The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by barizahnazri, 2022-01-12 01:18:30

E-majalah Kumpulan 1 (2)

E-majalah Kumpulan 1 (2)

NATNALEK NASIRAW | AYADUB ARTIC EDISI COVID- 19 | ISSUE NO. 16 | RM4.99

JelajahKKEELELEADADININSSTTIIAANN

KELANTAN

NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG

TINTA EDITOR

PENASIHAT Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi dengan
limpah kurniNya. Majalah Jelajah edisi ke 20-
DR. MARZALINA yang menjadi kebanggaan warga Universiti
BINTI MANSOR Utara Malaysia (UUM) dapat diterbitkan.
Sekalung tahniah dan penghargaan saya
EDITOR ucapkan atas usaha semua yang terlibat dalam
penghasilan majalah ini walaupun berdepan
NUR BARIZAH BINTI dengan pelbagai masalah. Majalah Jelajah ini
MOHD NAZRI menjadi satu medium untuk menyampaikan

dan berkongsi dengan seluruh warga UUM di
samping menyedarkan kepada pembaca
ALI IMRAN BIN tentang sesuatu keindahan yang terdapat di
MOHAMAD YUSOF negeri Kelantan Darul Naim.

PEREKA Mungkin antara kita masih ada yang tidak
GRAFIK berpeluang untuk menjejakkan kaki dan
menyelusuri keindahan yang terdapat di negeri
WAN NUR ZULAIKA Kelantan yang mempunyai unsur-unsur
BINTI WAN MOHAMAD budaya Melayu asli yang masih kekal sehingga
kini serta beberapa kawasan yang menarik
ZURAIDI untuk dilawati.

PENULIS Akhir kata, pihak kami mengucapkan selamat

MUHAMAD FAZRI ILHAM maju jaya dan marilah kita sama-sama menjaga
dan memartabatkan nama Universiti
BIN ROSLAN Pengurusan ini ke persada dunia.

Sesungguhnya, segala yang baik itu datang dari
kelemahan kami sendiri.
NURIN NAJIHAH BINTI Sekian, terima kasih.
AHMAD NUBLI



SITI AISYAH BINTI
AB RAPOR

BENDERA RASMI
NEGERI KELANTAN

LAGU RASMI
"SELAMAT SULTAN"

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan

Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan

KELANTAN

DARUL NAIM

LATAR BELAKANG

Oleh: Siti Aisyah binti Ab Rapor Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang kaya dengan
pelbagai tarikan. Nama Kelantan diambil daripada
perkataan "kilatan" atau "kelam hutan" atau "gelam hutan"
(Melaleuca Leucadendron).Negeri ini juga merupakan
negeri yang tertua di Semenanjung Malaysia dan
dipercayai telah diduduki sejak zaman prasejarah lagi.
Pemerintah pertama ialah raja perempuan pertama yang
bergelar "Seri Maharaja Puteri" iaitu Cik Siti Wan Kembang
dan diikuti oleh Puteri Saadung yang merupakan anak
angkat kepada Cik Siti Wan Kembang.

TARIKAN DI KELANTAN EX

Kelantan mempunyai pelbagai tarikan dan keunikan
yang tersendiri. Kelantan juga sesuai dijadikan
sebagai tempat pelancongan kerana mempunyai
pelbagai tempat yang menarik iaitu bangunan ikonik,
air terjun, pantai, tasik, muzium, tempat bersejarah,
masjid, pusat beli belah,kebudayaan dan juga kraf.
Pelancong yang ingin datang ke negeri Kelantan ini
boleh melawat tempat-tempat tersebut sebagai
pengisian aktiviti sepanjang berada di negeri
Kelantan.

Keolbagaian tempat yang menarik di Kelantan ini
telah menarik minat pelancong-pelancong datang ke
negeri berkenaan. Majoriti tempat-tempat menarik di
Kelantan ini lebih terarah kepada aktiviti menikmati
keindahan alam semulajadi seperti di air terjun, hutan
rimba dan juga aktiviti rekreasi yang terdapat di
beberapa pusat peranginan yang menarik di Kelantan.

Bagi mereka yang baru pertama kali datang ke
Kelantan sudah pasti tidak akan tertinggal untuk
berkunjung di Pasar Siti Kjhadijah yang terletak di
tengah-tengah bandar Kota Bharu. Destinasi pasar
basah dan kering ini menjanjikan pelbagai produk
menarik untuk dibeli serta sesuai untuk dijadikan buah
tangan kepada jiran tetangga. Antara kategori
barangan menarik untuk diterokai di sini adalah
pakaian-pakaian, kain wanita, kain ela, alatan untuk
solat, barang kraftangan, perkakasan hantaran
perkahwinan dan sebagainya.

Kelantan juga merupakan negeri yang kaya dengan
kepelbagaian tempat yang semulajadi seperti
pantai. Tempat ini sesuai dilawati semasa
berkunjung di negeri tersebut. Pantai yang diberi
nama Pulau Nami merupakan tempat yang cantik
dan sesuai untuk dijadikan tempat bersantai dan
lepak ketika waktu petang, Pantai ini dipanggil
sebagai Pulau Nami kerana berkonsepkan tempat di
Korea yang memperlihatkan susunan pokok Rhu
yang tumbuh meninggi dan sangat redup. Selain
meenjadi tempat bersantai pantai ini juga sangat
menarik untuk anda merakam gambar bersama
keluarga.

Pantai Pulau Nami ini juga sering menjadi lokasi
buat mereka yang ingin merakam gambar
perkahwinan dan sebagainya kerana kawasannya
yang mempunyai pandangan tepi pantainya yang
agak berteluk dan berbatu selain menampakkan
rumah api serta laut biru terbentang luas yang
indah.

KELANTAN
NEGERI

SERAMBI
MEKAH

Kelantan juga sememangnya telah sinonim dengan
identiti pentadbiran Islam hingga digelar sebagai
negeri Serambi Mekah. Terdapat beberapa masjid di
Kelantan yang sering menjadi kunjungan pelancong
kerana mempunyai binaan yang menarik dan unik.
Antaranya ialah masjid Beijing yang terletak di
Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini berkonsepkan
senibina Cina yang pertama telah dibina di
Malaysia. Dengan adanya Masjid Beijing ini
masyarakat bukan islam juga dapat mengetahui
tentang agama islam yang bersifat menyeluruh
iaitu Islam adalah milik semua kaum.

EX

ARTIKEL

CIK SITI WAN beliau membina sebuah taman bunga
KEMBANG sebagai tempat bermain dan bersuka ria
yang dinamakan Taman Serendah Sekebun
OLEH NUR BARIZAH MOHD NAZRI Bunga Cerang Tegayong. Apabila nama Cik
Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya
yang mendiami Gunung Ayam membawa
pelbagai persembahan untuk beliau. Antara
persembahan itu ialah seekor anak kijang
cantik. Kerana terlalu sayangkan kijang itu,
Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang
kijang pada wang emas negeri selain
diabadikan pada sebahagian lambang
kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah KECANTIKAN & KEPERAWANAN
Kelantan dari keturunan Iskandar Shah ialah Cik Wan Kembang, yang
diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad. Gelaran 'Siti' diberikan seorang Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan
pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan 'Siti'. 'Siti' Kembang tidak bersuami walaupun ramai
adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua yang ingin meminangnya. Cik Siti Wan
orang ramai. Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut Kembang tidak mempunyai hasrat untuk
digelar sebagai 'Paduka Cik Siti'. bersuami. Keadaan itu membuatkan Cik Siti
Wan Kembang berasa kesunyian. Apabila
SEJARAH PEMERINTAHAN melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja
Loyor), timbul hasrat mengambil puteri itu
Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang bermula pada tahun 1610. sebagai anak angkatnya. Puteri Saadong
Beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin. akhirnya dijaga oleh Cik Siti Wan Kembang.
Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, yang kini dikenali sebagai Puteri Saadong sangat cantik dan digelar
Gunung Chintawangsa. Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan
dalam memerintah. Beliau merancang membina sebuah kota pentadbiran Puteri Saadong itu sampai kepada
baru. Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. pengetahuan maharaja Siam yang
Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi menghantar utusan meminangnya tetapi
pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong. Di kota ditolak Cik Siti Wan Kembang. Menyedari
pentadbiran baru itu, Raja Siam akan menimbulkan masalah
berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti
Wan Kembang mengahwinkan Puteri
Saadong dengan Raja Abdullah
sebelum
dimahkotakan di Kota
Tegayong dan
kemudian berpindah
ke Kota Jelasin di Kota
Mahligai. Sejarah Cik
Siti Wan Kembang
berakhir apabila beliau
melantik Raja Abdullah
dan Puteri Saadong
sebagai pemerintah
Kelantan.

Banjir

FENOMENA ALAM MUSIM TENGKUJUH

BERITA SEMASA BENCANA TAHUNAN

FENOMENA ALAM
MUSIM TENGKUJUH

OLEH NURIN NAJIHAH AHMAD NUBLI

Fenomena banjir sudah menjadi lumrah alam Bencana banjir ini sering melanda di beberapa
yang perlu ditempuhi setiap tahun oleh daerah negeri Kelantan seperti daerah Pasir Mas,
masyarakat di negeri Kelantan. Memasuki Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai,
musim ‘tengkujuh’ yang sering terjadi pada Kota Bharu, Tumpat, Jeli dan Bachok.
hujung tahun di negeri Kelantan sudah
menyiapkan masyarakat di negeri Kelantan Kejadian 'Bah Kuning' pada tahun 2014
untuk bersiap sedia menghadapi bencana merupakan salah satu bencana banjir yang
banjir. paling teruk dalam sejarah negara. Jumlah
Sejak sekian lama, negeri Kelantan telah mangsa yang dipindahkan di Kelantan
menghadapi bencana banjir ini. Hal ini mencecah 170,000 orang daripada lebih kurang
berpunca daripada hasil semula jadi kitaran 36,000 buah keluarga yang ditempatkan dalam
monsun semasa tempatan musim hujan 309 buah tempat pelindungan melibatkan lapan
tropika yang dicirikan oleh hujan lebat dan daerah. Jajahan Kota Baharu mencatatkan
kerap dari sekitar bulan Oktober hingga Mac. angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang,
Apabila memasuki musim monsun negeri- Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai
negeri di Pantai Timur akan menerima taburan (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289),
hujan yang tinggi iaitu antara 300 hingga 650 Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192)
milimeter (mm) sebulan berbanding bulan
biasa hanya 200mm hingga 300mm.

"Banjir berpunca daripada hasil
semula jadi kitaran monsun
semasa tempatan msum hujan
tropika yang dicirikan oleh hujan
lebat dan kerap dari sekitar bulan
Oktober hingga Mac"

WIKIPEDIA

Menurut portal info Bencana Jabatan Selain itu, tempat tumpuan pelancongan di
Kebajikan Masyarakat (JKM) pada hujung daerah Kota Bharu juga terjejas pada awal
tahun 2021, mangsa banjir melibatkan tahun 2022 seperti di Tambatan Diraja yang
3,661 mangsa sehinggalah ke awal tahun merupakan salah satu lokasi tumpuan
2022. pelancongan di daerah Kota Bharu apabila
paras air Sungai Kelantan yang berada pada
Kejadian bencana banjir yang melanda paras bahaya iaitu 25.23 meter.
setiap tahun ini telah menjejaskan aktiviti
harian masyarakat termasuklah aktiviti Namun begitu, bermula 2 Januari 2022,
pelancongan. mangsa banjir semakin berkurang dan dapat
kembali ke rumah masing-masing.
Misalnya, tempat tumpuan pelancongan
seperti Rantau Panjang di daerah Pasir Sektor pelancongan yang terjejas juga akan
Mas yang sering ditimpa bencana banjir dibaik pulih untuk memulihkan kembali bagi
telah terjejas dari segi perniagaan kerana lawatan pelancongan.
premis perniagaan mereka dimasuki air
banjir akibat daripada peningkatan paras
Sungai Golok. Bencana banjir ini telah
mengakibatkan kehilangan nyawa dan
juga kemusnahan harta benda.

BERITA TERKINI

DIKIR BARAT DIPOPULARKAN
KELATE KITO OLEH:

FENDI KENALI

Sebut kato negeri kelate Kalu hajat nk beli belah
Tanoh srendoh sekebun bungo Mari pasa siti khadijah
Tempat molek serta come Wakaf che yeh terkenal sudoh
Penuh denga seni budaya Tempat pusat barange muroh
Tempat molek serta come Wakaf che yeh terkenal sudoh
Penuh denga seni budaya Tempat pusat barange muroh

Slapit teri dan waye gamba Bila mana pelancong mari
Dikir barat mokyong menoro Sambut dengan rebana ubi
Rakyat hidup bersuko hila Rama bena pelancong puji
Bawah naungan duli yang mulia Negeri kelate comel sengoti
Rakyat hidup bersuko hila Rama bena pelancong puji
Bawah naungan duli yang mulia Negeri kelate comel sengoti

Bila mana pelancong mari Ado jere dan ado pata
Sambut dengan rebana ubi Ado tepat nk suko rio
Rama bena pelancong puji Rata panje pak bebas cukai
Negeri kelate comel sengoti Ado blako serbo mokniko
Rama bena pelancong puji Rata panje pak bebas cukai
Negeri kelate comel sengoti Ado blako serbo mokniko

'AKU ANAK
KELANTAN'

Aku anak Kelantan
Anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang
Cucu cicit Tok Kenali dan Tok Janggut
Pewaris salasilah keturunan pahlawan.

Aku anak Kelantan
Pantai Cahaya Bulan menjadi sebutan
Rantau Panjang sentiasa dalam ingatan
Pilihan ramai tempat pelancongan.

Aku anak Kelantan
Jauh di mata rindu-rinduan
Kampung halaman sentiasa dikenang
Pulau Suri indah dipandang.

Aku anak Kelantan
Menimba ilmu di tempat orang
Sama-sama jaga kelakuan
Serambi Mekah jangan dilupakan.

HASIL NUKILAN :

ALI IMRAN

PASAR TERAPUNG GAMIT PELANCONG KE

KELANTAN

Pulau Suri tarikan terbaru di negeri Cik Siti Wan Kembang

Oleh Fazri Ilham

Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman membeli-belah
seperti berada di negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di Thailand
maka anda boleh berkunjung ke Pulau Suri yang yang terletak di
Tumpat, Kelantan. Pasar ini terkenal kerana mempunyai deretan bot-
bot kecik yang diletakakan di tepi-tepi sungai malah yang lebih
menarik lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan
serta minuman. Oleh itu, tidak pelik kalau pasar ini dikenali sebagai
pasar terapung atau floating market.

Keunikan pasar terapung di Pulau Suri yang terletak di gugusan pulau Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti termasuk berkayak
di Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu, Kelantan telah menjadi dan menghayati kehidupan penduduk kampung seperti memetik
tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk merasai suasana kelapa menggunakan beruk, pembuatan arang tempurung,
pasar atas air serta pelbagai aktiviti lain. Sejak dibuka pada 2016, mencanting batik serta pembuatan bot nelayan. Pelancong yang
pasar terapung di perkampungan nelayan itu menjadi antara tarikan mahu berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri boleh berbuat
dengan menawarkan pelbagai produk setempat termasuk makanan demikian dengan menaiki bot di Jeti Kok Majid, di Tumpat dengan
enak seperti kerabu, nipah, lokan dan ketam nipah yang segar. tempoh perjalanan kira-kira 40 minit dan jeti Kuala Besar di sini yang
Keunikan yang terdapat di Pulau Suri ialah di mana semua makanan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit.
yang dibawa ini amatlah segar kerana dekat sahaja dengan jeti
perikanan.

Kelantan Floating Market atau Pulau Suri kini dibuka untuk orang
ramai pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi - 3.00 petang.
Pasar Terapung yang pertama di Malaysia ini mempunyai kemudahan
asas yang cukup untuk pengunjung yang datang seperti tandas dan
surau. Pelbagai jualan dan barangan yang berasaskan tradisional
dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang datang
dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional,
pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta
barangan dari jiran yang turut dijual disini.

AIR TERJUN LATA
BERANGIN

Jika datang ke Kelantan, tidak sah kalau tidak menikmati keindahan alam
semulajadi dan sekiranya anda adalah seorang pencinta alam, Air Terjun
Lata Berangin adalah tempat yang sesuai untuk anda. Air Terjun Lata
Berangin ialah terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR
Sungai Pas. Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara
lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang. Ianya terletak kira-kira 18 km dari
Bandar Kuala Krai.

Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi
tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Kolam yang terdapat
dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda. Kawasan Air Terjun
Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara
berkumpulan. Air terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana
angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut.
Menurut pengunjung, udara di kawasan Lata Berangin ini sangat nyaman
dan sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi riadah bersama keluarga.

Anda boleh merancang untuk datang ke sini bersama keluarga dan rakan-
rakan. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini apabila sampai di
daerah Kuala Krai. Di sini juga merupakan tempat yang sangat sesuai bagi
mereka yang ingin merehatkan minda khususnya bagi mereka yang ingin
melepaskan diri daripada bebanan kerja dan tekanan hidup di bandar.

WARUNG ACU TERA

Makan-makan di Kelantan

Makanan juga menjadi tarikan kepada mereka yang pertama kali
datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kedai makan yang
dinamakan 'Acu Tera' ini menjual makanan laut seperti ‘celup tepung’
dan ia dikunjungi oleh ramai orang dan mendapat sambutan hangat
bukan saja dari penduduk setempat tetapi juga luar Kelantan. Gerai ini
beroperasi di Pantai Sabak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra, Pengkalan Chepa.

'Acu Tera' menyediakan pelbagai makanan laut dicelup tepung seperti
udang, ikan, sotong, ketam dan lain-lain. Gerai terletak di tepi pantai
dan pengunjung boleh menikmati hidangan makanan laut yang segar
sambil melihat pantai yang tenang di kawasan tersebut. Menurut
pemilik kedai ini, makanan laut celup tepung di gerai ini adalah
daripada ramuan tepung hasil peninggalan resipi arwah ibu-nya yang
sebelum itu pernah berniaga kedai kopi dan goreng keropok serta jenis
makanan laut. Jafdi tidak hairan lah ia menjadi pilihan ramai tidak kira
dari penduduk sekitar mahupun luar dari Kelantan.

Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, pengunjung boleh datang untuk
menikmati pelbagai jenis makanan laut ini dari pukul 2.00 petang
hingga 10.00 malam dan untuk pengemar makanan laut, Kedai ini
merupakan kedai yang patut anda singgah sekiranya datang ke negeri
Cik Siti Wan Kembang.


Click to View FlipBook Version