The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-78023633, 2022-07-16 03:15:04

MINIT MESYUARAT PERTAMA MATEMATIK 2022

MINIT MESYUARAT PERTAMA 2022

PK07 – Pengurusan Mesyuarat
PK 07/3

FORMAT MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SINAR BAHAGIA

MINIT MESYUARAT PANATIA MATEMATIK BIL 1/(2022)

Tarikh : 16 MAC 2022
Masa : 09:00 – 10:30 pagi

Tempat : Google Meet

Pengerusi : PUAN NORZIAH BINTI KHAMIS

Kehadiran(Bilangan) : 1. PUAN NORZIAH BINTI KHAMIS
2. PUAN ROZITA BINTI MOKHTAR
3. ENCIK ISMAEL BIN YATIM
4. PUAN MISSIAH BINTI WAHID
5. ENCIK AHMAD ZAKWAN
6. ENCIK HARITH BIN SHUKRI

Turut Hadir (Jika ada) : PUAN ROZIYATUN BINTI ABD MAJID ( GPK Pentadbiran)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat
datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-
guru yang turut menghadiri Mesyuarat Panitia Matematik kali ke pertama bagi
tahun 2022.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Rozita Bt Mokhtar.
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Harith Bin Shukri.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

Tindakan: Makluman

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah
diberikan oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada
tahun lepas. Pengerusi juga berharap aktiviti yang akan dirancang pada tahun
2022 dapat dijalankan dengan lebih baik. Pengerusi mengharapkan agar guru-
guru dan murid-murid dapat mengekalkan konsistensi berusaha untuk berjaya
dan guru-guru tidak berputus asa, dan terus berusaha untuk meningkatkan
pencapaian murid.

Tindakan: Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.2 Analisis PBD
Guru diminta membuat sasaran pencapaian akademik setiap murid dan
mengisi dalam sistem pemarkahan berdasarkan keputusan Penilaian
Berasaskan Bilik Darjah yang telah dijalankan pada penggal pembelajaran
yang lepas.Perkara ini perlu dilakukan untuk menyasarkan murid yang
mempunyai masalah dan memerlukan bimbingan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

4.3 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD)
Guru hendaklah membuat pentaksiran untuk memantau pencapaian atau
penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian. Guru boleh
membuat pentaksiran selepas habis tajuk pelajaran diajarkan. Contoh
pentaksiran yang boleh dijalankan adalah aktiviti soal jawab atau kuiz bertulis.

4.4 Murid Tahun Satu
Murid-murid tahun satu hendaklah diberikan perhatian bagi memastikan
murid-murid menguasai asas nombor seperti mengenal nombor, menguasai
operasi tambah dan operasi tolak. Guru boleh melakukan penilaian kendiri
bagi menilai tahap penguasaan murid.

4.5 Rancangan Pengajaran Harian Guru
Pengerusi meminta supaya guru menulis rancangan pengajaran harian pada
setiap hari dan melengkapkan maklumat guru dalam fail pengajaran harian
serta memastikan rancangan pengajaran ditulis lengkap dengan refleksi dan
dihantar untuk semakan pihak pentadbiran pada setiap petang hari Khamis
atau pagi hari Ahad. Guru boleh menggunakan RPH tematik bagi
menghubungkait tajuk-tajuk yang ada di dalam matematik.

4.6 Sukatan Matapelajaran, DSKP dan RPT
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru perlu mempunyai DSKP bagi
setiap tahun yang diajar. Perancangan PdPc perlu mematuhi DSKP.
Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada
SP/DSKP yang sah dan terkini.

4.7 PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA MATEMATIK UNTUK TAHUN 2022

4.7.1 Program Bijak Sifir (sepanjang Februari hingga Oktober)
Masa 5 minit sebelum atau selepas pengajaran dan pembelajaran berlansung,
murid-murid diuji secara lisan sifir dua hingga sembilan. Sifir adalah salah satu
tajuk yang menggunakan teknik hafalan dan perlu dibuat latih tubi dengan
kerap. Pertandingan melibatkan sifir akan dijalankan pada penggal ke dua
persekolahan.

4.7.2 Pertandingan Sudut Matematik ( menigikut penggal persekolahan )
Pertandingan sudut Matematik telah dijalankan semasa PdPr masih lagi
berlansung iaitu dalam bulan Mac 2022 hingga bulan Februari 2023.
Pertandingan terbuka kepada setiap kelas mengikut tahun. Guru
matapelajaran akan menampal atau mempamerkan hasil karya murid yang
terpilih di kelas masing-masing.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.7.3 Bengkel Teknik Menjawab UntukTahun 6 (bulan September hingga
November )
Teknik menjawab untuk murid-murid Tahun 6 akan dijalankan mulai bulan
September hingga November. Bengkel ini adalah persediaan sekiranya ada
peperiksaan khas yang akan dijalankan untuk tahun 6 berlansung pada tahun
2022/2023. Bengkel ini dijalankan sebagai persediaan murid-murid tahun 6
untuk memasuki alam persekolah di sekolah menengah nanti.

Tindakan:Guru Matematik Tahun 6

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Penetapan Jumlah Buku Latihan
5.1.1 Dalam mesyuarat panitia matematik telah memutuskan bahawa segala
bentuk latihan yang akan diberikan kepada murid masih mengikut
kesesuaian tahap pembelajaran murid.

5.1.2 Jumlah latihan yang akan diberikan kepada murid ialah:
Tahun 6 : 600
Tahun 5 : 400
Tahun 4 : 400
Tahun 3 : 400
Tahun 2 : 350
Tahun 1 : 300

Tindakan : Makluman

5.2 Semakan Latihan dan Buku Latihan
5.2.1 Semakan latihan hendaklah dibuat selewat-lewatnya tiga hari dari tarikh
latihan itu dibuat oleh murid.Semakan buku latihan hendaklah dihantar
mengikut tarikh semakan dalam buku pengurusan.

Tindakan : Makluman

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

....................................... …….............................
( PUAN MISSIAH BINTI WAHID) ( PN NORZIAH BT KHAMIS )
Setiausaha Panitia Matematik Pengerusi Panitia Matematik
Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia
Tarikh : 23 Mac 2022 Tarikh : 23 Mac 2022

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan fooer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00


Click to View FlipBook Version