TAJUK : HEDONISME
DISEDIAKAN OLEH :
DENNILSON ANAK
JONATHAN
20DKM20F2004
ABYGAYLE LYNELLE RURAN
LEONARD
20DKM20F2024
PENSYARAH : MADAM DZATIAH MOHAMAD
MPU23042 : NILAI
MASYARAKAT
MALAYSIA
PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
HASIL PEMBELAJARAN 2
3
OKJEKTIF
4,5,6
PENGENALAN
7
FAKTOR-FAKTOR 8&9
HEDONISME
KESAN-KESAN HEDONISME 10
CARA MENGATASI 11
MASALAH HEDONISME 12
CONTOH CABARAN YANG 13
BERLAKU DI MALAYSIA
PENUTUP
RUJUKAN
LAMPIRAN
HASIL PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS INI :
CLO 1 Membincangkan sejarah dan nilai pembentukan
CLO 2 masyarakat di Malaysia
CLO 3 Menerangkan etika dan profesionalisme terhadap
konsep perpaduan bagi meningkatkan semangat
patriotism masyarakat Malaysia
Menghubungkait minda ingin tahu dengan cabaran
dalam membentuk Masyarakat Malaysia
Menghuraikan peranan nilai ketamadunan dalam
pembentukan sistem Nilai Masyarakat Malaysia
Mempamerkan kebolehan komunikasi sosial dalam
kepelbagaian landskap budaya.
Membahaskan elemen ketamadunan dengan isu
kemasyarakatan semasa.
Menganalisis pelan Tindakan dan strategi ke arah
mengujudkan masyarkat berintegrasi
Mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam kehidupan
masyarkat pelbagai etnik di Malaysia m/s 1
OKJEKTIF
Untuk mengukuhkan kefahaman kami mengenai
isu yang dinyatakan dalam tajuk tugasan
kumpulan kami . Iaitu HEDONISME
Untuk mengenal pasti cara-cara mengelakan
Hedonisme ini terus berlaku dalam masyarakat
kita di Malaysia
Untuk memahami dengan lebih dalam tentang
mengapa Hedonisme ini dapat merosakkan
generasi muda
Untuk meluaskan pengetahuan tentang
membendung masalah ini terus belaku lebih
meluas
Untuk memahami bagaimana kewujudan
pelbagai kaum antara tua ataupun muda apabila
tiadanya masalah Hedonisme
m/s 2
PENGENALAN
Hedonisme menurut pergertian Kamus Dewan ialah
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. Menuruti
sejarah, fahaman hedonism didukung oleh Aristipus
salah seorang murid falsafah Yunani yang terkenal
iaitu Socrates. Halini merujuk kepada pertayaan
Socrates kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi
kehidupan manusia atau apa yang terbaik untuk
manusia. Aristipus kemudian mengatakan bahawa
yang terbaik untuk manusia adalah kesenangan.
HEDONISME :
m/s 3
FAKTOR-FAKTOR
Terdapat pelbagai punca budaya Hedonisme ini menular
dlam kalangan masyarkat kita. Perkara ini tidak sepatutnya
dipandang remeh dan diambil mudah kerana ia telah
menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda
masyarakat kita terutamanya golongan remaja . Antara
faktor yang berlaku adalah:
i) Pengaruh Media Massa :
Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya
hedonism ini dapat menular ke negara ini dengan begitu
mudah. Hedonisme ini boleh dianggap neokolonialisme
yang juga bermaksud amalan geopolitik menggunakan
kapitalisme, globalisasi perniagaan dan imperialisme
budaya untuk mempengaruhi negara yang khususnya
menyerangi generasi muda. Pelbagai konsep dan cara
hidup seperti minum arak, melepak, mengunjungi pesta
liburan, seks bebas, parti liar dan sebagainya. Secara
jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya
mengutamakan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang
paduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.
m/s 4
ii) Kurang Pegangan Agama
Faktor agama adalah penting di dalam kehidupan seorang
manusia dan apabila pegangan agama masyarakat
terutamanya di dalam diri golongan muda tidak teguh,
mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah
menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah
budaya hedonisme. Kesan globalisasi dunia tanpa
sempadan ini menjadi punca kepada budaya ini sehingga
ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sangat
bertentangan dengan ajaran agama Kristian, Islam dan
lain-lain. Di sini ingin menggalakan agar golongan muda
dapat memupuk nilai-nilai murni di dalamdiri agar dapat
mengelakkan diri daripada budaya hedonisme.
m/s 5
iii) Kurang Pengawalan Atau Pengawasan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa adalah sangat penting di dalam hidup
seorang anak. Sikap ibu bapa yang kurang mengawasi
anak-anak mereka juga memberi peluang kepada
remaja-remaja untuk keluar lepak dan menghabiskan
masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat
yang boleh merosakkan akhlak para remaja.
Kebanyakan ibu bapa zaman ini lebih mengajar
kemewahan dunia-wi dan kepentingan materialistik
sehingga mengabaikan kebajikan anak mereka sendiri.
iv) Keruntuhan Institusi Kekeluargaan
Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumah
tangga yang berpunca daripada penceraian, poligami
dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para
remaja dan anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka
bertindak mencari ketenangan di luar rumah dan
menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang
memahami perasaan dan masalah mereka.
m/s 6
KESAN HEDONISME
Terdapat pelbagai kesan yang akan diperoleh dari budaya
hedonisme dan antaranya adalah, ia akan menyebabkan
generasi muda pada masa kini mudah lupa akan matlamat
hidup yang sebenar. Oleh itu, ia akan menjejaskan usaha
remaja untuk menjadi golongan manusia yang sempurna dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Budaya hedonisme
ini juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam
kalangan remaja dan belia. Jika golongan remaja terlibat
dalam budaya ini, ianya akan memburukkan lagi keadaan
tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat
dari masa ke semasa. Bukan sahaja itu, budaya hedonisme
ini dapat menggagalkan lagi usaha kerjaan untuk melahirkan
masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
Bukan sahaja itu, ia juga boleh memudarkan lagi nilai- nilai
keagamaan dalam diri golongan remaja. Nilai keagamaan
adalah sangat penting dalam diri seseorang kerana ia
menjadi panduan untuk kita dalam menjalani liku-liku
kehidupan yang semakin mencabar apabila seseorang itu
semakin membesar.
m/s 7
CARA MENGATASI
Banyak cara yang boleh digunakan untuk mengatasi
masalah budaya hedonisme ini. Oleh itu, kita sendiri
haruslah memasang niat dan matlamat supaya dapat
mengelakkan diri daripada terlibat daripada budaya
ini, misalnya, ibu bapa harus mengambil berat
tentang pergaulan anak-anak mereka. Dari masa ke
semasa, ibu bapa perlu mencari tahu tentang
keberadaan anak-anak mereka dan apakah yang
dilakukan oleh anak-anak mereka semasa berada di
luar rumah. Ibu bapa juga harus mendidik anak
mereka dari kecil tentang budaya-budaya yang tidak
bermanfaat di luar sana. Mengajar mereka tentang
kebaikan dan keburukan sesuatu perkara supaya
anak-anak lebih memahami cara hidup di luar dan
tidak mudah dipengaruhi rakan-rakan sebaya yang
tidak membawa manfaat di dalam hidup.
m/s 8
• Selain itu, kita harus sentiasa mendekatkan diri kita
pada Tuhan untuk mengatasi budaya hedonisme. Kita
harus mengiringi diri dengan peningkatan iman kepada
Tuhan agar selalu bersyukur atas apa yang telah
dimiliki dan tidak mudah bersikap iri kepada orang lain.
Selalu amalkan nilai-nilai yang telah diajar agama
sendiri dan patuh ke pada ajaran agama seperti jangan
mencuri, jangan berbohong dan menghormati satu
sama lain.
• Seorang individu juga haruslah bijak dan berhati-hati
dalam memilih teman. Kita boleh berkawan dengan
sesiapa sahaja, namun bukan semua orang boleh
menjadi kawan kita. Lingkungan pergaulan dapat
mempengaruhi keperibadian serta gaya hidup
seseorang, maka dari itu, kita haruslah mempunyai
kebijaksanaan dalam memilih kawan. Justeru itu, kita
boleh menjadi seseorang yang mempengaruhi
lingkungan persahabatan kita dengan pengaruh yang
baik.
m/s 9
CONTOH HEDONISME YANG
BERLAKU DI MALAYSIA
SKIM CEPAT KAYA
WANITA DAN SEKS
PENAGIHAN DADAH
m/s 10
PENUTUP
Sebagai penghias bicara akhir, remaja kita pada masa kini sering
tidak mengendahkan perihal tentang menghormati ibu bapa, guru
dan golongan yang lebih tua daripada mereka tentang belajar,
serta bekerja dan lain-lain lagi. Hal ini dikatakan demikian
kerana, mereka hanya mementingkan keseronokkan daripada
semua itu. Mereka juga sering merasakan diri mereka seperti
kurang bermakna tanpa adanya keseronokkan dalam hidup serta
memilih hiburan yang melampau.
Pada masa kini, negara kita mengalami pelbagai masalah yang
sering melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah
menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Namun
begitu, mereka juga sering berpendapat bahawa masalah atau
gejala social dalam golongan remaja adalah normal bagi umum
mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat
melihat gejala social yang berlaku di seluruh Negara adalah
dalam kalangan anak muda iaitu remaja. Dengan ini diharapkan ,
ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha
mendidik anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang
berguna pada masa hadapan.
m/s 11
RUJUKAN
1) Internet :
i) http://ciptaan-
mulia.blogspot.com/p/hedonisme.html
ii) http://commonrepo.um.edu.my/12613/4/Page%
2049-58.pdf
iii) https://www.coursehero.com/file/72527871/HED
ONISMEdocx/
iv) https://youtu.be/jk-MBT_B7aM
v) https://youtu.be/Js8NhvN0Olc
2) Journal :
i) Abdul Ghafar Don & Zaleha Mohd Ali.(2008)
Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi di Malaysia.
Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.
m/s 12
LAMPIRAN
m/s 13