KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK MUHAMMAD ADIB HUMAIDI BIN CHE ANUAR
NAMA: MUHAMMAD ADIB HUMAIDI BIN CHE ANUAR NO K/P: 051115110657 UNIT: BAHASA MELAYU 1 KURSUS: KESANTUNAN BERBAHASA KOD KURSUS: BMMB 1144 NAMA PENSYARAH: EN. ANUAR BIN AB. RAZAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTANMIZAN
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 GAYA KESANTUNAN BERBAHASA 1.1 BAHASA TERBALIK 1.2 BAHASA KIASAN 1.3 PERIBAHASA 1.4 PANTUN 1.5 BAHASA SAPAAN 1.6 PENGURUSAN AIR MUKA 2.0 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA 2.1 BINAAN KATA 2.2 BINAAN AYAT 2.3 SEBUTAN DAN INTONASI 2.4 EJAAN DAN TANDA BACA 3.0 ISU KESANTUNAN BAHASA 3.1 ISU BAHASA 3.2 ISU BUDAYA 3.3 ISU SOSIAL 4.0 CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA 4.1 PERANAN IBU BAPA 4.2 PERANAN INSTITUSI KERAJAAN 4.3 PERANAN KERAJAAN 4.4 PERANAN MEDIA MASSA 5.0 PENUTUP 6.0 RUJUKAN
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan bantuan sepanjang penulisan kertas kerja ini. Terutama sekali, saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya, Encik Anuar bin Ab. Razak, atas nasihat, bimbingan, dan dorongan yang berterusan. Selain itu, saya tidak lupa untuk menghargai sokongan padu daripada keluarga saya, yang sentiasa memberikan semangat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada rakan-rakan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Akhir kata, saya amat menghargai kemudahan serta sumber yang disediakan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, yang membolehkan kajian ini dilaksanakan dengan jayanya. Setiap bantuan dan sokongan sangat bermakna bagi saya
1.0 GAYA KESANTUNAN BERBAHASA Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan, beradab, dan sesuai dalam sesuatu situasi komunikasi. Ia bertujuan untuk menjaga keharmonian sosial, mengelakkan konflik, serta menunjukkan rasa hormat kepada pendengar atau pembaca. Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi seseorang melalui komunikasi verbal atau tatacara berbahasa (Mislikhah, 2020).
1.1 BAHASA TERBALIK Bahasa terbalik banyak digunakan oleh orang Melayu dalam menyatakan maksud tertentu berlawanan dengan apa yg berlaku. Contoh: “Pergi panjat lagi pokok tu’ , kata emak semasa memarahi anaknya yang telah jatuh daripada pokok yang dipanjatnya. Bahasa terbalik banyak digunakan oleh orang melayu dalam perbualan bagi menyampaikan maksud secara menyindir namun masih lagi tersirat [ difahami oleh penutur yg lain ]. Menunjukkan kayanya lenggok bahasa orang Melayu yg tidak ada pada bahasa lain di dunia ini.
1.2 BAHASA KIASAN Jenis bahasa yg menghuraikan sesuatu dengan carmengkiaskannya kpd perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu. Menurut Kustina (2019), kiasan atau ungkapan merupakan teknik pengungkapan bahasa yang maknanya tidak menunjuk langsung terhadap objek yang dituju Contoh: “Manisnya seperti lautan madu” , “Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu” Unsur perbandingan dapat dilihar melalui penggunaan perkataan ‘seperti’ dan ‘bagai’
1.2 BAHASA KIASAN Contoh kedua pula ialah kiasan yg tidak menyebut bandingan secara langsung Contohnya: “Marahnya bernyalanyala” Bernyala-nyala biasanya digunakan untuk menyatakan keadaan api, tetapi dalam ungkapan di atas, sifat bernyala-nyala telah dipindahkan kepada keadaan marah. Sifat marah telah dibandingkan dengan keadaan api yg bernyalanyala
FUNGSI BAHASA KIASAN Menjadikan sesuatu maksud lebih terang. Untuk menguat dan menajamkan sesuatu karya, supaya lebih senang ditangkap oleh pembaca atau pendengar. Untuk menjadi perhiasan, mencantikkan bahasa supaya menjadi indah dan menarik. Digunakan sbg bahasa halus bg perkataan2 kurang sopan dikhalayak ramai
Salah satu aspek penting di dalam pembinaan karangan Bahasa Melayu. Peribahasa pula terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya simpulan bahasa, bidalan, pepatah dan perumpamaan akan dapat menjadikan karangan yg ditulis menjadi lebih menarik untuk dibaca. Peribahasa Melayu merupakan warisan budaya pemikiran yang bersangkutan dengan kehidupan seharian, iaitu tentang kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kepercayaan beragama dan seterusnya alam kehidupan sekeliling yang merangkumi alam Melayu itu sendiri (Hasan, 2016). Penggunaan peribahasa menunjukkan bahawa anda seorang yg suka membaca dan banyak menguasai pembendaraan kata 1.3 PERIBAHASA
JENIS-JENIS PERIBAHASA SIMPULAN BAHASA Panjang tangan- Suka mencuri Periuk nasi- Punca pencarian Buruk siku- sudah diberi, diambil balik Ikat perut- Berjimat makan dan minum BIDALAN Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
JENIS-JENIS PERIBAHASA PEPATAH Diam ubi berisi, diam besi berkarat Maksudnya: orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. PERUMPAMAAN Seperti katak di bawah tempurung Genggam bara api biar sampai jadi arang
Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa dituturi dan dikarang serantau Nusantara di Asia Tenggara, terutamanya bahasa Melayu. Ia paling ringkas dan asasnya terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris 1.4 PANTUN
CONTOH-CONTOH PANTUN Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ketepian, Bersakit-sakitlah dahulu, Bersenang kemudian. Pergi ke sawah membawa peti, Peti berisi setangkai padi, Jadilah anak yang rendah hati, Pasti mengerti balas budi. Balik dari kota, Beli tudung saji, Baik tutur kata, Semua orang puji Baju dicuci harus dibilas, Saat dijemur, diinjak unggas, Jadi murid tak boleh malas, Harus kerjakan semua tugas. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baharu belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Buah manggis di rumpan keladi, Mari dibelah berpangsa-pangsa, Yang manis bernama budi, Yang indah bernama bahasa.
1.5 BAHASA SAPAAN Penggunaan bahasa sapaan adalah bertujuan untuk membezakan pangkat atau status seseorang. Penggunaan kata sapaan yang tepat untuk menyapa mitra tutur akan dianggap santun dalam berbahasa (Rusbiyantoro, 2014). Dengan menggunakan bahasa sapaan ini jelas menunjukkan rasa hormat kita terhadap seseorang yg lebih berpangkat atau berkedudukan
1.6 PENGURUSAN AIRMUKA Dalam komunikasi, "air muka" merujuk kepada imej diri yang ingin dipertahankan di hadapan orang lain. Konsep ini berkaitan dengan maruah, harga diri, dan penghormatan sosial. Pengurusan air muka bermaksud menjaga perasaan diri sendiri dan orang lain supaya tidak menimbulkan rasa malu, tersinggung, atau kehilangan penghormatan. Setiap ujaran yang dikemukakan harus tidak menjejaskan air muka orang lain, khususnya orang yang dilawan bercakap. Hal ini dikatakan demikian kerana penjagaan air muka berperanan bukan setakat semasa berlakunya komunikasi malah menjangkau ruang lingkup yang lebih jauh daripada itu (Kiram, 2012). Pengurusan air muka penting kerana ia mampu mengelakkan kata-kata yang menjatuhkan maruah dalam perbualan, individu yang menjaga air muka akan memilih kata-kata yang tidak mempermalukan orang lain. Mereka akan mengelakkan bahasa yang kasar, merendahkan, atau sindiran yang boleh mencemarkan imej seseorang.
2.0 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEMBAHASA Kesantunan berbahasa bukan sahaja berkaitan dengan pemilihan kata yang sopan, tetapi juga melibatkan pelbagai aspek dalam sistem bahasa, termasuk binaan kata, binaan ayat, sebutan dan intonasi, serta ejaan dan tanda baca. Kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa membantu memastikan komunikasi berlangsung secara berkesan, menghormati norma sosial, dan mengelakkan salah faham yang boleh menyinggung perasaan pendengar atau pembaca.
2.1 BINAAN KATA Penggunaan kata imbuhan yang sesuai Kata kerja atau kata nama yang diberi imbuhan boleh memberi kesan kepada tahap kesantunan. Contoh: "Tolong duduk" (lebih sopan) berbanding "Duduk!" (kedengaran kasar). "Beliau telah memberi nasihat" (lebih sopan) berbanding "Dia bagi nasihat" (kurang rasmi) Pemilihan kata ganti nama Pemilihan kata ganti nama yang sesuai juga menunjukkan kesantunan dalam berbahasa. Contoh: "Saya" dan "Tuan/Puan" (lebih sopan dalam situasi rasmi). "Aku" dan "Kau" (lebih santai dan sesuai dalam komunikasi tidak formal) Penggunaan kata panggilan hormat Penggunaan gelaran seperti "Yang Berhormat" , "Profesor" , "Encik" , dan "Cik" menunjukkan kesantunan dan rasa hormat terhadap individu yang berkenaan.
Ayat yang berstruktur baik dan tidak mengandungi unsur kesat Contoh: Kurang sopan: "Kenapa awak lambat sangat?". Lebih sopan: "Maaf, boleh saya tahu sebab kelewatan?" Penggunaan ayat pasif dan ayat majmuk Ayat pasif sering digunakan dalam komunikasi rasmi untuk menjaga kesopanan. Contoh: "Tuan dijemput untuk memberikan ucapan." (lebih sopan). "Tuan bagi ucapan." (kurang rasmi) Ayat majmuk juga digunakan untuk mengurangkan kekasaran dalam pertuturan. Contoh: "Jika tidak keberatan, bolehkah saudara memberikan sedikit penerangan?" Penggunaan ayat tanya yang sopan Soalan perlu disusun dengan nada yang lebih lembut supaya tidak menimbulkan kesan mendesak atau menekan. Contoh: "Bolehkah saya membantu?" (lebih sopan). "Awak nak saya tolong atau tidak?" (kurang sopan) 2.2 BINAAN AYAT
2.3 SEBUTAN DAN INTONASI Sebutan yang jelas dan tidak tergesa-gesa Sebutan yang jelas membantu menyampaikan mesej dengan lebih baik dan mengelakkan salah faham. Intonasi yang sesuai Nada suara yang terlalu tinggi boleh dianggap sebagai marah atau mengherdik, manakala nada yang terlalu perlahan mungkin menunjukkan kurangnya keyakinan atau ketidaksempurnaan dalam komunikasi. Contoh: "Saya minta maaf." (jika diucapkan dengan nada rendah dan perlahan, menunjukkan rasa kesal yang tulus). "Saya MINTA MAAF!" (jika diucapkan dengan nada tinggi dan kasar, boleh dianggap sebagai sindiran atau kurang ikhlas). Nada hormat dalam situasi rasmi Intonasi dalam situasi rasmi perlu lebih formal, berbeza dengan komunikasi santai. Contoh: Semasa berucap di majlis rasmi, nada suara harus terkawal dan tidak terlalu laju atau mendatar.
Ejaan yang betul menunjukkan penghormatan kepada bahasa dan pembaca Contoh kesalahan ejaan yang boleh mencerminkan sikap tidak sopan atau kurang teliti: "sye nk tnya skit..." ❌ (kurang sopan, tidak formal) "Saya ingin bertanya sedikit..." ✅ (lebih sopan dan formal) Penggunaan tanda baca yang betul membantu nada dan kesantunan Penggunaan tanda seru (!) secara berlebihan boleh mencerminkan kemarahan atau sindiran. "Kenapa awak buat macam ni?!" ❌ (kedengaran marah) "Kenapa awak buat begini?" ✅ (lebih neutral) Penggunaan koma dan noktah dengan betul juga membantu pemahaman dan kesopanan. "Maaf, saya lambat sedikit." ✅ (lebih sopan) "Maaf saya lambat sedikit" ❌ (kurang jelas maksudnya) 2.4 EJAAN DAN TANDA BACA
Kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan, beradab, dan menghormati norma sosial dalam komunikasi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menjejaskan kesantunan bahasa dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam era moden yang dipengaruhi oleh teknologi dan perubahan sosial. 3.0 ISU KESANTUNAN BAHASA
3.1ISU BAHASA Berbicara dengan bahasa yang kurang sopan dan menghina sehinggakan boleh membuatkan pihak lain berasa tersinggung. Penggunaan bahasa rojak iaitu mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam sesuatu percakapan. Penggunaan bahasa yang tidak baik atau kesat dalam perbualan. Oleh itu, setiap individu perlulah berbicara dengan menggunakan perkataan serta bahasa yang sopan di mana- mana sahaja.
3.2 ISU BUDAYA Negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum oleh itu, kita seharusnya memahami agama dan budaya kaum lain agar tidak menyentuh kepada sensitiviti sesuatu kaum. Kita perlulah menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan budaya tolak ansur dalam kehidupan seharian. Isu pertembungan budaya yang menyebabkan berlakunya percampuran bahasa asing di dalam bahasa Melayu. Contohnya, manglish.
3.3 ISU SOSIAL ISU PENGARUH MEDIA SOSIAL Penggunaan kata sapaan dan kata ganti nama diri yang kasar dan kurang sopan dalam kalangan pengguna IT Generasi hari ini sering menggunakan bahasa singkatan untuk berkomunikasi. Kesannya, penulisan dalam urusan rasmi di kalangan remaja dipengaruhi oleh bahasa singkatan
4.0 CARAMENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA 4.1 PERANAN IBU BAPA 4.2 PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN 4.3 PERANAN KERAJAAN 4.4 PERANAN MEDIA MASSA
4.1 PERANAN IBU BAPA Menegur anak-anak dengan penuh hikmah jika anak-anak mereka menggunakan perkataan yang kurang sopan atau tidak berbudi bahasa terhadap orang yang lebih tua. Menjadi suri teladan yang baik dengan mendidik anak-anak sejak kecil untuk menggunakan bahasa sopan dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat serta membimbing cara berkomunikasi anakanak mereka dengan lebih baik dan berdisiplin. Ibu bapa memantau dan memastikan pergaulan anak-anak mereka terjamin tidak kira di mana mereka berada. Menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan kelompok kanak-kanak yang mempunyai jati diri yang baik.
4.2 PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai- nilai murni seperti rajin,tanggungjawab, menjaga kesantunan ketika berbahasa dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka. Unit Kaunseling hendaklah memberi nasihat berkaitan kesantunan berbahasa bersama orang lain kepada para pelajar Guru- guru boleh memberikan didikan moral kepada murid- murid Tingkatkan amalan berbudi bahasa di persekitaran sekolah
4.3 PERANAN KERAJAAN Mengadakan kempen meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang santun dari segi penggunaan ejaan, tatabahasa, ayat dan lain- lain Menguatkuasakan undang-undang dan akta terhadap individu yang menggunakan bahasa yang tidak sopan di kawasan khalayak ramai. Hal ini untuk mengelakkan masyarakat menggunakan bahasa yang tidak baik dengan meluas serta menggalakkan masyarakat bercakap secara sopan dan berbudi.
4.4 PERANAN MEDIAMASSA Siaran televisyen dan siaran radio memaparkan dan menyiarkan rancangan-rancangan yang menggunakan bahasa yang baik dan santun. Media cetak membanteras penggunaan bahasa yang kurang santun. Kamus Dewan, surat khabar dan majalah perlulah lebih aktif mengeluarkan panduan dan rujukan mengenai tatacara penggunaan bahasa yang santun dan bebudi influencer/ youtuber menerapkan nilai kesantunan bahasa dengan menggunakan bahasa yang murni dan sopan ketika menggunakan media sosial.
PENUTUP Kesantunan berbahasa merupakan elemen penting dalam komunikasi yang berkesan kerana ia mencerminkan nilai adab, hormat-menghormati, dan keperibadian seseorang. Dalam era globalisasi dan teknologi moden, cabaran terhadap kesantunan berbahasa semakin meningkat, terutamanya dalam media sosial dan interaksi harian. Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan dalam memartabatkan kesantunan bahasa dengan menggunakan kata-kata yang sopan, intonasi yang sesuai, serta menyesuaikan bahasa mengikut konteks dan audiens. Dengan mengamalkan kesantunan dalam pertuturan dan penulisan, masyarakat dapat mewujudkan hubungan yang harmoni serta memelihara keindahan bahasa sebagai warisan budaya yang bernilai.
RUJUKAN Hassan, A. F. M. (2016). Warisan budaya pemikiran dalam peribahasa Melayu. Jurnal Peradaban, 9(1), 1-10. Kiram, N. M., & Ariffin, R. M. R. (2012). Kesantunan berbahasa orang Melayu menerusi gaya pengurusan air muka dalam Saga: Aplikasi teori Ting-Toomey. Jurnal Bahasa, 12(2), 284-300. Kustina, R. (2019). Makna Kiasan dalam Bahasa Jamee. Jurnal Metamorfosa, 7(2), 243-251. Mislikhah, S. (2020). Kesantunan berbahasa. Ar-Raniry: International Journal of Islamic Studies, 1(2), 285-296. Rusbiyantoro, W. (2014). Kesantunan melalui pemilihan kata sapaan dalam Bahasa Melayu Kutai: suatu kajian sosiopragmatik. In PRASASTI: CONFERENCE SERIES (pp. 275-283).
TERIMA KASIH