The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshafarinaaziz, 2021-11-27 04:33:59

Modul 1 BM sem 4

Modul 1 BM sem 4

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

MODUL
BAHASA MELAYU

SEMESTER 4

(MODUL 1)

0 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

SISTEM BAHASA
1. MORFOLOGI

 Penggandaan penuh merupakan suatu proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada
kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak.

 Penggandaan penuh terbahagi kepada dua iaitu :
o Penggandaan penuh kata tunggal
o Penggandaan penuh kata berimbuhan

 Contoh penggandaan penuh kata tunggal iaitu:
Penggandaan Kata Tunggal
Meja-meja
Sekolah-sekolah
Budak-budak

1 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

 Contoh penggandaan penuh kata berimbuhan iaitu:

Dengan Awalan Dengan Akhiran Dengan Apitan

Pelatih-pelatih Jualan-jualan Persatuan-persatuan

Pekedai-pekedai Amalan-amalan Permainan-permainan

Penggandaan Separa

 Penggandaan separa merupakan suatu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

 Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.

 Penggandaan separa terbahagi kepada dua iaitu :

o Penggandaan separa kata tunggal

o Penggandaan separa kata berimbuhan

 Contoh penggandaan separa kata tunggal iaitu:

Kata Dasar Kata Ganda Separa

Gelang Gegelang

Pohon Pepohon

Tikus Tetikus

Siku Sesiku

 Contoh penggandaan separa kata berimbuhan iaitu:

Awalan Akhiran Apitan
Bersalam-salaman
Berlari-lari Jadi-jadian Kekuning-kuningan

Sepandai-pandai Risik-risikkan

2 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

Penggandaan Berentak
Kata ganda berentak merupakan suatu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
tertentu dalam kata dasar itu.

 Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah.

 Contoh kata ganda berentak :

in: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Contoh lain: Sayur-mayur Cerai-berai Hiruk-pikuk
Jenis Gunung-ganang Dolak-dalik Huru-hara
Pengulangan Vokal Anak-pinak Ulang-alik Lintang-pukang
Pengulangan Konsonan
Bebas

3 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

KATA HUBUNG
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan

o Kata hubung pancangan relatif
o Kata hubung pancangan komplemen
o Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata hubung pasangan.

*1. Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil,
tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Kata hubung gabungan Contoh

Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak

Dan Saya dan adik bermain di taman

Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian

Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur

Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar

Maka Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn
keluarlah

Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah

Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar

Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi

Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan

Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih

Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab

Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu

bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih
kuat lagi

4 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

*2. Kata hubung pancangan
i. Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan
kata hubung yang.
Contoh ayat:

 Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
 Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
 Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

ii. Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud
pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang
berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

 Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

 Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

 Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

iii. Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu
ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau,
semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat

 Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan keterangan:

Kata hubung pancangan Contoh
keterangan
Agar Saya berharap agarkamu dapat dating.
Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu.
Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar.
Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal
ini.
Hingga Saya belajar hingga ke peringkat university.
Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya.

5 @NSA 2021

Kecuali UNIT BAHASA MELAYU
Kerana KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
Ketika
Lantaran MODUL SEMESTER 4
Manakala
Meskipun Jawab semua soalan kecuali soalan dua.
Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya.
Sebelum Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur.
Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah.
Sejak Saya membaca buku manakala adik sedang bermain.
Sehingga Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul
lapan.
Sekiranya Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri
Selagi / seraya dan ke kanan dahulu.
Semenjak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah
Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolah
Sementara sehingga habis.
Sekiranya dia datang, berikan nota ini kepadanya.
Setelah Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising.
Selama Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak
Tatkala teratur.
Walaupun Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan
Sungguhpun SPM.
Yang Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu.
Jikalau Selama ini saya mencari kamu.
Andai Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah.
Untuk Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang.
Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga.
Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu.
Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu.

*3. Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata
hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,
entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Kata hubung berpasangan Contoh

Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul.

Baik…baik Baik Ali baik adiknya samasama pintar.

Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong
membersihkan balai raya itu.

Bukan saja…bahkan juga Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah

Bahkan saha…tetapi juga Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar

6 @NSA 2021

Jangankan…pun UNIT BAHASA MELAYU
Sedangkan…apatah lagi KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
Semakin…semakin
Sungguhpun…namun MODUL SEMESTER 4
Sungguhpun...tetapi Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.

walaupun...namun Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya
sedangkan...inikan pula
Sama ada…ataupun Encik Ali semakin kaya semakin pemurah.
Kian…kian Sungguhpun dia rajin belajar namun peperiksaannya tetap gagal.
Entah…entah
Bukan…sahaja malah Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha

Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut

Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke
Sekolah
Kian lama kian banyak orang ke sana
Khabar anghin itu entah betul entah tidak
Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata hubung. Kemudian, anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menngunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Terdapat pengguna yang tidak memastikan keadaan lampu-lampu motosikal mereka dalam keadaan baik. Keadaan
lampu yang tidak berfungsi dengan baiknya membahayakan nyawa anda ketika menunggang motosikal,
terutamanya pada waktu malam yang gelap-gelita. Anda mungkin ada penglihatan setajam helang yang
tidak memerlukan bantuan lampu motosikal, tetapi pengguna jalan raya lain tidak mempunyai kuasa
seperti anda. Mereka belum tentu dapat memastikan kelibat anda. Mereka tidak tahu anda di hadapan,
atau sedang membrek, atau mahu membelok. Sikap halai-balai anda meletakkan diri anda dalam keadaan
bahaya.

(4 markah)

7 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

2. SINTAKSIS

Ayat tunggal dan ayat majmuk

i. Ayat tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit.

Rumah Ali cantik.

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

ii. Ayat majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata
hubung. Contoh:

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal
hubung

Suhaili suka makan nasi lemak dan (a) Suhaili suka makan nasi
dan mi sup. lemak.

(b) Suhaili suka makan mi
sup.

Rumah yang besar itu rumah Yang (a) Rumah itu besar.
Fazli. (b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa bahawa (a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b) Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke luar
Negara.

Dia akan balik ke kampong Apabila (a) Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Terdapat 2 jenis ayat majmuk
i) Ayat majmuk gabungan
ii) Ayat majmuk pancangan.

i) Ayat Majmuk Gabungan/ ayat gabungan

8 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4
- Terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal menggunakan kata hubung
gabungan seperti – dan, atau, lalu, tetapi, maka, sambil
- Contoh ayat I:
a) Pelajar itu bijak (ayat tunggal)
b) Pelajar itu sombong (ayat tunggal)
c) Pelajar itu bijak tetapi sombong. (ayat majmuk gabungan/ayat gabungan)
Contoh ayat 2:
a) Salim menebas rumput. (ayat tunggal)
b) Salimah menyapu sampah. (ayat tunggal)
c) Salim menebas rumput dan Salimah menyapu sampah. (ayat majmuk gabungan)

ii) Ayat majmuk pancangan
- Terbentuk dengan menambah penerang kepada subjek menggunakan kata hubung pancangan ‘ yang’.
- Contoh I:
a) Lelaki itu abang saya. (ayat tunggal)
b) Lelaki itu tinggi. (ayat tunggal penerang )
c) Lelaki yang tinggi iu abang saya.
- Contoh 2:
a) Orang tua itu dibawa serta merta ke hospital. (ayat tunggal)
b) Orang tua itu sedang sakit tenat. (penerang subjek)
c) Orang tua yang sedang sakit tenat itu dibawa serta merta ke hospital. (ayat majmuk pancangan)

9 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

Panduan menjawab soalan.

Menyambungkan ayat ;

1. Murid perlu menggabungkan ayat-ayat mengikut jumlah dalam arahan soalan.
2. Murid perlu mengenal pasti kelompok idea dalam petikan.
3. Murid perlu menguasai kaedah penulisan dan contoh penggunaan kata hubung yang sesuai, penanda

wacana dan tanda bacaan untuk menggabungkan ayat-ayat.
4. Menggunakan sistem nombor (i., ii., iii., dsb.).
5. Jangan tinggalkan isi penting.

Memisahkan ayat / Mencerakinkan ayat;

1. Tentukan dahulu subjek dan predikat dalam ayat.
2. Kenal pasti kata hubung yang terdapat dalam ayat berkenaan dengan menggariskan kata hubung berkenaan.
3. Bina ayat tunggal baharu yang mempunyai satu subjek dan satu predikat berdasarkan stuktur asal dan

mengikut susunan.
4. Latihan Menggabungkan ayat

LATIHAN 2 : MENYAMBUNG AYAT

Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan ayat-ayat
itu.

Iklan memainkan peranan. Peranan iklan sangat penting. Iklan mempengaruhi pengguna. Pengguna membeli

barangan. Pengguna menggunakan perkhidmatan. Iklan mempunyai kuasa yang tersembunyi. Iklan mampu

mendorong pengguna membeli sesuatu barangan. Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. Kini, bidang

pengiklanan di negara ini telah menjadi industri. Industri ini mendatangkan keuntungan. Industri ini cepat

berkembang. (6 markah)

LATIHAN 3: MEMISAHKAN AYAT

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar. Anda
hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek dan aktiviti pengembangan bahasa

kebangsaan di peringkat negeri. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan juga untuk membina kesedaran

dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, badan induk

dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja dan masyarakat

umum. (6 markah)

10 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

5. PENYUNTINGAN
Penyuntingan, iaitu membetulkan kesalahan ejaan, imbuhan, tatabahasa dan penggunaan kata atau istilah dalam
petikan.

LATIHAN 4
Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin
petikan tersebut.
Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelancongan telah mengadakan pelbagai pekej pelancongan yang
menarik untuk menjanakan industri pelancongan di negara kita. Salah satu prodok pelancongan yang menarik ialah
eko-pelancongan kerana Malaysia kekayaan dengan sumber alam semula jadi iaitu hutan tropika yang mempunyai
beribu jenis spesis yang unit. Para pelancong-pelancong domestik dan luar negara pasti terpesona pandangan yang
indah di negara kita. Alam sekitar yang bersih perlu dikekalkan oleh kita agar supaya pelancong akan menziarah ke
destinasi peranginan di negara kita.

(13 markah)

6. MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD
Teknik mengubahsuaikan bahasa klasik atau bahasa tidak baku itu kepada bahasa Melayu baku:
1. Jika petikan itu ialah prosa tradisional, murid hendak mengenal pasti kata-kata yang lazim digunakan dalam

bahasa klasik seperti maka, arakiah, hatta, syahadan, alkisah dan sebagainya. Kata-kata tersebut mesti
dibuangkan dan tidak boleh menyalin kata-kata tersebut dalam bahasa Melayu standard.
2. Dalam bahasa klasik, sering terdapat ayat songsang yang tidak normal, seperti “meminta nangka sebiji”
sepatutnya “meminta sebiji nangka”.
3. Calon tidak boleh mengubah struktur ayat bahasa klasik itu, terutamanya ayat dalam bentuk cakap ajuk perlu
dikekalkan.
4. Bahasa istana perlu dikekalkan, seperti bertitah, berkenan, daulat tuanku, ampun tuanku, bersemayam,
berangkat, murka, bersiram dan sebagainya.

LATIHAN 5
Hatta diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini tatkala Inderaputera berjalan itu maka ia pun bertemulah
dengan Tasik Semendera Jin namanya. Maka dilihat oleh Inderaputera dari jauh ada suatu tasik maha besar seperti
laut rupanya. Maka fikir Inderaputera , “Laut apakah ini gerangannya?”

(3 markah)
(Petikan daripada Dua Geliga Hikmat dalam buku antologi Digarhayu Bahasa)

11 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

7. PERIBAHASA

Senarai Peribahasa

Bil. Peribahasa Maksud

1 Ada ubi ada batas, ada budi ada balas Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan.

2 Adat sepanjang jalan, cupak Setiap perbuatan ada peraturannya, setiap negeri
sepanjang betung mempunyai kebiasaannya.

3 Air tangan Masakan seseorang.

4 Akal budi Daya berfikir atau intelek.

5 Alah membeli, menang memakai Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang

mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan

lama.

6 Ambil berat Mengambil perhatian tentang sesuatu.

7 Ambil kesempatan Menggunakan keadaan untuk faedah sendiri.

8 Ambil kira Mempertimbangkan.

9 Ambil langkah Mengambil tindakan.

10 Ambil masa Tidak tergopoh-gopoh membuat sesuatu.

11 Anak buah Orang di bawah jagaan ketua.

12 Anak dara Anak perempuan yang sudah besar dan belum berkahwin
atau anak gadis.

13 Anak yatim Anak yang tiada ibu atau bapa.

14 Bagai lagu dan irama Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

15 Bahasa ibunda Bahasa sendiri yang dipelajari sejak lahir.

16 Bahasa menunjukkan bangsa Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa.

17 Baik hati Tidak sombong. Pemurah dan suka menolong. Pengasih
dan penyayang.

18 Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19 Balas budi Balas jasa dan berterima kasih.

20 Bara yang digenggam biar sampai Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar,
menjadi arang sehingga mencapai kejayaan.

21 Bawa diri Menyesuaikan diri dengan persekitaran.

22 Bawa resmi padi, makin berisi makin Semakin banyak ilmu atau semakin tinggi pangkat,

tunduk semakin merendah diri.

23 Belahan hati Orang yang sangat dikasihi.

24 Belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

25 Berbelah bagi Sukar untuk membuat keputusan.

26 Berpecah belah Tidak bersatu.

27 Bersatu teguh, bercerai roboh Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat

membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan

menyebabkan perpecahan.

28 Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan

sesuatu yang akan menghasilkan kejayaan yang

cemerlang.

29 Berumah tangga Berkahwin.

30 Biduk lalu, kiambang bertaut Orang yang bertelingkah kemudiannya berbaik semula.

31 Bintang terang Nasib baik atau bertuah.

12 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

32 Boleh tahan Mutu yang sederhana; tidak baik atau tidak buruk
33 Buah tangan Hadiah yang dibawa semasa melawat orang.
Mengharungi kesenangan dan kesusahan bersama-sama.
34 Bukit sama didaki, lurah sama
dituruni Bonjol pada pergelangan kaki.
Manusia bersatu (sebulat suara) kerana muafakat.
35 Buku lali
Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.
36 Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat

37 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

38 Bunga bangsa Orang yang berjasa kepada negara.

39 Campur tangan Mengambil bahagian dalam sesuatu hal.

41 Cerdik seperti kancil Sangat cerdik.

42 Cita rasa Kegemaran, kecenderungan dan pilihan.

43 Mendarah daging Sudah sebati dengan seseorang.

44 Daripada segenggam jadi segantang Daripada sedikit lama-lama jadi banyak.

45 Daya saing Keupayaan untuk bertanding.

46 Daya usaha Ikhtiar atau inisiatif.

47 Di mana-mana air bertakung, di situ Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang
ikan berkampung akan bertumpu.
Adat yang tidak boleh dipinda.
48 Dianjak layu, dicabut mati

49 Disuruh pergi dipanggil datang Orang yang taat.

50 Duduk sama rendah, berdiri sama Sama setaraf.
tinggi Mendapat keuntungan secara tiba-tiba.

51 Durian runtuh

52 Ganti rugi Pampasan atau wang untuk menggantikan kerugian.

53 Gulung tikar Muflis.

54 Harga diri Kehormatan diri seseorang.

55 Harta benda Khazanah, barang-barang yang berharga.

56 Hati-hati Cermat; hemat; waspada.
57 Hemat pangkal kaya, rajin pangkal Orang yang hidup hemat akan menjadi kaya, orang yang
rajin belajar akan menjadi pandai.
pandai

13 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

58 Hutang budi Kebaikan yang diterima dan patut dibalas.

59 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan

pecah semua orang lain yang menerima akibatnya.

60 Ikut jejak Mencontohi perbuatan/amalan orang yang terdahulu.

61 Jauh perjalanan, luas pemandangan Jika kita banyak merantau, banyaklah perkara yang dapat
kita lihat dan pelajari.

62 Jangan bawa resmi ayam, bertelur Jangan membesar-besarkan usaha/kejayaan yang tidak

sebiji riuh sekampung seberapa.

63 Jangan sudah terperosok, baru Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-

hendak membaiki lantai ingat.

64 Jauhari juga yang mengenal manikam Orang yang bijaksana dan mengetahui keelokan ilmu.

65 Kahwin campur Perkahwinan antara dua orang yang berlainan bangsa.

66 Kakitangan Orang yang bekerja di sesuatu pejabat.

67 Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta

berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

68 Kecil hati Tersinggung perasaan, marah sedikit.

69 Kerja kasar Kerja yang banyak menggunakan tenaga fizikal.

70 Kolar biru Pekerjaan yang menggunakan tenaga fizikal.

71 Kolar putih Pekerjaan di pejabat.

72 Kurang ajar Tidak sopan atau tidak tertib.

73 Kurang makan Kurang sihat kerana tidak mendapat makanan berzat.

74 Latar belakang Maklumat yang menjadi asas suatu cerita, cadangan,

komen dan sebagainya. Pemandangan yang menjadi
hiasan bagi sesuatu.

75 Luar biasa Istimewa atau berbeza daripada kebiasaan.

76 Lubuk hati Perasaan hati yang paling dalam.

77 Makan angin Berjalan-jalan sambil bersenang-senang atau bersiar-siar.

78 Makan gaji Bekerja dengan mendapat bayaran.

79 Makan rasuah Menerima rasuah.

80 Malang tidak berbau Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya.

81 Masa itu emas Masa sangat berharga.

82 Masa lapang Waktu senggang ketika tidak banyak atau tiada kerja.

83 Mata pelajaran Jenis ilmu pengetahuan yang diajar di sekolah atau subjek.

84 Melentur buluh biarlah dari Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil.

rebungnya

85 Membaca jambatan ilmu Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan

pengetahuan.

86 Membanting tulang Bekerja keras dan bersungguh-sungguh.

87 Memerah otak Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh.

88 Mencari jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

89 Meninggal dunia Mati.

90 Minta diri Memohon diizinkan pergi.

91 Muda remaja Orang dalam lingkungan belasan tahun.

92 Nasi sudah menjadi bubur Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi.

93 Orang asli Penduduk asal sesebuah negara.

94 Orang awam Rakyat biasa.

14 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

95 Orang berbudi kita berbahasa, orang Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan
memberi kita merasa pemberian, kita harus tahu berterima kasih.
Orang yang menjadi anggota sesuatu kumpulan atau
96 Orang dalam urusan.
Rakyat biasa.
97 Orang ramai Kesusahan kehidupan.
98 Pahit getir Kebahagiaan yang tidak kekal.
99 Panas tidak sampai ke petang Menganggap sesuatu tidak penting.
100 Pandang ringan Menganggap mulia (bagi orang).
101 Pandang tinggi Menerangkan sesuatu secara terperinci.
102 Panjang lebar Kesempatan yang paling baik.
103 Peluang keemasan Orang yang berusaha dalam senyap dan tidak heboh dapat
104 Penyu bertelur beratus-ratus senyap, beroleh banyak hasil.
Tidak berlaku adil.
ayam bertelur sebiji riuh sekampung Merasa senang dengan sesuatu.
105 Pilih kasih Sangat putih.
106 Puas hati Hilang kemahuan untuk meneruskan sesuatu.
107 Putih seperti kapas dibusar Orang yang rajin bekerja.
108 Putus asa Rakyat biasa.
109 Rajin seperti semut Tulus ikhlas.
110 Rakyat jelata Tidak angkuh (perilaku atau percakapan).
111 Rela hati Harapan yang sangat besar.
112 Rendah diri Rajin bekerja.
113 Rendah gunung tinggi harapan Hadiah atau imbuhan sebagai tanda penghargaan.
114 Ringan tulang Menaruh dendam terhadap seseorang.
115 Sagu hati Sama-sama bertanggungjawab.
116 Sakit hati
117 Sakit sama mengaduh, luka sama Menggunakan sesuatu secara negatif.
Orang yang tidak berguna kepada masyarakat.
menyiuk Kain kecil yang bersegi empat untuk mengesat peluh.
118 Salah guna Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.
119 Sampah masyarakat Persahabatan yang amat karib dan setia.
120 Sapu tangan Lazim (bagi tabiat, kelakuan dan lain-lain).
121 Sediakan payung sebelum hujan Gembira kerana sesuatu.
122 Seia sekata Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati.
123 Semula jadi Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya
124 Senang hati kehilangan tempat bergantung.
125 Senduk besar tak mengenyang Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi diri sendiri
126 Seperti anak ayam kehilangan ibu tidak melakukan demikian.
Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
127 Seperti ketam menyuruh anaknya Tidak mudah atau cepat rosak apabila digunakan.
berjalan betul Tidak mudah atau cepat rosak apabila digunakan.
Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna.
128 Susah payah Apabila tahu, baru timbul suka.
129 Tahan lama Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh.
130 Tahan lasak
131 Tak ada gading yang tak retak
132 Tak kenal maka tak cinta
133 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek

panas

15 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

134 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Sesuatu perkara yang diperkatakan mestilah bersebab
orang tak kata
Ambil tahu atau peduli.
135 Tanya khabar Mengundurkan diri daripada penyertaan atau jawatan.
136 Tarik diri Tidak tahu malu.
137 Tebal muka Disukai oleh seseorang tetapi dibenci pula oleh orang lain.
138 Tebu pada awak, peria pada teman Seluruh pekerja.
139 Tenaga buruh Orang yang mahir mengajarkan sesuatu ilmu.
140 Tenaga pengajar Sebelum membuat keputusan atau bertindak, ikutlah
141 Tepuk dada tanya selera perasaan sendiri.
Seseorang yang berada dalam keadaan berbahaya.
142 Telur di hujung tanduk Kelakuan, tindak tanduk.
143 Tingkah laku Setiap pekerjaan hendaklah mengikut aturannya.
144 Umpama sirih, menjalar dulu
Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa
kemudian melilit barulah memanjat kecemerlangan.
ke pucuk junjung Wang perbelanjaan peribadi.
145 Usaha tangga kejayaan Yang boleh digunakan segera, wang kontan.
Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim.
146 Wang saku
147 Wang tunai Tiap-tiap sesuatu berubah dan tidak ada yang tetap
148 Yang bertakuk yang ditebang, yang keadaannya.
Tidak tahu malu.
bergaris yang dipahat Disukai oleh seseorang tetapi dibenci pula oleh orang lain.
149 Zaman beralih, musim bertukar Seluruh pekerja.
Orang yang mahir mengajarkan sesuatu ilmu.
137 Tebal muka Sebelum membuat keputusan atau bertindak, ikutlah
138 Tebu pada awak, peria pada teman perasaan sendiri.
139 Tenaga buruh Seseorang yang berada dalam keadaan berbahaya.
140 Tenaga pengajar Kelakuan, tindak tanduk.
141 Tepuk dada tanya selera Setiap pekerjaan hendaklah mengikut aturannya.

142 Telur di hujung tanduk Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa
143 Tingkah laku kecemerlangan.
144 Umpama sirih, menjalar dulu Wang perbelanjaan peribadi.
Yang boleh digunakan segera, wang kontan.
kemudian melilit barulah memanjat Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim.
ke pucuk junjung
145 Usaha tangga kejayaan Tiap-tiap sesuatu berubah dan tidak ada yang tetap
keadaannya.
146 Wang saku
147 Wang tunai
148 Yang bertakuk yang ditebang, yang

bergaris yang dipahat
149 Zaman beralih, musim bertukar

16 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

LATIHAN 6

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian berikan dua peribahasa yang sesuai untuk situasi dalam
petikan tersebut.

KUALA LUMPUR: Minat memasak membawa Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,
mengembara merentas ke seluruh ceruk desa dan daerah di Pahang hampir setahun bagi melengkapkan
pencarian lebih kurang 600 resipi manisan tradisional Pahang. Inspirai untuk menghasilkan buku ini tercetus
kerana baginda mahu resipi lama menjadi warisan kepada generasi akan datang yang mungkin hilang ditelan
zaman jika tiada usaha menghimpunkannya dalam bentuk buku.

(4 markah)

8. PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
Panduan menjawab soalan pemahaman.

1. Soalan 1, berikan maksud rangkai kata dan jangan menghuraikan maksud perkataan. Contoh:

Berikan maksud rangkai kata penularan pandemik.

penularan pandemik

Penyebaran wabak penyakit

= Maksud penularan pandemik ialah penyebaran wabak penyakit.

2. Soalan 2 merupakan soalan banding beza maklumat berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2. Jawapan soalan 2
mestilah diambil dalam petikan bahan 1 dan bahan 2 yang diberikan.

3. Soalan 3 pula berdasarkan KBAT pemikiran kritis.
4. Soalan 4, jawapan berdasarkan KBAT aplikasi penyelesaian masalah.
5. Jawapan bagi soalan 3 dan 4 mestilah berdasarkan pendapat pelajar sendiri tetapi masih menepati

kehendak soalan.

17 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

LATIHAN 7

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan denga teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bahan 2

18 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

(i) Berdasarkan Bahan 2, nyatakan maksud komunikasi dua hala? [2 markah]

Maksud komunikasi dua hala ialah ________________________________________________.

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang fungsi alat peranti.
[3 markah]

Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, persamaan fungsi alat peranti ialah ______________________.

Selain itu, perbezaan fungsi alat peranti dalam Bahan 1 ialah ___________________________.

Manakala Bahan 2 pula ialah _____________________________________________________.

(iii) Ledakan teknologi yang kian berkembang pesat telah mencetuskan fenomena baharu kepada
masyarakat. Jika dahulu, kebanyakan masa lapang yang ada khasnya pada hujung minggu digunakan
untuk berkomunikasi dan berkasih sayang antara keluarga. Namun, keluarga sekarang lebih
menggunakan telefon pintar sebagai saluran komunikasi untuk berinteraksi sesama sendiri walaupun
berada di rumah yang sama.

Pada pendapat anda, apakah kesan buruk akan timbul sekiranya keadaan ini dibiarkan?
[3 markah]

Pada pendapat saya, kesan buruk yang akan timbul sekiranya ini dibiarkan ___________________
__________________. Selain itu, ____________________________________________________.
Di samping itu, ___________________________________________________________________.

(iv) Seorang rakan karib anda belakangan ini menggilai peranti teknologi komunikasi, seperti telefon

pintar, komputer riba dan permainan video. Tambahan pula rakan karib anda itu juga selalu

membawa telefon pintar ke sekolah sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian untuk belajar

kerana leka dengan permainan video. Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat

membantu rakan anda tersebut agar dapat mengubah sikap ini? [4 markah]

Sebagai rakan yang prihatin, cara yang akan saya gunakan untuk membantu rakan mengubah sikap
ialah ________________________________________________________. Selain itu,
___________________________________________________________________. Di samping itu,
____________________________________________________________________. Seterusnya,
______________________________________________________________________________.

19 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL SEMESTER 4

9. PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA

LATIHAN 8

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gelanggang

Ini gelanggang kita suara-suara momokan sumbang memperlekehkan

yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk menyentuh hati nurani

moyang lebih lima dekat yang lalu satu persepakatan kita sanggah nyah tanpa
kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di
kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali
bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggangnya yang terbina Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
dari keringat dan air mata elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

dengan gelanggang inilah negara aman makmur

rakyat berpadu

kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini

hati agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

jahat membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan

kerana telah terbukti dapat menyatupadukan dihormati

pelbagai keturunan. kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis

tohmahan

demi mempertahankan maruah gelanggang keramat

suci ini Onn Malini Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Kementerian Pendidikan Malaysia

20 @NSA 2021

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Bahan 2

i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud persada arena. (2 markah)

ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang pejuang

kemerdekaan. (4 markah)

iii) Hasil usaha dan perpaduan, Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga

ke hari ini.

Pada pandangan anda, bagaimanakah keadaan negara kita jika masih dijajah. (3 markah)

iv) Sempena sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah, pelbagai aktiviti harus dirancang untuk

memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid. Sebagai seorang pelajar,

bagaimanakah anda akan menjayakan sambutan tersebut. (4 markah)

21

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

10. NOVEL
LATIHAN 9 (PEMAHAMAN PETIKAN NOVEL)

i.) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bilik guru Kembali tenang. Kini, hanya tinggal aku dan Cikgu Latifah sahaja. Aku
lebih senang memanggilnya Cikgu Tipah. Guru Matematik itu usianya dalam lingkungan
empat puluhan. Badannya agak gempal, berkulit cerah dan mukanya bulat. Hidungnya pula
agak pesek. Dalam kalangan murid sekolah ini, Cikgu Latifah memang antara guru yang
digeruni kerana kegarangannya. Selain itu, Cikgu Latifah juga kuat membebel.

Nyatakan perwatakan Cikgu Latifah. (4 markah)

Persoalan Novel Pantai Kasih.

1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.

- Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak
menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang
juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun
semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

2. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.

- Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia
seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap
mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke
ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang
pemilih.

3. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.

- Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Doktor
Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh
tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor
tersebut.

4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.

- Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak
Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu di hadapan

22

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak
perempuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.

5. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.

- Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya
Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda
dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah
mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

6. Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.

- Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa
hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan
tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan
dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan
tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian
itu dia tabah menghadapi Felicia kerana mereka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk
melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang
lebih selesa.

7. Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga.

- Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha
sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap
keterlaluan meminta menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas
menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

8. Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

- Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya
anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha
menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan
agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya
dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap
bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong
daripada terus-terusan sakit menderita.

9. Persoalan tanggungjawab seorang ibu menjaga anaknya yang sakit.

- Ibu Unong Siron bertangungjawab menjaga anaknya yang sakit di hospital dan sanggup menghabiskan wang
bagi memastikan anaknya kembali pulih.

23

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Persoalan novel Bima Sakti Menari.

1. Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah.

– Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit
tidak menjadi gelap pada waktu malam.

2. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.

– Puan Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya
Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

3. Persoalan cinta akan alam sekitar.

– Budiman dan adiknya sama-sama prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor
dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak
terancang.

4. Persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adik
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik
bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang
tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap.

5. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang antara ibu bapa dengan anak.

– Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka
Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan kepadanya walaupun mereka telah bercerai.

6. Persoalan ketaatan kepada ajaran agama

– Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di
Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

7. Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan

– Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin
berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada
kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.

8. Persoalan tanggungjawab seorang ayah membesarkan anaknya seorang diri.

– Tan Sri Muhaimin, seorang bapa yang bertanggungjawab kerana beliau menjaga dan membesarkan anak
tunggalnya Muhammad Taufik, seorang diri selepas bercerai dengan isterinya Puan Wickham.

24

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

LATIHAN 10 (PEMAHAMAN NOVEL)

i. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
a. Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
b. Bima Sakti Menari, karya Sri Rohayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan tanggungjawab yang terdapat dalam

novel tersebut. [6 markah]

Berdasarkan novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop, dua persoalan tanggungjawab
yang terdapat dalam novel tersebut ialah ________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________.

Sebagai contoh, ____________________________________________________________________________.

Selain itu, persoalan __________________________________________________________________.

Sebagai contoh, ____________________________________________________________________________.

25

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

9. RUMUSAN
Format Rumusan

Perenggan 1 Pendahuluan
Perenggan 2 Fokus 1
Perenggan 3 Fokus 2
Perenggan 4 Kesimpulan

Format pengenalan bagi dua fokus:

Contoh:

Frasa awalan Fokus 1 Fokus 2

Rumusan ini membincangkan punca-punca berlakunya dan langkah-langkah untuk

obesity dalam kalangan kanak- menanganinya

kanak

Rumusan membincangkan punca-punca berlakunya obesity dalam kalangan skanak-kanak

dan langkah-langkah untuk menanganinya.

Format pengenalan bagi tiga fokus:

Contoh:

Frasa awalan Fokus 1 Fokus 2 Fokus 3

Rumusan ini punca-punca dan masalah-masalah serta usaha-usaha

membincangkan berlakunya obesity yang timbul untuk menanganinya.

dalam kalangan kanak-

kanak

Rumusan membincangkan punca-punca berlakunya obesity dalam kalangan kanak-kanak

dan masalah-masalah yang timbul serta usaha-usaha untuk menanganinya.

Isi petikan dan bahan grafik:

1. Pelajar perlu mengenal pasti focus yang terdapat dalam petikan.
2. Isi yang dikemukakan perlulah berdasarkan foku yang terdapat dalam petikan dan bahan

grafik.
3. Jumlah isi yang perlu dimasukkan dalam rumusan ialah 8 isi.
4. 1 isi akan diberikan 2 markah.
5. Isi perlu diambil daripada setiap bahan.

26

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Kesimpulan:

Contoh:

Kesimpulannya Cadangan Tema Kata hubung Kesan/harapan

Kesimpulannya, semua pihak masalah obesiti agar/supaya dapat melahirkan

perlulah dalam kalangan generasi yang

mengatasi kanak-kanak sihat dan cergas.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-

kanak agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.

Contoh Format Rumusan:

Rumusan membincangkan punca-punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak (Fokus 1) dan
langkah-langkah untuk mengatasinya (Fokus 2).

Antara punca obesiti dalam kalangan kanak-kanak ialah _____________________. Selain itu,
___________________. Di samping itu, _____________________________________. Seterusnya,
_______________________________________________. Selain itu, ______________________.
Akhir sekali, __________________________________________________.

Antara Langkah mengatasinya ialah ___________________________________. Selain itu,
____________________________________________________. Di samping itu, ________________

________________________________________________________.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-
kanak agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.

(120 patah perkataan)

27

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

LATIHAN 11

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa kerana mempunyai pelbagai jenis
industri pelancongan yang boleh dikomersialkan untuk para pelancong yang mempunyai minat
berbeza dan memudahkan mereka membuat pilihan untuk melancong ke tempat- tempat yang
mempunyai keunikan identiti dan keistimewaan tersendiri. Salah satu keunikan pelancongan di
negara ini ialah destinasi pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik yang diwartakan oleh
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) seperti Gua Mulu di
Sarawak, Taman Negara Kinabalu di Sabah, Bandar Bersejarah Melaka dan Taman Georimba di
Langkawi. Selain itu, tarikan pelancongan berasaskan sukan dapat direalisasikan melalui
penganjuran sukan antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang
menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi.

Umum mengetahui bahawa keindahan alam sekitar yang menarik dengan keunikan dan
keindahan alam semula jadi juga terdapat di negara ini. Apabila melancong di pantai, dipulau dan di
kawasan tanah tinggi, para pelancong dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan.
Tambahan pula, Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Redang, Desaru Kota Tinggi, Tanah Tinggi
Cameron, Tanah Tinggi Genting dan banyak lagi lokasi lain yangdilengkapi pelbagai prasarana amat
sesuai dijadikan destinasi pelancongan keluarga untuk pelancong domestik. Kemajuan teknologi
pelancongan tanah air juga dibantu oleh keunikankebudayaan masyarakat majmuk di negara kita.
Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina, India dan pelbagai suku kaum lain telah berjaya
meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia.

Sesungguhnya, kemasukan pelancong-pelancong dari segenap pelosok duniamewujudkan
peningkatan ekonomi negara yang amat ketara kerana kadar pengaliran wang masuk semakin
meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana para pelancong akan menggunakan wang untuk
menampung pelancongan mereka di Malaysia. Keuntungan yang diperoleh akan menjadi dana
kerajaan untuk membaik pulih infrastruktur dan perkhidmatan awam negara sekali gus
meningkatkan taraf hidup marhaen tempatan agar hidup dengan lebih selesa. Sektor pelancongan
juga telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada para penduduk. Rentetan kedatangan
pelancong-pelancong, permintaan kepadaperkhidmatan penginapan, pengangkutan, perdagangan
kraf tangan semakin bertambahjusteru menawarkan pekerjaan yang pelbagai kepada masyarakat
tempatan. Tuntasnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang amat penting dan banyak
membawakemaslahatan kepada kehidupan masyarakat setempat dan ekonomi negara.

Dipetik dan diubah suai daripada “Pelancongan di Malaysia”
Berita Harian, Ogos 2019

28

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Bahan 2 – Grafik

29

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

10. KARANGAN

BAHAGIAN A
[30 markah]
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada Tulis e-mel
anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200patah perkataan.

Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Kemalangan

Salam sejahtera, Yani.

Apa khabar? Saya baru tiba di Pulau Pinang dari Ipoh. Saya sekeluarga pergi ke ipoh untukbercuti
pada hujung Saya ingin berkongsi cerita tentang perjalanan balik ke Pulau Pinang. Kami
terserempak dengan sebuah kemalangan sesampainya kami di Tol Jawi. Sebuah lori dipercayai
dipandu dengan laju lalu merempuh sebuah kereta Proton Saga. Saya dan adik ternampak
pemandu Proton Saga tersebut terlantar di tepi jalan dan tidak sedarkan diri. Dahsyatnya!
Bagaimanakah kita boleh mengelakkan kemalangan sebegini daripada berlaku?Saya menantikan
respons daripada awak.

Sahabatmu,
Hafurah

Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Salam sejahtera, Devan.

Gembiranya saya apabila menerima e-mel daripada anda. Semoga anda dan keluarga baik- baik
sahaja?

Saya ingin berkongsi tentang topik Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang diterangkan oleh guru
saya. Guru saya telah menerangkan bahawa seseorang yang menggunakan telefonbimbit ketika
memandu akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan akan dihadapkan ke mahkamah. Bukan
itu sahaja, seseorang pemandu yang menyebabkan kematian kerana memandu secara berbahaya
juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan denda du secara
berbahaya juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan denda
sebanyak RM5,000 hingga RM20,000. Semua maklumat ini baru saya ketahui. Rupa-rupanya,
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya sangatpenting untuk mendidik kita supaya tidak melakukan
kesalahan di jalan raya. Apakah pendapat anda?

Saya menantikan respons daripada anda.

Sahabatmu,
Rakesh

30

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL MELAYU

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

E-mel 1
Pendahuluan
• Kata sapaan - bertanya khabar
Isi-isi penting
i. Mengurangkan had laju atau mematuhi had laju yang ditetapkan - tidak memotong - mengelakkan diri

supaya sempat memberikan tindak balas - sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling - memberikan
fokus sepenuhnya pada pemanduan - memastikan kenderaan dapat dikawal dengan baik
ii. Melakukan penyelenggaraan terhadap kenderaan - secara berkala - tayar, enjin dan brek -
diselenggara - terutamanya sebelum memulakan perjalanan yang jauhmemastikan keadaan yang tidak
dijangkakan tidak berlaku - mengelakkan diri kita menjadi mangsa kemalangan
Penutup
Berharap mendapat respons dengan secepat mungkin.
E-mel 2
Pendahuluan
• Kata sapaan - bertanya khabar
Isi-isi penting
i. Mengelakkan kita melakukan kesalahan di jalan raya - sentiasa beringat-ingat - peraturan dan undang-
undang terpahat dalam hati dan jiwa kita - mengelakkan diri daripada melakukan tindakan yang tidak

31

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL MELAYU

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

beretika - mengetahui kesan di sebalik tindakan itu – mengelakkan kehilangan nyawa
ii. Membangkitkan rasa bertanggungjawab di jalan raya - tidak menganggap pelbagai peraturan dan undang-

undang digubal - menyusahkan dan mengongkong kehidupan kita - memakai topi keledar-memakai tali
pinggang keselamatan - tanggungjawab yang wajib diamalkan – menghargai nyawa diri- menyayangi ahli
keluarga

Penutup
Berharap mendapat respons dengan secepat mungkin.

BAHAGIAN B
[70 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.

Domain Peribadi

Contohnya perlawanan yang membabitkan pasukan negara dalam apa-apa saja peringkat
pertandingan, tidak kira siapa dan apa-apa jua bangsa pemainnya, golongan muda adalah yangpaling
ramai menyokong dengan meluahkan pelbagai harapan untuk kemenangan negara.

Jika ramai anak muda yang tidak pergi melihat perbarisan Hari Kebangsaan, itu bukantanda
semangat patriotik sudah pudar. Kita perlu melihat kepada perkembangan teknologi sekarang yang
lebih pantas. Mereka ini boleh melihat secara lintas langsung melalui televisyen,media sosial seperti
Facebook atau apa-apa wadah media yang ada kerana medium itu lebih dekat dengan golongan muda.

(Sumber: Ucapan Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi,
Harian Metro, 27 Ogos 2018)

1. Petikan ucapan menunjukkan salah satu cara remaja zaman ini menzahirkan rasa cinta akannegara.
Semangat patriotisme mereka boleh ditunjukkan melalui pelbagai cara,
Sebagai seorang remaja, huraikan cara-cara anda memupuk semangat patriotik dalam diri.Jelaskan
peranan-peranan tersebut.

Pendahuluan
 Remaja sering kali dirujuk sebagai golongan yang berkait rapat dengan kebejatan sosial-situasi ini makin hari

makin teruk dan benar sekali, semangat patriotisme yang semakin terhakis dalam kalangan remaja
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada situasi ini

32

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL MELAYU

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

 Remaja ialah tunjang negara dan pemimpin masa hadapan negara, bagaimana perangai remaja masa kini,
begitulah perangai pemimpin negara kelak - negara akan menjadi huru hara dan kelam kabut sekiranya
semangat cinta akan negara tiada dalam diri remaja

 Bagi mengelakkan situasi tersebut, pelbagai langkah yang saya lakukan untuk memupuk semangat
patriotisme

Isi-isi penting

(i) Memeriahkan Hari Kebangsaan
• Tanggal 31 Ogos setiap tahun, negara menyambut ketibaan tarikh berkenaan dengan mengadakan

sambutan Hari Kebangsaan negara - sebagai seorang warganegara akan turut serta memeriah dan
menyambut hari berkenaan - ibu bapa membawa saya menghadiri sambutan Hari Kebangsaan sama ada
sambutan berkenaan diadakan di peringkat daerah, negeri atau di peringkat kebangsaan - akan menonton
siaran langsung pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia disiarkan di kaca televisyen - jika tidak
berkesempatan - mengibarkan bendera di hadapan rumah dan di kenderaan - tanda menghormati Jalur
Gemilang - rasa bangga

(ii) Mengajak ibu bapa melancong ke tempat bersejarah
• Kami sekeluarga melancong ke tempat-tempat bersejarah seperti A Famosa di Melaka semasa cuti sekolah

- ibu bapa menceritakan asal usul tempat tersebut dan kisah-kisah pejuang negara di sana - ibu bapa
memberitahu tentang sikap-sikap baik yang perlu dicontohi daripada para pejuang negara • Melalui
pelancongan ini - memahami sejarah negara dan insaf bahawa kemerdekaan negara adalah sukar diperoleh
menjadi lebih patriotik setelah mengetahui sejarah-sejarah perjuangan para tokoh negara bagi mencapai
kemerdekaan negara.

(iii) Mempelajari sejarah negara melalui pelbagai medium
• Membaca kisah-kisah perjuangan oleh tokoh-tokoh negara - membeli buku cerita berkaitan patriotisme

sebagai hadiah - menonton rancangan dan filem DVD yang mengandungi sejarah negara seperti "Leftenan
Adnan" dan "Bukit Kepong" - menunjukkan rasa kagum terhadap perjuangan tokoh-tokoh negara - kagum
dan syukur setelah mengetahui sejarah - lebih bersemangat patriotisme untuk menjaga kemerdekaan
negara

(iv) Menyertai program anjuran sekolah
• Pihak sekolah meraikan Hari Kebangsaan bersama warga sekolah - kawasan sekolah dihias dengan lambang

kemerdekaan supaya suasana kemerdekaan dirasai
• Pada bulan kemerdekaan - menyertai program yang pihak sekolah anjurkan – aktiviti yang bertemakan

kemerdekaan seperti pertandingan berpidato, pertandingan mendeklamasikan sajak, tayangan filem yang
berkaitan dengan semangat patriotisme.
• Lebih meriah dengan menghiaskan kelas dengan Jalur Gemilang - murid yang paling kreatif diberikan hadiah
- sedar tentang signifikan sambutan Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat malaysia - lebih cinta akan
negara serta menghargai kemakmuran negara sekarang

Penutup
• Golongan remaja sering kali dirujuk sebagai tunjang negara dan masa hadapan sesebuah negara itu adalah

ditentukan oleh remaja sekarang - “Berikan saya sepuluh remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,"

33

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL MELAYU

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

lontaran presiden Soekarno, bekas Presiden Indonesia - tiada sesiapa pun mahu negara sendiri dipimpin
oleh pemimpin yang tidak bersemangat patriotisme
• Penghakisan semangat patriotisme, terutamanya kalangan remaja, tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja
- tanggungjawab dalam mengelakkan situasi tersebut daripada terus menjadi teruk – semua pihak patut
menggembleng tenaga dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja

Gejala vandalisme yang semakin leluasa berisiko menjadi ancaman utama kepada struktur social dan
kesejahteraan masyarakat setempat sekiranya tidak ditangani segera.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, biarpun
media massa sentiasa melaporkan pelbagai kejadian vandalisme dilakukan terhadap harta benda
awam, kesedaran orang ramai masih berada pada tahap yang rendah.

(Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/08/68059/gatal-rosak-harta-awam)

Domain Awam
2. Kemudahan awam di negara kita sering menjadi mangsa kepada gejala vandalisme.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani masalah ini?

Pendahuluan
Gejala vandalisme kemudahan awam merupakan satu masalah yang semakin membimbangkan – berpunca
daripada sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab – usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani
masalah ini.
Isi-isi penting
(i) Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan harta benda awam kepada

masyarakat.
(ii) Pihak sekolah perlu memantapkan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam diri setiap pelajar supaya

mereka mempunyai kesedaran untuk menjaga kemudahan awam.
(iii) Ibu bapa perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak supaya mereka

bertanggungjawab serta menghargai kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaaan.
(iv) Pihak berkuasa mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat kepada sesiapa sahaja yang merosakkan

harta benda awam.
Penutup
Semua pihak mempunyai peranan dalam memastikan kemudahan awam sentiasa terjaga.

34

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL MELAYU

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Domain Pendidikan

Cerita pendek (CERPEN tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapatmengajar

orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita harus faham bahawa ceritapendek yang

ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang, dapat menimbulkan cara berfikir yang

maju.

(Keris Mas. Sasterawan Negara Malaysia)

3. Sasterawan negara berpendapat bahawa penulisan cerpen mampu menyedarkan orang disamping
menimbulkan cara berfikir yang maju.

Berdasarkan pendapat tersebut, kemukakan cadangan kepada pihak sekolah tentang langkah-langkah
yang perlu diambil untuk menggalakkan penulisan cerpen dalam kalangan murid.

Pendahuluan

• Murid perlu digalakkan melahirkan karya kreatif seperti cerpen ke arah meningkatkan budaya membaca
dalam masyarakat

• Penulisan cerpen mampu menyedarkan orang di samping menimbulkan cara berfikir yang maju.
• Lebih berminat menggunakan gajet - kurang dipraktikkan - memalapkan unsur kekreatifan
Isi-isi penting

(i) Guru - mengkaji karya cerpen bermutu – semasa pengajaran dan pembelajaran - memberikan pedoman dan
menerangkan ciri-ciri cerpen - memastikan muridmurid tidak berasa asing - karya cerpen - menjauhi bahan
picisan

(ii) Sekolah - mengadakan bengkel/kem penulisan kreatif - mendedahkan keindahan - pengolahan karya -
dibimbing secara terancang - mengembangkan bakat penulisan kreatif – menghasilkan cerpen yang
bermutu

(iii) Pertandingan penulisan cerpen - wajib – merangsang minat - mencungkil bakat penulisan - berasa
keghairahan dan bakat dihargai - anugerah penulis kreatif - meningkatkan keyakinan murid terus meneroka
keseronokan menulis cerpen

(iv) Melaksanakan minggu penghayatan cerpen - ulasan - menghayati karya - mencambahkan minat – berjinak-
jinak dengan penulisan kreatif - pendedahan yang berterusan daripada pihak sekolah

Penutup

Para murid digalakkan menceburkan diri dalam bidang penulisan cerpen - tujuan penting - menjana minda kritis
dan kreatif dan meraih sumber pendapat.

35

UNIT BAHASA MELAYU
KOLEJ VOKASIONAL MELAYU

MODUL BAHASA MELAYU
SEMESTER 4

Domain Kerjaya

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat memerlukan generasi muda yang berminat
menyertai pasukan itu, bagi memastikan kesinambungan keselamatan negara terus terjamin dan
bukan disebabkan faktor tiada pilihan kerjaya yang lain. Asisten Ketua StafPerkhidmatan Anggota
Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata situasi negara yang aman
menyebabkan masyarakat memandang ringan usaha menjagakedaulatan negara.

(Sumber: www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/11/21/
jangan-sertai-atm-kerana-tiada-pilihan-atau-terpaksa)

4. Anggota keselamatan negara merupakan barisan hadapan yang berperanan untuk menjamin
kesinambungan keselamatan negara dan mempertahankan kedaulatan negara. Namun demikian,
perubahan zaman memperlihatkan generasi muda kita pada hari ini kurang berminat untuk menyertai
pasukan keselamatan negara.

Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menggalakkan penyertaan pasukan keselamatan
negara untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda.

Format Rencana : Tajuk rencana
Pendahuluan (Nama penulis)

• Anggota keselamatan negara - menjamin kesinambungan keselamatan negara dan mempertahankan
kedaulatan negara

• Generasi muda kita hari ini kurang berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara - faktor tuntutan
kecergasan fizikal - pendapatan kurang menarik - jauh dari kampung halaman

Isi-isi penting

(i) Publisiti yang lebih luas - media sosial – trend perkembangan terkini - pemangkin anak muda - mengetahui
kebaikan dan kelemahan menyertai - menguar-uarkan keperluan dan kebaikan remaja menyertai bidang
ketenteraan

(ii) Program lawatan ke sekolah dan universiti dilancarkan oleh pasukan keselamatan negara - berkongsi ilmu
dan kepakaran serta pengalaman berkhidmat dalam ATM – menyemai aspek penting pembinaan negara
dalam diri generasi muda

(iii) Pendedahan awal di peringkat sekolah - penyertaan badan beruniform berkaitan - meningkatkan minat
remaja - badan berdisiplin - mudah menerima penyertaan-kerjaya - membanggakan

Penutup

Remaja dikirimkan harapan menggunung - mengangkat martabat negara - mempertahankan kedaulatan -
berdiri di barisan depan negara yang digelar kesateria gagah negara.

36


Click to View FlipBook Version