The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhafizah Yusof, 2023-12-01 04:06:00

Laporan Tahunan 2022

Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak.

Keywords: finalreport,yearlyreport

REKOD BAYARAN POS LAJU TAHUN 2022 (Kegunaan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak) LAPORAN TAHUNAN 2022 51


Gambar: Gerak Kerja Aktiviti Penulisan, Penerbitan dan Pengedaran Sesi perbincangan bersama pereka dalam penghasilan Buku Laporan Tahunan 2021. Penulis BPDN sedang mencari bahan untuk penghasilan artikel e-sukan dalam karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM), Dataran Petra Jaya. LAPORAN TAHUNAN 2022 52


Penulis sedang menemuramah salah seorang pembeli semasa karnival Jualan Harga Patut, JAKM untuk penghasilan artikel Infomesen Siri 1 2022. Sesi temuramah bersama ibu kepada seorang pencari kerja semasa karnival kerjaya JAKM, Dataran Petra Jaya untuk penghasilan artikel. LAPORAN TAHUNAN 2022 53


Salah seorang responden dalam penghasilan artikel yang bertajuk Tokong Beliong unik di tengah masyarakat Melayu. LAPORAN TAHUNAN 2022 54 Penulis BPDN menemuramah salah seorang responden dalam penghasilan artikel yang bertajuk Kenali Etnik Kejaman di Kampung Kejaman Lasah.


Kerja-kerja pengiraan, pengasingan dan pembungkusan bahan penerbitan untuk dihantar Ke-33 Pejabat Penerangan Daerah. LAPORAN TAHUNAN 2022 55


Kerja-kerja pembungkusan dan urusan pos laju. Perbincangan di antara penulis dan pereka dalam memperhalusi penghasilan Majalah PEMADAH. LAPORAN TAHUNAN 2022 56


Kerja-kerja pengemasan stor untuk menyimpan kotak dan bahan-bahan penerbitan (EKSA). Penyediaan bahan-bahan penerbitan untuk dimasukkan ke dalam goodies bag bagi persediaan program jabatan peringkat negeri. LAPORAN TAHUNAN 2022 57


ENGAGEMENT (LIBAT URUS) • MEMBINA JARINGAN KOMUNIKASI DAN INTERAKSI DENGAN KUMPULAN SASAR KE ARAH PEMASARAN MAKLUMAT YANG MELUAS.


1. MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sarawak 2022 telah diadakan pada 13 Ogos 2022 bertempat di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak. Majlis disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg. Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama, mengembalikan keyakinan serta sokongan serta penglibatan rakyat dan pemimpin pada program dan aktiviti dan seterusnya menyokong dasar-dasar serta program-program kerajaan dalam konteks “Malaysia Bersih”. Program tersebut dibahagikan kepada tiga segmen iaitu: • Tebingan Kuching (Zumba dan Pameran Maya & Fizikal) • Jambatan Darul Hana (Berjalan Teguh Bersama & Busking) • Dewan Undangan Negeri Sarawak (Majlis Pelancaran Sambutan & Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia) Tahun 2022 buat julung kalinya, JaPen telah menjalin kerjasama strategik dengan rakan strategik jabatan iaitu Bintulu Port Holding Berhad dan Bank Rakyat. Kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor korporat ini adalah membantu jabatan dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Aktiviti Zumba turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari, dif-dif kehormat dan para peserta program di Tebingan Sungai Sarawak. YAB Premier Sarawak menandatangani “frame sign” Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 59


YAB Premier Sarawak bersama-sama dengan ratusan peserta bagi acara Berjalan Teguh Bersama di Jambatan Darul Hana. YAB Premier Sarawak bersama dengan para peserta merakamkan gambar kenangan di Astaka Sambutan Perarakan Dewan Undangan Negeri Sarawak. YAB Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari menyampaikan amanat sempena Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Atrium DUN Sarawak. Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari menyerahkan Baton Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia kepada Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Encik Aziz Abdul Rahman merangkap Ketua Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Tahun 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 60


2. PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI 2022 PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI DARI BULAN JULAI HINGGA SEPTEMBER 2022 Program Merdeka@Komuniti dilaksanakan oleh JaPen Negeri di peringkat daerah. Penganjuran program yang melibatkan 246 Komuniti Keluarga Malaysia di Sarawak yang melibatkan kumpulan sasar masyarakat daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan latar belakang. Program ini memberi tumpuan kepada komuniti setempat dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022 selain dapat memupuk kesedaran masyarakat erti kemerdekaan yang dapat menggelorakan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Objektif utama program ini adalah untuk menyemarak dan menggelorakan semangat patriotik dan cintakan negara. Selain itu, program ini turut dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dalam kalangan rakyat Malaysia terutama dalam kalangan komuniti setempat. Di samping dapat menjadi platform kepada JaPen dalam menghebahkan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan turut menjadi rakan strategik kepada jabatan/agensi kerajaan dan swasta dalam memberi perkhidmatan secara terus kepada rakyat. JaPen telah melaksanakan program ini bermula dari 30 Julai 2022 sehingga 16 September 2022 selepas Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang hingga 16 September 2022 (Hari Malaysia). LAPORAN TAHUNAN 2022 61


GAMBAR-GAMBAR PROGRAM Merdeka@Komuniti Negeri Sarawak bermula di 0.0KM Teluk Melano, dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak. Merdeka@Komuniti Daerah Lundu. Merdeka@Komuniti Daerah Kuching. LAPORAN TAHUNAN 2022 62


Merdeka@Komuniti Daerah Sarikei. Merdeka@Komuniti Daerah Belaga. Merdeka@Komuniti Daerah Miri. LAPORAN TAHUNAN 2022 63


3. PROGRAM MERDEKA@PARLIMEN STATISIK PELAKSANAAN PROGRAM MERDEKA@PARLIMEN 2022 DARI BULAN SEPTEMBER HINGGA NOVEMBER 2022 Program Merdeka@Parlimen adalah program turun padang dan sesi libat urus Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bersama masyarakat setempat dalam suasana yang santai yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan negara dan mengeratkan lagi hubungan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa ke arah pembentukan sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni. Selain itu, program ini merupakan salah satu platform JaPen untuk memasarkan maklumat, isu semasa, dasar dan inisiatif kerajaan termasuk menyediakan e-perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat serta menjadi pendekatan terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku di peringkat akar umbi. Objektif utama program ini adalah untuk menjadi platform kepada JaPen dalam menghebahkan maklumat mengenai dasar, inisiatif dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan selain dapat memperkasakan komuniti melalui penglibatan dalam penganjuran dan pengisian program anjuran jabatan/agensi kerajaan; Bagi Negeri Sarawak, KPI yang telah dirancang adalah sejumlah 11 program di Parlimen terpilih dan berjaya mencapai 100% pelaksanaan program tersebut. LAPORAN TAHUNAN 2022 64


Merdeka@Parlimen P.207 Igan. Merdeka@Parlimen P.222 Lawas. Merdeka@Parlimen P.218 Kanowit. Merdeka@Parlimen P.220 Baram. Merdeka@Parlimen P.221 Limbang. Merdeka@Parlimen P.203 Lubok Antu. LAPORAN TAHUNAN 2022 65


Merdeka@Parlimen P.216 Hulu Rejang. Merdeka@Parlimen P.209 Julau. Merdeka@Parlimen P.198 Puncak Borneo. LAPORAN TAHUNAN 2022 66


4. PROGRAM KEMBARA MERDEKA KELUARGA MALAYSIA 2022 Kembara Merdeka Keluarga Malaysia tahun 2022 (KMKM2022) dilaksanakan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan Keluarga Malaysia. Program ini telah diaktifkan kembali setelah dua (2) tahun (2020 – 2021) direhatkan akibat daripada pandemik COVID-19. Pelaksanaan KMKM pada edisi ini adalah berkonsepkan “Pass Baton” dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh daerah di Negeri Sarawak. KMKM2022 dijalankan dan diselaraskan oleh JaPen Negeri Sarawak bersama Rakan Strategik bermula 10 hingga 31 ogos 2022. Bagi negeri Sarawak, KMKM 2022 dilaksanakan bermula pada 10 Ogos 2022 dan berakhir pada 31 Ogos 2022 yang telah disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak pada 13 Ogos 2022. Simbolik Konvoi ini berbentuk perarakan Baton Jalur Gemilang yang dibawa dan diserahkan oleh Ketua Konvoi JaPen Negeri Sarawak kepada Pegawai Penerangan Daerah selaku tuan rumah di 33 daerah di Sarawak. Penyerahan Baton Jalur Gemilang telah diacarakan di setiap Check Point (CP) di 33 daerah. Flag Off di setiap CP akan melibatkan (Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/Residen/Pegawai Daerah (DO) setempat). Terdapat dua (2) lokasi yang diadakan aktiviti/program berskala besar iaitu di daerah Kuching dan Dalat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia, Program Semarak Gemilang, persembahan hiburan bermaklumat (PENTARAMA JaPen Sarawak), pengedaran bahan penerbitan jabatan dan lain-lain. LAPORAN TAHUNAN 2022 67


Penyerahan Baton Jalur Gemilang oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, YB Datuk Rubiah Wang kepada Pegawai Penerangan Daerah Samarahan, Encik Abdul Latip di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Samarahan. YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyempurnakan pelepasan Konvoi KMKM 2022 di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Seketi Cina, Lim Ted Hong dari Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Tuan Jaafar bin Jantan di KM0.0 Telok Melano. Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Tuan Jaafar bin Jantan kepada Ketua Kampung Siru Melayu, Sematan iaitu Encik Marban Suud di perkarangan Dewan Masyarakat Kampung Sru Melayu, Sematan. Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Tuan Jaafar bin Jantan bersama-sama wakil Agensi serta Jabatan sekitar Lundu memacak Jalur Gemilang di Lundu Town Square. Pelepasan Konvoi KMKM 2022 telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, YB Datuk Wilson Ugak anak Kumbong ke destinasi seterusnya. LAPORAN TAHUNAN 2022 68


5. PROGRAM SKILLBOX KAEDAH PELAKSANAAN Program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku merupakan wawancara interaktif yang mengetengahkan pelbagai topik menarik bertujuan membantu pembangunan sahsiah diri pelajar. Pengisian program adalah bertemakan patriotik bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2022 bagi menyemarakkan dan menggelorakan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Di samping masih mengekalkan elemen interaktif, SKILLBOX@Kelab Malaysiaku pada tahun ini menampilkan kelainan dengan pelaksanaan secara hybrid iaitu gabungan pelaksanaan secara bersemuka dan secara dalam talian. Program secara bersemuka diadakan di SMK King Edward VII Taiping, Perak pada bulan 27 Ogos 2022 yang bertajuk Program Skillbox@Kelab Malaysiaku - ‘Malaysia Kita’. Untuk Kelab Malaysiaku, penyertaan adalah wajib bagi setiap negeri melibatkan 1160 orang peserta yang terdiri daripada 80 orang ahli untuk 13 negeri, 60 orang Wilayah Persekutuan Labuan & 60 orang Perlis. Program SKILLBOX@Kelab Malaysiaku menggunakan platform Livestorm dengan kapasiti 1160 orang peserta dan tidak memerlukan peserta untuk install aplikasi. Program ini menerapkan elemen multicommunicating iaitu peserta boleh berkomunikasi bersama moderator/penceramah/peserta sepanjang sesi berlangsung melalui medium yang terdapat pada Livestorm seperti berikut: LAPORAN TAHUNAN 2022 69


Peserta dari SMK Serian, Kuching yang menyertai Program Skillbox@Kelab Malaysiaku. Peserta dari SMK Matang Jaya yang menyertai Program Skillbox@Kelab Malaysiaku. Peserta dari SMK Paku yang terlibat di dalam Program Skillbox@Kelab Malaysiaku. LAPORAN TAHUNAN 2022 70


6. PUSAT MAKLUMAT RAKYAT (PMR) Pusat Maklumat Rakyat (PMR) merupakan hab maklumat yang beroperasi di setiap Pejabat Penerangan Daerah dan juga berperanan sebagai ‘focal point’ maklumat kepada masyarakat, bank data maklumat serta pusat rujukan oleh orang awam, agensi-agensi kerajaan di lain-lain peringkat iaitu tempatan, negeri dan negara. 6.1 PMR Outreach Program Pengimarahan PMR Outreach bertujuan untuk mempromosikan PMR kepada masyarakat tentang perkhidmatan yang disediakan dan memberi kemudahan komputer serta internet percuma kepada orang ramai. Bagi Tahun 2022, Program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) diserap di bawah Program IOW (Info On Wheels) dan dikenali sebagai PMR Outreach tanpa mengubah objektif program. Di Negeri Sarawak terdapat sebanyak 33 buah Pusat Maklumat Rakyat di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah. Jumlah Peserta Program PMR Outreach Negeri Sarawak Sepanjang 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 71


STATISTIK PELAKSANAAN LAPORAN TAHUNAN 2022 72


7. KUNJUNGAN HORMAT RAKAN STRATEGIK I. Kunjungan Hormat Japen Sarawak ke atas Premier Sarawak Pada 15 Julai 2022 JaPen Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak pada 15 Julai 2022 bertempat di Pejabat Premier Sarawak. Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan bagi menjemput Premier Sarawak merasmikan program Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak yang diadakan pada bulan Ogos 2022 di DUN Sarawak. Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak mengetuai kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak bertujuan untuk berbincang dan mengeratkan hubungan antara JaPen Sarawak dengan Kerajaan Negeri. Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak menyerahkan cenderamata kepada Premier Sarawak. LAPORAN TAHUNAN 2022 73


II. Kunjungan Hormat Kepada Timbalan Menteri Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Sarawak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol pada 5 Julai 2022 di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS). Selain itu, kunjungan hormat ini diadakan juga untuk membincangkan perancangan program strategik yang boleh dilaksanakan antara JaPen Sarawak dan UKAS selaku media rasmi di Sarawak dalam membina hubungan yang lebih erat bersama pengamal media rasmi Sarawak, UKAS. Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Tuan Jaafar bin Jantan mengetuai kunjungan hormat JaPen Sarawak kepada Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol. Pegawai Kanan JaPen dan UKAS yang turut menghadiri dalam kunjungan hormat tersebut. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol mempengerusikan mesyuarat sempena kunjungan hormat JaPen Sarawak. LAPORAN TAHUNAN 2022 74


Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Haji Saidol menyampaikan cenderamata kepada Tuan Jaafar bin Jantan. Tuan Jaafar bin Jantan ditemu ramah oleh pihak UKAS selepas selesai kunjungan hormat tersebut. Semua ahli mesyuarat mengambil gambar selepas selesai mesyuarat. LAPORAN TAHUNAN 2022 75


III. Bintulu Port Holdings Berhad Ke JaPen Sarawak JaPen Sarawak telah menerima kunjungan hormat dari Bintulu Port Holdings Berhad pada 15 Jun 2022 yang diwakili oleh beberapa pengurusan tertinggi syarikat berkenaan. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi membina hubungan strategik dua hala serta membincangkan program-program yang boleh dilaksanakan secara bersama. Perbincangan kerjasama strategik JaPen Sarawak bersama Bintulu Port. LAPORAN TAHUNAN 2022 76


Ketibaan Timbalan Premier Sarawak diiringi oleh Tuan Haji Suwadi bin Haji Guliling. Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Tuan Haji Suwadi bin Haji Guliling menyampaikan ucapan mewakili JaPen Sarawak. 8. MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI JAPEN SARAWAK BERSAMA KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA DI WATERFRONT HOTEL JaPen Sarawak telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Komuniti Keluarga Malaysia bertempat di Waterfront Hotel Kuching Sarawak. Majlis tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak pada 23 Mei 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 77


9. PUSAT SUMBER DAN FOTOGRAFI (PSF) PSF JaPen Sarawak berperanan menyalurkan maklumat kepada pengguna dan menjadi pusat maklumat utama mengenai pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan koleksi bahan fotografi rasmi kerajaan. Selain itu, PSF JaPen Sarawak turut menjadi pusat maklumat koleksi foto dalam kalangan penyelidik, jabatan, agensi dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Sarawak untuk tujuan rujukan, penerbitan, penyelidikan dan khazanah negara. Koleksi foto yang terdapat di PSF JaPen Sarawak ialah koleksi filem negatif, foto cetak dan foto digital. Selain itu, terdapat juga koleksi pelbagai bahan bercetak seperti buku, kamus, laporan tahunan dan buletin. PSF JaPen Sarawak menyediakan perkhidmatan rujukan, tempahan dan jualan koleksi bahan foto yang dirakam oleh jurufoto Jabatan Penerangan Malaysia. Sebagai media rasmi kerajaan, koleksi foto yang dirakam oleh jurufoto JaPen termasuk liputan gambar peristiwa aktiviti jabatan, aktiviti pemimpin negara/negeri, aktiviti rasmi kerajaan, pembangunan dan peristiwa penting negara/negeri. Portal myFoto Penerangan disediakan untuk kemudahan pengguna mengakses koleksi foto digital Jabatan Penerangan Malaysia. Tangkap layar laman sesawang MyFoto Jabatan Penerangan Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 78


LAPORAN STATISTIK PERKHIDMATAN PSF JAPEN SARAWAK TAHUN 2022 Jadual kadar caj harga jualan foto Jabatan Penerangan Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 79


10.1 UNIT FOTOGRAFI Laporan Liputan Foto Oleh Jurufotografi Tahun 2022 Laporan Dokumentasi Album Foto Kenangan VVIP Tahun 2022 AKTIVITI BAHAGIAN KOMUNIKASI VISUAL DAN SENI REKA, JAPEN MALAYSIA SARAWAK SEPANJANG TAHUN 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 80


Puan Noralia menerangkan mengenai kemudahan sumber elektronik untuk bahan bacaan digital yang boleh diakses oleh pengguna semasa Program Pembudayaan Ilmu: Perpustakaan Digital @ JaPen Sarawak. Pengunjung pameran menyertai aktiviti kuiz interaktif JaPen Sarawak semasa Program Khidmat Komuniti Bergerak anjuran Jabatan Perbendaharaan Malaysia, Sarawak di Dataran Lingga. Anggota BMKK menyertai aktiviti Jom Baca Bersama Peringkat Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak. YB Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu berminat melihat koleksi foto Jabatan Penerangan Sarawak ketika mengunjungi booth pameran JaPen Sarawak di Kuala Segan, Bintulu. LAPORAN TAHUNAN 2022 81


10. MEDIA ENGAGEMENT: PROGRAM “RINDOK ATI” MEDIA BERSAMA KOMUNITI PETRA JAYA. Media Engagement merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Cawangan Komunikasi Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Malaysia. Seramai 60 organisasi pengamal media dan juga 50 orang Komuniti Petra Jaya telah dijemput untuk menyertai program ini. Aktiviti ini diadakan bersama pengamal media massa dan media elektronik dalam usaha memperkasa jaringan strategik di antara jabatan kerajaan dan media. Pada tahun ini, Media Engagement dilaksanakan dengan konsep Program “Rindok Ati”: Media Bersama Komuniti Petra Jaya dan telah dilaksanakan secara santai bagi meraikan kerjasama yang telah lama terjalin di samping mengeratkan hubungan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak bersama para pengamal media dan Komuniti Keluarga Malaysia iaitu Komuniti Petra Jaya dalam membuat liputan mengenai program yang berlaku di Sarawak secara menyeluruh. Program ini berperanan untuk mengeratkan hubungan silaturahim JaPen Sarawak dan Komuniti Petra Jaya dengan pengamal media, mempromosikan kefungsian serta peranan Komuniti Keluarga Malaysia kelolaan JaPen kepada pengamal media serta dapat memperkukuhkan persefahaman antara pengamal media. PELAKSANAAN PROGRAM LAPORAN TAHUNAN 2022 82


Aksi para peserta semasa permainan “Lari Dalam Guni”. Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof (tiga kanan) diiringi oleh YB Encik Fazzrudin bin Haji Abdul Rahman dan disambut oleh Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat Kampung Gita Lama. Urus setia program sedang menguruskan pendaftaran para jemputan. Tetamu Kehormat, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof menyampaikan ucapan perasmian. YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof menunjukkan aksi beliau menendang bola sebagai simbolik pelancaran program. YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof (dua kanan) beramah mesra bersama Komuniti Petra Jaya. LAPORAN TAHUNAN 2022 83


TURUN PADANG (OUTREACH) • MELAKSANA PROGRAM TURUN PADANG BAGI MENDEKATI KUMPULAN SASAR TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN PENDALAMAN. LAPORAN TAHUNAN 2022 84


1. MYCEKAP KESEDARAN AWAM:DISKUSI INFOKU Dasar dan inisiatif KKM dalam meningkatkan kualiti kesihatan komuniti merupakan program anjuran bersama Cawangan Komunikasi Penghakupayaan OKU, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat bertujuan memberi maklumat secara bersasar kepada komuniti orang kelainan upaya dan komuniti Keluarga Malaysia di 33 daerah seluruh Sarawak yang dijalankan secara atas talian melalui aplikasi zoom pada 21 April 2022. Program ini bertujuan untuk: 1. Meningkatkan kefahaman mengenai dasar dan inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kualiti kesihatan komuniti khususnya golongan OKU dan ahli Komuniti Keluarga Malaysia. 2. Memberi maklumat mengenai sokongan dan bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi bagi OKU dan ahli Komuniti Keluarga Malaysia secara bersasar program ini turut dapat meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan/agensi kerajaan yang lebih meluas kepada masyarakat. 3. Penglibatan jabatan dengan masyarakat tempatan dalam konteks penyebaran maklumat yang keperluan mereka akan meningkat. 4. Memperkasakan penyampaian maklumat kepada belia komuniti OKU dan belia komuniti Keluarga Malaysia di samping membentuk masyarakat yang cakna terhadap isu-isu semasa khususnya kemudahan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat disalurkan hingga ke akar umbi. Infografik hebahan program di media sosial. Paparan skrin di talian Zoom menunjukkan Ketua Cawangan PMR, Puan Izawati Eni (kiri) sedang menyampaikan ceramah bertajuk Dasar dan Inisiatif Keluarga Malaysia bersama Jurubahasa isyarat, Puan Noor Afiqah Che Mustapa. LAPORAN TAHUNAN 2022 85


Komuniti Keluarga Malaysia yang turut serta secara atas talian di Pejabat Penerangan Daerah Miri. Penglibatan Komuniti Keluarga Malaysia secara atas talian di Pejabat Penerangan Daerah Daro. Komuniti Keluarga Malaysia yang turut serta secara atas talian di Pejabat Penerangan Daerah Bau. Penyertaan Komuniti Keluarga Malaysia secara atas talian di Pejabat Penerangan Daerah Lubok Antu. LAPORAN TAHUNAN 2022 86


Ketibaan YB Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut Merangkap ADUN N.2 Tasik Biru) diiringi oleh Encik Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak. YB Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Merangkap ADUN N.2 Tasik Biru menyampaikan ucapan dan merasmikan Program Semarak Gemilang 2022. Persembahan Infiesta PENTARAMA. Ucapan Aluan oleh Encik Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak. 2. PROGRAM SEMARAK GEMILANG PROGRAM SEMARAK GEMILANG TASIK BIRU Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak dengan kerjasama rakan strategik telah melaksanakan Program Semarak Gemilang sebagai salah satu aktiviti kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM). Penganjuran program dilaksanakan secara menyeluruh bagi memperkukuh perasaan cintakan negara melalui kempen kibaran Jalur Gemilang. Program ini dapat menyuburkan perasaan cintakan negara dan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan masyarakat serta dapat menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang di seluruh negara dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan orang awam. Tarikh : 16 Julai 2022 (Sabtu) Masa : 3.00 petang Tetamu kehormat : YB Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Merangkap ADUN N.2 Tasik Biru LAPORAN TAHUNAN 2022 87


Penyampaian cenderamata kepada Puan Anielia Siam, Pegawai Daerah Bau oleh YB Dato Henry Harry anak Jinep. Simbolik perasmian Program Semarak Gemilang 2022. Nyanyian Lagu Keluarga Malaysia dengan kemeriahan kibaran Jalur Gemilang. LAPORAN TAHUNAN 2022 88


Ketibaan YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat diiringi oleh Encik Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak. Encik Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak menyerahkan baton Konvoi Kembara Keluarga Malaysia kepada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, untuk diserahkan kepada Pegawai Penerangan Daerah Dalat, Puan Maria Tungkat. PROGRAM SEMARAK GEMILANG WATERFRONT DALAT Tarikh : 21 Ogos 2022 (Ahad) Masa : 9.00 pagi Tetamu kehormat : YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.56 Dalat. LAPORAN TAHUNAN 2022 89


Persembahan Infiesta PENTARAMA. Simbolik perasmian Program Semarak Gemilang 2022 dengan memacak Jalur Gemilang di Waterfront Dalat. Perarakan Komuniti Keluarga Malaysia/RELA dan ahli-ahli konvoi Kembara KKM mengelilingi Pekan Dalat bersama ahli konvoi Kembara Keluarga Malaysia. Penyampaian Jalur Gemilang kepada Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia dan Pengerusi Dalat Waterfront. LAPORAN TAHUNAN 2022 90


PROGRAM SEMARAK GEMILANG WATERFRONT DALAT Program ini adalah sebagai aktiviti menyemarakkan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dan dijalankan segala menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan peringkat negeri, agensi swasta dan Komuniti Keluarga Malaysia. Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu) Masa : 2.00 petang Tetamu kehormat : Yang Berbahagia Encik Abdul Aziz bin Mohd. Yusuf, Residen Bahagian Miri. Persembahan pembukaan oleh artis PENTARAMA JaPen Sarawak. Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Ucapan Yang Berusaha Tuan Jaafar bin Jantan, Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak. LAPORAN TAHUNAN 2022 91


Ucapan perasmian Yang Berbahagia Encik Abdul Aziz bin Mohd Yusuf, Residen Bahagian Miri. Penyampaian baton Konvoi Kembara Keluarga Malaysia kepada Encik Mohd Syah bin Kisun, Pegawai Penerangan Daerah Miri oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Aziz bin Mohd. Yusuf, Residen Bahagian Miri. Penyampaian Jalur Gemilang kepada Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 92


Persembahan Encik Ahmady (kiri) dan Puan Putri (kanan) semasa Program Infiesta PENTARAMA Siri 1 di The Waterfront Hotel Kuching. Program Infiesta merupakan gabungan nama “info” dan “fiesta” yang membawa erti pesta keramaian yang bermaklumat serta program inovasi gabungan ketiga-tiga cabang dasar program PENTARAMA sebelum ini iaitu Showcase PENTARAMA, Infobusking PENTARAMA dan PENTARAMA Fit Dance. Program ini juga sebagai medium saluran maklumat hiburan yang bermaklumat bagi menyampaikan dasar dan kempen-kempen kerajaan secara santai kepada masyarakat. Pelaksanaan program ini dilaksanakan di kawasan tumpuan masyarakat 5 kali setahun di lokasi yang berbeza. Program ini bertujuan untuk mempromosikan kempen-kempen dan dasar-dasar kerajaan menerusi hiburan bermaklumat secara fizikal terkawal dan di atas talian. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya golongan muda untuk menghayati kempen dan dasar kerajaan menerusi hiburan yang terkawal serta dapat meningkatkan jaringan sosial Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyampaikan mesej dan kempen kerajaan kepada masyarakat secara santai dengan aktiviti bersemuka yang ideal dalam bentuk hiburan. 3. INFIESTA PENTARAMA Tarikh : 23 Mei 2022 Masa : 8.00 – 11.00 malam Tempat : The Waterfront Hotel Tetamu kehormat : YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak. Jumlah Audiens : 300 Orang INFIESTA PENTARAMA SIRI 1 LAPORAN TAHUNAN 2022 93


Barisan artis PENTARAMA menyampaikan lagu Keluarga Malaysia. Dari kiri Cik Elliza, Encik Mirza, Puan Putri dan Encik Ahmady. Barisan pemuzik sempena Program Infiesta PENTARAMA di Waterfront Hotel Kuching. Dari kiri Encik Collin, Encik Timor dan Encik Suffian. LAPORAN TAHUNAN 2022 94


INFIESTA PENTARAMA SIRI 2 Tarikh : 16 Julai 2022 Masa : 3.00 – 5.00 petang Tempat : Tasik Biru Bau Tetamu kehormat : YB Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan. Jumlah Audiens : 300 Orang LAPORAN TAHUNAN 2022 95


INFIESTA PENTARAMA SIRI 3 Tarikh : 21 Ogos 2022 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Waterfront Dalat Tetamu kehormat : YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Jumlah Audiens : 500 Orang LAPORAN TAHUNAN 2022 96


INFIESTA PENTARAMA SIRI 4 Tarikh : 21 Ogos 2022 Masa : 8.00 – 11.00 malam Tempat : Tapak Pesta Kaul Mukah Tetamu kehormat : YB Encik Royston anak Valentine Jumlah Audiens : 1000 Orang Para petugas merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan yang hadir. Tarian pembukaan bertemakan masyarakat Melanau. LAPORAN TAHUNAN 2022 97


INFIESTA PENTARAMA SIRI 5 Tarikh : 10 Oktober 2022 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari Tempat : Masyarakat Kampung Pinang Jawa, Gita Tetamu kehormat : Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia Jumlah Audiens : 500 Orang Artis dan pemuzik PENTARAMA menghiburkan tetamu yang hadir di Program Infiesta PENTARAMA Siri 5 di Dewan Kampung Pinang Jawa, Gita. LAPORAN TAHUNAN 2022 98


PENTARAMA SINGING COMMUNITY Tarikh : 10 September 2022 Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari Tetamu kehormat : YB Datuk Willie Mongin Jumlah Audiens : 300 Orang Antara tetamu yang hadir sempena Program PENTARAMA Singing Community di Dewan Teng Bukap, Padawan. Tetamu jemputan dan artis PENTARAMA bersama menyanyikan lagu Teguh Bersama. YB Datuk Wiilie Mongin menyampaikan ucapan sempena Program PENTARAMA Singing Community di Dewan Teng Bukap, Padawan. Barisan petugas dan artis di Program PENTARAMA Singing Community di Dewan Teng Bukap, Padawan. Bermula pada tahun 2020 dengan nama “The Singing Apartment”, program ini dijenamakan semula dengan nama “The Singing Community” bagi memeriahkan dan menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. Menggunakan konsep hiburan bemaklumat, Cawangan PENTARAMA ingin menganjurkan program bersama komuniti menerusi pelbagai aktiviti seperti senam Zumba, persembahan kebudayaan, Pertandingan Pakaian Beragam, Bintang Patriotik, Dart, Gubahan Bunga, sukan rakyat dan pemasangan Jalur Gemilang bagi menyuburkan semangat patriotik sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Objektif program ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan kaum dan kesetiaan kepada negara dalam diri setiap rakyat Malaysia menerusi persembahan mesej kenegaraan. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat keharmonian dan silaturahim antara kaum dan agama di dalam komuniti kejiranan serta menggalakkan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang di premis kediaman dan kawasan kejiranan seluruh Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 99


4. PROGRAM CAMBAH MINDA STATISTIK PROGRAM / PELAKSANAAN PROGRAM Program Cambah Minda merupakan inisiatif jabatan bagi menyediakan landasan terbaik bagi memperkukuhkan dan menyerlahkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara pada masa hadapan. Program ini dijalankan dalam bentuk seminar, forum atau mesyuarat meja bulat, mengikut kaedah perbincangan kumpulan fokus (focus-group discussion). Setiap peserta hendaklah menyertai dan menyumbang dari segi pendapat atau idea kepada kumpulan perbincangan mengikut topik yang ditentukan. Topik-topik perbincangan dipilih berdasarkan dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif kerajaan atau isu-isu semasa negara. Program ini disasarkan kepada golongan belia yang berumur 15 hingga 35 tahun namun keutamaan program ini adalah kepada golongan yang berumur 17 hingga 21 tahun, memandangkan golongan ini dijangka akan terlibat dengan proses pengundian kali pertama, sejajar dengan pengenalan Undi 18 iaitu penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun. Program ini turut melibatkan golongan belia berpengaruh antaranya tokoh belia, pemimpin belia, persatuan belia dan mana-mana wakil belia yang bersesuaian. Antara objektif utama program ini adalah: 1. Menggalakkan golongan belia menyampaikan pandangan dan pendapat berkenaan isu-isu semasa. 2. Membantu dalam pengumpulan maklumat bagi merangka perancangan strategik kerajaan untuk menangani isu-isu semasa. 3. Melahirkan generasi muda yang berfikiran kritis, berilmu dan proaktif melalui interaksi kerajaan dengan kumpulan sasar dalam perbincangan strategik meja bulat dan saling bertukar buah fikiran, selari dengan perkembangan dunia semasa. 4. Memperkukuhkan jaringan komunikasi di samping menyemai semangat perpaduan dan patriotisme dengan menyasarkan kepada golongan belia untuk menjadi rakan strategik dan membina rangkaian baik antara kerajaan dengan generasi pelapis. LAPORAN TAHUNAN 2022 100


Click to View FlipBook Version