The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dylora00.sa, 2022-04-27 10:33:02

SHARONA ANN JOHNY Tugasan 3 Penghasilan produk

SHARONA ANN Tugasan 3 Penghasilan produk

BMMB1134

TUGASAN 3: PENGHASILAN PRODUK

Halangan komunikasi dan isu dalam
keterampilan berbahasa

KETERAMPILAN BERBAHASA
(BMMB1134)

Disediakan oleh: Sharona Ann Johny BMSK4

1 PENGENALAN Muka surat KANDUNGAN
2 HALANGAN KOMUNIKASI
3 ISU KETERAMPILAN BERBAHASA 1
4 PENUTUP 5-7
5 RUJUKAN 8 - 11
12

13

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2017), komunikasi bermaksud
perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan seperti surat, radio, telefon
dan lain-lain. Manakala Dwyer (2005) berpendapat bahawa komunikasi merangkumi
setiap gerak-geri, ekspresi, perilaku, lisan, bukan lisan atau grafik yang digunakan
oleh seseorang dalam menyampaikan maklumat. Ia juga merangkumi empat aspek
yang saling berkait rapat semasa berkomunikasi iaitu sumber, mesej, penerima dan
maklum balas (Amir & Ahmad, 2016). Semasa berkomunikasi, seseorang itu
haruslah mempunyai keterampilan berbahasa iaitu kecekapan dalam menggunakan
bahasa dengan baik. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang
disampaikan kepada penerima dapat difahami tanpa berlaku perselisihan faham.
Secara keseluruhannya, komunikasi ialah suatu proses tentang cara seseorang itu
mencipta dan menyampaikan informasi bermakna melalui interaksi dengan individu
lain. Namun demikian, terdapat beberapa halangan dan isu yang menyebabkan
sesuatu komunikasi itu tidak berjalan dengan lancar.

1

2.0 HALANGAN KOMUNIKASI

Gangguan emosi
Maklum balas
Halangan semantik
Halangan fizikal
Halangan sosiologikal

2

Gangguan emosi

Emosi penghantar dan penerima kadang-kadang mempengaruhi
mkgCeeaosmknanuntaoruhmnhgaeakgianlaulgtamighf autsadeyniamaenaamgskoadasinhibaimeanrlteauanhcrgadggpaei.ngmidlAu,irntubetahrairdmayaaann.cgimrim-ecnairjniaadsiaekssaeenjoumrka,enmgsubaeitrruai

bergetar dan sebagainya. haruslah bijak untuk mengawal emosi
Tambahan pula, pengucap
sCmeoemnmtaobshuanabytear,ubpcieasnpingdguacnapbduahknaarnunbsyulaakhbaenmrneeymnagoaswimsaeelmceaamrraaohbsiei ralepabauibhdialiaenn.asudidenans

menyebabkan pergaduhan.

3

Maklum balas

Maklum balas adalah tindak balas atau reaksi penerima terhadap pesanan yang
disampaikan oleh pengucap.
Sesuatu komunikasi itu berkesan sekiranya disusuli dengan tindakan susulan
oleh penerima mesej iaitu maklum balas dalam bentuk seperti perbuatan,
tindakan, jawapan lisan, pergerakan anggota badan dan sebagainya.
Namun demikian, maklum balas ini boleh menjadi halangan komunikasi jika
seseorang mengganggu kita semasa berkomunikasi.

Contohnya, semasa seorang penceramah sedang menyampaikan ceramah di
sekolah, tiba-tiba seorang murid memberi maklum balas dalam bentuk soalan. Hal
ini akan mengganggu proses komunikasi tersebut kerana biasanya pengucap
akan memberikan peluang kepada pendengar untuk memberi maklum balas di
akhir ceramah dan bukannya di pertengahan ceramah.

4

Halangan semantik

Halangan semantik berlaku apabila salah satu penyampai atau
penerima maklumat kurang fasih dengan ayat, maksud, dan perkataan
yang digunakan.
Keadaan ini akan menyebabkan maklumat tidak disampaikan dengan
efektif kerana tahap kefahaman penerima berbeza dengan pemberi
maklumat.
Contohnya, pengucap menggunakan bahasa rojak iaitu penggunaan
bahasa yang bercampur seperti campuran bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu semasa berkomunikasi. Hal ini akan menyebabkan segelintir
pendengar yang kurang fasih dengan bahasa Inggeris tidak dapat
memahami informasi yang disampaikan.

5

Halangan fizikal

Halangan dari segi fizikal disebabkan oleh gangguan yang berlaku secara
langsung semasa proses komunikasi berlaku.
Gangguan ini akan menyebabkan maklumat yang disampaikan menjadi
kurang jelas atau tidak diterima sepenuhnya.
Antara halangan berbentuk fizikal ialah bunyi bising, bau busuk, keadaan
bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk dan lain-lain.
Misalnya, semasa seorang pengucap meyampaikan pengucapan awam di
sebuah dewan yang tertutup tanpa kipas, maka penerima akan terganggu
dan hanya menumpukan perhatian terhadap cara untuk menyejukkan
suasana dewan tersebut. Oleh itu, pendengar tidak dapat fokus kepada
informasi yang disampaikan.

6

Halangan sosiologikal

Halangan komunikasi dari aspek sosiologikal berlaku kerana adanya
perbezaan dari segi persekitaran budaya dan sosial seperti
perbezaan umur, bangsa, latar belakang pendidikan, taraf hidup dan
jantina.
Hal ini demikian kerana cara percakapan antara orang bandar dan
orang kampung sangat berbeza.
Sebagai contoh, apabila seorang doktor pergigian dari bandar yang
berbangsa India datang memberi ceramah di kampung, maka
penduduk kampung berkemungkinan tidak dapat menerima mesej
dalam ceramah tersebut kerana dokter tersebut menggunakan laras
bahasa yang berbeza serta dialeknya membuatkan para penduduk
kampung bertambah bingung.

7

Isu keterampilan berbahasa

Isu bahasa
Isu budaya
Isu media sosial

8

Isu bahasa

Bahasa melambangkan jati diri setiap individu, namun penggunaan bahasa
rojak mula berleluasa dalam kalangan bangsa Melayu pada masa kini seolah-
olah mereka tidak peduli terhadap identiti warganegara Malaysia.
Bahasa rojak adalah amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa
dalam satu pertuturan) yang serupa. Misalnya, percampuran bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris.
Contohnya, apabila ingin keluar bersama, anak muda selalu menggunakan
ayat "Guys, kita pegi mana nanti? nak pergi Shopping Mall?" dalam ayat ini,
terdapat percampuran kod bahasa Inggeris iaitu "Guys" dan "shopping mall".
Hal ini jelas menunjukkan bahawa generasi kini lebih gemar mencampur
adukkan bahasa berbanding menggunakan bahasa Melayu yang betul.
Oleh itu, isu bahasa dalam keterampilan berbahasa ini semakin ketara malah
penggunaan bahasa rojak ini sering digunakan di kaca television seakan-
akan menyeru rakyat untuk menggunakan bahasa Rojak.

9

Isu budaya

Seperti yang kita maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan bangsa.
Namun, kepelbagaian budaya ini telah mengakibatkan ketidakfahaman
dalam komunikasi antara orang yang berlainan budaya.
Rakyat Malaysia mempunyai pelbagai dialek yang digunakan mengikut
kawasan seperti dialek Kelantan ,Terengganu, Kedah, dan sebagainya.
Oleh itu, seseorang yang dibesarkan dalam kawasan tertentu akan
mengikut keadaan budaya sekelilingnya seterusnya bertutur dengan dialek
yang pekat menyebabkan keterampilan berbahasa mereka kurang jelas.
Contohnya, apabila orang Sabah berkata "Sia mo pigi kadai bah." kepada
orang Semenanjung, mereka tidak akan faham apa yang dikatakan oleh
orang Sabah tersebut kerana mereka tidak tahu akan bahasa Sabah yang
menjadi budaya orang Sabah.

10

Isu media sosial

Penggunaan bahasa rojak dalam media sosial semakin berleluasa
tMkeeertureetrakamamapnislyaeanridnagblaemrmbakehanalgasgnaugnasanekrpaeenmrtai jkaam.tae-nkgagtaunaykaanng
tidak menggambarkan
kata singkatan semasa

bC"TltOkdauoeaoeamljrnmentupkehatatoabrohnntamahemihdsmntuwuaiopynte,naesaiinlkyri,aapgapa"nlmpeusuymnktildeauaagdrana,kneginlgakKmuddhamknaaeaentadetlsasaaemime-oamnrkrdpbeaisnaaantkobapgnwgasaaalhaihkamtaniaennmloe.ssgabrnaaaaaatkgtnnahsgndgadumupasadnylaaanaaassmmnakeylugagdaecnarammmaarnhikpegkebaedinusrtdrigkdkaeatagaairldianutynsaamangpoakaesnmpkkkrieaaaieisrtrlnsnaaijnaagmhlgdalhaiankiheonradaduraotmtuinsaraanl.ntaaneistahrigo"joaosmladmtirawaaiinelyn"d.naugaeinaalpltaiatuatamiuktnui

nyata.

11

Penutup

Secara keseluruhannya, kita tidak dapat memisahkan komunikasi daripada kegiatan kita
seharian. Hal ini kerana komunikasi memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan
sesuatu maklumat, menambah ilmu serta mengeratkan hubungan melalui interaksi seharian.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan semasa kita menyampaikan komunikasi
dalam keterampilan bahasa. Namun demikian halangan-halangan tersebut tidak menghalang
kita daripada berkomunikasi dengan baik kerana setiap halangan tersebut boleh diatasi
dengan pelbagai usaha. Tambahan pula, isu keterampilan berbahasa semakin berleluasa
dalam kalangan generasi muda hari ini. Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah
memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi isu-isu ini agar generasi akan datang
lebih berketerampilan dalam menggunakan bahasa.

12

RUJUKAN

13

Sekian,
terima kasih.


Click to View FlipBook Version