Kata Banyak Makna
Maahad Al Quran Ar Rafiq
Kota Damansara
18 September 2021
Apakah ia?
Sesuatu perkataan itu mempunyai beberapa
makna yang berlainan mengikut konteks ayat.
Juga dikenali sebagai polisim.
1) Akal
a) Fikiran:
• Sebelum membuat sesuatu keputusan, kita mestilah
menggunakan akal agar tidak salah membuat pilihan.
b) Muslihat, tipu helah:
• Panjang sungguh akalnya dalam memberi alasan untuk
tidak menghadiri kelas Bahasa Melayu.
2) Alamat
a) tanda:
• Langit mendung alamat hendak hujan.
b) tempat tinggal:
• Ali memberikan alamat baharu kepada sepupunya.
• Saya datang ke sini berpandukan alamat ini.
3) Ambang
a) Waktu sebelum kejadian:
• Setiap tahun bulan Disember adalah bulan di ambang
tahun baharu.
b) Kayu palang antara dua tiang, pintu atau jendela:
• Layang-layang adik tersangkut pada ambang pintu.
4) Baharu
a) Tidak ada sebelumnya:
• Bangunan pencakar langit itu baharu dibinanya.
b) Moden:
• Banyak barang ciptaan baharu yang memudahkan
pengguna.
4) Baharu
c) Segar:
• Sayur-sayuran itu baharu dipetik oleh ayah di kebun.
d) Sebentar, sekejap:
• Abang baharu pulang dari pusat vaksinasi.
5) Baik
a) Berfaedah, bagus, elok:
• Buku-buku itu baik untuk dibaca.
b) Sembuh, pulih:
• Kecederaan kaki Harun telah baik.
5) Baik
c) Sesuai:
• Kasut itu baik untuk Hakim.
d) Sangat rapat:
• Hubungan Ali dan Umar sangat baik.
e) Tidak jahat:
• Sikap Imran yang baik menyebabkan dia disenangi
rakyat.
6) Bantai
a) Sembelih:
• 10 ekor lembu dibantai pada hari raya qurban.
b) Pukul:
• Peragut itu dibantai oleh orang awam.
c) Makan:
• Sebaik sahaja makanan itu telah dihidang, para tetamu
mula membantai.
7) Belenggu
a) Gari:
• Polis belenggu tangan pencuri itu.
b) Kongkongan:
• Negara di bawah belenggu penjajah sukar untuk
membat keputusan.
8) Bangkit
a) Jaga daripada tidur:
• Kazim bangkit jam 5 pagi.
b) Hidup kembali:
• Pada hari kiamat, kesemua mahluk akan dibangkitkan
semula.
8) Bangkit
c) Naik (adunan):
• Kek itu bangkit dengan elok setelah siap dibakar oleh
Yusry.
d) Terbit:
• Akibat diejek, kemarahan Joe mula bangkit.
8) Bangkit
e) Sedar untuk bergerak:
• Anaknya bangkit dari hidup kemiskinan.
f) Berdiri daripada duduk:
• Maisara bangkit setelah diajukan soalan kepadanya.
9) Bekas
a) Pernah menjadi:
• Ayah Mohsin bekas tentera.
b) Tempat menyimpan sesuatu:
• Ibu meletakkan gula di dalam bekas kaca di atas rak.
c) Kesan atau tanda:
• Terdapat bekas tapak kasut di hadapan rumahnya.
10) Cetek
a) Kurang ilmu pengetahuan:
• Rakyat di negara itu masih cetek dalam ilmu
teknologi.
b) Tidak dalam :
• Air di Sungai Furaat semakin cetek.
11) Dalam
a) Luas pengetahuan:
• Shahrul mempunyai ilmu pengetahuan yang dalam
dalam bidang teknologi.
b) Tidak cetek :
• Air di dalam perigi di belakang rumah atok masih
dalam.
11) Dalam
c) Selama atau tempoh:
• Kuiz itu dilaksanakan dalam masa sejam.
b) Keadaan:
• Nenek dalam keadaan sihat sewaktu kami
menziarahinya.