MPU21032 : ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : RAMLI BIN OMAR
NAMA KUMP. ; 1. NURMAISARAH BT MOHAMAD
KHIRUDDIN (19DPM21F2002)
2. NUR IZZAH ZULAIKHA BT MOHAMAD
AMIR (19DPM21F2008)
3. NAJIBAH YASMEEN FANSURY BT
MOHD RIZUAN (19DPM21F2061)
NURMAISARAH BINTI MOHD
KHIRUDDIN
(19DPM21F2002)
NUR IZZAH ZULAIKHA
BT MOHD AMIR
(19DPM21F2008)
NAJIBAH YASMEEN
FANSURY BT MOHD RIDUAN
(19DPM21F2061)
2
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN m/s 3
PENGENALAN m/s 4 - 6
JENIS- JENIS MASYARAKAT MAJMUK m/s 7-8
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK m/s 9
CIR- CIRI MASYARAKAT MAJMUK m/s 9
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG m/s 10
FAKTOR TERBINANYA MASYARAKAT MAJMUK m/s 11
DI MALAYSIA
AGAMA DAN KEPERCAYAAN m/s 13
RUMUSAN & RUJUKAN m/s 14
3
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan limpahan rahmat
yang dikurniakan oleh-Nya, dapat kami sekumpulan dapat kami menyelesaikan tugasan
kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Terdapat pelbagai ilmu baru yang dapat kami
rungkai sepanjang mencari maklumat berkenaan dengan tugas kami yang bertajuk Sejarah
Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.
Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Ramli bin Omar pensyarah bagi
subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21302), di atas kesudian beliau memberi
tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu,Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa
kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang
penghasilan tugasan ini.
Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata
membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa
bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapatmenyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.
Ringkasan daripada tugasan ini ialah dapat mengenal pasti masyarakat majmuk yang
terdapat di Malaysia. Selain itu, kita dapat mengetahui ciri ciri masyarakat majmuk serta
mempelajari sejarah dan latar belakang masyarakat majmuk. Akhir sekali, dapat mengetahui
faktor yang menyebabkan terbinanya masyarakat di Malaysia.
4
Malaysia pada hari ini di diami oleh pelbagai bangsa kaum dan etnik
dari Perlis hingga Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka
wujud pula kepelbagaian budaya, Bahasa, agama dan adat resam.
Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan. seperti yang berlaku terhadap
perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19,
masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh
orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau
P kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah
pembentukan masayarakat majmuk.
E J.S. Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep
masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma.
N Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat
G resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di
bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah
E berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat
berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
N ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-
garis ras.
A Idea Frunivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak
dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith
L merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang
panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap
A masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai
budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula,
masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang
N mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat
bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya
atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van
Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan
mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan
kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok
korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu
wujud daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga- tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai
unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat
bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa
masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea
atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional.
Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah
satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai
hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan
etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan
satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan
Borneo Ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku
5
tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan cora
masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada
rumpun bangsa yang sama.
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku
di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku
akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di
negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan
perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat
di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga
faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit
P sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan
berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam
E aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina
N daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh
dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
G berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke
Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan
E oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu
melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3),
bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
N bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar
ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan
A secara haram ke Tanah Melayu.
L Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan
bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada
pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh
A masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu.
N Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah
membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau
kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan
keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari
Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri
yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara
itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke
Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan
bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti
dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah
berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan
pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan
(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain
kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang
6
daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya
orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne
(1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum
Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara
tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad
ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini
disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan
faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari
rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal
mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses
pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti
sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar
P kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan
seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini
E seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam
masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras,
N bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat
secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi
dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak
G pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous
seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan
E Telok (Weiner, 1990:143).
N Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan
migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang
A panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama
lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
L tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia
kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
A mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah
N mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia
yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai
komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari
keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan
seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok
Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku
apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan,
maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran
seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini
kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini
berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu,
wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang
kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
7
JENIS - JENIS MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat di Malaysia terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun,
Melanau dan pelbagai bangsa lain. Pada dasarnya, masyarakat bersikap etnosentrik
iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada
budaya masyarakat lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada
pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep masyarakat majmuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa
iaitu terdiri daripada berbagai rasa atau masyarakat yang berada di bawah satu
pemerintahan, menurut J.S.Furnival. Dalam erti kata sebenar campuran ialah bergaul
tetapi tidak bercantum. Agama yang berbeza diamalkan oleh setiap kumpulan.
i. MELAYU
Kumpulan masyarakat terbesar di
Malaysia ada Kaum Melayu. iaitu
merangkumi lebih 50 peratus
penduduk negara. Orang Melayu di
Malaysia adalah merujuk kepada
orang yang mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa
Melayu dan mempunyai keturunan
Melayu. Sikap peramah dan budaya
seni yang sangat kaya menyebabkan orang Melayu terkenal.
Pada dasarnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Penduduk luar
bandar di Semenanjung pada masa lalu sebahagian besar adalah orang Melayu. Sejak tahun
1970an sehingga kini keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar.
Kebanyakan yang terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam
skala kecil-kecilan atau secara komersial masih tinggal di luar bandar. Pelbagai sektor seperti
sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, sektor perdagangan dan perniagaan melibatkan
sebahagian besar masyarakat Melayu di bandar.
8
ii. CINA
Golongan masyarakat kedua terbesar di Semenanjung ialah orang Cina. Pelbagai
agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam dianuti oleh
masyarakat ini. Sektor perdagangan dan perkhidmatan adalah merupakan tumpuan
sebahagian besar etnik Cina. Sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar
utama, khasnya di Lembah Kelang.
iii. INDIA
Golongan masyarakat yang ketiga terbesar di
Semenanjung ialah orang India. Sebahagian
besar orang India pada masa lalu bekerja dan
menetap di estet. Terdapat di kalangan mereka
pada masa kini yang berpindah ke bandar-
bandar dan menerokai pekerjaan di sektor
perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani kehidupan di bandar. Terdapat
golongan sub etnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala dalam kategori
etnik India. Etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai agama seperti
Hindu, Sikhisme dan Islam.
9
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
- Menurut Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat
yang muncul akibat daripada dasar-dasar colonial di mana penghijrahan penduduk
mengikut kehendak kehendak system ekonominya. Ini telah mewujudkan kelompok-
kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa
kelompok-kelompok berbagai ragam masyarakat majmuk itu “ bercampur tapi tidak
bergabung “. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan,
Bahasa, idea idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam
masyarakat majmuk itu secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang
sama. Sistem pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan
ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu mempunyai fungsi-fungsi yang
berlainan.
CIRI CIRI MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh perbezaan yang besar di
kalangan mereka. Ini bermakna masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang
berlawanan dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.
1) Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan
penduduk orang Asli ( bumiputera )
2) Mereka bercampur tapi tidak bersatu
3) Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang
sama
4) Masing – masing berpegang kepada kebudayaan. Agama, Bahasa,
idea dan kaedah sendiri
5) Mereka bertemu di pasaraya Ketika membeli bekah dan kemudiannya
masing- masing balik ke kelompok sendiri
6) Dalam bidang pekerjaan. Terdapat pembahagiaan tenaga buruh yang
berdasarkan kepada garis perkauman
10
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
1. Pembentukan masyarakat majmuk dan hubungan kaum di Malaysia terjalin
dalam beberapa tahap, bermula sebelum kedatangan kuasa barat lagi. Kegiatan
imperialisme dan penjajahan kuasa barat ke atas Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak telah membawa kepada kedatangan imigran-imigran luar ke Tanah
Melayu. Kedatangan imigran ini adalah disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang
berkembang pesat di Tanah Melayu pada ketika itu. Pihak Inggeris.
membenarkan kemasukan beramai-ramai orang Cina bagi meningkatkan
pengeluaran bijih timah untuk kegunaan industri di Eropah.
2. Penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu mula berkembang pesat sekitar pertengahan
abad ke-19. Pada ketika itu, keperluan terhadap tenaga buruh bagi membantu perkembangan ekonomi
telah meningkat khususnya dalam kegiatan perlombangan dan perladangan. Gelombang awal
kedatangan imigran ini masuk ke Tanah Melayu secara beramai-ramai, bermula setelah British membuka
Pulau Pinang (1786), Singapura (1819) dan tertubuhnya Negeri-negeri Selat (1826).Orang Cina juga telah
berhijrah ke Johor ketika pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825–1862) untuk membuka ladang
gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina ke Johor adalah untuk bekerja sebagai buruh di
lombong bijih timah dan ladang lada hitam. Dianggarkan seramai 5 juta orang Cina memasuki Tanah
Melayu dalam abad ke-19 dan 12 juta dalam tempoh tahun 1900 hingga 1940
3. Sebelum Perang Dunia Kedua tercetus, untuk memastikan kelancaran
pembangunan ekonomi penjajah, British telah menggunakan dasar pecah dan perintah.
Dasar ini telah membahagikan kaum mengikut fungsi-fungsi dan peranan mereka dalam
pembangunan ekonomi, tempat tinggal dan sistem pendidikan yang berbeza.
Disebabkan keadaan sedemikian, kaum-kaum ini terpisah dan tidak memungkinkan
hubungan baik terjalin di antara mereka. Walau bagaimanpun, kehidupan masyarakat
pada ketika itu berada dalam keadaan tenteram dan tidak berkonflik
.
4. Kemasukan imigran Cina ini telah mengambil bahagian dalam sektor ekonomi,
terutamanya sektor perlombongan ekoran peluang yang diperoleh semasa zaman
penjajahan British di Tanah Melayu. Mereka tertumpu di kawasan bandar kerana
menjadi lubuk bagi ekonomi industri yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur.
Bagi golongan imigran India pula, ada sesetengahnya bekerja di kawasan lombong dan
kawasan pertanian.
11
5.Ketiga – tiga etnik terbesar di tanah melayu , iaitu Melayu , Cina dan India
masing – masing telah mengikut perkerjaan dan kawasan sebelum memperoleh
kemerdekaan daripada permerintaha British pad tahun 1975 . bagi masyrakat
yang tinggal di kawasan Bandar , peluang mempelajari bahasa inggeris ,
perniagaan , industry dan perdedahan terhadap pentadbiran colonial british
adalah lebih baik berbandingdi kawasan luar Bandar . Oleh itu , keadaan ini telah
memberikan peluang terhadap masyrakat cina dan india khususnya bagi
mendominasikan bidang – bidang perkerjaan apabila british keluar dari tanah
melayu.
6. seterusnya ialah semasa pendudukan jepun ditanah melayu yang melahirkan ktegangan kaum . Hal ini
disebabkan pentadbiran jepun mengariskan pembahgian yang jelas dalam bentuk layanan mereka
terhadap kaum- kaum ini , terutamanya kepada orang melayu dan bukan melayu . Orang melayu dan india
lebih disuaki oleh jepun berbanding kaum cina yang jerap beri layanan buruk dan dianiaya . Kekalah jepun
pada 1945 telah menimbulkan semangat dendam orang cina terhadap orang melayu keran membantu jeun
menjadi tali barut dan menetng Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang didomisasikan cina
keluar dan menyerang kampong – kampong melayu . Keadaan ini telah menyebakan kerajaan British
mengishytihrkan darurat di tanah melayu
7. Selepas perang dunia kedua tamat dan sekembalinya British ke tanah melayu , hubungan kaum
disulitkan lagi dengan rancangan Malayan Union pada 1 April 1946 . Rancangan itu diterima oleh ramai
orang bukan melayu terutamanya orang cina dan india kerana kerana menjanjikan persamaan taraf
dengan orang Melayu. Melayan union ini juga mebuka kerakyatan kepada orang bukan melayu menurusi
jus soli yang memberikan hak untuk mndapatkan kerayaktan dengan mudah . Sebaliknya bagi orang
melayu pula , rancangan ini membawa implikas buruk terutamanyadalam hal kewarganegaraan yang
boleh menjejaskan kedudukan dan hak istemewa mereka . Walaubagaimanapun mealayan union tidak
dapat berlangsung lama kerana kerana dapat tentangan kepada masyrakat melayu dan akhirnya
dibubarkan dan digantikan dengan penubuhan persekutuan tanah melayu .
8. Walaubagaimanapun , kepelbagaian etnik di Malaysia ini dikatakan
menjadi halangan kepada pembentukan bangsa Malaysia . Persoalan sama
ada Malaysia ini akan dapat dibentuk masih tanda Tanya . Dalam
membentuk bangsa Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, perlu difaham
adalah matlamat ini akan dapat dicapai dan bagaimana timbulnya faktor isu
kesenjangan etnik ini menjadi penghalang kepada pembentukan bangsa
Malaysia melalui tiga faktor , iaitu politik , ekonomi, dan social .
12
FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK
PENGENALAN : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunya budaya , agama , bahasa
dan adat resam yang tersendiri . Walaupun berada dibawah system politik yang sam tetapi kehidupan
mereka bersingan .
1. DASAR BRITISH
British mengalakan kemasukan buruh india dan cina untuk kepentingan
perkembangan sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka
telah mewujudkan masyrakat majmuk di tanah melayu .
2.PERKEMBANGAN PERUSHAAN BIJIH TIMAH DAN GETAH
Perkembanga bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan buruh dari china dan india . Keadaan
ekonomi dan poitik yang tidak tenteram seperti berlakunya pemberontakakn taiping da pemberontakan
boxer yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban .Keadaan ekonomi yang buruk sepeti pertambahan
penduduk yang pesat . Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di tanah melayu
terutanya dalam sector perlombongan bijih timah . Perkembangan pesat perusahaan getah di tanah
melayu pada awal abad ke-20 meningkatkan kepeluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi
perindustrian , permintaan buruh semakin tinggi dan dasar british yang mengalakan kemasukan uruh –
buruh india telah menaikanminat mereka ke Negara ini . Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum ,
iaitu orang china berkerja sebagai perlombong , orang india bekerja sebagai perladang , dan buruh jalan
raya da kereta api. Manakala orang melayu berkerja sebagai nelayan dan petani
3.Kawasan penetempatan yang berbeza seperti orang cina tinggal di lombong – lombong
bijih timah yng kemudiaya berkembang menjadi bnadar seperti ipoh , Taiping , Kuala
Lumpur dan seremban . Manakala orang india tinggal di kawasan lading getah yang terpencil
daripada orang cina dan melayu . Masyrakat melayu pula tinggal di kampong – kampong di
luar Bandar . Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara
satu sama lain.
4.AGAMA
Setiap kaum mengamalkan agama yang berbezakan . Orang cina dan india
membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut .
Mereka juga membina rumah ibadat di kawasan penempatan masing –
masing . Orang Melayu beragama islam , orang india sebahagian besarnya
agaa hindu manakala cina bragama Buddha .
13
5.PERSEKOLAHAN
Pendidikan juga bebeza mengikut suku kaum . Pendidikan cina untuk orang
cina , buku-buku dan guru-guru juga dibawa dari cina. Kebanyakan sekolah
cina di bin di perlombongan yang kemudianya jadi Bandar . Sekolah tamil
pula dibina di kawasan ladang getah . Buku-buku dan guru- gurunya juga
dibawa dai india. Manakala pendidikan melayu hanya untuk orang melayu .
Perbezaan ini telah mewujudkan masyrakat majmuk di tanah melayu.
ADAT DAN KEPERCAYAAN
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan
dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan
yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Suatu
perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi
pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung
dan sama.
Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia
timbul daripada suatu pemikiran berkenaan
cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya
dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya,
misalnya kita melihat adat bercukur, adat
bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi
suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu
bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada
hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk
dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat
majmuk yang bersifat seragam.Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat
majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang
bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi,
RUMUSANiaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial
Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali
berbeza dari segi adat dan budaya seperti adat resam masyarakat Melayu, Cina dan India.
Po
14
RUMUSAN
Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula
apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum,
ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar
berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun
pada pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan
positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat
dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah
Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya
baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi
baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di
malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk
di tanah melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih
80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga
bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang
lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu
dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa
yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.
15