The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rukun Negara dan Retorik atau penghayatan_abcdpdf_ppt_to_pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzatmuhammad581, 2022-05-28 10:26:42

Rukun Negara dan Retorik atau penghayatan_abcdpdf_ppt_to_pdf

Rukun Negara dan Retorik atau penghayatan_abcdpdf_ppt_to_pdf

JABATAN PERDAGANGAN
PROGRAM DRM

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI
2/2021
E-FOLIO

RUKUN NEGARA & RETORIK ATAU PENGHAYATAN

NAMA AHLI DAN NO. MATRIK

1. MUHAMMAD IZZAT FARUQ BIN ROBAEDI (23DRM21F2035)
2. MUHAMMAD LUQMAN BIN HAFANDI (23DRM21F2024)

NAMA PENSYARAH: DR. NORHAYATI FATIMI BT TALIB

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 4
5
PENGENALAN 6
DEFINISI RUKUN NEGARA 7-8
PRINSIP RUKUN NEGARA 9

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

KESAN MENGABAIKAN 10-11
RUKUN NEGARA 12
13
DEFINISI RETORIK 14-15
JENIS-JENIS RETORIK 16
17
PRINSIP RETORIK & CONTOH

RUMUSAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi
dengan limpah dan kurnianya kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya.
E-folio ini merupakan salah satu kerja khusus di bawah subjek Penghayatan Etika dan
Peradaban
(MPU 21032). Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, kami ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pensyarah yang membimbing kami iaitu Dr. Norhayati Fatimi binti
Talib. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing
kami. untuk menyempurnakan kerja kursus ini.

Selain itu, jutaan terima kasih kepada rakan sepasukan saya iaitu Muhammad Luqman
bin Hafandi kerana memberikan kerjasama yang jitu dalam proses menyiapkan efolio
ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan dapat membuahkan hasil setelah sekian lama
meyiapkannya. Tanpa rakan sepasukan saya, tidak lengkaplah efolio ini. Tambahan pula,
pelbagai ilmu pengetahuan baharu yang kami peroleh dalam proses pembikinan efolio ini hatta
dapat dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang ingin menuntut ilmu.

Akhirul kalam, terima kasih juga kepada pihak-pihak yang sudi membantu sama ada
lansung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini, kami berharap agar efolio ini memberikan
kesedaran kepada mereka yang memandang enteng terhadap Rukun Negara dan dapat
mengimplimenrasikannya kedalam kehidupan seharian.

PENGENALAN

Kami akan mengupas serba sedikit tentang beberapa aspek mengenai rukun negara dan retorik atau penghayatan. Tuntasnya kita sebagai rakyat malaysia
yang cakna sudah tentu ahli tentang rukun negara. Pembentukan negara yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara seantero dunia hatta kaya
dengan kecintaan patriotisme, kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya dilihat memalui etika dan peradaban sesebuah negara itu. Rukun Negara adalah
ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Pakar Bahasa Melayu Prof Dato Dr Teo Kok Seong mengatakan bahwa sebenarnya prinsip-prinsip Rukun
Negara sebenarnya diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih dahulu berjaya menyatukan kepelbagaian yang wujud di Indonesia.
Akibat daripada peristiwa ini, kerajaan telah mengambil langkah tegas serta jangka panjang untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya
tidak berulang. Berikutan itu, Majlis Perundangan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29
Januari 1970. Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara
diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang-
undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pendoman kepada seluruh rakyat Malaysia
yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Seterusnya melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia
yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

Retorik (daripada akar bahasa Yunani: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan.
Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan
retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual. Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan tergolong dalam trivium. Dalam
zaman purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya
sastera. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam
dan politik, seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan
berpersatuan dan kebebasan politik. Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan
kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina.

DEFINISI RUKUN NEGARA

• Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. la
adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup
bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan
dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek
kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu
doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi
keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

• ldeologi negara ini menggariskan lima prinsip yang
lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia,
dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun
Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat
Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai
kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

PRINSIP RUKUN
NEGARA

KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN

KESETIAAN
KEPADA RAJA
DAN NEGARA
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG

KESOPANAN
DAN
KESUSILAAN

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• Rakyat malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama.
• Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai murni yang tidak melakukan jenayah atau kejahatan yang lain.
• Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaaan lain boleh

diamalkan dengan aman.
• Dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadaan agama atau kepercayaan kukuh terhadapnya akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu

bangsa dan negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• Berdasarkan sistem Demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
• Sistem beraja juga di amalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
• Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan negara yang tertinggi dan ia berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan setiap warganegara.
• Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatannya perlu diterima serta dipertahankan.
• Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.
• Prinsip ini menuntut kita bersama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN
• Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia, kesopanan dan kesusilaan adalah penting untuk hubungan antara satu sama lain.
• Ini dapat memelihara perilaku masyarakat dan berkembang sesuai dengan kepribadian bangsa dan nilai-nilai murni.

KEPENTINGAN SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN
RUKUN NEGARA Dengan pelbagai perbezaan di antara masyarakat yang tinggal di
Malaysia, sebuah ideologi kebangsaan diperlukan supaya dapat
menyatukan pemikiran dan melahirkan semangat cinta akan negara

MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM
Setiap warganegara perlu mendukung cita-cita dalam membentuk
satu negara yang bersatu tanpa mengira perbezaan kaum dan
kepercayaan masing-masing. Sikap hormat-menghormati harus
diamalkan dalam masyarakat.

MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK

Seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara yang
menjamin kebebasan hak asasi warganegara asalkan tidak
melanggar undang-undang negara serta batasan agama.

KESAN Majoriti rakyat Malaysia memandang enteng, hatta tidak
MENGABAIKAN memperdulikanlangsung tentang prinsip Rukun Negara yang sudah lama
RUKUN NEGARA diimplimentasikan sejak zaman pasca merdeka lagi oleh nenekmoyang kita.
Malangnya, kebanyakan kita, hanya mengenal Rukun Negara sekadar prinsip semata-
mata. Kita telah mengabaikan falsafah kebangsaan ini terlalu lama. Hasilnya, kita
sendiri tidak tahu teks penuh Rukun Negara apatah lagi mahu menghayatinya.

Pengabaian terhadap Rukun Negara telah menzahirkan implikasi yang negatif
khasnya dalam tatacara kehidupan masyarakat. Pelbagai tingkah laku negatif dan
kebejatan moral berlaku kerana kita tidak berpegang teguh kepada ideologi yang
dicipta khas untuk rakyat Malaysia ini. Lihat sahaja pada awal pembukaan tahun
2018 ini beberapa ketidakharmonian yang berlaku dalam masyarakat? Dari isu
sekecil membuang sampah hinggalah tidak menghormati institusi beraja. Kita sedang
mengalami krisis akibat pengabaian Rukun Negara dalam kehidupan masyarakat
majmuk. Kes membuang kerusi daripada tingkat atas pangsapuri yang telah
menyebabkan maut merupakan satu kes yang membuka mata kita terhadap perangai
jelik rakyat Malaysia. Kisah kerusi terbang ini telah membuka pekong masyarakat
kota yang telah menjadikan perkara membuang sampah daripada tingkat atas rumah
sebagai satu kebiasaan dalam kehidupan. Tidak tahu hendak dibandingkan dengan
apa, tetapi jika melihat haiwan di dalam zoo juga kita mencampakkan makanan
dengan sopan, tetapi apabila di kawasan perumahan, yang kita campakkan adalah,
sampah, kerusi, televisyen dan nilai kesopanan dan kesusilaan. Inilah yang membawa
kepada lahirnya manusia tidak sopan dalam kalangan warganegara.

Kedua, lihat pula bagaimana institusi beraja kita dijadikan bahan lawak oleh masyarakat Malaysia.
Penyebaran video Yang Maha Mulia sedang tidur dan kemudian dijadikan bahan jenaka dalam suatu pengucapan awam
dengan jelas sekali menunjukkan bahawa prinsip kesetiaan kepada raja dan negara telah ditanam dalam tanah setinggi
tujuh kaki dan dibacakan talkin. Kemurkaan Yang Maha Mulia ternyata langsung tidak mengundang rasa kesetiaan
dalam kalangan masyarakat yang lain kerana kita sudah tidak lagi menghayati betapa pentingnya raja sebagai simbol
kemegahan negara ini yang menyanjung tinggi semangat Raja Berpelembagaan. Inilah kesannya akibat mengabaikan
Rukun Negara.

Ketika usaha Rukun Negara mukadimah perlembagaan dijalankan, terdapat segelintir pihak yang takut
sekiranya, Rukun Negara wujud dalam perlembagaan maka wujudnya masyarakat yang liberal dan progresif yang akan
menuntut hak mereka. Sedangkan liberal yang dimaksudkan ialah tradisi yang liberal dan masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dalam kehidupan. Ketakutan mereka terhadap dua perkataan ini mungkin atas rasa untuk
mengawal agama dalam kehidupan bermasyarakat. Tetapi adakah agama telah dihayati dengan sepenuh hati pada
dewasa ini? Berita yang sangat mengejutkan apabila dilaporkan seorang wanita tidak menutup aurat dengan
sempurnadipukul di khalayak ramai oleh seorang lelaki.

Benar, satu tidak mewakili semua, tetapi kenapa perkara sebegini berlaku walaupun kita tidak dipengaruhi oleh
golongan yang liberal dan progresif yang kita takuti tadi? Ini kerana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-
undang tidak menjadi pegangan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Maka mereka bertindak menghukum dengan
cara sendiri. Mereka adalah penjalan hukuman kononnya. Mereka lupa bahawa negara berdaulat ini, didirikan dengan
Perlembagaan yang cukup matang, dan undang-undang kita bertujuan untuk mengawal dengan sopan tingkah laku
manusia. Kenapa perlembagaan dan undang-undang diabaikan? Jawapannya mudah. Ini kerana mereka tidak
menghayati Rukun Negara dalam kehidupan mereka sebagai rakyat Malaysia.

Selagi kita masih lagi bersifat menolak dan mengabaikan Rukun Negara, kita tidak akan mampu mencapai
matlamat yang pertama, iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia. Kita
masih lagi terperangkap dengan dakyah-dakyah perkauman yang menghalang kita untuk terus bersatu dan maju. Selagi
kita semua tidak menjadikan matlamat Rukun Negara yang pertama ini sebagai jalan hidup kita ke arah mewujudkan
sebuah bangsa Malaysia yang bersatu, selagi itulah, kita tidak akan berjaya mencapai perpaduan yang membawa kepada
kesejahteraan. Oleh yang demikian, janganlah kita lupakan falsafah kebangsaan ini. Mungkin Rukun Negara tidak
sesuai dijadikan mukadimah dalam perlembagaan Malaysia, tetapi Rukun Negara perlu diberi satu akta khas supaya ia
tidak lagi diabaikan baik oleh golongan pemerintah mahupun masyarakat. Percayalah, sekiranya Rukun Negara
diamalkan dengan baik, diamalkan dengan cara mengikuti prinsip-prinsipnya untuk mencapai segala matlamat Rukun
Negara, Malaysia pasti akan menjadi lebih baik.

• Retorik (drpd akar bahasa Yunani:

ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru)

merupakan seni atau teknik

memujuk melalui bahasa lisan,

visual atau tulisan. Definisi retorik

sudah diperluas sejak retorik DEFINISI
RETORIK
dijadikan satu bidang kajian di

universiti. Oleh itu, retorik klasik

(iaitu yang didefinisikan di atas)

berbeza dengan retoik

komtemporari yang turut

melibatkan analisis teks tulisan

dan visual.

RETORIK PEMUJUKAN

RETORIK PEMERIAN

RETORIK PENCERITAAN

RETORIK PENGHUJAHAN JENIS-JENIS
RETORIK

RETORIK PENDEDAHAN

RETORIK PEMERIAN • Retorik pemujukan merupakan retorik RETORIK PENCERITAAN
pengaruhan.
• Pemerian disebut juga pelukisan – • Pemujukan digunakan untuk mengubah • Retorik penceritaan digunakan untuk
pemikiran, kepercayaan dan perlakuan pihak menyampaikan cerita atau kisah, tentang
memberikan gambaran visual tentang yang menjadi sasaran. peristiwa atau kejadian.
sesuatu dengan • Retorik pemujukan boleh terdiri daripada • Seringnya digunakan dalam penulisan prosa
menggunakan kata-kata. pemujukan rasional dan pemujukan tidak seperti cerpen, novel, autobiografi, biografi,
• Pemerian ialah proses memindahkan rasional. hikayat, diari, drama, lipur lara, dan contoh
pengamatan dan pemerhatian kepada • Pemujukan rasional bersifat intelek, lebih berbentuk cerita dalam wacana tertentu.
khalayak. dikenali sebagai penghujahan, sebaliknya • Penceritaan terbahagi kepada:
• Retorik ini berhubung dengan pemujukan • Penceritaan fakta – memaparkan kebenaran
pemerihalan sesuatu objek atau perkara tidak rasional bersifat emosi, dikenali sesuatu atau menjelaskan realiti
dengan penjelasan atau sebagai pemujukan emotif. • Penceritaan fiksyen – menggambarkan
huraian dengan lengkap sebagaimana • Retorik pemujukan lebih dimaksudkan kebenaran universal berdasarkan ilusi dan
kewujudan atau keadaannya yang sebenar. kepada pemujukan tidak rasional atau imaginasi
• Dengan penjelasan dan huraian yang pemujukan beremotif. • Retorik penceritaan harus mempunyai
jelas, khalayak dapat membayangkan • Pemujukan ini merayu atau memainkan permulaan, konflik, klimaks (kemuncak) dan
sesuatu yang perasaan (gembira, duka, gerun, rasa pengakhiran.
digambarkan seperti khalayak melihat atau bersalah, belas kasihan, marah, cinta, benci, Contohnya: Boleh dikatakan saya menggunakan
mengalaminya sendiri. dan sebagainya). Dengan memain-mainkan sebahagian besar masa saya di Dewan Bahasa
Contohnya: Teman saya, Shaharin Ismail, perasaan itu, kepercayaan dan kelakuan dan Pustaka.
masih bujang, berusia pertengahan 20-an, pendengar atau pembaca diharapkan dapat Selain itu, saya selalu berlegar-legar di kedai-
mempunyai paras seperti seorang bintang berubah kedai buku, muzium, Arkib Negara, universiti-
filem China. Kulitnya putih, tingginya 1.7 Contohnya: Perasaan takut: universiti dan menghadiri pameran seni atau
meter, dan beratnya 68 kilogram. Jikalau adik tidak mahu mandi, nanti anjing seminar di mana-mana. Jikalau saya ke DBP,
Rambutnya ikal, sentiasa disikat dengan gila akan menggigit punggung adik. biasanya saya tiba di sana pukul 9.00 pagi. Saya
rapi mengikut fesyen rambut Mahmud Jun. Perasaan benci: menggunakan masa saya untuk berinteraksi dan
Ketika berjalan, langkahnya nampak yakin “Kita semua mesti membantah rancangan berbual-bual dengan rakan-rakan. Kemudian
dan tidak terburu-buru. itu. Jalan raya itu dibina melalui tanah milik saya ke tingkat lima, dan dari sana saya turun
kita. Tidakkah dari satu tingkat ke satu tingkat,
sakit hati kita melihat orang lain senang- dari satu meja ke satu meja, hinggalah ke bawah.
senang lalu di situ setiap masa, sedangkan Saya berbincang tentang seni, sastera dan
tanah itu milik kita?” budaya,
tentang buku saya dan berbagai-bagai hal dengan
RETORIK PEMUJUKAN editor, penulis dan siapa sahaja atau menghadiri
sesuatu yang dianjurkan di sini. (Autobiografi A.

RETORIK PENDEDAHAN RETORIK PENGHUJAHAN

• Retorik ini dikenali juga sebagai retorik • Retorik penghujahan merupakan bentuk
penjelasan. pemujukan rasional atau yang bersifat intelek.
• Pendedahan ialah proses mendedahkan, • Retorik ini berbeza daripada pemujukan dari segi
menghuraikan, menyingkap, dan memaparkan cara pengaruhan yang dilakukan.
atau menunjukkan sesuatu perkara dengan jelas • Pemujukan secara penghujahan memberi
dan terperinci supaya pembaca mengetahui dan peluang kepada khalayak untuk membuat
memahaminya. pertimbangan sendiri berasaskan fakta yang
• Pendedahan dilakukan secara pentakrifan, dikemukan.
percontohan, pencerakinan, pengelasan, • Pemujukan dengan mengambil kira pihak yang
perbandingan, sebab dan akibat, dan sebagainya. satu lagi mempunyai pendapat yang perlu
• Pendedahan dilaksanakan untuk memberitahu, dihormati walaupun pihak itu harus dipengaruhi.
menyatakan dan menghuraikan atau menjelaskan • Penghujahan digunakan dalam perbicaraan,
sesuatu perkara secara berkesan. perbahasan, forum, serta penulisan kertas kerja,
• Bersifat objektif, tepat dan jelas. kajian ilmiah, dan tesis.
• Pendedahan tidak mengandungi emosi dan • Penghujahan dikemukakan dengan bukti, dalil,
pandangan peribadi. dan alasan yang munasabah dan dapat
Contohnya: Pendedahan secara pentakrifan dan diterima.
pencerakinan. • Tiga unsur penting dalam penghujahan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kenal huruf? • Tesis – dakwaan, pendapat atau idea utama yang
Setakat ini terdapat berbagai-bagai pengertian hendak dipertahankan.
yang dikemukakan untuk menerangkan konsep • Premis - alasan atau bukti yang dikemukakan
tersebut. Definisi klasik mengenalkan kenal huruf untuk menyokong atau mempertahankan tesis.
dalam konteks domain budaya tinggi dan tidak • Khalayak – pihak yang perlu diyakinkan tentang
mengaitkannya dengan situasi awam. Ada definisi kenyataan tesis.
lain yang mengaitkannya dengan aspek kehidupan • Penghujahan dilakukan untuk meyakinkan
sehari-harian yang lebih praktis untuk mengakui khalayak tentang kebenaran sesuatu.
keperluan sosial yang berubah-ubah. • Penghujah membenarkan khalayak membuat
Pada asasnya kenal huruf dapat dibahagikan pertimbangan dan keputusan sendiri atau
kepada tiga jenis. Pertama ialah kebolehan untuk bersetuju berdasarkan fakta yang diberikan. Oleh
membaca dan menulis iaitu kemahiran yang mesti itu, dalam penghujahan tiada paksaan dan
dipelajari oleh setiap anggota masyarakat jika gesaan seperti yang dilakukan oleh pemujukan
mereka mahu menceburkan diri dalam bidang tidak rasional.
pekerjaan yang sederhana dan maju, mendapat
layanan serta perlindungan yang adil…

RUMUSAN

Mutakhir ini, rukun negara hanya dilihat sebagai prinsip dan
dilafazkanserta ikrar tanpa penghayatan yang kukuh dalam peribadi
setiap warganegara Malaysia. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia
yang cakna serta prihatin perlulah memainkan peranan dalam
mengamalkan serta menunjukkan prinsip murni kepada masyarakat
supaya masyarakat dapat bersatu padu, hidup muhibbah tanpa melihat
warna kulit. Selain daripada itu, perpaduan ini dapat memacu
ekonomi negara ke pringkat yang lebih maju dan merealisasikan
kemapanan politik dalam pemerintahan negara serta bersifat liberal
dan demokratik. Di samping itu, penggunaan bahasa yang baik juga
penting dalam komuniti yang berbilang kaum. Mengamalkan rukun
negara serta penggunaan bahasa atau pertuturan yang baik akan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira
kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.
Melalui perpaduan kita dapat membantu negara mempertingkatkan
dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan
politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik

RUJUKAN

1)http://www.kumpulansejarah.my.id/2016/06/sejarah-
pembentukan-rukun-negara-di.html
2)https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
3)https://rukunnegaradkm5c.blogspot.com/2021/12/definisi-
rukun-negara_6.html
4)https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html
5)https://www.malaysiakini.com/letters/409978
6)https://pppnukm.files.wordpress.com/2016/01/retorik.pdf


Click to View FlipBook Version