PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN MAJLIS PELANCARAN NILAM TEKS PENGACARAAN MAJLIS TARIKH: 17 FEBUARI 2020 Hadirin Duduk Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Majlis Sambutan Program Jom ke Sekolah dan Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2020. Semua hadiri dipersilakan mengambil tempat masing-masing Nyanyian Lagu Sebagai pembuka tirai majlis kita pada harini, semua hadirin dijemput untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sarawak (Ibu Pertiwiku) dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik. Semua hadirin dipersilakan duduk. Kata Aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka, Burung merba di pohon cemara, Majlis bermula tirai dibuka, Assalamualaikum pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Malaysia tercinta. Yang Berusaha, Pn Yon@Jenet Binti Munin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kpg Sawai. Yang Dihormati, En Zharif Zafran Bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran. Yang Dihormati, Pn Rosina Binti Tomick, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati, Pn Magdeline anak leman, Penolong Kanan Kokurikulum merangkap YDP PIBG Sk Kampung Sawai Barisan guru, staf, ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi Majlis Sambutan Program Jom ke Sekolah dan Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2020 Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Nabil Bin Nasir. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Nabil Bin Nasir di atas bacaan doa sebentar tadi Untuk makluman semua, kita akan mulakan majlis kita pada pagi ini dengan Majlis Sambutan Program Jom ke Sekolah. Program Jom Ke Sekolah ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku dalam kalangan murid. Program ini juga akan dapat berjalan dengan lebih efektif dengan adanya sokongan ibu bapa.
Ikrar Jom Ke Sekolah (Murid) Dengan itu, majlis seterusnya menjemput adik Hetty Philany Binti Petrus untuk mengetuai bacaan ikrar jom ke sekolah. Semua murid diminta berdiri tegak dan membacakan ikrar engan penuh semangat. Terima kasih diucapkan kepada adik Hetty Fhilanny diatas bacaan ikrar sebentar tadi. Ucapan Perutusan PDRM Guru-guru dan pelajar sekalian, Tanpa membuang masa, saya menjemput En Zharif Zhafran Bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran untuk membacakan perutusan Polis Diraja Malaysia. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En Zharif Zhafran di atas bacaan perutusan PDRM sebentar tadi. Ucapan Perutusan Pengarah KPM Seterusnya,majlis mempersilakan Pn. Yon@Jenet Binti Munin, Guru Besar Sk Kpg Sawai untuk membacakan perutusan daripada Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Program Jom Ke Sekolah bagi Tahun 2020. Dipersilakan. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Yon@Jenet Binti Munin, di atas kesudian membacakan perutusan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan merasmikan Program Jom Ke Sekolah sebentar tadi. Persembahan Gimik Seterusnya, kita akan ke gimik Perasmian Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM Program Jom Ke Sekolah 2020 dan Papan Kenyataan PPS. Dengan itu, majlis sekali lagi menjemput Guru Besar Sk Kampung Sawai, Pn Yon@Jenet Binti Munin diiringi Pn. Rosina Binti Tomick selaku Penyelaras program Jom ke Sekolah bagi menyempurnakan gimik. Terima kasih diucapkan kepada Pn Yon@Jenet Binti Munin dan Pn Rosina. Demikian tadi gimik bagi perasmian Program Jom ke Sekolah. Dengan berakhirnya gimik perasmian sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Sambutan Program Jom ke Sekolah bagi tahun 2020. Diharap semua hadirin dapat terus memberikan kerjasama dan masih kekal berada di tempat masing-masing kerana kita akan beralih pula kepada majlis seterusnya iaitu Majlis Pelancaran NILAM tahun 2020. Majlis Pelancaran NILAM NILAM adalah singkatan daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Matlamat program ini adalah untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup dalam kalangan murid-murid dan semua warga sekolah. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membina tabiat membaca yang cemerlang dalam kalangan murid-murid bagi meningkatkan dan memperluas ilmu pengetahuan. Ucapan Guru Nilam Bagi melengkapkan Majlis Pelancaran Nilam kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Nilam Sk Kampung Sawai, Pn Siti Zur Aida Binti Ahmad bagi menerangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan Program Nilam. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Zur Aida Binti Ahmad. Diharap semua hadirin akan lebih cakna dan memberikan sokongan kepada anak-anak Sk Kampung Sawai dalam menjayakan Program Nilam ini.
Ucapan Guru Besar Sudilah puan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam, Sudilah puan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Seterusnya, Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha, Pn Yon@Jenet Binti Munin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kpg Sawai bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM pada hari ini. Majlis dengan penuh takzimnya, dipersilakan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan dan perasmian Puan Guru Besar sebentar tadi. Majlis Perasmian Pelancaran Nilam Tak lengkap rasanya Majlis Pelancaran Nilam kita pada hari ini tanpa gimik perasmian. Dengan itu marilah kita sama-sama menyaksikan gimik perasmian Majlis Pelancaran Nilam bagi Tahun 2020. Majlis dengan itu menjemput En Zharif Zhafran Bin Ghazali, Pen. Kanan Pentadbiran mengiringi Pn Yon@Jenet Binti Munin Guru Besar Sk Kampung Sawai bagi menyempurnakan gimik perasmian. Terima kasih diucapkan kepada Pn Yon@Jenet Binti Munin dan En Zharif Zhafran diatas kesudian menyempurnakan gimik perasmian sempena Pelancaran Nilam sebentar tadi. Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah Tibalah saat yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi programprogram Nilam dan juga cabutan bertuah. Majlis menjemput Pn Siti Zur Aida Binti Ahmad bagi mengumumkan keputusan pertandingan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Zur Aida. Diharapkan murid-murid akan terus bersemangat dalam mengikuti pertandingan yang dijalankan dan menjadikan buku sebagai sahabat karib mereka. Nyanyian Lagu Nilam Hadirin Sekalian, Majlis kita hampir sampai ke penghujungnya, Sebelum itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Nilam. Untuk itu para guru,ibu bapa dan murid yang dikasihi dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu tersebut. Dengan berakhirnya nyanyian lagu Nilam itu tadi, maka berakhirlah Majlis Sambutan Program Jom ke Sekolah dan Majlis Pelancaran NILAM bagi tahun 2020 pada pagi ini. Akar Keladi Melilit Selasih Selasih Tumbuh Tepi Jambangan Kalungan Budi Junjungan Kasih Mesra Kenangan Sepanjang Zaman Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun jika ada salah dan silap sepanjang pengendalian majlis pada hari ini. Sekian terima kasih dan salam hormat.