The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ciri - ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri daripada musuh dan menyesuaikan diri pada iklim dan perubahan cuaca

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-96008265, 2021-07-17 12:39:26

Kemandirian spesies tumbuhan

Ciri - ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri daripada musuh dan menyesuaikan diri pada iklim dan perubahan cuaca

SAINS TAHUN 5

TEMA : SAINS HAYAT
UNIT 4 : TUMBUH - TUMBUHAN
TAJUK : KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUH- TUMBUHAN
I- MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH
II- MENYESUAIKAN DIRI DENGAN IKLIM DAN PERUBAHAN MUSIM

OLEH : CIKGU SHANIATI MD NOR
GURU SAINS
SK TAMAN CEMPAKA, JOHOR BAHRU

TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

Tahukah murid – murid bahawa tumbuh - tumbuhan memiliki
pelbagai ciri khas untuk melindungi diri daripada musuh bagi
memastikan kemandirian spesiesnya.

Ciri – ciri khas tumbuhan untuk
melindungi diri daripada musuh

1. Berduri tajam
2. Mengeluarkan getah
3. Berbulu halus
4. Beracun
5. Berbau busuk

Berduri tajam – bertujuan untuk menyakiti atau mencederakan musuh yang
mendekatinya

Durian Pokok Ros Kaktus
Nanas
Lidah buaya

Cikgu Shaniati MN

Mengeluarkan getah – Getah pada daun, batang atau buah boleh menyebabkan
musuh berasa melekit atau gatal apabila menyentuhnya

Pokok
nangka

Pokok keladi Pokok
cempedak

Pokok
betik

Cikgu Shaniati MN

Berbulu halus – boleh menyebabkan kegatalan apabila menyentuhnya

Pokok buluh

Pokok lalang

Pokok labu

Pokok tebu

Cikgu Shaniati MN

Beracun – boleh menyebabkan keracunan atau kematian jika dimakan

Pokok Ipoh Pokok Pong - pong Pokok Keladi

Pokok Alamanda Pokok Cendawan

Cikgu Shaniati MN

Berbau busuk – bau busuk yang dibebaskan menyebabkan musuh
menjauhi tumbuhan tersebut

Bunga Raflesia

Pokok Jeremin

Pokok Tembakau

Pokok Bunga Tahi Ayam

Cikgu Shaniati MN

TUMBUHAN MENYESUAIKAN DIRI DENGAN
IKLIM DAN PERUBAHAN MUSIM

Tahukah murid – murid bahawa tumbuh - tumbuhan juga memiliki pelbagai ciri
khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim bagi
memastikan kemandirian spesiesnya.

Ciri – ciri khas tumbuhan untuk menyesuaikan diri
dengan iklim dan perubahan musim

1. Musim angin kencang 3. Iklim sejuk
- Batang mudah lentur , daun pecah – pecah - Kulit yang tebal
- Batang dan ranting mudah lentur dan - Daun berbentuk jarum
daun berbentuk jarum / duri

2. Iklim panas dan musim kering
- Daun berbentuk jarum / duri
- Batang menyimpan air
- Akar yang panjang
- Berbulu halus
- Menggulungkan daun
- Daun berlilin
- Menggugurkan / meluruhkan daun

MUSIM ANGIN KENCANG

Batang yang mudah lentur dan daun Batang dan ranting yang mudah lentur dan
berpecah pecah dapat mengurangkan daun berbentuk jarum dapat mengurangkan
rintangan angin kencang rintangan angin kencang

Pokok kelapa Pokok pinang Pokok ru

Cikgu Shaniati MN

IKLIM PANAS DAN MUSIM KERING

- Daun terubah suai menjadi duri / - Batang dan daun yang berbulu halus dapat
berbentuk jarum dapat mengelakkan mencegah kehilangan air pada waktu panas
kehilangan air.

- Batang yang menyimpan air
- Akar yang panjang dapat bergerak jauh ke

dalam tanah untuk menyerap air

Pokok tomato

- Daun berlilin dapat mengelakkan kehilangan air
terlalu banyak pada musim panas

Pokok kaktus

Pokok keladi

Cikgu Shaniati MN

IKLIM PANAS DAN MUSIM KERING

- Menggulungkan daun untuk mengelakkan - Meluruhkan daun untuk mengelakkan dari
kehilangan air. kehilangan air ketika cuaca panas dan
musim kering

Pokok getah

Pokok Kunyit Pokok Jagung

Pokok Pisang Pokok tomato Pokok bunga
kertas

Cikgu Shaniati MN

MUSIM SEJUK

- Batang yang mempunyai kulit tebal untuk
melindungi diri dalam iklim sejuk

Pokok Pain

Pokok Mapel Batang pokok pain
Batang pokok Mapel
Cikgu Shaniati MN

- Daun berbentuk jarum untuk hidup dalam
musim angin kencang, cuaca sejuk dan
panas

Pokok Pain Daun pokok pain

Cikgu Shaniati MN

SELAMAT BELAJAR
JUMPA LAGI DI SESI
PEMBELAJARAN AKAN DATANG

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version