluan murid. Selain itu, sistem giliran pembelian di pejabat diperkemas, membolehkan p e l a n g g a n m e n g a m b i l nombor dan menunggu giliran dari mana-mana lokasi sambil memantau giliran secara masa nyata melalui sistem.Taklimat Ibu BapaSiaran langsung taklimat untuk ibu bapa SRI Ummah diadakan pada Ahad, 4 Januari 2026, melalui Youtube. Bagi ibu bapa yang terlepas atau ingin menonton semula kupasan mengenai persediaan sekolah sesi ini, anda boleh imbas kod QR di bawah untuk siaran ulangan.
6 BULETIN SRI UMMAH | Ke Arah Pembentukan Generasi Al-QuranMajlis Kecemerlangan& Penyampaian HadiahUPKK: Seminar, Solat Hajat& Peperiksaan14 Disember 2025 | Dewan Utama Demesne, Pejabat Tanah Hulu Langat
Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran | BULETIN SRI UMMAH 7Lensa Aktiviti Murid: Pasca Peperiksaan Akhir Tahun
8 BULETIN SRI UMMAH | Ke Arah Pembentukan Generasi Al-QuranPerjanjianKerjasama PendidikanKhamis, 18 Disember 2025- SRI Ummah telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Islam Selangor (UIS) melalui Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia. Perjanjian ini memberi tumpuan kepada penyelidikan penghayatan Bahasa al-Quran bagi pendidikan al-Quran berteraskan kaedah 5M dalam kalangan murid SRI Ummah. MoA ini ditandatangani oleh Dr. Ab. Halim Muhammad (Pengasas SRI Ummah dan Pengerusi Tafhim Sdn. Bhd.) dan Dr. Latifa Bibi Musafar Hameed (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri, UIS) disaksikan oleh Dr. Md. Noor Hussain (Pengarah Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia) dan Ir. Hj. Ishak Arshad (Ahli Lembaga Pengarah Tafhim Sdn. Bhd.)*ICESCO - Islamic World Educational, Scientific and Cultural OrganizationAnak-anak SRI UmmahNaik Pentas di Bangi Edufest 2025Pada Sabtu, 15 November 2025, SRI Ummah diberi ruang selama satu jam untuk mempamerkan bakat dan kemahiran murid-murid sempena Bangi Edufest 2025 yang berlangsung pada 15 dan 16 November 2025 di Evo Mall, Bangi.Slot persembahan dimulakan dengan pengenalan SRI Ummah, sebelum diteruskan dengan pelbagai demonstrasi menarik iaitu penulisan khat, pengajaran Jawi, hafazan al-Quran dan laungan azan. Setiap segmen menyerlahkan keyakinan serta keupayaan murid-murid SRI Ummah di pentas awam.Tonton video!
Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran | BULETIN SRI UMMAH 9Mekarnya Benih Usaha:Laporan Keputusan PSRA 2025Tahniah! Keputusan PSRA 2025 SRI Ummah menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan dengan 100 peratus kelulusan bagi semua 356 orang calonyang hadir. GPS keseluruhan ialah 1.67. Pencapaian ini membuktikan kesungguhan m u r i d , k o m i t m e n g u r u serta sokongan ibu bapa dalam memastikan prestasi akademik dan sahsiah murid terus cemerlang.
10 BULETIN SRI UMMAH | Ke Arah Pembentukan Generasi Al-QuranAhad yang penuh makna ini menyaksikan muridmurid 365 orang murid Tahun 6 diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi, sebuah penutup perjalanan yang indah dan penuh rasa syukur.Majlis dimulakan dengan bacaan doa, disusuli ucapan Guru Besar SRI Ummah dan perasmian oleh Ustaz Dr. Ab. Halim bin Muhammad, yang mengingatkan semua bahawa Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.Lebih istimewa, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran jemputan khas, Al-Fadhil Sheikh Hesham Abdelbary Mohamed Rageh, Naib Presiden Yayasan Al-Ma’sarawi Antarabangsa Pengajian Al-Quran serta pemegang sanad tinggi Qiraat 10 Kubra. Kehadiran beliau benar-benar menambahkan aura ilmu dan keberkatan dalam majlis.Acara diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi dan anugerah khas kepada murid yang memperoleh Mumtaz dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2025. Dalam masa yang sama, SRI Ummah turut bersyukur atas kejayaan PSRA 2025 dengan kelulusan 100%, hasil usaha konsisten guru, sokongan ibu bapa dan kesungguhan murid.Tahniah anak-anak Tahun 6! Semoga anak-anak semua terus melangkah sebagai generasi AlQuran yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga kuat sahsiah dan jiwa.Majlis Khatam al-Quran& Graduasi Tahun 6 Kali Ke-37Tetamu istimewa: Sheikh Hesham Abdelbary Mohamed Rageh.Sijil, senyuman dan doa.Wajah ibu bapa — penyokong kuat anak-anak.365 graduan diraikan — syukur, bangga, sebak!7 Disember 2025 | Masjid Sentosa, Teras Jernang
Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran | BULETIN SRI UMMAH 11Selamat datang &selamat bertugas!Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada 6 orang guru baharu SRI Ummah yang berkhidmat di pelbagai cawangan SRI Ummah. Barisan pendidik ini terdiri daripada graduan institusi tempatan dan antarabangsa termasuk Universiti al-Azhar, UKM, UNISZA, UUM, OUM dan Al-Madinah International University. Antara latar belakang akademik mereka adalah Bahasa Arab, Pengajian Islam, al-Quran dan Sunnah, Dakwah, Syariah serta Multimedia. Kepelbagaian kepakaran ini diharap dapat memperkaya proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid SRI Ummah. Semoga para guru baharu ini dapat menyumbang dengan penuh dedikasi dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan bertaqwa.SRI Ummah juga mengalu-alukan kehadiran Nur Fatihah Mohd Fadhli sebagai Kerani Kewangan, yang menyokong operasi kewangan melalui pengurusan data dan dokumentasi yang tersusun, pematuhan prosedur kerja serta khidmat pelanggan di kaunter pembayaran.Terima kasih,Puan Norhaslina!Menjejakkan kaki di SRI Ummah seawal 2012. Membantu syarikat menguruskan kewangan, juga kebajikan guru, memastikan keperluan kakitangan dipenuhi dan kekurangan diatasi. Tegas, dedikasi, positif dan lembut bila berbicara disenangi rakan kerja. Bersemangat dalam mendidik generasi pelapis bagi memenuhi keperluan tenaga kerja syarikat, sedikit pun tidak lokek ilmu dan pengalaman. Dalam tidak sedar lebih sedekad bersama di bawah bumbung SRI Ummah dan sedekad yang dirasakan lama itu bagai sedetik masa berlalu jelas terpampang di layar minda.Penghujung November 2025 tamatlah curahan jasa dan bakti kepada SRI Ummah. Secarik ucapan daripada Encik Redza, sebutir bicara beserta secebis kenangan oleh Tuan Haji Rahman dan bingkisan akhir dari Puan Haslina sendiri yang menitipkan memori, amanah dan harapan dalam sebuah majlis yang serba ringkas namun terpahat utuh di layar minda.Berkali-kali ucapan terima kasih diterima beliau. Tetap di sini kami zahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga di atas jasa dan pengorbanan beliau. Setiap jejak yang ditinggalkan tumbuh mekar pohon bakti, utuh tidak usang dimakan waktu. Segala keringat yang dicurahkan, kini menjadi teduhan kepada mereka yang meneruskan perjuangan di sini.Nabilah Ibrahim Nurul Najah Rosly Nur Aliea Hanafi Nur Fatihah Mohd FadhliSiti Nur Syifa Rahim Nur ‘Ain Syakirah Mohd Najihah Mukminah Ishak
12 BULETIN SRI UMMAH | Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran