Kotak Kayu Misteri... Kotak Kayu Misteri... Fatin Nadhirah
Ziyad, Amir, Wong dan Muthu merupakan murid tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tun Ahmad. Hubungan antara mereka tidak begitu baik. Pada hari Sabtu,sekolah mereka mengadakan aktiviti gotong-royong. Semua guru dan murid terlibat membersihkan kawasan sekolah. Puan Hani mengarahkan empat sahabat tersebut untuk membersihkan stor sukan. Mereka mengemas tanpa semangat berpasukan.
Sedang mereka mengemas, tiba-tiba Muthu terjumpa sebuah kotak kayu lama di bawah rak alatan sukan.
Muthu berasa teruja lalu memanggil kawankawannya untuk menunjukkan kotak yang dijumpai itu. “Kawan-kawan, lihat apa yang saya jumpa!”. Kata Muthu. Kawan-kawan, lihat apa yang saya jumpa !
Mereka datang ke arah Muthu dan terpegun melihat kotak tersebut. “Eh! Itu kotak apa, Muthu?” tanya Wong . Eh! Itu kotak apa, Muthu?
“Wah! Ini macam kotak misteri! Menarik. Cuba buka kotak itu” kata Ziyad pula. Wah! Ini macam kotak misteri! Menarik. Cuba buka kotak itu
Permintaan Ziyad itu dihalang oleh Amir, “Jangan ! Kita tidak tahu kotak ini milik siapa.” Ziyad dan Muthu tidak menghiraukan larangan Amir lalu membuka kotak tersebut. Jangan! Kita tidak tahu kotak ini milik siapa.
Kemudian, mereka dapati terdapat sebuah telefon pintar lama. Mereka berasa hairan mengapa telefon itu disimpan di dalam kotak, lalu Muthu mengambil telefon itu dan mengaktifkannya.
Apabila telefon itu menyala, hanya terdapat satu aplikasi sahaja iaitu aplikasi permainan atas talian yang bernama “Misi Mengembara”. Ziyad dan Muthu berasa teruja apabila melihat permainan itu dan menekan butang “mula” di skrin telefon tersebut.
Sebaik sahaja butang itu ditekan, satu cahaya yang sangat terang keluar daripada telefon itu dan menarik masuk mereka berempat.
Mereka berasa terkejut dan tertanya-tanya di mana mereka berada. Kemudian, mereka melihat pada badan mereka dilengkapi dengan kelengkapan mengembara seperti beg galas.
Pada tangan Muthu mempunyai sebuah peta dan kompas pula berada pada tangan Wong.Terdapat juga satu nota di tangan Amir iaitu “Anda perlu meletakkan berlian ini di tempat yang ditetapkan. Selesaikan misi ini bersama-sama.” Berlian yang dimaksudkan itu ada pada tangan Ziyad. Rupa-rupanya mereka sudah termasuk ke dalam dunia permainan itu.
Muthu Anda perlu meletakkan berlian ini di tempat yang ditetapkan. Selesaikan misi ini bersama- sama. Wong Amir Ziyad
“Oh tidak! Adakah kita termasuk ke dalam dunia permainan?” tanya Wong. Masing-masing terdiam. Oh tidak! Adakah kita termasuk ke dalam dunia permainan?
“Sudah aku beritahu, jangan sentuh barang itu. Lihat, sekarang kita di mana?” marah Amir. Kemudian Ziyad berkata, “Sekarang, kita perlu selesaikan misi ini untuk keluar daripada dunia permainan ini.” Sudah aku beritahu, jangan sentuh barang itu. Lihat, sekarang kita di mana? Sekarang, kita perlu selesaikan misi ini untuk keluar daripada dunia permainan ini.
Sebelum mereka mulakan permainan, terdapat sehelai kertas di dalam poket seluar Ziyad yang mengandungi petunjuk , kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri mereka. Simbol yang berwarna di dalam peta merupakan stesen yang perlu dilalui untuk ke penamat. Kedua, setiap individu mempunyai tiga nyawa sahaja. Nyawa itu berada di pergelangan tangan. Nyawa akan berkurang disebabkan oleh kelemahan mereka. Kekuatan Muthu ialah mampu berlari pantas manakala kelemahannya ialah buah durian, Ziyad pula sifat berani merupakan kekuatannya dan berbisa ialah kelemahannya. Kekuatan Amir ialah fizikal yang kuat dan tiada kelemahan manakala Wong, kekuatannya ialah mahir menggunakan kompas dan kelemahannya ialah tidak boleh cedera.
Petunjuk... kelebihan... kelemahan...
Setelah mereka membaca peraturan-peraturan tersebut, kertas tersebut hilang. Mereka tercari-cari di mana kertas itu berada.
Tiba-tiba Amir bersuara.. “Kita perlu ingat setiap perkara yang tertulis dalam kertas tadi untuk kita selesaikan misi ini.” Mereka bersetuju dengan pendapat Amir dan meneruskan perjalanan mengikut peta yang diketuai oleh Muthu untuk pergi ke stesen pertama. “Kita perlu ingat setiap perkara yang tertulis dalam kertas tadi untuk kita selesaikan misi ini.”
Setelah satu kilometer berjalan, mereka dapati bahawa jalan yang mereka lalui itu tidak sama seperti dalam peta. Mereka tersesat. Ziyad memarahi Muthu kerana membawa mereka ke jalan yang salah dan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
Akhirnya, Wong meleraikan pergaduhan mereka. Amir memberi cadangan supaya Wong menggunakan kekuatannya iaitu mahir menggunakan kompas manakala Ziyad sebagai ketua mengetuai perjalanan mereka dengan merujuk peta.
Mereka terus berjalan ke stesen pertama iaitu pokok durian. Setelah tiba di pokok durian, mereka berehat dan menjamah sebungkus roti dan air mineral. Sedang mereka berehat,tibatiba sebiji buah durian jatuh ke tanah hampir terkena pada kaki Muthu.
Lalu Muthu berkata , “Wah , ini buah kegemaran saya !”. Kemudian, Muthu makan beberapa ulas buah durian dengan berselera. Wah , ini buah kegemaran saya !
Amir terkejut melihat Muthu lalu menghalang Muthu daripada makan buah itu. Amir mengingatkan Muthu bahawa mereka berada di dunia permainan. “Muthu ! jangan makan buah durian. Nanti kamu akan kehilangan nyawa.” Muthu tersedar lalu dia melihat nyawa di pergelangan tangannya berkurang. Mereka menenangkan Muthu yang cemas.
Muthu ! jangan makan buah durian. Nanti kamu akan kehilangan nyawa.
Beberapa minit kemudian, mereka meneruskan misi ke stesen kedua iaitu bunga Rafflesia. Apabila hampir tiba di stesen itu, munculnya seekor singa di kawasan pokok tersebut.
“Alamak, ada singa di sana.” kata Wong. “Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ?” tanya Muthu. Alamak, ada singa di sana. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ?
Sedang mereka cemas,tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu dari atas pokok yang berkata, “Kalian perlu diam dan bersembunyi sehingga singa itu pergi.” Kata Sang Helang. Mereka pun menuruti kata Sang Helang tersebut. Mereka berasa sangat terkejut melihat seekor burung Helang mampu bercakap dengan manusia.
Kalian perlu diam dan bersembunyi sehingga singa itu pergi.
Sedang mereka bersembunyi, terdengar bunyi ranting patah yang dipijak oleh sesuatu. Mereka terdiam dan memandang kebelakang lalu melihat Ziyad yang memijak ranting tersebut. Bunyi yang dihasilkan itu telah menarik perhatian singa tersebut lalu mendekati mereka. Mereka berasa sangat takut kecuali Muthu.
Jangan risau kawankawan. Biar saya yang uruskan singa ini
Muthu menggunakan kekuatannya yang mampu berlari dengan pantas bagi menarik perhatian singa tersebut dan selepas itu singa itu pun beredar ke tempat lain. Mereka terus berlari ke arah bunga Rafflesia itu dan mendapati sebuah nota yang bertulis ‘sungai’. Sungai tersebut merupakan stesen terakhir. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke sungai itu.
sungai
Setelah berjalan dengan jauh, akhirnya mereka tiba di sebuah sungai yang sangat indah dan jernih airnya. Kemudian, Amir terlihat sehelai kertas di atas batu yang bertulis “ anda perlu menyeberangi sungai untuk ke misi akhir.”
Semasa hendak menyeberangi sungai, Wong tergelincir dan mengalami kecederaan di bahagian kaki. Akibat daripada itu, nyawa Wong berkurang. Amir terus memapah Wong untuk menyeberangi sungai. Amir bertekad untuk melindungi Wong kerana dia perlu hidup untuk menyelesaikan misi dalam permainan ini disebabkan oleh kekuatannya yang mahir menggunakan kompas.
Setelah menyeberangi sungai, kompas di tangan bertukar menjadi jam. Jam itu memberi amaran bahawa mereka mempunyai masa sebanyak 15 minit sahaja untuk ke penamat. Jika tidak tepati masa,mereka tidak boleh kembali ke dunia asal.
Sedang mereka berjalan,tiba-tiba beberapa ekor orang utan muncul dari atas pokok untuk mengambil berlian di tangan Ziyad. Ziyad yang berani itu, membantu kawan-kawannya menghalang orang utan. Berlian itu diberikan kepada Muthu disebabkan oleh kekuatan yang dia ada.
Muthu berlari dengan pantas ke tempat penyimpanan berlian. Amir masih lagi memapah Wong hingga ke penamat permainan.
Muthu menjumpai sebuah peti yang dihiasi dengan emas. Muthu meletakkan terus berlian ke dalam peti itu. Kemudian, keluarnya satu cahaya yang sangat terang dari dalam peti tersebut hingga menyebabkan mata mereka tertutup.
Apabila mereka membuka mata, mereka sudah berada di dunia nyata iaitu di stor sukan. “Akhirnya! kita sudah berjaya keluar daripada dunia permainan tadi.” Kata Wong dengan gembiranya. Mereka berempat bersorak keriangan kerana telah berjaya menyelesaikan misi dalam dunia permainan itu. Disebabkan oleh peristiwa itu, hubungan mereka menjadi semakin rapat.
Akhirnya! kita sudah berjaya keluar daripada dunia permainan tadi.