GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN PARA REMAJA NAMA PELAJAR NO NOMTRIK MUHAMMAD SHARIFF ADAM BIN SAAD HASSAN (F1045) MUHAMMAD RIFQI BIN MOHD FAKARUDDIN (F1024) MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN MAT RANI (F1109) MUHAMMAD ZULAMIRUL BIN ZULHISHAM (F1065)
1.0 ) GEJALA YANG PERTAMA : PENYALANGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT PENGENALAN Pengambilan dadah dalam kalangan remaja di IPT, seperti yang dilaporkan oleh pusat pemulihan dan dadah di Negara Thailand yang dikenali sebagai DARA Rehab, di Chaburi, Thailand; “Bilangan remaja di UK yang mencederakan diri sendiri dengan meracuni diri mereka semakin meningkat. Kanak-kanak perempuan dan wanita muda amat berisiko, menurut satu kajian yang diterbitkan minggu ini. Apakah yang mendorong mereka melakukannya? Penyelidik di Universiti Nottingham berkata terdapat peningkatan sebanyak 27% dalam kes-kes kecederaan diri remaja yang diketahui di UK antara 1992 dan 2012, dengan 17,862 insiden dilaporkan dalam tempoh 20 tahun itu. Mereka yang paling berisiko adalah gadis dan wanita dari latar belakang miskin." DEFINISI Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya pelajar IPT.Hal ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang.Bahan-bahan terlarang ini meyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan kesihatan dan keupayaan seseorang.Jadi tidak hairanlah kenapa amat berbahaya.Pada era ini,bahan-bahan terlarang amat mudah didapati oleh kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata tempat termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh pelajar.Selain itu,sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi khayal.Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah ,rokok ,daun ketum ,gam/aerosol,arak dan ubat batuk.
CONTOH-CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG 1. DADAH • Marijuna/Ganja • Merthamphetamine • Pil Kuda • Ecstasy • Syabu / Ais • Kokai \
2.ROKOK 3. DAUN KETUM
4.GAM/AEROSOL
5.ARAK
6.UBAT BATUK
FAKTOR-FAKTOR 1. KURANG DIDIKAN AGAMA • Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk keperibadian seseorang pelajar dengan ilmu agama dan nilai murni terpuji. • Tanpa bimbingan ibubapa,pelajar tidak dapat membezakan mana yang baik dan buruk sebelum membuat sesuatu keputusan. • Keebanyakkan pelajar yang terlibat dalam gejala ini , kurang perhatian daripada keluarga yang menyebabkan mereka berasa tersisih.
2. PENGARUH MEDIA MASSA • Dalam dunia teknologi kini,pelbagai maklumat boleh diakses dihujung jari sahaja. • Terdapat banyak paparan yang negatif di internet seperti filem berunsurkan dadah yang sering tular sebagai video trending di Tiktok dan aplikasi lain. • Golongan pelajar mudah meniru dan mengikut aksi yang dilihat di sekeliling 3. PENGARUH RAKAN • Rakan mengambil alih tanggungjawab ibu bapa semasa di luar rumah kerana mereka ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. • Pelajar merasakan rakan adalah orang yang paling memahami situasinya kerana berkongsi masalah yang sama. • Pemilihan rakan yang salah akan menyebabkan pelajar terjerumus dalam isu ini kerana pelajar akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan untuk memperoleh kepercayaannya dan menambah kawan baru.
KESAN TERHADAP FIZIKAL • Dadah boleh menyebabkan mahasiswa mahupun mahasiswi mengalami perubahan tekanan darah,berpeluh,muntah,kehilangan berat badan,sakit dada dan berkemungkinan akan diserang sakit jantung yang boleh menyebabkan kematian. • Rokok juga boleh menyebabkan perokok mudah mendapat penyakit jantung,barah paru-paru dan masalah saluran pernafasn yang teruk. • Minuman alkohol boleh merosakkan sel-sel hati,mengurangkan perngeluaran hempedu,menyebabkan sirosis hati dan hepatisis. • Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.
TERHADAP EMOSI PELAJAR IPT • Mahasiswa atau mahasiswi yang ketagihan bahan terlarang menunjukkan perubahan emosi yang sangat jelas,sama ada menjadi terlalu gembira,asyik ketawa,berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan aktiviti. • Apabila mengambil dadah,mereka berasa lebih yakin dan gembira,sebaliknya menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat bahan tersebut.Apabila keinginan untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi akan menyebabkan berlakunya gangguan dan ketidaktenteraman jiwa dan juga mungkin akan bertindak agresif untuk menghalangkan ketagihan dadah yang sedang dialami. • Penyalahgunaan dadah seperti ganja memberi kesan yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan penagih mengalami psikosis iaitu sakit mental yang teruk dan berlakunya pembunuhan. TERHADAP SOSIAL PELAJAR IPT • Pelajar IPT yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah mereka akan mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakannya.Kebanyakkan mahasiswa mahupun mahasiswi akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri,keluarga dan masyarakat. • Mendorong pelajar melakukan jenayah seperti merompak,mencuri dan jenayah yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat justeru menyebabkan mereka lupa maktalamat mereka di IPT.Ianya juga mengakibatkan pelajar hilang kawalan dalam pergaulan sosial dan cenderung untuk melakukan seks. • Boleh menyebabkan pelajar di IPT tersebut bertindak ganas dan berkemungkinan terlibat dalam pergaduhan.
CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT a)MELALUI PIHAK IPT • Mengadakan kempen kesedaran diri tentang bahayanya pengambilan bahan terlarang di kampus-kampus dan melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.Hal ini bertujuan untuk memberi informasi,pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. • Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi supaya dapat mewujudkan kerjasama di antara pelajar.Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golonga remaja.
b) MELALUI PERANAN IBU BAPA • Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan dan ibubapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang negatif. • Mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya tidak mudah terpesong dan terpengaruh dengan segala masalah sosial yang berlaku kepada pelajarpelajar. • Ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak walaupun mereka berjauhan bagi membantu mencegah peningkatan masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT. c) MELALUI PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG Tindakan undang-undang hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dan penagih dadah. Mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperoleh bekalan dadah. Mengekan hukuman minima bagi penagih dadah jenis syabu adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebtan dan jika melebihi 50 gram akan dikenankan hukuman gantung sampai mati manakal kesalahan bagi memakan dadah syabu akan dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau kompoun RM 20 000 atau kedua-duanya sekali.
KESIMPULAN • Kesimpulannya,isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT banyak memberi kesan negatif pada individu itu sendiri dan masyarakat.Para remaja seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut.Oleh itu, ibubapa perlu memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti rokok,dadah,alkohol dan mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang llain untuk tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang terlarang ini.Pada zaman ini,remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang sering mengamalkan unsur negatif dalam penggunaan bahan terlarang ini.Hal ini mendorong remaja sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan bahan tersebut yang boleh menyebabkan kematian.Oleh itu, bahan ini lebih banyak memberi kesan yang negatif berbanding positif oleh masyarakat .Akhir sekali,pihak IPT wajar mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar agar dapat menjauhi diri dapidapa bahan-bahan terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.
2.0 GEJALA KEDUA : MASALAH PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA PENDAHULUAN Pada mutakhir ini, kita sering kali mendengar isu-isu berkaitan pergaulan bebas yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat. Perkara ini kebanyakannya dilakukan oleh golongan muda yang menduduki Institusi Pengajian Tinggi(IPT). Pada blog ini, kami akan menjelaskan kepada pembaca berkenaan dengan pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politernik Malaysia. Perkara lagi kerap didengari oleh kakitangan politeknik di Malaysia secara terbuka dan ianya memang tidak asing jika diperkatakan. Terdapat beberapa pelajar politeknik yang kurang sedar akan pentingnya menjaga maruah diri daripada dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Setiap pelajar politeknik perlu mengamalkan etika pergaulan yang berlandaskan hukum syariat Islam di luar ataupun di dalam insitusi pengajian mereka. Ihtilat
yang ditetapkan oleh syarak bertujuan untuk memberi faedah yang baik terhadap pelajar kerana selaras dengan hukum akal fikiran manusia. Akal manusia dicipatakan khas untuk membezakan atntara perkara-perkara yang baik dan buruk.Pelajar perlulah menghindarkan diri daripada perkara negatif yang mendatangkan keburukan dalam kehidupan mereka. Waima, mereka hendaklah berusaha mengubah sikap mereka ke arah yang positif Oleh sebab itu, pelajar wajar mengenalpasti punca-punca pergaulan bebas sejak peringkat daripada awal. PENGENALAN Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara kita. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa, maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.Sabda Nabi Muhammad SAW. Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita yang bersaudara wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, dan juga perlu termasuk tempat tidur mereka.Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadisnya:-
AYAT DI ATAS BERMAKSUD : “Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi.Ayat AlQuran telah menjelaskan”:- َوعَسَ ى ن َ ِحبُّوا شَيْئًا ُمو َن َوهُ ر َو أ تُ ْمَٰلٰتَعْلَ نتُ َ ُم َوأ ـهُ يَعْلَ َّ ْمٰۗ َوالل َّكُ شَ ل “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah ; Ayat 216) Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu, semuanya adalah di dalam ilmu dan pengetahun Allah وتعالى سبحانه . Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah وتعالى سبحانه sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar dalam kalangan para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi, ianya turut melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara, yang bakal menerajui kepimpinan negara sekaligus diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak dalam masyarakat Malaysia kini, khususnya di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan.
Ertinya:Sesungguhnya jiwa itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali yang dirahmati Tuhanku. Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya, ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini, yang ianya terdiri daripada pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan bukan hanya mencemarkan maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.Ayat Al-Quran telah menjelaskan:- Maka dengan ini, sewajarnya kita dekatilah mereka dan bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif. Pihak politeknik terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dah mahasiswi. Justeru, dasar pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej kediaman mahasiswa dan mahasiswi oleh pihak politeknik. Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa selain penguatkuasaan peraturan tatatertib politeknik terhadap pelajar dengan konsisten dan berhemah. Perkara ini hendaklah selaras dengan sabda Nabi Muhammad SAW:-
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH PERGAULAN BEBAS 1. Diri remaja sendiri Semasa di peringkat remaja, manusia mengalami perkembangan fizikal dan emosi yang sangat ketara berbanding di peringkat kanak-kanak. Waktu remaja merupakan titik permulaan kepada kemahuan untuk merasai kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari aspek fizikal dan emosi, yang mana remaja tidak mahu dikongkong pergerakannya serta pemikirannya.
Kemahuan sedemikian seringkali menjadi punca remaja mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Pada usia remaja juga kita akan mengalami perasaan ingin tahu serta kehendak mencuba perkara-perkara yang baharu dalam hidup. Dorongan perasaan ini jika tidak dibimbing dengan pemikiran yang waras,maka ianya akan menyebabkan remaja mencuba perkara-perkara negatif walaupun telah mengetahui kesan buruknya sejak awal lagi. Seorang anak remaja sering dianggap boleh berdikari serta tidak memerlukan pengawasan daripada ibubapa berbanding semasa di peringkat kanak-kanak. Tanggapan ini kadangkala menyebabkan ibubapa terlepas pandang untuk memberikan perhatian kepada anak remaja ini, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai yang masih kecil. Oleh itu remaja yang menginginkan perhatian ini telah beralih kepada individu lain bagi mengisi kekosongan tersebut. 2. Keluarga Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan keluarga.
Kaedah penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak yang terlalu mudah menghukum atau pilih kasih akan menyebabkan remaja memberontak serta memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha untuk menjadi rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat kepercayaan daripada anak-anak untuk menjadi tempat perluahan masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul rapat dengan orang lain yang tidak dikenali.Firman Allah SWT:- Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa untuk berada di luar rumah. Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh ibubapa terhadap anak-anak remaja juga menyebabkan mereka memilih untuk mencari pasangan sekaligus menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari ini yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan lebih dari satu pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu diluangkan oleh ibubapa bersama dengan anak-anak. 3. SEKOLAH Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan remaja kerana dalam sehari sekurang-kurangnya 6 jam akan diperuntukkan oleh remaja di institusi pengajian. Kaedah pengajaran, kawalan disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang kepada pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari perlakuan negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan bebas. Namun begitu, dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri remaja sendiri diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik dan yang buruk terutamanya, kerana pelajaran adalah jaminan untuk masa depan.Sebahagian surah Al-Kahfi, ayat 29:-
َمن ْر َء فَ ْكفُ يَ ْ َء فَل يُ ْؤ ِمن َو َمن شَآ ْ شَآ فَل Ertinya:Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur(ingkar), biarlah dia mengingkarinya. Selain itu, pihak sekolah yang gagal memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran serta kelakuan menyebabkan golongan remaja ini terpinggir dan tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak sekolah dan ibubapa seharusnya menjadi kekuatan untuk menangani pelajar yang bermasalah agar pelajar mencari penyelesaian di dalam dua sistem sokongan ini sahaja dan bukannya mencari individu lain sebagai jalan keluar. 4. Rakan sebaya Rakan sebaya yang baik akan mengajak serta mempengaruhi remaja ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, rakan sebaya yang juga terlibat dalam masalah sosial, mereka sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama.Ini membolehkan kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya yang berkongsi masalah yang sama akan menyebabkan remaja merasakan rakan adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian terbaik, sedangkan tidak semuanya berkeadaan begitu.
Sebagai anak remaja yang kebanyakannya gemar berkawan secara berkumpulan, remaja juga didapati mudah mengikut ajakan rakan sebaya agar mereka mudah diterima dalam kumpulan. Remaja mahu dikatakan mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan. Oleh yang demikian, walaupun adakalanya mereka telah mengetahui keburukan perlakuan tersebut, namun remaja masih melakukannya kerana ingin mendapatkan kepercayaan daripada rakan-rakan.Nabi Muhammad SAW bersabda:- ُل السَّ ْو ِء، ال َجلِي ِس َمثَ َونَافِخِ كَ ال ِم ْس ِك َحا ِم َو ِل ال َّصالِحِ ِر، َحا ِم ُل ال ِم ْس ِك:ٰ َّما ال ِكي فَ إ ْن ِ َ أ يُ ْحِذيَ َك، َّما ِ ْن َوإ َ أ تَبْتَاعَ ِمنْهُ،ٰ َّما ِ ْن َوإ َ ِجدَ ِمنْهُ ي ًحا ِر ٰ أ تَ ، ِبَةً ي ِري ًحا َخبِيثَةً ِجدَ ْن تَ َ ِ َّما أ َوإ ْنٰيُ ْحِر َق ثِيَابَ َك، َ ِ َّما أ ِر:ٰإ َونَافِ ُخ ال ِكي طَ Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
5. PENGARUH MEDIA MASSA Kemunculan media sosial yang terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk menapis maklumat dengan rasional, remaja akan terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat dalam pergaulan bebas. KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS 1. PEMBUANGAN BAYI Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
2. PERCERAIAN DAN KERUNTUHAN RUMAHTANGGA Kebanyakan pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih belum matang lagi. Sekiranya sebelum proses
perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia. 3. TERSEBARNYA PENYAKIT-PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. 4. KES PELACURAN
4. KES PELACURAN Mengikut surat khabar jurnal, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Pulau Pinang dikatakan mencari wang sampingan turut menjadi "ibu ayam" di sebuah pusat hiburan. Kajian turut mendapati kes pelacuran remaja yang berusia 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus ke dalam pengaulan seks bebas. Selain itu, sesetengah golongan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masingmasing mempunyai masalah psikologi. Oleh itu, mereka memilih untuk menjadi pelacur supaya menarik tumpuan ibu bapa mereka. 5. KERUNTUHAN AKHLAK Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Remajaremaja pada masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang negatif seperti kumpulan 'mat rempit', gangster dan 'black metal' sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.Dalam konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan sesuatu.Firman Allah SWT:- ُهَماٰ َّ َوقُل ل َما َهۡرهُ ف َوَل تَنۡ ُ ُهَمآ أ َّ َما فَ َلٰتَقُل ل ۡو ِكَلهُ َ َمآ أ َحدُهُ َ ِكبَ َر أ ۡ ُغَ َّن ِعندَ َك ٱل ِ َّماٰيَۡبل إ نًا ۡحسَ ِ ِن إ َو لِدَۡي ۡ َوبِٱل ِيَّاهُ َّلٓ إ ِ إ ْ ٓوا ََّلٰتَۡعبُدُ َض ى َربُّ َك أ َوقَ ِريٗما ٢٣ قَۡوٗل كَ
LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI PERGAULAN BEBAS 1. MEMPERKUAT PENDIDIKAN AGAMA
Anak yang mempunyai dasar pendidikan agama serta moral yang kokoh tidak akan mudah terjerumus ke dalam pergaulan bebas, karena ia tahu dan bisa membedakan hal yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat memperkuat iman seseorang sejak dini. Jika sejak kecil seseorang telah tertanam mengenai pengertian benar dan salah, biasanya ia akan dapat menghindari pergaulan bebas yang jelas – jelas merupakan hal yang tidak benar. 2. MEMBENTUK KARAKTER YANG POSITIF Pembentukan karakter manusia sejak kecil sangat diperlukan agar ia dapat menjadi peribadi yang kuat dan berpendirian kukuh, sehingga walaupun mempunyai kesempatan untuk hidup bebas, ia dapat mengendalikan dirinya. Teguh berpegang pada prinsip hidup merupakan salah satu cara untuk menghindari pergaulan bebas. 3. MEMPERERAT HUBUNGAN ORANG TUA DAN ANAK-ANAK
Hubungan orang tua dan anak yang erat secara langsung akan memberikan pengawasan yang lebih baik kepada anak. Jika anak dekat dan terbuka dengan orang tua, mereka secara langsung akan dapat bertanya mengenai berbagai macam persoalan bahkan yang dianggap sensitif dan tahu seperti seks bukannya mencari informasi yang boleh jadi menyesatkan pada pihak lain. 4. MEMBERIKAN PENDIDIKAN SEKS PADA ANAK DAN REMAJA Keingin tahuan remaja mengenai hal yang berkaitan dengan seksualitas terkadang tidak mendapatkan penyaluran yang benar, sehingga mereka terkadang akan mencari tahu melalui jalan yang salah. Informasi yang berkaitan dengan seksualitas sepatutnya didapatkan anak sejak dini, tentu saja disesuaikan dengan bahasa yang cocok dengan usia anak. Dengan demikian mereka juga dapat mengetahui bahaya dan akibat dari pergaulan bebas
5. MENGISI WAKTU LAPANG Salah satu faktor yang turut memberi kesempatan bagi remaja dengan kehidupan bebas adalah tersedianya banyak waktu luang. Apabila waktu luang tersebut diisi dengan kegiatan yang positif dan berguna, maka tidak akan ada waktu untuk memikirkan hal – hal yang menyimpang. Cara bergaul bagi orang pendiam dapat dilakukan dengan mengisi waktu melalui kegiatan positif. 6. MEMPERLUAS PENGETAHUAN Ada yang menyatakan bahawa knowledge is power, dimana pengetahuan adalah kekuatan yang akan membuka minda dan wawasan yang luas. Seseorang akan mudah menentukan pilihan hidupnya karena ia sudah mengetahui banyak tentang berbagai sisi dan dampak dari pilihan – pilihan yang dia buat. Sebaliknya, apabila seseorang hanya memiliki sedikit pilihan, ia tidak akan tahu bahwa ada banyak pilihan yang lebih baik untuk kehidupannya. Misalnya, jika ia tidak mempunyai pilihan lain selain gaya hidup bebas, maka ia tidak akan dapat melakukan cara menghindari pergaulan bebas
7. MEMBATASI PERGAULAN Pergaulan bebas bukanlah cara hidup yang baik kerana banyaknya kerugian yang akan ditimbulkan pada seseorang jika menjalaninya. Untuk menghindari pergaulan bebas, ada baiknya jika membatasi pergaulan kepada lingkungan atau teman yang hanya akan memberikan pengaruh positif. RUMUSAN/PENUTUP Perintah Tuhan diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja yang melibatkan pelajar sekolah mahupun pelajar universiti ini banyak memberi keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak seperti keluarga, institusi pendidikan, peranan komuniti, media massa dan peranan pelaksana undang-undang adalah amat diperlukan dalam usaha membendung pergaulan bebas remaja pada hari ini. Kesemua pihak ini harus mencegah gejala ini bermula dengan pendidikan dan penghayatan kepada nilai-nilai agama, budaya dan moral. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia. Usaha kerajaan mendidik mahasiswa yang mampu berdaya saing perlulah dilaksanakan segera. Ini akan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terbabit dengan aktiviti belia dan tidak tertumpu dalam alam kampus saja. Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan dalam pembinaan modal insan. Pelaksanaan ini akan memberi faedah kepada negara dalam menyediakan masyarakat khususnya mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran malah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam mengurangkan seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam saraf-saraf sosial mahasiswa pada masa akan datang.
GEJALA KERTIGA : GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG BERLELUASAN DALAM KALANGAN PELAJAR PENDAHULUAN Plagiarism’ adalah megambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (penghargaan) kepada penulis asal. Dalam erti kata lain, yang saya maksudkan di sini adalah copy-paste. Plagiarism atau amalan/budaya ‘copy dan paste’ kini makin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian atau universiti di negara kita. Amalan ‘copy paste’ ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun dewasa kini rujukan utama para pelajar telah beralih arah kepada internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka. Adakah plagiarism wujud dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat? Secara umumnya, saya berpendapat pengunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya ilmu di universiti kerana dengan adanya internet, para pelajar akan mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular di universiti. Selain penggunaan internet, sumber jurnal yang pelbagai juga menyebabkan para pelajar lebih cenderung kepada amalam plagiarism ini.
Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap sebagai jenayah akademik? Pada perenggan sebelum ini, saya telah menyatakan antara sebab umum berlakunya amalan ‘copy paste’. Sekarang, saya akan kupas beberapa sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini berlaku di kalangan pelajar. SEBAB 1. PELAJAR KURANG MAHIR MENCARI MAKLUMAT Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat . Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk yang dikeluarkan oleh para
pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Saya yakin, semua universiti di negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari maklumat. 2. TIDAK MEMPUNYAI MASA YANG SECUKUPNYA Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada pendapat saya, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup. Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain. 3. SUASANA PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI BERBEZA DENGAN SEBELUMNYA
Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan nota-nota oleh guruguru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah. Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka. 4. KURANG KESEDARAN TENTANG PLAGIRISM Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Saya berpendapat, para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.
5. KURANG PERSEDIAN DALAM MENYIAPKAN TUGASAN Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh. Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru dengan internet semata-mata. KESAN PLAGIARISME TERHADAP PELAJAR Sekiranya didapati pelajar melakukan plagiat, sekatan akademik boleh dibuat termasuk pindah ke kelas yang lebih rendah, gagal kursus atau diberhentikan dari jurusan akademik. Kejadian plagiarisme juga dapat mengurangkan peluang untuk menjadi rujukan yang baik dari pengajar bagi permohonan biasiswa, program pengajian di luar negara atau bantuan siswazah. Ijazah boleh dilucutkan sekiranya didapati bahawa pelajar meniru dalam projek atau tesis.
SEKATAN DISIPLIN Plagiarisme adalah alasan untuk percubaan, penggantungan atau pengusiran dari pusat pengajian. Salah laku akademik boleh diletakkan di transkrip pelajar yang mungkin dilihat oleh kolej dan universiti lain. Jadi pelajar mungkin tidak dapat berpindah sebagai pelajar yang pintar atau masuk ke pusat pengajian undang-undang, pusat pengajian perubatan atau mana-mana universiti. Tiada bayaran balik pengajian atau yuran dikeluarkan semasa pelajar diberhentikan kerana ketidakjujuran akademik. Sekiranya pelajar adakah pelajar antarabangsa, pemecatan dari pusat pengajian boleh menyebabkan pengusiran dan memalukan keluarga. Implikasi Kerjaya Semasa mencari pekerjaan, terutama dalam penguatkuasaan undang-undang, kerajaan atau juga mendaftar dalam perkhidmatan ketenteraan, paling penting untuk memiliki sejarah disiplin yang bersih. Tuduhan plagiarisme di pusat pengajian boleh mempersoalkan etika, integriti dan kesesuaian untuk untuk pekerjaan tersebut. Dalam pasaran kerja yang kompetitif, bakal majikan mempertimbangkan surat rujukan dari tenaga pengajar untuk menolong mereka. Plagiarisme boleh menjadi rujukan dari pengajar yang membuktikan watak dan keilmuan pelajar.
PERIBADI Plagiarisme membuat pelajar tidak belajar. Menipu memberi pelajar kelebihan yang tidak adil berbanding pelajar lain yang membuat kerja sendiri. Dihukum kerana melakukan penipuan boleh merosakkan reputasi pelajar dan merosakkan kepercayaan terhadap pelajar. Rakan sebaya mungkin kehilangan rasa hormat dan memilih untuk tidak bekerjasama dalam projek kumpulan. Walaupun pelajar tidak ditangkap, harga diri dapat dipengaruhi kerana mengetahui bahawa pelajar tidak layak mendapat markah yang pelajar terima. MENANGANI PLAGIARISME Ada pelbagai cara untuk menganangi plagiarisme dari berlaku. Langkah-langkah ini boleh diambil dari aspek individu itu sendiri. Masyarakat sesebuah kelompok akademik. Penulis karya akademik dan orang ramai secara amnya.
Bagi seseorang penulis akademik,seharusnya terdapat kesedaran dalam diri mereka tentang oroginality atau keaslian sesebuah karya yang mereka hasilkan.Mereka sewajarnya lebih bersifat jujur dan ada rasa tanggungjawab terhadap karya akademik mereka sendiri. Meraka juga seharusnya lebih teliti dan tidak gopoh dalam menulis karya akademik mereka. Hasil karya mereka perlulah bermutu dan bukanlah hasil yang 'tangkap-muat' sahaja. Mereka juga perlu yakin yang karya mereka berdasarkan hasil kajian yang mereka sendiri lakukan dan data-data yang mereka sendiri kumpulkan. Bagi seorang pelajar pula, kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan plagiat perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam dunia akademik. Meraka sedia maklum yang mencuri itu salah, tetapi tidak endah tentang mengambil karya orang lain dan masukkan dalam penulisan sendiri tanpa menyatakan dari mana mereka mendapatkan tulisan-tulisan sedemikian.Pelajar perlu bersifat lebih bertanggungjawab , prihatin dan jujur dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka perlu lebih menghargai,memahami dan menyebutkan sumber penulisan yang mereka rujuk di dalam tugasan mereka.Antara tindakan yang paling wajar bagi mengelakkan gejala plagiat dalam kalangan pelajar ini termasuklah,pelajar tersebut meletakkan diri mereka sebagai mangsa plagiat dimana,mereka bertungkus lumus menyiapkan tugasan atau karya akademik mereka,dan orang lain mengambil secara terus hasil penulisan mereka tanpa menyebut (cite) nama mereka sebagai penulis asal.Tidakkah itu boleh menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati,dan situasinya sama sahaja jika mereka yang menjadi plagiator.
Seseorang penulis itu juga perlulah mahir dalam membaca karangan atau penulisan orang lain dan pandai melakukan 'paraphrasing'. Bukan sahaja perlu bijak menyusun semula kata- kata penulis asal, tapi ia tidak lari dari makna sebenarnya. Masyarakat seharusnya lebih peka tentang kesalahan plagiarisme ini dan tidak sewenangnya memandang enteng pada isu ini kerana ia melibatkan pesalah dalam kalangan anak bangsa sendiri di mana hal ini sangatlah memalukan. ia akan memberi implikasi yang sangat teruk kepada moral dan akhlak plagiator tersebut. Tanpa kesedaran dari masyarakat seolah-olah mereka membenarkan anak bangsa khususnya pelajar-pelajar universiti untuk mengamalkan plagiarisme. Bagi pihak atasan pula,khususnya dalam institusi pendidikan sendiri, contohnya pentadbiran tertinggi sesebuah universiti yang terdiri dari profesor-profesor dan doktor-doktor,waima pensyarah-pensyarah sendiri seharusnya memberikan panduan dan bimbingan kepada pelajarpelajar mereka.Selepas sesuatu tugasan diberikan,mereka sewajarnya memberikan arahan yang jelas dan terperinci dan menegaskan perlakuan plagiat adalah dilarang sama sekali. ia adalah satu bentuk rompakan dan pencerobohan dalam dunia penulisan akademik jadi hal itu dipandang serius oleh pensyarah.
Terapkan rasa hormat akan penulisan orang lain dengan menceritakan tentang penulisan tersebut. Penyarah memainkan peranan yang sama penting dalam mempengaruhi gerak kerja pelajar mereka.Jika pensyarah itu sendiri bersifat acuh tak acuh,berkemungkinan besar pelajar mereka akan melakukan plagiat. Selain itu,penyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarisme sepanjang sesi kuliah dengan mereka.Ini boleh menjadikan mereka percaya pada diri sendiri,yakni penulisan mereka Tips untuk pelajar menghindari plagiarism dalam penulisan 1. Mula awal Cara mudah untuk membantu anda mengelakkan plagiarisme adalah untuk memberi diri anda cukup masa ketika menulis kertas. Sangat mudah untuk terlepas sesuatu apabila anda terburuburu. Mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan penyelidikan dan memberi perhatian kepada kerja anda adalah sangat penting. Apabila kita berada di bawah tekanan kita mempunyai peluang untuk membuat kesilapan. 2. Petikan dengan betul Petikan yang anda ambil dari sesuatu sumber tidak mempunyai apa-apa makna jika anda tidak memetiknya dengan betul. Pastikan anda tahu apa standard bagi kertas yang anda kerjakan dan gunakan dengan tepat. Anda mungkin cuba melakukan perkara yang betul dan masih salah.
3. Membaca & membetulkan kesalahan (Proofreading) Proofreading adalah keperluan dan ia juga akan membantu dengan plagiarisme anda. Ia tidak mengambil banyak masa untuk mengimbas kertas anda dan pastikan anda telah menyebut setiap sumber yang anda gunakan. Langkah ini mudah diterapkan dan memberikan hasil. 4. Quote Satu lagi cara untuk memberi kredit ialah dengan menyatakan sumber. Ia benar-benar tidak mengambil banyak masa dan anda mahu melakukannya sebaik sahaja anda menulisnya. Apabila anda memetik rujukan anda, anda tidak akan dituduh plagiarisme.
5. Paraphrase Anda perlu memberi kredit di mana ia patut diberikan. Paraphrasing berfungsi dengan baik apabila anda menuliskan ayat tanpa membuang makna. Anda perlu menuliskannya dengan kata-kata anda sendiri dan tidak boleh hanya mengambil satu perkataan dan menggantinya dengan yang lain. KESIMPULANNYA Kesimpulannya, plagiarisme melalui Internet telah banyak memberi kesan kepada pembelajaran pelajar universiti. Oleh itu setiap individu seharusnya memantapkan motivasi dalam pembelajaran, kesediaan pembelajaran selain sentiasa dekat dengan Allah SWT. Sedikit perkongsian hadis: َو َم ْن َس ِمنَّا غَشَّنَا فَلَيْ Maksudnya: “Dan barangsiapa yang menipu kami maka bukanlah dia daripada kalangan kami.” Berkata Imam al-Syaukani dalam Nail al-Autar (5/251): “Dalam hadis lain riwayat Muslim, Rasulullah menyebut: “Bukan daripada kalanganku.” Berkata al-Nawawi: “Maknanya adalah tidak mengikuti panduanku (yakni Nabi SAW), ilmu, amalan, dan perlakuan atas jalanku, seperti seorang lelaki berkata kepada anaknya yang melakukan sesuatu yang bapa itu tidak suka: “Engkau bukan dariku.”... Sufyan bin Uyainah tidak menyukai tafsiran sebegini dan berkata: “Ini ucapan yang buruk.” Baginya, cukup kita berhenti daripada menta`wilkan kerana itu lebih berasa di jiwa dan terkesan pada kesalahan.” Berdasarkan daripada keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa perbuatan menipu atau plagiat itu bukan daripada ajaran Islam. Seseorang boleh mendakwa bahawa mereka berhak meniru atau memplagiat kerana mereka membayar yuran pendidikan dan sebagainya, atau mereka berasa meniru dan memplagiat itu hanya perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Namun hakikatnya, inilah punca kepada masalah masyarakat yang kian terperangkap dengan
masalah rasuah semakin berleluasa sehingga orang yang bukan ahli memegang jawatan penting dalam masyarakat. Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: ِعَ إ ِت ِذَا ُضي َمانَةُ ِر األَ َف ا َه فَانْتَ ِظ السَّاعَةَ قَا َل كَيْ ِ قَ ذَا ََّّللاِ ا َل َر ؟ إ يَا سُو َل ِ َضاعَتُ إ ْسنِدَ لَى أ ْمُر ُ األَ ِ ِر إ ْهلِ ِه فَانْتَ ِظِرٰالسَّاعَةَ َ غَيْ أ Maksudnya: “Apabila amanah itu sudah hilang maka tunggulah datangnya Kiamat.” Abu Hurairah bertanya: "Bagaimanakah amanah itu hilang wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Jika disandarkan suatu urusan kepada orang yang tidak berkeahlian maka tunggulah datang Kiamat.” Riwayat al-Bukhari (6496) Meniru juga memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. Orang yang meniru akan rosak kompas hatinya sehingga dia berasa baik apabila melakukan perkara buruk. Dia juga akan terbiasa menipu sedangkan menipu adalah sifat-sifat orang munafik. Selain itu, dia menjadi tidak merdeka dan selalu bergantung dan menyusahkan orang lain. Inilah antara kesan buruk menirup kepada masyarakat dan diri sendiri. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menghapuskan gejala plagiat akademik agar keberkatan hidup dapat dicapai dan dihindar daripada segala fitnah dan kacau bilau Hari Kiama Wallahua`lam.