The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengurusan peraturan dan disiplin sekolah dan asrama bagi SK Rantau Dilang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-88283890, 2021-05-17 09:58:48

BUKU PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH DAN ASRAMA

Pengurusan peraturan dan disiplin sekolah dan asrama bagi SK Rantau Dilang

Keywords: Peraturan dan disiplin

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU DILANG BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA
SK RANTAUPeDjIaLbAaNtGP,eKnAdNiOdiWkaITn Daerah Kanowit,

Jalan Access, 96700 Kanowit, Sarawak.
Email : [email protected]

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU DILANG
PEJABAT PENDIDIKA1N DAERAH KANOWIT,
JALAN ACCESS, 96700 KANOWIT, SARAWAK.

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Peraturan-peraturan ini diwajibkan kepada
semua murid dengan tujuan kebajikan dan mendisiplinkan
murid-murid di samping melicinkan perjalanan dan pentadbiran

sekolah dan asrama mancapai matlamat
Setiap murid diwajibkan

mematuhi semua peraturan yang ditetapkan

Peraturan Sekolah Dan Asrama ini digubal untuk:

1. memupuk keperibadian murid supaya menjadi individu yang berdisiplin serta mewujudkan
warga sekolah dan asrama yang mampu hidup selesa, harmoni, bertoleransi, hormat-
menghormati, bantu-membantu dan berakhlak mulia.

2. menjadi bahan rujukan yang menjelaskan dan membezakan tentang betul atau salahnya
sesuatu tindakan yang dilakukan oleh murid. Ini adalah selaras dengan hasrat para pendidik
untuk menjadikan sekolah dan asrama sebagai saluran murid mendapatkan ilmu pengetahuan
dan menerima didikan serta asuhan hidup yang sempurna.

3. mendokumentasikan secara rasmi garis panduan tatacara pelaksanaan dan tindakan-tindakan
untuk menangani isu-isu disiplin di SK Rantau Dilang,Kanowit.

Peraturan ini hanya terpakai di SK Rantau Dilang sahaja selagi ianya tidak
bercanggah dengan dasar-dasar Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Disediakan oleh: Cap Sekolah Disahkan oleh

_________________ ________________

ABANG ABDUL RAHIM BIN ABANG DRAHMAN LAU HIE MING
Penolong Kanan HEM Guru Besar
SK Rantau Dilang
SK Rantau Dilang

2

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

Kata Alu Aluan
Guru Besar SK Rantau Dilang

Tahniah dan terima kasih di atas usaha Unit HEM SK Rantau Dilang dalam
menerbitkan buku peraturan ini. Semoga dengan penerbitan ini, ianya dapat memberi
panduan kepada semua warga SK Rantau Dilang untuk mencegah, membetulkan, dan
prosedur tindakan yang perlu dilalui bila kita menangani masalah disiplin. Walau pun
buku ini tidak menyediakan semua jawapan dalam penyelesaian masalah disiplin tetapi
dengan budi bicara dan tafsiran secara kolektif dalam kalangan warga sekolah dapat
memastikan satu penyelesaian yang positif.

Pada dasarnya, buku Peraturan Sekolah dan Asrama SK Rantau Dilang akan menjadi
punca rujukan di SK Rantau Dilang,Kanowit. Dalam memburu sebuah kecemerlangan,
kita harus menerima hakikat bahawa pendisiplinan diri menjadi satu kemestian. Adalah
diharapkan usaha untuk mencegah, menghadapi dan membaiki masalah disiplin dapat
dilakasanakan dengan lebih berkesan khususnya di peringkat sekolah.Akhir
kata,semua murid SK Rantau Dilang perlu mematuhi garis panduan yang terdapat
dalam buku peraturan sekolah dan asrama. Apa-apa kaedah atau peraturan lain yang
bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa
adalah terpakai kepada semua murid di SK Rantau Dilang sepanjang tempoh
pembelajaan di sekolah

Lau Hie Ming
Januari 2021

3

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

KANDUNGAN

TUJUAN PERATURAN DIGUBAL
KATA ALUAN GURU BESAR
KANDUNGAN
VISI DAN MISI SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH

01 WAKTU PERSEKOLAHAN
02 PAKAIAN RASMI MURID-MURID
03 RAMBUT DAN PERAWAKAN
04 BAHASA
05 BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
06 KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS
07 WAKTU REHAT
08 BARANG-BARANG YANG HILANG
09 LALU LINTAS
10 KEMALANGAN
11 AKTIVITI SEKOLAH
12 MASA PERHIMPUNAN
13 ADAB SOPAN
14 UJIAN DAN PEPERIKSAAN
15 PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH
16 PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
17 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
18 PERALATAN SUKAN
19 KEBERSIHAN
20 KESELAMATAN
21 KESIHATAN
22 PELAWAT
23 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS
24 KETUA KELAS DAN PENGAWAS

4

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

25 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
26 PENGURUSAN MASA
27 SURAT MENYURAT
28 TINDAKAN DAN HUKUMAN

PERATURAN ASRAMA

29 PELAJARAN
30 TATATERTIB
31 PAKAIAN
32 KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
33 KEGIATAN
34 KESELAMATAN
35 KEGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK
36 KELUAR DARI ASRAMA
37 PELAWAT
38 PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA
39 TAKSIRAN KESALAHAN

Lampiran 1 : SENARAI AMALAN BAIK DAN SENARAI KESALAHAN SERTA KES KHAS DALAM
SSDM

Lampiran 2 : SURAT AKU JANJI MURID DAN PENGAKUAN BAPA

5

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

RUKUNEGARA

Maka Kami, Rakyat Malaysia
Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan Prinsip-Prinsip Berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan Dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI

INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO SEKOLAH
BERUSAHA KEJAYAAN

6

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN SEKOLAH

01 WAKTU SEKOLAH
01.1 Waktu sekolah bagi semua murid-murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual

Waktu Sekolah

HARI TAHAP 1 TAHAP 2
ISNIN - 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari 7.30 pagi hingga 1.30 petang
KHAMIS

RABU RABU TAHUN 4 & 5
7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari 7.30 pagi hingga 1.00 petang

RABU TAHUN 6
7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari

7.30 pagi hingga 11.30 pagi KHAMIS TAHUN 6
7.30 pagi hingga 1.00 petang
7.30 pagi hingga 11.30 pagi

JUMAAT

01.2 Murid-murid diwajibkan hadir pada masa yang ditetapkan untuk aktiviti Kurikulum dan
Kokurikulum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

01.3 Murid-murid dilarang daripada tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa kebenaran
khas dari Guru Besar. Jika diserang penyakit dengan tiba-tiba atau pada masa
kecemasan , surat rawatan doktor atau keterangan daripada ibu bapa / penjaga murid-
murid mesti diberikan kepada sekolah dengan secepat mungkin.

01.4 Murid-murid yang sengaja datang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan tatatertib
oleh Jawatankuasa Disiplin.

01.5 Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis
daripada pihak sekolah. Murid-murid yang berbuat demikian dianggap melakukan
kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan disiplin.

01.6 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum dan sukan

02 PAKAIAN RASMI MURID-MURID
02.1 MURID LELAKI
02.1.1 Semasa di sekolah, murid-murid lelaki mesti memakai pakaian seragam sekolah yang
lengkap. Pakaian seragam bagi murid-murid lelaki ialah kemeja putih berlengan
02.1.2 pendek dan seluar panjang biru tua.
Seluar yang tidak kemas, tidak sopan, berlabel , ketat, terlalu longgar atau terlalu
02.1.3 labuh tidak boleh dipakai. Panjang seluar hendaklah melebihi buku lali dan menutupi
stoking tetapi tidak boleh mencecah lantai ataupun tanah.
Tali pinggang kanvas yang berwarna biru dan berkepala yang dibenarkan sahaja
boleh dipakai. Tali pinggang kulit atau jenis-jenis yang lain tidak dibenarkan.

7

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

02.1.4 Murid-murid yang beragama Islam digalakkan memakai songkok berwarna hitam.
Kopiah atau penutup kepala yang lain tidak dibenarkan.

02.2 MURID PEREMPUAN
02.2.1 Pakaian seragam bagi murid-murid perempuan ialah baju kurung putih dan kain
02.2.2 berwarna biru tua. Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih tanpa
02.2.3 sulaman dan renda.
Pakaian seragam bagi murid-murid bukan Islam ialah “Blouse “ biru tua yang labuh
02.3 menutupi lutut dan kemeja putih berlengan panjang.
02.3.1 Murid-murid perempuan dilarang memakai
02.3.2 a) Baju , kain dan tudung yang jarang dan nipis.
b) Kain yang singkat .( atas buku lali)
02.3.3 c) Kain yang ketat, jenis berselisih dan “A line”.
02.3.4 d) Alat solek dan barang-barang emas
e) Inai, pewarna kuku dan pewarna rambut
03
03.1 SEMUA MURID
03.1.1 Murid-murid mesti memakai lencana sekolah, tanda nama pada setiap masa apabila
berada di sekolah.
03.1.2 Murid-murid mesti berkasut kanvas berwarna putih atau hitam sahaja. Selipar tidak
03.1.3 dibenarkan kecuali kaki cedera dan mendapat kebenaran guru. Murid-murid mesti
03.1.4 memakai stoking putih atau hitam sahaja dan mesti melebihi kira-kira 10 cm di atas
buku lali.
Topi ataupun “cap” , pakaian jenis “jean” dan “cardigan” / jaket tidak boleh digunakan
di kawasan sekolah kecuali “track suit” yang ditetapkan sahaja.
Murid-murid tidak boleh memakai sebarang jenis barang emas / aksesori seperti
gelang , cincin , subang, rantai dan lain-lain kecuali untuk tujuan keagamaan dan
mesti mendapat surat kebenaran ibu bapa / penjaga.

RAMBUT DAN PERAWAKAN

MURID LELAKI

Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah BERAMBUT PANJANG

adalah seperti berikut.

a) Di belakang -Rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping 2 telinga.

b) Di hadapan -Rambut menutup garisan tengah dahi

c) Di tepi - Rambut menutup telinga. Bahagian “side burn” melebihi

garisan tengah hidung.

d) Di atas -Rambut lebih daripada 6”

Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang, atau fesyen rambut

yang dianggap tidak sesuai, tidak dibenarkan.

Murid-murid tidak boleh menggunakan gel rambut . Rambut hendaklah disikat dengan

kemas.

“Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali.

8

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

03.2 MURID PEREMPUAN (BUKAN ISLAM)
03.2.1 Rambut tidak dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu. Bagi murid yang
berambut panjang (melebihi bahu) , rambut mesti diikat dengan kemas. Rambut di
03.2.2 bahagian hadapan pula mesti tidak melebihi bahagian tengah dahi.
03.2.3 Riben dan sepit rambut yang berwarna putih , hitam dan biru sahaja dibenarkan.
03.2.4 Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang atau fesyen rambut yang
03.3 dianggap tidak sesuai , tidak dibenarkan.
03.3.1 “Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali.
03.3.2
SEMUA MURID
03.3.3 Murid-murid tidak dibenarkan berkuku panjang.
Sebarang tanda atau tatu yang dibuat pada tubuh adalah dilarang . Murid-murid yang
04 didapati secara sengaja mencederakan tubuhnya untuk tujuan pengiktirafan yang
04.1 tertentu akan dikenakan tindakan yang amat berat, termasuk digantung persekolahan.
Semua teguran berhubung dengan perawakan yang dianggap tidak terurus ataupun
04.2 tidak segak sebagai murid sekolah mesti diberi perhatian yang serius dan segera.

05 BAHASA
05.1 Murid-murid diwajibkan berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja semasa waktu
persekolahan dan dalam setiap aktiviti sekolah kecuali pada masa mata pelajaran
05.2 bahasa yang lain.
Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan perkataan lucah, biadap, atau yang
05.3 menunjukkan perwatakan yang tidak sopan dan anti sosial.

05.4 BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH
Murid-murid dilarang memasuki makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran
05.5 hidup, bilik muzik, bilik rawatan dan bilik-bilik khas kecuali dengan pengawasan guru di
05.6 tempat tersebut.
Murid-murid dilarang menggunakan kelas pada bila-bila masa selain daripada waktu
sekolah kecuali mendapat kebenaran khas daripada Guru Besar atau guru-guru yang
berkenaan.Murid-murid tidak dibenarkan berada di kelas, blok atau tangga-tangga
bangunan sekolah pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru.
Tandas-tandas mestilah digunakan dengan sempurna supaya tidak kotor atau
tersumbat dan paip air mestilah ditutup selepas digunakan. Murid-murid dilarang
menggunakan tandas guru pada bila-bila masa pun.
Bangunan sekolah dan harta benda sekolah termasuk kerusi dan meja mesti
digunakan dan dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan yang dilakukan sebagai
akibat dari kecuaian murid-murid akan dikenakan denda atau ganti rugi.
Sebarang kerosakan harta benda sekolah mestilah dilaporkan kepada Guru Besar,
penolong-penolong kanan, guru bertugas atau guru yang berkenaan dengan segera.
Murid-murid dilarang menyalah gunakan harta benda sekolah untuk kepentingan
peribadi.

9

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

06 KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS
06.1 Murid-murid mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah dan kelas.
06.2 Lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila tidak digunakan ataupun semasa

meninggalkan kelas.
06.3 Jadual bertugas kelas perlu disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas sesi

persekolahan bermula.Semua murid diwajibkan menjaga papan kenyataan kelas,
papan putih dan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.
06.4 Murid-murid yang hendak keluar kelas semasa sesi Pdpc berlangsung, samada untuk
ke tandas atau urusan lain, hendaklah mendapat kebenaran guru yang sedang
mengajar, memakai kad kebenaran keluar kelas dan keluar dengan sopan. Murid-
murid yang keluar tanpa kebenaran guru atau tanpa kad kebenaran keluar kelas
dianggap ponteng kelas.
06.5 Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas jika tiada guru di dalam kelas. Murid-murid
boleh dikenakan tindakan atas kesalahan ponteng kelas.
06.6 Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan mengucapkan salam sebelum masuk ke
bilik Guru Besar, Pejabat, Bilik Guru dan ke kelas semasa guru sedang mengajar
06.7 Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur, kertas-kertas dan sampah
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
06.8 Sebarang kerosakan perabot hendaklah dilaporkan kepada guru asset/ guru kelas
supaya dapat diperbaiki dengan segera.

07 WAKTU REHAT
07.1 Pada waktu rehat, murid-murid dikehendaki makan di dewan makan dan mengikut

peraturan yang telah ditetapkan di dewan makan
07.2 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mereka yang bertugas

membersihkan kelas.
07.3 Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas.

08 BARANG-BARANG YANG HILANG
08.1 Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kecurian barang –barang,

termasuk barang kemas dan wang. Oleh itu murid-murid dinasihatkan jangan
membawa barang-barang yang berharga dan wang yang berlebihan ke sekolah.
08.2 Barang-barang yang hilang atau dijumpai mestilah dilaporkan segera kepada Guru
Bertugas atau pengawas.

09 LALU LINTAS
09.1 Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan

sekolah.
09.2 Ibu Bapa dan penjaga yang hendak masuk ke kawasan sekolah hendaklah

memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan mencatat nama di pondok
pengawal
09.3 Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah ditegah berjalan bersaingan (berdua-dua)
dan mesti berjalan di sebelah kanan jalan.

10

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

09.4 Murid hendaklah mematuhi peraturan keselamatan seperti memakai alat keselamatan
seperti topi keledar,jaket keselamatan dan lain-lain

10 KEMALANGAN
10.1 Segala jenis kekacauan, kemalangan atau kecederaan yang berlaku di kawasan

sekolah mesti diadukan segera kepada Guru Bertugas, mana-mana guru, pengawas
atau pejabat sekolah.
10.2 Pihak sekolah tidak akan mengeluarkan sebarang surat jaminan hospital kepada
murid-murid yang mengalami kemalangan kenderaan akibat daripada kecuaian
sendiri , contohnya tidak memakai topi keledar, menunggang motosikal tanpa lesen
kenderaan , motosikal tersebut tiada cukai jalan ataupun tidak memakai jaket
keselamatan ketika pergi dan balik ke sekolah melalui jalan sungai

11 AKTIVITI SEKOLAH
11.1 Murid-murid Tahap 2 mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam satu unit

beruniform, satu persatuan / kelab dan satu permainan.
11.2 Murid-murid mesti menghadiri setiap perjumpaan rumah sukan, unit beruniform,

persatuan/ kelab dan permainan seperti yang telah ditetapkan tanpa alasan seperti
tusyen, rumah yang jauh dan sebagainya.
11.3 Semasa mengikuti kegiatan/latihan kokurikulum, pelajar hendaklah menunjukkan
minat, bakat, kebolehan dan semangat pertandingan yang sihat serta mencuba untuk
mencapai kejayaan
11.4 Murid-murid yang datang untuk menghadiri aktiviti kokurikulum mestilah memakai
pakaian sekolah atau pakaian seragam persatuan / kelab atau pakaian sukan sekolah.
( Lelaki baju sukan sekolah / T. Shirt putih , track bottom biru/hitam, perempuan baju
sukan sekolah berlengan panjang / t. shirt putih berlengan panjang , longgar
bertudung putih atau hitam. Pakaian lain tidak dibenarkan. Topi / “cap” tidak
dibenarkan.
11.5 Murid-murid boleh dilarang menyertai aktiviti kokurikulum, kelas tambahan atau aktiviti
sekolah yang lain jika tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Kegagalan mematuhi peraturan berulang kali akan menjejaskan
perakuan dalam Sijil Berhenti Sekolah.
11.6 Murid yang tidak boleh mengikuti aktiviti kokurikulum atau sukan hendaklah
membuktikannya dengan Surat Akuan Doktor atau surat Ibu bapa/penjaga

12. MASA PERHIMPUNAN

12.1 Murid-murid mesti segera berada di tapak perhimpunan apabila loceng
dibunyikanPerhimpunan sekolah adalah pada setiap hari isnin dari jam 7:30pagi-
8:00pagi.

11

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

12.2 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas. Semasa perhimpunan
semua murid-murid mesti berbaris mengikut kedudukan kelas masing-masing. Senyap
dan memberi perhatian kepada aturcara perhimpunan.

12.3 Pengawas bertanggungjawab menyusun barisan dan mengawal ketenteraman
perhimpunan. Murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan pengawas.

12.4 Murid-murid mesti berdiri tegak apabila lagu “Negaraku”, “Ibu Pertiwiku” (lagu rasmi
negeri Sarawak),dan lagu sekolah dinyanyikan

12.4 Selepas perhimpunan, para pelajar hendaklah segera berjalan ke bilik darjah mengikut
barisan. Pemeriksaan kebersihan pakaian, kasut, rambut, kuku dan sebagainya akan
dijalankan oleh guru-guru disiplin/bertugas dan pengawas.

12.5 Pelajar yang tidak menghadiri perhimpunan tanpa sebab yang munasabah dan tanpa
makluman akan diambil tindakan.

13 ADAB SOPAN

13.1 Murid-murid mesti berkelakuan baik pada setiap masa dan mengamalkan nilai-nilai
murni.

13.2 Murid-murid mesti menghormati setiap guru pada bila-bila masa dan mengamalkan
nilai-nilai murni.

13.3 Murid-murid ,mesti berada dalam keadaan senyap apabila berada berhampiran
denganpejabat sekolah, bilik guru, pusat sumber, makmal komputer, makmal sains,
bilik kemahiran hidup , surau dan di dalam kelas masing-masing.

13.4 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran tanpa sebab dan tanpa urusan di pejabat
dan di bilik guru.

13.5 Murid-murid mesti menghormati pengawas dan ketua kelas dan mengikut arahan
mereka.

13.6 Murid-murid mesti sentiasa kelihatan bersih , kemas dan selesa dari segi tubuh badan,
pakaian, pertuturan dan kelakuan.

13.7 Sebarang kesalahan jenayah akan dilaporkan kepada pihak polis/ pihak berkuasa dan
tertakluk kepada undang-undang awam.

14 UJIAN DAN PEPERIKSAAN
14.1 Murid-murid wajib menghadiri setiap pentaksiran sumatif dan formatif yang diadakan

dan sentiasa bersedia menghadapi pentaksiran tersebut.

12

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

14.2 Murid-murid yang tidak hadir semasa pentaksiran diadakan tidak dibenarkan
menduduki semula pentaksiran yang sama kecuali mengemukakan surat daripada
doktor yang mengesahkannya sakit pada masa / tarikh pentaksiran tersebut. Guru
boleh memberi soalan ujian atau peperiksaan yang lain.

14.3 Murid-murid mesti jujur dan amanah. Murid-murid dilarang meniru atau membenarkan
murid-murid lain meniru jawapannya dalam ujian atau peperiksaan. Perbuatan meniru
atau membenarkan murid-murid lain meniru adalah kesalahan serius dan akan
dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.

14.4 Murid-murid mesti membawa alat tulis/ alatan yang perlu semasa ujian atau
peperiksaan sesuatu mata pelajaran. Murid-murid dilarang meminjam alatan semasa
ujian atau peperiksaan sedang berlangsung.

15 PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH

15.1 Perbuatan merokok, meminum minuman keras atau minuman yang ada campuran
alkohol dan mengambil dadah diharamkan sama sekali.

15.2 Murid-murid dilarang berjudi, membawa atau bermain alat muzik,
permainan,contohnya “pin table”, “video game”, “game and watch”, “Walkman”, “cyber
pet” , “mp4” atau yang seumpama dengannya.

15.3 Murid-murid dilarang membawa makanan ringan, kertas tisu, cecair pemadam, dan
barangan atau alatan yang boleh dikategorikan sebagai senjata kecuali dengan
kebenaran guru.

15.4 Permainan atau alatan yang dilarang akan dirampas dan tidak akan dipulangkan
semula kepada murid-murid.

15.5 Murid-murid dilarang memasuki atau mewakili persatuan dan badan sukan luar
sekolah tanpa kebenaran bertulis dari Guru Besar.

15.6 Murid-murid dilarang membuat bantahan secara berkumpulan . Murid-murid yang ingin
membuat cadangan atau mengemukakan rasa tidak puasa hati mesti menggunakan
saluran yang betul seperti berjumpa guru bimbingan Kaunseling, guru disiplin, guru
kelas, penolong kanan atau Guru Besar. Kegagalan menggunakan saluran yang betul
(contioh: menulis di akhbar, media sosial dll) akan menyebabkan murid menghadapi
tindakan serius.

16 PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER
16.1 Murid-murid mesti berpakaian kemas dan bersih .(pakaian yang ditetapkan oleh pihak

sekolah).

13

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

16.2 Peminjam buku perpustakaan akan hanya dilayan apabila menggunakan kad keahlian
sendiri.

16.3 Buku rujukan “red spot” , majalah dan surat khabar tidak boleh dibawa keluar kecuali
dengan kebenaran khas Guru Pusat Sumber.

16.4 Buku yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
Denda akan dikenakan kepada peminjam yang lewat memulangkan buku.

16.5 Murid-murid yang menghilangkan atau menyebabkan kerosakan buku perpustakaan
mesti menggantikan buku itu.

16.6 Beg, bahan makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.

16.7 Buku, majalah dam surat khabar yang telah dibaca , hendaklah diletakkan semula di
tempat asalnya.

16.8 Kerusi yang telah digunakan hendaklah disusun semula dengan baik dan apabila
pengguna perpustakaan hendak meninggalkan perpustakaan, buku-buku yang dibawa
masuk mestilah diperiksa oleh pengawas pusat sumber.

16.9 Murid-murid sentiasa senyap apabila berada di perpustakaan. Murid-murid yang
didapati mengganggu ketenteraman di perpustakaan boleh disuruh keluar dari
perpustakaan oleh pengawas pusat sumber

17 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

17.1 Buku-buku SPBT mestilah dijaga dengan baik dan digunakan dengan sepenuhnya.
Buku-buku tersebut mestilah dibalut dengan pembalut plastik yang sesuai.

17.2 Murid-murid hendaklah menulis nama dan kelas dalam ruangan yang telah disediakan
dalam buku-buku SPBT dan buku –buku tersebut hendaklah digunakan oleh
peminjam dan tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain atau berkongsi
menggunakannya.dengan murid-murid yang mendapat kemudahan SPBT.

17.3 Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah diganti dengan buku yang sama
judulnya. Sekiranya buku tersebut tidak ada di pasaran tempatan, murid-murid
hendaklah menggantikannya dengan nilai semasa.

17.4 Murid-murid yang bertukar sekolah dalam negeri boleh membawa buku-buku SPBT
yang dipinjamkan ke sekolah baru. Murid yang berhenti sekolah wajib mengembalikan
buku SPBT kepada guru kelas. Pihak sekolah berhak menahan pengeluaran Sijil
Berhenti Sekolah atau dokumen lain kepada murid-murid yang gagal memulangkan
buku-buku SPBT.

17.5 Semua buku SPBT yangdipinjamkan oleh pelajar mestilah dipulangkan pada masa
yang telah ditetapkan.

14

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

17.6 Pihak sekolah berhak untuk tidak memberi kemudahan SPBT atau menarik balik
kemudahan SPBT kepada mana-mana murid yang didapati tidak layak menerima
kemudahan tersebut atau melanggar syarat-syarat pemberian pinjaman.

18 PERALATAN SUKAN

18.1 Semua alatan sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran setiausaha
sukan atau guru yang berkenaan dan murid hendaklah menggunakan peralatan
tersebut dengan baik dan berhati-hati.

18.2 Alatan sukan yang telah selesai digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal
dan mana-mana peralatan yang dipinjam , contohnya : jersi, hendaklah dijaga dan
dipulangkan dengan keadaan baik, selamat dan bersih. Sebarang kehilangan atau
kerosakan alatan yang disebabkan oleh kecuaian murid hendaklah diganti.

19. KEBERSIHAN

19.1 Murid-murid dilarang berludah dan membuang sampah di merata-rata tempat.
Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Kebersihan
kelas menjadi tanggungjawab murid-murid kelas yang berkenaan dan adalah menjadi
kesalahan bagi murid-murid yang menulis, melukis, menconteng dan mengotorkan
bangunan sekolah.

19.2 Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air dan tandas. Tandas yang
digunakan mestilah dialirkan airnya dan jangan memasukkan sebarang benda yang
tidak mudah hancur dan reput ke dalam lubang tandas / singki. Paip air hendaklah
sentiasa ditutup selepas digunakan. Murid-murid dilarang membasuh kaki di singki.

20. KESELAMATAN

20.1 Murid-murid dilarang membawa sebarang senjata atau alatan yang dianggap
berbahaya dan mengancam keselamatan ke sekolah.

20.2 Murid-murid mesti berbaris dengan senyap di tapak perhimpunan , sebelum waktu
pertama mengikut kelas masing-masing, di luar kelas selepas waktu rehat dan apabila
tamat waktu akhir sebelum keluar dari kawasan sekolah.

20.3 Murid-murid mesti berbaris berdua-dua dan berjalan dengan senyap semasa di tapak
perhimpunan, semasa pertukaran kelas dan semasa pulang dari sekolah.

20.4 Murid-murid mestilah memandang kiri dan kanan dan kekiri semula apabila hendak
melintas jalanraya.

15

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

20.5 Semasa berjalan masuk dan keluar dari kawasan sekolah, murid-murid hendaklah
berjalan di lorong yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan.

20.6 Semasa menaiki dan turun dari bas / van sekolah, murid-murid hendaklah beratur dan
jangan bertolak-tolak.

20.7 20.8 Murid-murid dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi semua
peraturan khas di Makmal Sains, Makmal Komputer, Pusat Sumber, dan bilik-bilik
khas yang lain semasa mengikuti matapelajaran berkenaan supaya tidak berlaku
sebarang masalah dan kemudaratan.

21 KESIHATAN
21.1
21.2 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Guru
21.3 Kelas,Pengawas atau Ketua Kelas.
21.4
21.5 Murid-murid yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh.

Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat
rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah

Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak
sekolah.

Guru bertugas/Warden/PPM akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital
kerajaan atau klinik jika sakit kuat dengan kebenaran ibu/bapa/penjaga murid.

22 PELAWAT

22.1 Semua pelawat samada ibu, bapa, ahli keluarga, saudara mara, atau kenalan yang
ingin menemui murid-murid pada waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran
Guru Besar di pejabat sekolah terlebih dahulu.

22.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk ke
kawasan sekolah.

22.3 Murid-murid hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada Guru Besar atau
mana-mana guru sekiranya melihat orang-orang yang dicurigai atau disyaki memasuki
kawasan sekolah dengan tujuan yang tidak baik.

16

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

23 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

23.1 Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit mestilah membawa surat
akuan doktor. Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu dan
munasabah yang lain, mesti membawa surat akuan atau jaminan daripada ibu bapa
atau penjaga.

23.2 Murid-murid akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya gagal mengemukakan bukti
secara bertulis dan dianggap munasabah oleh pihak sekolah kerana ketidak
hadirannya ke sekolah.

23.3 Tindakan disiplin yang boleh diambil adalah seperti di bawah

SURAT HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR
BERTURUT-TURUT BUKAN BERTURUT-TURUT
Amaran Pertama Pada hari ke-3
Amaran Kedua Pada hari ke-10
7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah 20 hari selepas Amaran Kedua
14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir

24 KETUA KELAS DAN PENGAWAS

24.1 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab kepada guru kelas. Mereka
bertanggungjawab sepenuhnya kepada kelas masing-masing. Murid-murid lain di
dalam kelas berkenaan mesti menghormati ketua kelas dan keputusannya termasuk
pengawas di kelas itu sendiri.

24.2 Setiap pengawas bertanggungjawab kepada Guru Besar dan setiap guru pada bila-
bila masa.

24.3 Pengawas sekolah yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan peraturan sekolah.
Setiap murid mesti menghormati pengawas.

24.4 Ketua kelas hendaklah mencari guru yang sepatutnya memasuki kelas jika guru itu
tidak sampai selepas 5 minit waktu matapelajaran itu bermula. Guru penyelaras jadual
waktu atau guru bertugas atau guru kelas atau mana-mana guru hendaklah diberitahu
sekiranya guru yang berkenaan tidak ditemui.

17

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

25 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

25.1 Murid-murid yang berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa hendaklah bersedia
mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan dengan penuh tatatertib serta mematuhi
segala arahan yang ditetapkan.

25.2 Latihan tidak boleh dipermain-mainkan kerana melibatkan keselamatan diri semua
individu di sekolah.

26 PENGURUSAN MASA

26.1 Murid-murid mesti menepati masa sepanjang masa persekolahan. Kegagalan
menepati masa untuk menghadiri kelas / aktiviti / gerak kerja yang ditetapkan akan
menjejaskan kelancaran pengendalian kelas l aktivitil gerak kerja yang berkenaan.

26.2 Kegagalan menepati masa yang berulang kali, contohnya: dating lewat ke sekolah dan
lewat masuk ke kelas selepas waktu rehat akan menyebabkan murid berkenaan
dikenakan tindakan disiplin.

27 SURAT MENYURAT

27.1 Semua bahan kiriman melaui pos untuk murid-murid yang dialamatkan ke sekolah
akan ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya.

27.2 Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada murid-murid yang
didapati menerima surat yang isinya menyeleweng atau tidak secocok dengan
statusnya sebagai murid sekolah.

27.3 Surat menyurat dari dan kepada unit beruniform / persatuan / kelab agensi/ kerajaan /
swasta mestilah melalui Guru Besar.

28 TINDAKAN DAN HUKUMAN
28.1
28.2 Sebarang kelakuan samada sengaja atau tidak, yang bertentangan dengan peraturan
sekolah ini dianggap sebagai kesalahan.
28.2.1
Murid-murid yang melakukan kesalahan melanggar peraturan –peraturan yang
terkandung dalam buku peraturan ini atau tidak dinyatakan di dalam buku ini tetap
diwartakan dari semasa ke semasa dengan jelas kepada murid-murid , akan
dikenakan tindakan disiplin yang setimpal dengan kategori kesalahannya dan
hukuman tersebut umumnya adalah seperti berikut:

Nasihat

18

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

28.2.2 Amaran Lisan dan Amaran Bertulis
28.2.3
28.2.4 Diberitahu kepada ibu bapa/ penjaga dan perjanjian berkelakuan baik
28.2.5
28.2.6 Hukuman rotan
28.2.7
28.3 Persekolahan digantung

28.4 Nama akan direkodkan dan dicatat salah lakunya dalam Sijil Berhenti Sekolah

28.5 Dibuang sekolah

Murid-murid yang dikenakan hukuman akan direkodkan namanya ke dalam Rekod
Disiplin Murid. Laporan akan diberitahu kepada ibubapa / penjaga.

Jawatankuasa Disiplin akan mendengar dan membincangkan kesalahan-kesalahan
besar seseorang murid. Keputusan cadangan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin
akan dikemukakan kepada Guru Besar untuk tindakan beliau.

Sebarang masalah berhubung dengan kekeliruan atau ketidak fahaman tentang
peraturan serta tindakan terhadap salah laku, boleh dikemukakan kepada
Jawatankuasa Disiplin sekolah pada bila-bila masa, selagi murid tidak / belum terbabit
dengan salah laku.

19

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

PERATURAN ASRAMA

29 . PELAJARAN

29.1 Kemajuan pelajar Penghuni Asrama akan diawasi oleh pihak sekolah (Penolong Kanan
Pentadbiran/HEM,Warden sekolah dan PPM)

Masa Sekolah :

29.2 Penghuni-penguni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

29.3 Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama di waktu hari persekolahan.Jika ada perkara
yang penting, kebenaran hendaklah diperolehi dari pihak sekolah.

Selepas Sekolah :

29.4 Tiap-tiap penghuni mestilah masuk ke kelas atau dewan makan untuk mengulangkaji pelajaran
mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Ketua Pengawas Asrama
seharusnya memastikan semua penghuni sudah berada di dalam kelas atau Dewan Sri Dilang
waktu belajar selepas loceng dibunyikan.

PETANG :JAM 3.00-4.00 petang MALAM:JAM 7.00-8.30 malam

30. TATATERTIB :

Akhlak :

30.1 Setiap penguni mestilah sentiasa berkelakuan baik, samada di dalam ataupun di luar asrama.
Penghuni-penghuni tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh, mencuri,
merokok, menggumakan dadah atau merosakkan harta benda asrama.

Disiplin :

30.2 Badan displin yang terdiri dari Guru Besar, Guru Pen.Kanan (HEM), warden sekolah, PPM
Asrama dan pengawas-pengawas asrama berkuasa menjalankan displin di asrama.
Ditegaskan bahawa pengawas-pengawas asrama TIDAK DIBENARKAN menjatuhkan
hukuman dera kepada penghuni yang melanggar peraturan asrama.

30.3 Pengawas-pengawas hanya dibenarkan untuk memberitahu warden sekolah/ PPM/ penyelia
asrama yang bertugas untuk tindakan selanjutnya.

31. PAKAIAN :
31.1 Penghuni mestilah sentiasa berpakaian kemas.
31.2 Pakaian sekolah hendaklah digunakan pada waktu-waktu sekolah,kegiatan sekolah, balik

rumah panjang dan waktu sarapan pagi dan tengah hari.

20

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

31.3 Di lain-lain masa di asrama,termasuklah hari kelepasan, penghuni-penghuni hendaklah
memakai pakaian yang sesuai,bersih dan kemas.

31.4 Pakaian tidak dibenarkan digantung dalam asrama atau menjemurnya di asrama.
31.5 Semua pakaian atau barang kepunyaan sendiri haruslah disimpan di dalam almari yang

disediakan.

32. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN :
Kebersihan dan kesihatan Diri
32.1 Kebersihan diri sendiri hendaklah sentiasa dijaga. Warden Sekolah/ PPM/ Penyelia Asrama

akan menjalankan pemeriksaan kebersihan diri penghuni pada setiap hari.
32.2 Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada \Warden Sekolah Penyelia

asrama.
32.3 Penghuni seharusnya menjemur tikar, bantal, kelambu pada waktu tengahari
32.4 Penghuni seharusnya menyusun tilam dan bantal mereka apabila bangun tidur dan disusun

dengan kemas.

Kebersihan Bilik Asrama :
32.5 Bilik asrama mestilah sentiasa bersih dan teratur.
32.6 Pemeriksaan umum akan diadakan seminggu sekali. Pemeriksaan mengejut akan juga

diadakan oleh Warden Sekolah, Penyelia Asrama, Guru PK HEM dan Guru Besar dari masa
ke semasa.
32.7 Makanan tidak dibenarkan dimakan dalam bilik tidur kecuali dengan kebenaran Warden
Sekolah.
32.8 Pakaian dan alat harian seperti tuala,sarug bantal dan selimut hendaklah sentiasa bersih dan
kemas.
32.9 Pakaian dan barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam bilik asrama.
32.10 Semua alas kaki seharusnya berada di luar bilik tidur.Semua baldi dan alas kaki (kasut dan
selipar) disusun dengan kemas di anjung bangunan asrama.

32.11 Semua penghuni diminta menjaga kebersihan, keindahan dan kecantikan Bangunan Asrama
demi keselesaan hidup dan kesihatan mereka.

Kebersihan Kawasan Asrama :
32.12 Jangan membuang sampah di merata-rata tempat ataupun kawasan asrama khasnya.
32.13 Semua sampah hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.
32.14 Jangan menbuang air kecil atau air besar dalam asrama ataupun berdekatan asrama.

33. KEGIATAN :
33.1 Semua penghuni asrama diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah ataupun

asrama.

34. KESELAMATAN :
34.1 Penghuni-penghuni bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.

21

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

34.2 Barang-barang KEMAS tidak dibenarkan dibawa ke asrama seperti rantai emas ,radio dan
lain-lain yang berharga. Pihak sekolah TIDAK akan bertanggungjawab sekiranya barang-
34.3 barang kemas hilang ataupun dicuri.
34.4 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau/ parang tidak boleh disimpan di dalam almari asrama
34.5 atau di dalam beg sekolah.
34.6 Semasa bekerja di waktu petang atau pagi hari Sabtu dalam kawasan sekolah setiap penghuni
34.7 asrama mesti menjaga keselamatan diri sendiri.
34.8 Setiap penghuni asrama dilarang berada di sekitar pondok dan laluan jalan raya serta
berdekatan dengan sungai di kawasan sekolah.
• Setiap penghuni asrama mestilah mematuhi keselamatan elektrik, keselamatan semasa
menaiki perahu ataupun ekspres waktu pulang ke rumah panjang ataupun balik ke sekolah.
Penghuni TIDAK SEKALI-KALI DIBENARKAN membuat sambungan elektrik ataupun
menggunakan LILIN dan PELITA dalam asrama waktu malam selepas lampu dipadamkan.
Penghuni TIDAK SEKALI-KALI dibenarkan pergi mandi sungai. Semua penghuni mesti mandi
di tempat yang telah disediakan mengikut masa yang ditetapkan.

PAGI : 5.30 PAGI *TENGAHARI : 2:00PETANG *PETANG :5.30 PETANG

35. KEGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK :
35.1 Setiap penghuni dikehendaki berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik.
35.2 Lampu mesti dipadam apabila meninggalkan asrama
35.3 Paip air sentiasa ditutup sekiranya tidak digunakan.

36 . KELUAR DARI ASRAMA
36.1 Penghuni asrama tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran.
36.2 Penghuni-penghuni dibenarkan pulang ke rumah panjang setiap minggu dan pada masa-

masa kecemasan setelah memperolehi kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong
Kanan HEM dan Ketua Warden.
36.3 Penghuni yang ingin pulang ke rumah panjang SEHARUSNYA mencatat nama mereka dalam
buku yang disediakan apabila mendapat kebenaran keluar dan apabila masuk semula ke
kawasan sekolah. Sila berjumpa dengan warden/PPM bertugas pada hari tersebut.

37. PELAWAT
37.1 Pelawat ,ibu bapa ataupun penjaga penghuni asrama dibenarkan melawat asrama pada

hujung minggu dan pada hari-hari kelepasan sahaja ataupun pada waktu yang ditentukan oleh
pihak sekolah.
37.2 Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kad pelawat
atau yang diragukan kesahihannya.
37.3 Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Guru Besar.

37.4 Pelawat tidak dibenarkan pergi ke kawasan larangan sekolah seperti asrama dan kelas untuk
bertemu murid.

37.5 Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab.

22

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

38 PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA

38.1 Pelanggaran peraturan asrama adalah satu kesalahan.

38.2 Hukuman yang akan dikenakan adalah berdasarkan keseriusan kesalahan

38.3 Kategori hukuman adalah
38.3.1 Amaran dan kaunseling
38.3.2 Memanggil ibu bapa / penjaga
38.3.3 Gantung Asrama : 1 Minggu dan 2 Minggu
38.3.4 Buang Asrama

39 TAFSIRAN KESALAHAN

39.1 Klausa peraturan yang tidak jelas dan mana-mana peraturan dan kesalahan yang tidak
tercatat dalam peraturan asrama, Lembaga Pengurusan Asrama yang dipengerusi oleh Guru
Besar boleh dengan budi bicara mentafsirkan kesalahan dan hukuman yang akan dikenakan
.

23

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN 1

SENARAI AMALAN BAIK DAN SENARAI KESALAHAN SERTA
KES KHAS DALAM SSDM

SENARAI AMALAN BAIK
(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod Amalan Keterangan Amalan Baik
Baik Sukarela Membantu Guru
01 Sukarela Melapor Kes Salah Laku
02 Membantu Melaksanakan Kerja-Kerja Landskap / Taman
03 Membantu Mengemas / Menyusun Atur Bilik-Bilik Khas
04 Membersih Kawasan / Bilik Khas
05 Kerja-Kerja Mengecat
06 Menyertai Aktiviti Luar Di Bawah Bimbingan Dan Kaunseling
07 Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni
08

SENARAI KESALAHAN / KES KHAS
(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod Keterangan Salah Laku
N101 Membawa handphone
N104 Menunjuk perasaan/berpiket
N109 Meniru dalam peperiksaan
A101 Berjudi
A102 Mencuri
A103 Mengancam/memukul/mencederakan guru
A104 Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan
A105 Mengancam/memukul/mencederakan murid
A106 Peras ugut
A107 Gengsterisme
A108 Bergaduh
Kod
B101 Keterangan Salah Laku
B102 Buli bahasa
B103 Buli fizikal
B104 Buli isyarat
C101 Buli perhubungan
C102 Memiliki dan menyimpan rokok
C103 Membekal dan menawarkan rokok
C104 Menjual dan mengedar rokok
D101 Menghisap rokok
D102 Ponteng sekolah
Ponteng kelas

24

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

D104 Ponteng ujian / peperiksaan
D107 Ponteng acara rasmi sekolah
D108 Ponteng perhimpunan
E101 Bercumbuan
E102 Berkhalwat
E103 Bawa bahan lucah
E104 Mengedar bahan lucah
E105 Mengintai
E106 Menggunakan kata / perbuatan lucah
E107 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah
E108 Menonton vcd / filem lucah
E109 Memeluk murid lain jantina
E110 Berdua-duaan yang menimbulkan syak
F101 Biadap kepada guru
F102 Biadap kepada kakitangan
F103 Biadap kepada tetamu
F104 Berkelakuan kasar kepada murid
F105 Berbahasa kesat / kasar kepada murid
F106 Meminum / membeli / menyimpan / mengedar minuman yang memabukkan
F107 Membuang sampah merata-rata
F108 Ingkar arahan guru
F109 Ingkar arahan pengawas
F110 Meludah di tempat tidak sepatutnya
G101 Merosakkan harta benda sekolah
G103 Merosakkan harta benda kantin
G104 Merosakkan peralatan bilik-bilik khas
G105 Merosakkan tanaman tumbuhan / tanaman hiasan
G106 Menconteng dinding bangunan sekolah
G108 Merosak / mengoyak buku SPBT
G109 Merosakkan peralatan sukan
G110 Merosakkan kenderaan guru besar / pengetua / guru / kakitangan
G111 Merosakkan harta / kenderaan murid
H101 Pecah amanah
H102 Berbohong
Kod
H103 Keterangan Salah Laku
H104 Tidak bertanggungjawab
J101 Tidak jujur
J102 Menunggang motosikal / basikal dalam kawasan sekolah
J103 Masuk tandas berlainan jantina
J104 Sengaja membunyikan loceng kecemasan
J105 Mengganggu semasa pengajaran dan pembelajaran
J106 Tidak ikut giliran / berebut-rebut / bertolak-tolak
J107 Membawa / bermain mercun
J108 Mengubahsuai pendawaian elektrik
K101 Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran
K102 Lewat ke sekolah
K103 Lewat ke perhimpunan
Lewat masuk kelas

25

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

K104 Lewat datang aktiviti luar kelas / kokurikulum
L101 Berkuku panjang
L102 Mewarna kuku / berinai
L103 Berambut panjang
L104 Rambut berfesyen
L105 Bermisai / berjanggut
L106 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan
L107 Pakai barang kemas
L108 Mencukur bulu kening
L109 Memakai alat solek
M101 Penglibatan dalam politik
M102 Penglibatan dalam perhimpunan / perarakan politik
M103 Merayu undi dalam pilihanraya
M104 Menyebar penulisan / dokumen / propaganda politik
P101 Penyalahgunaan dadah / inhalan
P102 Memiliki / menyimpan bahan berkaitan dadah / inhalan
P103 Membekal / menawarkan bahan berkaitan dadah / inhalan
P104 Menjual / mengedar bahan berkaitan dadah / inhalan
Menghisap / menyuntik / menyedut / meminum / menghidu bahan berkaitan
P105 dadah / inhalan
P106 Menghidu bahan-bahan inhalan
P107 Bertatoo
P108 Mencederakan diri sendiri
P109 Cubaan membunuh diri
P110 Terjun bangunan
P111 Penyalahgunaan racun
P112 Hamil
P113 Lumba haram
P114 Kemalangan dalam sekolah
P115 Lari dari rumah
P116 Ajaran sesat / militan

Catatan:

mana-mana jenis peraturan, salah laku dan hukuman yang
tidak tercatat atau tidak jelas dari segi makna yang terkandung
dalam buku peraturan ini, akan ditafsir, dinilai dan ditentukan
oleh pihak pengurusan SK Rantau Dilang selagi ianya tidak
bertentangan dengan peraturan-peraturan dan arahan-arahan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Sarawak

26

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

LAMPIRAN 2

SURAT AKU JANJI MURID DAN
PENGAKUAN IBUBAPA

SURAT AKU JANJI MURID
SK RANTAU DILANG

NAMA MURID : ___________________________________________ KELAS: ______________

Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku bahawa saya bersetuju akan mematuhi segala
peraturan sekolah / asrama selama saya belajar di sekolah ini. Sekiranya saya melanggar mana-mana
peraturan yang telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima sebarang bentuk hukuman
yang berkaitan setimpal dengan kesalahan yang saya telah lakukan. Persetujuan ini dibuat atas
kesedaran dan kerelaan hati saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak.

Tandatangan Murid

.................... .................................
()
Tarikh :

PENGAKUAN PENJAGA

Saya _____________________________________________________________________________

penjaga kepada
____________________________________________________________________

mengakui telah membaca buku peraturan ini dan bersetuju menasihati anak/anak jagaan saya supaya
mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini. Saya memberi sepenuh
kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendali dan menyelesaikan kes disiplin yang melibatkan
anak/anak jagaan saya.

Tandatangan : .....................................................................
Nama : ...............................................................................
No K/P : .............................................................................
Tarikh : ..............................................................................

27

SK RANTAU DILANG,KANOWIT BUKU PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA

28


Click to View FlipBook Version