The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AFFAF ABOOSALAE, 2024-02-28 09:23:03

BUKU LOG PPIM

PPIM

Keywords: PPIM

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA NAMA: AFFAF ABOOSALAE NO KAD PENGENALAN: 030820-67-0012 KUMPULAN: PISMP AMBILAN JUN 2021 KOD KURSUS: MPU3461a KURSUS: KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA I NAMA PENSYARAH: 1. DR. RUHAYATI BINTI RAMLY 2. DR. ZURAIDAH BINTI RAMDZAN TARIKH HANTAR: 28 FEBRUARI 2024 BUKU LOG


BIODATA NAMA: AFFAF ABOOSALAE NO KAD PENGENALAN: 030829-67-0012 TARIKH LAHIR: 29 OGOS 2003 AMBILAN: PISMP JUN 2022 SEMESTER: TAHUN 2 SEMESTER II TEMPAT BELAJAR: IPGMK TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT


BIL TAJUK MS 1 PENGHARGAAN 1 2 FALSAFAH 2 3 TUJUAN & MATLAMAT 3 4 OBJEKTIF 4 5 LOGO 5 6 BENDERA 6 7 COGAN KATA 7 8 LAGU 8 9 IKRAR 9 10 SULUH KATA 10 ISI KANDUNGAN


BIL TAJUK MS 11 SEJARAH 11-12 12 PERLEMBAGAAN 13-21 13 VISI 22 14 MISI 23 15 BIDANG KURIKULUM 24 16 PERSIJILAN JURULATIH 25-26 17 PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH 27-28 18 STRUKTUR & ORGANISASI 29-32 19 PENGURUSAN & PENTADBIRAN 33-36 20 PERANCANGAN ORIENTASI 37-46 21 LAPORAN AKTIVITI 47-53 22 RUJUKAN 54-55


PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus bagi kursus Kokurikulum - Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia I ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan yang tidak terhitung buat pensyarah saya Dr. Ruhayati binti Ramly dan Dr. Zuraidah binti Ramdzan yang telah memberi tunjuk ajar serta budi bicara beliau sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini tanpa mengira penat dan lelah beliau seterusnya telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan saya yang turut membantu serta berkongsi pendapat mereka dalam merealisasikan penyempurnaan tugas ini dengan jayanya. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyempurnaan kerja kursus ini. Terima kasih. 1


FALSAFAH 2 Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam. Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat negeri, daerah dan kebangsaan di universiti, maktab perguruan dan sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah berasaskan kepatuhan kepada Allah S.W.T


TUJUAN & MATLAMAT Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteriputeri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat. 3


Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, raja dan negara, berilmu, berakhlak mulia dan berbakti kepada masyarakat OBJEKTIF Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua. 4


Nama pertubuhan tulisan jawi LOGO keahlian Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwrna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi permulaan daripada perkataan “Pergerakan Puteri Islam Malaysia” (Pa, Pa, Alif, Mim) Di bawah logo ini tertulis perkataan PUTERI bagi ahli-ahli Puteri. Merah samar: melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau: agama Putih: kesucian Kuning: Kesetiaan dan kedaulatan 5


BENDERA Bendera PPIM berbentuk segiempat tepat, berwarna merah jambu, terdapat logo PPIM di tengah bendera Penggunaan: Upacara rasmi, Tatacara perjumpaan 6


COGAN KATA BERILMU 7 BERAMAL BERIMAN BERAMAL


LAGU Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk Agama dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Berusaha Mencari Pengetahuan Berbakti Membuat kebajikan Belajar Mencapai Kemajuan Bersemangat Penuh Keimanan Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Tetap Taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk Agama dan Negara Dunia Akhirat Mendapat Bahagia 8


IKRAR BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN: Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibu bapa memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak membangunkan diri dengan sempurna mengukuhkan silaturrahim sesama puteri berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara 9


SULUH KATA Patuh kepada ibubapa Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali ('inna lillahi wa'inna ilayhi raji'un) Solat ditunai setiap waktu Larangan Allah dijauhi Akhlaq mulia pengukuh keimanan Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan 10 Ugama/agama berteraskan AlQuran dan Al-Hadith Taat kepada Allah dan Rasul Erat ukhwah Islamiyah Rela berbakti kerana Allah Iman dipupuk ilmu dituntut


SEJARAH 11


12 Pelancaran PPIM secara rasminya telah diadakan pada 17 Jun 1981 oleh DYMM Raja Permaisuri Agong ke-6 iaitu Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Y.A. Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail (isteri kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman) telah dilantik sebagai Yang Di-Pertua PPIM Pertama. Pada tanggal 17 Jun setiap tahun pula merupakan sambutan Hari Puteri bagi memperingati kelahiran PPIM dan sambutan yang pertama kalinya diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada tanggal 2 Disember 1988, PPIM telah diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang berperlembagaan sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Pada Hari Puteri 1988 iaitu sambutan ulang tahun kedua, Majlis Pentadbir PPIM telah diiktiraf sebagai "Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. PPIM telah bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Ko-kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia pada 11 September 1993. Pada 23 November 1996, Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertujuan untuk meluaskan penglibatan remaja dan Wanita lepasan sekolah dalam kerjakerja khidmat masyarakat seperti bantuan kepada mangsa banjir dan program ziarah hospital. Bertarikh 8 April 2000, PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi oleh Y.A.Bhg. Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood di Univeristi Islam Antarabangsa. Pada awal 2004, ibu pejabat PPIM, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Seri Hajah Hazizah Haji Tumin ketika itu telah berpindah ke Darul Puteri. Pada 24 Ogos 2005 pula, Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid. Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua diisi oleh YBhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009 & 2099-2011.


PERLEMBAGAAN 13


Pada mematuhi subperaturan 5(1)(a) dalam Persatuan-persatuan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998, Akta Pendidikan 1996 seperti Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No. 41,Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Puteri Islam yang selepas ini disebut sebagai “Persatuan” sahaja Perlembagaan Peraturan 1: Nama dan alamat persatuan 1.1. Nama: Pergerakan puteri islam Malaysia 1.2. Di alamat: Peraturan 2 : Matlamat Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Peraturan 3: Objektif 3.1. Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam)dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2. Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya. 14


15 Perlembagaan Peraturan 4: Keahlian 4.1. Dibuka kepada semua murid tahap dua perempuan. 4.2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4.3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan danakan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. Peraturan 5 : Guru penasihat 5.1. Terdiri daripada guru sekolah ini . 5.2.Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. 5.3. Hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan mengikut jadual, tarikh, dan masa yang ditetapkan. 5.4. Mengikut pengiring apabila ahli terlibat dengan aktiviti di uar sekolah sama ada berbentuk pernyataan, jemputan atau pertandingan. Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa 6.1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung kali pertama. 6.2. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. 6.3. Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan secara undian. 6.4. Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5. Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar suratperletakan jawatan kepada Penasihat.


16 Perlembagaan 6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada: 6.6.1.Pengerusi 6.6.2.Naib pengerusi 6.6.3.Setiausaha 6.6.4.Naib setiausaha 6.6.5.Bendahari 6.6.6.Naib bendahari 6.6.7.Ahli jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan) 6.6.8 Juruaudit (dua orang) Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa 7.1 pengerusi 7.1.1 mempengerusikan setiap mesyuarat 7.1.2 meneliti setiap mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan. 7.1.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa. 7.2 Naib pengerusi 7.2.1 membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 7.2.2 mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi 7.2.3 menjalankan tugas yang diarah guru penasihat dari masa ke semasa 7.3 Setiausaha 7.3.1 Mengurus surat menyurat 7.3.2 Mencatat minit mesyuarat/laporan dan menandataganinya 7.3.3 Menyimpan fail/dokumen berkaitan dengan persatuan 7.3.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa.


17 7.4 Penolong setiausaha 7.4.1 membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab 7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha 7.4.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa. 7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan 7.5.2 Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan 7.5.3 Menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan dan dibentangkan semasa ke semasa 7.5.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa. 7.6 Penolong bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas bendaharu semasa ketiadann bendahari 7.6.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa. 7.7 Ahli jawatankuasa 7.7.1 membantu melaksankan program dan aktiviti yang dilaksankan oleh persatuan. 7.7.2 Menjalankan tugas yang diara oleh guru penasihat dari masa ke semasa. 7.8 Pemeriksa kira-kira 7.8.1 Memeriksa menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan persatuan dan bertanggungjawab ke atasnya.


18 Perlembagaan 7.8.2 Memastikan penggunaan kewangan diurus dengan betul. 7.8.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa. Peraturan 8 : Kewangan 8.1 Sumber kewangan persatuan adalah melalui derma diputuskan semasa mesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak ringgit Malaysia RM0.20 sebulan untuk setiap ahli. 8.2 Memohon bantuan kewangan daripada pihak sekolah jika perlu 8.3 Ahli-ahli yang terpilih mewakili sekolah mengikuti sebarang aktiviti di peringkat daerah akan layak menerima RM 5.00 peringkat bahagian RM 10.00 Peringkat negeri RM 30.00 dan peringkat kebangsaan RM 50.00 setiap seorang daripada pihak sekolah. 8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun SUWA sekolah sekiranya mendapat kelulusan Guru Besar. Peraturan 9: Kehadiran/pernyataan 9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun. 9.2 Gagal menghadiri aktiviti sebanyak 3 kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Jika gagal berbuat demikian maka pemotongan markah dalam penilaian boleh dibuat oleh guru penasihat dan dicatat dalam buku rekod penilaian kokurikulum. 9.3. Guru penasihat dikehendaki menyediakan/memohon kebenaran ibu bapa/penjaga kepada pelajar yang terlibat menyertai sebarang aktiviti, pertandingan, ujian dan seumpama di luar sekolah dengan mengemukakan borang pelepasan ibu bapa.


19 Perlembagaan 9.4 Semasa ahli menghadiri /menyertaiapa juga jenis aktiviti seperti dalam perancangan tahunan, jemputan, pertandingan di dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah (apa juga peringkatpertandingan/kejohanan/kelolaan) jika terdapat kecederaan/kecelakaan maka pihak sekolahh dan ibu bapa/penjaga perlu bekerjasama menjaga kebajikan ahli berkenaan. Peraturan 10: Aktiviti 10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK 10.2 Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan. Guru penasihat akanmengumukan kepada ahli. Peraturan 11: Peraturan-peraturan. 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnya. 11.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. Peraturan 12: Tindakan disiplin 12.1 Akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/peraturan semasa. 12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut Amaran lisan dan Amaran bertulis. 12.3 Ahli yang tidak berpuas hati terhadap tindakan keatasnya, boleh membuat surat rayuan dan semakan salah laku melalui guru penasihat dann keputusan berikutnya adalah muktamad.


20 Perlembagaan Peraturan 13: Pindaan perlembagaan 13.1 mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda melalui perkelilingan persatuan/kelab/unit. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah dan disahkan oleh guru besar. Peraturan 14: Pembubaran persatuan/unit/kelab 14.1 Guru besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan/unit/kelab jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 14.2 segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam mesyuarat tergempar. Peraturan 15: Hal-hal lain. 15.1 Setiap ahli mestilah mengetahui tanggungjawab sendiri dan sentiasa menjaga sahsiah dan nama baik setiap ahli persatuan sepanjang masa. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti setiap aktiviti dengan penuh kesungguhan. Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa senarai AJK di atas adalah mematuhi subseksyen 6.1.1 dalamarkel enam dan perlankan mereka mematuhi subseksyen 6.1.2 dalam arkel yang sama seperdalam undang-undang dan peraturanperaturan persatuan


21 Pengerusi Setiausaha TarikhPengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut undang-undang dan perlembagaan Puteri Islam. .…………………………….. [ ] Guru Penasihat PPI Tarikh:


VISI Untuk melahirkan generasi wanita Muslim Yang mempunyai ciri-ciri berikut :- Mempunyai rasa kasih dan hubungan silahturahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. 22 Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu daripada aspek spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.


Memperlihatkan akan kebenaran Al Quran dan Hadith dalam program yang dijalankan. Memberi bimbingan, latihan dan didikan melalui aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.Beriman dan berakhlak murni berlandaskan prinsip-prinsip Islam Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu daripada aspek spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silahturahim sesama ahli puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negaranya. MISI Bagi melahirkan puteri yang mempunyai ciriciri tersebut, puteri dibimbing dengan; 23


BIDANG KURIKULUM 8 BIDANG KURIKULUM Alam Sekitar dan Agama Pengenalan PPIM Pertolongan Cemas Rekreasi dan Aktiviti Luar Kerohanian (Pemahaman & Pengukuhan Al-Quran dan Hadis Kemahiran Keluarga dan Masyarakat Kesihatan dan Tugas Pembangunan Diri 24


PERSIJILAN JURULATIH 25


TAHA P PERINGKAT KURSUS SIJIL TAHAP LENCANA ASAS Kursus Pemimpin Peringkat Asas Sijil & Tauliah Pemimpin Peringkat Asas Tauliah Jurulatih Asas Lencana Jurulatih Asas II Kursus Pemimpin Peringkat Kemahiran Sijil & Tauliah Pemimpin Peringkat Kemahiran Tauliah Jurulatih mahir Lencana Jurulatih Mahir III Kursus Pemimpin Peringkat Lanjutan Sijil & Tauliah Pemimpin Peringkat Lanjutan Tauliah Jurulatih Lanjutan Lencana Jurulatih Lanjutan 26 SIJIL, LENCANA DAN PANGKAT TAHAP JURULATIH SIJIL, LENCANA DAN PANGKAT TAHAP JURULATIH


PERSIJILAN PERINGKAT SEKOLAH 27


28 Puteri Bongsu Puteri Bongsu Cemerlang TAHAP SEKOLAH RENDAH TAHAP SEKOLAH MENENGAH Puteri Kecil Puteri Tengah Puteri Sulong Puteri Sulong Cemerlang


STRUKTUR ORGANISASI 29


30 Pengarah Dr. Mohd Nordin bin Abu Bakar Pengerusi Lukman bin Sa’adon Pensyarah Penasihat 1) Dr. Ruhayati Bt. Ramly 2) Dr. Zuraidah Bt. Ramdzan Pengerusi Nur Fairuz Dayana Binti Badri Naib Pengerusi Wan Nurul Hannan Binti Wan Abdul Fattah Setiausaha Wan Najwa Bt. Wan Adi Amran Bendahari Nur Insyirah Adyani Binti Muawiah AJK Pen. Setiausaha Nurul Nasihah Binti Mohd Asri Pen. Bendahari Siti Halimah Binti Masrom IPGMKTHO


31 IPT Penaung (Pengarah) Pengerusi (Ketua Jabatan) Pensyarah Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha Bendahari AJK Pen. Setiausaha Pen. Bendahari


32 SEKOLAH RENDAH Penaung (Guru Besar) Pengerusi (Guru PK KO) Guru Penasihat Pengerusi (Pelajar) Naib Pengerusi (Pelajar) Setiausaha Bendahari AJK Pen. Setiausaha Pen. Bendahari


PENGURUSAN & PENTADBIRAN 33


34


35


36


PERANCANGAN ORIENTASI37


38 2024 2024


39 2024 2024


40 2024 2024


41 2024 2024


42 2024 2024


43 2024 2024


44 2024 2024


45 2024 2024


46 2024 2024


Click to View FlipBook Version