FLIPBOOK NAMA
PASUKAN NUR ALIEYA SYAZIANA BINTI
RAZALI
BADAN
BERUNIFORM KELAS
1 AL- BIRUNI
PASUKAN KADET POLIS MALAYSIA
Norzaimah binti Ismail
Siti 'Aisyah binti Ismail
Mahizun binti Omar
M. Rizal bin Kasmon
Mohammad Azri bin Abdullah
Mohd Nor Akmal bin Salleh
Noorazila binti Mat Isa
Farhana Nabila binti Samsuddin
Page | 1
Berdasarkan Seksyen 68 Akta Polis 1967, Ketua
Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam
Negeri telah menubuhkan Pasukan Kadet Polis di
seluruh negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis
adalah untuk memberi pendedahan kepada
sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi
kepolisan dalam menangani masalah jenayah,
dadah, moral dan sosial dalam kalangan pelajar
yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah
pasukan beruniform yang wujud diseluruh sekolah-
sekolah Menengah di Malaysia yang berupa
mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan
berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala
kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.
Page | 2
Penubuhan Pasukan Kadet Polis merupakan salah
satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah
sebagai mana yang ditakrifkan dalam Akta
Pelajaran 1961 dan mengikut Ordinan No. 2
(Kuasa-Kuasa perlu) Darurat 1969 Akta Polis
1967.
Idea penubuhan Kadet Polis ini telah dicetuskan
oleh Ketua Polis Negara yang Kedua,
Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail
ketika merasmikan Pelancaran Kadet Polis pada 2
Mac 1970.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan
dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang
telah dipilih untuk ditubuhkan Pasukan Kadet Polis.
Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-
guru sekolah dan Pegawai-pegawai pelajaran
Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan
pentadbiran.
Page | 3
Pasukan Kadet Polis terdiri daripada:
• Pegawai Kanan Kadet Polis
• Pegawai Pangkat Rendah Kadet Polis
• Anggota Kadet Polis
Penubuhan Pasukan Kadet Polis dilaksanakan di
sekolah-sekolah menengah sahaja dan
dibahagikan kepada:
• Kadet Polis Lelaki
• Kadet Polis Wanita
Page | 4
Matlamat Penubuhan
Objektif Am;
1. Melahirkan pelajar bersemangat patriotik yang cintakan
masyarakat, bangsa, negara dan agama.
2. Melahirkan pelajar yang menginsafi kewujudan mereka
sebagai ‘bunga bangsa’ menjadi warga negara yang
bertanggungjawab sepenuhnya kepada kesejahteraan,
keamanan, keselamatan dan kemakmuran masyarakat,
bangsa dan negara.
3. Melahirkan pelajar yang bersatu padu menjunjung aspirasi
bangsa pelbagai kaum ke arah pembentukan sebuah
Malaysia yang berbudaya, berdisplin, berilmu dan
berperikemanusiaan.
4. Melahirkan pelajar yang prihatin kepada masalah dan
cabaran yang mendepani masyarakat, bangsa dan negara
serta sanggup berkesanggupan menghadapi dan
mengatasinya.
5. Melahirkan pelajar yang memahami dan menginsafi
tanggungjawab dan peranan masing demi menjaga
kemakmuran dan keharmonian masyarakat, bangsa dan
negara.
6. Melahirkan pelajar yang meminati dan menghayati nilai-nilai
kesukarelawan dan semangat pasukan yang utuh.
7. Melahirkan pelajar yang berani dan cekal menghadapi
pelbagai masalah dan cabaran serta berkemampuan
menyelesaikan dan mengatasi masalah dan cabaran dengan
bijaksana, inovatif, kreatif dan penuh berdisplin.
8. Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang kerjaya yang
mereka minati, khusus kerjaya dalam Pasukan Kadet Polis.
Page | 5
Ojektif khusus;
1. Memupuk dan memantapkan lagi displin kendiri dalam
mematuhi peraturan dan undang-undang.
2. Memperteguh semangat patriotik dan esprit de corps
3. Menambah dan mempertingkatkan kemahiran ikhtiar hidup
dan membantu orang lain
4. Memupuk semangat dan kemahiran berdikari dalam
menghadapi sebarang masalah dan dugaan
5. Memantapkan jasmani dan emosi demi meningkatkan
ketahanan diri.
6. Mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang
aspek keselamatan diri, masyarakat, bangsa dan negara
7. Menyalurkan jasa dan bakti kepada rakan-rakan,
masyarakat, bangsa, negara dan agama.
8. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi
untuk memupuk keharmonian dan perpaduan.
9. Memupuk dan memantapkan pengetahuan, pengalaman
dan kemahiran kepimpinan.
10. Menyemai dan menyuburkan semangat kesukarelawanan
dan sikap tolong menolong ke arah pembentukan perpaduan
masyarakat majmuk
Page | 6
Page | 7
Bulan Bintang Melambangkan Islam sebagai agama rasmi
Kalimah ALLAH negara.
Mahkota
Melambangkan unsur keimanan sebagai
Keris wadah kedaulatan agama Islam.
Harimau
Bunga Padi Mencerminkan bahawa pasukan Polis Diraja
Malaysia sentiasa menjunjung tinggi
kesucian Islam dan kebesaran Allah serta
merupakan satu penghormatan kepada
DYMM Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong di atas pengurniaan
gelaran ‘Diraja’ kepada pasukan.
Melambangkan semenanjung Malaysia.
Parang Elang atau Klewang melambangkan
negeri Sabah dan Sarawak
Melambangkan keberanian dan
ketangkasan dalam menghadapi cabaran
musuh
Melambangkan makanan asasi serta
kemakmuran negara
Page | 8
BENDERA ‘SANG SAKA BIRU’
‘Sang Saka Biru’ adalah nama bendera
PDRM yang telah diperkenalkan pada 16
Mei 1994 dan digunakan sehinggalah
sekarang. Ia lambang keunggulan dan
kemegahan PDRM.
Page | 9
Page | 10
Page | 11
Page | 12
Page | 13
Page | 14
Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa
digunapakai di dalam rekreasi dan proses
menyelamat, antaranya ialah :
a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot
b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend
c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline
d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot
f) Simpulan Angka 8 / Figure of 8
Page | 15
IKATAN BUKU SILA / REEF KNOT
IKATAN BUNGA GETI
Page | 16
SIMPULAN TINDIH KASIH
IKATAN SIMPUL MANOK
Page | 17
IKATAN PENGAIL
SIMPULAN ANGKA 8
Page | 18
Antara aktiviti yang diberikan kepada anggota
kadet polis adalah:
1. Kawad- semua jenis Latihan termasuk
pengendalian senjata dan
kawad kaki
2. Kuliah- undang-undang, tugas dan
tanggungjawab polis
3. Pertolongan cemas
4. Syarahan- Syarahan berkenaan
ancaman, anasir-anasir jahat
kepada negara dan cara
mengelakkan diri daripada
dipengaruhinya.
5. Khemah tahunan dimana ahli-ahli akan
menjalankan latihan-latihan amali.
6. Menjalankan Gerakan jiwa murni dan
projek kemasyarakatan.
Page | 19
1. Meningkatkan kemahiran psikomotor/ kerja tangan
pelajar, dan menjadikan tubuh lebih sihat.
2. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan bertindak
mengikut arahan anggota melalui kawad dan aktiviti
berkumpulan. Aktiviti kawad membolehkan pelajar
belajar memberikan arahan dan berdepan dengan
tanggungjawab pemimpin, dan juga belajar
mendengar arahan dengan bertindak mengikut
arahan ketua platun.
3. Meningkatkan kemahiran sosial dan berkomunikasi
anggota dengan menjalankan aktiviti kawad, kem
tahunan, dan aktiviti kemasyarakatan.
4. Meningkatkan kekuatan mental pelajar dengan
mengikuti kawad, kem dan Latihan-latihan lasak.
5. Memberikan pendedahan dan meningkatkan
kesedaran pelajar mengenai bidang tugas dan
tanggungjawab polis serta risiko-risiko kerjaya polis.
6. Memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran-
kemahiran lain yang diperlukan bagi menjalankan
kehidupan.
7. Meningkatkan disiplin pelajar dan mengurangkan
salah laku disiplin.
Page | 20
Page | 21
Page | 22