NAMA : NAZMI HAKIM ANAS BIN BUJANG KELANA @ AZME
KELAS : 5 ZHONG
TEMA : KEGEMBIRAAN
TAJUK : KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA
1
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN 3
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA DALAM MASYARAKAT 4-5
KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN 6
TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT
CARA MENGHARGAI PENGORBANAN AHLI KELUARGA 7–9
CARA BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI DENGAN 10
BERADAB SESAMA AHLI MASYARAKAT
SAJAK KHAS 11
PERASAAN DAN HARAPAN 12
2
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka
saya telah dapat menyiapkan tugasan Buku Skrap yang bertajuk Keluarga Bahagia Masyarakat
Sejahtera dengan jayanya. Insyaallah, tugasan buku skrap ini akan memberikan manfaat kepada
saya di masa akan datang.
Saya, Nazmi Hakim Anas Bin Bujang Kelana ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada guru Bahasa Melayu saya iaitu Puan Norhaidah Binti Musa kerana telah memberi tunjuk
ajar dan garis panduan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
iaitu Encik Bujang Kelana @ Azme Bin Ajor dan Puan Nur Ashiqin Binti Zainol kerana membantu
saya dalam penghasilan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada abang saya, Nazmi Hakim Asyraf
yang turut membantu memberikan buah fikiran dan cadangan.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah yang dapat
membalas budi kalian.
3
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA DALAM MASYARAKAT
Keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Semua
manusia mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Setiap ahli keluarga
harus memainkan peranan masing-masing dalam kehidupan seharian supaya dapat
menghidupkan suasana yang harmoni dan tenang.
Pastinya kehidupan seharian kita akan menjadi lebih gembira dan aman sekiranya
keluarga yang dibina adalah keluarga yang bahagia.Apabila terbentuknya keluarga yang bahagia
dengan tidak secara langsung akan lahirlah masyarakat yang sejahtera. Antara ciri-ciri untuk
membina keluarga bahagia dalam masyarakat adalah seperti menginap dalam rumah yang
selamat dan sempurna,mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan dan kesihatan
tubuh badan,mempunyai sumber pendapatan yang baik,mempunyai pendidikan yang
mencukupi,berkomunikasi dan berinteraksi secara positif dengan ahli keluarga,menunaikan
peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,mengamalkan nilai agama dan
moral serta tidak mementingkan diri sendiri.
Untuk membina keluarga bahagia dalam masyarakat, keperluan utama seperti memiliki
dan menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna sangat diutamakan. Ini kerana dengan
menginap di rumah yang selamat dan sempurna kehidupan keluarga lebih terjamin dan selesa.
Selain itu,mengamalkan gaya hidup yang sihat juga amat penting. Setiap ahli keluarga perlu
menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan agar terhindar dari sebarang penyakit yang
boleh menyebabkan kemudaratan ke atas kesihatan mereka.
Bapa sebagai ketua keluarga juga perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan sumber kewangan atau pendapatan yang mencukupi untuk menampung
perbelanjaan isi rumah. Sementara itu,ibu pula harus membantu dalam menguruskan
kewangan keluarga dalam melakukan perbelanjaan di rumah supaya sentiasa terurus dan tidak
4
membazir. Dari segi pendidikan pula,setiap ahli keluarga perlu mendapat pendidikan yang
secukupnya sejajar dengan keperluan pendidikan yang disediakan di Malaysia. Oleh itu tidak
seharusnya terdapat masalah keciciran dalam pelajaran untuk ahli keluarga di dalam setiap isi
rumah.
Dalam membina keluarga yang bahagia,komunikasi dan cara berinteraksi secara positif
adalah merupakan faktor yang paling penting. Ini kerana apabila setiap perbualan dan
pemahaman berjalan dengan lancar,semua aktiviti yang dibuat akan menjadi lebih berkesan
dan efektif disamping tidak berlaku salah faham. Peranan dan tanggungjawab ahli-ahli keluarga
juga harus dilaksankan dengan sebaik mungkin mengikut kesesuaian keadaan. Ini bagi
membolehkan segala urusan di rumah sentiasa berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Contohnya bapa sebagai ketua keluarga akan mencari nafkah,ibu pula menguruskan hal-hal
rumahtangga seperti memasak dan mengemas,abang dan kakak pula harus membantu ibu
dalam menguruskan adik-adik yang masih kecil dan sama-sama membuat kerja rumah. Dengan
ini segala urusan di rumah akan berjalan dengan lancar dan selamat.
Setiap manusia di dunia ini mempunyai agama yang dianuti. Sebagai umat Islam, kita
harus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati. Dalam
kehidupan berkeluarga penting untuk diterapkan amalan solat berjemaah dan sentiasa
mengamalkan gaya hidup yang selari dengan ajaran Islam. Dengan mengamalkan segala ajaran
Islam pastinya kehidupan setiap keluarga akan lebih mendapat keberkatan dan sentiasa dalam
lindungan Allah swt. Akhir sekali dalam memastikan keluarga yang dibina menjadi
bahagia,harus dielakkan sifat mementingkan diri sendiri sesama ahli lain. Ini kerana setiap ahli
keluarga perlu bergantung dan saling membantu antara satu sama lain.Jika ada ahli keluarga
kita ditimpa kesusahan haruslah kita bantu dengan sebaik mungkin. Bak kata pepatah, “Bersatu
Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.
5
KEPENTINGAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN TERHADAP
KELUARGA DAN MASYARAKAT
Komunikasi bermaksud memindahkan dan menyampaikan mesej,idea,pemikiran,
pengetahunan atau maklumat daripada satu pihak ke pihak lain melalui pertuturan,perbuatan,
tulisan atau lukisan. Keluarga pula adalah persekitaran di mana beberapa orang mempunyai
hubungan darah, bersatu dan terdiri dari ayah,ibu dan anak-anak.
Komunikasi berfungsi sebagai satu kaedah dalam berinteraksi dan menjadi medium
dalam keakraban hubungan keluarga seperti adik beradik,ibu bapa,kakak dan abang. Pada
dasarnya manusia merupakan makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri yang memerlukan
orang lain untuk memenuhi keperluannya terutama dari segi komunikasi di mana ia akan
berinteraksi, menyampaikan kehendak dan perasaan yang dimilikinya.
Kehidupan manusia diwarnai dengan pergaulan atau komunikasi di antara manusia
dalam keluarga dan masyarakat untuk menyampaikan kehendak atau perasaan yang ada pada
setiap individu.Komunikasi menjadi asas penting bagi menyampaikan maklumat kepada seluruh
ahli keluarga dalam pelbagai kaedah seperti melalui teknologi terkini,contohnya melalui
whatapps. Komunikasi juga dijadikan sebagai kaedah dalam perkongsian maklumat.Dalam
konteks keluarga,komunikasi menjadi medan untuk menyampaikan maklumat.Sebagai
contoh,jika bapa mengalami kemalangan di tempat kerja, ibu akan menyampaikan maklumat
dan berinteraksi dengan ahli keluarga lain seperti anak-anak, yang terdapat dalam sebuah
sistem keluarga itu. Dengan ini komunikasi tersebut dapat memberi maklumat mengenai
keadaan atau keberadaan setiap ahli keluarga.
Selain itu, ia dapat membantu dalam peringkat awal keadaan kesihatan seseorang
individu mahupun sesebuah isntitusi keluarga dan ianya memberi gambaran bahawa
komunikasi yang baik dari pelbagai sudut merupakan penanda arah dalam menjana keluarga
bahagia dan hidup secara aman damai tanpa sebarang perselisihan atau perdebatan.
6
CARA MENGHARGAI PENGORBANAN AHLI KELUARGA
Membantu mengemas rumah, Sentiasa mendengar kata dan
membersihkan rumah demi nasihat dari ahli keluarga
meringankan beban keluarga
S
CARA-CARA MENGHARGAI
PENGORBANAN AHLI KELUARGA
Tidak merisaukan ahli keluarga Mengikut arahan yang diberikan
oleh ahli keluarga
7
MENYIDAI MEMBASUH
PAKAIAN KUALI
MEMBERSIHKAN MELAKUKAN AKTIVITI
RUMAH BEKAS HARI SUKAN NEGARA
BANJIR BERSAMA KELUARGA
8
MENYUSUN
KASUT DI RAK
MENGALIHKAN
BATU UNTUK
HALAMAN DI
KEBUN
MENYIRAM
POKOK BUNGA
MENGEMAS
RUANG TAMU
9
CARA BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI DENGAN BERADAB
SESAMA AHLI MASYARAKAT
Budi bahasa dan adab tidak boleh dijual beli. Ianya sesuatu yang lahir dari hati sanubari setiap
manusia. Oleh itu, amat penting untuk kita sebagai seorang manusia yang berhemah untuk
berkomunikasi dengan adab sopan yang tinggi kerana ia melambangkan ciri-ciri peribadi
seseorang itu.
Penting untuk kita dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan beradab sesama ahli
masyarakat supaya kita sentiasa disenangi dan dihormati. Ianya bagi mengelakkan berlakunya
salah faham atau ketidakpuashati antara sesame kita. Selain itu,cara penyampaian mesej atau
komunikasi dua hala antara ahli masyarakat perlulah dilakukan secara berhemah supaya tidak
menyinggung perasaan atau mengundang salah faham.
Kita juga perlu sentiasa menuturkan kata-kata yang sopan dan sedap didengar ketika
berkomunikasi sesama ahli masyarakat. Bak kata pepatah, “Budi Bahasa Budaya
Kita”.Perbuatan baik melalui adab dan budi bahasa dapat mengharmonikan kehidupan dan
mengelakkan kebencian dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni
dan sejahtera.
Komunikasi yang baik sesama manusia juga dapat membina kehidupan yang lebih
tenang,kurang tekanan dan sentiasa ceria. Oleh itu kita harus sentiasa mengamalkan interaksi
dan komunikasi secara lebih beradab untuk menjamin keharmonian dalam kehidupan
bermasyarakat. Elakkan bersifat ego tinggi dan mendabik dada ketika berkomunikasi. Tidak rugi
berbuat baik sesama manusia dengan mengamalkan nilai murni, kerana kesejahteraan hidup
akan membawa kepada keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
10
SAJAK KHAS
Keluarga,
Kerana keluarga kita sejahtera,
Tiada caci tiada hina,
Jagalah maruah keluarga,
Tanpa keluarga kita bukan siapa-siapa.
Keluarga,
engkau akan sentiasa berada di hatiku,
Susah atau senang kita lalui bersama-sama,
Kerana keluarga aku tahu erti hidup yang sebenar.
Keluarga,
Tempat aku menumpang kasih,
Tempat aku mencurah segala masalahku,
Keluarga adalah segalanya bagiku.
Keluarga,
Tidak dapat dibeli dengan wang berapa banyak sekalipun,
Dan tidak dapat ditukar dengan apa sekali pun,
Tidak kira duit mahupun emas,
Kerana keluargaku lebih beharga dari apapun.
11
PERASAAN DAN HARAPAN
Saya berasa bangga dan gembira kerana dapat menyiapkan tugasan buku skrap ini. Saya
berharap agar saya dan rakan-rakan sekelas akan mendapat manfaat dan pengajaran setelah
selesai menyiapkan tugasan ini .
Terima kasih kepada Cikgu Aidah kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya yang telah membantu saya sepanjang
tempoh penghasilan buku skrap ini.
.Saya Nazmi Hakim Anas sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
keluarga guru-guru dan rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam penghasilan buku skrap ini.Anda semua memang hebat, anda semua memang yang
terbaik dan saya ingin mengucapkan syabas kepada anda semua.
Besar harapan saya supaya penghasilan buku skrap ini dapat memenuhi keperluan dan
kriteria seperti yang diperlukan oleh Cikgu Aidah. In Sha Allah, di masa akan datang saya akan
mencuba dengan lebih tekun dan baik lagi dalam menghasilkan buku skrap yang terbaik. Bak
kata pepatah “Usaha Itu Tangga Kejayaan” dan “Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Selama-
lamanya”. Sekian, terima kasih.
12