The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teoh Yong Hwa, 2023-07-30 10:57:06

PENGAJIAN MALAYSIA-R1

PENGAJIAN MALAYSIA

MPU 1013 PENGAJIAN MALAYSIA (SLCP) (SBM) ASSIGNMENT KUMPULAN TOPIK 1 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA DISEDIAKAN UNTUK: DR. MUHAMMAD BIN AHMAD DISEDIAKAN OLEH: TEOH YONG HWA (600445) – KETUA TOPIK 1 MOHD SADDAM BIN S.S.P SHAIK (600447) ROSNIH BINTI F. SALKIRI (600455) TARIKH SIAP: 12 AUGUST 2023


DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. VISI UTAMA 3. DASAR PELAJARAN SEBELUM KEMERDEKAAN a. TIADA DASAR PELAJARAN TETAP b. SEKOLAH BERBILANG BAHASA BERKEMBANG c. MELAYU DIBERI PENDIDIKAN TAHAP RENDAH 4. DASAR PELAJARAN SELEPAS KEMERDEKAAN a. MEMBERI PERHATIAN UTAMA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA b. MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS c. MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERILMU PENGETAHUAN 5. IMBASAN SEJARAH DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN *DIPETIK DARI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN* 6. PENYATA RAZAK 1956 7. PENYATA BARNES 1950 8. PENYATA FENN-WU 1951 9. GAMBAR-GAMBAR SEJARAH


PENGENALAN Semasa jajahan British, Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malaysia pada masa kini tidak mempunyai dasar pelajaran kebangsaan yang seragam. Pelbagai sekolah berlainan bahasa dan etnik berkembang pesat mengikut kemahuan dan keperluan kumpulan kaum setempat. Sistem dasar pelajaran diatur secara berbeza mengikut kaum, agama, etnik dan kelas sosial. Pendidikan dan pelajaran diutamakan kepada golongan kelas sosial atasan atau elit, manakala untuk masyarakat tempatan dan luar bandar, terutamanya golongan kelas sosial bawahan atau miskin, sering mempunyai akses terhad kepada pelajaran. Sebanyak lima jenis system persekolahan wujud semasa jajahan British seperti sekolah melayu, cina, tamil, inggeris dan agama dan mengasingkan antara satu sama lain. Namun, sebelum merdeka, pemimpin dan masyarakat Tanah Melayu telah menyedari kepentingan untuk mewujudkan dasar pelajaran yang menyatukan pelbagai etnik dan kumpulan di bawah satu bumbung. Mereka sedar bahawa pendidikan akan membantu mengukuhkan perpaduan dan identiti nasional antara kaum dan etnik. Usaha pemimpin untuk mewujudkan dasar pelajaran kebangsaan bermula pada tahun 1950-an. Pemimpin-pemimpin merancang untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah British yang semakin merosot perpaduan antara kaum. Pada tahun 1956, ‘Laporan Razak’ menjadi panduan untuk membangunkan dasar pelajaran yang baru. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pendidikan menjadi fokus utama untuk membentuk identiti nasional yang baharu. ‘Laporan Rahman Talib’ dan ‘Laporan Razak’ pada tahun 1960 menghasilkan Akta Pelajaran 1961 untuk mewujudkan sistem paalajaran kebangsaan yang merangkumi pelbagai etnik, kaum dan budaya.


VISI UTAMA Visi utama Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan yang inklusif yang menyatupadukan semua kelompok masyarakat di Tanah Melayu di bawah satu sistem pendidikan. Tujuanya adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan memupuk semangat nasionalisme dan patriotisme. Selain itu, memastikan setiap lapis masyarakat mendapat akses untuk pembelajaran dan pendidikan di negara. Matlamat utama Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk mengatasi perbezaan antara kaum dan budaya yang wujud di negara ini sebelum dan selepas merdeka dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang di mana setiap lapisan dapat bergaul dan belajar tanpa mengira etnik, kaum atau latar belakang sosial. Tambahan pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk melengkapkan generasi-generasi muda dengan pengetahuan yang setimpal untuk menjadi anggota masyarakat yang mempunyai daya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara. Pelajaran dan pendidikan bertujuan untuk membangunkan individu, seterusnya membangunkan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak, berketerampilan dan sebagainya. Visinya juga untuk memenuhi keperluan pembangunan negara dan melahirkan tenaga kerja yang berkelayakan tinggi. Dengan membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran, pertumbuhan ekonomi, daya saing dan kesejahteraan rakyat dalam negara dapat dipertingkatkan. Secara keseluruhannya, visi utama Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk mencapai perpaduan, kesaksamaan dan kecemerlangan dalam masyarakat antara satu sama lain dengan menyediakan sistem pelajaran yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira latar belakang.


DASAR PELAJARAN SEBELUM KEMERDEKAAN 1. TIADA DASAR PELAJARAN TETAP Tanah Melayu atau Malaysia pada zaman penjajahan British tidak mempunyai sistem pendidikan yang tetap. Sistem pelajaran dianjurkan dalam pelbagai cara mengikut kepentingan penjajah dan wilayah pada masa itu. Kumpulan etnik yang berbeza, seperti kaum melayu, cina, dan india, mempunyai sekolah mereka yang tersendiri dan diasingkan antara kaum. Sistem ini mewujudkan masyarakat yang berpecah-belah dan menghalang interaksi sosial antara kumpulan etnik dan kaum yang berbeza. Sekolah-sekolah ini menunjukkan kepentingan matlamat penjajah lebih daripada kepentingan masyarakat tempatan. Keharmonian masyarakat tempatan sama ada diabaikan, manakala bahasa Inggeris diberi lebih keutamaan sebagai bahasa pendidikan. Tumpuan system pelajaran British lebih fokus kepada melahirkan tenaga kerja yang menjunjung nilai kolonial dan bukannya memperkasakan perpaduan dan keharmonian masyarakat tempatan. Secara umumnya, sistem pelajaran British tidak membantu masyarakat tempatan membina hubungan sosial atau identiti nasionalisme yang kukuh.


2. SEKOLAH BERBILANG BAHASA BERKEMBANG Disebabkan kekurangan dasar pelajaran yang tetap di Tanah Melayu semasa jajahan British, sekolah-sekolah berbilang bahasa mula berkembang pesat. Pada masa itu, kerajaan British tidak mempunyai rancangan dan garis panduan system pelajaran yang jelas untuk keseluruhan masyarakat. Akibatnya, melayu, cina, dan india telah menubuhkan sekolah yang berbeza, dan setiap kumpulan etnik mempunyai sistem pelajaran sendiri. Sekolahsekolah ini berasingan antara satu sama lain, dan bahasa pengantar di setiap sekolah-sekolah ini menjadi bahasa ibunda berdasarkan kehendakan setiap kumpulan etnik. Ketidakseimbangan ini telah mewujudkan perpecahan antara masyarakat kerana kurangnya interaksi antara kumpulan etnik dalam system pelajaran. Kumpulan masyarakat hanya berinteraksi dengan kaum sendiri, ini mengurangkan peluang untuk persefahaman antara kumpulan etnik berlainan. Tambahan pula, kurikulum di sekolah-sekolah ini mengikut kepentingan kolonial berbanding kepentingan semangat perpaduan setempat. Bahasa Inggeris diutamakan sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa dan budaya tempatan diabaikan dan tidak diberi perhatian yang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan masyarakat setempat yang mempunyai kemahiran bahasa inggeris yang lebih lemah kurang mendapat peluang pendidikan yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, ketiadaan dasar pendidikan yang tetap di Tanah Melayu pada zaman jajahan British menyebabkan pembangunan sekolah berbilang bahasa. Keadaan ini menjejaskan integrasi sosial dan pembangunan identiti nasional untuk masyarakat tempatan.


3. MELAYU DIBERI PENDIDIKAN TAHAP RENDAH Oleh kerana tiada dasar pendidikan yang konsisten dan jelas, kaum Melayu di Malaysia mendapat pendidikan yang rendah semasa zaman penjajahan British. Pendidikan masyarakat Melayu tidak diberi keutamaan yang secukupnya oleh pihak penjajah British yang tidak mempunyai perancangan. Golongan elit atau kumpulan etnik lain yang dianggap lebih penting oleh pihak penjajah sering diberi keutamaan dalam sistem pendidikan ketika itu. Akibatnya, sekolah yang memberi perkhidmatan kepada penduduk Melayu selalunya mempunyai infrastruktur dan bahan pengajaran yang tidak mencukupi, dan kurikulum yang ditawarkan mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka. Selain itu, bahasa pengantar di sekolah Melayu juga menjadi satu masalah. Bahasa Inggeris lebih digalakkan sebagai bahasa utama dalam sistem pelajaran oleh British, dan ini menyukarkan pelajar sekolah Melayu mengakses pelajaran penuh dan sempurna. Ketidakupayaan berbahasa Inggeris menjadi penghalang pelajar sekolah Melayu untuk mengakses peluang pendidikan tinggi dan bekerja dalam sektor yang didominasi oleh bahasa Inggeris. Ketidakselarasan sistem pelajaran bagi masyarakat melayu mengakibatkan tahap pendidikan rendah dalam kalangan masyarakat melayu. Hal ini turut menjejaskan pembangunan ekonomi dalam masyarakat melayu, kerana mereka tidak mempunyai peluang yang sama akibat sistem pelajaran dan pendidikan yang tidak adil.


DASAR PELAJARAN SELEPAS KEMERDEKAAN 1. MEMBERI PERHATIAN UTAMA TERHADAP BIDANG PENDIDIKAN DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA Akses pendidikan untuk semua adalah prinsip kepentingan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang etnik, agama, sosial atau ekonomi. Prinsip ini menjadi fokus utama dalam dasar dan program pendidikan di Malaysia. Dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan, pendidikan untuk semua bermaksud berkomited untuk menyediakan pendidikan untuk seluruh lapisan masyarakat. Ini termasuk menubuhkan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara termasuk kawasan terpencil agar tiada rakyat yang terlepas peluang untuk belajar pada peringkat awal. Usaha ini termasuk memberi bantuan kewangan atau biasiswa kepada pelajar yang memerlukan, agar kos pendidikan tidak menjadi penghalang kepada mereka yang miskin. Kerajaan juga cuba mengurangkan atau menghapuskan yuran sekolah yang membebankan golongan miskin. Dalam usaha mencapai akses pendidikan semua, kerajaan turut mengambil langkah untuk mengatasi jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar. Program pembangunan pendidikan luar bandar dan penambahbaikan infrastruktur merupakan faktor penting. Melalui prinsip ini, kerajaan berharap dapat mewujudkan masyarakat yang lebih berpendidikan dan berilmu, seterusnya membantu dalam memajukan negara ke peringkat antarabangsa dan berdaya saing.


2. MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis merupakan salah satu matlamat penting Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ianya menekankan kepentingan mewujudkan individu yang seimbang dalam jasmani, emosi, intelek, dan rohani, serta kebolehan untuk hidup harmoni dalam lapisan masyarakat. Dari aspek fizikal, melibatkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan justeru pelajar sentiasa digalakkan menjalani gaya hidup aktif. Aktiviti fizikal, seperti sukan, adalah bahagian penting dalam kurikulum untuk memastikan pelajar berkembang dengan baik dari segi fizikal. Aspek emosi pula berkaitan dengan perkembangan emosi, di mana pelajar diajar untuk mengurus emosi mereka dengan baik. Mereka juga digalakkan untuk memahami emosi orang lain dan belajar untuk berempati dan berkomunikasi. Aspek intelek pula mengenai perkembangan potensi intelek pelajar. Pelajar digalakkan untuk berfikir secara kritis, menganalisis, dan kreativiti. Kurikulum ini direka untuk menambahbaik kebolehan akademik pelajar dan menyediakan mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam sains dan teknologi yang berkembang. Aspek kerohanian memberi tumpuan kepada pembangunan nilai moral dan etika pelajar. Selain pendidikan agama, pelajar juga diajar tentang nilai-nilai murni seperti toleransi, menghargai kepelbagaian, dan menghormati hak asasi manusia. Tujuan aspek ini adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, beretika, dan bertanggungjawab. Melalui penekanan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, Dasar Pelajaran Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan generasi muda yang cerdik pandai dan berakhlak mulia. Ini akan membantu membina masyarakat yang lebih harmoni dan stabil.


3. MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERILMU PENGETAHUAN Antara objektif paling utama Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara yang berpengetahuan Pelajar digalakkan untuk memaksimumkan potensi intelek mereka melalui pendekatan sistem pendidikan holistik. Sains, sosial, matematik, bahasa, seni, dan subjek lain semuanya termasuk dalam kurikulum untuk pelajar. Guru-guru mempunyai kesan yang besar terhadap keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis, menilai, dan kebolehan berfikir. Pengajar juga berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan persekitaran pembelajaran yang menarik untuk membolehkan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran yang bermakna dan kreatif. Selain itu, pengajian tinggi juga menjadi fokus utama dalam melahirkan warga yang berilmu dan berpengetahuan. Kerajaan berusaha membangunkan institusi pengajian tinggi yang berkualiti taraf dunia, dengan menyediakan program akademik dan penyelidikan yang relevan dengan keperluan pembangunan negara. Melalui pendidikan berasaskan pengetahuan, masyarakat diharapkan dapat melahirkan sumber manusia yang berkemahiran, terlatih dan berdaya saing. Mereka boleh menyumbang secara positif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan budaya negara.


IMBASAN SEJARAH DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN *DIPETIK DARI LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN* PENYATA RAZAK 1956 DAN ORDINAN PELAJARAN 1957 - ZAMAN PENGUKUHAN Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua LAPORAN RAHMAN TALIB DAN AKTA PELAJARAN 1961 - ZAMAN KEMASKINI Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan CIRI-CIRI LAPORAN KABINET 1979 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1965 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara


Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta


PENYATA RAZAK 1956 Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1955, yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein, menteri pendidikan masa itu, menghasilkan penyata pendidikan yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956, atau secara rasmi dikenali sebagai Penyata Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dokumen ini dikeluarkan dengan tujuan untuk mewujudkan peraturan pendidikan kebangsaan dan membentuk jati diri bangsa Melayu melalui pendidikan. Nama Tun Abdul Razak digunakan sebagai tajuk laporan ini. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan universiti menjadi fokus utama pernyataan tersebut. Sistem pendidikan negara yang menggantikan sistem persekolahan berasaskan kaum turut diteliti. Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK), dua jenis sekolah rendah yang berbeza, turut dicadangkan oleh Penyata Razak. Bahasa Melayu tetap perlu diajar kepada murid-murid di sekolah SRJK walaupun penggunaan bahasa lain dibenarkan. Menurut Tun Razak, sistem pendidikan Tanah Melayu perlu diubah. Laporan ini telah digabung dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957, yang menjadi asas kepada sistem pendidikan atau kemerdekaan Tanah Melayu, yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.


PENYATA BARNES 1950 Jawatankuasa yang diketuai oleh L. J. Barnes, menghasilkan Laporan Barnes 1950, juga dikenali sebagai Penyata Barnes 1950. Orang Melayu pada masa itu meminta British menyiasat dan mempertingkatkan sistem pendidikan orang Melayu, yang membawa kepada hasilan laporan ini. Laporan Barnes ini merupakan percubaan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang akan menggunakan pendidikan untuk membawa rakyat pelbagai kaum bersama. Penggunaan sebuah sekolah rendah tunggal di Persekutuan Tanah Melayu untuk semua kaum, dengan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Untuk menentang pengaruh Komunis yang semakin meningkat pada masa itu, terutamanya sekolah vernakular Cina, British menganjurkan sistem aliran pendidikan untuk semua.Bagaimanapun, mereka yang memperjuangkan pendidikan berdasarkan kaum dan etnik masing-masing menolak laporan ini. Sebagai contoh, sesetengah orang Melayu percaya bahawa pendidikan Melayu tidak diberi perhatian yang secukupnya dan masih bergantung kepada pendidikan Inggeris dan bahasa Melayu dilayan secara tidak adil. Selain itu, kajian ini telah ditolak oleh penyokong pendidikan Cina kerana cadangan penghapusan sekolah vernakular dan bacaan Mandarin. Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Se-Malaya (Jiao Zong) telah diasaskan hasil daripada Penyata Barnes, dan Penyata Fenn-Wu 1951 dikeluarkan untuk menyokong pendidikan Cina untuk menyediakan garis panduan.


PENYATA FENN-WU 1951 Laporan Fenn-Wu 1951 merupakan laporan yang disediakan oleh Dr. William P. Fenn, seorang pensyarah dalam sistem pendidikan di China, dan Dr. Wu Tehyao, seorang pegawai di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Laporan ini dihasilkan kerana desakan masyarakat cina di Tanah Melayu ketika itu yang menolak isi kandung dalam Penyata Barnes 1950. Dr. Fenn dan Dr. Wu telah ditugaskan untuk menyelidik dan menjalankan penyelidikan mengenai sistem pendidikan cina. Visi laporan ini adalah untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu, sambil memelihara pendidikan cina di Tanah Melayu. Dr Fenn dan Dr Wu mendapati kebanyakan masyarakat cina di Tanah Melayu terutamanya pemimpin cina ketika itu risau dan bimbang kewujudan sekolah kebangsaan seperti yang dicadangkan akan menghapuskan sekolah cina, serta budaya dan tradisi mereka. Oleh itu, Laporan Fenn-Wu mengesyorkan agar sekolah vernakular khususnya sekolah cina dikekalkan sebagai salah satu aliran pendidikan dan penggunaan tiga bahasa di sekolah sebagai bahasa pengantar, iaitu melayu, mandarin dan inggeris. Cadangan-cadangan dalam Penyata Fenn-Wu digunakan sebagai panduan dalam penerbitan Ordinan Pelajaran 1952 dan Penyata Razak.


GAMBAR-GAMBAR SEJARAH Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Melayu


Sekolah Vernakular Tamil Sekolah Vernakular Inggeris


Click to View FlipBook Version