The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52296535, 2021-08-13 04:43:28

Kata Prafrasa

Kata Prafrasa

KATA TUGAS

Kata Prafrasa

Oleh Cikgu Yong Siow Yien

KATA PRAFRASA

sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja,
atau frasa adjektif.
mendukung tugas-tugas maksud yang
terkandung dalam ayat seperti tugas membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan,
memerikan, menyendikan, menunjukkan arah
dan membilang.

Kata Prafrasa

1.kata bantu
2.kata penguat
3.kata penegas
4.kata nafi
5.kata pemeri
6.kata sendi nama
7.kata arah
8.kata bilangan

Kata bantu

membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan
menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.

(i) kata bantu aspek
Pekerja itu telah pulang.
Kanak-kanak itu sudah makan.
Kami pernah ke utara Malaysia.
Mereka sedang mendaki gunung.
Guru besar masih menyiapkan laporan itu.
Ahmad akan ke sana esok.
Pertanyaan pemuda itu belum berjawab.

(ii) kata bantu ragam
Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.
Mereka mesti keluar hari ini juga.
Kita boleh bertolak ke Johor Bahru esok.
Kami dapat pulang ke kampung pada masa cuti persekolahan.

Kata penguat

perkataan yang mendahului atau
mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata adjektif

penguat hadapan
penguat belakang
penguat bebas

(i) Kata penguat hadapan

Pokok di belakang rumahku terlalu
tinggi.
Masakan ibunya paling sedap.
Sungai itu agak dalam.

(ii) Kata penguat belakang

Kelakuan budak-budak itu baik sekali.
Lambat benar bas itu tiba.
Indah nian puteri bunian.

(iii) Kata penguat bebas

Pakaian seragam pasukan itu amat
kemas/kemas amat.
Pemandangan di perbatasan sungguh
indah/indah sungguh.
Sungai itu sangat dalam/dalam sangat.

KATA NAFI

perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa
predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama.

Kata nafi bukan - menjadi Kata nafi tidak - menjadi unsur
unsur nafi frasa nama dan nafi frasa kerja dan frasa
frasa sendi nama adjektif

Contoh: Contoh:
Makanan itu bukan Bapanya tidak pergi ke
untuk Ratna tetapi sawah hari ini.
untuk adiknya. Saya tidak akan datang lagi.
Projek itu bukan usaha Kenyataan itu tidak benar.
saya.

Kata pemeri

unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
pemerihalan itu dilakukan melalui dua cara, iaitu
(i) secara persamaan dengan penggunaan kata

pemeri ialah
(ii) secara huraian dengan menggunakan kata

pemeri adalah.

Contoh:
Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah
pentingnya penterjemahan dari segi pindah budaya dan
percambahan pengetahuan.
Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan
terperinci tentang penterjemahan semantik lawan
penterjemahan komunikatif.


Click to View FlipBook Version