The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-03-27 03:11:37

Buletin Aspirasi Dagang 2017

Buletin Aspirasi Dagang 2017

ASPIRASI ASPIRASI

KOLEJ VOKASIONAL
PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU

www.kvpjb.com Edisi 2017 Jilid 4

PINGAT FOARNMSDIECNCRHAOTIOSETMRSOAEPNLWSESASTATM(IITRIOCIEDOANNSNSAT)–SSL;
TECHNODLIOGGITIAESL
BKSTkehEaiiPlnvlkUeirnJgIAN
untuk
HanMnaohSdyHahaifriaz
Gangsa
untuk
Faiz

JohanMemanah

MSSD
Ketiga SelaZtaonnKetiga Bola BalingYRKPEOEARSNNSNCVIAEANNGGSAYAAENNN
BOLA
JARING

PERDAGANGAKNV

MSSM

31Tahun OIs urBusines1s

SuccessYourTETAP UNGGUL

[email protected] • www.facebook.com/KVPJB

ASPIRASI

Sidang Redaksi ISI KANDUNGAN

PENGERUSI: WAWANCARA 3
HJH HALIFAH BINTI ISMAIL PROGRAM GOTONG-ROYONG KOMUNITI KOLEJ 4
TIMBALAN PENGERUSI: SURAT NIAT BERSAMA INDUSTRI 5
PN LILIS BINTI FIRDAUS KONVOKESYEN KALI KE-2 5
NAIB PENGERUSI: KURSUS PEMBUGARAN OUTCAME BASED EDUCATION (OBE) 6
EN KHAIRUL ANUAR BIN RAMLAN MPP MEMBENTUK NILAI MURNI 6
AHLI JAWATANKUASA: PROGRAM ANTIDADAH DAN ANTIROKOK 7
•PENYELARAS: LARIAN MERENTAS DESA 2017 7
PN KARTINI BINTI HANAPI MAULIDUR RASUL 7
•PENYELARAS: HANNA NAJIEHA DAN JOHOR ; KETIGA BOLA BALING MSSM 8
PN NORLIN BINTI MUSTAFA SERTAI CATUR MSSD UJI MINDA 8
•AJK LAPORAN: MULA MENYINAR DI MSSD 8
PN MUNIRA BINTI LATIP VOKTEK SELATAN KEMBARA BOLA JARING KE PERINGKAT KEBANGSAAN 9
PN ZARIAH BINTI ZAINUDIN HANNA SYAHIRA PAMERKAN KEBOLEHAN BERSAING 9
•AJK FOTOGRAFI: CERMERLANG DI ARENA AKADEMIK 9
EN MOHD HANAFI BIN ZAINI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 10
MINGGU MESRA DAGANG 10
2 ORIENTASI DVM TAHUN 1 2017 10
INREACH & OUTREACH 11
PROGRAM GURU PENYAYANG 11
BERSAMA P.U RAHMAT 11
JOM RONDA-RONDA JB 12
KEM KEPIMPINAN ASRAMA 12
LAWATAN ILMIAH ; BERKONGSI ILMU 12
SAMBUTAN HARI GURU 13
KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA 13
HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 13
KENALI SEJARAH JOHOR 14
SUMBANGAN RM100 BANTU PELAJAR 14
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 15
PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 15
KERJA AMAL 16
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 16
5S 17
VCOM 18
SUKAN TAHUNAN 18
KEM LATIHAN KASPA 19
PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN UNIFORM 19
UBS 20
YOUNG ENTEPRENEUR STRIVE FOR SUCCES (YESS) 20
GAMBAR KELAS 21-24
GAMBAR SIDANG REDAKSI 24

ASPIRASI

Dia...WAWANCARA
Wanita Luar Biasa

Dilahirkan pada 02 Ogos 1962 di seiring
sebuah kampung bernama Pasir dengan
Gogok, Pengerang Johor, Hajah Halifah namanya
merupakan seorang wanita berjiwa yang
kental. Mendapat pendidikan awal di Sek Rendah menekankan
Kampung Pasir Gogok dan selepas itu, beliau aspek
melanjutkan pelajaran di SM Sains Kluang sehingga perdagangan.
tingkatan 4 dan kemudian ke SM Penggawa Timur
sehingga tingkatan 5. Bekas graduan Universiti Oleh sebab
Malaya mula menjalankan tugasnya sebagai
pendidik di SMK Tun Habab Kota Tinggi pada itu, sebagai
1987. Kemudiannya meneruskan tugas sebagai
pendidik di SM Vokasional Kota Tinggi dari 1994 langkah
– 2014. Pada 2014 sehingga 2016, Hajah Halifah
meneruskan tugas sebagai pendidik di KV Tanjung permulaan
Puteri sebagai Pengarah. Penghujung 2016, beliau
meneruskan tanggungjawab mendidik anak bangsa membentuk
di Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru
sehingga kini. kolej ini maju

Kata orang tak kenal maka tak cinta.. begitulah dalam bidang
juga dengan pandangan pertama beliau kepada
kolej ini. Beliau beranggapan kolej ini merupakan perdagangan adalah
sebuah kolej yang hebat dan ternama dalam bidang
akademik serta diterajui oleh pemimpin yang juga melalui usaha dalam bidang
hebat. Beliau berasa kerdil dan sangat teruja
apabila diberi peluang menerajui kolej ini serta pertanian. Buat masa dan ketika ini, kolej ini telah
ligat memikirkan perubahan yang akan dibawanya
kepada seluruh warga dagang. menanam 100 pokok cili dan dalam perancangan

Kehebatan Hjh Halifah menerajui kolej ini dilihat untuk mempelbagaikan jenis tanaman. Hal ini
apabila beliau sering memberi penekanan kepada
seluruh warga Dagang untuk membina jati diri yang mempamerkan betapa beliau mempunyai jiwa yang
cemerlang sama ada dari segi kurikulum, kokurilum,
sahsiah dan penampilan diri juga. kental dan ideanya sentiasa bercambah mencari

Kejayaan warga Dagang tidak seharusnya ruang dan peluang mengecapi kejayaan. Usaha
diukur dari segi akademik semata-mata. Peluang
mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa ini bukanlah hanya omongan kosong. Tatkala ini,
harus dirangkul bersama dengan kejayaan yang
telah dikecapi. Menurut beliau, para pelajar Kolej ini telah pun menduduki tempat ketiga dalam
harus diberitahu , dibimbing dan diberi ruang
memperbaiki pencapaian di peringkat kolej. Pada pertandingan Rancangan Perniagaan peringkat
beliau, usaha membina persekitaran yang selesa dan
selamat penting dalam membantu pelajar mencapai negeri dan turut memenangi Anugerah Pembentang
kejayaan. Beliau sentiasa meletakkan harapan agar
Kolej ini menjadi sebuah institusi pengajian yang Terbaik serta Guru Pembimbing Terbaik. Titik

permulaan ini diharap dapat menjadi bunga-bunga

cinta bagi minat mendalam beliau dalam bidang

pertanian ini. Pada hemat beliau, berbudi kepada

tanah mendatangkan hasil yang lumayan dan tidak

seharusnya dipandang sepi. Semoga kejayaan ini

mencetuskan kejayaan yang lebih unggul pada

masa akan datang

3

ASPIRASI

PGortoognrga-mRoyong Komuniti

KOLEJ VOKASIONAL
PERDAGANGAN
JOHOR BAHRU

Program Gotong-royong Komuniti Kolej Vokasional Ybhg. Datuk Yahya Hj Jaafar sewaktu merasmikan program “1Program 1
Perdagangan Johor Bahru telah dijalankan dengan Produk ‘Edible’”
jayanya pada 14 Januari 2017. Program ini telah
melibatkan semua pensyarah, pelajar-pelajar, digunakan.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Angkatan Tentera Sementara itu, di kawasan asrama, para ibu bapa
Malaysia (ATM), Majlis Bandaraya Johor Bahru bergotong-royong mengecat dinding, membaiki ampaian
(MBJB), dan Jabatan Kerja Raya(JKR). Program ini telah baju dan membersihkan kawasan persekitaran asrama.
dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Yahya b Hj Jaafar selaku Sekitar jam 12.30 tengah hari, hampir sebahagian besar
Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru. kerja-kerja gotong-royong ini dapat disiapkan dengan
jayanya. Sesungguhnya, usaha murni ini menjadi
Program ini dijalankan dengan tujuan utamanya pembuka tahun baharu yang penuh dengan keazaman
mempertingkat aspek keselamatan dalam kawasan dan kecintaan kepada kolej ini. Semoga ke Arah
kolej kerana terdapat pokok-pokok besar yang tumbang Keunggulan Mutu mencapai sasarannya
dan boleh membahayakan keselamatan semua. Aktiviti
serampang dua mata ini juga diharap dapat meningkatkan Anggota tentera yang terlibat membakar ranting dan dahan pokok kering
aspek kebersihan dan keindahan kawasan kolej supaya
terus menjadi persekitaran yang kondusif dan selesa untuk
murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti seterusnya
melestarikan program sekolah hijau.

Selain hal itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan
hubungan antara pensyarah dengan ibu bapa selain
meluaskan penglibatan ibu bapa dalam kegiatan kolej.
Melaluinya, guru-guru dan ibu bapa akan lebih prihatin
mengenai tanggungjawab dan peranan masing-masing
untuk membantu kolej mencapai kecemerlangan.

Bagi pelajar-pelajar yang terlibat, mereka juga mendapat
manfaat daripada program ini melalui peningkatan
kesedaran mereka terhadap kebersihan dan keceriaan.
Pelajar-pelajar akan lebih prihatin dan bermotivasi untuk
mengekalkan kebersihan dan keceriaan sekolah. Hal ini
secara tidak langsung akan membangkitkan semangat
cinta dan sayang akan sekolah.

Dalam program yang dijalankan selama 4 jam ini,
pelbagai jenis tanaman dapat ditanam. Antaranya,
pokok limau kasturi, pokok lemon, nanas, pokok pisang
dan beberapa tanaman herba. Sementara para ibu bapa
dan komuniti lain menjalankan aktiviti di luar, para pelajar
terlibat dalam mengemas dan membersihkan kelas.

Selain aktiviti menanam dan membersihkan kawasan
asrama dan kolej, Jabatan Kerja Raya juga telah
menambak tanah di kawasan parkir motosikal pelajar.
Hal ini bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk

4

ASPIRASI

Surat Niat Bersama Industri
MEMBAWA

KV DAGANG
SELANGKAH KE

HADAPAN

JOHOR BAHRU, 26 Februari – Hubungan daripada Tan Sri Shahrir Samad, Ahli Dalam majlis yang sama juga, pihak kolej
baik Kolej Vokasional Perdagangan Parlimen Johor Bahru. Yang Dipertua telah menyampaikan sijil User Bussiness
Johor Bahru dengan pihak industri PIBG kolej berkenaan, Tuan Haji Nasimin System (UBS) kepada 58 orang pelajarnya
menjadi titik tolak ke arah mengangkat Ngadi berkata, “PIBG juga melihat banyak yang mencapai peringkat cemerlang dalam
kejayaan pelajar-pelajar keluaran kolej ini kejayaan yang dicipta oleh para pelajar dan peperiksaan tersebut. Tiga daripada mereka
pada masa akan datang. kejayaan ini juga dikongsi oleh ibu bapa mendapat Anugerah Pencapaian Terbaik
dan pihak kolej. Jadi, PIBG sedia memberi UBS iaitu Adzli Zulhelmi Azlan, Nina Arinah
Kejayaan mengadakan Majlis Letter Of sokongan yang padu dan jitu agar segala Kamarudin dan Siti Nur Ain Mohd Shokri.
Intent( LOI) bersama beberapa buah industri perancangan kolej dapat dilaksanakan Tidak ketinggalan juga, penyampaian
di negeri ini mampu menjadikan hasrat dengan jayanya.” sijil penghargaan daripada pihak PIBG
kolej ini dan Bahagian Pendidikan Teknik serta wang tunai RM500 kepada pasukan
dan Vokasional suatu yang realiti dengan Tambah beliau lagi, “barisan kepimpinan bola jaring kolej yang telah menjadi johan
keupayaan membekalkan tenaga kerja mahir kebangsaan dalam Karnival Voktek 2016.
bagi mengisi kekosongan industri. Sebanyak PIBG juga sedang berusaha melibatkan
lapan buah industri telah menandatangani
surat kerjasama dan surat niat pada komuniti setempat, supaya dapat sama-sama
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 dan
Hari Terbuka kolej yang telah diadakan di membantu pihak kolej
Dewan Dagang kolej ini. Antaranya Fakulti
Komputeran Universiti Teknologi Malaysia, dalam menyalurkan
Politeknik Metro Johor Bahru, Syarikat
Subtletech Solutions, Goodhope Hotel, apa juga maklumat
Syarikat RK Snack, Lace Boutique Hotel, dan
Westwing Hijrah Travel & Tours. Dalam majlis berkaitan pelajar dan
yang dirasmikan oleh Encik Sidik bin Paiman
selaku wakil rasmi Datuk Bandar, Majlis keperluan pendidikan.
Bandaraya Johor Bahru, beliau menyambut
baik usaha Kementerian Pendidikan Sebagai langkah
mentransformasikan pendidikan negara ini
bagi nelahirkan tenaga kerja mahir dalam permulaan, kami telah
kalangan generasi muda.
mengadakan gotong-
Kejayaan kolej ini juga mendapat
kerjasama yang jitu daripada pihak PIBG royong komuniti pada
yang telah memberikan sumbangan seperti
komputer bagi memenuhi keperluan pelajar bulan Januari lalu yang
pengkomputeran di samping permuafakatan
bersama komuniti melalui sumbangan melibatkan Angkatan
kemudahan WIFI dan prasarana lain
Tentera Malaysia( ATM),

Majlis Bandaraya

Johor Bahru (MBJB) dan

Jabatan Kerja Raya

(JKR)”. Sementara itu,

menurut pengarahnya,

Hjh Halifah Ismail, “

pihak kolej sentiasa

berfikiran terbuka

dan sedia melakukan

perbincangan bersama ibu bapa dalam

mengekalkan hubungan baik yang terbina.

Hal ini penting bagi memastikan kolej terus

mencipta kejayaan demi kejayaan.”

LKamObaNngVKOegiKgihEaSn YSeEmNua KALI KE-2 5

Pada 20 – 27 Ogos 2017, semua pelajar Kolej
Vokasional di seluruh negeri telah berhimpun
untuk mengadakan konvokesyen Kolej kali ke-
2 yang bertempat di Universiti Sains Islam
Malaysia, Nilai Negeri Sembilan.

Bagi kolej Vokasional Perdagangan, ini merupakan
konvokesyen kali pertama untuk para pelajar kohort
1 sejumlah 172 orang. Dalam konvokesyen ini,
dua orang pelajar kolej ini telah berjaya menerima
Anugerah Terbaik Akademik. Mereka ialah Nur Ainun
Amanina bt Mohamed dari aliran Teknologi Sistem
Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
Manakala Norhidayanti bt Mohamad pula dari aliran
Kesetiausahaan Pentadbiran. Semoga semua pelajar
berjaya dalam kerjaya masing-masing dan berjaya
dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Tahniah untuk
semua dan semoga anda menjadi inspirasi kepada
yang lainnya.

ASPIRASI KURSUS
PEMBUGARAN
6 OUTCAME BASED
EDUCATION (OBE)

Pada 14 dan 15 Januari 2017, Kolej Vokasional
Perdagangan telah mengadakan kursus OBE. Kursus
ini telah disampaikan oleh dua orang pensyarah dari
Universiti Teknologi Tun Hussin Onn. Beliau adalah
Profesor Madya Dr Erween Abdul Rahim dan Doktor Ing.
Muhammad Akmal b Johar.

Kursus ini menerangkan tentang kepentingan OBE,
perkaitannya dengan pengiktirafan daripada Malaysia
Qualification Association (MQA). Perkaitan yang jelas
berkaitan domain kemahiran yang harus dikuasai oleh pelajar
juga ditekankan dalam kursus ini. Hal ini kerana kemenjadian
pelajar itu dapat dinilai berdasarkan pengetahuan yang
dimiliki, kemahiran yang diperoleh dan attitude / tingkah
laku. Oleh sebab itu, dalam apa-apa sahaja isi pengajaran
guru, domain psikomotor, kognitif dan efektif seharusnya ada.
Semoga semua yang menyertai kursus ini dapat menggunakan
kebaikan yang dipelajari dan mengambil tindakan sewajarnya.

MPP MEMBENTUK
NILAI MURNI
DALAM DIRI

MPP merupakan satu badan khas yang diwujudkan di
kolej ini dengan tujuan membentuk nilai kepimpinan
dalam diri pelajar. Pelbagai aktiviti telah dirangka
bagi menjadikan objektif unit ini mencapai
sasarannya. Pada 29 Mac 2017, MPP telah mengadakan
lawatan ke Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Aktiviti ini
merupakan satu bentuk usaha sama yang diwujudkan untuk
menyemai sikap bekerjasama antara satu sama lain. Aktiviti
tersebut berakhir jam 2.30 petang.

Selain hal itu, bagi meneruskan kesinambungan MPP ini,
pihak berkenaan telah mengadakan Watikah Pelantikan MPP
KVPJB. Dalam majlis ini seramai 6 orang ahli Majlis Tertinggi
dilantik, 18 ahli Mesyuarat serta 27 orang ahli biasa MPP
telah dilantik. Program Jom ke Sekolah juga turut diadakan
dalam majlis ini. Majlis telah dirasmikan oleh En Mohamad
Radzi bin Abdul Razak, Alumni KV Perdagangan.

Tidak lengkap satu unit itu ditubuhkan jika tidak memberi
impak kepada individu atau masyarakat luar. Lantaran hal itu,
MPP sekali lagi mengadakan satu aktiviti kemasyarakatan dan
kebajikan. Program #UNTUKALONG dibuat dengan tujuan
memberi bantuan kepada adik Muhd Nadine bin Hamli yang
menghidap epileptic encephalopathy with neuroregression.
Pihak MPP berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM3000.00
dan disumbangkan kepada adik Muhd Nadine. Semoga usaha
murni ini dapat dikekalkan dan memberi impak yang luar biasa
kepada individu perseorangan mahupun masyarakat umum.

ASPIRASI

Semarakkan Pada 19 Februari 2017 sehingga 23 Selain itu, aktiviti tayangan Video dan Gimik
Februari 2017, Jawatankuasa Pelajar dari Pelajar 3 BPP 1, Pertandingan Melukis
PROGRAM Tahun 1 Diploma Program Pengurusan Poster sempena Minggu Anti Dadah, Jenayah
ANTIDADAH Perniagaan telah mengadakan Majlis dan Rokok dan Sesi penyampaian maklumat
DAN Pelancaran dan telah melaksanakan Program dan kuiz berkenaan dadah. Ceramah juga
ANTIROKOK.. Minggu Antidadah peringkat Kolej 2017 turut disampaikan oleh Encik Arif bin Ali,
bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat Amalan Kita’. Pembantu Pegawai Anti Dadah dari Agensi
Anti Dadah Kebangsaan, di samping pameran
Antara aktiviti yang berkaitan dadah dan rokok.

dijalankan ialah Minggu Antidadah, Jenayah dan Rokok
Peringkat Kolej Vokasional Perdagangan Johor
Bacaan Perutusan Bahru telah berjaya dilaksanakan dengan
jayanya. Pihak jawatankuasa mengucapkan
Minggu Antidadah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam pelaksanaan program ini.
Perasmian Pengarah

Kolej Vokasional

Perdagangan Johor

Bahru, Persembahan

deklamasi sajak

“Dadah Durjana

Perosak Bangsa”.

19 Januari 2017 telah diadakan Larian amnya sentiasa bersedia bersaing secara Larian
merentas Desa kali ke-26. Larian sihat dalam sebarang aktiviti sukan.
ini telah dilepaskan oleh Timbalan MERENTAS
Pengarah Sokongan Akademik iaitu DESA 2017
Puan Lilis bt Firdaus. Pelajar telah dilepaskan
pada jam 8.30 pagi. Semua pelajar telah
berlari dengan penuh semangat. Larian
merentas desa ini mendatangkan banyak
kebaikan kepada pelajar. Mereka bukan
sahaja dapat menghilangkan sedikit stress
sepanjang pembelajaran di kelas malah
dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

Sehingga ke akhir garisan, semua warga kolej
menyaksikan rumah Beta sekali lagi menjadi
juara pada tahun ini, dengan jumlah mata
206. Ini diikuti dengan rumah Sigma (203
mata), Rumah Alfa (166 mata) dan Rumah
Gamma dengan 155 mata. Semoga para
pelajar khasnya dan seluruh warga Dagang

IUslkahmumwiyahah Nabi Muhammad S.A.W junjungan mulia dan tempatnya telah digantikan dengan Ustaz
kita semua. Kasih sayang baginda tidak Aidi Khairin b Sabikin. Beliau merupakan individu
terungkap dengan kata-kata. Sehingga yang bersama-sama dengan Ustaz Azhan dan
ke hujung hayat baginda, kerisauan merupakan aktivis MAPIM, menyertai Misi ke
mengingatkan kita semua, masih terus bersama Gaza. Dalam ceramahnya, beliau telah berkongsi
pengalaman bersama kami semua tentang
APESNAYSATUAN baginda. perjuangan mereka membantu rakyat Palestin.
UMMAH Tanggal 26 Januari 2017, kolej ini telah Kesusahan dan penderitaan rakyat di bumi Islam
mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Dengan itu sangat menyayat hati kami semua. Tayangan
video bantuan kepada rakyat Palestin pada 2015
tema Ukhuwah Islammiyah Asas Penyatuan itu, menimbulkan keinsafan di hati kami.

Ummah, pihak kolej telah menjemput Ustaz Azhan Selain tayangan video itu, beliau turut
menyarankan kepada kami semua tentang
b Atan bagi menyampaikan ceramah tersebut. kepentingan kita untuk mencontohi akhlak
Nabi Muhammad S.A.W. Tanda kasih kepada
Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir junjungan kita itu tidak hanya kepada berselawat
ke atas nabi tetapi juga dengan mengikuti sikap
dan sifatnya. Oleh itu, berikrarlah untuk sentiasa
taat dan setia kepada junjungan kita selamanya.

7

ASPIRASI

HANNA NAJIEHA DAN JOHOR ;
KETIGA BOLA BALING MSSM

Kejohanan bola balingperingkatdaerah

Johor Bahru telah

membuka jalan kepada

Hanna Najieha bt Hamran

membentuk kejayaan yang

lebih membanggakan. Pelajar

tersebut telah menyertai

Kejohanan Bola Baling

Peringkat Daerah Johor Bahru

dan berjaya dipilih menyertai

pasukan negeri Johor.

Walaupun pada peringkat

daerah, Hanna dan pasukan

hanya mendapat naib johan,

tetapi tuah telah mendahului

dirinya. Perlawanan bola baling

MSSM pula telah diadakan di

Terengganu Darul Iman. Dalam

perlawanan yang diadakan

pada 4 hingga 12 Ogos

2017, Johan dimenangi oleh

Negeri Selangor, Kedua Negeri

Sembilan Dan Tempat Ketiga

Johor Darul Takzim. Semoga

Hannah akan lebih berjaya

pada masa akan datang.

Sertai CATUR MSSD UJI MINDA

Pertandingan catur peringkat MSSD telah dijalankan pada 5 dan telah mendapat tempat keempat peringkat kumpulan. Beliau juga telah
6 Julai 2017 di SMK Gelang Patah Johor. Pelajar kolej ini telah terpilih mewakili daerah Johor Bahru dalam pertandingan peringkat
menyertai catur lelaki 15 & 18. Seramai 5 orang pelajar lelaki dan negeri yang akan dijalankan di SMK Perhentian, Johor. Semoga beliau
perempuan masing-masing menyertai dua kategori ini. Sebanyak beroleh kejayaan!!
32 buah sekolah telah menyertai pertandingan dan Mashitah Abd Razak

Mula Menyinar DI MSSD

Pada 3 Mei 2017, Kolej Vokasional Perdagangan telah menghantar
seorang wakil bagi pertandingan memanah di MSSD Johor Bahru.
Pertandingan ini telah dijalankan di Padang Sasar Pusat Memanah
Negeri Johor, Mutiara Rini. Pertandingan ini dijalankan selama 3

8hari iaitu dari: 2-4 Mei 2017. KEJOHANAN MEMANAH L/P B- 12,

B-15 DAN B-18 TAHUN MSSD JOHOR BAHRU 2017 ini membolehkan
Muhammad Faris bin Azmi dari kelas 1BAK1 mendapat Pingat Gangsa,
Game 1.

ASPIRASI

VOKTEK Kejayaan pasukan bola jaring kolej ini telah melayakkan mereka ke
SELATAN Karnival Antara Teknik Peringkat Kebangsaan di KV Manjung, Perak
KEMBARA pada 17- 20 Julai 2017. Dalam pertandingan ini, perlawanan
BOLA JARING amatlah sengit. Akhirnya, setelah permainan berjaya ditamatkan
KE PERINGKAT pada hari ketiga karnival, negeri Johor telah merangkul tempat
KEBANGSAAN keempat selepas tewas ketika menentang Sabah dengan jaringan
18 berbalas 20. Semoga negeri Johor mencapai kejayaan yang
Bermula dari 6 April hingga 8 April 2017, Kolej Vokasional cemerlang pada masa akan datang.
Perdagangan telah bersama-sama menyertai pertandingan
Voktek Peringkat Zon Selatan yang bertempat di KV Kluang.
Beberapa pertandingan telah disertai. Antaranya Bola Jaring,
Bola Sepak, Ragbi, Sofbol dan Bola Tampar.

Bagi pertandingan bola jaring, pasukan kolej telah berjaya mendapat
gelaran Johan. Pada 8 April, majlis penyampaian hadiah dan penutup
telah diadakan di Kolej Vokasional Kluang.

Hanna Syahira PAMERKAN

KEBOLEHAN BERSAING

Kolej ini telah menyertai satu pertandingan bertaraf
antarabangsa. Hanna Syahira bt Mohd Hafiz dari program
pangkalan data dan aplikasi web merupakan pelajar yang
mewakili kolej bagi INTERNATIONAL COMPETITIONS
AND ASSESSMENTS FOR SCHOOLS (ICAS)EDUCATIONAL
ASSESSMENT AUSTRALIA OWNED BY UNIVERSITY OF NEW
SOUTH WALES. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh UNSW
Global ( Australia) dan Hanna telah diberikan anugerah Merit.
Semoga kejayaan Hanna Syahira ini menjadi pendorong untuk
pelajar lain terus mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Satu kenangan manis tercipta di arena bersemangat untuk belajar dan meletakkan Cemerlang
kebangsaan apabila dua pelajar kolej ini cita-cita sebagai satu target yang harus
berjaya mendapat anugerah akademik dicapai. Pada pendapat beliau, bukan DI ARENA
dalam majlis konvokesyen yang perkara yang pelik bagi setiap orang untuk AKADEMIK
diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia. mempunyai jenama sendiri. Semoga Nur
Anugerah ini merupakan sesuatu yang boleh Ainun Amanina mencapai kejayaannya pada memulakan kerjaya sebagai Assistant Officer
dibanggakan kerana tahun ini merupakan masa akan datang. Selain Nur Ainun, seorang (Warehouse), Schaefer Systems International
tahun pertama kolej ini mengadakan lagi pelajar yang memperoleh Anugerah Sdn Bhd, Simpang Renggam. Pada beliau,
konvokesyen. Pelajar tersebut ialah saudari Kecemerlangan Akademik ialah Norhidayanti sistem kolej vokasional sangat membantu
Nur Ainun Amanina Binti Mohamed dan binti Mohamed. Beliau merupakan pelajar pelajar. Pengalaman yang diberikan
Saudari Norhidayanti bt Mohamed. jurusan Kesetiausahaan Pentadbiran. Bagi sepanjang mengikuti pengajian akan
saudari Hidayanti, untuk mencapai kejayaan, menjadikan pelajar lebih bersedia menempuhi
Bagi saudari Amanina, kejayaan boleh seseorang itu perlu fokus ketika belajar di alam pekerjaan. Beliau menasihatkan para
dicapai dengan usaha yang gigih. Sebagai dalam kelas dan pada minggu peperiksaan, pelajar agar mengambil peluang yang tidak
pelajar IT, beliau juga banyak membuat beliau mengulang kaji pelajaran. Setiap hari, selalu datang dalam diri dan mengisi peluang
latihan untuk bahagian programming beliau akan memperuntukkan 4 hingga 5 jam itu dengan sesuatu yang sangat berkualiti bagi
kerana dapat membantunya mengingati untuk mengulang kaji pelajaran. membolehkan kejayaan itu dikecapi. Semoga
dan memahami setiap coding yang ditaip. para pelajar kita mengambil segala intipati
Dorongan daripada ibu bapa, guru-guru Beliau yang bercita-cita untuk menjadi yang sangat berkualiti bagi menjadikan
dan rakan-rakan menjadikan beliau lebih pengusaha lembu dan kambing telah mereka juga sebahagian daripada mereka
yang berjaya.

9

ASPIRASI

MASIH ADA YANG SAYANG

Program ini diadakan untuk memupuk
semangat kecintaan terhadap budaya
tolong menolong, bantu membantu
sesama masyarakat serta berganding
bahu dengan badan bukan kerajaan dalam
menjaga kebajikan anak-anak yatim. Selain
hal itu, diharapkan pelajar dapat menunjukkan
kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan
masyarakat serta dapat menyemai nilai prihatin
dan bertanggungjawab terhadap masyarakat ,
negara dan agama .

PROGRAM Program Minggu Mesra Dagang dipenuhi dengan slot-slot taklimat
MINGGU telah selamat dijalankan pada yang disampaikan oleh Timbalan
MESRA 23 hingga 25 Januari 2017 Pengarah Sokongan Akademik,
DAGANG yang lalu. Program ini diadakan Ketua-ketua Jabatan, Ketua –
bertujuan untuk menjelaskan kepada ketua program, Ketua-ketua Unit
para pelajar baharu berhubung Akademik dan Sokongan Akademik
matlamat, visi & misi kolej agar serta penyelaras-penyelaras kelab
bersama-sama berusaha untuk persatuan dan Kluster.
merealisasikannya. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk Antara slot taklimat yang diadakan
memperkenalkan kepada mereka adalah Taklimat Akademik, Taklimat
budaya kolej di samping peraturan Jaminan Kualiti, Taklimat Jabatan
yang telah di amalkan sejak dahulu Penilaian & Pentaksiran, Taklimat
lagi. Bukan itu sahaja, program Jabatan Pendidikan Umum, Taklimat
ini juga dapat menambahkan Penyelaras Program Kluster dan lain-
pengetahuan mengenai sistem lain. Slot mempelajari bacaan doa
pendidikan di Kolej Vokasional. perhimpunan & nyanyian lagu kolej
turut diadakan. Program yang telah
Program ini telah diadakan di dijalankan ini didapati telah memberi
Dewan Dagang, Kolej Vokasional persediaan mental dan fizikal kepada
Perdagangan Johor Bahru yang para peserta dengan membentuk
disertai oleh 84 orang pelajar baharu semangat rajin belajar, hormat-
SVM tahun 1. Program ini telah menghormati dan sayangkan kolej.

PROGRAM ORIENTASI
DVM TAHUN 1 2017

Bermula dari 1 hingga 5 Januari, unit psikologi dan kerjaya
telah melaksanakan program orientasi DVM yang disertai
148 pelajar. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan
termasuk taklimat berkaitan kurikulum, MQA & OBE serta
OJT. Selain itu, mereka didedahkan dengan program motivasi
dan sahsiah diri.

Program tersebut memberi impak yang sangat positif apabila
mereka diajarkan dengan cara menghadapi bencana sekirannya
benar-benar berlaku. Kesusahan dalam setiap kejayaan itu akan
terasa manisnya jika kita terus berusaha tanpa henti. Dalam
slot kemahiran belajar, pelajar diajar cara mengurus masa dan
menyusun jadual waktu belajar.

Secara keseluruhannya, semua pelajar menyambut baik
aktiviti ini. Semoga mereka dapat memanfaatkan aktiviti yang
dijalankan ini.

10

ASPIRASI

INREACH & OUTREACH
KOLEJ VOKASIONAL
PERDAGANGAN JOHOR
BAHRU

Setakat ini, Unit Psikologi Dan Kerjaya telah menjalankan
beberapa Program Inreach di negeri Johor, khasnya Daerah
Johor Bahru. Antaranya ialah smk seri Perhentian, SMK
Taman Pelangi dan Indah. Selain hal itu, KV Perdagangan
juga mengadakan program Outreach di Plaza Angsana Johor Bahru.
Program ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan hari guru
peringkat kebangsaan yang diadakan di Johor Bahru.

Pada hari pertama persekolahan setiap tahun, cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang Program
setiap sekolah diwajibkan untuk menjalankan disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa
Program Guru Penyayang. Penyayang
membawa maksud perbuatan atau perlakuan mengutamakan kebajikan dan pembelajaran GURU
menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan
menghormati orang lain. Penyayang atau “caring” PENYAYANGdan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga
bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap muridnya menguasai pelajaran. Guru penyayang
orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah
seorang guru yang mengambil berat terhadap setiap juga sentiasa percaya dan yakin pada muridnya
perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan
walaupun muridnya sering menimbulkan masalah.

Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya

dengan kebolehan diri sendiri .

“Cinta Perlu Diurus Bukannya Dilupus”

MENCORAK
LANGKAH MENGGAPAI IMPIAN

BERSAMA P.U RAHMAT

Satu ungkapan yang dikeluarkan oleh bahawa perubahan yang dibuat itu perlulah
PU Rahmat itu mampu mengundang dengan niat hati. Perubahan tidak akan
pelbagai ekspresi audiens. istiqamah jika hanya berubah emosi sahaja.
Kita semua juga harus menyedari bahawa
Pada 15 Ogos 2017, Warga KV Perdagangan manusia itu dibezakan melalui kecerdikannya.
berbesar hati menerima kunjungan PU Rahmat
bagi memenuhi undangan untuk Program Jika kita hendak menuntut ilmu, kita harus
Mencorak Langkah Menggapai Impian.
Dalam ceramah yang disampaikan, beliau mendekati guru. Beliau berpendapat, tidak
mengingatkan pelajar tentang formula untuk
seseorang pelajar mencapai kejayaan. semua ilmu itu akan dikongsi secara langsung
Antaranya berbalik kepada sikap-sikap terpuji
junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. dengan pelajarnya kecuali pelajar itu
Amalan nilai-nilai murni mampu menjadikan
seseorang itu mudah memperoleh kejayaan. mendekatinya. Hal ini jelas, ilmu berkait rapat
Dalam ceramahnya juga, beliau menyatakan
dengan adab kita sebagai pelajar. Semoga

para pelajar semua berjaya dalam kehidupan

di dunia dan akhirat. 11

ASPIRASI

JOM
RONDA-
RONDA

JB...

Pada 11 Februari 2017, seramai 36 orang pelajar dan 4 orang
guru pengiring telah menyertai program Jom Ronda-ronda JB.
Lawatan diadakan di sekitar Forest City, Puteri Habour, Dataran
Merdeka, Dataran Mahkota Kota Iskandar, Zoo Johor Bahru dan
Masjid Sultan Abu Bakar serta beberapa kawasan di Bandaraya Johor
bahru.

Pelajar yang terlibat dengan lawatan ini merupakan pelajar yang
tinggal luar dari Bandaraya Johor Bahru.Pelajar didedahkan dengan
budaya atau cara masyarakat Johor Bahru. Kesimpulannya, program
yang berlangsung selama 1 hari ini memberikan gambaran keseluruhan
kepada pelajar yang terlibat untuk memahami dengan lebih dekat
budaya masyarakat Johor Bahru di samping memberi pendedahan
berkaitan tempat-tempat menarik sekitar JB.

Kem KEPIMPINAN ASRAMA TAMBAH KEYAKINAN DIRI

Kem kepimpinan asrama ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam
bermula dari 9 Mac sehingga 11Mac 2017. Seramai 85 orang
pelajar, dua orangkaunselor dan semua warden terlibat dengan Kem
Kepimpinan ini yang dijalankan di Padang KVPJB, sekitar Blok S dan
Dewan Dagang.Kem ini dikendalikan oleh konsultan luar dan dibantu
oleh beberapa orang guru yang terlibat. Banyak pengalaman berharga
telah diperolehi para peserta sepanjang kem ini berlangsung.

Antara aktiviti yang dilakukan seperti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK), membuat gajet menggunakan tumbuhan sekeliling, absailing,
merentas halangan, Team Building dan banyak lagi. Ianya merupakan
pengalaman baru kepada peserta kerana kem dijalankan di dalam
kolej.

Kesimpulannya, kem kepimpinan ini memberikan impak yang positif
kepada para peserta kerana ianya memupuk ciri-ciri kepimpinan dalam
kalangan peserta disamping mendisiplinkan para peserta.

rogram Lawatan ke Terengganu ini telah

LAWATANberlangsung selama 4 hari 3 malam bermula

dari 29 Mac sehingga 1 April 2017. Seramai

P ILMIAH ;34 orang pelajar, 6 orang warden dan

BERKONGSIpembantu serta Yang diPertua PIBG KVPJB telah

menyertai lawatan ini. Kami mengadakan lawatan ke

ILMUKV Wakaf Tembusu Terengganu, Universiti Malaysia

Terengganu dan Pulau Perhentian.

Banyak input yang telah diperolehi sepanjang berada
di sana disamping perkongsian ilmu berkaitan
dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh KV
Rintis dan merasai suatu pengalaman baru apabila
mengadakan lawatan ke UMT dan Pulau perhentian.

Kesimpulannya, lawatan ilmiah ini memberikan
impak yang positif kepada para pelajar serta
guru pengiring kerana ianya merupakan suatu
pengalaman yang baru dan bermanfaat disamping
mengajar erti kesabaran dan keberanian dalam

12menghadapi sesuatu cabaran ataupun dugaan
hidup.

ASPIRASI

Pada hari pertama persekolahan setiap tahun, setiap sekolah diwajibkan untuk menjalankan PAKAIAN
Program Guru Penyayang. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan MELAYU
menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang
atau “caring” bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru TRADISIONAL
penyayang adalah seorang guru yang mengambil berat terhadap setiap perkara yang berkaitan MEMERIAHKAN
dengan muridnya dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi.
SAMBUTAN
Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru HARI GURU
penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya
menguasai pelajaran. Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin pada muridnya walaupun
muridnya sering menimbulkan masalah. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan
kebolehan diri sendiri .

Kempen Bermula dari 4 hingga 6 April, Kolej Vokasional Selain itu, terdapat juga aktiviti pengucapan awam.
Perdagangan telah mengadakan Kempen Aktitiviti ini telah mendapat bantuan daripada guru-
MEMBACA Membaca. Kempen ini bertambah meriah guru Vcom Toastmaster. Oleh itu, para pelajar dan
apabila pendaftaran keahlian sebagai ahli guru telah terlibat dengan pembentangan, iaitu Project
1 MALAYSIA Perpustakaan Negara dijalankan secara atas talian. Speech. Pelajar juga diberi peluang untuk memberi
Para peserta telah diberi demonstrasi pendaftaran komen bagi pembentangan yang dijalankan. Puan
Hjh Zarimah juga telah turut serta dalam aktiviti
oleh ahli Pusat Sumber. Di samping itu, pelbagai Table Topic. Semua aktiviti ini telah mendatangkan
banyak kebaikan kepada para pelajar. Selain dapat
aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang minggu. menyemai minat membaca, diharap pelajar juga
dapat menimba ilmu pengetahuan yang baharu.
Antaranya, aktiviti #INICERITAKU, aktiviti berkongsi

cerita, dan program Ekplorasi Informasi.

HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN DISAMBUT MERIAH

Pada tahun ini, Johor Darul Takzim menjadi negeri yang dipilih menyertai solat hajat dan bacaan Yassin di Masjid Bandar Dato On.
untuk meraikan sambutan hari guru peringkat kebangsaan Dalam majlis yang sama juga, satu sesi ceramah telah dibuat dengan
kali ke-46. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjaya mengundang Sheikh Nuruddin Al Banjari. Majlis berakhir sekitar jam
dilaksanakan dengan meriahnya. 10.30 malam.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Solat Hajat , Bacaan Selain itu, beberapa orang guru dari kolej ini juga telah mengikuti
Yassin dan Tahlil di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, program Larian Muafakat Johor yang diadakan di Dataran
Showcase Pendidikan Johor di Plaza Angsana, Forum Kepimpinan, Bandaraya Johor Bahru. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri
Malam Muafakat Johor , Larian Muafakat Johor dan banyak lagi. Pendidikan Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Mahdzir b Khalid. Semoga
Kemuncaknya adalah di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, segala program yang dijalankan ini dapat meningkatkan semangat
iaitu Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Pada semua warga pendidik untuk terus mencurah ilmu dan bakti.
11 Mei 2017, seramai 30 pelajar dari kolej ini telah terpilih untuk

13

ASPIRASI

KENALI SEJARAH JOHOR

Pada 30 Mac 2017 yang lalu, Panitia Pengajian Malaysia Johor iaitu Dato Jaafar
Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru dengan kerjasama
daripada Kelas 3 KPD 1 dan 3 BAK 1 telah membuat lawatan Bin Mohamad. Asalnya,
sambil belajar ke Muzium Tokoh Johor di Bukit Senyum.
Matlamat lawatan ini adalah untuk menanamkan semangat cinta nama rumah itu ialah
kepada Negara dalam diri pelajar-pelajar dan lebih mengenali
tokoh-tokoh yang telah berjasa kepada negeri Johor. Bukit Senyum. Beliau

Kami telah disambut oleh Tuan Ahmad Syed Namawi iaitu Penjaga mendapat inspirasi
Muzium yang bertugas. Beliau telah memberikan taklimat tentang
Muzium Tokoh Johor dan asal-usul penubuhan bangunan tersebut. untuk membuat rumah
Kami dibawa menonton video berkenaan Muzium Tokoh Johor yang
telah dihasilkan oleh pelajar serta melihat pelbagai sejarah tokoh sedemikian berdasarkan peristiwa beliau merantau bersama Sultan
Johor. Muzium tersebut merupakan rumah Menteri Besar pertama
Abu Bakar ke seluruh dunia. Nama Bukit Senyum didapati apabila

peristiwa ketika beliau meminta Sultan untuk mendirikan rumah

tersebut dan Sultan hanya tersenyum akan permintaan beliau dan dari

peristiwa itu beliau menamakannya Bukit Senyum. Muzium tersebut

telah berusia hampir 140 tahun. Kami juga telah digemparkan

dengan cerita mistik iaitu seorang pekerja Muzium tersebut telah

hilang selama 7 hari 7 malam di bilik di tingkat 3.

SUMBANGAN RM100 BANTU PELAJAR

16 Mac 2017, merupakan hari yang
dinantikan oleh pelajar. Hal ini kerana,
pada hari tersebut, para pelajar akan
diberi sumbangan RM100 . walau
bagaimanapun, berbeza dengan tahun
sebelumnya, tidak semua pelajar layak untuk
diberi sumbangan tersebut. Hanya 170 orang
pelajar dari SVM 1 dan 2 yang layak mendapat
sumbangan.

Sumbangan yang diberikan merupakan
sumbangan bantuan persekolahan untuk
membolehkan pelajar membeli alat kelengkapan
persekolahan.

Penyampaian sumbangan tersebut telah dibuat
di dewan Dagang dan melalui pengurus kelas
masing-masing. Sebelum majlis penyerahan
sumbangan dibuat, Hajah Halifah telah
mengingatkan para pelajar agar menggunakan
wang tersebut untuk kegunaan pengajian
dan tidak menyalahgunakannya. Semoga
sumbangan ini dapat membantu mereka dalam
meneruskan sesi persekolahan.

14

ASPIRASI

Hargai Pelajar
MELALUI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Pada 9 Julai 2017, Kolej Vokasional Perdagangan telah menandatangani M.O.U turut
mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang untuk ke sekian diadakan. Tetamu VIP juga telah
kalinya. Majlis yang diadakan di Dewan Dagang bertujuan dijemput merasmikan medan
menghargai susah payah pelajar untuk mencapai kejayaan keusahawanan yang menempatkan
dari segi akademik. ruang untuk para pelajar berniaga.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Johari bin Dalam majlis ini seramai 2 orang
Tarmidi. Majlis ini juga turut dihadiri oleh penasihat teknikal, dan diberi Anugerah Emas, 105 Anugerah
wakil dari syarikat luar yang menandatangani M.O.U bersama Perak, 33 Orang Anugerah Gangsa
kolej ini. Persembahan gamelan menjadi daya tarikan sebagai Dan Seorang Anugerah Pengarah.
pembukaan majlis dan mengiringi penerima hadiah. Selain hal Kejayaan seperti ini diharap menjadi
itu, sebagai kelainannya, pihak kolej telah menjemput KV ERT pemangkin kepada para pelajar lain untuk terus berusaha gigih
Azizah dan Politeknik Metro untuk mrmbuka booth sepanjang dalam mencapai kejayaan
majlis berlangsung. Selain majlis penganugerahan ini, majlis

Pilihanraya MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU KALI KE-4

Pada 2 Ogos 2017 merupakan Hari Penamaan calon bagi bermula. Pembuangan undi yang menggunakan laman sesawang
calon-calon pilihanraya. Seramai 25 orang calon yang Frog VLE melibatkan semua pensyarah, semua kakitangan dan
terlibat yang terdiri diripada kerusi Ahli Majlis Mesyuarat para pelajar dari tahun 1-4. Selain itu, pengundian secara manual
dan Ahli Majlis Tertinggi. Majlis ini melibatkan penyelaras turut disediakan untuk individu yang tidak dapat memuat masuk ke
MPP serta beberapa guru yang lain. Antara pensyarah yang laman sesawang Frog VLE menggunakan ID atau kata laluannya.
terlibat ialah Cik Zulaikha binti Adnan, Cik Zulaiha binti Rahmat Pada jam, 12.10 Tengahari sesi pembuangan undi telah tamat
dan Pn Umi Hidayah binti Adnan. Terdapat 2 slot diadakan bagi dan pengiraan kertas undi buat pengundi manual mula dikira.
memudahkan calon pilihanraya membuat persediaan. Manakala, pegiraan undi melalui laman sesawang Frog VLE
dikirakan secara automatik.
Pada 6 Ogos 2017 bertempat di Dewan Dagang telah diadakan
taklimat yang di sampaikan oleh Puan Rozalina Taib. Beliau Pada 13 Ogos 2017 di Dataran Kejat, pemenang Pilihan Raya untuk
memberitahu bahawa terdapat 2 kerusi yang akan dipertandingkan tahun 2017/18 diumumkan oleh Puan Rozalina Taib. Anataranya
dalam Pilihan Raya kali ke-4. Kerusi yang dipertandingkan ialah Ahli Majlis Tertinggi, Presiden MPP iaitu Muhammad Faris
termasuklah kerusi Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat. Bin Mohd Sarafi, menang tanpa bertanding dan Naib Presiden
Kemudian, Encik Azimy menyampaikan taklimat berkenaan MPP yang turut menang tanpa bertanding iaitu Nurul Haziqah
tatacara Pengundian Online menggunakan Frog VLE. Beliau Binti Badrol Hisham. Manakala, untuk jawatan Setiausaha Agung
memberitahu bahawa Pengundian Online menggunakan Frog dimenangi oleh Saudari Khairunnisa’ Binti Mohamad dan jawatan
VLE telah dilaksanakan selama 2 tahun dan tahun ini merupakan Bendahari Agung dimenangi oleh Saudari Nurshafinas Binti Mohd
tahun ketiga perkhidmatan ini digunakan. Beliau turut menegaskan Asri.Manakala, untuk kerusi Ahli Majlis Mesyuarat yang terdiri
semua pelajar harus mengetahui ID Frog VLE dan kata laluan daripada 9 kerusi Exco. Antaranya ialah kerusi Exco Agama dan
masing masing sebelum Pilihan Raya kali keempat ini dijalankan. Kerohanian dimenangi oleh Saudara Muhammad Azam Zarul Anis
Kemudian, pengenalan calon dijalankan pada hari yang sama. Bin Mohd Zuki. Manakala, kerusi Exco Sukan dan Kebudayaan
Semua calon diperkenalkan agar semua pelajar mengetahui bakal dimenangi oleh Saudari Intan Nur Nazeera Binti Nasaruddin.
pemimpin-pemimpin mereka untuk tahun 2017/18. Seterusnya, kerusi Exco Akademik dimenangi oleh Saudari
Najwa Binti Rosman. Kerusi Exco Penerangan dan Hubungan
Manakala pada 7 sehingga 9 Ogos 2017 merupakan hari Luar dimenangi oleh Saudara Muhammad Alif Asyraf Bin Mohd.
pembentangkan setiap manifesto yang disediakan. Pembentangan Asri. Kerusi Exco Kebajikan & Sosial dimenangi oleh Saudari Siti
manifesto mengambil masa dalam 3 hari. Antara pensyarah yang Syafiqah Binti Mahmod. Selain itu, kerusi Exco Penerbitan & ICT
menjadi pengacara adalah Pn Juhaidah Husna, Pn Norita dan Cik dimenangi oleh Saudara Mohammad Aiman Bin Azmi. Kerusi Exco
Siti Rawiyati. Semasa hari pertama pembentangan manifesto, Hal Ehwal Wanita (HELWANI) dimenangi oleh Saudari Nurul Izzah
terdapat 8 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Manakala 17 Binti Mesran. Seterusnya, kerusi Exco Keusahawanan dimenangi
orang yang tinggal pada hari berikutnya. Berikut adalah senarai oleh Saudari Nurin Nadhirah Binti MD Hafidz dan kerusi Exco
manifesto yang dibentangkan : Kolej Kediaman dimenangi oleh Saudari Nur Arni Azira Binti
Abd Aziz. Berikutan itu, berakhirlah kempen Pilihan Raya untuk
Pada 10 Ogos 2017 pembuangan undi telah diadakan di Dewan 2017/18. Diharap semua peserta yang menang dapat melakukan
Dagang. Bermula pada jam 8 Pagi sesi pembuangan undi telah tugasnya dengan baik.

15

ASPIRASI

Kerja Amal

MENINGKATKAN KEFAHAMAN
TERHADAP TANGGUNGJAWAB
SOSIAL

Pada 26 Mac 2017, pelajar-pelajar kursus Kesetiausahaan
Pejabat dengan kerjasama JKKK Kampung Pok telah
mengadakan satu program yang dinamakan Wasilah
Sinergi Marhaen. Kursus ini dianjurkan di bawah Unit
Kesetiausahaan Pejabat. Lokasi yang dipilih adalah Kg Pok
Gelang Patah Johor. Antara kerja amal yang dijalankan
ialah membersihkan surau Ar Rasyidin Kg Pok, Tabika Kemas
Gelang Patah dan menjalankan sukaneka serta senaman
ringan untuk kanak-kanak di tabika tersebut.

Pada akhir aktiviti kerja amal itu, kelihatan surau tersebut menjadi lebih kemas dan bersih. Bagi para pelajar pula, mereka berasa
penat, namun apabila mengenangkan kebaikan yang dilakukan, perasaan penat itu menjadi hilang.

Bangkitkan

SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA

Pada 14 Ogos 2017, Kolej Vokasional Perdagangan Johor deklamasi sajak oleh Hjh Halifah selaku pengarah kolej. Selepas
Bahru telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan. itu, majlis diteruskan dengan nyanyian 4 buah lagu patriotik.
Pada awal pagi, Jalur Gemilang telah diserahkan kepada Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan
semua guru dan staf. Pada sebelah petangnya, majlis nanti sehinggalah menjelang hari Malaysia. Antaranya ialah
diteruskan di Dewan Dagang. Majlis dimulakan dengan bacaan pertandingan menggubah tuala, menggubah sirih junjung,
doa dan tayangan video tentang seorang anggota tentera pertandingan sepak takraw, pertandingan pakaian tradisional,
yang telah kembali ke tanah air selepas menjalankan misi permainan galah panjang dan banyak lagi. Semoga semua
bantuan di Lubnan. Kepulangannya adalah tanpa pengetahuan warga Dagang dapat menjadi warga negara yang berjuang
keluarganya. Video ini menimbulkan kesan yang sangat membangunkan Malaysia yang tercinta!!
mendalam kepada kami semua. Majlis diteruskan lagi dengan

16





ASPIRASI

ermula dari 6 hingga 8 April yang lalu, Kem Latihan Intensif

KEM LATIHAN INTENSIF untuk KASPA induk telah dijalankan di Kolej Vokasional

Perdagangan. Kem ini dibuat dengan tujuan mendedahkan

KEMAHIRAN KASPA 2017 Bpelajar dengan pelbagai kemahiran asas seperti kawad kaki
statik, kawad kaki dinamik, kawad kaki
formasi, bantuan mula kecemasan dan
ikatan. Kem yang berlangsung selama 3
hari ini melibatkan 40 orang pelajar SVM
Tahun 1 dan Tahun 2 serta tujuh orang
guru penasihat KASPA induk. Kem latihan
ini dilatih oleh Pegawai Waran II Abdul
Rashid Effendi Bin Mamat dan Koperal
Mohd Khairil Bin Tuwa.
Kem ini berjaya dijalankan dengan jayanya. Pada majlis penutup,
majlis telah berbesar hati menerima kunjungan Lt. (PA) Shah Ridha
b Abdul Jalil untuk merasmikan majlis penutup. Kesimpulannya, kem
latihan intensif kemahiran ini telah dapat memberi pendedahan awal
dan memperbaiki teknik bakal peserta bagi menyertai pertandingan
kemahiran peringkat negeri Johor pada bulan Mei nanti.

PERKHEMAHAN BERSEPADU
BADAN UNIFORM KV
DAN SMT PERINGKAT
KEBANGSAAN 2017

Perkhemahan ini telah berlangsung di Kem PLKN YPJ
Sekakap Mersing. Negeri Johor telah menghantar tiga
kontijen unit beruniform iaitu Kadet Sekolah Pertahanan
Awam (KASPA), Kadet Bomba dan Kadet Remaja Sekolah.
Kategori yang dipertandingkan ialah Pertandingan Kawad
Kaki, Rawatan Pertolongan Cemas, Ikatan dan Simpulan serta
Masakan Rimba dan Gajet. Kontinjen KASPA negeri Johor terdiri
daripada gabungan KV Perdagangan serami 17 orang, KV Batu
Pahat, KV Kluang dan KV Muar. Pasukan ini telah menjadi Johan
dalam kategori Rawatan Pertolongan Cemas dan Naib Johan
dalam Pertandingan Kawad Kaki. Semoga kejayaan ini akan
menjadi pendorong untuk lebih berjaya pada masa akan

19





ASPIRASI

4 BKP 1
4 BKP 2

22




Click to View FlipBook Version