The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Kumpulan 5:
1. Awla Nazeeha Mohd Muslim (301367)
2. Crismas Nyaring Henry (301874)
3. Aini Mufidah Mohd Noor Azam (302119)
4.Nur Syatirah Sulaiman (302075)
5. Nur'Ain Hassan (301753)

Disediakan kepada: Dr. Haslinda Binti Hasan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aini Azam, 2024-06-12 23:11:51

SEJARAH AWAM - MEDIA SEJARAH

Disediakan oleh Kumpulan 5:
1. Awla Nazeeha Mohd Muslim (301367)
2. Crismas Nyaring Henry (301874)
3. Aini Mufidah Mohd Noor Azam (302119)
4.Nur Syatirah Sulaiman (302075)
5. Nur'Ain Hassan (301753)

Disediakan kepada: Dr. Haslinda Binti Hasan

PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Media Sejarah Media Sejarah RM20.23 Kumpulan 5 Disediakan kepada: Dr. Haslinda Hasan SADN1213


Kandungan 02 ISI KANDUNGAN 01 MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM Bil. Muka Surat 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ahli Kumpulan Pengertian Tentang Sejarah Awam Pengertian Tentang Media Sejarah Penulisan Terkenal Kepelbagaian Media Sejarah Media Sejarah Dalam Konteks : Filem Televisyen Radio Kerjasama Media Sejarah Kini Kesimpulan Sumber Rujukan 7. 8. 9. 02 03-04 05-06 07-08 09 10-11 12-18 19-21 22-23 24-25 26-28


AINI MUFIDAH BINTI MOHD NOOR AZAM 302119 AWLA NAZEEHA BINTI MOHD MUSLIM 301367 SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 02 AHLI KUMPULAN MEDIA SEJARAH NUR SYATIRAH BINTI SULAIMAN 302075 NUR’AIN BINTI HASSAN 301753 CRISMAS NYARING HENRY 301874


PENGERTIAN TENTANG SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 03


04 SEJARAH AWAM PENGENALAN APA ITU SEJARAH AWAM ? Sejarah Awam merupakan sebuah konsep baharu di Malaysia. Oleh yang demikian, Sejarah Awam bukannlah suatu benda yang asing di negara ini. Oleh itu, Sejarah Awam merupakan konsep dan juga pada masa yang sama adalah fenomena. Konsep berfungsi sebagai alat heuristik untuk memahami fenomena. Kesannya, Sejarah Awam mempunyai dua dimensi iaitu konsep dan fenomena. Sejarah Awam bermula daripada kaedah manusia mempelajari sejarah. SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Menurut Kellley (1978), Sejarah Awam merupakan profeson sejarah dalam domain awam pelbagai institusi manakala Bermingham dan Clausen (1979) menyatakan Sejarah Awam merupakan aplikasi kemahiran sejarah melalui profesion luar universiti. Banyak kajian terdahulu di Malaysia yang tidak mempertimbangkan konsep Sejarah Awam. Terdapat beberapa kajian yang memperlihatkan praktis Sejarah Awam dalam analisis akademik. Oleh itu, tidak wajar Sejarah Awam diukur berdasarkan konsepnya. Kesannya, Kajian paras fenomena telah menyebabkan Sejarah Awam berkembang.


PENGERTIAN TENTANG MEDIA SEJARAH MEDIA SEJARAH 05 SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM


Media sejarah ialah salah satu cara atau inisiatif untuk menyampaikan maklumat, pengetahuan dan nilai kepada orang awam. Walaupun istilah 'media' mula digunakan pada tahun 1920- an untuk menunjukkan struktur komunikasi sedemikian, sejarah media mengambil kira tempoh sekurang-kurangnya dari kemunculan alat penekan tangan pada abad kelima belas kepada beberapa tafsiran termasuk scriptoria, tradisi lisan, lukisan dinding zaman pertengahan, dan juga menyelidiki purba dan prasejarah untuk berkembang. Media sejarah merujuk kepada pelbagai alat, kaedah, atau platform yang digunakan untuk menyimpan, menyebarkan, dan menginterpretasikan maklumat sejarah. APA ITU MEDIA SEJARAH? PENGERTIAN 06 Sebagai contoh, media massa, media digital, filem dan dokumentari, dan lain-lain. Media ini merangkumi pelbagai bentuk komunikasi dan dokumentasi yang membantu kita memahami dan menganalisis peristiwa, tokoh, dan perkembangan masa lalu. Setiap satu daripada bidang ini adalah subjek badan penting bagi kerja teori dan empirikal. Jelaslah bahawa, media sejarah berperanan penting dalam mendokumentasikan dan menyebarkan pengetahuan tentang masa lalu, serta membantu masyarakat memahami konteks sejarah dari perkembangan sosial, politik, dan budaya. MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM


PENULISAN TERKENAL MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 07


TERKENAL MEDIA SEJARAH 08 Sastera popular telah menggunakan cerita sejarah sejak penulisan bermula, abad ke-8 hingga ke-15. Penulisan terkenal dalam sejarah merujuk kepada karya-karya yang mempunyai pengaruh besar dan memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan, menganalisis, atau menginterpretasikan peristiwa dan perkembangan sejarah. Penulisan-penulisan ini penting bagi mendedahkan dan mengajarkan masyarakat tentang sejarah di luar bilik darjah. Contoh penulisan terkenal yang memberi impak kepada masyarakat: SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 1. "Sejarah Melayu" (Malay Annals): Karya klasik yang menceritakan sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan menjadi sumber penting untuk memahami sejarah awal Malaysia dan Indonesia. 3. "The Histories" oleh Herodotus: Dianggap sebagai "bapa sejarah". Herodotus menulis tentang Perang Yunani-Persia dan memberikan pandangan tentang pelbagai budaya dan peristiwa pada zamannya. 2. "The Book of Chronicles" oleh Ibn Khaldun: Sejarawan dan ahli sosiologi Islam yang terkenal dengan analisisnya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kebangkitan dan kejatuhan dinasti dan empayar. PENULISAN Buku Sejarah Melayu (Malay Annals) The Book of Chronicles oleh Ibn Khaldun The Histories oleh Herodotus


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 09 KEPELBAGAIAN MEDIA SEJARAH


MEDIA SEJARAH MEDIA SEJARAH: FILEM SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 10


Dalam memperkenalkan pelbagai kisah silam yang berlaku kepada masyarakat, filem akan ditayangkan dengan lakonan semula setiap peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini dapat memperluaskan lagi pengetahuan sejarah ke seleruh dunia. Malah, sejarah akan lebih tersebar dengan meluas dan lebih menarik minat masyarakat untuk mempelajari peristiwa silam. 11 FILEM MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS Filem atau pergerakan imej (motion picture) merupakan sebuah seni visual yang dihasilkan melalui keseragaman gambar kemudian disusun untuk dijadikan sebuah cerita atau kisah. Film merupakan bagian dari media komunikasi massa yang sering kali digunakan sebagai media yang menggambarkan kehidupan sosial dalam masyarakat. Melaui tayangan filem, masyarakat akan lebih berminat dan memahami sesuatu peristiwa. SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Filem yang menggunakan konsep sejarah mula ditayangkan pada awal abad ke-20 dengan filem berjudul D.W. 'Birth of a Nation' karya Griffith pada tahun 1915. Ianya merupakan sebuah filem yang diinspirasikan semasa perang Amerika. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan filem- filem bersejarah berasaskan kehidupan nyata. Terdapat beberapa filem yang menjadi fenomena di negara yang yang mempamerkan keadaan sebenar semasa negara dijajah. Antaranya ialah Bukit Kepong yang diterbitkan pada April, 1981. Filem ini mengisahkan peristiwa yang berlaku di Bukit Kepong pada tahun 1950. Filem ini telahpun memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ketiga pada tahun 1982, termasuk memegang antara filem terbaik pada waktu itu.


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 12 MEDIA SEJARAH: TELEVISYEN


Alat telekomunikasi seperti televisyen berfungsi sebagai medium hiburan yang tidak asing dalam kehidupan seharian masyarakat sehingga ia menimbulkan perspektif negatif kepada masyarakat. Kajian mendapati bahawa pengaruh dan kesan media televisyen telah dikaji sejak tahun 1950an dengan memfokuskan kepada kesan negatif terhadap pembentukan pemikiran kanak-kanak, remaja dan belia (Wertham, 1954; Belson, 1978; Comstock et al., 1978; Comstock & Paik, 1991; Paik & Comstock; 1994). 13 MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS APA ITU TELEVISYEN? SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH TELEVISYEN Televisyen merupakan salah satu alat telekomunikasi yang dapat menerima isyarat siaran dan memaparkannya dalam bentuk gambar beserta bunyi serta menyediakan gambaran realiti masyarakat sememangnya boleh mempengaruhi masyarakat keturunan pendatang untuk mentafsir dan membentuk semula identiti mereka (Adriaens, 2014; Barker, 1997; Gillespie, 1995). TELEVISYEN SEBAGAI MEDIUM HIBURAN MASYARAKAT Masyarakat mula menganggap hiburan menerusi siaran televisyen yang memaparkan adegan pergaulan tanpa batasan serta perlakuan ganas seperti gengsterisme dalam televisyen menerusi siaran rancangan televisyen tempatan mahupun Barat telah menjadi ‘guru’ kepada golongan masyarakat kerana hiburan rancangan tempatan mahupun Barat telah dilihat cukup mudah untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan belia. Oleh itu, program rancangan televisyen yang seharusnya dianggap sebagai medium panduan dan pendidikan terutamanya ilmu Sejarah kerana masyarakat lebih mudah dipengaruhi dan memahami konteks Sejarah menerusi medium hiburan berbanding pembacaan kerana mereka dianggap lebih menghayati dan mendalami kandungan yang disampaikan melalui tontotan siaran di televisyen.


Media televisyen borpotensi memainkan peranan penting dan berkemampuan menjadi salah satu platform utama untuk membicarakan wacana umum mengenai sejarah isu-isu sosial, politik dan berkenaan dengan kehidupan pada masa lampau di Malaysia. Masyarakat digalakkan untuk mempelajari ilmu Sejarah melalui platform media massa seperti televisyen agar kesilapan masa lalu tidak akan diulang kembali pada hari ini. Penghayatan peristiwa bersejarah lebih mudah diapdatasi melalui kaedah tontotan seiring pendengaran. Penggunaan kedua-dua deria tersebut lebih mudah diserap oleh minda kerana visual yang dipaparkan tersebut lebih memberi penyampaian yang seimbang berbanding hanya melalui pembacaan tulisan. Erti kata lain, globalisasi media dan teknologi yang semakin berkembang hasil daripada idea dan pengetahuan penciptanya daripada pelbagai latar belakang budaya yang berlainan telah memperlihatkan gabungan audiovisual dalam memberikan landskap yang mampu menjadikan sesuatu proses komunikasi itu menjadi lebih luas dan tidak terhad. Terbuktilah bahawa kecanggihan siaran televisyen kini mampu membawa arus pendidikan alaf baharu kepada masyarakat untuk lebih mendalami ilmu dan peristiwa bersejarah. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa transformasi teknologi juga telah membawa keburukan terhadap pencanggahan ilmu Sejarah. Kepelbagaian metod dalam memperoleh ilmu Sejarah yang berbeza telah melahirkan pelbagai ideologi yang bertentangan tentang ilmu Sejarah yang asli sehingga masyarakat keliru berkenaan kesahihan sesuatu penyampaian kandungan ilmu Sejarah tersebut. Oleh itu, masyarakat perlu memastikan rancangan yang mengetengahkan elemen Sejarah tersebut diperoleh daripada sumber yang disahkan dan tidak bercanggah dengan kisah Sejarah yang sebenar-benarnya. 14 MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH TELEVISYEN Era media televisyen di Malaysia bermula pada 28 Disember 1963 apabila rangkaian televisyen pertama yang dikenali sebagai Televisyen Malaysia dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertempat di studio sementara di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Televisyen Malaysia yang pertama, Ow Kheng Law menyatakan bahawa Tunku merupakan tokoh yang memajukan idea bagi penubuhan televisyen (R. Karthigesu, 1994: 26). TELEVISYEN SEBAGAI MEDIA SEJARAH


Media Prima dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan dua nama yang sinonim dalam penyiaran televisyen free-to-air (FTA) untuk rakyat Malaysia. Boleh juga dikatakan hanya kedua-dua pihak tersebut sahaja yang bersedia mengusahakan siaran televisyen percuma kepada rakyat Malaysia. Media Prima mengoperasikan TV3, NTV7, 8TV dan TV9 manakala Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempunyai dua saluran iaitu TV1 dan TV2. Media televisyen amat penting kepada masyarakat mengikut peredaran masa sebagai media Sejarah yang mendedahkan ilmu Sejarah secara langsung sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan semangat nasionalisme dan seterusnya mengerakkan usaha menuntut kemerdekaan. 15 MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH TELEVISYEN PERANAN TELEVISYEN SEBAGAI MEDIA SEJARAH Pelbagai program telah diterbitkan dengan matlamat memperkenalkan sejarah Malaysia misalnya ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ disamping menyelitkan peristiwa-peristiwa bersejarah sebagai latar cerita bagi mempromosi keharmonian dan keamanan kepada masyarakat multi etnik di Malaysia. Penyiaran rancangan berkonsepkan peristiwa Sejarah yang bermotif untuk mengetengahkan sesuatu peristiwa sejarah melalui penyiaran rancangan televisyen adalah kaedah alternatif untuk menerapkan penghayatan dan penerapan nilai-nilai yang positif dalam masyarakat dalam proses pembangunan negara.


16 MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH TELEVISYEN RANCANGAN TELEVISYEN BERUNSURKAN PERISTIWA SEJARAH Lebih-lebih lagi program televisyen seperti program realiti kenegaraan iaitu ‘Sejarawan Muda’ yang hasil terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM). Program-program tersebut amat penting untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang sejarah Malaysia di samping memupuk semangat cinta akan negara menerusi imbasan keistimewaan atau kegemilangan suatu ketika dahulu dan pengajaran daripada kegagalan di masa lalu. Penghasilan beserta penyiaran segala karya agung yang berkonsepkan peristiwa bersejarah merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk menanamkan semangat cinta akan negara dalam kalangan masyarakat. Rancangan ‘Hari Ini dalam Sejarah’ oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak tahun 1980 telah memaparkan ringkasan peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air sebagai tontonan masyarakat umum. Program ringkas tersebut meliputi aspek-aspek ekonomi, politik dan sosial tanah air dari tahun 1400 sehingga kini. RANCANGAN HARI INI DALAM SEJARAH Seiringan dengan perubahan zaman juga pendekatan media massa dilihat berubah dalam usaha membantu kerajaan merealisasikan cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju pada 2020 dengan identitinya yang tersendiri. Perjuangan ini memerlukan media sentiasa dekat dengan sejarah bagi menjadikannya sebagai panduan ataupun bertindak sebagai penentu sempadan dalam membantu kerajaan membuat polisi bersesuaian serta membentuk pendapat umum yang kolektif terhadap sesuatu isu. RANCANGAN SEJARAWAN MUDA


MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS TELEVISYEN RANCANGAN TELEVISYEN BERUNSURKAN PERISTIWA SEJARAH 17 SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Dalam pada itu, langkah penyedia rangkaian televisyen berbayar Astro yang memperkenalkan saluran History Channel dalam tayangan berdefinisi tinggi (HD) mahupun National Geographic Channnel dan Discovery Channel berjaya menarik lebih ramai penonton untuk mengikuti rancangan berkaitan sejarah yang disiarkan oleh mereka. SALURAN ‘HISTORY CHANNEL’ RANCANGAN NATIONAL GEOGRAPHIC RANCANGAN DISCOVERY CHANNEL Demikian itu, penghasilan karya berunsurkan Sejarah juga sebenarnya juga menjadi suatu cabaran kepada pengusahapengusaha kandungan media tempatan di Malaysia untuk menghasilkan lebih banyak rancangan televisyen kandungan Sejarah yang setaraf dengan kualiti rancangan terbitan luar negara. Oleh itu, pihak syarikat produksi atau penerbit tempatan telah diberi peluang dan digalakkan untuk membekalkan rancangan televisyen berunsurkan sejarah kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain daripada hanya menerbitkan rancangan atau program berkonsepkan elemen Sejarah secara dalaman. Langkah awal yang diambil oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tersebut bermula pada tahun 1984 telah menyebabkan pasaran televisyen menjadi sumber pendapatan utama kepada syarikat produksi di Malaysia.


MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS TELEVISYEN 18 SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Akhir kata, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sejarah, budaya dan warisan yang menggambarkan pola kehidupan masyarakat. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai seni budaya dan kesan tinggalan sejarah yang dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia. Oleh itu, siaran televisyen yang berkonsepkan Sejarah di Malaysia memungkinkan penyebaran maklumat yang sama dengan meluas kepada penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat (Mansor 1983: 51). Televisyen sebagai media Sejarah juga merupakan alat atau instrumen terpenting yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, membina persepsi dan tanggapan, dan membentuk sikap masyarakat tentang maklumat yang disampaikan. Televisyen sebagai media Sejarah telah terbukti menjadi alat atau perantara terpenting dalam menyampaikan maklumat bersejarah kerana setiap kandungan Sejarah yang dipaparkan di siaran televisyen membawa pengaruh yang besar dan mudah tersebar dengan cepat kepada seluruh masyarakat dan boleh membawa kepada pelbagai impak yang berupa cadangan, bantuan, idea mahupun kritikan negatif. Perkembangan media Sejarah melalui medium televisyen yang semakin hari semakin canggih seiring arus kemajuan teknologi yang telah mewujudkan pelbagai jenis model televisyen seperti Smart TV yang memerlukan sambungan capaian Internet untuk menyokong pelbagai aplikasi yang lengkap untuk diakses seperti Youtube, Netflix dan Prime. Melalui aplikasi yang bervariasi tersebut, masyarakat lebih mudah untuk mengakses video berkisahkan Sejarah di Malaysia atau luar negara. Kemudahan yang wujud tersebut menjadi tidak boleh menjadi alasan masyarakat untuk tidak mempelajari dan mengambil tahu tentang peristiwa Sejarah. Masyarakat kini hanya perlu memilih sendiri metod pembelajaran dan pemahamam sejarah tersebut hanya di hujung jari agar manfaat kewujudan medium televisyen tersebut tidak disiakan untuk hiburan semata-mata. Masyarakat akan mengalami kerugian yang besar apabila kemudahan yang disediakan kini tidak dipakai guna untuk memantapkan jati diri kerana sejarah negara penting untuk generasi akan datang mengenali asal usul negara, memahami pengajaran tentang sejarah negara dan mengetahui kepentingan-kepentingan sejarah sekaligus dapat memupuk semangat patriotik dalam diri masyarakat.


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 19 MEDIA SEJARAH: RADIO


Siaran awam audio adalah pusat hiburan dan maklumat untuk orang ramai, tetapi mereka juga merekodkan sejarah semasa ia berlaku. Contohnya, selepas perang dunia kedua, bekas, BBC menyiarkan Syarahan Bersejarah Taylor di Ford. 20 RADIO SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS Radio adalah teknologi yang menggunakan gelombang elektromagnetik frekuensi radio (RF) untuk mengirimkan dan menerima informasi, seperti suara, muzik, atau data. Gelombang radio ini merambat melalui udara dan dapat ditangkap oleh antena radio, yang kemudian diterjemahkan oleh penerima radio menjadi sinyal yang dapat didengar atau diproses. Sejarah di radio, tidak seperti media lain sebelum disediakan akses unik dan cara untuk berkomunikasi tafsiran dan persepsi yang kompleks & pelbagai jalinan terhadap satu peristiwa sejarah. Radio membolehkan akses mudah, rakaman pantas, fleksibiliti dan mobiliti yang membolehkannya pergi ke berbilang lokasi dan merakam idea, mengeditnya ke dalam program. Kaedah penyampaian sejarah ini memberi orang ramai perasaan bahawa mereka mempunyai akses langsung dan unik kepada bahan


Pada 1970-an dan 1980-an, sejarah tempatan menjadi popular di stesen radio serantau dengan ahli sejarah akademik mempunyai rancangan mingguan seperti Mick Aston Long-running BBC Radio Pertunjukan Oxford. Abad ke-21 telah menyaksikan perkongsian pembangunan dan pembangunan teknologi digital seperti podcast dan internet untuk menyokong akses yang lebih luas kepada bahan audio sejarah. Pelbagai format radio digunakan untuk menterjemah sejarah ke dalam permintaan awam, termasuk esei berskrip, wawancara studio dan perbincangan panel secara langsung. 21 RADIO SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH MEDIA SEJARAH DALAM KONTEKS


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 22 KERJASAMA MEDIA SEJARAH KINI


23 Kerjasama media sejarah merujuk pada kerjasama antara berbagai jenis media, seperti radio, televisyen, surat khabar, dan platform digital, dalam peliputan dan penyebaran informasi sejarah. Kerjasama ini bertujuan untuk menyediakan perspektif yang lebih lengkap dan mendalam tentang peristiwa dan tokoh-tokoh bersejarah, serta untuk memberi kefahaman kepada orang awam dengan lebih luas. MEDIA SEJARAH KERJASAMA SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH PADA HARI INI Projek dokumentasi adalah inisiatif yang berfokus pada pencatatan, pelestarian, dan penyajian informasi atau peristiwa tertentu secara sistematik dan berstruktur. Projek ini selalunya merangkumi berbagai media, seperti teks tertulis, foto, rakaman audio, video, dan media digital lainnya yang berkaitan dengan sejarah. Contohnya, kombinasi antara stesen radio dan televisyen untuk membuat dokumentasi yang berkaitan dengan sejarah. PAMERAN VIRTUAL Pameran sejarah virtual merupakan pameran yang menampilkan artifak, dokumen, gambar, dan informasi yang berkaitan dengan sejarah melalui platform digital, membolehkan pengunjung untuk melihatnya secara online. Pameran ini menggunakan teknologi seperti gambar 3D, video interaktif, dan multimedia lainnya untuk memberikan pengalaman yang efisien. PODCAST SEJARAH Podcast sejarah adalah program audio yang membahas peristiwa, tokoh, dan tema sejarah, dipersembahkan dalam format yang menarik dan berinformasi. Podcast ini dapat di muat turun dan didengarkan pada bila - bila masa saja. Podcast ini juga memberikan ilmu kepada pendengar untuk belajar dan memahami tentang sejarah dalam kronologi yang betul. Contohnya, kronologi tentang penubuhan sejarah Malaysia. PROJEK DOKUMENTASI


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 24 KESIMPULAN


25 KESIMPULAN Kesimpulannya, media sejarah memainkan peranan penting dalam merekod, memelihara, dan menyampaikan pengetahuan tentang masa lalu. Pelbagai bentuk media, daripada dokumen bertulis dan artifak arkeologi hingga sumber digital dan kesenian, membolehkan kita memahami dan menghayati sejarah dengan lebih mendalam. SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Dengan memanfaatkan pelbagai media ini, kita dapat memastikan bahawa warisan budaya dan sejarah kita tetap terjaga untuk generasi akan datang, serta membolehkan pembelajaran yang lebih komprehensif dan bermakna mengenai peristiwa dan tokohtokoh yang membentuk dunia kita hari ini. Sebagai contoh, pelbagai usaha diambil oleh kerajaan bertujuan untuk menarik minat masyarakat untuk mempelajari sejarah bukan sahaja pada peringkat sekolah malah lebih meluas tersebar melalui media sejarah yang wujud pada zaman moden kini.


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 26 SUMBER RUJUKAN


Nasruddin, N. E. M., & Ramli, Z. (2020). Keberkesanan Media Massa Dan Media Sosial Kepada Masyarakat Dalam Menyelesaikan Isu Penjagaan Warisan Negara (The Effectiveness of Mass and social media For Society in Resolving National Heritage Preservation Issues). Asian Journal of Environment, History and Heritage, 4(1). 27 SUMBERRUJUKAN SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH BUKU Gillespie, M. (1995). Television, Ethnicity and Cultural Change. London: Routledge. Mansor A. S., 1983. Satu Kumpulan Esei: Media di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wertham, F. 1954. The Seduction of The Innoncent. New York: Holt, Rinehart & Winston. R. Karthigesu. (1994). Sejarah Perkembangan Televisyen Di Malaysia (1963 – 1983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiung, L. K., & Hasim, M. O. H. D. (2016). Artikulasi Isu-Isu Sejarah Dalam Media Massa Di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, 43(1). Shatir, M. a. a. A. (2023). Sejarah Awam, Pemikiran Dan Aktivisme Omar Mohd Hashim (Public History, Thought And Activism Of Omar Mohd Hashim ). Applied History Journal of Merong Mahawangsa, 1, (pp. 9–25) MAJALAH Froneman, J. (2011b). The rise and demise of Scopemagazine: A mediahistorical perspective. Ecquid Novi, 32(1), 49–65. https://doi.org/10.1080/02560054.2011.545565 JURNAL


28 SUMBERRUJUKAN SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM MEDIA SEJARAH Dooley, B. (2015). Media and History. In Elsevier eBooks (pp. 11–18). Diakses pada Jun 2, 2024. https://doi.org/10.1016/b978-0-08-097086- 8.62144-x Sejarah Media. (n.d.-b). Media Pendidikan. Diakses pada Jun 1, 2024. https://mohamadshafarrudinjalel.weebly.com/sejarah-media.html Sejarah Perkembangan Media Baru. (n.d.-b). Sejarah Perkembangan Media Baru. Diakses pada Jun 1, 2024. https://perkembanganmediabaru.weebly.com/ LAMAN WEB


MEDIA SEJARAH SADN1213 PENGANTAR KEPADA SEJARAH AWAM 29 SEKIAN, TERIMA KASIH.


Media Sejarah Media Sejarah RM20.23


Click to View FlipBook Version