The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dylora00.sa, 2021-11-08 09:07:34

PRODUK GKEB1072 SHARONA

PRODUK GKEB1072 SHARONA

GKEB1072 SHARONA ANN JOHNY
BM SK 4
P21074232

KEMAHIRAN BERFIKIR

KANDUNGAN

PENGHARGAAN Muka Surat
1

1.0 PENGENALAN

2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR 2
3.0 JUSTIFIKASI PEMILIHAN ALAT BERFIKIR 3
4.0 PEMILIHAN ALAT BERFIKIR 4
5
5.0 PENUTUP 6

RUJUKAN

7

PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan atas berkat dan karunia-Nya, saya dapat
menyelesaikan tugasan untuk kursus Kemahiran Belajar dalam masa yang
ditetapkan. Selain itu, sekalung penghargaan dirakamkan kepada Puan
Jaslinah Makantal selaku pensyarah saya untuk kursus ini di bawah kod
GKEB1072. Beliau telah meluangkan banyak masa untuk memberi tunjuk ajar
dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Ucapan
setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya terutama sekali ibu
saya yang telah banyak membantu saya untuk melaksanakan tugasan ini dari
segi mental, fizikal, kewangan serta rohani. Kepada semua rakan
seperjuangan saya dalam pengajian ini, saya sangat berterima kasih atas
tunjuk ajar, maklumat dan dorongan yang diberikan semasa proses
pelaksanaan tugas ini. Kerjasama kalian tidak akan saya lupakan.

Sekian dan terima kasih.




11

1.0 PENGENALAN

Berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang (Yee et al., 2009). Hal ini menjelaskan
bahawa kemahiran berfikir bergantung kepada kebolehan seseorang individu untuk
menggunakan potensi kecerdasan otak dan akal fikiran bagi menyelesaikan
permasalahan. Menurut Leming (1989) pemikiran ialah proses luar biasa yang
digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Proses ini
memerlukan penggunaan minda sama ada untuk mencari pemahaman terhadap
sesuatu atau membuat pertimbangan untuk menyelesaikan masalah. Jika
seseorang itu dapat berfikir dengan baik, maka dia akan cekap dalam
menyelesaikan segala permasalahan melalui penyusunan informasi. Oleh itu, kita
haruslah menguasai kemahiran berfikir agar mampu membuat pertimbangan
secara logik dan rasional.

2

2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir mempunyai kepentingan untuk membuat pertimbangan dan
penilaian tentang kebaikan dan keburukan sesuatu amalan. Selain itu, kemahiran ini
juga membantu individu untuk menggunakan bahasa yang baik dan menghasilkan
pandangan yang kritis dan kreatif. Di samping itu, kemahiran ini dapat mengembangkan
dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir penting dalam proses meningkatkan keupayaan menangani masalah
kerana melaluinya kita dapat berfikir secara logik dan menggunakan pengetahuan sedia
ada dengan lebih produktif. Tambahan pula, kita sering melakukan kesilapan berfikir
terutamanya dalam membuat keputusan sesuatu masalah seperti berfikir secara
terburu-buru dan berfikiran sempit. Oleh itu, kita haruslah menguasai kemahiran berfikir
agar kita akan dapat menjalankan kehidupan yang baik dengan memikirkan
penyelesaian yang terbaik bagi masalah yang kita hadapi.

3

0.3 JUSTIFIKASI PEMILIHAN ALAT BERFIKIR

Alat kemahiran berfikir yang saya pilih ialah peta minda. Penciptaan peta
minda bermula pada akhir tahun 1960-an oleh Tony Buzan yang kini telah
digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Menurut Tee et al. (2009), peta
minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian
tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk
menggambarkan idea-idea penting dengan cabang-cabang kecil sebagai
huraiannya. Selain itu, peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej
ringkas. Oleh itu ia akan berfungsi dengan pantas dan berkesan dalam aktiviti
imbas kembali kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah ditulis. Setiap
kali seseorang ingin mengembangkan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta
minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan
idea baru berkembang dengan baik. Hal ini kerana menurut Buzan (2003), peta
minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang
pembelajaran dan pendidikan. Oleh itu, jelaslah bahawa peta minda sebagai alat
berfikir dapat memberikan kefahaman lebih berkesan terhadap sesuatu pelajaran.

4

4.0 PEMILIHAN ALAT BERFIKIR

5

5.0 PENUTUP

Widad dan Kandar (2006) menyatakan bahawa peta minda adalah
alat berfikir yang sangat berguna. Peta minda memberi banyak kebaikan
dan kepentingan kepada penggunanya. Oleh itu, penggunaan peta minda
dapat diaplikasikan sebagai alat kemahiran berfikir bagi memudahkan
individu itu berfikir dengan cekap untuk menyelesaikan masalah. Hal ini
dapat dibuktikan melalui kajian lepas yang dilakukan oleh Ang dan Ong
(2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda
dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan
yang lebih baik. Tegasnya, peta minda harus diamalkan oleh semua
orang semasa berfikir kerana pengurusan peta minda menggambarkan
bagaimana otak manusia mengurus idea.

6

RUJUKAN

7


Click to View FlipBook Version