DATO' BAHAMAN PEJUANG TANAH AIR TERCINTA
Dato' Bahaman
(1868-1931)
Pejuang Tanah Air Tercinta
-DISEDIAKAN OLEH 6 IBN RUSYD-
Peta Semantan
(Kawasan Perjuangan)
Pengenalan
NAMA PENUH: Abdul Rahman bin
Tuanku Imam Nuh
Menentang penjajah British di
Semantan, Pahang, Tanah Melayu
Asal Usul
anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota
Raja, Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak
perempuan Tok Setia Perkasa Semantan
pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal
kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan
'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu
sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi
nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi
tempat persinggahan British
Terdapat 2 versi tentang tempat kelahiran Dato’
Bahaman:
Acheh1.Beliau berasal dari
2.Beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di
Lanchang
SMK Datukterdapat sebuah sekolah yang dinamakan
Bahaman di Lanchang
Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai
Semantan, kerana itu Dato' Bahaman mendapat jolokan
Pahlawan Semantan
anakDato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi
angkat kepada Bendahara Ali
menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad
ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta,
Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya
Anugerah-Anugerah
ORANG BESAR BERLAPAN
Dato’ Bahaman telah diangkat
sebagai salah seorang Orang
Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran
Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan kerana beliau telah
menunjukkan sikap serta
kebolehannya sebagai panglima
dalam perang saudara antara
Sultan Ahmad dan adinda
baginda Wan Mutahir serta
memimpin pasukan Pahang untuk
membantu Tengku Kudin dalam
perang Saudara di Klang,
Selangor.
ORANG KAYA TEMERLOH
Selepas kematian Orang Kaya
Indera Segara, Dato’ Bahaman
telah dilantik oleh Sultan Ahmad
sebagai Orang Kaya Temerloh.
Dengan pangkat tersebut,
kedudukan Dato’ Bahaman
adalah sedarjat dengan Orang
Besar Berempat dan seringkali
diajak berunding oleh baginda
Sultan Ahmad.
Perang Semantan
PUNCA Tindakan itu menyakitkan hati Dato'
Bahaman. Keadaan ini menyebabkan
Ketidakpuasan hati Orang-orang beliau dan pengikut-pengikutnya
Besar Pahang terhadap campur menyerang hendap C.E.M Deaborough
tangan British ke atas kawasan di Sungai Semantan pada 15 Disember
mereka 1891 ketika beliau menyangka
Desborough datang untuk
Ketegangan bermula pada bulan menangkapnya. Dalam serangan tiba-
Disember 1890 ketika E.A Wise tiba itu, pihak Desborough telah kalah
hendak mendirikan sebuah balai dan mereka melarikan diri ke bandar
polis di Lubuk Terua yang Temerloh
terletak di kawasan Dato'
Bahaman, tanpa sebarang Setelah mengetahui peristiwa di
perundingan dengannya. Semantan itu, pegawai-pegawai British
Pahang menyediakan tentera untuk
Apabila Hugh Clifford, Pemangku melawan pembangkang-pembangkang
Residen British Pahang, Melayu.
mengetahui hal tersebut, beliau
menasihatkan Sultan dan Ekoran dari itu pada 26 Disember 1891,
baginda kemudian menitahkan satu pasukan yang diketuai oleh
Dato' Bahaman supaya pergi ke Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke
Pekan agar perkara itu dapat Kampung Kelubi yang merupakan kubu
disiasat. kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di
sini berlaku sekali lagi pertempuran
Oleh sebab Dato' Bahaman antara pihak British dengan Dato'
enggan ke Pekan, Sultan Bahaman tetapi pihak British sekali lagi
mengeluarkan surat perintah ditewaskan.
yang melucutkan pangkat dan
tarafnya sebagai Orang Kaya
Semantan.
Kronologi Perjuangan
JANUARI 1892
pihak Inggeris telah menjadi orang yang paling kuat danmemaksa Sultan Wan
Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu
pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22 Januari
1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai
senjata api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima
Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga
menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah
kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan
dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan
pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.
FEBUARI 1892
keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah
Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
MAC 1892
pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan
Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak
Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua
dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati
dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
MEI 1892
Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur
ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris.
14 JUN 1894
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman
bersama 100 orang pengikutnya.
26 JUN 1894
Sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh
Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris
yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan
Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam
serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama
Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan
tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini
menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di
Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan
serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang
banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan
Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman,
Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam
tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal
1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di
Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan
pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa
membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut.
Persetiaan Sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya
telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah
dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang
bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa
diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan
itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan,
Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi
(Tok Janggut).
1911
Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela
pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah
meninggal dunia di Patani, Siam.
1920
Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya
Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai
Deraman.
1926
Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali
sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan
berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir
Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan
Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui
kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga
kematiannya.
Iktibar
Dalam darah keturunan Melayu mengalir
semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah.
Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur.
Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman
ketika bangkit mengetuai penentangan
terhadap British di negeri Pahang pada tahun
1892. Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman
menentang pelaksanaan Undang-Undang barat
yang telah mengetepikan adat resam orang
Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato'
Bahaman(Orang Kaya Semantan) dengan
lantangnya menyuarakan bantahan terhadap
pelaksanaan undang-undang tersebut serta
ketidakadilan terhadap masyarakat Melayu pada
waktu itu. Semangat keperwiraan Dato'
Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa
kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap
berupaya mempertahankan orang Melayu di
negeri Pahang.
Terima Kasih
Moga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah
perjuangan Dato' Bahaman ini dan mengaplikasi nilai-
nilai murninya dalam kehidupan seharian.
Kami dari kelas 6 Ibn Rusyd ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia!