SEKOLAH KEBANGSAAN
TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-46
&
MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN
MURID SESI 2021
TARIKH MASA & TEMPAT
18 JUN 8 :00 PAGI
2022 DEWAN SRI TEMENGGONG,
STAR2
ATURCARA
MAJLIS
8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
8.30 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Anuar Musyaddad bin Lukman
: Ucapan Guru Besar, En. Muhammad Azizan bin Amil
: Ucapan YDP PIBG, En.Noor Fairoz Hisham bin Esah
: Mesyuarat Agung Kali Ke-46 bermula
9.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat
Encik Mohammad Nasiruddin Bin Mohd Tahir
Pegawai Komunikasi Korporat Tunas Khalifah Islamic
School
: Persembahan Murid
: Ucapan Perasmian Majlis Anugerah Cemerlang 2021 oleh
Encik Mohammad Nasiruddin Bin Mohd Tahir
Pegawai Komunikasi Korporat Tunas Khalifah Islamic
School
: Majlis Anugerah Cemerlang 2021 bermula
> Anugerah Pelajar Terbaik PBD
> Anugerah Kehadiran Terbaik
> Anugerah Khas Nilam Terbaik
: Persembahan Murid
> Anugerah Tokoh Akademik
> Anugerah Tokoh Kokurikulum
> Anugerah Tokoh Sahsiah
> Anugerah Tokoh Nilam
> Anugerah Tokoh Murid
11.00 pagi : Tayangan Slide dan Cabutan Bertuah
> Anugerah Khas PIBG Penglibatan Paling Aktif
11.45 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
: Bersurai
KANDUNGAN
SEKALUNG PENGHARGAAN
KATA ALU-ALUAN YDP PIBG
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR STAR 2
NOTIS MESYUARAT AGUNG
AGENDA MESYUARAT
AJK PIBG 2019/2021
AJK PENGELOLA
MINIT MESYUARAT AGUNG 2021
LAPORAN KEWANGAN 2021
SENARAI PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG 2021
GALERI
PENGHARGAAN
Sekalung
Penghargaan
EN. NOOR FAIROZ HISHAM BIN ESAH EN. MUHAMMAD AZIZAN BIN AMIL
YDP PIBG STAR 2 GURU BESAR STAR 2
Kata Alu-aluan YDP PIBG STAR 2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya.
Dalam kesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan izinNya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab
memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan
SK Temenggong Abdul Rahman (2). Komitmen yang padu dalam kalangan anggota
PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu
bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa
. Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang
akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui
PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran
yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SK Temenggong
Abdul Rahman (2) bagi melahirkan insan kami yang bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih
efektif untuk kecemerlangan murid-murid dan sekolah. Marilah kita sama-sama
mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan sekolah selari dengan
perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu
dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan
yang tinggi daripada warga PIBG SK Temenggong Abdul Rahman (2) amat diperlukan
bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan nanti. Moga budaya kerja
cemerlang sentiasa direalisasikan.
Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang diwujudkan ini
dapat bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang mampu
menjana kecemerlangan SK Temenggong Abdul Rahman (2). Terima kasih atas
kerjasama dan sokongan semua pihak sepanjang tahun 2021.
Sekian, terima kasih.
ENCIK NOOR FAIROZ HISHAM BIN ESAH
Yang Dipertua PIBG
SK Temenggong Abdul Rahman (2)
Kata Alu-aluan Guru Besar STAR 2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-
sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Temenggong
Abdul Rahman (2). Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
PIBG 2021 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini.
Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada
mesyuarat kali ini.
Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah. Justeru misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui
pendidikan berkualiti memenuhi aspirasi negara Malaysia . Justeru, PIBG perlu menunjukkan
inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan
azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu, atas rasa
tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan sesuatu yang bernilai
dan bermakna demi mencapai kecemerlangan anak-anak di SK Temenggong Abdul Rahman (2).
Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea,
material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita menjadi permulaan yang
positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK
Temenggong Abdul Rahman (2). Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG
membulatkan tekad , memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.
Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T
hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan
agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Temenggong Abdul Rahman (2) terus mara
dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta
kegemilangan SK Temenggong Abdul Rahman (2).
Sekian, terima kasih.
ENCIK MUHAMMAD AZIZAN BIN AMIL
Guru Besar
SK Temenggong Abdul Rahman (2)
Johor Bahru
NOTIS MESYUARAT AGUNG
AGENDA MESYUARAT
1. Perutusan Pengerusi, En. Noor Fairoz Hisham Bin Esah
2. Perutusan Ex-Officio
3. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 45.
4. Membentangkan Laporan Tahunan 2020/2021.
5. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31
Disember 2021.
6. Membincangkan usul-usul yang diterima.
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2021.
8. Pelantikan pengerusi sementara
9. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022/2023.
10. Hal-hal lain.
11. Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2022/2023.
12. Mesyuarat Bersurai.
AJK PIBG 2019/2021
YDP PIBG
NOOR FAIROZ HISHAM BIN ESAH
NYDP PIBG
ALWEE BIN ESA
SETIAUSAHA
NURUL FATIHAH BINTI OMAR
BENDAHARI
NIK NOR LILISUZANA BINTI ABU BAKAR
NAIB BENDAHARI
NUR ARIFAH BINTI ZAINAL
AJK GURU
NUR SYAKIRA BINTI ISMAIL
ABDUL HANNAN B MOHAMAD AZIZ
WAN MOHAMAD RIDZUAN B WAN ALI
AJK IBU BAPA
HAIRUL BIN HAMID
MOHD SANI BIN ZAKARIA
WAN ZANARIAH BINTI HUSSAIN
LINA MARLINA BINTI MOIS
SYED MOHD ASRI BIN SYED YAHYA
JURUAUDIT
BOJEESWARI A/P BOSAN (GURU)
NOOR AISHAH RITARITA (IBU BAPA)
Ahli Jawatankuasa Pengelola
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SESI 2021
Pengerusi : Encik Muhammad Azizan bin Amil (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Encik Noor Fairoz Hisham bin Esah (YDP PIBG)
: Encik Alwee bin Esa (NYDP PIBG)
Naib Pengerusi : Puan Nor Hayati binti Harun (PK 1)
: Puan NorAzemah binti Harun (PKHEM)
: Encik Alias bin Yaacob (PK KOKU)
Setiausaha : Puan Nurul Fatihah binti Omar
Bendahari : Puan Nik Nor Lilisuzana binti Abu Bakar
PROTOKOL / SAMBUTAN HIASAN PENTAS & BACKDROP
Guru Besar & BUNGA MANGGAR
Pn. Nur Faseeha bt Sabiran (K)
Semua Guru Penolong Kanan Pn. Shafiqah Bt Abd Wahab
YDP PIBG & AJK PIBG Pn. Wan Noratikah Bt Wan Hassan
Pn. Nur Raihan Bt Abdul Razak
URUSETIA Pn Mahizan Bt Mohd Razali
Pn. Nurul Fatihah binti Omar PERSIAPAN DEWAN
Pn. Nik Nor Lilisuzana bt. Abu Bakar En. Hadzir b. Seta (K)
En. Ikmal Amin B Hamzah
En Abdul Hannan b Mohammad Aziz
JEMPUTAN En. Anuar Musyaddad b Lukman
Pn. Nurul Afiqah Bt Sairi En. Syed Adiputra
Pn. Noor Hakimah Aini Bt Abdul Aziz Pekerja swasta
PERSEMBAHAN MURID
BUKU PELAWAT /ROZET Pn. Nik Nor Lilisuzana bt. Abu Bakar (K)
Pn. Nor Azian binti Tukiman Pn. Nur Arifah bt. Zainal
En. Muhammad Tarmizi b. Mohd Jaafar
BUKU PROGRAM PENDAFTARAN
Cik Nurul Athirah Bt Abdul Kadir (K) Pn. Normilawati bin Mahfol (K)
En. Muhammad Tarmizi b. Mohd Jaafar Pn Mahizan Bt Mohd Razali
SIAR RAYA
MULTIMEDIA En. Zulkifli b. Mamat (K)
En. Kamsani b. Wagiron En. Muhammad Khairul b. Hussein
En. Ahmad Muslim b. Abdul Ghani En. Muhammad Tarmizi b. Mohd Jaafar
En. Ikmal Amin B Hamzah
KAIN RENTANG
En. Syed Abd Adiputra B Syed Omar (K)
En. Anuar Musyaddad b. Lukman
Ahli Jawatankuasa Pengelola
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SESI 2021
PENGACARA MAJLIS HADIAH CABUTAN BERTUAH
Cik NurHaizatul Ain bt. Harun Pn. Normilawati bin Mahfol
En Abdul Hannan b Mohammad Aziz Pn. Che Sarifah Bt Che Mansor
PIBG – En. Alwee b. Esa
PIBG – En. Mohd Sani bin Zakaria
BACAAN DOA En. Hairul bin Hamid – PIBG
En. Anuar Musyaddad b. Lukman En. Syed Mohd Asri bin. Syed Yahya
AJK PIBG
JURUGAMBAR JAMUAN GURU/ IBU BAPA/ VIP
En. Ahmad Muslim b. Abdul Ghani Pn.Sharifah Maznah bt Wan Othman (K)
Pn. Nurul Fatihah bt. Omar Cik Nurul Afifah bt Mat Adam
Pn Amiyati bt Amri
Pn. Aishah Ritarita - PIBG
PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn. Lina Marlina binti Abdul Mois– PIBG
Pn. Wan Noratikah Bt Wan Hassan (K)
JAMUAN MURID
Pn. Nur Syakira binti Ismail Pn. Noor Hakimah Aini Bt Abdul Aziz(K)
Pn. Nur Arifah bt. Zainal
Pn Wan Zanariah bt Hussain - PIBG
SIJIL/ CENDERAMATA
Pn. Che Sarifah Bt Che Mansor (K) KEBERSIHAN
Semua guru
Pn. Zatul Iffa bt. Suleiman AJK PIBG
Pn. Nor Azian binti Tukiman Pekerja swasta
Pn. Normilawati bin Mahfol
Cik Nurhaizatul Ain bt Harun KESELAMATAN DAN KAWALAN MURID
Semua guru
PENGELOLA PENERIMA SIJIL DAN DOKUMENTASI
Pn. Nurul Fatihah binti Omar
CENDERAMATA Pn. Nik Nor Lilisuzana bt. Abu Bakar
En. Wan Mohamad Ridzuan b. Wan Ali (K)
Pn. Nur Faseeha binti Sabiran
Cik Bojeeswari
Pn Nursyakira bt Ismail
Pn Nur Raihan bt Abd Razak
Minit Mesyuarat Agung
2021
PERINGATAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-45
SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN (2)
TARIKH : 23 Oktober 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : Kediaman masing-masing ( Google Meet)
1. Doa
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul Hannan bin Abdul Aziz.
2. Ucapan Aluan YDP PIBG
2.1 Pengerusi Encik Noor Fairoz Hisham Bin Esah mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang memberi komitmen sepanjang berlangsungnya PdPR, mengawal
pergerakan murid sepanjang berada di sekolah.
2.2 Pada mesyuarat kali ini akan dibincangkan dan ditaklimatkan kepada ibu bapa
tentang pengoperasian pembukaan sekolah.
2.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan
masa untuk sama-sama berada di dalam Mesyuarat Agung PIBG secara atas
talian ini.
2.4 Seterusnya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-44.
3. Ucapan Guru Besar – En. Muhammad Azizan Bin Amil
3.1 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir
ke mesyuarat Agong PIBG kali ini.
3.2 Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Noor Fairoz
Hisham Bin Esah, Pengerusi PIBG kerana sudi meluangkan masa merasmikan majlis.
3.3 Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan wakil ibu
bapa yang Berjaya laksanakan Mesyuarat PIBG setiap tahun.
3.4 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada KSIB yang telah membantu
mengawal pergerakan murid sepanjang sesi persekolahan bersemuka yang lalu.
4. Pengoperasian Sekolah
4.1 Pengurusan Sekolah
4.1.1 Guru Besar menerangkan mengenai perkara baharu dalam Garis Panduan
Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang terkini.
4.1.2 Beliau memaklum bahawa Johor akan beralih ke fasa empat bermula 25 Oktober
2021. Pada 24 Oktober, murid prasekolah akan memulakan sesi persekolahan
secara bersemuka.
4.1.3 Peratus kehadiran murid sebanyak 50 peratus bagi setiap kelas kecuali
prasekolah.
4.1.4 Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan kehadiran akan
digilirkan mengikut minggu.
4.1.5 Kedudukan murid di dalam kelas disusun secara bersilang (zig-zag).
4.1.6 Setiap meja akan dilabel nama murid menggunakan warna mengikut kumpulan
yang telah ditetapkan.
4.1.7 Sesi rehat akan diadakan di dalam kelas dan pesanan makanan diadakan secara
tempahan.
4.1.8 Permaidani dan langsir akan ditanggal mengikut prosedur standard operasi.
4.1.9 Sekiranya uniform sekolah tidak lagi sesuai untuk dipakai, pakaian yang kemas
dan sopan boleh dipakai.
4.1.10 Aktiviti Pendidikan Jasmani boleh dijalankan seperti biasa dan pakaian baju
sukan boleh dipakai dari rumah.
4.1.11 Ibu bapa yang masih belum bersedia menghantar anak ke skolah, boleh
memberikan surat kenyataan kepada pihak sekolah sebagai makluman. Tiada
tindakan yang akan diambil atas ketidakhadiran tersebut.
4.2 Ujian Kit Kendiri Covid-19
4.2.1 Sebanyak 40 unit ujian kit kendiri Covid-19 daripada PPD Johor Bahru kepada
sekolah.
4.2.2 Bagi murid yang menunjukkan gejala di sekolah pihak sekolah akan mengasingkan
murid di bilik isolasi. Seterusnya pihak sekolah akan melakukan saringan kendiri
menggunakan saliva covid test.
4.3 Vaksinasi
4.3.1 Murid Tahun 6 yang telah menerima vaksinasi setelah umur genap 12 tahun.
4.3.2 Semua guru dan staf telah menerima vaksin dan tiada yang menolak. Guru juga
bersedia menerima.
4.3.3 Sekiranya keluarga yang menolak vaksin, ibu bapa perlu berhubung dengan Guru
Besar.
4.4 Keselamatan Warga Sekolah
4.4.1 Sepanjang murid dan guru berada di sekolah, mereka perlu diwajibkan memakai
pelitup muka.
4.4.2 Murid yang hadir sekolah akan disaring di kaunter saringan.
4.4.3 Murid digalakkan membawa sanitasi sendiri yang mudah dibawa.
5. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali-44
5.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Noor Fairoz Hisham Bin Esah Dibentang oleh
Encik Muhammad Azizan Bin Amil
Dicadang untuk disahkan oleh Cik Nur Arifah binti Zainal
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Nur Faseeha binti Sabiran
Tindakan: YDP PIBG
6. Laporan Aktiviti PIBG 2019/2020
6.1 Tiada aktiviti PIBG dijalankan, murid-murid menjalani sesi PdPR.
6.2 Sebanyak 42.35 % murid tidak dapat mengikuti Pdpr, sebanyak 32.07% murid
mengikuti secara online dan 25.57 mengikuti secara off line.
6.3 Pdpr dilaksanakan setiap hari dan perlu dilaporkan dalam system Spdpr. Apabila
dilaksanakan sesi bersemuka kelak, guru akan mengulangkaji topik-topik yang
telah dipelajari.
Tindakan: Setiausaha PIBG
7. Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2019/2020
7.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan dengan merujuk penyata
kewangan di dalam lampiran buku program.
7.2 Bendahari menyatakan baki semasa tahun 2020 pada 31 Disember 2020
sebanyak RM 23,900.38 di bank dan di tangan sebanyak RM 948.50
7.3 Pengeluaran Cek dalam jumlah yang besar
7.3.1 Servis Water Filter RM 737.00
7.3.2 Bayaran Majlis Sukan Zon Bandar RM352.00
7.3.3 Makanan dan minuman Hari Mesyuarat Agong PIBG RM 1,480.00
7.3.4 Bayaran Guru Tuisyen Kelas Bimbingan Smart A RM 750.00
7.3.5 Bayaran Penyukat Suhu dan Cooler Basuh Tangan RM 335.00
Dibentang oleh Puan Nik Nor Lilisuzana binti Abu Bakar.
Dicadang untuk disahkan oleh Encik Ahmad Muslim Bin Abdul Ghani.
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Ahmad Farid Bin Mat Misiah
Tindakan: Bendahari PIBG
8. Pembentangan Usul / Cadangan / Pendapat
8.1 Puan Ramona Sakinah Binti Abdul Mutalib bertanyakan mengenai perkembangan
sesi PdPR dimana usul tersebut telah diterangkan oleh Puan Nor Hayati Binti Harun.
8.2 Puan Durga Ghanapati mencadangkan agar sesi pembukaan sekolah dilanjutkan
pada Januari 2022. Guru Besar menerangkan bahawa pihak sekolah mengikut
arahan pembukaan sekolah pada 24 Oktober bermula dengan prasekolah daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia.
8.3 Encik Wan Mohamad Ridzuan Bin Wan Ali membina sebuah lapangan lompat jauh
kekal untuk latihan dan pertandingan peringkat sekolah. Usul tersebut telah
diluluskan oleh ahli jawatankuasa PIBG dan akan dilaksanakan dalam kadar segera.
9. Hal-hal Lain
9.1 Puan Nor Hayati meminta ibu bapa untuk mengisi pautan borang maklumat
murid untuk pembahagian kumpulan bagi menyelaraskan anak-anak dalam
kumpulan yang sama.
9.2 Konsep pandu lalu akan dilaksanakan semasa penghantaran dan pengambilan
murid. Ibu bapa diminta untuk menyediakan label nama murid beserta kelas
mengikut saiz A4 atau A3.
9.3 Encik Ahmad Muslim bin Abdul Ghani mencadangkan agar kelajuan Internet
sekolah dinaiktaraf untuk menyokong penggunaan televisyen pintar. Dia juga
mencadangkan agar sumbangan PIBG digunakan untuk membayar bil bulanan
langganan Internet. YDP telah bersetuju untuk menggunakan kutipan sumbangan
PIBG untuk membayar bil langganan tersebut.
9.4 Tiada kutipan sumbangan duit PIBG bagi tahun 2021. Walau bagaimanapun, bagi
ibu bapa yang telah menyumbang duit sumbangan, duit tersebut tidak boleh
dipindahkan bagi tahun hadapan. Walaupun tiada kutipan dilaksanakan pada
tahun ini, ibu bapa digalakkan untuk menyumbang duit sumbangan PIBG pada
tahun ini.
9.5 Sistem bayaran sumbangan PIBG secara ansuran telah dilaksanakan oleh pihak
PIBG supaya tidak membebankan ibu bapa.
9.6 Bayaran keperluan sekolah mesti dijelaskan. Jika ibu bapa tidak mampu untuk
membayar, sila berhubung dengan pihak sekolah.
9.7 Duit kutipan bagi pembelian televisyen pintar masih lagi diteruskan dan ibu bapa
masih boleh menyumbang. Ibu bapa boleh berhubung terus dengan guru kelas
anak-anak.
9.8 Fasiliti sekolah telah ditambah baik oleh pihak sekolah. Tandas murid di aras satu
ditutup atas faktor keselamatan dan akan dibaiki dalam masa terdekat.
Tindakan dan Makluman : AJK PIBG
10. Ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG
10.1 Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir ke mesyuarat
PIBG kali ini dan mohon agar menyampaikan segala yang baik kepada ibu bapa
yang tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.13 pagi.
Pencatat :
Nur Amalina binti Mohd Sadni
Mahizan binti Razali
LAPORAN KEWANGAN 2021
PERBINCANGAN USUL
USUL/CADANGAN/PENDAPAT 1 :
Perlu ada lokar berkunci setiap murid di kelas.
Pencadang : Eddie Fadzrie
Anak : Muhammad Naufal Zafran (1 Wira)
USUL/CADANGAN/PENDAPAT 2 :
Menggalakkan penglibatan ibu bapa di peringkat
kelas.
Mencadang pihak PIBG untuk membantu
menguruskan perkhidmatan seperti mengambil
gambar darjah atau sekolah tahunan, membekalkan
buku catatan dan keperluan bercetak lain agar
dapat disalurkan ke tabung aktiviti PIBG.
Pencadang : Rozilah Binti Lamin
Anak : Muhammad Faheem Bin Mohd Raif (3 Waja)
SENARAI NAMA PENERIMA
ANUGERAH KECEMERLANGAN
2021
Terbaik PBD
Terbaik Kehadiran
Terbaik Nilam
Tokoh Murid
KELAS TERBAIK PBD
1 WIRA
NAMA
PUTERA MUHAMMAD SYAFIE BIN SUHIRMAN
QHABEEL DHIAZ BIN JUNAIDI
MUHAMMAD FAHIM ISKANDAR BIN MOHD HAFIZUDDIN
MUHAMMAD DANISH RAYYAN BIN KHAIRIL KHUSAIRY
1 WAJA
ILHAM THAQIF BIN MOHD KHIR
ADAM BAIHAQI BIN MOHD SHAHRUL FIKRI
MUHAMMAD AMMAR BIN MOHD FAIZAL
2 WIRA
MUHAMMAD AMMAR RIZQI BIN MOHD FAUZI
MUHAMMAD SYAQIR SYAZLAN BIN HAZRILZULLAH
QALIFF IRFAN BIN HAIRUL ANUAR
2 WAJA
MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN RAZALI
MUHAMMAD UTHMAN ANAS BIN NAZRY
MUHAMMAD DANIAL MIKAIL BIN SOFIAN
MOHAMAD DANIAL BIN MAT ADAM
3 WIRA SARAVANA DASS A/L RETNA DASS
MUHAMMAD KHIDIR BIN KHAIRIL FIRDAUS
ADAM HARITH BIN MOHDFAIZAL
3 WAJA MUHAMMAD QAID AMSYAR BIN SHAMIR
AHMAD DARWISY BIN MOHD NAZREEN
KASHVEIN A/L SIVASHANKAR
EILYAS THAQIF BIN MOHD ZAMRI
AMEER BIN MOHD ALI KHANAFIAH
SRKEERTHIVAASAN A/L RAJENDIRAN
MUHAMMAD WAFIUDDIN SHAFIQ BIN MOHD HANG TUAH
MUHAMMAD YUSUF AL FAQEEH BIN MUHAMMAD IMRAN
FIQRI IMAN BIN MOHD SHARUL
SHAHIEZY HAQYMI BIN SHAHRUDDIN
MOHAMAD DANISH QAYYUM BIN MOHD FARID
MUHAMMAD DANIAL BIN SAZALY
DHAMIR FIRAS BIN MOHD ZAMZAMI
KELAS TERBAIK PBD
4 WIRA
NAMA
ADAM MIKAIL BIN SHUKRI
HAZEEM NASHRULLAH BIN NORJAN
HAZMEE NASHRULLAH BIN NORJAN
MUHAMMAD ISRAQ AQASHA BIN MOHD ZENOR
MUHAMMAD AMIR FARIS BIN MOHD FAIRUZ
4 WAJA
MUHAMMAD RAYYAN HAZIQ BIN SOFIAN
MUHAMMAD ALQIF NOR AZMI BIN ABDUL AZIM
MUHAMMAD HUMAM SHAH BIN MUHAMMAD NINAM SHAH
MUHAMMAD ADAM FITRI BIN MOHD FAIZ
4 JUARA
MUHAMMAD ZAAHIRIN BIN ZAHRI
MALIQ BIN AHMAD FARIQ
MUHAMMAD NOR SIRHAN BIN NORIZAN
5 WIRA MUHAMMAD ADAM FIKRI BIN MOHD FAIZ
MUHAMMAD UMAR ANAS BIN NAZRY
IBRAHIM BIN MOHD REDZUAN
5 WAJA ADAM DANIAL BIN RENDRA AZRA KESUMA
ABDUL QAYYUM SIREGAR BIN ABDUL ZAKRI OBIDI
MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN MOHD AMSHA
ISMEY DZULQARNAIN BIN MUHAMMAD RAIZAL
6 WIRA SYED AIRELL BUDRIZ BIN SYED MOHD ASRI
GOH MIN YOU
RITHIK A/L RAJENDIRAN
SHAYNE OH CONG MIN HU
6 WAJA MUHAMMAD NOORRAMADHAN BIN ISMAIL
MUHAMMAD LAIQ BIN HUSAINE
MUHAMMAD AQIL HADIF BIN MD KHAIRI AZMAN
AFIF NUR IMAN BIN TAUFEIK
AMMAR BIN MOHD ALI KHANAFIAH
ARIQ SHAKIR BIN MOHD SANI
ZULHELMI BIN SAHAR
HARITH DANISH BIN AMRAN
MUHAMMAD SYAKIRRURAHMAN BIN MOHD SYADIDI
MUHAMMAD IZZUDIN BIN HAIRUL
MUHAMMAD AISY ARIQ BIN MOHD NASIB
MUHAMMAD IRFAN HAMIZAN BIN ZAINUDDIN
TERBAIK KEHADIRAN
BIL KELAS NAMA
1 1 WIRA MOHAMED RAYYAN RIZQI BIN MOHAMED FARHAN
2 1 WIRA
3 1 WAJA MUHAMMAD UQAEL ANAQI BIN SAPIAN
4 1 WAJA MUHAMMA HILMI BIN MAJDI
5 2 WIRA
6 2 WIRA MUHAMMAD FAHIIM BIN MOHD FAIZAL
7 2 WIRA ARYAN AISH BIN AHMAD ZAKI
8 2 WAJA
9 2 WAJA FARIS HAMKA BIN ZAHASHAMSULRIZAL
10 2 WAJA MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN RAZALI
11 3 WIRA MUHAMMAD THAJMIL BIN NIYASIBRAM
12 3 WIRA MUHAMMAD ZAFFRIEL HAIKAL BIN JORA
13 3 WIRA MUHAMMAD KHIDIR BIN MOHD KHAIRIL FIRDAUS
14 3 WAJA
15 3 WAJA AMEER BIN MOHD ALI KHANAFIAH
16 3 WAJA MUHAMMAD HAZHAMI NOVYANSYAH BIN MISNADI
17 3 WAJA
18 4 WIRA SRKEERTHIVAASAN A/L RAJENDIRAN
19 4 WIRA MUHAMMAD ASYRAAF AISAR BIN YAU MINDDIN
20 4 WIRA
21 4 WAJA MUHAMMAD FATIH AMNI BIN MOHD SANI
22 4 JUARA MUHAMMAD ISYRAAF AISAR BIN YAU MINDDIN
23 5 WIRA MUHAMMAD RAYYAN NAJWAN BIN MOHD ROZAIMI
24 5 WIRA
25 5 WIRA CARL CHELLA
26 5 WIRA MUHAMMAD HAZIM NAZMI BIN MOHD FAUZI
27 5 WIRA
28 5 WIRA NOR RAZIN AZFAR BIN NOR RIZAL
29 5 WIRA MUHAMMAD QAUSAR EDNEY BIN KHAIZUDIN
30 5 WIRA
31 5 WIRA MUHAMMAD AISY ARIF BIN MOHD NASIB
32 5 WIRA ANAS BIN MOHD ALI KHANAFIAH
33 5 WAJA
34 5 WAJA ISMEY DZULQARNAIN BIN MUHAMMAD RAIZAL
35 5 WAJA MOHAMAD FAREL HAIQAL BIN SAFUAN
MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS BIN MOHD AMSHA
MUHAMMAD AKIF BIN MOHD NAZRIN
MUHAMMAD FATHUL HAKIM BIN MOHD FAIRUZ
MUHAMMAD RAZIN BIN MOHD.NAZRI
MUHAMMAD RIFQY RAYYAN BIN AZIZUL
SYAHRUL AIMAN AKHIRI BIN ABD LATIP
TANESH A/L MANIVANNAN
MUHAMMAD RIZQULLAH BIN MOHD FAIRUZ RIZAL
MUHAMMAD UMAR MUSAWWIR BIN BAJURI
SHAYNE OH CONG MIN HU
TERBAIK NILAM
BIL KELAS NAMA
1 1 WIRA MUHAMMAD SHAH IQRAM BIN HASBOLLAH
2
3 QHABEEL DHIAZ BIN JUNAIDI
4 1 WAJA MUHAMMAD FAHIM ISKANDAR BIN MOHD HAFIZUDDIN
5
6 MUHAMMAD HANIF BIN MOHD KHIR
7 2 WIRA MUHAMMAD HILMI BIN MAJDI
8
9 MUHAMMAD AMMAR RIZQI BIN MOHD FAUZI
10 2 WAJA MUHAMMAD IZZAT SYAHMI BIN RAZALI
11 MUHAMMAD UTHMAN ANAS BIN NAZRY
12 ARYAN AISH BIN AHMAD ZAKI
13 3 WIRA MUHAMMAD FAHEEM BIN MOHD RAIF
14 AHMAD DARWISY BIN MOHD NAZREEN
15 KASHVEIN A/L SIVASHANKAR
16 3 WAJA EILYAS THAQIF BIN MOHD ZAMRI
17 HARITH RAYYAN BIN ZAIFULLZAHRI
18 AMEER BIN MOHD ALI KHANAFIAH
19 4 WIRA
20 SYED ALAUDDIN BAQIR BIN SYED MOHD ASRI
21 MUHAMMAD RAYYAN NAJWAN BIN MOHD ROZAIMI
22 4 WAJA
23 MUHAMMAD DANIAL BIN SAZALY
24 CARL CHELLA
25 4 JUARA
26 ADAM MIKAIL BIN SHUKRI
27 DANI ASHRAFF BIN MD REDUAN
28 5 WIRA MUHAMMAD RAYYAN HAZIQ BIN SOFIAN
29 ASHRAFF QAYYUM BIN AHMAD QALIS
30 MUHAMMAD ALQIF NOR AZMI BIN ABDUL AZIM
31 5 WAJA MUHAMMAD NOR SIRHAN BIN NORIZAN
32 MUHAMMAD AISY ARIF BIN MOHD NASIB
33
34 6 WIRA MALIQ BIN AHMAD FARID
35 ISMEY DZULQARNAIN BIN MUHAMMAD RAIZAL
36 ABDUL QAYYUM SIREGAR BIN ABDUL ZAKRI OBIDI
37 6 WAJA
38 ADAM DANIAL BIN RENDRA AZRA KESUMA
39 GOH MIN YOU
MUHAMMAD NOORRAMADHAN BIN ISMAIL
SHAYNE OH CONG MIN HU
MUHAMMAD HANIF BIN MOHD SIRAJ
ZULHELMI BIN SAHAR
MUHAMMAD AQIL QUSYAIRI BIN MOHD SYAHMAN
HARITH DANISH BIN AMRAN
MUHAMMAD IZZUDIN BIN HAIRUL
MUHAMMAD SYAKIRRURAHMAN BIN MOHD SYADIDI
TOKOH MURID
TOKOH AKADEMIK
EILYAS THAQIF BIN MOHD ZAMRI
3 WIRA
MUHAMMAD AQIL HADIF BIN MD KHAIRI AZMAN
6 WIRA
TOKOH KOKURIKULUM
FIQRI IMAN BIN MOHD SHARUL
3 WAJA
MUHAMMAD HANIF BIN MOHD SIRAJ
6 WIRA
TOKOH SAHSIAH
MUHAMMAD AFIF HAZIQ BIN MOHD ZAIDI
3 WAJA
MUHAMMAD NAZRIN SYAHMI BIN MOHD SAFFIAN
6 WIRA
TOKOH NILAM
KHAIRUL NAJWAN BIN SUAINIZAT (BM)
MUHAMMAD AQIL HADIF BIN MD KHAIRI AZMAN (BI)
TOKOH MURID
MUHAMMAD RAYYAN NAJWAN BIN MOHD ROZAIMI
TAHAP 1
MUHAMMAD SYAKIRRURAHMAN BIN MOHD SYADIDI
TAHAP 2
ANUGERAH KHAS PIBG PENGLIBATAN
PALING AKTIF
PUAN NOOR AISHAH RITARITA
GALERI
GALERI
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
En.Muhammad Azizan Bin Amil
Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman (2)
En. Noor Fairoz Hisham Bin Esah
YDP PIBG SK Temenggong Abdul Rahman (2)
Barisan Jawatankuasa PIBG
Barisan Pentadbir
Guru-guru & Staf Sokongan
SK Temenggong Abdul Rahman (2)
Para Ibu Bapa / Penjaga
Penaja hadiah cabutan bertuah
dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 & Majlis
Anugerah Kecemerlangan Murid Sesi 2021
SK Temenggong Abdul Rahman (2)