The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faisalbob, 2020-02-28 03:53:41

AGMKSK2020

Kelab Sukan Dan Kebajikan PUNB, Kuala Lumpur
No. Rujukan PPM – 016 -14 - 12071995




















MESYUARAT AGUNG






Tahunan 2020




Yang ke - 23










5 Mac 2020

9.30 Pagi - 12.00 Tengahari (Mengundi)

2.30 Petang (Mesyuarat)



Dewan PUNB, Tingkat 9 Blok 1B, Plaza Sentral,

Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur



















Design by RR CSGD

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUNB,
KUALA LUMPUR
(“KSK PUNB”) TAHUN 2018 – 2020

Presiden
ANIZA BINTI ANWAR

Naib Presiden
HARUN BIN ABDUL HAMID

Setiausaha Agung Kehormat
AHMAD FAISAL BIN MOHD BASIR
(Dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB berkuatkuasa 1 Oktober 2019)
DION ALMATIN BIN RUHUTON AABID
(Meletak jawatan pada 1 Oktober 2019)

Bendahari Kehormat
ANIS TASNIM BIN YUSOF
(Dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB pada 4 September 2018)
ABD SYAFIQ BIN ABD RAZAK
(Meletak jawatan pada 2 Ogos 2018)

Biro Sukan
AHMAD ILHAM BIN MAT
ZHARIF ASYRAF BIN RASHID

Biro Sosial & Rekreasi
MOHAMMAD ZAFRAN BIN AMIR
ZAINAL ABIDIN BIN ABD GHAFAR

Biro Kebajikan & Kerohanian
NOOR FARHANA BINTI ABD HAMID
(Dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB berkuatkuasa 1 Oktober 2019)
NADIA BINTI AZMAN
(Meletak jawatan pada 1 Oktober 2019)

Biro Ekonomi
LAILA KHALID BINTI MAKSHOM


Biro Penerbitan & Publisiti
SAIFUR RIDZUAN BIN ARIFFIN







1

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


ATURCARA

2.30 – 3.00 ptg - Pendaftaran kehadiran ahli KSK PUNB

3.00 ptg - Ketibaan Penaung KSK PUNB
YBrs. Encik Izwan bin Zainuddin

- Bacaan Doa


- Ucapan Perasmian oleh Penaung KSK PUNB

- Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-23

5.00 ptg - Jamuan & Majlis Bersurai










































2

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


AGENDA MESYUARAT


1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-22

3. Menerima dan mengesahkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB bagi
Tahun 2019

4. Menerima dan mengesahkan Laporan dan Penyata Kewangan Beraudit KSK PUNB
bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2019

5. Membentang dan menerima belanjawan bagi tahun 2020

6. Membentang dan meratifikasi Perbelanjaan Kewangan KSK PUNB sepanjang tempoh
1 Januari 2020 hingga 28 Februari 2020

7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB 2018 – 2020

8. Pelantikan Pengerusi Sementara

9. Melantik dua (2) orang Juruaudit Kehormat bagi tempoh 2020 -2022

10. Melantik dan mengumumkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB bagi tempoh
2020 – 2022

11. Penyerahan Mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB bagi
tempoh 2020 – 2022

12. Membahas dan memutuskan usul-usul lain

13. Ucapan Presiden KSK PUNB bagi tempoh 2020 - 2022























3



- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUNB, KUALA LUMPUR
2123/95 (Wilayah Persekutuan)
(No. Pertubuhan: PPM-016-14-12071995)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan PUNB, Kuala Lumpur (“KSK
PUNB atau Kelab”) Kali Ke-22 yang telah diadakan di Dewan PUNB, Tingkat 9, Blok 1B, Plaza
Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur pada 20 Mac
2019, jam 10.00 pagi.



Mesyuarat telah dimulakan dengan bingkisan video tentang aktiviti-aktiviti kelab sukan
sepanjang tahun 2018 dan Hari Sukan KSK PUNB yang diadakan pada 16 Februari 2019.

Seterusnya Pengerusi Majlis telah menjemput Penaung KSK PUNB iaitu YBrs. Encik Izwan
bin Zainuddin naik ke pentas untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali
Ke-22.

NOTIS MESYUARAT

Notis Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB kali ke-22 bertarikh 20 Februari 2019 telah
dibacakan oleh Setiausaha Agung Kehormat.

Setiausaha Agung Kehormat turut memaklumkan bahawa kehadiran ahli kelab di ibu pejabat
dan pejabat-pejabat wilayah iaitu Selangor, Sabah, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang yang
mengikuti melalui Persidangan Video adalah seramai 347 orang dan korum adalah
mencukupi untuk menjalankan mesyuarat.


Agenda 1 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI
KE-21

Setiausaha Agung Kehormat telah membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-
21 untuk makluman ahli-ahli. Setelah selesai pembentangan minit mesyuarat tersebut, tiada
sebarang pindaan dilakukan dan Encik Ahmad Nazlee bin Idris (“Encik Nazlee”)
mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut diterima dan disokong oleh Encik Mohd Rapi
bin Yashim (“Encik Rapi”). Mesyuarat seterusnya menerima sebulat suara mengesahkan
minit mesyuarat tersebut.


Agenda 2 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN JAWATANKUASA
PENGURUSAN KSK PUNB BAGI TAHUN 2018

Laporan Jawatankuasa Pengurusan KSK PUNB bagi tahun 2018 telah dibentangkan oleh
Setiausaha Agung Kehormat untuk makluman ahli-ahli.



5

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23

Setelah tiada sebarang pindaan diterima, Encik Abdul Jammi bin Abdul Karim mencadangkan
agar laporan tersebut diterima dan disokong oleh Encik Ahmad Faisal bin Mohd Basir.
Mesyuarat seterusnya sebulat suara bersetuju menerima laporan tersebut.


Agenda 3 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN KSK
PUNB BAGI TAHUN KEWANGAN YANG BERAKHIR
31 DISEMBER 2018

Laporan Kewangan KSK PUNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 telah
dibentangkan oleh Bendahari Kehormat KSK PUNB, Encik Anis Tasnim bin Yusof untuk
makluman ahli-ahli. Mesyuarat dimaklumkan bahawa baki tunai di tangan dan di bank pada
31 Disember 2018 adalah berjumlah RM72,286.08.

Setelah penerangan diberikan dengan jelas oleh Bendahari Kehormat KSK PUNB, Encik Rapi
telah mencadangkan agar laporan kewangan KSK PUNB yang berakhir 31 Disember 2018
diterima dan disahkan. Cadangan telah disokong oleh Encik Mohd Helmi bin Khamidun.
Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara untuk menerima dan mengesahkan Laporan
Kewangan KSK PUNB yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.


Agenda 4 : MEMBENTANG BELANJAWAN BAGI TAHUN 2019

Bendahari Kehormat KSK PUNB seterusnya membentangkan cadangan Belanjawan 2019
untuk kelulusan ahli-ahli. Bendahari Kehormat KSK PUNB memaklumkan bahawa peruntukan
perbelanjaan KSK PUNB bagi tahun 2019 dijangkakan sebanyak RM159,550.00. Ianya akan
dibiayai menerusi jumlah pendapatan 2019 yang dianggarkan sebanyak RM217,437.05.
Manakala, baki tunai di tangan dan di bank dianggarkan sebanyak RM56,107.05.

Bendahari Kehormat KSK PUNB juga mencadangkan penambahan pelaburan tetap KSK
PUNB sebanyak RM10,000 di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Puan Zulia Nathashia
binti Mohamad telah mencadangkan agar penambahan pelaburan tetap KSK PUNB sebanyak
RM10,000 di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad diterima dan disokong oleh Encik
Azwan bin Mahyuddin.

Beberapa persoalan telah dibangkitkan setelah Bendahari membentangkan Belanjawan
2019. Antaranya adalah seperti berikut:-

(a) Puan Syazlini binti Aminuddin bertanyakan tentang peruntukan untuk aktiviti
Paintball berjumlah RM5,000 sama ada peruntukan tersebut adalah bagi latihan
kejohanan Sukan ADFIM atau Paintball antara rumah sukan. Presiden KSK PUNB
menjelaskan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk aktiviti Paintball antara
rumah sukan, dimana Kejohanan Sukan Adfim tidak diadakan pada tahun 2019.

(b) Penaung Kelab KSK PUNB, YBrs. Encik Izwan bin Zainuddin menasihati KSK PUNB
agar aktiviti-aktiviti KSK PUNB juga melibatkan ahli-ahli dari pejabat wilayah dan


6

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23

cawangan. Presiden KSK PUNB memaklumkan bahawa memandangkan kekangan
jarak antara ibu pejabat dan pejabat wilayah/ cawangan, sekiranya ada aktiviti-
aktiviti dari pejabat wilayah/ cawangan dimana pejabat wilayah/ cawangan berhasrat
untuk menjadi tuan rumah dan mengetuai aktiviti-aktiviti tersebut, boleh
memaklumkan kepada pihak KSK PUNB. KSK PUNB bersama pihak Jabatan
Pembangunan Modal Insan akan menguruskan kos perbelanjaan dan pengangkutan
untuk aktiviti tersebut. Presiden KSK PUNB juga memaklumkan bahawa aktiviti
tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) seperti Kempen Pembersihan Pantai dan lain-
lain boleh dicadangkan oleh pihak pejabat wilayah / cawangan dan mengetuai aktiviti
tersebut.

(c) Encik Nazlee mencadangkan KSK PUNB untuk mengurangkan perbelanjaan dan
melaksanakan perbelanjaan berhemat kerana beliau memerhatikan bahawa jumlah
perbelanjaan KSK PUNB pada tahun 2019 agak tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Presiden KSK PUNB memaklumkan bahawa pada tahun 2019, pihak KSK PUNB telah
membuat jualan aiskrim Malaysia untuk menjana pendapatan KSK PUNB. Presiden
KSK PUNB mengalu-alukan sekiranya ahli-ahli KSK PUNB untuk berkongsi pendapat
untuk menambahkan pendapatan KSK PUNB, dengan kos penyelenggaraan yang
minimal, mudah diuruskan, mengikut kemampuan dan siapa yang akan mengetuai
aktiviti tersebut, dimana KSK PUNB akan memberi sokongan kepada aktiviti tersebut.

(d) Cik Wan Umi Maisarah binti Wan Nasrun bertanyakan sama ada KSK PUNB boleh
memberikan sumbangan kepada aktiviti marathon yang dianjurkan oleh pihak luar.
Presiden KSK PUNB memaklumkan bahawa PUNB pada tahun 2018 telah pun
memberi sumbangan berjumlah RM10,000 untuk pendaftaran dan lain-lain bagi
peserta-peserta PUNB bagi aktiviti marathon yang dianjurkan oleh pihak luar. KSK
PUNB akan mengambil kira kos perbelanjaan/ pendaftaran dan penglibatan peserta-
peserta untuk aktiviti marathon.

(e) Puan Aidah binti Shamsudin mencadangkan untuk mengambil peruntukan dari
hadiah hari jadi iaitu sebanyak RM10/ahli bagi menambahkan peruntukan untuk
cenderahati Ramadhan/ Syawal. Presiden KSK PUNB memaklumkan bahawa baki dari
peruntukan hadiah hari jadi akan dipindahkan ke peruntukan untuk cenderahati
Ramadhan/ Syawal.

(f) Encik Badrul Izam bin Yahya mencadangkan pihak KSK PUNB untuk menjual kemeja-
T kepada ahli-ahli memandangkan PUNB telah melaksanakan pemakaian pakaian
kasual pada setiap hari Jumaat.

(g) Encik Rapi mencadangkan aktiviti-aktiviti berikut:-

(i) Memperbanyakkan aktiviti sukan;
(ii) Memperbanyakkan aktiviti riadah dan santai bersama ahli keluarga ahli-ahli;
(iii) Aktiviti CSR seperti gotong-royong di rumah anak-anak yatim; dan





7

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


(iv) KSK PUNB untuk memberi sokongan dan sumbangan kepada aktiviti
berkumpulan di PUNB yang dijalankan oleh ahli-ahli seperti PUNB Bikers,
kumpulan memancing dan sebagainya.

Presiden KSK PUNB mengambil maklum di atas cadangan-cadangan yang diajukan oleh ahli-
ahli dan memaklumkan bahawa ahli-ahli yang bercadang untuk mengadakan apa-apa
aktiviti, boleh memaklumkan kepada pihak KSK PUNB untuk sokongan dan sumbangan.

Setelah pembentangan belanjawan bagi tahun 2019 tersebut, Encik Rapi telah
mencadangkan agar belanjawan KSK PUNB bagi tahun 2019 diterima tanpa sebarang
pindaan dan disokong oleh Encik Hammran bin Mohd Zain (“Encik Hammran”).


Agenda 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PERBELANJAAN KEWANGAN
KSK PUNB SEPANJANG TEMPOH 1 JANUARI 2019 HINGGA 28
FEBRUARI 2019

Bendahari Kehormat KSK PUNB seterusnya membentangkan perbelanjaan kewangan KSK
PUNB sepanjang tempoh 1 Januari 2019 hingga 28 Februari 2019 untuk makluman ahli-ahli.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa jumlah perbelanjaan bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga
28 Februari 2019 adalah sebanyak RM59,248.65.

Setelah penerangan diberikan dengan jelas oleh Bendahari Kehormat KSK PUNB, Puan
Azizah binti Ahmad telah mencadangkan agar perbelanjaan bagi tempoh 1 Januari 2019
hingga 28 Februari 2019 diterima. Cadangan telah disokong oleh Encik Zaini Zakaria bin
Samsudin. Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara untuk menerima perbelanjaan bagi
tempoh 1 Januari 2019 hingga 28 Februari 2019.


Agenda 6 : MELANTIK PEMEGANG AMANAH KSK PUNB

Setiausaha Agung Kehormat memaklumkan bahawa Encik Aminuddin bin Amenon telah
meletak jawatan sebagai Pemegang Amanah KSK PUNB pada 8 Mei 2018. Oleh yang
demikian, mesyuarat dibuka untuk membuat pencalonan Pemegang Amanah KSK PUNB.

Encik Hammran telah mencadangkan Encik Ahmad Daud bin Abdul Rashid dilantik sebagai
Pemegang Amanah KSK PUNB dan cadangan telah disokong oleh Encik Zulhelmi Farhan bin
Zamri.

Setiausaha Agung Kehormat menjelaskan kepada mesyuarat tanggungjawab dan peranan
Pemegang Amanah KSK PUNB.









8

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


Agenda 7 : MEMBAHASKAN DAN MEMUTUSKAN USUL-USUL LAIN

A. Tuntutan KSK PUNB

Bendahari Kehormat KSK PUNB membentangkan templat borang tuntutan KSK PUNB yang
akan dimasukkan ke delam pautan ICNET, seperti yang dilampirkan di dalam Appendix 1
untuk makluman ahli-ahli.

Bendahari Kehormat KSK PUNB seterusnya memaklumkan bahawa ada perbelanjaan pada
tahun 2018 yang dituntut pada tahun 2019 dimana dari segi perakaunannya adalah tidak
betul. Oleh yang demikian, Bendahari Kehormat KSK PUNB menasihati ahli-ahli agar
membuat tuntutan secara bulanan.

Bendahari Kehormat KSK PUNB juga menasihati ahli-ahli agar memuat naik gambar-gambar
aktiviti di dalam Facebook HR & KSK PUNB sebagai makluman dan bukti tuntutan
perbelanjaan, dimana kegagalan berbuat demikian, tuntutan akan dibekukan buat
sementara waktu.


B. Sukan PUNB di Pejabat Wilayah/ Cawangan

Encik Amir Shazuan bin Adnan dari Pejabat Wilayah Selatan (Johor) mencadangkan aktiviti
Sukan PUNB diadakan di Pejabat Wilayah/ Cawangan dimana Pejabat Wilayah/ Cawangan
akan menjadi tuan rumah Sukan PUNB. Pengerusi KSK PUNB memaklumkan bahawa Sukan
PUNB dikendalikan dibawah Jabatan Pembangunan Modal Insan.


Agenda 8 : UCAPAN PRESIDEN KSK PUNB DAN PENANGGUHAN
MESYUARAT

Presiden KSK PUNB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas kepercayaan
yang telah diberikan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaung di atas
kesudian merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-22 dan kepada ahli-ahli Kelab di
atas kehadiran dan memberi kerjasama baik dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh
KSK PUNB sepanjang tahun 2018. Seterusnya dengan ini mesyuarat di tangguhkan sehingga
jam 11.30 pagi dengan semua ahli di jemput untuk jamuan tengahari.

Disahkan benar oleh:-




Nama : Aniza binti Anwar Nama : Ahmad Faisal bin Mohd Basir
Jawatan : Presiden Jawatan : Setiausaha Agung Kehormat









9

- Mesyuarat Agung Tahunan KSK PUNB Kali Ke-23


Appendix 1






















































































10

Kelab Sukan Dan Kebajikan PUNB, Kuala Lumpur
No. Rujukan PPM – 016 -14 - 12071995























LAPORAN









JAWATANKUASA

LAPORAN JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUNB,
KUALA LUMPUR (“KSK PUNB”) BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2019 SEHINGGA
31 DISEMBER 2019

Jawatankuasa Pengurusan dengan ini membentangkan laporan perjalanan KSK PUNB bagi
tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.

1. AKTIVITI UTAMA

Aktiviti utama KSK PUNB adalah untuk menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan dan
kebajikan di kalangan ahli-ahli dan antara ahli-ahli organisasi luar di samping menganjurkan
dan mengemukakan pandangan-pandangan dan pendapat-pendapat ahli-ahli biasa dalam
hal-hal melibatkan kepentingan dan kebajikan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(“PUNB”) tetapi tidak terlibat dengan skim perkhidmatan ahli-ahli.


2. JAWATANKUASA PENGURUSAN

Ahli Jawatankuasa (“AJK”) Pengurusan yang telah berkhidmat semasa tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2019 adalah seperti berikut:-

Presiden : Puan Aniza binti Anwar
Naib Presiden : Encik Harun bin Abdul Hamid
Setiausaha Agung Kehormat : Encik Ahmad Faisal bin Mohd Basir
(Dilantik oleh AJK Pengurusan KSK PUNB pada
1 Oktober 2019)
Encik Dion Almatin bin Ruhuton Aabid
(Meletak jawatan pada 30 September 2019)
Bendahari Kehormat : Encik Anis Tasnim bin Yusof
Biro Sukan : Encik Ahmad Ilham bin Mat
Encik Zharif Asyraf bin Rashid
Biro Sosial & Rekreasi : Encik Mohammad Zafran bin Amir
Encik Zainal Abidin bin Abd Ghafar
Biro Kebajikan & Kerohanian : Cik Noor Farhana Binti Abd Hamid
(Dilantik oleh AJK Pengurusan KSK PUNB pada
1 Oktober 2019)
Puan Nadia binti Azman
(Meletak jawatan pada 30 September 2019)
Biro Ekonomi : Cik Laila Khalid binti Makshom
Biro Penerbitan & Publisiti : Encik Saifur Ridzuan bin Ariffin

Kesemua Ahli Jawatankuasa Pengurusan di atas telah dilantik pada Mesyuarat Agung Kelab
yang ke-21 pada 15 Mac 2018.

3. AKTIVITI-AKTIVITI KSK PUNB BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2019 HINGGA 31
DISEMBER 2019

Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti KSK PUNB yang telah dijalankan sepanjang tahun
2018.

A. PEROLEHAN KELAB

Perolehan KSK PUNB pada tahun 2019 berjumlah RM134,133.57. Perolehan
daripada yuran bulanan ahli menyumbangkan sebanyak 90.2%. Selain daripada
yuran keahlian melalui potongan gaji bulanan, perolehan KSK PUNB juga adalah
daripada hasil penjualan makanan dan minuman, penjualan surat khabar lama,
keuntungan pelaburan tetap dan sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Modal
Insan (JPMI) untuk aktiviti XPDC PUNB @ Mount Fuji dan Putrajaya Oxygenation
Boat Race.


B. MESYUARAT AGUNG

KSK PUNB telah membelanjakan sejumlah RM42,466.60 untuk Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Ke-22 yang mana meliputi perbelanjaan untuk pembelian cenderamata
dan jamuan.


C. SUKAN DAN RIADAH

Pihak KSK PUNB juga telah membiayai beberapa aktiviti sukan dan aktiviti Riadah di
sepanjang tahun 2019.

i) Sebanyak RM19,509.97 telah dibelanjakan bagi tujuan aktiviti sukan
meliputi sewaan gelanggang Badminton, Bola sepak, larian dan Putrajaya
Oxygenation Boat Race.

ii) Manakala, RM28,623.85 telah dibelanjakan untuk acara riadah bersama
kakitangan PUNB. Antara perbelanjaan bagi aktiviti riadah yang dijalankan
adalah untuk aktiviti XPDC PUNB @ Mount Fuji, Sukan KSK PUNB 2019, Miss
Shophia Shopping Hunt dan International Coastal Clean Up Day 2019.

iii) Selain daripada itu, RM4,136.00 telah dibelanjakan bagi tujuan sumbangan
hadiah untuk Pertandingan Deko dan Video Raya, Stock Market Investment
Challenge dan Cetakan Mug untuk Hadiah Hari Jadi.

D. PROGRAM KHIDMAT KEBAJIKAN

KSK PUNB telah membelanjakan sejumlah RM28,849.40 sepanjang tahun 2019
bagi tujuan kebajikan ahli. Ianya meliputi sumbangan khairat kematian ahli keluarga
terdekat (ibu/bapa) dan cenderahati kepada ahli sempena menyambut Ramadhan
dan Aidilfitri 1440H.


4. LAPORAN TADBIR URUS KELAB

(a) Sebagai makluman, sepertimana ditetapkan oleh Pendaftar Petubuhan,
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, KSK PUNB telah menghantar Laporan
Tahunan dan lain-lain dokumen berkaitan ke Pendaftar Pertubuhan melalui
Sistem Elektronik Pengurusan Pertubuhan (eROSES).

(b) Pihak KSK PUNB juga telah menggunapakai undang-undang baru yang telah
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 5 Januari 2010.


5. LAPORAN JURUAUDIT KEHORMAT

(a) Selaras dengan Laporan Berkanun KSK PUNB mengikut Akta Pertubuhan,
dimaklumkan bahawa Juruaudit Kehormat telah memeriksa aktiviti KSK PUNB
dan aktiviti Ahli Jawatankuasa KSK PUNB dalam perlaksanaan tugas dan
mengesahkan bahawa semua aktiviti-aktiviti tersebut tidak bercanggah
dengan Akta Pertubuhan dan Perlembagaan KSK PUNB.

(b) Aktiviti-aktiviti tersebut adalah tercatat di dalam Laporan Jawatankuasa
Pengurusan KSK PUNB bagi tahun 2019, bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga
31 Disember 2019.

(c) Setelah memeriksa fail Setiausaha Agung Kehormat, KSK PUNB didapati fail-
fail telah dikemaskinikan termasuk Laporan Tahunan dan lain-lain dokumen
berkaitan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Kelab Sukan Dan Kebajikan PUNB, Kuala Lumpur
No. Rujukan PPM – 016 -14 - 12071995



























LAPORAN KEWANGAN





KSK PUNB




BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

No. Pendaftaran: 2123/95 (Wilayah Persekutuan)













KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
PUNB KUALA LUMPUR
(Didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966)

LAPORAN DAN PENYATA KEWANGAN
31 DISEMBER 2019





KANDUNGAN MUKA SURAT


Maklumat Korporat 2

Laporan Berkanun Kelab 3

Akuan Berkanun 4

Laporan Juruaudit Bebas 5 - 8

Penyata Kedudukan Kewangan 9

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan 10

Penyata Aliran Tunai 11

Nota-nota Kepada Penyata Kewangan 12 - 15





























Kelab Sukan Dan Kebajikan PUNB, Kuala Lumpur
No. Rujukan PPM – 016 -14 - 12071995




























BELANJAWAN







2020

BELANJAWAN BAGI TAHUN 2020


RM

Baki pada 1.1.2020
Pelaburan Tetap 26,468.00
Wang Tunai Di Tangan dan di Bank pada 31.12.2019 65,472.37
Penambahan Pelaburan Tetap 5,000.00
1 PENDAPATAN
Anggaran Dana untuk Tahun 2020
Yuran Bulanan Ahli 97,681.94
Keuntungan Pelaburan Tetap (RM26,468.00*3.40%) 899.91
Keuntungan Aiskrim Malaysia 500.00
JUMLAH DANA 196,022.23

2 PERBELANJAAN
A. Perbelanjaan Aktiviti
1. Peralatan Sukan 500.00
2. Aktiviti Sukan :
a. Badminton 2,500.00
b. Ping Pong 500.00
c. Futsal/Bolasepak 3,500.00
d. Paintball 4,000.00
e. Zumba 2,500.00
f. CSR Beach Campaign 5,000.00
g. Rekreasi Marin 3,000.00
h. Putrajaya Boat Race 4,000.00
25,500.00
B. Aktiviti Riadah PUNB
1. Hari Keluarga PUNB 20,000.00
2. Sukan & Riadah PUNB 10,000.00
3. Aktiviti anjuran ADFIM 5,000.00
4. Aktiviti Pejabat Cawangan (RM60*127) 7,620.00
42,620.00

C. Kebajikan Ahli KSK
1. Kebajikan
a. Khairat Kematian 1,500.00
b. Bencana Alam 1,000.00
c. Anugerah Pelajar Cemerlang 2,500.00
d. Token Haji 1,000.00
e. Token Kanak-Kanak Kelainan Upaya 1,000.00

2. Hadiah & Cenderahati
a. Cenderahati KSK 1,500.00
b. Ramadhan/Syawal (RM30*440 staff) 13,200.00
c. AGM-Cenderamata (RM100*440 staff) 44,000.00
d. AGM-Jamuan (RM15*440 staff) 6,600.00
e. Hadiah Hari Jadi (RM20*440 staff) 8,800.00
81,100.00


PERBELANJAAN 149,220.00
D. Lain-Lain

1. Yuran Audit 1,400.00
E. Caj Bank 80.00


F. Perbelanjaan Am 300.00
JUMLAH PERBELANJAAN 151,000.00


Baki pada 31.12.2020 45,022.23

Kelab Sukan Dan Kebajikan PUNB, Kuala Lumpur
No. Rujukan PPM – 016 -14 - 12071995




























RATIFIKASI







PERBELANJAAN

Perbelanjaan Kewangan KSK PUNB Sepanjang Tempoh 1 Januari 2020 Hingga
29 Februari 2020


Perbelanjaan RM
Caj Bank 15.50
Kebajikan Ahli 2,303.00 N1
Mesyuarat Agung 49,000.00 N2
Perbelanjaan Aktiviti Sukan 1,640.85 N3
Yuran Audit 1,392.80 N4
Jumlah 54,352.15




Nota

N1 Perbelanjaan Kebajikan Ahli termasuk khairat kematian sebanyak RM200 dan
perbelanjaan untuk Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 sebanyak RM2,103 yang
terdiri daripada sumbangan tunai, pembelian sijil dan bingkai sijil.


N2 Perbelanjaan Mesyuarat Agung adalah untuk pembelian cenderamata berjumlah
RM43,500 untuk semua Ahli Kelab dan RM5,500 adalah bagi tujuan jamuan makan
untuk Ahli Kelab yang menghadiri Mesyuarat Agung KSK kali ke-23 di Ibu Pejabat.




N3 Perbelanjaan Aktiviti Sukan terdiri daripada tuntutan aktiviti sukan oleh Ahli Kelab
di Ibu Pejabat dan Pejabat Satelit seperti berikut:


RM
Pejabat Satelit Kedah 85.00
Perlawanan persahabatan bola sepak 760.00
Sewa gelanggang badminton 152.40
Kejohanan Boling Bersama Pembayar Korporat PPZ 300.00
Zumba 200.00
Lain-lain aktiviti sukan 143.45
1,640.85

N4 Perbelanjaan Yuran Audit merupakan yuran audit yang dibayar kepada Juruaudit
Luar KSK PUNB iaitu Hasnan & Co bagi kerja-kerja pengauditan akaun Kelab bagi
tahun berakhir 31 Disember 2019 dan lain-lain perbelanjaan yang ditanggung.


Click to View FlipBook Version