NATNALEK NASIRAW | AYADUB ARTIC EDISI COVID- 19 | ISSUE NO. 16 | RM4.99
JelajahKKEELELEADADININSSTTIIAANN
KELANTAN
NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG
PENASIHAT TINTA EDITOR
DR. MARZALINA Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi dengan
BINTI MANSOR limpah kurniNya. Majalah Jelajah edisi ke 20-
yang menjadi kebanggaan warga Universiti Utara
EDITOR Malaysia (UUM) dapat diterbitkan. Sekalung
tahniah dan penghargaan saya ucapkan atas
NUR BARIZAH BINTI usaha semua yang terlibat dalam penghasilan
MOHD NAZRI majalah ini walaupun berdepan dengan pelbagai
masalah. Majalah Jelajah ini menjadi satu
ALI IMRAN BIN medium untuk menyampaikan dan berkongsi
MOHAMAD YUSOF dengan seluruh warga UUM di samping
menyedarkan kepada pembaca tentang sesuatu
PEREKA GRAFIK keindahan yang terdapat di negeri Kelantan
Darul Naim.
WAN NUR ZULAIKA
BINTI WAN MOHAMAD Mungkin antara kita masih ada yang tidak
berpeluang untuk menjejakkan kaki dan
ZURAIDI menyelusuri keindahan yang terdapat di negeri
Kelantan yang mempunyai unsur-unsur budaya
PENULIS Melayu asli yang masih kekal sehingga kini serta
beberapa kawasan yang menarik untuk dilawati.
Akhir kata, pihak kami mengucapkan selamat
maju jaya dan marilah kita sama-sama menjaga
dan memartabatkan nama Universiti Pengurusan
ini ke persada dunia. Sesungguhnya, segala yang
baik itu datang dari kelemahan kami sendiri.
Sekian, terima kasih.
MUHAMAD FAZRI ILHAM BIN ROSLAN
NURIN NAJIHAH BINTI AHMAD NUBLI
SITI AISYAH BINTI AB RAPOR
BENDERA RASMI
NEGERI KELANTAN
LAGU RASMI
"SELAMAT SULTAN"
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
KELANTAN
DARUL NAIM
LATAR BELAKANG
Oleh: Siti Aisyah binti Ab Rapor Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang kaya dengan
pelbagai tarikan. Nama Kelantan diambil daripada
perkataan "kilatan" atau "kelam hutan" atau "gelam hutan"
(Melaleuca Leucadendron).Negeri ini juga merupakan
negeri yang tertua di Semenanjung Malaysia dan
dipercayai telah diduduki sejak zaman prasejarah lagi.
Pemerintah pertama ialah raja perempuan pertama yang
bergelar "Seri Maharaja Puteri" iaitu Cik Siti Wan Kembang
dan diikuti oleh Puteri Saadung yang merupakan anak
angkat kepada Cik Siti Wan Kembang.
TARIKAN DI KELANTAN EX
Kelantan mempunyai pelbagai tarikan dan keunikan
yang tersendiri. Kelantan juga sesuai dijadikan
sebagai tempat pelancongan kerana mempunyai
pelbagai tempat yang menarik iaitu bangunan ikonik,
air terjun, pantai, tasik, muzium, tempat bersejarah,
masjid, pusat beli belah,kebudayaan dan juga kraf.
Pelancong yang ingin datang ke negeri Kelantan ini
boleh melawat tempat-tempat tersebut sebagai
pengisian aktiviti sepanjang berada di negeri
Kelantan.
Keolbagaian tempat yang menarik di Kelantan ini
telah menarik minat pelancong-pelancong datang ke
negeri berkenaan. Majoriti tempat-tempat menarik di
Kelantan ini lebih terarah kepada aktiviti menikmati
keindahan alam semulajadi seperti di air terjun, hutan
rimba dan juga aktiviti rekreasi yang terdapat di
beberapa pusat peranginan yang menarik di Kelantan.
Bagi mereka yang baru pertama kali datang ke
Kelantan sudah pasti tidak akan tertinggal untuk
berkunjung di Pasar Siti Kjhadijah yang terletak di
tengah-tengah bandar Kota Bharu. Destinasi pasar
basah dan kering ini menjanjikan pelbagai produk
menarik untuk dibeli serta sesuai untuk dijadikan buah
tangan kepada jiran tetangga. Antara kategori
barangan menarik untuk diterokai di sini adalah
pakaian-pakaian, kain wanita, kain ela, alatan untuk
solat, barang kraftangan, perkakasan hantaran
perkahwinan dan sebagainya.
Kelantan juga merupakan negeri yang kaya dengan
kepelbagaian tempat yang semulajadi seperti
pantai. Tempat ini sesuai dilawati semasa
berkunjung di negeri tersebut. Pantai yang diberi
nama Pulau Nami merupakan tempat yang cantik
dan sesuai untuk dijadikan tempat bersantai dan
lepak ketika waktu petang, Pantai ini dipanggil
sebagai Pulau Nami kerana berkonsepkan tempat di
Korea yang memperlihatkan susunan pokok Rhu
yang tumbuh meninggi dan sangat redup. Selain
meenjadi tempat bersantai pantai ini juga sangat
menarik untuk anda merakam gambar bersama
keluarga.
Pantai Pulau Nami ini juga sering menjadi lokasi
buat mereka yang ingin merakam gambar
perkahwinan dan sebagainya kerana kawasannya
yang mempunyai pandangan tepi pantainya yang
agak berteluk dan berbatu selain menampakkan
rumah api serta laut biru terbentang luas yang
indah.
KELANTAN
NEGERI
SERAMBI
MEKAH
Kelantan juga sememangnya telah sinonim dengan
identiti pentadbiran Islam hingga digelar sebagai
negeri Serambi Mekah. Terdapat beberapa masjid di
Kelantan yang sering menjadi kunjungan pelancong
kerana mempunyai binaan yang menarik dan unik.
Antaranya ialah masjid Beijing yang terletak di
Rantau Panjang, Kelantan. Masjid ini berkonsepkan
senibina Cina yang pertama telah dibina di
Malaysia. Dengan adanya Masjid Beijing ini
masyarakat bukan islam juga dapat mengetahui
tentang agama islam yang bersifat menyeluruh
iaitu Islam adalah milik semua kaum.
EX
ARTIKEL
CIK SITI WAN KEMBANG
OLEH NUR BARIZAH MOHD NAZRI
SEJARAH PEMERINTAHAN KECANTIKAN & KEPERAWANAN
Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang bermula pada Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami
tahun 1610. Beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan walaupun ramai yang ingin
menggantikan Sultan Hussin. Beliau bersemayam di Gunung meminangnya. Cik Siti Wan Kembang
Dang Besar, yang kini dikenali sebagai Gunung Chintawangsa. tidak mempunyai hasrat untuk
Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah dalam bersuami. Keadaan itu membuatkan
memerintah. Beliau merancang membina sebuah kota Cik Siti Wan Kembang berasa
pentadbiran baru. Beliau membuat keputusan meninggalkan kesunyian. Apabila melihat Puteri
Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, Saadong, (Puteri Raja Loyor), timbul
beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, hasrat mengambil puteri itu sebagai
beliau membuka Kota Tegayong. Di kota pentadbiran baru itu, anak angkatnya. Puteri Saadong
beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain akhirnya dijaga oleh Cik Siti Wan
dan bersuka ria yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Kembang. Puteri Saadong sangat cantik
Bunga Cerang Tegayong. Apabila nama Cik Siti Wan Kembang dan digelar Puteri Wijaya Mala. Perihal
mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam kecantikan Puteri Saadong itu sampai
membawa pelbagai persembahan untuk beliau. Antara kepada pengetahuan maharaja Siam
persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik. Kerana terlalu yang menghantar utusan meminangnya
sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.
lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada Menyedari Raja Siam akan
sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini. menimbulkan masalah berikutan
penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan
Kembang mengahwinkan Puteri
Saadong dengan Raja Abdullah
sebelum
dimahkotakan di Kota
Tegayong dan
kemudian berpindah
ke Kota Jelasin di Kota
Mahligai. Sejarah Cik
Siti Wan Kembang
berakhir apabila beliau
melantik Raja Abdullah
dan Puteri Saadong
sebagai pemerintah
Kelantan.
Banjir
FENOMENA ALAM MUSIM TENGKUJUH
BERITA SEMASA BENCANA TAHUNAN
FENOMENA ALAM
MUSIM TENGKUJUH
OLEH NURIN NAJIHAH AHMAD NUBLI
Fenomena banjir sudah menjadi lumrah alam Bencana banjir ini sering melanda di beberapa
yang perlu ditempuhi setiap tahun oleh daerah negeri Kelantan seperti daerah Pasir Mas,
masyarakat di negeri Kelantan. Memasuki Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai,
musim ‘tengkujuh’ yang sering terjadi pada Kota Bharu, Tumpat, Jeli dan Bachok.
hujung tahun di negeri Kelantan sudah
menyiapkan masyarakat di negeri Kelantan Kejadian 'Bah Kuning' pada tahun 2014
untuk bersiap sedia menghadapi bencana merupakan salah satu bencana banjir yang
banjir. paling teruk dalam sejarah negara. Jumlah
Sejak sekian lama, negeri Kelantan telah mangsa yang dipindahkan di Kelantan
menghadapi bencana banjir ini. Hal ini mencecah 170,000 orang daripada lebih kurang
berpunca daripada hasil semula jadi kitaran 36,000 buah keluarga yang ditempatkan dalam
monsun semasa tempatan musim hujan 309 buah tempat pelindungan melibatkan lapan
tropika yang dicirikan oleh hujan lebat dan daerah. Jajahan Kota Baharu mencatatkan
kerap dari sekitar bulan Oktober hingga Mac. angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang,
Apabila memasuki musim monsun negeri- Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai
negeri di Pantai Timur akan menerima taburan (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289),
hujan yang tinggi iaitu antara 300 hingga 650 Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192)
milimeter (mm) sebulan berbanding bulan
biasa hanya 200mm hingga 300mm.
"Banjir berpunca daripada hasil
semula jadi kitaran monsun
semasa tempatan msum hujan
tropika yang dicirikan oleh hujan
lebat dan kerap dari sekitar bulan
Oktober hingga Mac"
WIKIPEDIA
Kejadian bencana banjir yang melanda Selain itu, tempat tumpuan pelancongan di
setiap tahun ini telah menjejaskan aktiviti daerah Kota Bharu juga terjejas pada awal
harian masyarakat termasuklah aktiviti tahun 2022 seperti di Tambatan Diraja yang
pelancongan. merupakan salah satu lokasi tumpuan
pelancongan di daerah Kota Bharu apabila
Misalnya, tempat tumpuan pelancongan paras air Sungai Kelantan yang berada pada
seperti Rantau Panjang di daerah Pasir paras bahaya iaitu 25.23 meter.
Mas yang sering ditimpa bencana banjir Namun begitu, bermula 2 Januari 2022,
telah terjejas dari segi perniagaan kerana mangsa banjir semakin berkurang dan dapat
premis perniagaan mereka dimasuki air kembali ke rumah masing-masing.
banjir akibat daripada peningkatan paras Sektor pelancongan yang terjejas juga akan
Sungai Golok. Bencana banjir ini telah dibaik pulih untuk memulihkan kembali bagi
mengakibatkan kehilangan nyawa dan lawatan pelancongan.
juga kemusnahan harta benda.
DIKIR BARAT DIPOPULARKAN
KELATE KITO OLEH:
FENDI KENALI
Sebut kato negeri kelate Kalu hajat nk beli belah
Tanoh srendoh sekebun bungo Mari pasa siti khadijah
Tempat molek serta come Wakaf che yeh terkenal sudoh
Penuh denga seni budaya Tempat pusat barange muroh
Tempat molek serta come Wakaf che yeh terkenal sudoh
Penuh denga seni budaya Tempat pusat barange muroh
Slapit teri dan waye gamba Bila mana pelancong mari
Dikir barat mokyong menoro Sambut dengan rebana ubi
Rakyat hidup bersuko hila Rama bena pelancong puji
Bawah naungan duli yang mulia Negeri kelate comel sengoti
Rakyat hidup bersuko hila Rama bena pelancong puji
Bawah naungan duli yang mulia Negeri kelate comel sengoti
Bila mana pelancong mari Ado jere dan ado pata
Sambut dengan rebana ubi Ado tepat nk suko rio
Rama bena pelancong puji Rata panje pak bebas cukai
Negeri kelate comel sengoti Ado blako serbo mokniko
Rama bena pelancong puji Rata panje pak bebas cukai
Negeri kelate comel sengoti Ado blako serbo mokniko
'AKU ANAK
KELANTAN'
Aku anak Kelantan
Anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang
Cucu cicit Tok Kenali dan Tok Janggut
Pewaris salasilah keturunan pahlawan.
Aku anak Kelantan
Pantai Cahaya Bulan menjadi sebutan
Rantau Panjang sentiasa dalam ingatan
Pilihan ramai tempat pelancongan.
Aku anak Kelantan
Jauh di mata rindu-rinduan
Kampung halaman sentiasa dikenang
Pulau Suri indah dipandang.
Aku anak Kelantan
Menimba ilmu di tempat orang
Sama-sama jaga kelakuan
Serambi Mekah jangan dilupakan.
HASIL NUKILAN :
ALI IMRAN
PASAR TERAPUNG GAMIT PELANCONG KE
KELANTAN
Pulau Suri tarikan terbaru di negeri Cik Siti Wan Kembang
Oleh Fazri Ilham
Kepada mereka yang ingin merasai pengalaman membeli-belah
seperti berada di negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di Thailand
maka anda boleh berkunjung ke Pulau Suri yang yang terletak di
Tumpat, Kelantan. Pasar ini terkenal kerana mempunyai deretan bot-
bot kecik yang diletakakan di tepi-tepi sungai malah yang lebih
menarik lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan
serta minuman. Keunikan pasar terapung di Pulau Suri yang terletak
di gugusan pulau di Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu, Kelantan
dan dibuka pada 2016 dan telah menjadi tumpuan pelancong dalam
dan luar negara untuk merasai suasana pasar atas air serta pelbagai
aktiviti lain.
Selain itu, pelbagai aktiviti ditawarkan termasuk berkayak dan menghayati
kehidupan penduduk kampung seperti memetik kelapa menggunakan beruk,
pembuatan arang tempurung, mencanting batik serta pembuatan bot
nelayan. Pelancong yang mahu berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri
boleh berbuat demikian dengan menaiki bot di Jeti Kok Majid, di Tumpat
dengan tempoh perjalanan kira-kira 40 minit dan jeti Kuala Besar di sini yang
hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Kelantan Floating Market atau
Pulau Suri kini dibuka untuk orang ramai pada setiap hari Sabtu bermula jam
8.30 pagi - 3.00 petang.
AIR TERJUN LATA
BERANGIN
Jika datang ke Kelantan, tidak sah kalau tidak menikmati keindahan
alam semulajadi dan sekiranya anda adalah seorang pencinta alam, Air
Terjun Lata Berangin adalah tempat yang sesuai untuk anda. Air Terjun
Lata Berangin ialah terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT)
KESEDAR Sungai Pas. Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak
diantara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang dan terletak kira-kira 18 km
dari Bandar Kuala Krai. Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120
meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar
negeri.+ Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini apabila sampai di
daerah Kuala Krai, Kelantan.
WARUNG ACU TERA
Makan-makan di Kelantan
Makanan juga menjadi tarikan kepada mereka yang pertama kali
datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Kedai makan yang
dinamakan 'Acu Tera' ini menjual makanan laut seperti ‘celup tepung’
dan ia dikunjungi oleh ramai orang dan mendapat sambutan hangat
bukan saja dari penduduk setempat tetapi juga luar Kelantan. Gerai ini
beroperasi di Pantai Sabak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra, Pengkalan Chepa. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu,
pengunjung boleh datang untuk menikmati pelbagai jenis makanan laut
ini dari pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam dan untuk pengemar
makanan laut, Kedai ini merupakan kedai yang patut anda singgah
sekiranya datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
" JANGE
LUPO
MAGHI
KELATE
DEH ?"
SEKIAN, TERIMA KASIH.