PARI-PARI YANG
HILANG SAYAP
OLEH: NUR BARIZAH BINTI MOHD NAZRI
Pada zaman dahulu, ada sepasang
suami isteri yang teruja dengan
kelahiran puteri mereka yang diberi
nama 'Maya'. Mereka menunggu
kelahiran puteri mereka selama 10
tahun. Mereka tinggal di Kayangan
Indera Sari bersama pari-pari yang
lain.
Maya mempunyai sepasang sayap
yang cantik. Kerana kecantikan
sayapnya, Maya menjadi sombong dan
sering membangga diri. Maya sering
membanding-bandingkan sayapnya
dengan sayap pari-pari lain yang
berada di situ.
Ayah Maya tidak menyukai perbuatan Maya yang selalu membanding-
bandingkan dirinya. Maya juga selalu menyuruh pari-pari lain untuk
melakukan kerja. Jika tidak, Maya akan memarahi pari-pari tersebut. Ayah
Maya terdengar Maya memarahi pari-pari lain dan memberi amaran jika
Maya mengulangi perbuatan tersebut, Maya akan kehilangan sayapnya dan
akan dihantar ke bumi.
Suatu hari, Maya telah mengulangi
perbuatannya. Bangun sahaja daripada
tidur, Maya mendapati dirinya berada di
tengah bendang yang panas. Sayapnya
juga telah hilang. Maka, bermulalah
kehidupan Maya di bumi. Maya perlu
membantu lima orang warga tua dan lima
orang kanak-kanak untuk kembali semula ke
kayangan.
Maya ternampak seorang warga tua di tengah
bendang dan mendekati warga tua tersebut.
Maya memberitahu hasratnya untuk
membantu lima orang warga tua dan lima
orang kanak-kanak. Warga tua tersebut
bersetuju dan membenarkan Maya membantu
dirinya melakukan kerja. Maya melakukan
pelbagai jenis pekerjaan di bumi.
Setelah sebulan berada di bumi, Maya
mendapat khabar dari kayangan bahawa dia
boleh kembali ke kayangan. Namun, Maya keliru
kerana sudah mula menyukai kehidupan di bumi.
Sehinggalah Maya berjumpa dengan pari-pari
lelaki yang sudah setahun berada di bumi. Pari-
pari lelaki tersebut perlu membawa
pasangannya balik ke kayangan jika mahu
diterima oleh keluarga di kayangan. Oleh itu,
Maya membuat keputusan untuk mengikuti pari-
pari lelaki tersebut untuk pulang ke kayangan.
Maka, mereka pun pulang ke kayang dan hidup
bahagia di kayangan dan Maya mendapat
kembali sayapnya yang hilang.
Sekian, terima kasih...