The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wadnans, 2016-01-04 23:39:54

MODUL P1

MODUL P1

Standard 1.0 Memahami Pengaturcaraan
kandungan:

Standard 1.1 Menyatakan kegunaan atur cara komputer

pembelajaran: dalam perkakasan harian.

Masa: 60 minit

NOTA RUJUKAN

Apa itu atur cara?

Atur cara adalah satu senarai arahan atau
tatacara untuk diikuti supaya sesuatu matlamat tercapai.

Contoh 1 : Set atur cara memain DVD
Pilih DVD yang ingin ditonton.

Pastikan televisyen dan pemain DVD telah dipasang.
Klik pada butang open untuk mengeluarkan tray DVD.

Letakkan DVD pada tray dan klik butang close.
Pilih play pada paparan menu.

Jika semua langkah-langkah untuk memainkan DVD
telah diikuti, tetapi masih gagal untuk ditontoni.
Mengapa? Bincangkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid biasa menggunakan perkakasan digital dalam aktiviti
seharian

KEPERLUAN PERKAKASAN

1) Model mesin basuh 5) sticky note
2) Model televisyen 6) manila kad
3) Model microwave
4) Model DVD

AKTIVITI 1

Dunia Mesin

Aktiviti drama/ main peranan

Arahan: Murid dipilih untuk melakonkan watak yang berikut:
i) Watak utama ( Amir )
ii) Watak kedua (Ibu Amir)
iii) Mesin basuh
iv) Televisyen
v) Ketuhar gelombang mikro
vi) DVD

Contoh situasi :

Pada suatu hari, ibu Amir meminta Amir untuk melaksanakan
kerja rumah iaitu membasuh kain dan memanaskan makanan.
Ibu Amir hendak pergi menziarahi jiran yang kurang sihat.

Contoh dialog:

Ibu: Amir..Amir…bangun nak.
Amir: Awalnya ibu kejutkan Amir. Kenapa ibu?
Ibu: Amir….ibu nak pergi melawat makcik Kiah sebentar. Amir
tolong basuhkan kain dan panaskan lauk untuk makan tengahari
nanti ye.
Amir : Baiklah ibu…nanti amir buat ya.
(Ibu pun pergi menziarahi makcik Kiah. Amir terus bangun dan
bersiap. Setelah menikmati sarapan pagi, Amir mula
melaksanakan tugas yang telah dipesan oleh ibu.)

Amir: Hurmmm…banyak sungguh baju yang hendak dibasuh hari
ini.

(Amir pun memasukkan baju ke dalam mesin basuh….Tiba-
tiba…)

Amir: Aikkk….kenapa dengan mesin basuh ni? Tak boleh berfungsi
seperti biasa. Apa masalahnya pula? Terpaksalah membasuh
dengan tangan.

(Amir pun membasuh semua kain tersebut dengan menggunakan
tangan. Setelah selesai membasuh dan menyidai baju, perut Amir
terasa lapar. Amir segera pergi ke dapur untuk memanaskan lauk)

Amir: Laaa…kenapa pula dengan microwave ni? rosak juga ke?
makan makanan sejuk la nampak gayanya hari ini.

(Selesai makan tengahari, Amir ingin merehatkan badan dengan
menonton televisyen)

Amir: Eh! Eh!...kenapa dengan tv ni pula? Malam tadi elok je
terpasang, tengahari ni dah rosak pula. Huhu…apa la nasib saya
hari ini.

Langkah 1 : Murid yang telah dikenalpasti melakonkan watak
dalam situasi tersebut.

Langkah 2 : Setelah selesai lakonan, murid dikehendaki
memberikan pengajaran / moral daripada cerita tersebut.

(Moral: Peralatan digital yang mengandungi atur cara komputer
sangat penting dalam membantu memudahkan tugasan
seharian)

Langkah 3 : Dalam kumpulan, murid membincangkan kesan jika
tiada atur cara komputer di dalam perkakasan harian yang
terdapat dalam lakonan tadi.

Langkah 4: Murid menulis kesan jika tiada atur cara komputer
dalam perkakasan harian atas kertas pelekat dan tampal di atas
kad manila di papan kenyataan.

Contoh jawapan murid:

Mesin basuh automatik membantu memudahkan kerja
manusia untuk membasuh, membilas dan mengeringkan
pakaian.

Sekiranya tiada arahan komputer dalam mesin basuh
automatik tersebut, manusia perlu melakukan semua kerja
tersebut secara manual.


Click to View FlipBook Version