Bengkel Kraf Batik Tarikh: 4 Mei 2024 Masa: 9.00 pagi - 1.30 tengah hari Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur ANJURAN OLEH: PELAJAR DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA &
Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya Bengkel Kraf Tangan ini dapat berlangsung dengan jayanya. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak penganjur iaitu: PELAJAR DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA & pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Bengkel Kraf Batik. serta Penghargaan
Kegemilangan serta kehebatan sejarah perkembangan seni kraf negara ini perlu dihebahkan terutamanya kepada generasi muda dan masyarakat umumnya kerana seni warisan ini merupakan salah satu daripada teras dalam pembentukan tamadun sesebuah bangsa. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui program pendidikan kraf telah merancang aktiviti-aktiviti pendidikan yang bertujuan menyampaikan maklumat mengenai seni kraf warisan kepada kumpulan sasaran khususnya golongan pendidik. Melalui Bengkel Kraf Batik ini kumpulan sasar didedahkan mengenai sejarah, proses, teknik, reka corak serta berpeluang membuat sendiri produk kraf warisan. Pengenalan
Memberi peluang kepada pelajar mempelajari, mengalami dan menghayati sendiri kemahiran dalam bidang seni kraf batik. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar terhadap seni kraf batik. Mempromosikan kraf batik yang dihasilkan kepada pelajar-pelajar. Memupuk minat pelajar-pelajar dalam penggunaaan kraf batik dalam harian. Objektif
Definisi Batik Malaysia Seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak Batik Malaysia. Batik Malaysia terdiri daripada: Batik Lukis Batik Terap Batik Sutera Saring
Jenis-Jenis Batik Batik Lukis Batik Terap Batik Sutera Saring
Tentatif Masa Aktiviti 9.00 pagi - 9.30 pagi Pendaftaran peserta Sarapan 9.30 pagi - 10.00 pagi Bacaan doa oleh Abu bin Ali Ucapan aluan oleh So’hibul Azri bin Ahmad (Pengarah Seksyen Akademik & Kemahiran Kraf) 10.00 pagi - 10.30 pagi Taklimat umum oleh Saihazra Izreen binti Hamzah (Ketua Unit Pengurusan Akademik & Kemahiran Kraf) > Pengenalan kepada sistem pengeluaran & teknikteknik pembuatan batik. > Sejarah perkembangan seni kraf tersebut. > Reka corak, fungsi dan kegunaannya dahulu & sekarang. 10.30 pagi - 11.30 pagi Penerangan oleh Noor Shaibah binti Said (Ketua Jurusan Seni Kraf Batik) > Mengenali bahan-bahan. > Proses dan teknik pembuatan. > Cara-cara menghasilkan rekaan. Demonstrasi dari tenaga pengajar > Teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan produk batik. 11.30 pagi - 12.30 tengah hari Aktiviti melukis, mencanting dan mewarna untuk menghasilkan produk batik. Pameran daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur 12.30 tengah hari - 1.30 tengah hari Persembahan tarian oleh Kelab Kebudayaan POLISAS Majlis penutup Bersurai
Senarai Aktiviti Mencanting Batik Mewarna Batik Melukis Batik Pameran
Kesimpulan Aktiviti Bengkel Kraf Batik dapat mengukuhkan penghayatan dan rasa cinta peserta terhadap seni kraf warisan yang menjadi lambang jati diri bangsa serta seterusnya dapat memulih dan memelihara seni kraf warisan daripada terus pupus serta dilupakan khususnya oleh generasi muda. Hasilnya, kesenian kraf batik yang mempunyai nilai-nilai estetika akan terus maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus menarik minat pelancong untuk bertandang ke Malaysia.
Ahli Jawatankuasa Penasihat: Puan Wan Yusila binti Wan Jusoh Pengarah Program: Ummi Intan Farisha binti Mohd Azmi Timbalan Pengarah: Aida Syahira binti Azuwi Setiausaha: Nur Qariirah binti Abd Rani Bendahari: Siti Nadzirah binti Rahim Pengerusi Majlis: Fatin binti Abd Mutalib Multimedia: Nurul Aqilah binti Mohd Khalid Alatan & Keselamatan: Tuan Nur Edlin binti Tuan Pauzi Pendaftaran & Makanan: Nurul Akma Nina binti Abd Hakim Bacaan Doa: Abu bin Ali
Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara, Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Bunga didedap tempat bertemu, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.