The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tasik Lindungan Burung- Inspirasi 62 Hari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alfillah, 2023-04-18 03:51:21

Tasik Lindungan Burung- Inspirasi 62 Hari

Tasik Lindungan Burung- Inspirasi 62 Hari

...kita berjuang bukan kerana musuh yang kita benci, tapi kerana orang yang kita sayang…-Razak Yusof


Pendahuluan Alhamdulilah, berjaya menulis serba ringkas untuk berkongsi cerita tentang Inspirasi 62 Hari. Bukan tugas mudah. Melaksanakan, menyusun, mengatur kerja yang berlainan setiap satu. Kerja yang sangat jauh dari bidang kepakaran yang di timba sebelum ini. Menggunakan pengalaman sebelum ini, pemerhatian, perbincangan ringkas, sedikit pembacaan umum dan akhirnya semua itu di terjemahkan dengan satu bentuk kejayaan. Kesungguhan dan komitment pada kerja serta paling utama adalah sedikit menggunakan pemikiran yang kreatif ketika di lapangan merupakan ramuan terbaik membentuk kejayaan itu. Kejayaan ini bukanlah mudah. Pasti apabila bercerita kejayaan akan ada nada pengorbanan. Paling memeritkan orang lain turut bersama terlibat dalam pengorbanan itu. Keluarga, anak-anak, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang dekat dengan kita. Cabaran menyiapkan segala-galanya dalam tempoh yang terhad kerana kekangan yang perlu ditempuhi adalah cerita luar biasa. Bagaimana kekuatan itu datang? Ia datang dari doa orang-orang hebat yang mungkin kita tidak ketahui. Kerana itu kita perlu hormati siapa sahaja yang di sekeliling kita apabila kita mencipta kejayaan. Kejayaan ini adalah kejayaan kita. Penulis hanya menulis sebagai rujukan pada masa akan datang. Paling utama kita tahu apa yang sedang berlaku supaya kita mampu mempertahakan Universiti kita. Akhir kalam, kita renungi kata kata ini.. “burung tetap hinggap di ranting rapuh, kerana burung itu yakin bukanlah ranting rapuh yang boleh membuat dia jatuh, tetapi kekuatan sayapnya yang membolehkan dia terbang dengan lebih tinggi…” Mohd Norazwan A. Bakar,Ed


1 Jambatan@Titi Bercerita kisah jambatan belakang asrama memang menarik. Dari titi tiga batang pailing, kepada empat batang dan hingga tujuh batang. Penting untuk siapkan kerana ia penyambung laluan di atas tanah Unisel. Kalau ini bukan keutamaan, tidak perlu habiskan cerita. Kenapa buat juga kerana penting hendak lalu ke “Tanjung”. Itu asalnya… Cerita Tanjung lah asbab buat jambatan. Orang kampung yang menghalang laluan masuk ke Tanjung. Masa itu ada perasmian oleh YB. Orang kampung pasang khemah tutup jalan. Pernah membuat tinjuan sebelum buat jambatan. Memang jauh anak sungai untuk merentasi. Dengan semak dan belukar. Boleh ke tidak? Masa membuat tinjuan jumpa ular sawa mati yang mungkin tersangkut di jaring orang yang menjala ikan. Kawasan ini memang port pemancing. Banyak kali juga terserempak dengan mereka Proses buat jambatan, awalnya alihkan paliling yang ada. Susun culvert . Kemudian pacak paliling tepi culvert. Ini cerita menarik. Masa angkat pailing dengan cangkuk pada eskavator, pailing terlepas. Umur panjang… Pailing tak cukup, cari pokok akasi yang batang lurus . Sekurang kurangya diameter satu kaki. Panjang 20 kaki. Bukan mudah.Jumpa juga. Dapat 8 batang. Memang panjang dan cukup besar. Akhirnya jambatan kukuh siap. Ada orang IDE datang melawat secara kebetulan masa tu dah siap, bertanya guna kayu akasia sebagai pailing. Boleh ke? Nanti reput. Kongsi pengalaman buat laman bestari, kayu akasia sebagai pelapik eskavator menggantikan batang kelapa. Apabila


2 tidak digunakan lagi, kita tanam dalam air. Apabila lepas setahun hendak jadikan pelapik semula, ia tidak reput langsung. Ada cerita perlu puluh ribu untuk bina jambatan. Mungkin juga. Kita tidak pakar dalam bahagian engenering. Pailing digunakan adalah bahan binaan tinggalan masa pembinaan Unisel. Boleh digunakan terutama pailing yang patah-patah. Tidak kisahlah apa bahannya, kini Jambatan boleh di lalui oleh semua. Paling penting, Eskavator boleh lalu dan inilah bermulanya episod yang di tulis satu persatu..


3


4


5 Route 1 Idea asal sebab tidak mahu melalui Tanah PNSB. Dan yang paling utama jalan pintas hendak ke Tanjung. Semua cerita pasal orang kampung. Kita buat juga sebab tidak mahu langsung menggunakan jalan kampung untuk masuk ke Tanah Unisel. Muncul cerita kolam Tongsan. Selama ini tidak pernah tahu rupa ikan tongsan. Masa mula mula hendak redah kolam yang di katakan tu, ia hanya Kawasan semak dan belukar . Kalau berdiri kita sama tinggi dengan semak tu. Memang tidak nampak rupa kolam pun. Semuanya semak samun. Pernah redah masuk dengan berjalan kaki. Mula-mula tanah keras, tetapi apabila pijak ia berair. Kawasan berpaya.Macam cerita Anaconda lah. Masa pijak macam-macam fikir.Seram… Apa taknya masuk dengan parang sebilah jer. Tebas kiri dan kanan. Apek redah masuk dengan Eskavator. Orang kampung mula sampai. Ramai macam perasmian pecah tanah. Ramai berbunyi. Adalah seorang tu, tak lama lagi tengelam lah tu. Risau dan berdebar, apakah ia kenyataan. Kalau jadi, habislah… Memang betul sejarah kolam tongsan tu. Bukan baca di mana-mana. Tetapi dari tinjuan , memang terdapat satu longkang aliran air keluar masuk yang di bina menghubungkan di sungai sebelah. Betulah ia sebuah kolam ikan tongsan. Seramai-ramai orang kampung, seorang bernama ‘Ujang” merupakan pakar bercerita. Kalau bercerita memang tak jadi buat. Kolamnya dalam, dia yang masuk tangkap ikan, masa kecik di kolam ini lah ada yang mati lemas. Semua cerita memang tak sedap nak dengar sampai habis. Sampai separuh jalan, hati mula berkata. Betulah kolam Tongsan. Memang susah hendak tambak. Sebelum ini dapat tambak sedikit demi


6 sedikit menggunakan rumput dan tanah sekelilling. Tapi bila di tengah, apabila letak tanah, tanah mula tidak nampak. Apabila di fikir, bucket apek pindah tanah jauh. Apabila sampai tempat tambak, tanah tinggal sikit. Itu sebab tanah tidak nampak. Baru timbul sewa lori angkat tanah. Lagipun kolam tu sangat dalam dan berair. Hati mula berdebar. Paling cemas, apek eskavator mula berubah muka. Muka kecewa. Apek mula hendak balik. Allah buka ruang bagi ilham. Gerak hati suruh Pindah buat dari seberang sana. Boleh buat, tapi kena lalu tanah lot orang kampung. Tapi tanah itu milik Unisel. Mereka tanam macam-macam. Tebu, nenas pisang, nangka dan lain-lain. Banyak fikir tak jadi. Redah juga. Timbul nama seperti Jefry dan Yus. Paling menarik behempas pulas, bertekak cerita pasal kenapa buat laluan.Korek tanah lot mereka, tapi tidak lah terlalu dalam.Ambil tanah untuk tambak Kawasan berair. Banyak juga. Tapi akhirnya, izin Allah boleh siap laluan sejauh 169.55 meter .


7


8


9 Kumar Nama ringkas. Mudah hendak sebut. Boleh google maksud nama. Memang bermaksud nama yang baik-baik. “Signal’ robohkan kadang kambing. Kerana pembinaan tanpa kebenaran di Tanah Unisel. Sudah sampai di Kawasan Tapak Kambing, hendak roboh macam mana, kambing ada lagi dalam reban. Kambing buta pula tu. Sudah sampai masa tu, hendak roboh tidak boleh, Cuma kuak-kuak Kawasan sekitar sahaja. Habis setengah hari. Apek eskavator balik sambung buat kerja lain. Cerita balik, melalui jalan jauh. Mengambil masa lebih 45 minit perjalanan. Jalan Route 2, belum boleh mesin apek lalu. Masih lembik sebab kesan tambak. Esok datang lagi, kambing masih ada. Kali ini cakap sedikit keras, akhirnya di alihkan kambing , dan tolak reban kambing. Sekejap sahaja. Ikutkan boleh selesai untuk terus robohkan kandang lembu. Cerita sama juga, balik selepas setengah hari. Berlalu seminggu kerana cuti Raya Cina. Apek cuti raya. Masuk balik untuk sambung roboh. Dengan harapan tinggal roboh sahaja. Tapi tidak.Masa sampai selepas cuti raya cina, Nampak kesan seperti pemujaan. Ada kelapa dan bertanda merah di laluan masuk ke Kandang Lembu. Apa lagi, langar sahaja. Itu Allah punya Urusan. Serah sahaja.Mula-mula takut juga hendak suruh apek langar. Bukan mudah cerita di sini. Makanan adalah hamun dan maki. Tapi buat tak reti sahaja.Paling teruk kena robohkan dengan arahan kumar. Itu jangan tolak, kayu mahu pakai. Zink tolak tepi nanti saya angkat. Itu


10 pagar besi, saya beli mahal. Jangan kasi rosak. Yang bernama Sabariah pun mungkin tidak sabarlah…. Akhirnya selesai kisah kumar dan berakhir dengan satu laporan polis. Ini memang sangat klasik.


11


12


13 Route 2 Kenapa buat? Sebab mesti ada laluan. Masa bersihkan kandang lembu kumar, nampak wayer eletrik melintang dari kandang hijau. Maksudnya ada laluan yang boleh di lalui. Kalau tidak macam mana kumar Tarik wayer. Nampak juga longokan pasir yang tinggi. Mungkin ada jalan yang boleh di lalui. Redah dengan jalan kaki dan selepas itu masuk dengan eskavator. Selepas sehari redah, memang dapat view cantik. Betul-betul tepi tasik. Teruskan tetapi agak malang, sangkut di hujung kernan bertemu lombong. Buntu tapi belum putus asa. Susur tepi dan redah Kawasan berair betul sebelah lombong. Agak bernasib baik, sebab Kawasan tepi ada tanah. Tambak sikit demi sedikit, suapaya eskavator boleh buat jalan. Akhirnya siap, dengan lembik dan tidak boleh dilalui lagi. Kalau lalu pasti macam lalu dalam bendang. Tragedi malang. Di kejar anjing sehingga terjun tasik dengan motosikalnya sekali. Amat kesian, moto rosak, handphone rosak. Paling menarik, kawan amik video sebelum tolong. Pakat gelak guling-guling. Bertanya bagaimana, katanya panik.Berkongsi juga, menyelam beberapa kali apabila teringat handphone dan kunci tengelam dalam lombong. Menyelam dan meraba mencari.Itulah hebatnya, jumpa semua yang di cari.Handphone dan kunci.


14


15


16


17 Route 6 @ Kelapa Sawit Tumbang 27+2 batang. Umur sawit anggran 12-15 tahun. Tinggi hampir 15-18 kaki. Diam orang kampung. Tumbang semudah A, B dan C. Jadikan laluan sehingga hujung sempadan Unisel. Ini kali timbul nama india kedua Ravi. Ravi beri lalu untuk terus ke jalan utama. Lalu tanpa alih atau langar batu sempadan. Sebab kalau hendak lalu tepi sempadan, jurang agak dalam sebab betul-betul tepi lombong. Selepas rumah Ravi ada seorang lagi india. Kawasan tanah Unisel. Anggaran seluas 10 kaki x 15 kaki. Ia berpagar dan ada reban ayam. Ini pun redah tolak dengan backpusher. Panas juga lah apabila dia kata “tolak India punya sahaja, itu melayu punya garaj tak tolak ke”. Malas nak layan, tolak lebih kurang dan tinggal. Tolak juga tiga batang pokok kelapa. Buah tengah banyak. Tapi apa nak buat. Lepas tolak datang dua tiga orang kampung bawak parang. Rupanya hendak ambil umbut kelapa yang tumbang. Aja haru… Masa di sini juga ,rebah anak pokok kepala sawit di Tanjung. Rasanya dalam lingkungan 2-3 tahun. Hampir 2 ekar selesai di buang. Orang kampung seorang pun tak keluar. Cerita Tanjung adalah cerita sejarah hitam. Keluar nama Ishak@kebun limau, kata-kata tiada beza pasang hari ini dengan tiga hari. Ini cerita “boom gate”. Cerita “budak yang pakai topi putih tu, tanya dia”, keluar dari mulut dia orang “penjilat Dato’@sambil tunjuk bon#@. Akhirnya cerita ke Balai dengan Laporan polis.


18


19


20 Itik Jaafar. Ini cerita bangsa melayu. Pijak selagi boleh pijak. Manis cakap.Dah roboh, pasang balik jaring itik. Jadi hal. Perkataan degil paling sesuai.Janji dah tidak akan “extend”. Tapi buat juga. Akhirnya “tokak” .. Sangat mencabar apabila kawasan lembik. Mana taknya, tempat laluan air dan itik mandi manda. Laluan ini mengingatkan cerita laluan air bah pada Disember 2022. Cerita viral rumah Mariani yang musnah kerana laluan air bah. Laluan arus ini, kita tinggikan buat jalan. Asalnya hendak pasang culvert. Tapi bila tengok kerja-kerja yang JKR buat untuk betulkan jalan di atas, memang tidak sesuai.JKR tidak buat saluran yang betul. Buang air lebih ke tanah unisel. Jadinya, kita tunggu dan lihat masa banjir lagi sekali nanti.


21


22


23 Kuil@Kandang Kambing Boya Susah, payah, takut, fikir macam-macam. Bukan kerja main-main. Patung, limau, tempat bara masih berasap. Tolak pokok. Tapi memang kerja luar biasa. Tolak pokok akasia dengan 3 pemeluk. Terbang lah mesin chainsaw. Nasib tak putus tangan Lectumanan. Kepala pak Abu pun nasib masih ada. Tebang separuh, tolak dengan eskavator. Masa separuh potong, eskavator tolak, masa tu lah tanah terbungkas. Seram.. Ini cerita datang banyak kali. Roboh tak jadi.Bincang lagi.Tak pernah siap. Cerita yang paling menari di kuil ini, kalau semua datang duduk bawah pokok. Tunggu dan lihat setiap kali datang. Datang memang ramai. Tunggu bawah pokok .Bila suruh datang kumpul hendak tangkap gambar pun takut. Boleh cam lah buka sorang sorang. Kalau hendak kena libas, muka ini lah…. Reban kambing roboh. Ini cerita kemanusiaan. Tak mahulah roboh yang masa tu kambing dan sekor anjing bertambat di pintu kandang. Kalau roboh juga, mau menyesal. Tersepit kambing tu memang pasti. Anjing tu pun sama nanti. Tapi boya memang “tengko”.Banyak kali cakap. Akhirnya dia keluarkan kambing dia. Tolak satu tiang, terus roboh reban yang 20 kaki x 22 kaki. Sebagai galang ganti sebelum roboh reban kambing, roboh reban ayam. Dalam tu ada itik, angsa dan burung Mutiara. Acara akhir, atau kemuncak berjaya roboh kuil boya apabila operasi pecah pintu kuil. Apabila pecah, ayam, itik dan anjing kacau dalam kuil tempat dia orang sembahayang. Habis bersepah segala yang ada di dalam.


24 Kacang (kacang cap tangan agaknya), limau dan lain lain. Jadi bersepah sepah. Sebenarnya ada dua kuil. Kuil Vijay (nama pemilik). Ini pun boleh tahan. Jenuh bincang. Tapi masih boleh faham. Ini mungkin ada sedikit pengetahuan tentang “Memajukan Kawasan untuk Budak Sekolah”. Bertangguh tetapi akhirnya keluar dengan upacara sembahayang bawa keluar patung.


25


26


27 Route 4 @Pondok Cina Menjadikan lebih ‘presentable’. Guna dua jentera eskavator dan backpusher. Kawasan ini telah di kemaskan dahulu. Asalnya terdapat dua pondok dan satu kabin. Sejarah tumbang, runtuh, tolak,bakar dan tanam. Cerita orang pondok ini dibina oleh orang kampung untuk cina datang memancing. Ada cerita mengatakan cina minum samsu. Paling pasti ada jeti untuk turun sampan. Memang ada jaring yang digunakan untuk menagkap ikan. Timbul ceria nama ‘epy’. Menjaring ikan di Kawasan tasik Unisel. Susah hendak cerita yang tidak boleh menjala pada dia. Akhirnya, entah apa jadi sekarang. Tidak nampak lagi. Kisah hendak letak kabin “Monster Craf” ada juga di Kawasan ini. Bersihkan tapi istilah belum rata sepenuhnya. Macam mana tu? Akhirnya, dengan masuk eskavator dan backpusher, memang nampak sangat ok. Dan semasa sedang menulis ini, ada survey dari pengiat filem untuk shooting di Kawasan ini. Memang ngan-ngam..


28


29


30


31 Laluan Alternative Menjmatkan sejauh 20 meter dari laluan asal ke Tapak Perasmian. Laluan yang di pasang culvert hanya boleh di lalui oleh kenderaan ringan. Esok esok bila hendak lalu eskavator memang susah. Jadinya buat laluan alternative. Membersihkan laluan Prime Route. Istilah paling mudah, mencuci rumput di sepanjang jalan. Ada satu laluan yang di limpahi oleh air lombong yang tercemar. Pasang Pipe PVC diameter 6”. Selesai masalah. Tidak perlu culvert 2 kaki pun. Ratakan bongkah tanah yang mengunung sebelum sampai ke laluan alternative. Masa meratakan terdapat batu besar. Terfikir untuk meletakan di sudut menghala pandangan ke Tasik. Sesuai untuk di jadikan Kawasan untuk merakamkan kenangan kita lawatan sesiapa nanti.


32


33


34


35 Route 3 @Tambak Jambatan Ini kisah kemucak dalam segala cerita. 24 hari yang penuh dengan cerita yang macam-macam. Di beri nama Tambak A dan Tambak B. Siap tambak, siaplah parameter Unisel. Pelbagai cara digunakan. Pasir, tanah, batang kayu, tayar, penutup tangki, rumput , sampah kandang kumar. Segala yang boleh untuk dijadikan ‘base’ untuk jadi laluan. Bukan cerita main-main. Tambak untuk jadikan laluan sepanjang 75m. Yang hendak di tambak adalah Kawasan lombong. Dari hujung ke hujung. Ini supaya dapat lalu untuk ke seberang. Buat sebelah Tambak A. Progress ok. Cuma apabila sampai 30m nampak seakan tiada harapan. Apabila letak pasir, pasir hilang. Mungkin kerana kedalaman tasik. Pindah buat seberang sana. Itu yang di namakan Tambak B. Habis satu bukit dan hutan kecil. Ini detik paling sukar. Siap tambak sejauh 15m, tengah hari nampak ok, pukul 2 hilang. Macam di telan lombong. Sangat “Miracle”. Putus asa hendak buat. Tapi ilham untuk gerakan ke tepi sedikit di Kawasan yang nampak cetek. Cerita lori tengelam, backpusher sangkut, drive lori dengil. Sudah cakap jangan drop pasir jauh sangat, driver lori punya hal, mengundurkan lori macam siput, balik sebelum pukul 4, lori tengelam hampir separuh ‘body’ dan macam-macam cabaran.


36 Cerita tambak jambatan adalah cerita keinsafan. Di sinilah Allah tunjukan yang “ betul doa mak satu yang ajaib”. Bagaimana hendak di catatkan? Ia sangat sukar.Tetapi ia boleh dikongsi jika sampai masa nanti.


37


38


39


40


41


42 Penutup Allah jadikan sebahagian daripada kita pelengkap kepada sebahagian yang lain. Bukan peranan sebahagian itu yang kita nilai, tetapi hujung nya yang kita nilai semua dengan mata hati..


43


Click to View FlipBook Version