INTERNATIONAL
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME
(HIP)CARNIVAL PPD TUARAN
- 2022 -
Majlis Perasmian Penutupan
15 November 2022 ( Selasa)
2.00 — 4.00 PM
Perasmi : YBhg Datuk Tah Nia binti Haji Jaman
PUSAT KEBUDAYAAN RUMPUN BAJAU SAMA
TUARAN SABAH
ISI KANDUNGAN
TEKS UCAPAN PPD TUARAN, SABAH 1-3
- YBrs. Hajah Wanihim binti Othman
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
TEKS UCAPAN PERASMI 4-6
- YBhg. Datuk Tah Nia binti Haji Jaman
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN 7
SENARAI PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN HIGHLY IMMERSIVE PRO-
GRAMME (HIP) CARNIVAL 2022
- News Reading Competition Judge 8
- Show and Tell competition Judge 9
- HIP: English Village Showcase Competition Judge 10
- Strategic Partner of Education in Highly Immersive
Programme (HIP) PPD Tuaran 2022 11
SENARAI AJK 12
Jawatankuasa Induk 13-15
Jawatankuasa Kerja
Teks Ucapan
Yang Berusaha Hajah Wanihim binti Othman
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Majlis Penutupan Karnival Highly Immersive Programme.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan program ini, dan
mengucapkan tahniah kepada para pemenang HIP pada kali ini.
HIP merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMM-
BI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa
tersebut di sekolah. Antara objektif HIP yang dilaksanakan pada kali ini ada-
lah untuk menanam minat dalam kalangan murid, guru dan komuniti ter-
hadap Bahasa Inggeris pada masa yang sama meningkatkan minat murid
dalam memelajari Bahasa tersebut dalam pembelajaran di dalam bilik darjah
secara formal seterusnya membudayakannya. Pada masa yang sama, men-
gongsikan amalan terbaik HIP sekolah serta melibatkan ibu bapa dan
komuniti dalam pelaksanaan dan pembudayaan HIP.
Selain daripada itu, program ini amat penting bagi mempersiapkan para
pelajar kita mendepani cabaran di masa akan datang memandangkan Baha-
sa Inggeris merupakan bahasa ekonomi dan teknologi bagi membolehkan
negara menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing terutamanya era dunia
tanpa sempadan yang membentuk persekitaran lebih liberal dalam
penggunaan perkhidmatan dan sumber.
Sehubungan dengan itu, keperluan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris
semakin mendesak dalam era globalisasi sehingga negara-negara seperti
Perancis, China dan negara-negara lain sebelum ini amat tertutup dengan
bahasa ini sudah mula mengambil langkah untuk memelajarinya. Dalam
dunia pendidikan pula, pelajar perlu menguasa bahasa Inggeris untuk me-
mahami bahan-bahan bacaan dalam bahasa ini yang lebih banyak dan mu-
dah difahami.
Selain itu, Bahasa Inggeris telah menjadi perantara dalam interaksi dalam kalangan
penduduk dunia, termasuk mendapatkan pelbagaibahan bacaan, rujukan danpengaja-
ran pembelajaran ilmiah bermutu tinggi yang boleh didapati dengan meluas secara
dalam talian.
HIP yang telah diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malay-
sia kerana didorong oleh hasil kajian yang telah dijalankan mendapati daripada
120,000 responden yang terdiri daripada calon MUET mendapti 29.2% atau seramai
35,040 calon hanya berada dalam Band 1 dan dan Band 2, Tahap ini merupakan tahap
terendah yang ditetapkan oleh MUET.
Selain itu, satu kajian mengenai kebolehpasaran siswazah dalam kalangan majikan di
Malaysia yang telah dibentangkan dalam Prosiding Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia Ke-7 (PERKEM-7) pada tahun 2018 mendapati bahawa para majikan
menjangkakan graduan dalam pasaran pekerjan harus mempunyai isaniah (soft skills)
seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa Inggeris, pengetahuan am dan
semasa, kebolehan melayan pelanggan. Walau bagaimanapun, penguasaan Bahasa
Inggeris yang merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi kesukaran gradu-
an untuk mendapatkan pekerjaan. Ia telah disokong oleh beberapa ahli akademik di
beberapa university tempatan yang mendapati 33 peratus pengangguran dalam ka-
langan graduan adalah berpunca daripada penguasaan Bahasa Inggeris yang
lemah.Menurut Kementerian Sumber Manusia, seramai 20,127 orang siswazah yang
menganggur di negara ini merangkumi siswazah lulusan dalam dan luar negara ada-
lah berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dan tidak memahami
keperluan serta pekerjaan yang ditawarkan.
Punca masalah penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah,
menengah dan para graduan telah dikenal pasti. Hasil Kajian daripada Pensyarah
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Encik Abdul Latif dan Encik Abu
Hanifah mendapati pelajar hampir tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam ke-
hidupan seharian sama ada untuk komunikasi secara lisan atau membuat rujukan
ilmiah. Kesannya dasar menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan
pengajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik gagal untuk meningkatkan pres-
tasi para pelajar secara holistik.
Pada umumnya, Bahasa Inggeris kurang digunakan dalam aktiviti harian pelajar.
Mereka beranggapan bahawa bahasa Inggeris hanya menjadi syarat untuk lulus dalam
mata pelajaran yang diambil. Ini menyebabkan kemampuan menguasai bahasa an-
tarabangsa ini dengan baik sangat terhad. Mereka juga didapti kurang berkomunikasi
bersama rakan sebaya semasa membuat tugasan berkumpulan dan dalam kehidupan
seharian yang turut menyumbang kepada penguasaan bahasa Inggeris.
Atas kesedaran inilah, Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran bersa-
ma Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat menjalinkan kerjasama bagi menjayakan
HIP pada kali ini.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada kali ini ialah News Reading Competition.
Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat menghargai nilai estetika dan kesenian dalam
membaca berita dengan intonasi, sebutan dan ekspresi yang betul seterusya mening-
katkan kenyakinan mereka. Aktiviti seterusnya ialah Show and Tell Competition dan
HIP English Village Showcase
Sesungguhnya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bersama ini mampu diberikan impak
yang cukup berkesan bagi meningkatkan kemahiran dalam bahasa antarabangsa ini.
Akhir sekali, peranan ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan sebagai
“penyokong” dengan membantu sekolah dengan pelbagai cara seperti menyediakan
kepakaran, menjadi sukarelawan dalam satu-satu aktiviti dalam Program HIP kerana
maklum balas mereka penting untuk perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.
Oleh yang demikian, program ini khususnya perlulah diteruskan dan menjadikannya
satu usaha yang berterusan oleh semua pihak bagi melahirkan insan yang seimbang
sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat memberikan
sumbangan kepada negara pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Teks Ucapan
Yang Amat Berbahagia Datuk Tah Nia binti Haji Jaman
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang kita maklumi bahawa Highly Immersive Programme (HIP) adalah ber-
tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-
murid, warga sekolah dan komuniti setempat seterusnya menanam minat ter-
hadap bahasa antarabangsa, komunikasi dan ekonomi.
Sesunguhnya usaha murni ini melalui program HIP perlu diteruskan me-
mandangkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris umpama satu keperluan asas
dalam kehidupan bagi mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran glob-
alisasi pada hari ini tanpa mengabaikan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Me-
layu.
Oleh yang demikian, penguasaan bahasa Inggeris tidak akan tercapai sekiranya
pihak yang berkepentingan tidak memainkan peranan masing-masing. Maka
dengan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Pejabat Pendidikan Dae-
rah serta semua warga sekolah tak kiralah guru beropsyen Bahasa Inggeris atau
tidak, semua merupakan pemain utama dalam melaksanakan program HIP dengan
sokongan yang kuat daripada para ibu bapa dan murid-murid kita.
Bagi memastikan program HIP dilaksanakan dengan sempurna, semua guru di
dalam sekolah itu harus menjadi model dan sebahagian dalam HIP sekolah dalam
usaha mempromosikan bahasa Inggeris dengan memulakan Program Sehari Ber-
bahasa Inggeris setiap minggu. Pentadbir sekolah boleh memulakannya dengan
aktiviti bertutur bahasa Inggeris dalam kalangan guru terlebih dahulu di kawasan
sekolah sebagai motivasi intrinsik kepada murid-murid di sekolah tanpa
menghiraukan ketidakpetahan dalam bahasa tersebut ataupun kesilapan tataba-
hasa secara langsung ataupun tidak langsung. Pada masa yang sama, guru-guru
bahasa Inggeris membimbing mengikut kaedah dan pendekatan yang sesuai.
Dengan cara ini, tuan-tuan dan puan-puan para murid kita di sekolah melihat guru
-guru mereka berbahasa Inggeris akan timbul rasa minat untuk belajar bertutur
dalam bahasa tersebut walaupun mungkin ada kesilapan tatabahasa tetapi apa
yang penting ialah mereka berani bertutur. Soal kesilapan tatabahasa dan
penggunaan kosa kata boleh diajar dengan menggunakan strategi, pendekatan
dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah ataupun luar bilik darjah.
Seperti yang kita maklumi bahawa Highly Immersive Programme (HIP) adalah ber-
tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-
murid, warga sekolah dan komuniti setempat seterusnya menanam minat terhadap
bahasa antarabangsa, komunikasi dan ekonomi.
Sesunguhnya usaha murni ini melalui program HIP perlu diteruskan memandangkan
komunikasi dalam Bahasa Inggeris umpama satu keperluan asas dalam kehidupan
bagi mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran globalisasi pada hari ini
tanpa mengabaikan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.
Oleh yang demikian, penguasaan bahasa Inggeris tidak akan tercapai sekiranya
pihak yang berkepentingan tidak memainkan peranan masing-masing. Maka dengan
itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Pejabat Pendidikan Daerah serta
semua warga sekolah tak kiralah guru beropsyen Bahasa Inggeris atau tidak, semua
merupakan pemain utama dalam melaksanakan program HIP dengan sokongan yang
kuat daripada para ibu bapa dan murid-murid kita.
Bagi memastikan program HIP dilaksanakan dengan sempurna, semua guru di da-
lam sekolah itu harus menjadi model dan sebahagian dalam HIP sekolah dalam
usaha mempromosikan bahasa Inggeris dengan memulakan Program Sehari Berba-
hasa Inggeris setiap minggu. Pentadbir sekolah boleh memulakannya dengan aktiviti
bertutur bahasa Inggeris dalam kalangan guru terlebih dahulu di kawasan sekolah
sebagai motivasi intrinsik kepada murid-murid di sekolah tanpa menghiraukan ketid-
akpetahan dalam bahasa tersebut ataupun kesilapan tatabahasa secara langsung
ataupun tidak langsung. Pada masa yang sama, guru-guru bahasa Inggeris
membimbing mengikut kaedah dan pendekatan yang sesuai.
Dengan cara ini, tuan-tuan dan puan-puan para murid kita di sekolah melihat guru-
guru mereka berbahasa Inggeris akan timbul rasa minat untuk belajar bertutur dalam
bahasa tersebut walaupun mungkin ada kesilapan tatabahasa tetapi apa yang pent-
ing ialah mereka berani bertutur. Soal kesilapan tatabahasa dan penggunaan kosa
kata boleh diajar dengan menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah yang
sesuai di dalam bilik darjah ataupun luar bilik darjah.
Sesungguhnya acara-acara yang telah dilaksanakan ini dapat mencungkil bakat dan
kreativiti para pelajar, serta memantapkan keyakinan diri, memupuk nilai jati diri dan
pembangunan sahsiah yang unggul di samping memperkukuhkan perpaduan me-
lalui aktiviti kokurikulum seumpama ini. Ia juga selaras dengan salah satu aspirasi
sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di mana
melalui program HIP ini, sistem pendidikan sememangnya telah melaksanakan satu
perkongsian pengalaman dan nilai kepada para pelajar dengan menghargai bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua serta mengaplikasikan beberapa kemahiran seperti
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika, dan keroha-
nian serta identity nasional.
Penglibatan para guru dalam HIP kali ini amatlah dihargai walaupun dalam keadaan
sekarang, dunia diancam oleh pandemic Covid-19. Saya amat bangga dan berterima
kasih apabila para guru tertutamanya Ahli Jawatankuasa Pelaksanan Program begitu
komited untuk melaksanakannya. Melalui program HIP, tampaklah kreativiti para
guru dari sekolah yang berbeza dengan harapan dapat mengongsikan pengalaman
antara guru seterusnya dibudayakan di sekolah masing-masing. Perkongsian kreativ-
iti dan ilmu dalam kalangan guru bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
kendiri tetapi ia juga dapat memberikan impak yang tinggi kepada anak-anak murid
kita di sekolah.Tanpa disedari, kita dapat membentuk legasi untuk para pelajar kita di
sekolah yang merupakan pelapis generasi akan datang.
Sehubungan dengan itu, melalui jalinan kerjasama antara guru, murid dan komuniti
setempat dalam program HIP mampu melahirkan persekitaran yang kondusif dalam
berbahasa Inggeris.
Akhir sekali, saya berharap agar program HIP ini dapat diteruskan pada tahun-tahun
mendatang bukan sahaja memperkukuhkan bahasa ini dalam kalangan pelajar tetapi
meningkatkan kebolehpasaran para pelajar yang bakal masuk ke alam pekerjaan ke-
lak. Pun begitu, ia haruslah bermula daripada transformasi bilik darjah dan ia digalas
oleh guru-guru yang merupakan agen perubahan dengan menggalakkan para pelajar
menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah mahupun luar bilik darjah, erti kata lain menggunakan bahasa tersebut
dalam konteks dan situasi yang pelbagai agar para pelajar kita dapat mencintai baha-
sa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua
pihak yang terlibat dalam program HIP pada kali ini yang telah bertungkus-lumus dan
berganding bahu dalam menjadikanya berimpak tinggi dan bermakna terhadap
kendiri dan terutamanya para pelajar sekolah kita.
Maka dengan itu saya dengan ini merasmikan
‘Highly Immersive Programme (HIP) Carnival PPD Tuaran 2022’
Sekian, terima kasih.
Aturcara Majlis
Majlis Penutupan HIP 2022
Tarikh : 15 November 2022
Masa : 02.00 – 04.00 petang
Tempat : Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Tuaran Sabah
Perasmi : YBhg Datuk Tah Nia binti Haji Jaman
ATURCARA MAJLIS
01.45 petang : - Ketibaan tetamu jemputan
- Ketibaan perasmi
02.00 petang : - Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
- Bacaan doa
- Ucapan alu-aluan
YBrs. Hajah Wanihim binti Othman
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
- Ucapan Perasmian
YBhg. Datuk Tah Nia binti Haji Jeman
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
02.30 petang - Gimik Pelancaran
: - Jamuan makan
03.00 petang - Tayangan aktiviti karnival HIP
: - Penyampaian sijil penghargaan kepada panel penilai
- Penyampaian hadiah kepada pemenang
- Penyampaian cenderakenangan
04.00 petang : - Sesi bergambar
- Majlis selesai
News Reading Competition Judge
Sitinah Malik
Cheryl Jimmy
Sean M. Ampuling
Ting Pick Dew
Nuratiqah Dorothea Marukau
Marlini bt. Micharl Dzulkiflee
Show and Tell Competition Judge
Ng Kiat Fung
Justinah Peter Loison
Sasitharan A/L Palykerisnan
Abdul Hafiz bin Abdullah
Debby Syazia Dewi Aliyuddin
Jessica Edward
HIP English Village
Showcase Competition Judge
Muarifin Sufianto bin Mohchoeri
Fidelia @ Esther Mathew Sipaun
Shoba Macintyre
Yong Pei Na
Susan binti Inow
Shahrul Nadia Halid @ Khalid
Strategic Partner of Education
in Highly Immersive Programme
HIP PPD Tuaran 2022
Bank Rakyat
S e n a r a i AJK
Jawatankuasa Induk
Penasihat Hajah Wanihim binti Othman
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Tuaran
Penolong
Penasihat Rusdih bin Linah
Pengerusi Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran PPD Tuaran
Dr Bitty Ansawi
Pegawai SISC+ dan Penyelaras Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
PPDTuaran
Merangkap Setiausaha PeWaniS Tuaran
Naib Anjelin Tundim
Pengerusi Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Tuaran
Penyelaras Kohaye Kuasah
SK Rungus
Setiausaha Dg Sabrina Pg Hj Jaafar
SK Bongol
Bendahari Rosita Matsaidin
Penolong Pegawai Pendidikan, PPD Tuaran
Merangkap Bendahari PeWaniS Tuaran
Maida Josephine Joachim
SK Tinambak
Jawatankuasa Kerja
AJK NAMA
Jemputan Dg Sabrina Pg Jaafar
Protokol SK Bongol
Angeline Tundim
Buku Program Lee Tan Yen Peng
Sijil Penghargaan Hasnah Amit
SK Mengkabong
Dokumentasi
Pengacara Majlis Ivy Peter
Bahan simulasi / Power SK. Bawang
Point /
Gimmick Juanes Massamin
SK St. John
Marina Constane Maxwell
Suliana Sandhu binti Tarmizi
SK Koporingan
Sitinah Malik
SK Rangalau Baru
Suzy Nois
SK Linungkuan
Velzen William
SK Rugading
Zaiton Awang
SK Tambulaong
Elvy Herman
SK Kelawat
Juraini Jaafar
SK Selupoh
Azrina Rastaon
SK Bolong
Nadzirah Ag Damit
SK Bungalio
Mixhedryanson Reagen Johnson
SK Sungoi
Juanes Massamin
SK St John
Mohd Zulkhairi Abdullah
SK Sg Damit
Mohd Adznor Junaidi
SK Laya-laya
DK Siti Nur Aqilah Tahir
SKJC St. Philip
Pendaftaran Raidahwati Jalalin
Penyediaan bahan SK Termunong
Persiapan tempat Marina Constane Maxwell
Jurufoto dan SK Koporingan
PA Sistem Velzen William
SK Rugading
Mixhedryanson Reagen Johnson
SK Sungoi
Hasne Pantau
SK Pekan Tamparuli
Maida Josephine Joachim
SK. Tinambak
Salmah Amit
SK. Mengkabong
Mohd Adznor Junaidi
SK Laya Laya
Jamuan Kamsiah Kasmin
Penyelaras Pertandingan SK Bundung
Mariani Mohid
SK Tudan
Annette Tsen Fui Ling
SK Lingga Baru
Penyedia teks ucapan Christina Pan
Teknikal online SM St James Tenghilan
Penyelaras Penerima
hadiah/sijil Salmah Amit
SK. Mengkabong
Juanes Massamin
SK St John
Zaiton Awang
SK. Tambulaong
Perasmian Penutupan dan Kohaye Kuasah
Penyampaian Hadiah SK Rungus
Mohd Dzulkarnain Mohd Yusof
SK Rangalau Lama
Mariani Mohid
SK Tudan
Kamsiah Kasmin
SK. Bundung
Raidahwati Jalalin
SK. Termenong
Nerty binti Y Milton
SK Kayangat
News Reading Competi- Annette Tsen Fui Ling
tion SK. Lingga Baru
- Sekolah Rendah Nadzirah Awg Damit
SK. Bungalio
News Reading Competi- Christina Pan
tion SMK St. James Tenghilan
- Sekolah Menengah Yong Lay Eey @ Grace
Show and Tell SMK Pekan Telipok
Patsy Alison Anak Ripat Eric
Showcase HIP sekolah SK. Rugading
- Sekolah Menengah Melisa Christilla Maurice
- Sekolah Rendah SJK St Philip, Tamparuli
Priscella Aletha Koek
SK. Pukak
Nerty binti Y Milton
SK. Kayangat