The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pibg.skpekankinarut, 2021-10-01 12:34:39

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PEKAN KINARUT KALI KE 59 (2020)

MINIT MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-59 (2020)

MINIT MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN
GURU SK PEKAN KINARUT KALI KE 59 SESI 2020

TARIKH:2 OKTOBER 2021
MASA: 8.30 PAGI

TEMPAT: https://youtu.be/Gf5c46pEWwE

1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Yang Dipertua PIBG SK.Pekan Kinarut, En.Ishak Ibrahim mempengerusikan
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 59.

Tindakan : Makluman

1.2 Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Guru Besar,
Penolong Kanan, guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa yang dapat meluangkan masa ke
Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini dan berterima kasih kepada semua AJK
PIBG sesi 2019/2020 yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 58 SESI
2019/2020

2.1 Minit mesyuarat Agung kali ke 58 telah diterima dengan sebulat suara oleh sidang
mensyuarat

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara yang dibangkitkan

Tindakan : Makluman

4. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019/2020 OLEH
SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG 2019/2020

4.1 Puan Evy Natalia binti Sazali, selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2019/2020
telah membentangkan laporan yang telah dijalankan oleh PIBG SK.Pekan Kinarut
sepanjang sesi 2019/2020 dan ahli mesyurat sebulat suara telah menerima laporan
setiausaha tanpa sebarang pindaan.

Tindakan : Makluman

5. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN AJK PIBG SESI 2017/2019
OLEH BENDAHARI KEHORMAT PIBG

5.1 Laporan pembentangan kewangan PIBG bagi sesi 2019/2020 telah diterima
sebulat suara tanpa sebarang bantahan

Tindakan : Makluman

6. PEMBUBARAN AJK PIBG 2019/2020

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang membantu pihak
sekolah dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum dan juga memohon maaf
sekiranya ada kekurangan sepanjang menjadi Yang Dipertua PIBG SK.Pekan Kinarut.

6.2 Akhir sekali,beliau dengan rasminya membubarkan AJK PIBG SESI 2019/2020 .

Tindakan : Makluman

7. PEMILIHAN AJK TERTINGGI PIBG SESI 2020/2021.

7.1 AJK teringgi PIBG sesi 2019/2020 dikekalkan ke sesi 2020/2021 dengan
sokongan majoriti melalui borang maklum balas yang diedarkan secara atas talian.

Tindakan: Makluman

8. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN 2020/2021

Juru Audit : Pn. Jamilah Bidin

: Pn. Suzana Mat Saman

Tindakan : Makluman

9. PERBAHASAN USUL

9.1 Memohon agar guru sentiasa memastikan pelajar membuat kerja sekolah
dengan fokus agar tugasan yang dibuat sempurna.

Guru Besar memberi maklum balas terhadap isu ini. Beliau memohon kepada ibu
bapa untuk membantu dalam memastikan anak-anak membuat tugasan yang diberi
sepanjang PDPR dan apabila pembelajaran bersemuka dimulakan semula, giliran

guru-guru subjek untuk memastikan murid membuat tugasan yang diberi dan dipantau
oleh guru kelas.

Tindakan : Makluman

9.2 Berharap waktu balik sesi pagi pada jam 12.40 adalah tepat bagi
memudahkan murid yang bersekolah agama pada sebelah petang untuk mandi
dan makan kerana sekolah agama bermula pada jam 1.30 petang.

Guru besar memberi maklum balas kepada perkara ini dengan menerangkan
semula yang mana sekolah ini mempunyai dua sesi dan sememangnya pihak sekolah
akan melepaskan murid untuk pulang pada masa yang tepat bagi memastikan
kemasukan murid sesi petang berjalan lancer. Manakala sepanjang pandemik covid
melanda, murid telah dilepaskan secara berperingkat bagi menjaga SOP.

Tindakan : Makluman

9.3 Pemasangan CCTV Keselamatan

Guru besar memberi maklum balas kepada usul ini, yang mana syarikat
keselamtan yang sebelum ini telah diarahkan oleh kementerian untuk memasang
CCTV disekolah. Namun apabila bertukar tender, syarikat itu tidak mendapat arahan
untuk menyediakan kemudahan ini. Beliau menambah lagi bahawa pihak sekolah
tidak pernah diberi peruntukan untuk memasang CCTV kerana peruntukan yang
diturunkan ke sekolah rendah adalah sedikit dan mustahil dapat menampung kos
pemasangan CCTV.

Tindakan : Makluman

9.4 Memohon pihak sekolah untuk memantau dan membanteras budaya buli di
sekolah, memperketatkan peraturan berkaitan gejala buli disekolah.

Usul ini dijawab oleh Penolong Kanan HEM. Beliau menerangakan bahawa pihak
sekolah sememangnya sentiasa memantau isu buli ini melalui jawatankuasa Disiplin.
Beliau menambah lagi bahawa isu seperti ini bukanlah tanggungjawab sepenuhnya
pihak sekolah. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak untuk tidak terlibat dengan
budaya buli dan perlu sentiasa inggatkan anak-anak untuk berani memberitahu ibu
bapa atau guru sekiranya dibuli.

Tindakan : Makluman

9.5 Mencadangkan agar murid yang cedera (berdarah/patah) dapat dihantar ke
klinik kesihatan selepas memaklumkan kepada ibu bapa kerana bimbang

keadaan murid akan bertambah teruk sekiranya terpaksa menunggu ibubapa
sampai dalam tempoh yang lama.

Penolong Kanan HEM menjelaskan prosedur yang telah diberikan oleh
kementerian dalam menguruskan murid cedera. Pihak sekolah hanya akan boleh
membawa murid untukmendapatkan rawatan diluar kawasan sekolah dengan
kebenaran ibu bapa.

Tindakan : Makluman

10 Hal-hal lain

Tiada.

Tindakan : Makluman

PENAGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 59

10.1 Pengerusi PIBG sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir
ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 59 sesi 2020/2021,di harap semua AJK dapat
memberikan komitmen yang berterusan dalam menjadikan persatuan PIBG SK.Pekan
Kinarut ini terus cemerlang.

10.2 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 9.10 minit.

Minit Mesyuarat Disediakan Oleh; Laporan di sahkan oleh,

--------------------------------------- ----------------------------------------

EVY NATALIA SAZALI ISHAK IBRAHIM
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
SK.Pekan Kinarut SK.Pekan Kinarut
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021

Tarikh :---------------------------

Minit ini disokong untuk disahkan oleh : ------------------------------------------------------


Click to View FlipBook Version