The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadiaizzaty002, 2023-05-06 00:12:17

Etika dan Peradaban yang menjadi amalan kaum Cina di Malaysia

Penghayatan Etika dan Peradaban

ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM CINA DI MALAYSIA. MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


Korina Villanueva AHLI KUMPULAN NUR IZZATIE SYAZWANI 17DIB22F2017 NUR IZZATIE SYAZWANI BINTI MOKHTAR HANIS DAYANA BINTI MOHD KHAIRUL FARID 17DIB22F2013 NADIA IZZATY BINTI NASARUDDIN 17DIB22F2001


Orang Cina di Malaysia adalah berketurunan Bangsa Han.Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepasa kaum Melayu dan kebanykkan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15.Dinasti Qing dan Republik China.Selain itu,Masyarakat Cina di Malaysia,terdiri daripada beberapa suku dialek utama iaitu: Hakka Kantonis Teochew Hainan Fuzhao (Hokchiu) PENGENALAN


Adat perkahwinan kaum cina mesti dirancang dan diatur sebaiknya. Jika pasangan tersebut tidak mengikut dengan aturan maka perkahwinan tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang di amalkan oleh mereka iaitu eksplisit dan implisit Maksud bagi eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin). Maksud bagi implisit iaitu perkahwinan di mana keduadua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. ADAT PERKAHWINAN


Bagi Adat merisik ini , keluarga lelaki akan berjumpa dengan keluarga perempuan untuk mengenali latar belakang pasangannya. Contohnya, nama,watak,keturunan dan tingkah laku. Selain itu, adat ini biasannya dilakukan di restoran-restoran dengan saudara yang lain. Oleh itu , dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak. Selepas kedua-dua pihak berpuas hati maka pihak lelaki akan menghantar seorang wakil untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincang berkaitan dengan perkara perkahwinan. Jumlah mas kahwin, Peruntukkan meja dalam jamuan makan dan memilih hari akan ditentukan oleh ibu pihak perempuan. Tidak dibenarkan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah Setelah segala dipersetujui, pihak ibu bapa lelaki akan diberitahu tentang tersebut untuk berbincang dengan anaknya bagi menyediakan segala permintaan pihak perempuan. MERISIK MEMINANG


Kalender Cina digunakan untuk pemilihan hari pertunangan dan dibantu oleh tukang tilik dengan menggunakan sebuah buku iaitu Toong-SU. Jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai akan ditimpa bencan dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Pada fasa ini, upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan antara dua pihak. Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua pasangan . Bagi bukti persetujuan si gadis akan memberikan kertas merah atau nyen-sen yang tertulis nama gadis , umur dan tarikh lahirnya . Setelah diterima dan mendapat persetujuan tukang tilik maka pihak lelaki boleh membuat persediaan. Selain itu , hantaran dan mas kahwin lazimnya diberikan semasa "upacara bertukar cincin" atau pada hari perkahwinan yang di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. "semakin tinggi mas kahwin diberikan , semakin tinggi martabat seorang lelaki" BERTUNANG


Upacara ini dijalankan selepas majlis pertunangan berjaya . Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah perempuan buat pertama kali. Mereka dihiasi dengan pakaian yang cantik dan ditetatpkan warnanya. Contohnya, pada zaman dahulu pakaian pengantin dibuat daripada sutera dan disulam benang emas . Kemudian setiap pakaian mesti dengan pelbagai eksoseri Dilarang memakai pakaian berwarna hitam , biru dan kelabu kerana melambangkan majlis kematian. MAJLIS PERKAHWINAN


Pasangan pengantin duduk diatas pelamin pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga dan saudara masingmasing Memiminta restu daripada keluarga mertua Upacara meminum teh sebelah malam, akan ada jamuan makan Jamuan makan diadakan di dewan , rumah atau restoran MAJLIS PERKAHWINAN Tatacara perkahwinan kaum cina :


PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA Kehadiran orang Cina di Malaysia bermula dengan pembangunan Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti oleh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka membawa adat, budaya, dan corak pakaian tradisional bersama mereka, yang kemudiannya disesuaikan dengan persekitaran tempatan. Pakaian klasik Cina, yang pada asalnya berlapis dan dihiasi dengan benang emas dan sulaman sutera, masih boleh dilihat hari ini, walaupun ia telah diubah suai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Samfoo, Hanfu, dan Cheongsam masih dipakai dalam upacara.


JUBAH LABUH CHEONGSAM Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya. Mereka sering menggayakannya ketika perayaan tahun baru cina dan lain-lain lagi. Pakaian tradisional cina ini dihasilkan dari fabrik sutera dan broked bewarna terang. Ia juga dihiasi dengan benang emas dan perak.


CHANGSAN SAMFOO Changshan ialah sejenis pakaian tradisional Cina berlengan panjang. Changshan, sering dipakai oleh lelaki. Pada zaman dahulu, ia berasal dari Piyin Changshan. Pakaian tradisional Cina Changsan boleh dipakai ke majlis-majlis rasmi serta beberapa acara yang sesuai. Ia juga dikatakan sebagai pakaian yang dipakai secara eksklusif oleh golongan atasan. Membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.


HANFU Istilah "Hanfu" merujuk kepada orang Han yang pertama kali memakai pakaian ini. Dalam bahasa Mandarin atau Cina, "Yifu" bermaksud "baju". Hanfu memiliki lengan kembang, dan terdapat kolar yang selesa. Ramai orang memilih untuk mencuba pakaian hanfu ini kerana ia sangat sopan, dan ia juga direka dengan cara moden.


M A K N A SIM B O L DI S E B A LIK P A K AIA N T R A DISIO N A L CIN A P e o n y – P e o n y a d ala h s e j e nis b u n g a a n t a r a b a n g s a m a s y a r a k a t cin a s e j a k lebih dari 5000 tahun yang lalu. Peony yang membawa maksud kekayaan dan kesejahteraan ini sering dikenakan oleh wanita cina. T e r a t ai – T e r a t ai a d ala h s e j e nis b u n g a y a n g m e m b a w a m a k s u d p e n g o r b a n a n y a n g s a k r al d ala m t r a disi china. Masyarakat tibe t p ula b e r a n g g a p a n b a h a w a t e r a t ai bermaksud kecantik a n y a n g s u ci. Bunga Krisan – Uniknya, bunga krisan dikatakan membawa maksud panjang umur bagi masyarakat cina Burung phoenix – H a n y a k elu a r g a k e r a j a a n a t a u m e r e k a y a n g k e n a m e n g e n a d e n g a n k e r a j a a n s a h a j a y a n g m e n g g u n a k a n b u r u n g p h e o nix. C o n t o h n y a p u t e ri d a n p e r m ais u ri.


Tarian bagi masyarakat Cina adalah berasaskan kepercayaan dan tuah dala kehidupn seseorang manusia. Tarian digunakan bagi merayakan hari-hari peryaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh. Dua jenis tarian sangat berkaitan dengan perayaan ini ialah Tarian Singa dan Tarian Naga. SENI TARI


Tarian Naga Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kain atau kanvas. Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud ”peluang” atau ”keuntungan”.


Tarian Singa Tarian Singa merupakan sejenis tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Tarian ini digerakkan oleh dua orang penari iaitu pada bahagian kepala dan badan singa. Tarian ini berbentuk akrobatik dan memungut ”angpau” atau ”keuntungan”. Kedua-dua tarian ini diiringi dengan paluan gendang yang kuat. Dikatakan bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan yang mempersembahkan tarian tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.


Orang Cina Malaysia makan semua jenis makanan termasuk makanan Cina, Melayu, India dan barat. Tidak ramai Cina Malaysia adalah vegetarian, dan kebiasaannya penganut agama Buddha yang taat. Makanan Cina Malaysia mengandungi persamaan dan perbezaan dengan makanan Cina di China. Pemakanan Cina dan Gabungan Masakan


Yee Sang ini merupakan makanan tradisional cina yang biasanya dimakan pada waktu perayaan Tahun Baru Cina. Yee Sang ini adalah sejenis makan tradisional yang dihidangkan dalam bentuk hirisan sayur-sayuran yang pebagai jenis dan juga warna. Potongan ikan seperti ikan salmon segar juga turut disertakan didalam sajian Yees Sang.


Bak chang adalah sejenis makanan tradisional cina yang dibungkus dengan daun yang khas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat bak chang adalah beras pulut dan kacang merah sebagai inti dalam beras pulut tersebut. Bak chang ini sangat terkenal dimakan oleh kaum cina semasa perayaan Duan Wu.


Tau Fu Fah, juga dikenali sebagai dòufuhuā dan juga dòuhuā, adalah hidangan yang dihasilkan daripada tauhu yang sangat lembut. Tauhu didakwa berasal dari China purba semasa Dinasti Han. Untuk memenuhi citarasa mereka, orang Cina telah mencipta dan mempertingkatkan resipi masakan berasaskan tauhu. Tauhu mapo, tauhu busuk, tauhu jeruk, tauhu kukus, dan puding tauhu adalah antaranya. Di Malaysia, tau fu fah dihidangkan sebagai pencuci mulut dengan air gula putih atau gula merah. Ia lazat sama ada sejuk atau panas.


Merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalender qamari cina Perayaan ini dijalankan selama 15 hari pada tarikh bulan purnama iaitu pesta Tanglung atau lebih dikenali sebagai perayaan "Chap Goh Mei" di Malaysia. Pada malam Tahun baru biasanya semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Contoh makanan yang ada semasa sambutan ialah yee sang,kuih bulan dan limau mandarin PERAYAAN DAN FESTIVAL Tahun Baru Cina


P e r a y a a n ini m e r u p a k a n p e n u t u p b a gi T a h u n B a r u Cin a d a n j u g a dik e n ali s e b a g ai C h a p G o h M ei. Pesta Ta n glu n g m e r u p a k a n m ala m p e r t a m a b ula n p u r n a m a s ele p a s T a h u n B a r u Cin a. Pada Malam tersebut, tanglung berwarna warni dinyalakan dan mercun dibakar unt u k m e m e ria h k a n m a jlis. Tujuan mereka mem b a k a r m e r c u n u n t u k m e n g h ala u m a k hlu k j a h a t y a n g k e j a m d a n m a k hlu k t e r s e b u t t a k u t m e n d e n g a r b u n yi bising yang dihasilkan oleh mercun. Selain itu , amalan melontar buah limau k e d ala m la u t a t a u s u n g ai d e n g a n d o a u n t u k m e n d a p a t p a s a n g a n. PESTA TA N G L U N G PE R AY A A N D A N FE S T I V A L


Perayaan ini disambut pada akhir bulan September atau awal Oktober dan oleh itu disebut juga perayaan pertengahan musim luruh. Sejarah perayaan kuih bulan dikatakan bermula sebagai menyambut kemenangan orang Cina kalahkan Mongol pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan zaman dulu kala. Perayaan ini dijalankan di Malaysia dengan mengunjungi kuil Thean Hou di Kuala Lumpur . Kuil ini dihiasi dengan lampu di sekitar enam tingkat. Semasa perayaan ini ada Tarian Naga dan Singa, seniman dan pelampung yang membawa Chang'e. Perayaan Kuih Bulan PERAYAAN DAN FESTIVAL


Pesta ini dikenali sebagai Dragon Boat Festival atau Perayaan Duan Wu Pesta ini berlangsung pada hari ke-5 bulan kelima dalam kalendar lunar. Tahun 2023 disambut pada 25 Jun Aktivit yang dilakukan ialah perlumbaan perahu naga san memakan ZONGI. Tujuan perayaan ini ialah simbol semangat dan kebudayaan bangsa Cina dan memupuk semangat berpasukan. Pesta Perahu Naga PERAYAAN DAN FESTIVAL


Pesta ini dikenali sebagai Dragon Boat Festival atau Perayaan Duan Wu Pesta ini berlangsung pada hari ke-5 bulan kelima dalam kalendar lunar. Tahun 2023 disambut pada 25 Jun Aktivit yang dilakukan ialah perlumbaan perahu naga san memakan ZONGI. Tujuan perayaan ini ialah simbol semangat dan kebudayaan bangsa Cina dan memupuk semangat berpasukan. Winter Solstice PERAYAAN DAN FESTIVAL


ANTARA DIALEK CINA DI MALAYSIA Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam suku dialek utama: Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia


Majoriti kaum Cina di Perak,Selangor,KL,Negeri Sembilan dan Pahang adalah drpd kumpulan dialek kantonis.Kumpulan ini juga merupakan kumpulan dialek terbesar disebelah timur negeri Johor dan di Sandakan,Sabah Kumpulan dialek hakka merupakan kumpulan terbesar di Sabah dan Sarawak,sebahagian dari negeri Selangor,Kulai,Johor Bahru,Pahang dan KL.Ramai juga yg menetap dinegeri Perak.Hakka merupakan dialek utama di Kuching,Sarawak. KANTONIS HAKKA


Kumpulan dialek hokkien adalah kumpulan terbesar di M'sia dan menguasai dari persisiran pantai negeri Kedah,Penang,Selangor (Klang),Melaka,Johor (Barat),Terengganu dan Kelantan.Dialek ini juga banyak digunakan di M'sia Timur Kebanyakkan kaum cina drpd kumpulan dialek teochew berada d Penang,selatan Johor (Pontian,Johor Bharu) dan kepulauan Sabah. HOKKIEN TEOCHEW


TULISAN CINA Xiang xing Melambangkan Gambar Setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa dan telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina/pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia


TULISAN CINA Zhuan Zhu Bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf Cina


TULISAN CINA Zh Shi Melambangkan Petunjuk


TULISAN CINA Hui Yi Melambangkan Petunjuk Fikiran Xing Sheng Gabungan Bentuk Bunyi


AGKa A um CM ina A Kaum Cina di Malaysia kebanyakkan dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau taosim. Berdoa untuk membangkitkan kekuatan dalam jiwa agar boleh mencapai tujuan. Puja bakti untuk memenghormati Sang Tiratana. Cara beribadah agama buddha : Taoisme menekankan unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi. apa itu taosim ?


AGKa A um CM ina A


Menjadi pantang larang besar bagi kaum Cina untuk memakai pakaian berwarna hitam atau putih pada hati tersebut kerana warna yang dipakaisemasa berkabung Memakai pakaian hitam/putih semasa Tahun Baharu Cina PANTANG LARANG KAUM CINA Duit yang diisi di dalam angpau perlu dikira dengan berhati-hati kerana angpau diisi dengan jumlah yang genap jika diisi dengan jumlah ganjil akan membawa nasib malang kepada pemberi dan yang menerima Memberi angpau dalam jumlah ganjil


Tetamu tidak boleh memakai baju berwarna hitam/gelap semasa menghadiri majlis perkahwinan, Tetamu yang kemmatian ahli keluarga tidak boleh memberi angpau kepada pasangan pengantin Tarikh perkahwinan tidak boleh dilangsungkan pada bulan perayaan hantu atau qing ming Pasangan pengantin dari nama keluarga yang sama tidak digalakkan Pantang Larang Semasa Perkahwinan


Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. PEKERJAAN Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta. Orang-orang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Hanya sangat sedikit minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orangorang Cina yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru guru sekolah.


STATUS EKONOMI DASAR EKONOMI BARU Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia. Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisi ekonomi Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu.


KESIMPULAN Lintasnya,budaya yang masih diamalkan oleh kaum Cina yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam kaum Cina di Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya Nadia


KESIMPULAN Izzatie Kesimpulannya, keunikan yang ada pada kaum cina menyebabkan kepelbagaian kebudayaan di Malaysia. Sebagai Rakyat Malaysia mestilah kagum dengan keunikan setiap kaum. Oleh itu, dapat mewujudkan keamanan negara dan meningkatkan ekonomi di Malaysia.


KESIMPULAN Hanis Kesimpulannya, Etika Dan peradaban yang menjadi amalan kaum cina di Malaysia ini telah memberikan pelbagai impak positif kepada kita seperti menunjukkan sikap untuk saling menghormati antara satu sama lain.Sikap seperti ini dapat menyatupadukan rakyat kita terutama yang berbilang kaum Dan menjadikan negara kita lebih maju dan makmur.


SUMBER RUJUKAN http://natranadea.blogspot.com/2010/08/masyarakatcina-di-malaysia.html?m=1 https://iluminasi.com/bm/5-taboo-masyarakat-cina-yangjarang-kita-ketahui.html https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Cina https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Masakan_Cina_Malay https://www.adichannel.com/2022/01/pakaian-tradisionalcina.html sia http://4mmalaysskdoj-fariz.blogspot.com/2010/06/bahasadan-dialek-masyarakat-cina.html 1. 2. 3. 4. 5. 6.


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version