The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Ryan, 2022-10-07 10:48:24

Contoh Laporan Projek Tanaman

Contoh Laporan Projek Tanaman

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ..........................................................................................................................2
.... Kailan ........................................................................................................................................3
.... Sawi .......................................................................................................................................... 4
2.0 JUSTIFIKASI JENIS TANAMAN DAN KAEDAH PENANAMAN YANG DIPILIH .................... 5

2.1 Justifikasi Jenis Tanaman .............................................................................................5
i. Pemilihan tapak ................................................................................................................ 6
ii. Penyediaan tapak dan batas ...........................................................................................7
iii. Pemilihan biji benih .......................................................................................................11
iv. Memindah anak benih .................................................................................................. 14
3.0 REKOD PENJAGAAN TANAMAN SAYURAN .......................................................................17
4.0 REKOD BELANJAWAN DAN KEWANGAN ...........................................................................21
5.0 CABARAN YANG DIHADAPI SERTA TINDAKANNYA ......................................................... 22
6.0 PENUTUP ............................................................................................................................... 23
7.0 RUJUKAN ................................................................................................................................24
8.0 LAMPIRAN ......................................................................................... Error! Bookmark not defined.

1

1.0 PENGENALAN
Tanaman sayur-sayuran merupakan antara sumber vitamin, mineral, protein dan fibre

yang baik untuk pertumbuhan tubuh badan manusia. Kawasan Cameron Highland terkenal
dengan kepelbagaian jenis tanaman. Antaranya adalah penanaman sayur-sayuran yang
banyak dihasilkan dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu penanaman di atas batas.
Dalam projek ini, sayur-sayuran yang dipilih terdiri daripada Sawi, Kailan dan Kangkung.
Pemilihan ini berdasarkan tanaman yang mempunyai pertumbuhan jangka masa yang singkat
serta boleh dipetik antara dua hingga empat minggu.

Kangkung

Kangkung adalah tanaman yang ditanam dalam masa yang singkat dan kurang serangan
penyakit. Kankung ini dapat dimakan secara mentah seperti dijadikan kerabu atau dicelur
sedikit dan dicicah dengan sambal belacan. Ia hidup subur di kawasan bersuhu iklim tropika
dan subtropika. Tanaman jenis ini terdiri daripada 2 jenis iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans
Poir) dan kankung air (Ipomoea aquatic Forsk). Kedua-dua kangkung dapat dibezakan melalui
saiz daunnya. Daun kangkung darat lebih kecil panjang dan runcing dihujung manakala daun
kankung air lebar.

2

Kailan

Kailan (Brassica oleracea var alboglabra) adalah sayuran berdaun yang tergolong dalam
keluarga sawi. Ia adalah sayuran berdaun tebal, rata, berkilat biru-hijau dengan batang tebal
dan mempunyai sebilangan kecil kepala bunga yang menyerupai brokoli. Kebiasaannya, kalian
amat digemari oleh masyarakat Cina. Jenis tanaman kalian ini banyak dijumpai di daerah
Ledang, Johor. Terdapat banyak khasiat terkandung dalam sayuran kalian. Setiap 100 gram
kalian mengandungi tenaga sebanyak 117kj, air 91.2 gr, karbohidrat 5.63 gr, gula sebanyak
1.25 gr, protein 2.8 gr, lemak 0.4 gr dan sebagainya lagi. Oleh sebab itu, pengambilan kalian ini
seharusnya diamalkan dalam kehidupan manusia kerana ia dapat mengurangkan risiko kanser
yang meluas di negara kita serta membantu dalam menjaga kesihatan tulang dan gigi
khususnya kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran.

3

Sawi

Sawi terdiri daripada beberapa jenis iaitu sawi hijau (Brassica parachinensis) atau disebut
sebagai choy sum, sawi putih (Brassica chinensis var) atau disebut pak choy, sawi mini
(Brassica rapa chinensis) atau dikenali sebagai bok choy dan sawi bunga (Brassica rapa
Cruciferae). Kebiasaannya sawi dimasak secara tumis goreng atau bersama mee kuning.
Apabila dimasak sawi ini mengeluarkan rasa sedikit pahit dan manis. Meskipun begitu, sawi ini
mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Antaranya, sawi
ini telah terbukti menjadi satu penawar bagi mereka yang ingin memelihara jantung. Selain itu,
sawi ini dapat menjadikan kulit manusia halus dan tidak bermasalah. Malah, pengambilan sawi
dapat meningkatkan sistem imunisasi badan manusia untuk menangani mana-mana unsur
radikal bebas yang akan menyebabkan penyakit kanser berlaku.

4

2.0 JUSTIFIKASI JENIS TANAMAN DAN KAEDAH PENANAMAN YANG DIPILIH

2.1 Justifikasi Jenis Tanaman
 Kangkung

Jenis tanaman yang dipilih adalah kangkung kerana ia merupakan sejenis sayuran daun
mudah ditanam dan banyak diusahakan secara komersial di Malaysia. Terdapat dua jenis
kangkung yang biasa ditanam di Malaysia iaitu Kangkung Darat (Impomea reptans Poir) dan
Kangkung Air (Ipomea aquatica Forsk) yang berasal dari keluarga Convulvulaceae. Maka, jenis
kangkung yang dipilih adalah Kangkung Darat (Impomea reptans Poir). Kangkung Darat yang
ditanam di atas batas merupakan sayuran jenis komersil dan mempunyai pasaran yang sangat
baik. Untuk penanaman sayuran ini, dimulakan dengan tabur benih yang berbentuk bulat
berwarna coklat kehitaman. Keperluan benih kangkung adalah sebanyak 40-45gram bagi satu
batas yang berukuran standard tanaman kangkung iaitu 1.2 meter lebar, 20-30 cm tinggi dan
7.5 meter tinggi. Tempoh penanaman kangkung adalah pendek iaitu diantara 28 hari hingga 35
hari.

Secara umumnya, sayuran kangkung adalah sejenis makanan yang sangat digemari
oleh seluruh masyarakat kerana ia amat berkhasiat untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.
Kangkung ini kaya dengan pelbagai vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, protein,
fosforus dan karoten. Kangkung turut mempunyai kandungan zat besi yang berfungsi untuk
mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh sistem badan. Selain itu juga, kangkung
merupakan sayuran paling termurah berbanding sayuran yang lain.

 Kailan

Kailan (Brassica alboglabra Linn) merupakan sejenis sayuran daun dari keluarga
Cruciferae yang banyak diusahakan secara komersil oleh petani di Malaysia. Kailan yang
mempunyai daun bewarna hijau gelap serta sistem akar tunjang mudah ialah tanaman herba
semusim yang ditanam di atas batas. Sayuran kailan ini banyak ditanam di daerah Ledang,
Johor dengan keluasan tanaman sehingga 1685 hektar pada tahun 2012 (Sumber: Jabatan
Pertanian Malaysia). Pada asalnya, sayuran ini berasal dari kawasan Mediterranean, tetapi
terdapat satu penyelidikan dan penanaman berskala kecil menunjukkan bahawan kailan
mampu hidup subur di kawasan beriklim tropika.

Selain itu, kailan mempunyai khasiat yang baik kepada tubuh badan manusia kerana
mengandungi nutrisi seperti Nitrogen 250 ppm, Phosforus sebanyak 75 ppm, Kalium sebanyak

5

350 ppm, Kalsium sebanyak 175 ppm dan Magnesium sebanyak 62 ppm. Kanak-kanak dan
remaja sangat digalakkan untuk memakan sayur kailan supaya menggalakkan tumbesaran
yang baik.

 Sawi
Jenis tanaman yang dipilih adalah sawi (Brassicaceae spp). Sawi merupakan sejenis

sayuran yang sangat popular ditanam di Malaysia. Sawi sejenis tanaman yang mempunyai
tempoh masa yang singkat iaitu mengambil masa kurang dari 30 hari (bagi sesetengah varieti)
untuk dituai. Tanaman singkat ini kebiasaannya ditanam secara komersial di atas tanah secara
terbuka, atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH), ditanam di dalam polibeg secara
fertigasi atau menggunakan kaedah hidroponik.

Sayuran sawi mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh badan
manusia. Sawi kaya dengan vitamin seperti Vitamin A, B, C, E, K, Karbohidrat, Protein, Kalsium,
Kalium, zat besi dan Magnesium. Contohnya, vitamin C boleh menjadikan kulit manusia halus
dan tidak bermasalah. Bukan itu sahaja, dapat meningkatkan sistem imunisasi badan manusia
daripada penyakit kanser.
2.2 Kaedah Penanaman Yang Dipilih

i. Pemilihan tapak
Dalam penanaman secara konvensional, ahli kumpulan kami beberapa langkah yang harus
dilakukan sebelum menanam. Pemilihan tapak yang sesuai perkara paling utama sebelum
memulakan penanaman. Berikut adalah aspek ciri pemilihan tapak yang sesuai:

 Tanah yang subur dan sesuai untuk menanam sayur
 Jauh dari gangguan perosak dan penyakit
 Kawasa lapang yang terdedah kepada cahaya matahari
 Kawasan tanah yang berhampiran dengan sumber air untuk penyiraman

6

ii. Penyediaan tapak dan batas

Dalam penyediaan tapak dan batas, keadaan tanah harus diambil kira terlebih dahulu. Oleh itu,
kumpulan kami telah memilih tanah yang sesuai untuk tanaman sayuran iaitu jenis tanah peroi
yang mana mempunyai saliran baik dan kelembapan yang sederhana.

BIL GAMBAR PENERANGAN

1 Membersih kawasan:

Kawasan penyediaan tapak dan batas harus

dibersihkan terlebih dahulu dengan membuang

segala kayu, batu serta rumpai yang terdapat

pada tanah bagi mengelakkan sebarang

penyakit.

Membuang rumpai

Membuang rumpai

7

Membuang rumpai, kayu dan batu

2 Membajak tapak:
Tanah digembur oleh pensyarah menggunakan
mesin pembajak bagi menjimatkan masa serta
mengurangkan penggunaan tenaga. Tujuan
tanah digali dan digembur supaya dapat
membunuh segala haiwan perosak dan rumpai.
Tanah telah digember sehingga menjadi tanah
halus bagi memudahkan proses pengudaraan
dan saliran air.

3 Membuat batas:

Batas dibina dengan dalam anggaran ketinggian

15-25 cm atau 20-25 cm bagi mengelakkan

sayuran ditanam ditakungi dengan air hujan.

Selain itu, untuk mengelakkan daripada

Membina batas kehilangan nutrien akibat pemeluwapan pada
tanah.

Selepas membina batas, baja organik diletakkan
dalam batas dan kemudian gambuskan sedikit
tanah bagi menutupi baja organik yang telah
diletak dengan menggunakan cangkul.

Membina batas

8

Membina batas
Batas yang siap dibina
Tanah digembur terlebih dahulu

Tanah digembur
9

Membuat lubang tengah pada
batas

Meletakkan baja organik

10

iii. Pemilihan biji benih

Pemilihan biji benih telah dilakukan oleh ahli kumpulan dengan teliti supaya anak benih dapat
bercambah dengan sihat agar dapat membawa pulangan untung kepada ahlli kumpulan. Dalam
pemilihan biji benih, ahli kumpulan telah memastikan biji benih mempunyai kriteria seperti
berikut:

 Besar dan berisi agar anak benih sihat
 Tidak rosak atau cacat
 Bebas dari segala haiwan perosak dan penyakit supaya peratus percambahan tinggi
 Matang dan bernas

BIL GAMBAR PENERANGAN

1 Ujian biji benih:

Ahli kumpulan membeli beberapa biji benih

seperti sawi, kangkung dan kailan. Sebelum

menyemai biji benih pada Seed Tray, biji benih

haruslah direndam di dalam air terlebih

dahulu. Biji benih akan direndam dalam

anggaran 5 minit. Tujuannya supaya dapat

Biji benih kangkung memilih biji benih yang sihat kerana biji benih

yang tidak elok akan timbul.

Biji benih kailan

Biji benih sawi

11

Letakkan biji benih ke dalam air

Biji benih direndam

2 Menyemai biji benih:
1. Sebelum menyemai biji benih, media
semaian harus disediakan. Media semaian
terdiri daripada campuran tanah bakar,
cocopeat, peatmoss dan bahan organik.

Penyediaan media semaian 2. Masukkan media semaian yang telah
ditapis ke dalam Seed Tray dan membuat
lubang kecil pada setiap kotak kecil

Bijih benih dimasukkan ke dalam 3. Semaikan dua biji benih pada setiap kotak
Seed Tray kecil. Biji benih yang disemai adalah seperti
berikut:

 Sawi
 Kangkung
 Kailan

12

Aspek langkah-langkah dititikberatkan, iaitu biji
benih yang disemai tidak harus letakkan
terlalu dekat bagi mengelakkan akar
bergabung dan boleh sukarkan proses
pemindahan anak pokok.
4. Biji benih ditimbunkan sedikit ke dalam
tanah. Sebagai langkah berjaga-jaga, biji
benih tidak ditimbun sehingga ke dalam tanah
kerana ia akan menyukarkan biji benih untuk
membesar. Timbus sedikit biji benih dengan
media semaian
6. Benih yang disemai disiram sebanyak dua
kali sehari

Membuat lubang kecil

Biji benih disemai

13

iv. Memindah anak benih PENERANGAN
BIL GAMBAR Memindah anak benih dari tray semaian ke
batas:
1 1. Memastikan benih sudah ditumbuhi dengan
beberapa daun sebenar iaitu 2-4 daun sebelum
Benih mula bercambah dipindahkan. Daun sebenar merujuk kepada
daun yang keluar selepas dua daun benih
(kotiledon) serta mempunyai bentuk daun yang
berbeza dengan daun benih (kotiledon) yang
keluar semasa awal percambahan.

2. Tempoh masa yang sesuai untuk
memindahkan anak benih ke batas adalah
lebih kurang dalam tiga minggu.

3. Sebelum itu, anak benih disiram terlebih
dahulu sebelum berlaku pemindahan supaya
air dapat diresap dan memudahkan proses
pemindahan.

Keadaan benih selepas beberapa
minggu

Benih disiram sebanyak 2 kali sehari
2 Menanam anak benih ke batas:

1. Sebelum menanam, ahli kumpulan kami
menggunakan batang kayu kecil untuk
keluarkan anak benih dengan berhati-hati.

14

Anak benih ditanam Tujuannya bagi mengelakkan menyentuh
bahagian batang anak benih yang boleh
merosakkan tisu di dalamnya.

2. Anak benih ditanam separuh ke dalam
lubang tanah yang telah dibuat. Kemudian,
taburkan sedikit medium semaian ke anak
benih tersebut.

3. Setelah ditanam, anak benih diberikan
naungan dengan menggunakan daun nangka
untuk mengurangkan pancaran cahaya
matahari ke anak benih. Ahli kumpulan kami
telah menanam anak benih secara satu per
satu bagi mengelakkan anak benih layu.

4. Kemudian, ahli kumpulan turut membina
satu sungkupan iaitu jaring hitam dipasang
sepanjang batas yang dibina bagi
mengurangkan renjatan pada anak benih.

5. Selepas itu, anak benih disiram dengan air
yang secukupnya.

Anak benih diberikan naungan

15

Memasang jaring hitam
Memasang jarring hitam

Anak benih disiram

16

3.0 REKOD PENJAGAAN TANAMAN SAYURAN
Kangkung, sawi dan kailan :

Minggu 1 :

Gambar Aktiviti
1. Anak benih yang sudah cukup matang
hendak dipindahkan ke batas.

2. Daun nangka dijadikan sungkup dan
diletakkan jaring hitam sebagai naungan
kepada anak benih.

17

Minggu 2 :

Gambar Aktiviti
1. Aktiviti merumpun :
Aktiviti penjagaan pokok kangkung, sawi
dan kailan iaitu pengawalan rumpai akan
dilakukan supaya dapat menjaga kesihatan
pokok.

2. Penyiraman :
Aktiviti penyiraman perlu dilakukan selepas
membaja. Pokok juga hendaklah disiram 2
kali sehari iaitu pagi dan petang.

18

Minggu 3 :

Gambar Aktiviti
1.Membuka naungan :
Jaring hitam yang dijadikan sebagai
naungan anak pokok dibuka.
2. Aktiviti merumpun :
Aktiviti penjagaan pokok iaitu pengawalan
rumpai akan dilakukan supaya dapat
menjaga kesihatan pokok.

3. Menggembur tanah :
Aktiviti menggembur tanah dilakukan untuk
melonggarkan medium yang keras supaya
akar mampu menyerap air dan nutrien
dengan mudah. Air juga tidak akan
bertakung di permukaan tanah apabila
pokok disiram ataupun hujan.
4. Membaja :
Aktiviti membaja akan dilakukan selepas
aktiviti menggembur tanah. Kami akan
membaja pokok dengan menggunakan baja
organik. Aktiviti membaja dapat
membekalkan nutrien yang cukup kepada
tanaman.

19

5. Penyiraman :
Aktiviti penyiraman perlu dilakukan selepas
membaja. Pokok kangkung juga hendaklah
disiram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

20

4.0 REKOD BELANJAWAN DAN KEWANGAN
4.1 Perbelanjaan

BIL ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)
SEUNIT (RM)
1 Biji Benih Kangkung 2 paket (700g) 4.40
2 Biji Benih Sawi 2 paket (100g) 2.20 4.40
3 Biji Benih Kailan 2 paket (100g) 4.40
4 Jaring Hitam 2.20 80.0
1 gulung
2.20

80.0

4.2 Pendapatan (Anggaran) KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)
BIL ITEM SEUNIT (RM)
20.00
1 Kangkung 10 ikat 2.00 10.00
2 Sawi 4 ikat 2.50 12.00
3 Kailan 8 ikat 1.50 42.00

Jumlah

21

5.0 CABARAN YANG DIHADAPI SERTA TINDAKANNYA
Sepanjang tempoh pelaksanaan projek tanaman ini, kumpulan kami telah menghadapi

beberapa cabaran yang menghambat proses pelaksanaan projek tanaman sayuran ini.
Cabaran pertama yang dihadapi adalah cabaran memilih jenis tanaman yang hendak ditanam.
Pada mulanya, kumpulan kami bingung untuk mencari dan memilih jenis sayuran yang hendak
ditanam. Namun begitu, saya dan ahli kumpulan saya telah mendapatkan nasihat daripada
pensyarah pembimbing untuk memilih jenis tanaman sayur yang proses penanaman dan
penjagaannya mudah. Hasilnya, kumpulan kami telah bersepakat untuk menanam sayur sawi,
kailan dan kangkung.

Cabaran yang kedua pula adalah iklim cuaca yang tidak menentu di sekitar kawasan projek.
Contohnya, hujan atau kemarau berpanjangan. Hal ini kerana, di kawasan projek sering dilanda
hujan lebat dan kemarau yang berpanjangan yang mampu merosakkan struktur permukaan
batas dan hasil tanaman kami. Namun begitu, ia tidak menghalang kami untuk terus mengawal
perkembangan projek tanaman kami. Tindakan yang kami lakukan adalah dengan membuat
laluan air hujan yang lebih lebar dan memasang jaring hitam untuk mengelakkan tanaman
sayur terkena sinaran matahari yang berlebihan.

Bukan itu sahaja cabaran ketiga pula adalah berkaitan kos pembelian bahan. Pada
mulanya kumpulan kami menghadapi masalah perbelanjaan untuk membeli bijih benih sayur
dan jaring hitam yang lebih berkualiti kerana ia sedikit mahal berbanding bahan biasa. Namun
begitu, kami telah bersepakat untuk saling berkongsi perbelanjaan bagi meneruskan projek
tanaman ini.

Selain itu, cabaran keempat adalah cabaran yang sering terjadi sepanjang tempoh
pelaksanaan projek ini. Cabaran tersebut adalah komitmen luar setiap ahli. Ini kerana, setiap
ahli mempunyai komitmen masing-masing pada waktu yang berbeza contohnya, penyertaan
aktiviti luar, PdP, latihan sukan dan lain-lain. Dengan itu, kumpulan kami telah membuat
sepakat untuk bertanggungjawab melakukan penjagaan tanaman sayuran ini secara bergilir
agar setiap kumpulan dapat memberikan kerjasama walaupun masing-masing sibuk dengan
tugasan harian lainnya.

22

6.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kaedah penanaman sayur-sayuran secara konvensional di atas batas

ini masih digunakan secara meluas di Malaysia. Meskipun kaedah konvensional ini perlu
dilaksanakan dengan cara manual atau menggunakan jentera, ianya masih dikekalkan
sehingga ke hari ini. Hal ini kerana penanaman secara konvensional ini mampu menjadikan
negara menghasilkan pengeluaran pelbagai jenis sayur-sayuran yang berterusan sepanjang
tahun serta ia mampu meningkatkan mutu dan kualiti sayuran tersebut. Oleh yang demikian,
kaedah penanaman secara konvensional perlu dikembangkan lagi agar sektor pertanian negara
dapat melaksanakan pekerjaan ini dengan lebih efisien sekaligus dapat membantu negara
untuk mengaut keuntungan ekonomi yang tinggi melalui sektor pertanian ini.

23

7.0 RUJUKAN
F A. (2020, September 10). Enaknya Dapat Makan Sayur Kailan Ikan Masin, Ambil Tahu 13

Manfaat Sayur Hijau Ini. Hello Doktor. https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-
nutrisi/kailan-mengapa-anda-perlu-makan-sayuran-ini/
Harres. H. (2017, June 8). Tanaman Sawi. MyAgri.com.my | Pakar Industri Pertanian.
https://myagri.com.my/2017/06/sawi/
Harress. H. (2017, July 15). Tanaman Kailan. MyAgri.com.my | Pakar Industri Pertanian.
https://myagri.com.my/2017/07/tanaman-kailan/
M Anem. M A. (2009, December 3). Kangkung. Anim Agro Technology.
https://animhosnan.blogspot.com/2009/12/teknologi-tanaman-kangkung.html
M Anem. M A. (2012, August 8). Jenis sawi. Anim Agro Technology.
https://animhosnan.blogspot.com/2012/08/jenis-sawi.html
Y S. (2016, September 8). Penanaman sayur-sayuran secara konvensional. MyAgri.com.my |
Pakar Industri Pertanian. https://myagri.com.my/2016/09/penanaman-sayuran-
konvensional/

24


Click to View FlipBook Version