PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUET
FESTIVAL RANCAK SENI
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
KELOLAAN:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEMPORNA
ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
1
FESTIVAL RANCAK SENI
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
1. MATLAMAT
Penganjuran festival ini melibatkan pertandingan-pertandingan yang merangkumi
semua aspek dalam seni persembahan tradisional dan moden. Penglibatan murid-
murid dalam festival dan pertandingan- pertandingan yang diselaraskan ini memberi
pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap seni budaya dari pelbagai bidang
kesenian kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.
2. RASIONAL
2.1 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang
berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang;
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan di peringkat sekolah secara terancang;
2.4 Sejajar dengan Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021-2030, seni
adalah pelengkap kepada hidup berkualiti seperti yang dinyatakan oleh
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed (2018), “Tidak ada
negara yang boleh mengaku sudah menjadi negara bertamadun tanpa ada
nilai seni tersendiri...”. Sehubungan dengan itu, PPSK dirancang untuk
memperbanyakkan program wajib di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
seperti berikut:
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.0 (d) Menjalankan 18 program kesenian wajib MAKES dipelbagai
peringkat;
2.5 PPSK juga menyarankan bahawa setiap sekolah perlu mempunyai satu
kebitaraan seni bagi menyemarakkan seni di sekolah dan mencungkil bakat
dan potensi murid dalam bidang kesenian seperti berikut:
2
TERAS 1: Seni Untuk Semua
1.3.1(b) Setiap sekolah mempunyai satu (1) kebitaran seni dengan:
1.3.1(c) Pihak pentadbir sekolah boleh memilih kebitaraan sekolah
berpandukan modul kesenian dan kekuatan serta minat murid
dalam program kesenian;
1.3.1(d) Mewajibkan penubuhan Kelab/Persatuan/Badan Beruniform yang
berasaskan seni persembahan; dan
1.3.1(e) Mewajibkan satu (1) aktiviti kesenian dalam program khas seperti
pertandingan kesenian.
3. OBJEKTIF
3.1 Menyediakan platform pameran bakat yang lebih besar di peringkat
kebangsaan kepada murid-murid sekolah di setiap negeri untuk mengasah
dan serlahan bakat dalam pelbagai cabang seni persembahan;
3.2 Menggalakkan murid kekal berkarya dalam mendepani cabaran pandemik
Covid-19 sebagai usaha menyemarakkan aktiviti kokurikulum dalam seni
persembahan dalam kalangan murid KPM;
3.3 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi bagi
menyediakan seni persembahan secara dalam talian; dan
3.4 Menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap elemen
Love, Respect, Happiness and Humanity (LR2H) dalam pendidikan dan
meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid.
3
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUO SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
1. MOD PROGRAM
1.1 Pertandingan Peringkat Negeri;
1.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat negeri
melalui pemilihan di peringkat daerah;
1.3 Secara dalam talian (penghantaran video rakaman);
1.4 Video yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu dimuatnaik
keakaun youtube oleh penyelaras PPD masing-masing;
1.5 Kos penyediaan video adalah ditanggung oleh pihak sekolah atau
peserta;dan
1.6 Penghantaran penyertaan video diperingkat kebangsaan adalah melalui link
yang disediakan oleh JPN dengan melampirkan salinan link youtube oleh
pegawai penyelaras di PPD masing-masing.
2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga
Tahun 6) dan menengah (Ting. Peralihan hingga Ting.6) sekolah kerajaan /
bantuan kerajaan ;
2.2 Jumlah penyertaan setiap negeri 6 orang (maksima) melibatkan DUA
Kategori ( 6 orang SR dan 6 orang SM) :
2.2.1 Kategori Sekolah Rendah
2.2.1.1 Solo
2.2.1.2 Duo/Duet
2.2.2 Kategori Sekolah Menengah
2.2.1.1 Solo
2.2.1.2 Duo/Duet
2.2.3 Peserta/penyanyi DIBENARKAN untuk menyertai LEBIH daripada 1
Kategori.
2.3 Jumlah penyertaan ke peringkat negeri dan penyertaan sekolah-
sekolah bagi penyertaan peringkat daerah adalah seperti berikut:
PERINGKAT PPD
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu penyertaan untuk pemilihan
di peringkat daerah;
4
PERINGKAT NEGERI
Hanya DUA (2) iaitu Johan dan Naib Johan setiap kategori akan mewakili
daerah untuk dihantar ke penyertaan peringkat negeri. Pegawai Penyelaras di
PPD perlu memuatnaik link video youtube secara unlisted kepada pihak
pengelola / JPN.
3. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT AM
PERTANDINGAN
3.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran pautan video Youtube (unlisted);
3.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja.
3.3 Penggunaan layar hijau (green screen) adalah TIDAK DIBENARKAN;
3.4 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan
dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan
adalah AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan resolusi
1080HD;
3.5 Dilarang meletakkan nama sekolah, daerah dalam video persembahan;
3.6 Nyanyian diiringi oleh Minus One sahaja;
3.7 Setiap wakil PPD/Sekolah akan mempersembahkan sebuah lagu
mengikut kategori berikut:
3.7.1 Kategori Sekolah Rendah
3.7.1.1 Solo – 1 lagu; Tema: Juara Lagu
3.7.1.2 Duet/duo – 1 lagu; Tema: Irama Malaysia
3.7.2 Kategori Sekolah Menengah
3.7.2.1 Solo – 1 Lagu; Tema: 80 an dan 90 an
3.7.2.2 Duet/duo – 1 Lagu; Tema: Sepanjang Zaman
3.8 Lagu-Lagu hendaklah dinyanyikan dalam BAHASA MELAYU seperti yang
disenaraikan sahaja. (sila lihat lampiran)
3.9 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-
mana sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia;
dan
3.10 Di akhir rakaman, semua pelakon hendaklah mengucapkan slogan
#SeniUntukSemua bagi menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru
dan masyarakat
4. MASA PERSEMBAHAN
4.1 Masa persembahan yang diperuntukkan bagi setiap persembahan minima
3 minit dan tidak melebihi 5 minit (tidak perlu montaj persembahan)
5
5. ETIKA PAKAIAN
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian dengan lagu yang
dinyanyikan.
6. PEMARKAHAN
i. Keseluruhan - 100 markah
Mutu Suara (ton, pitch, dinamik) - 30 markah
Tempo - 20 markah
Sebutan - 10 markah
Kreativiti - 10 markah
Penghayatan - 10 markah
Gaya Persembahan - 10 markah
Kualiti Rakaman Audio Muzik & Vokal - 10 markah
7. KAEDAH PENJURIAN PERINGKAT NEGERI
7.1 Penyelarasan penjurian peringkat negeri akan dilaksanakan secara
Secara dalam talian untuk menilai 24 penyertaan mewakili PPD seluruh
Sabah.
6
8. PENGHAKIMAN
8.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan PPD pengelola selaku tuan
rumah dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Sektor
Pembangunan Murid.
8.2 Keputusan hakim adalah muktamad.
9. HADIAH CATATAN
Hadiah berupa trofi dan sijil
BIL PERKARA Hadiah berupa trofi dan sijil
1 JOHAN Hadiah berupa trofi dan sijil
2 NAIB JOHAN Hadiah berupa trofi dan sijil
3 TEMPAT KE-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 TEMPAT KE-4 Hadiah berupa trofi dan sijil
5 TEMPAT KE-5 Hadiah berupa trofi dan sijil
6 SOLO TERBAIK SEKOLAH RENDAH
7 SOLO TERBAIK SEKOLAH MENENGAH
7
10. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
PERINGKAT PPD
Tertakluk kepada perancangan pelaksanaan PPD masing-masing. Perserta
dimohon untuk meghubungi pegawai meja di Sektor Pembangunan Murid PPD
masing-masing untuk keterangan lanjut.
(Borang penyertaan ada dilampirkan)
PERINGKAT NEGERI : 12 September 2022
Tarikh Tutup penyertaan : 15 September 2022
Tarikh Penjurian : 18 September 2022
Pengumuman Pertandingan
20 September 2022
Penghantaran peringkat Kebangsaan :
11. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
11.1 Setiap penyertaan persembahan solo/duet akan dinilai berdasarkan
kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan oleh panel juri yang
dilantik oleh pihak penganjur.
11.2 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dari
bantahan tidak akan dipertimbangkan.
12. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
1. Tuan Manja bin Abdul Kahal
TPPD SPM, PPD Semporna
Tel: 013-886 3432
2. Puan Betty Stephen
Pegawai Teknikal Negeri ( Nyanyian Solo)
Tel: 016-881 6616
8
LAMPIRAN
SENARAI PILIHAN LAGU:
KATEGORI SOLO (SEKOLAH RENDAH):
1. SEKADAR PINGGIRAN – FRANCISCA PETER
2. MENARUH HARAPAN – ZAITON SAMEON
3. KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM HATIMU – RAMLAH RAM
4. ISABELLA – SEARCH
5. JANJI MANISMU – AISYAH
6. TAKDIR DAN WAKTU – MEGA
7. PADA SYURGA DIWAJAHMU – NASH
8. TERATAI LAYU DI TASIK MADU – FAUZIAH LATIF
9. TANYA SAMA HUD-HUD – M. NASIR
10. CINTA BERALIH ARAH – AISYAH
11. JERAT PERCINTAAN – SITI NURHALIZA
12. CINDAI – SITI NURHALIZA
13. ANDALUSIA - M.NASIR
14. BALQIS – SITI NURHALIZA
15. MIMPI LAILA – YASIN
16. BUNGA-BUNGA CINTA – MISHA OMAR
17. RELAKU PUJUK – SPIDER
18. GEMILANG – JACLYN VICTOR
19. TERLALU ISTIMEWA – ADIBAH NOOR
20. LELAKI TERAGUNG – DAYANG NURFAIZAH
21. AWAN NANO – HAFIZ SHUIB
22. JAMPI – HAEL HUSAINI
23. SUMPAH – NAIM DANIEL
DUET/DUO ( SEKOLAH RENDAH)
1. PANDANG-PANDANG JELING JELING – SM SALIM DAN SITI NURHALIZA
2. GHAZAL UNTUK RABIAH – JAMAL DAN M.NASIR
3. SELASIHKU SAYANG – AHMAD JAIS DAN RAFEAH BUANG
4. LAGU ZAMAN – JAMAL, RAMLI SARIP DAN SISO
5. BAKAWALI – SITI NURDIANA/SYURA
6. DONDANG DENDANG – SITI NURHALIZA/NORANIZA IDRIS
7. HATI KAMA – SITI NURHALIZA/NORANIZA IDRIS
8. DOA BUAT KEKASIH – RAMLI SARIP/KHADIJAH IBRAHIM
9. SERI LANGKAT – JAMAL ABDILLAH / AMELINA
10. BAGAIKAN SAKTI – M.NASIR/SITI NORHALIZA
11. JOGET MALAYSIA – P.RAMLEE/SALOMA
12. BERGENDING DANG GONG- SM SALIM/SITI NORHALIZA
13. SATU – SM SALIM/ZAINAL ABIDIN
14. TENUNG TENUNG RENUNG RENUNG – SYURA/M.DAUD KILAU
15. GURINDAM JIWA- R.ISMAIL/RAFEAH BUANG
9
SOLO (SEKOLAH MENENGAH)
1. GERIMIS MENGUNDANG- SLAM
2. RINDU SERINDU RINDUNYA- SPOON
3. BORGENVILLA- SPRING
4. LENA DIULIT INTAN - WINGS
5. MERISIK KHABAR – SUDIRMAN
6. SUCI DALAM DEBU – IKLIM
7. TAMAN RASHIDAH UTAMA – WINGS
8. AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG – KHAIRUL IDLAN
9. ANGAN TAK SUDAH – JAY JAY
10. KEMBALI MERINDU – SLAM
11. DISUDUT KAMAR HATIKU – JAMAL ABDILLAH
12. KEKASIHKU DI MENARA – UKAYS
13. BILA RESAH – ANUAR ZAIN
14. CINTA KRISTAL- RAHIM MAARUF
15. MADAH BERHELAH – ZIANA ZAIN
16. KESETIAAN – SITI SARAH
17. SALAM BUAT KEKASIH – NADIA
18. JERAT PERCINTAAN – SITI NURHALIZA
19. HANYA SATU – NORA
20. SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA- LIZA HANIM
21. BILA KU RINDU KU SEBUT NAMAMU – SITI FAIRUZ
22. WAJAH SIAPA DIHATIMU- AZLINA AZIZ
23. CINTAKU HANYUT DILAUTAN SEPI – RAMLAH RAM
24. PERCAYALAH – SITI NURHALIZA
25. KU KUNCI RINDU BUATMU- IZLA
26. SELAMAT JALAN ROMEO- RAMLAH RAM
27. SETIAKU DI SINI – ZIANA ZAIN
28. TERINGIN – SHIMA
29. SETELAH AKU KAU MILIKI – SHIMA
DUET/DUO ( SEKOLAH MENENGAH)
1. SENJA NAN MERAH – AWIE/ELLA
2. DUA INSAN – EZAD/EVA
3. JANGAN MENANGIS SAYANG – SAPURA/ONE
4. DOA BUAT KEKASIH – RAMLI SARIP/KHADIJAH IBRAHIM
5. GURAUAN BERKASIH – SITI NORDIANA/SPIN
6. AKU CINTA – SYAMEL/ERNI
7. MEMORI DAUN PISANG – IWAN/AMELINA
8. LAGU JIWA LAGU CINTA- MAWI/M.NASIR
9. OMBAK RINDU- HAFIZ DAN ADIRA
10. IKATAN ASMARA – BABY SHIMA/FAIRUZ MISRAN
11. BALDU BIRU – AWIE/ELLA
12. SANDARKAN PADA KENANGAN – JAMAL ABDILLAH/ SITI SARAH
13. KEHEBATAN CINTA – JAMAL ABDILLAH/FRANCISCA PETER
14. TERHARU – MAWI/M.NASIR
15. BERIBU SESALAN-JACYLYN/NING BAIZURA/ SHILA AMZAH
16. RINDU SEPARUH NYAWA – NAQIU/VANESSA
10
LAMPIRAN A
SENARAI SEMAK PENGHANTARAN DOKUMEN PENYERTAAN
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUET PERINGKAT NEGERI 2022
BIL PERKARA ADA TIADA
(∕ ) (X)
1 BORANG PENYERTAAN PESERTA
2 BORANG KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA
MONTAJ INTRO
3
MONTAJ OUTRO
4
5 RAKAMAN VIDEO
6 GAMBAR BERUKURAN PASPORT
7 SKOR LAGU
11
LAMPIRAN B
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUO SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
PERINGKAT NEGERI 2022
PPD
PEGAWAI TEKNIKAL DAERAH
ALAMAT SEKOLAH
NO. TEL. SEKOLAH
NO. TEL. BIMBIT
NAMA GURU
NAMA
ALAMAT SEKOLAH
NO. TEL. SEKOLAH KAUM JANTINA PERANAN
NO. TEL. BIMBIT GURU
NO.KP M C I LL L P
BIL. NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
12
ITEM PERSEMBAHAN
TAJUK LAGU
DIAKUI BENAR OLEH :
TARIKH
13
LAMPIRAN C
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO/DUO
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022
BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Saya __________________________________________ ( ibu/bapa/ penjaga*) No. Kad
Pengenalan ______________________________membenarkan anak / anak jagaan saya
___________________________________________________ No. Kad. Pengenalan
________________________________menyertai Pertandingan.......................... Peringkat
Negeri Tahun 2022.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan : ...........................................
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh : ..............
Diisi oleh setiap peserta (murid yang mengambil bahagian)
*Potong mana yang tidak berkenaan.
14
15
16