ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 1.0 PENGENALAN 1
2 2.0 MAKSUD KERETA 1-2
3 3.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KERETA TERHADAP ALAM SEKITAR 2-3
4 4.0 PENCIPTAAN KERETA ELEKTRIK 3
5 5.0 KELEBIHAN KERETA ELEKTRIK 4
6 6.0 KELEMAHAN KERETA ELEKTRIK 4-5
7 7.0 BANGUNAN HIJAU 5-6
8. 8.0 BANGUNAN-BANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA 7
9. 9.0 KELEBIHAN PENUBUHAN BANGUNAN HIJAU 7-8
10. 10.0 CIRI-CIRI BANGUNAN HIJAU 8
11. 11.0 KESIMPULAN 8-9
12. RUJUKAN 10-12
SOALAN:
Anda dikehendaki menulis esei tidak lebih daripada 2000 patah perkataan
menggunakan pelbagai sumber maklumat untuk membuat analisis berkaitan pelbagai
produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar.
1.0 PENGENALAN
Perubahan teknologi merupakan sesebuah unsur yang wajar dipertimbangkan oleh semua
lapisan individu. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi sedang
berkembang pesat dan memainkan peranan perdananya agar dapat menyumbangkan impak
yang positif kepada global dari setiap aspek. Sebagai contohnya, pendidikan, perindustrian,
pertanian dan alam sekitar. Umum mengetahui bahawa perkembangan teknologi hijau
mempunyai kuasa tertinggi demi membawa transformasi dalam isu-isu alam sekitar yang
memudaratkan kehidupan dan kesejahteraan manusia, flora dan fauna. Teknologi hijau boleh
ditakrifkan sebagai pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi (Dr Iskandar, 2015). Pengenalan kepada
teknologi hijau ini mempunyai potensi untuk meminimumkan daripada belakunya pencemaran
alam sekitar. Isu kemelut alam sekitar berpunca daripada tindakan manusia yang tidak peka
dan bertanggungjawab bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar. Pada waktu tersebut pihak
berkuasa mengambil inisiatif bagi menetapkan dasar, iaitu teknologi hijau sebagai pemacu
pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan. Sudah terang lagi
bersuluh, dasar ini pasti akan membukakan mata semua pihak untuk mendapatkan
pendidikan dan kesedaran awam berkenaan teknologi hijau supaya boleh mencipta produk
dan menginovasikannya. Terdapat pelbagai produk teknologi hijau yang boleh kita analisis
berdasarkan isu-isu global mengenai alam sekitar. Saya mengambil kesempatan ini untuk
membuat analisis tentang produk sumber tenaga yang melibatkan kereta elektrik dan
bangunan hijau.
2.0 MAKSUD KERETA
Pengangkutan merupakan salah satu perkhidmatan yang sedang mendapat sambutan
yang tinggi dalam dunia ini. Dalam konteks mudah, boleh dikatakan bahawa setiap individu
bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan ini untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
lain. Persoalannya, mengikut statistik, apakah jenis pengangkutan yang dimiliki oleh
masyarakat untuk memuaskan kehendak mereka? Umum mengetahui bahawa pembelian
kereta dalam kalangan masyarakat amat memuaskan. Hal ini dikatakan demikian kerana
1.
kerajaan membukakan peluang besar kepada golongan-golongan ini dengan menawarkan
pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekiranya hendak membeli kereta baharu
(Muhammad Yusainy,2021). Apabila ditinjau lagi, kebanyakan individu menggunakan kereta
untuk tujuan bekerja, perniagaan, kecemasan dan sebagainya. Sudah terang lagi bersuluh,
kereta memainkan peranan perdana dalam memudahkan kehidupan manusia. Oleh sebab
itu, setiap individu wajar membelikan sebuah kereta untuk satu keluarga. Masyarakat harus
mengamalkan konsep Satu keluarga, Sebuah kereta.
3.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KERETA TERHADAP ALAM SEKITAR
Pada masa ini, penggunaan kereta dalam kalangan rakyat Malaysia membawa impak
negatif terhadap alam sekitar. Rakyat Malaysia mengalami kegagalan dalam membuahkan
pemikiran yang positif dan rasional untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Penggunaan
kereta secara berleluasa ini memudaratkan persekitaran alam sekitar yang begitu indah nian.
Buktinya, Ketua Polis, Datuk Shafien Mamat dari daerah Kota Bharu, Kelantan mengatakan
bahawa mereka meletakkan anggaran sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki
sempadan negeri sewaktu sambutan perayaan Tahun Baru Cina (Syaherah,2022). Tidak
dapat dinafikan bahawa secara tidak langsungnya ketua polis ini menekankan kemasukan
kereta ini pasti akan membawa kepada pencemaran alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian
kerana beliau yakin bahawa bilangan kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dapat dilihat
selalu di jalan raya negeri Kelantan. Oleh sebab itu, isu ini harus diberi perhatian oleh semua
pihak kerana pelepasan gas daripada kereta akan mencemarkan kualiti alam sekitar.
Pembakaran petrol yang berlaku di dalam enjin kereta tanpa kehadiran oksigen membawa
kepada pengeluaran gas-gas berbahaya. Antara gas yang mendatangkan impak buruk
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar ialah gas Karbon Monoksida. Buktinya, seorang
individu menghembuskan nafas terakhirnya akibat terhidu gas Karbon Monoksida yang
dikeluarkan daripada kereta melalui injap ekzos (Prof Madya, 2022). Berdasarkan Laporan
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, seramai 50,000 pesakit dimasukkan ke dalam
2.
hospital dan 432 orang meninggal dunia dalam tempoh masa satu tahun disebabkan
keracunan gas ini (Latifah, 2018). Sejajar dengan itu, gas ini mesti memburukkan kualiti udara.
Keseluruhannya, penggunaan kereta merupakan faktor perdana yang membawa kepada
masalah ini. Oleh sebab itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk menginovasikan kereta
agar boleh mengekalkan kelestarian alam sekitar di seluruh dunia.
4.0 PENCIPTAAN KERETA ELEKTRIK
Tenaga elektrik mempunyai kuasa besar yang berpotensi untuk membawa perubahan
dalam penggunaan kereta. Lazimnya, Syarikat-syarikat pengeluaran kereta yang berjenama
termasyhur seperti TOYOTA, HONDA, BMW, MERCEDES BENZ dan lain-lain berupaya
untuk mengeluarkan kereta-kereta elektronik. Tidak dapat dinafikan bahawa kereta elektrik
boleh membantu untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Izharnya, inovasi ini sedia
menyumbang kepada alam sekitar untuk menjadikan sebagai mesra alam. Pada masa
ini,negara-negara yang sedang berkembang pesat dari sudut teknologi mampu mengeluarkan
kereta-kereta berkonsepkan kepada elektrik ini. Persoalannya, Adakah pihak-pihak ini
bersedia untuk berbuat demikian? Sudah terang lagi bersuluh, pengeluaran kereta TOYOTA
melibatkan diri dalam penciptaan kereta elektrik. TOYOTA AUTO BODY JAPAN melancarkan
kereta elektrik dengan berpegang kepada konsep CHOTTO ODEKAKE MACHIMADE SUISUI
(COMS), iaitu SMOOTH, SHORT RIDES INTO TOWN (Azman Zakaria, 2017). Fakulti
kejuruteraan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil kesempatan ini untuk
melaksanakan projek penciptaan sistem kereta elektrik agar boleh menerapkan teknologi
hijau di kampus tersebut. Secara tidak langsungnya, syarikat-syarikat kereta dan jurutera
pembuatan kereta sudah membukakan mata masing-masing untuk mengeluarkan kereta
elektrik supaya boleh menikmati kebaikannya pada masa hadapan serta mengekalkan
keindahan alam sekitar. Keseluruhannya, penciptaan kereta elektrik ini akan membawa
transformasi dalam dunia ini apabila setiap individu berminat untuk menggunakan kereta ini.
3.
5.0 KELEBIHAN KERETA ELEKTRIK
Terdapat beberapa kelebihan yang perlu kita ketahui dan fahami sewaktu menggunakan
kereta elektrik dalam kehidupan kita. Antaranya, penciptaan dan penggunaan kereta elektrik
ini menyumbang kepada konsep mesra alam sekitar (Nadhirah Rashid, 2021). Sekiranya
memperluaskan skop perbincangan, setiap individu sudah mengetahui bahawa penggunaan
elektrik ini tidak memerlukan bahan api seperti petrol untuk menghidupkan enjin kereta agar
dapat bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Umum mengetahui bahawa penggunaan petrol
yang bertindak sebagai bahan bakar pasti akan melepaskan gas-gas ke udara yang
membawa kepada pencemaran udara, menjejaskan kesihatan manusia, flora dan fauna.
Pelepasan gas-gas kimia ini juga membukakan peluang untuk berlakunya pemanasan global
kerana gas Karbon Monoksida akan mengeluarkan haba setelah berlakunya pembakaran di
dalam enjin kereta. Jelasnya, kereta elektrik ini memastikan untuk tidak mempunyai
pengeluaran gas ke udara. Selain itu, kereta elektrik juga membantu untuk mengurangkan
perbelanjaan kos bahan api. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga petrol mengikut RON. Buktinya, harga petrol
yang dipasarkan bagi RON 95 ialah RM 2.05 setiap liter. Manakala RON 97 pula RM 3.81
untuk satu liter (Berita, 2022). Penetapan harga petrol ini sangat membimbangkan rakyat
kerana mahal sehingga mereka tidak mencukupi duit untuk mengisi tangki petrol. Pada waktu
ini, kereta elektrik membantu rakyat kerana kereta ini tidak mempunyai tangki petrol untuk
diisi sebaliknya perlu dicas sahaja. Penciptaan kereta elektrik membantu untuk menjaga hasil
bumi kita, iaitu petroleum. Buktinya, aktiviti penggalian di dasar laut tidak perlu dilakukan bagi
mendapatkan sumber yang tidak boleh diperbaharui ini sekiranya rakyat mempraktikkan untuk
menggunakan kereta elektrik. Secara tidak langsungnya, sumber ini akan berkekalan untuk
jangka masa yang panjang dan mengekalkan kelestarian alam sekitar. Oleh sebab itu, semua
pemilik kereta dan generasi muda harus menyedari tentang kelebihan kereta elektrik dan
menggunakannya kemudahan ini secara maksimum.
6.0 KELEMAHAN KERETA ELEKTRIK
Penduduk Malaysia sudah menyedari bahawa penggunaan kereta-kereta elektrik
mempunyai kelemahan khusus yang perlu ditanggung oleh individu sendiri. Dalam konteks
mudah dapat dikatakan bahawa kereta elektrik mempunyai beberapa kelemahan setelah
membuat kajian secara holistik. Antaranya, kos untuk membeli kereta elektrik adalah sangat
mahal. Kereta-kereta ini amat bersesuaian kepada individu yang memperoleh pendapatan
tinggi dan mempunyai minat yang mendalam untuk menggunakannya. Sebagai contohnya,
kereta elektrik Leaf yang berjenama NISSAN mempunyai nilai pemasaran yang tinggi di
4.
negara Malaysia sehingga harganya mencecah RM 188,888 (Mohd Farhan, 2020). Adakah
anda mampu untuk memiliki kereta elektrik sekadar bagi memuaskan hati dan menampung
kehendak masing-masing? Jelasnya, rakyat Malaysia boleh membeli kereta-kereta sedan
atau SUV seperti PROTON, TOYOTA, HONDA dan sebagainya yang menggunakan petrol
sepenuhnya. Individu boleh membeli kereta ini yang harganya bermula dari RM 60,000
sahaja. Penjelasan ini menyatakan bahawa faktor utama yang menjejaskan pemasaran
penjualan kereta ini ialah disebabkan harga yang terlalu tinggi. Oleh sebab itu, rakyat harus
berfikir secara rasional sewaktu membeli kereta sama ada kereta elektrik atau kereta biasa.
Selain itu, kebanyakan negara kurang mempunyai stesen-stesen untuk mengecas bateri
kereta elektrik. Hal ini dikatakan demikian kerana kereta elektrik ini baharu berkembang pesat
di seluruh negara seiring dengan perkembangan teknologi. Oleh sebab itu, pihak berkuasa
memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendirikan tempat-tempat mengecas bateri
kereta elektrik. Kekangan ini mesti akan menggangu perjalanan individu yang telah dirancang
kerana mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menentukan kuasa elektrik yang dipegang
oleh sesebuah enjin kereta elektrik. Akhirnya, mereka gagal untuk tiba ke sesuatu tempat
pada masa yang tepat. Kedua-dua kelemahan besar ini perlu dipertimbangkan oleh semua
orang supaya mereka akan lebih berwaspada ketika membeli kereta elektrik.
7.0 BANGUNAN HIJAU
Bangunan hijau merupakan sebuah produk yang berasaskan teknologi hijau bagi
memastikan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan. Tidak dapat dinafikan bahawa
pelbagai negara sedang berusaha sehingga ke tahap maksimum untuk menekankan idea
penubuhan bangunan yang dipenuhi dengan kehijauan. Tamsilnya, Pada Ogos 2008, Majlis
Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) bersetuju dan meluluskan untuk membentuk
Jawatankuasa Kemampanan (Dr Sulzakimin, 2019). Tujuan pembentukan organisasi ini
adalah bagi membangunkan dan menetapkan Indeks Bangunan Hijau (GBI). Terdapat
beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian dalam pembinaan bangunan hijau agar dapat
mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Antaranya, kecekapan tenaga,
kualiti persekitaran dalaman, pengurusan tapak lestari, bahan dan sumber, kecekapan air
serta inovasi. Konsep penubuhan bagunan hijau tidak diwajibkan kepada bangunan-
bangunan besar dan tinggi seperti Merdeka PNB118, The Exchange 106, Menera Berkembar
Petronas dan sebagainya. Teknologi penubuhan bangunan hijau juga boleh dilaksanakan
dalam pejabat, pusat membeli-belah, sekolah, rumah kediaman dan lain-lain. Bangunan-
bangunan yang berunsurkan teknologi hijau pasti mempunyai kecekapan dalam menjimatkan
tenaga elektrik. Buktinya, semua bangunan hijau ini dapat menggunakan tenaga suria untuk
5.
membekalkan tenaga elektrik di dalam sebahagian bangunan. Secara tidak langsungnya,
strategi ini menekankan kepentingan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dalam
kehidupan individu. Jelasnya, kaedah ini memberi impak yang berkesan kepada negara dan
dunia kerana bertumpukan kepada mesra alam. Selain itu, sesebuah bangunan hijau perlu
melindungi kesihatan dan kesejahteraan penghuni (PropertyGuru, 2021). Bangunan-
bangunan ini perlu dikelilingi dengan kehijauan, iaitu bunga-bunga dan pokok-pokok.
Pemandangan kehijauan ini menggambarkan kepentingan kelestarian alam sekitar kepada
rakyat yang mendiami di negara tersebut dan para pengunjung. Rakyat perlu menyedari
bahawa pokok-pokok ini membekalkan gas oksigen kepada kita dan bertindak untuk
menyerap gas karbon monoksida yang berada dalam udara. Kajian membuktikan bahawa
pokok mempunyai nilai tertinggi dalam menjamin kelestarian persekitaran hijau dan kesihatan
manusia (Dr Farah, 2020). Oleh sebab itu, semua individu harus bertindak segera dengan
menanam sebatang pokok supaya dapat mengekalkan keindahan alam sekitar. Konsep
Sebuah rumah, Sebuah pokok akan memastikan negara kita, Malaysia untuk sentiasa kekal
subur dan berpeluang menunjukkan kekayaan alam sekitar. Keseluruhannya, bangunan hijau
memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan alam sekitar.
6.
8.0 BANGUNAN-BANGUNAN HIJAU DI MALAYSIA
TEMPAT HARGA PELANCARAN (RM)
Leisure 1 Farm Resort Central Spine, Johor 480,000 - 2,350000
Eco Majestic, Selangor 100,000 - 645,000
Bandar Gamuda Gardens, Selangor 180,000 - 1,230000
Tun Razak Exchange (TRX) 1,440000 - 2,480000
Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala 8.7 Bilion
Lumpur 800 Juta
Marvelane Homes By The Lake, Selangor
9.0 KELEBIHAN PENUBUHAN BANGUNAN HIJAU
Terdapat beberapa kebaikan yang boleh kita peroleh melalui pembinaan bangunan hijau.
Antaranya, bangunan hijau membantu untuk meningkatkan kualiti udara. Bangunan-
bangunan ini mempunyai ruang pengudaraan yang baik. Buktinya, struktur pembinaan
bangunan ini didirikan dengan meletakkan banyak tingkap yang dapat dibuka dan ditutup
pada bila-bila masa. Apabila ditinjau lagi, bagunan hijau ini juga mempunyai pelbagai jenis
tanaman yang mengindahkan persekitaran bangunan sekaligus memberi udara yang nyaman
kepada individu-individu yang berada dalam bangunan tersebut. Sebagai contohnya, hospital-
hospital yang berkonsepkan bangunan hijau menunjukkan trend positif terhadap pesakit-
pesakit. Para penyelidik mengambil kesempatan ini untuk membuat satu kajian dan
menganalisis bahawa sebanyak 70% pesakit sembuh daripada penyakit yang melibatkan
7.
saluran darah dan kadar kematian telah menurun sebanyak 11% (Paul Brown). Pihak hospital
yakin bahawa bangunan hijau ini menghulurkan tangan kepada pesakit untuk sembuh
daripada penyakit yang telah diserang mereka. Selain itu, melindungi sumber asli semulajadi.
Akhirnya, meningkatkan kestabilan ekosistem dan kepelbagaian hidupan. Oleh sebab itu,
arkitek-arkitek perlu mengutamakan konsep bangunan hijau sekiranya merancang untuk
mendirikan sesebuah bangunan sama ada kecil atau besar.
10.0 CIRI-CIRI BANGUNAN HIJAU
Tapak yang
mampan
Penggunaan bahan CIRI-CIRI Guna tenaga dan
dan sumber BANGUNAN persekitaran
HIJAU
Reka bentuk inovatif Kualiti persekitaran
dalaman
Penggunaan air
secara cekap
11.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kedua-dua produk yang dianalisis, iaitu kereta elektrik dan bangunan hijau
akan memberi kesan yang positif kepada alam sekitar. Produk-produk ini amat membantu
8.
untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar seluruh dunia. Saya berharap analisis yang telah
dibuat memberi informasi yang jelas dan padat berkenaan produk kereta elektrik dan
bangunan hijau. Semua pihak harus berganding bahu antara satu sama lain untuk membawa
perubahan dalam persekitaran alam sekitar agar sentiasa dapat mengekalkan kelestarian dan
keindahan alam sekitar. Alam sekitar ini mencorakkan kemajuan sesebuah negara dan
menunjukkan kepekaan individu terhadap persekitaran yang dipenuhi dengan kehijauan ini.
Akhir kata, kehidupan manusia akan terjamin sekiranya alam sekitar berada dalam keadaan
yang baik.
9.
RUJUKAN
1. Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2015, Mac 13). Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu
ekonomi negara. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-tingkat-kualiti-
hidup-pacu-ekonomi-negara
2. Muhammad Yusainy Mohamad Yunus, (2021, April 28). Kereta kini barang keperluan. Sinar
Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/135819/BERITA/Nasional/Kereta-kini-barang-
keperluan
3. Syaherah Mustafa. (2022, Januari 24). Hampir 800,000 kenderaan dijangka masuk ke
Kelantan. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/915105/hampir-800000-kenderaan-
dijangka-masuk-ke-kelantan
4. Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman. (2020, September 23). Karbon Monoksida, Gas
bertoksik yang membunuh. TintaMinda. Bernama News.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1882121
5. Latifah Arifin. (2020, September 18). Karbon Monoksida pembunuh senyap. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/732698/karbon-monoksida-pembunuh-
senyap
6. Azman Zakaria. (2017, Mei 31). UPM lancar projek sistem pengangkutan guna kereta
elektrik. Portal Universiti Putra Malaysia. Artikel.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/55779/1/UPM%20lancar%20projek%20sistem%20pengan
gkutan%20guna%20kereta%20elektrik.pdf
10.
7. Nadhirah Rashid. (2021, November 18). Kereta elektrik: Kelebihan dan kekurangan.
Blogspot.
https://www.qoala.app/my/blog/gaya-hidup/automotif/kereta-elektrik/
8. Berita. (2022). Senarai terkini harga minyak Malaysia Ron 95 Ron 97 Diesel 2022.
https://www.mysumber.com/minyak-malaysia.html
9. Mohd Farhan Alias. (2020, Januari 1). Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum
membeli kereta elektrik. Mekanika Pemotoran Gaya Baru.
https://www.mekanika.com.my/perkara-yang-perlu-dipertimbangkan-sebelum-membeli-
kereta-elektrik/
10. Dr Sulzakimin Mohamed. (2019, November 20). Pembangunan lestari berteras konsep
hijau. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/11/630176/pembangunan-lestari-berteras-
konsep-hijau
11. ADMIN. (2021, MAC 12). Apa itu konsep bangunan hijau di Malaysia? PropertyGuru.
https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/apa-itu-konsep-bangunan-hijau-di-
malaysia-23913
12. Dr Farah Ayuni Mohd Hatta. (2020, Oktober 22). Pokok sebagai aset semulajadi perlu
dilindungi. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/744791/pokok-sebagai-aset-semula-
jadi-perlu-dilindungi
11.
13. Paul Brown. Beberapa Kebaikan Mengejutkan dari Bagunan Hijau. Rangkaian Berita Iklim.
Laman Web.
https://ms.innerself.com/sosial/persekitaran/10591-beberapa-faedah-yang-mengejutkan-
daripada-bangunan-hijau.html
12.