BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 173
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 174 MODUL 5 : PROSES PEMBUATAN 5.1 PENGUKURAN DAN PENANDAAN Alat Pengukuran Bil. Nama Alat Kegunaan Catatan 1 Pembaris keluli mengukur, menguji kerataan permukaan, mengukur jarak garis lurus dan sebagai panduan menanda garisan. Pembaris keluli dibuat dari keluli tahan karat. Panjang pembaris keluli boleh didapati dalam ukuran 150mm, 300mm dan 1000mm dengan kejituan 0.5mm. 2 Angkup vernier Mengukur panjang, diameter luar atau dalam dan kedalaman lurah bahan kerja. Angkup vernier mempunyai kejituan dengan ketepatan sehingga 0.02mm Senggatan dari skala utama lebih besar dari skala vernier. 3 Mikrometer Mikrometer luar untuk mendapatkan ukuran luar bahan kerja seperti tebal dan diameter. Mikrometer dalam untuk mendapatkan ukuran sebelah dalam diameter lubang dan jarak antara tepian lurah. Mirometer tolok dalam untuk mengukur kedalaman lubang, lurah dan alur kunci. Ukuran yang paling kecil yang boleh dibaca oleh mikrometer ialah 0.01mm. Unit yang boleh dibaca oleh mikrometer ialah 0-25 mm dan 25-50mm. 4 Sesiku L Menguji ketepatan sudut tepat 90⁰, membuat garisan lurus ,melaras bahan kerja supaya tegak dan menguji kerataan permukaan Terdapat dua bahagian pada alat ini iaitu tonggak dan badan bilah. Sesiku L di[erbuat dari keluli tahan karat. ALAT UKUR JITU Angkup vernier berketepatan 0.02mm dan 0.05mm Mikrometer berketepatan 0.01mm
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 175 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Label Bahagian Utama Catatan A Rahang atas Untuk mengukur diameter dalam B Rahang bawah Untuk mengukur tebal dan lebar C Skala vernier (s.u) Boleh digerakkan di sepanjang skala utama D Skala utama (s.v) Terletak pada sebilah pembaris keluli E Bilah Untuk mengukur dan menguji kedalaman lurah,lubang dan bahu F Skru pengunci Untuk mengunci skala vernier agar kedudukan ukuran tidak berganjak atau bergerak. Prinsip Membaca angkup vernier : Tentukur skala vernier 0.02mm: Terdapat 50 senggatan pada skala vernier. Jumlah ukuran senggatan pada skala vernier bersamaan 1 mm pada skala utama. Ini bermakna 1 mm pada skala utama dibahagikan kepada 50 bahagian skala vernier. Jadi satu bahagian pada skala vernier bersamaan 1mm ÷ 50 bahagian = 0.02mm. ( 1/50 mm) Tentukur skala vernier 0.05mm: Terdapat 20 senggatan pada skala vernier. Jumlah ukuran senggatan pada skala vernier bersamaan 1 mm pada skala utama.. Ini bermakna 1 mm pada skala utama dibahagikan kepada 20 bahagian skala vernier. Jadi satu bahagian pada skala vernier bersamaan 1mm ÷ 20 bahagian = 0.02mm. (1/20mm) C D A B Saiz sam ple dia mbi l unt uk pe mer iksa an n E ANGKUP VERNIER 0 2 40 4 50 60 80 6 8 70 10 Cara membaca angkup vernier : 1. Bacaan s.u : 34 x 1 = 34.00mm 2. Bacaan pada s.v senggatan ke 18: 18 x 0.02 = 0.36mm 3. Bacaan akhir 34.00mm + 0.36mm = 34.36mm s.u s.v
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 176 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN MIKROMETER Bahagian-bahagian utama mikrometer : P - Bingkai. Q - Laras. R - Penganjak halus. S - Bidal. T - Spindal. U - Andas. Kegunaan mikrometer : Mengukur diameter dan ketebalan dengan ketepatan bacaan sehingga 0.01 mm. Prinsip membaca mikrometer : Ketepatan bacaan adalah sehingga 0.01mm. Satu pusingan bidal menggerakkan spindal sejauh 0.5mm. Satu pusingan lilitan spindal mengandungi 50 senggatan sama. Oleh itu satu senggatan pada bidal bernilai 0.01 mm ( 0.5 mm ÷ 50 bahagian = 0.01mm). (0.5/50 mm) 2 0 3 0 0 45 U T S Cara membaca micrometer : 1. Bacaan senggatan akhir pada laras atas: 33 x 1 = 33.00mm 2. Bacaan senggatan pada laras bawah: 1 x 0.5 = 0.50 mm 3. Bacaan senggatan bidal : 47x 0.01 = 0.47 mm 4. Bacaan akhir : 33.00 + 0.50 + 0.47 = 33.97mm
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 177 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Alat Penandaan Bil. Nama Alat Kegunaan Catatan 1 Penggarit Hujung yang tajam digunakan untuk membuat garisan diatas permukaan bahan kerja. Penggarit diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, dikeraskan dan dibaja. Penggarit digunakan bersama alatan lain contohnya pembaris keluli 2 Tolok pembahagi Tolok pembahagi digunakan untuk menanda garisan, lengkuk atau bulatan pada bahan kerja, memindahkan ukuran dan menguji jarak.. Dikenali juga sebagai jangka tolok. Alat ini mempunyai dua batang pengarit keluli yang keras. 3 Penanda Pusat Alat ini digunakan untuk melakukan tanda titik pada bahan kerja yang berasaskan bahan logam atau keluli lembut sebelum kerja-kerja melubang bahan dilakukan. Penanda pusat diperbuat daripada logam. Alat ini terdiri daripada dua jenis iaitu yang biasa dan automatik
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 178 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN MOSES PEMBUATAN 5.2 PEMOTONGAN Proses pemotongan boleh dilakukan sama ada menggunakan peralatan tangan atau mesin. Pemilihan peralatan tangan atau mesin bagi proses pemotongan harus sesuai dengan bahan yang hendak dipotong. 5.2.1 ALATAN TANGAN UNTUK KERJA PEMOTONG (a) Gergaji Gergaji tangan- memotong bahan logam secara insani -bahan dipotong tidak terlalu besar dan dalam kuantiti yang sedikit Mesin gergaji kuasa – memotong bahan logam bersaiz besar yang tidak boleh dipotong secara insani (b) Kikir Kikir ialah alatan tangan yang digunakan untuk mengurangkan ketebalan, melicinkan permukaan, dan membentuk bahan atau produk. a. Bahagian kikir - muka, bahu, puting, dan hujung. b. Saiz kikir - dari hujung ke bahu . Saiz yang biasa ialah 150mm, 200mm , 250mm dan 300mm. c. Jenis kikir i. kikir rata ii. kikir segi empat iii. kikir bulat iv. kikir separuh bulat (c) Pahat Pahat ialah alatan tangan dengan hujung bersudut pemotongan. Pahat digunakan bersama dengan tukul. Pahat digunakan untuk memotong dan menatal dengan kaedah menyerpih bahan logam Terdapat dua jenis iaitu pahat panas dan pahat sejuk. Pahat panas digunakan untuk memotong logam dalam keadaan panas dan pahat sejuk digunakan untuk memotong logam dalam keadaan sejuk.
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 179 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Jenis-jenis pahat sejuk : Pahat mata rata Pahat mata lintang Pahat mata bentuk intan Pahat mata bulat (d) Gunting logam Gunting logam ialah alatan berbilah atas dan bawah pada hujungnya. Gunting ini berfungsi memotong logam secara membahagi. Ketebalan kepingan logam yang boleh dipotong adalah terhad kepada 1 mm sahaja Gunting logam terdiri daripada gunting lurus dan gunting lengkung (e) Mesin Pemotongan Mesin-mesin seperti mesin gerudi, mesin larik, mesin kisar, dan mesin canai merupakan mesin yang kerap digunakan dalam kerja-kerja pemotongan bahan logam. Mesin gerudi Mesin gerudi digunakan untuk membuat lubang tembus atau lubang buntu menggunakan mata gerudi. Selain menggerudi, mesin gerudi juga boleh digunakan untuk proses menggerek, melulas, dan membuat lubang benam. Bahagian-bahagian : A-Kepala mesin B-Motor elektrik C-Turus D-Meja mesin E-Tapak Jenis mesin gerudi: -mesin gerudi tangan -mesin gerudi meja -mesin gerudi tiang -mesin gerudi jejarian
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 180 C D E MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Langkah kerja menggerudi : 1. Tandakan pusat lubang 2. Cengkam benda kerja pada ragum. 3. Laraskan kelajuan mesin. 4. Hidupkan mesin dan turunkan spindal. 5. Suap mata gerudi ke tempat yang ditanda. 6. Naikkan spindal. 7. Matikan suis mesin. Keselamatan : - Pastikan gogal dipakai ketika menggerudi. - Pastikan hanya seorang sahaja yang mengendalikan mesin gerudi pada satu masa. - Elakkan daripada mengenakan tekanan yang terlalu kuat semasa menggerudi. - Elakkan mata gerudi memotong secara berterusan. - Gunakan cecair penyejuk semasa menggerudi. - Jangan gunakan sarung tangan Mesin larik Digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti melarik selari permukaan sebelah luar atau dalam, menggerudi, membenang, menggerek, menampung, dan melorek. Bahagian-bahagian utama : A- Alatan hadapan B- Landasan C- Pelana D- Alatan belakang Keselamatan : -Gunakan gogal semasa melarik. -Pastikan bahan kerja dan mata alat diikat dengan kemas. -Pastikan mesin yang hendak digunakan baik dan sempurna sebelum digunakan. Mesin kisar Digunakan untuk memotong bahan logam secara menyerpih menggunakan mata pemotong berbilang hujung. Kegunaan : Mesin kisar melintang : - untuk menghasilkan permukaan rata - memotong alur, bahu dan gear Mesin kisar tegak : - untuk menghasilkan permukaan rata - memotong alur, tanggam dan alur T. Bahagian-bahagian utama : A-Kepala alat B-Turus C-Meja D-Lutut E-Tapak A B
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 181 C A B MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Mesin canai Mesin canai digunakan untuk proses pembuangan logam menggunakan roda pencanai yang berputar. Diperbuat daripada bahan pelelas yang diikat dengan bahan pengikat Kegunaan : Mesin canai meja dan mesin canai kekaki : - untuk menajamkan alat pemotong Mesin canai permukaan - untuk melicinkan permukaan logam dengan ukuran yang jitu. Mesin canai selinder - mencanai komponen / benda kerja berbentuk selinder bagi mendapat ukuran yang jitu. Bahagian-bahagian utama : A- Motor B- Cermin pelindung mata C- Roda canai D- Tempat letak mata alat E- Penutup roda canai. Keselamatan : - Pakai gogel semasa mencanai - penahan mata alat mestilah rapat pada roda canai untuk mengelakkan bahankerja tersepit. - Tekanan pada bendakerja mestilah tetap dan terkawal. - Elakkan mencanai secara berterusan tanpa menggunakan penyejuk. Mesin lanjutan Mesin ini dilengkapi dengan sistem pergerakan yang dikawal dan diarahkan menggunakan arahan numerikal (numerical control). Kawalan automasi mesin-mesin seperti mesin larik, kisar, dan pencetak 3D dilakukan menggunakan komputer. Arahan kerja kepada mesin ini dilakukan dengan menggunakan kod yang dimasukkan ke dalam sistem kawalan mesin atau dijanakan daripada lukisan terbantu komputer (CAD). Digunakan untuk melakukan kerja membentuk logam yang mempunyai reka bentuk yang rumit dan pelbagai bentuk sukar Computer Numerical Control (CNC) Mesin-mesin yang dilengkapi dengan arahan KAWALAN BERANGKA TERKOMPUTER dikenali sebagai Computer Numerical Control (CNC). Mesin ini menghasilkan produk secara seragam dan dalam kuantiti yang banyak. Mesin ini juga mampu menghasilkan produk yang berbentuk rumit dan berkejituan tinggi. Mesin elektro nyah cas Digunakan untuk memotong bentuk rongga logam dalam pelbagai bentuk yang tidak mampu dilakukan oleh mesin kisar, mesin larik, atau mesin konvensional yang lain. Semua bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik boleh dipotong menggunakan mesin EDM tetapi proses pemotongan pada mesin EDM amat perlahan. Biasanya mesin ini digunakan untuk pemotongan penyudahan. E D
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 182 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Mesin pemotong plasma Mesin pemotong plasma digunakan untuk memotong keluli atau logam yang tidak boleh dipotong menggunakan kaedah pemotongan Oksi-Asetilena. Dapat memotong keluli tahan karat setebal 130 mm. Mesin ini menggunakan prinsip mengion gas-gas seperti argon, nitrogen, dan oksigen dengan menggunakan tenaga elektrik sehingga meningkatkan suhu gas antara 11 000°C hingga 27 000°C. Mesin pemotong laser Mesin pemotong laser yang ditunjukkan dalam Gambar foto 5.2.19 digunakan untuk memotong kepingan logam atau bukan logam dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ketebalan bahan yang dipotong bergantung pada saiz arus elektrik yang digunakan pada mesin laser. Menggunakan prinsip cahaya yang dipancarkan ke sistem kanta yang mengandungi oksigen atau karbon dioksida. MODUL
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 183 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN 5.3 PENYAMBUNGAN 5.3.1 JENIS PENYAMBUNGAN 5.3.2 JENIS SAMBUNGAN KEKAL DAN TIDAK KEKAL Sambungan tidak kekal biasanya digunakan pada bahagian enjin kenderaan dan peralatan mesin yang digunakan di dalam bengkel kejuruteraan. Penyambungan jenis ini memudahkan proses menyelenggara, membaiki, dan menukar komponen. Sambungan kekal pula ialah jenis sambungan yang menghasilkan satu ikatan yang kekal dan tidak boleh berubah-ubah supaya hasil ikatan lebih kuat dan kukuh. (a)Sambungan Tidak Kekal Pengikat Pengikat digunakan secara mekanikal untuk menyambungkan dua atau lebih komponen sama ada daripada jenis bahan yang sama atau berlainan. Bolt Bolt digunakan bersama dengan nat untuk menyambungkan dua atau lebih komponen melibatkan bahan berasaskan logam atau bukan logam. Jenis bolt ditentukan oleh jenis kepala bolt, Panjang bolt dan diameter bolt. Jenis-jenis bolt: 1.Hexagon bolt 2.Anchor bolt 3.Square bolt 4. Flange bolt 5.Carriage bolt
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 184 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Nat Nat digunakan bersama dengan bolt dalam proses penyambungan bagi mengetatkan sambungan bahan kerja seperti kayu dan logam. Ulir dalam nat mestilah sepadan dengan ulir luar bolt. Nat dibezakan mengikut jenis kepala dan diameter Jenis-jenis nat: 1.Nat heksagon 2.Nat segiempat 3.Nat kota 4.Nat kepak 5.Nat topi/bertutup Sesendal Sesendal digunakan bersama dengan bolt, nat, dan skru. Berfungsi untuk mengelakkan pengikat daripada menjadi longgar ,melindungi permukaan daripada cepat haus dan rosak dan mengagihkan beban atau daya yang digunakan kepada permukaan yang lebih luas. Jenis-jenis sesendal: 1.Sesendal rata 2.Sesendal anjal 3.Sesendal bintang 4.Sesendal lidah Stad Stad merupakan bolt atau sebatang aci yang mempunyai ulir tetapi tidak mempunyai kepala. Digunakan bersama-sama nat dalam proses penyambungan untuk mengikat dua komponen. Jenis-jenis stad: 1.Stad ulir penuh 2.Stad ulir hujung Skru Skru ditentukan oleh bentuk kepala skru, diameter, dan panjang. Jenis-jenis skru: 1.Kepala rata 2.Kepala bulat 3.Kepala timbul 4.Kepala segi empat 5.Kepala alken (b) Sambungan Kekal Rivet Rivet digunakan dalam bidang kerja kejuruteraan kerana terdapat komponen yang tidak boleh dikimpal atau diikat menggunakan bolt dan nat. Saiz rivet ditentukan oleh panjang dan diameter. Jenis-jenis rivet: 1.Kepala bulat 2.Kepala rata
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 185 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN 3.Kepala kon/Menara 4.Kepala pana 5.Kepala benam Proses kerja merivet pop: 1.Bersihkan permukaan logam dengan menggunakan berus 2. Gunakan penanda pusat untuk menanda lubang yang hendak digerudi 3. Gunakan diameter mata gerudi yang betul supaya ikatan rivet tidak longgar 4. Gunakan gerudi tangan atau gerudi meja untuk membuat lubang. 5. Gunakan alat perivet dan rivet yang sesuai untuk membuat rivet. 6. Tentukan saiz rivet yang betul pada alat perivet. 7. Letakkan pin rivet ke dalam lubang. 8. Tekan alat perivet berulang kali sehinggalah terhasil bunyi “POP” 9. Keluarkan lebihan pin rivet dari alat privet Kimpalan Kimpalan merupakan proses untuk mencantumkan dua kepingan logam atau lebih dengan kaedah mencairkan dan meleburkan permukaan logam yang hendak disambung. Penyambungan yang menggunakan kaedah kimpalan akan menghasilkan sambungan yang kuat, kukuh, dan tahan lama. Kimpalan arka logam berperisai (SMAW) Kaedah ini menggunakan arus elektrik sebagai sumber utama untuk menghasilkan haba yang tinggi bagi meleburkan logam penyambung dan digunakan bersama dengan elektrod sebagai bahan tambah untuk menyambung antara dua logam secara peleburan. Peralatan kimpalan arka : 1. Mesin kimpalan – untuk menyesuaikan arus yang tinggi dan voltan yang rendah. 2. Pemegang elektrod – untuk memegang elektrod semasa proses mengimpal 3. Elektrod – untuk mengalirkan arus elektrik bagi membentuk arka elektrik. 4. Kabel : i. kabel elektrod – mengalirkan arus elektrik dari mesin kimpal ke pemegang elektrod. ii. kabel bumi – menyambungkan logam asas dengan bekalan kuasa mesin kimpal bagi mengelakkan renjatan elektrik. 5. Alat keselamatan – Pelindung muka, apron kulit, sarung tangan kulit dan kasut keselamatan untuk melindungi badan dari renjatan elektrik, cahaya ultra violet dan percikan arka 6. Alat pembersih - Berus dawai dan tukul serpihan untuk membersihkan kumai. Proses kerja: 1. Letakkan dua plat besi yang hendak disambung di atas meja kerja. 2. Hidupkan suis pada mesin kimpal. 3. Laraskan arus elektrik yang akan digunakan mengikut jenis bahan kerja. 4. Letakkan elektrod pada pemegang elektrod. 5. Seret atau gores hujung elektrod di atas permukaan meja kerja. 6. Mulakan kimpalan dengan “tap” pada setiap hujung plat (elakkan herotan). 7. Arah kimpalan satu arah sahaja 8. Ketuk permukaan jermang dengan tukul penyerpih.
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 186 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN 9. Bersihkan permukaan kumai dengan berus. 10.Hasil kumai penyambungan kimpalan. Kimpalan Arka Logam Gas (GMAW/MIG) Kimpalan ini digunakan secara meluas kerana mudah dikendalikan dan boleh mengimpal ketebalan logam yang pelbagai jenis. Elektrod kimpalan GMAW terdapat dalam bentuk gelungan berbeza dengan elektrod kimpalan arka yang berbentuk rod. Kimpalan ini menggunakan gas seperti helium, argon, dan karbon dioksida dan campuran gas lengai dalam menghasilkan haba yang tinggi untuk meleburkan logam. Peralatan kimpalan arka logam gas: 1.Mesin GMAW/MIG 2.Penyepit bumi 3.Kabel sumpitan kimpalan 4.Tolok tekanan 5.Dawai elektrod 6.Selinder gas Proses kerja: 1. Laraskan pengatur tekanan silinder gas. 2. Sambungkan penyepit bumi pada meja kerja. 3. Letakkan bahan kerja yang telah dibersihkan. 4. Tetapkan kelajuan suapan elektrod, arus, dan voltan elektrik. 5. Masukkan nozel ke dalam anti-spatter gel. 6. Tekan picu nozel untuk keluarkan elektrod. 7. Arah kimpalan satu arah sahaja 8. Masukkan nozel ke dalam antispatter gel setelah siap kerja 9. Tutup injap gas dan lepaskan semua gas yang terperangkap di dalam hos 10. Tutup semua suis dan punca elektrik Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW/TIG) Kimpalan TIG digunakan secara meluas dalam industri kerana kimpalan TIG sesuai untuk mengimpal logam yang pelbagai jenis. Selain keluli karbon, kimpalan TIG juga digunakan untuk mengimpal aluminium, aluminium aloi, keluli kalis karat (stainless steel), dan pelbagai keluli aloi lain. Kimpalan TIG menggunakan elektrod tungsten sebagai punca haba manakala gas argon atau helium atau campuran gas argon dan helium digunakan sebagai gas pelindung. Peralatan kimpalan arka gas tungsten: 1.Mesin kimpalan TIG 2.Kabel sambungan nozel 3.Nozel sumpitan 4.Selinder gas 5.Pedal kawalan kaki 6.Penyepit bumi Proses kerja: 1.Pastikan semua peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan baik dan selamat. 2. Letakkan bahan kerja di atas meja kerja dan disambung dengan kabel.
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 187 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN 3. Laraskan pengatur tekanan pada silinder gas. 4. Tetapkan jenis arus terus (logam keluli) atau ulang-alik (logam aloi) dan voltan yang hendak digunakan (tetapan ini bergantung pada jenis mesin yang digunakan). 5. Lakukan proses kimpalan sehingga selesai. 6. Tutup injap gas dan pastikan tiada gas yang tertinggal di dalam nozel. 7. Tutup suis mesin Perekat Proses menyambung dua komponen atau lebih menggunakan permukaan sebagai medium untuk mengikat. Digunakan pada pelbagai jenis bahan seperti logam, kulit, kayu, getah, dan kertas. Boleh menyambungkan antara bahan yang berlainan jenis. Kelemahan perekat mengambil masa yang lama untuk kering, suhu terhad, serta mengandungi bahan pelarut yang mudah terbakar dan beracun. Rajah 5.3.3 Jenis-jenis Perekat 5.3.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Kerja Kimpalan: 1.Menggunakan sarung tangan kulit semasa kerja mengimpal. 2. Memakai pelindung muka/PPE yang khusus untuk kerja kimpalan. 3. Pastikan kabel elektrik kutub positif dan negatif berada dalam keadaan baik. 4. Elakkan renjatan elektrik. 5. Pastikan kawasan meja kerja berada dalam keadaan kemas dan tersusun. 6. Sentiasa fokus semasa melakukan kerja mengimpal. 7. Pastikan semua suis ditutup selepas selesai membuat kimpalan. 8. Bersihkan semua kawasan kerja dan susun peralatan, kabel, dan elektrod dengan teratur Merivet: 1.Gunakan alat perlindungan diri seperti sarung tangan, kasut keselamatan, pelindung mata, dan baju bengkel. 2. Pastikan permukaan plat yang hendak dirivet tiada bucu tajam. 3. Pastikan dua komponen yang hendak dibuat lubang diikat dengan ragum. 4. Gunakan gerudi dengan berhati-hati semasa membuat lubang. 5. Semasa merivet, pastikan komponen yang hendak disambungkan tidak bergerak. 6. Buang bahagian pin rivet yang terdapat di dalam alat perivet. 76. Bersihkan dan kemaskan tempat kerja setelah selesai.
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 188 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN 5.4.1 PEMBENTUKAN BAHAN Pembentukan bahan merupakan satu proses membentuk bahan menjadi produk akhir yang berfungsi bagi kegunaan tertentu. (a) Tempa Tempa ialah proses pembentukan bahan logam dengan mengenakan daya tekanan dan mampatan untuk menghasilkan produk akhir. Benda kerja dihentak dengan penukul atau ditekan dengan die atau mesin tempa secara tahap demi tahap sehingga terhasil bentuk yang diinginkan. Penempaan dikelaskan mengikut kelajuan pembentukan bahan kerja sama ada dilakukan secara cepat menggunakan forging hammer dan drop hammer atau secara lambat menggunakan penekan tempaan forging press. Proses tempa: 1. Penempaan die terbuka - bahan kerja diletakkan di antara dua die rata dan ketinggian dikurangkan melalui proses mampatan. - digunakan untuk produk yang berukuran besar dengan pengeluaran yang rendah. 2. Penempaan die tertutup - menggunakan sepasang die yang mempunyai bentuk benda kerja yang diinginkan. - Benda kerja akan dimampatkan mengikut bentuk rongga die. - Proses ini diaplikasikan untuk benda kerja bersaiz kecil
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 189 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN (b) Tuangan Tuangan merupakan satu proses pembentukan apabila logam dipanaskan sehingga lebur dan kemudian dituangkan ke dalam acuan. Logam kemudiannya dibiarkan memejal melalui penyejukan dan kemudian dikeluarkan untuk dibersihkan atau perlu dimesin semula untuk membentuk produk akhir Tuangan pasir Tuangan pasir merupakan satu teknik menghasilkan produk apabila logam dicairkan di dalam tungku peleburan dan kemudian dituang ke dalam rongga acuan. Kelebihan tuangan pasir ini ialah kos acuan yang murah serta sesuai bagi menghasilkan produk tuangan pelbagai bentuk dan saiz bagi hampir semua logam seperti aluminium, tembaga, dan besi tuang. Jadual 5.4.1 Kegunaan peralatan tuangan pasir Tuangan die Merupakan satu proses menghasilkan produk dengan cara menyuntik logam lebur pada tekanan tinggi. Logam lebur disuntik ke dalam acuan keluli yang dikenali sebagai die. Tekanan tinggi yang dihasilkan di dalam tuangan ini menghasilkan produk yang berbentuk rumit, kukuh, dan mempunyai kemasan permukaan yang licin.
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 190 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Tuangan lilin Tuangan lilin juga dikenali sebagai tuangan lilin hilang (lost wax/investment). Menghasilkan bentuk produk yang sukar dan rumit. Produk tuangan lilin dihasilkan daripada bahan peleburan seperti aloi dan logam termasuk aluminium, keluli tahan karat, keluli karbon, tembaga, dan gangsa. Menggunakan corak acuan yang diperbuat daripada bahan lilin seperti acrawax dan paraffin untuk menghasilkan rongga acuan. Corak acuan juga disalut dengan bahan penyalut tahan panas seperti seramik untuk menghasilkan permukaan yang licin pada bahagian dalam dinding acuan. Produk yang dihasilkan memiliki ketepatan dimensi yang lebih tinggi . Kemasan permukaan produk lebih baik dan kos pembuatan yang murah. (c) Acuan Proses pengacuanan ialah proses membentuk bahan mentah cair dengan menggunakan blok berongga yang dikenali sebagai acuan (mold). Rongga yang terdapat pada acuan ini lazimnya menyerupai bentuk sebenar produk yang ingin dihasilkan. Antara bahan mentah yang sering digunakan bagi proses pengacuanan ini termasuklah plastik, kaca, logam, dan bahan mentah seramik. Jadual 5.4.2 Jenis acuan dan produk yang dihasilkan (d) Lipatan Lipatan logam merupakan salah satu teknik kerja logam yang menggabungkan beberapa teknik pembentukan untuk membentuk satu produk. Lembaran logam disepuh lindap dan dilipat, kemudian ditempa berulang kali dan dibentangkan dan dilipat semula. Umumnya, teknik ini digunakan untuk menghasilkan produk berbentuk tiga dimensi (e) Bengkokan Kaedah ini merupakan satu proses membentuk kepingan logam dengan cara membengkokkan bahan mengikut bentuk die. Antara bentuk die yang sering digunakan termasuklah L, U, V, W, dan Z. Terdapat dua alat yang penting dalam proses pembengkokan, iaitu penekan (punch) dan die. Ukuran saiz penekan dikecilkan sebanyak dua kali ketebalan logam yang digunakan. Saiz die dibuat mengikut saiz produk tetapi dibesarkan ukurannya sebanyak dua kali ketebalan kepingan logam yang digunakan.
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 191 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN 5.4.2 LANGKAH PEMBENTUKAN BAHAN (a) Proses Tuangan Pasir
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 192 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 193 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 194 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Rajah 5.4.2 Proses menghasilkan produk dengan kaedah tuangan pasir TOPIK 6: ASAS KAJIDAYA BAHAN KAJIDAYA BAHAN
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 195 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN (b) Proses Tuangan Die TOPIK 6: ASAS KAJIDAYA BAHAN
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 196 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Rajah 5.4.3 Proses menghasilkan produk dengan kaedah tuangan die
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 197 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN (c) Proses Tuangan Lilin Rajah 5.4.4 Proses menghasilkan produk dengan kaedah tuangan lilin 5.4.3 Pembentukan Produk dalam Revolusi Industri 4.0 Sembilan tonggak Revolusi Industri 4.0: 1.Data Raya 2.Robot Berautonomi 3.Simulasi 4.Pembuatan Bahan Tambah 5.Persepaduan Sistem 6.Keselamatan Siber 7.Pengkomputeran 8.Internet Benda 9.Realiti Terimbuh
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 198 MODUL 5: PROSES PEMBUATAN Pembuatan Bahan Tambah (Additive Manufacturing) Pembuatan bahan tambah adalah istilah standard industri rasmi (ASTM F2792) bagi semua aplikasi teknologi. Pembuatan bahan tambah ditakrifkan sebagai proses menyatukan bahan-bahan untuk membuat objek daripada data model 3D. Pembuatan bahan tambah ini menghasilkan objek secara lapisan demi lapisan yang bertentangan dengan metodologi perkilangan secara subtraktif dan berlaku pembuangan bahan kerja yang berlebihan. Kelebihan Bahan Tambah: 1.Mempercepatkan masa dalam penghasilan produk 2.Lebih fleksibel 3.Menjimatkan masa dalam mereka bentuk prototaip 4.Produk dapat diedarkan kepada pengguna dengan cepat. 5.Penggunaan sumber secara optimum. Pencetakan 3D Pencetakan 3D ini mula diperkenalkan pada tahun 1980 bertujuan untuk pembinaan prototaip dan pemodelan yang dikenali sebagai konsep Rapid Prototyping (RP) oleh Dr. Kodama Rajah 5.4.5 Prinsip Permodelan Pengendapan Fius
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 199 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengukuran ? ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… 2. …………………………….merujuk kepada kerja-kerja membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin. 3. Senaraikan 5 alatan untuk pengukuran. i. …………………………………………… ii. ……………………………………………. iii. ……………………………………………. iv. ……………………………………………. 4. Senaraikan 3 alatan penandaan i. ………………………………………………………………. ii. ………………………………………………………………. iii. ………………………………………………………………. Rajah 1 5. Apakah 3 kegunaan pembaris keluli? i. ……………………………………………………………….. ii. ……………………………………………………………….. iii. ………………………………………………………………..
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 200 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL Rajah 2 6. Apakah 2 kegunaan Jangka sudut vernier? i. ……………………………………………………………….. ii. ……………………………………………………………….. Rajah 3 7. Lengkapkan bacaan pada Rajah 3; i. Bacaan pada skala utama = ………………………………… ii. Bacaan pada skala vernier = ………………………………… iii. Bacaan akhir = ………………………………… 8. Nyatakan 3 pengukuran tepat yang boleh dilakukan oleh angkup vernier. i. …………………………………………………………………………………………………… ii. …………………………………………………………………………………………………… iii. ..…………………………………………………………………………………………………. 9. Senaraikan 4 bahagian utama pada angkup vernier i. ……………………………………………… iii. ……………………………………………… ii. ……………………………………………… iv. ……………………………………………… 60 15
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 201 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 10. Langkah untuk buat bacaan pada angkup vernier i. …………………………………………………………………………………………………… ii. …………………………………………………………………………………………………… iii. ………………………………………………..…………………………………………………. iv. ………………………………………………..…………………………………………………. 11. Nyatakan fungsi setiap bahagian di bawah : Rahang dalam : ……………………………………………………………………………………. Rahang luar : ……………………………………………………………………………………. Skru pengunci : ……………………………………………………………………………………. Bilah : ……………………………………………………………………………………. 12. Lengkapkan bahagian mikrometer pada ruang yang disediakan dalam Rajah 4. Rajah 3
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 202 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 13. Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada angkup vernier pada kejituan 0.02 mm Rajah 4 Tentukan bacaan angkup vernier itu. Skala utama : …………………… Skala vernier : …………………… Bacaan akhir : ……………………. 14. Rajah 5 menunjukkan sebahagian mikrometer. Rajah 5 Tandakan ( √ ) untuk dua prinsip membaca mikrometer yang betul pada petak yang disediakan. Satu pusingan lengkap bidal bersamaan dengan 0.5 mm pada senggatan bawah Dua pusingan lengkap bidal bersamaan dengan 0.5 mm pada senggatan bawah Satu pusingan lengkap bidal bersamaan dengan 1.0 mm pada senggatan atas Dua pusingan lengkap bidal bersamaan dengan 1.0 mm pada senggatan atas
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 203 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 15. Nyatakan kegunaan mengikut jenis mikrometer; Mikrometer luar : …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. Mikrometer dalam : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Mikrometer tolok dalam : …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. 16. Berapakah bacaan paling kecil yang boleh dibaca oleh mikrometer? ……………………………………….. 17. Senaraikan 4 fungsi sesiku L i. ………………………………………………………………………………………………….. ii. …………………………………………………………………………………………………… iii. …………………………………………………………………………………………………… iv. …………………………………………………………………………………………………… 18. Senaraikan 5 alatan tangan yang digunakan untuk memotong. i. ……………………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………………… iii. ……………………………………………………………………… iv. ……………………………………………………………………… v. ………………………………………………………………………
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 204 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 19. Nyatakan 3 kegunaan kikir. i. …………………………………………………………………………………. ii. …………………………………………………………………………………. iii. …………………………………………………………………………………. 20. Senaraikan 6 jenis kikir i. …………………………………………………iv…………………………………………………… ii. ………………………………………………… v…………………………………………………… iii. ……………………………………………….. vi ………………………………………………….. 21. Senaraikan 4 jenis pahat i. ……………………………………………… iii…………………………………………………… ii. …………………………………………….. iv. ………………………………………………… 22. Gunting berfungsi memotong secara membahagi. Nyatakan 2 jenis gunting untuk memotong logam. i. ……………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………… 23. Kerja-kerja pemotongan logam memerlukan beberapa jenis mesin bagi membantu proses pembuatan atau menghasilkan produk. Senaraikan 4 mesin tersebut; i. …………………………………………….. iii. ………………………………………………… ii. …………………………………………….. iv. ………………………………………………… 24. Nyatakan 2 kegunaan mesin gerudi. i. ………………………………………………………………. ii. ……………………………………………………………….
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 205 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 25. Mesin larik digunakan untuk; ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… 26. Mesin pengisar melakukan pelbagai kerja mengisar seperti ; i. ………………………………………………………………………………. ii. ………………………………………………………………………………. iii. ………………………………………………………………………………. iv. ………………………………………………………………………………. v. ………………………………………………………………………………. vi. ………………………………………………………………………………. 27. Senaraikan 4 jenis mesin pencanai i. …………………………………………………………… ii. …………………………………………………………….. iii. …………………………………………………………… iv. ……………………………………………………………. 28. Computer Numerical Control (CNC) mampu menghasilkan produk yang ; ………………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………………….. 29. Mesin Elektro Nyahcas atau Electrical Discharge Machine paling sesuai digunakan untuk ; …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………..
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 206 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 30. Terangkan prinsip yang digunakan oleh mesin pemotong plasma …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. 31. Terangkan prinsip yang digunakan oleh mesin pemotong laser? ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… 32. Senaraikan 6 bahagian utama mesin gerudi i. ………………………………………………… iv. ………………………………………………… ii. ………………………………………………… v. ……………………………………………….. iii. …………………………………………………. vi. ……………………………………………….. 33. Senaraikan 6 bahagian utama mesin kisar i. ………………………………………………….iv. ………………………………………………… ii. …………………………………………………v. ………………………………………………… iii. ……………………………………………….. vi. …………………………………………………. 34. Senaraikan 6 bahagian mesin larik. i. ……………………………………………… iv. …………………………………………………. ii. ……………………………………………….v. ………………………………………………….. iii. ……………………………………………….vi. ………………………………………………….. 35. Senaraikan 6 bahagian mesin canai i. ………………………………………………iv. …………………………………………………… ii. ………………………………………………v. …………………………………………………… iii. ………………………………………………vi. ……………………………………………………
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 207 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 36. Terangkan prosedur operasi standard penggunaan mesin canai meja semasa proses mencanai berlaku. i. ……………………………………………………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………………………………………………… iii. ……………………………………………………………………………………………………… iv. ……………………………………………………………………………………………………… v. ……………………………………………………………………………………………………… 37. Terangkan prosedur operasi standard penggunaan mesin gerudi meja selepas proses menggerudi berlaku. i. ……………………………………………………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………………………………………………… iii. ……………………………………………………………………………………………………… iv. ……………………………………………………………………………………………………… v. ……………………………………………………………………………………………………… 38. Nyatakan kategori jenis sambungan. i. ……………………………………………………………………………………….. ii. ………………………………………………………………………………………... 39. Senaraikan 3 jenis penyambungan yang anda telah pelajari. i. ………………………………………………………………. ii. ……………………………………………………………….. iii. ……………………………………………………………….. 40. Senaraikan 5 jenis bolt i. ……………………………………….…. iv. ……………………………………………… ii. …………………………………………… v. ……………………………………………… iii. …………………………………………… 41. Senaraikan 5 jenis nat i. …………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………. iii. …………………………………………………………….
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 208 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 42. Apakah fungsi sesendal? ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… 43. Senaraikan 4 jenis sesendal. i. …………………………………………………… ii. …………………………………………………… iii. …………………………………………………… 44. Senaraikan 2 jenis stad. i. …………………………………………………… ii. …………………………………………………… 45. Senaraikan 5 jenis skru. i. ………………………………………………… ii. …………………………………………………. iii. …………………………………………………. iv. …………………………………………………. v. …………………………………………………. 46. Bilakah rivet akan digunakan? ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… 47. Senaraikan 5 jenis rivet. i. ………………………………………………… iv. ……………………………………………… ii. …………………………………………………..v. …………………………………………….. iii. ………………………………………………….
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 209 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 48. Jelaskan proses kerja merivet pop. …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… 49. Apakah kimpalan? ………………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………………….. 50. Senaraikan 4 jenis kimpalan. i. ………………………………………………iii. ……………………………………………… ii. ……………………………………………...iv. ……………………………………………… 51. Di manakah kimpalan arka logam berperisai ( Shield Metal Arc Welding – SMAW ) digunakan? ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… 52. Huraikan prinsip sambungan bagi kimpalan arka. i. ………………………………………………………………………………………………………… ii. ………………………………………………………………………………………………………… iii. ………………………………………………………………………………………………………… iv. ………………………………………………………………………………………………………… v. ………………………………………………………………………………………………………… vi. ………………………………………………………………………………………………………… vii. ………………………………………………………………………………………………………… 53. Senaraikan 5 jenis peralatan kimpalan arka yang telah dipelajari. i. ……………………………………………Iv. ……………………………………………… ii. …………………………………………… v. ……………………………………………… iii. ……………………………………………
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 210 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 54. Nyatakan 3 jenis perekat. i. ………………………………………………………………… ii. ………………………………………………………………… iii. ………………………………………………………………… 55. Huraikan proses kerja Kimpalan Arka Logam Berperisai (SMAW) i. ……………………………………………………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………………………………………………… iii. ……………………………………………………………………………………………………… iv. …………………………………………………………………………………………………….. v. ……………………………………………………………………………………………………… vi. ……………………………………………………………………………………………………… vii. …………………………………………………………………………………………………….. viii. …………………………………………………………………………………………………….. ix. …………………………………………………………………………………………………….. x. ……………………………………………………………………………………………………. 56. Di manakah Kimpalan Arka Logam Gas ( Gas Metal Arc Welding – GMAW/MIG) digunakan? ……………………………………………………………………………………………………………… 57. Terangkan prinsip GMAW/MIG. i. ……………………………………………………………………………………………………… ii. ……………………………………………………………………………………………………… iii. ……………………………………………………………………………………………………… iv. ………………………………………………………………………………………………………. v. ………………………………………………………………………………………………………
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 211 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 58. Senaraikan peralatan lengkap untuk kimpalan GMAW/MIG. i. …………………………………………………………………………. ii. ………………………………………………………………………… iii. ………………………………………………………………………… iv. ………………………………………………………………………… v. ………………………………………………………………………… 59. Terangkan prinsip Kimpalan Arka Gas Tungsten ( Gas Tungsten Arc Welding - GTAW/ Tungsten Inert Gas - TIG) i. ……………………………………………………………………………………………………… ii. …………………………………………………………………………………………………….. iii. …………………………………………………………………………………………………….. iv. …………………………………………………………………………………………………….. v. ……………………………………………………………………………………………………. vi. ……………………………………………………………………………………………………. 60. Senaraikan peralatan GTAW/TIG. i. ………………………………………………iv. …………………………………………………… ii. ……………………………………………… v. …………………………………………………… iii. ………………………………………………vi. …………………………………………………… 61. Huraikan proses kerja GTAW/TIG i. ………………………………………………………………………………………………………… ii. ………………………………………………………………………………………………………… iii. ………………………………………………………………………………………………………… iv. ……………………………………………………………………………………………………….. v. ……………………………………………………………………………………………………….. vi. ……………………………………………………………………………………………………….. vii. …………………………………………………………………………………………………………
BPLTV_KPM MPET_PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL 212 MODUL 5: SOALAN TOPIKAL 62. Nyatakan perbezaan antara Kimpalan Arka, Kimpalan GMAW/MIG dan Kimpalan GTAW/TIG Perbezaan Kimpalan Kimpalan Arka Kimpalan GMAW / MIG Kimpalan GTAW/TIG 63. Terangkan Langkah-langkah keselamatan bagi kerja kimpalan. i. ………………………………………………………………………………………………………… ii. ………………………………………………………………………………………………………… iii. ………………………………………………………………………………………………………… iv. ………………………………………………………………………………………………………… v. ………………………………………………………………………………………………………... vi. ………………………………………………………………………………………………………… vii. ………………………………………………………………………………………………………… viii. …………………………………………………………………………………………………………